Anda di halaman 1dari 2

NAMA=HAMIDI BIN PUNGGAWA

MATRIK NO=L20222013734

Berasaskan teori gesell atau havinghurst bincangkan bagaimana guru melaksanakam


pendekatan strategi pengajaran yang sesuai dalam meningkatkan perkembangan murid dari
aspek fizikal, social dan emosi.

Fizikal, sosial dan emosi yang terdapat pada setiap individu merupakan anugerah yang diterima
setiap manusia untuk dimanfaatkan dalam kehidupan. Fizikal, sosial dan emosi individu mungkin
berbeza antara satu sama lain dari segi perkembangan dan pertumbuhannya. Perkembangan yang
berbeza ini nemberi cabaran kepada guru dalam menyampaikan maklumat dan kemahiran kepada
murid. Menurut Teori Perkembangan Gesell, terdapat 5 peringkat perkembangan motor kanak-kanak
iaitu dari kanak-kanak yang baru dilahirkan sehingga mereka mula bersekolah. Manakala menurut
Teori Perkembangan Havighurst pula, terdapat 10 peringkat perkembangan bagi seseorang individu.
Dalam tugasan ini saya akan mengambil aspek yang perlu dilalui oleh seseorang individu iaitu
peringkat belajar, dimana guru memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Pada peringkat prasekolah iaitu dari umur 4 hingga 6 tahun, kanak-kanak mula memasuki
prasekolah. Menurut teori Gesell, kematangan merupakan factor utama dalam proses pembelajaran,
hal ini dapat lihat apabila kanak-kanak yang berada pada peringkat kelima iaitu berusia 4 hingga 5
tahun akan mula bersosialisasi, mengemukakan soalan berperingkat-peringkat. Ini bermakna pada
peringkat prasekolah, mereka suka berkomunikasi sesama rakan yang seumur dengannya. Selain itu,
mereka juga suka bertanya soalan dengan perasaan hairan umpamanya “ mengapa wujudnya
perbezaan jantina antara dirinya dengan orang lain? Pada masa ini, guru prasekolah harus
mengamalkan sifat kesabaran dan bijak mengawal emosi, sanggup mendengar dan menjawab
pertanyaan kanak-kanak. Mereka tidak patut memarahi mereka dan mengeluarkan kata-kata kasar
sehingga menyakiti hati dan emosi kanak-kanak tersebut. Dalam hal ini guru perlu banyak
berkomunikasi terhadap murid, mengajar secara berkumpulan dimana mengajak murid saling
berkomunikasi dan berkenalan.

Menurut teori Havighurst pula, kanak-kanak pada peringkat ini suka berkawan dan bermain
dengan kanak-kanak lain. Selain itu, kanak-kanak juga suka terlibat dalam permainan Kumpulan dan
mula melalui perkembangan moral peringkat awal iaitu mereka akan berkelakuan baik untuk
mengelakkan hukuman. pada peringkat umur ini, mereka akan mendengar percakapan ibu bapa dan
nasihat guru. Dengan kata lain, guru akan menjadi teladan kepada kanak-kanak dengan menunjukkan
sikap dan nilai murni yang positif. Guru harus memberi pujian dan galakan kepada kanak-kanak yang
berkelakuan baik. Secara logiknya, jika diberi penghargaan, kanak-kanak akan menganggap itu adalah
betul.

Sehubungan itu, guru harus menunjukkan gambar yang asas kepada pelajar contohnya
gambar gajah, rumah, epal, kereta dan sebagainya. Kemudian, guru akan mengajar kanak-kanak
menyebut huruf vokal. Guru perlu mengulang beberapa kali sesuatu perkataan dalam beberapa sesi
pembelajaran agar kanak-kanak dapat mengingat dengan sepenuhnya. Kanak-kanak lebih mudah
mengingati sesuatu perkataan melalui gambar berbanding dengan menulis perkataan tersebut di papan
tulis. Apa yang paling penting ialah guru tidak patut menghukum kanak-kanak sekiranya mereka tidak
mengingati sesuatu perkataan yang telah dipelajari. Ini akan menyebabkan kanak-kanak benci kepada
alam persekolahan Seterus nya menggangu emosi dan sosial pelajar.

Kesimpulannya, Pada peringkat ini, guru hanya perlu mengajar benda yang asas dan tidak
begitu mementingkan aspek menulis. Ini disebabkan kanak-kanak masih kecil, mereka tidak suka
belajar benda atau angka yang susah dan memerlukan pemikiran yang panjang. Oleh itu, guru cuma
perlu mengajar benda yang asas. Contohnya guru boleh memperkenalkan semua kanak-kanak yang
berada dalam satu kelas. Ini membolehkan mereka saling mengenali dan berkomunikasi antara satu
sama lain.

Anda mungkin juga menyukai