Anda di halaman 1dari 3

FALSAFAH PENDIDIKAN

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih
erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta
masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan
saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan
berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembang potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani,
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat , dan negara.

KANDUNGAN FPK

1. Pendidikan adalah satu usaha berterusan


Pendidikan merupakan proses yang berlaku dalam diri seseorang bermula sejak dalam kandungan
sehingga ke akhir hayat. Pendidikan yang berlaku merupakan proses pemerolehan dan pemindahan
secara berterusan melibatkan pengetahuan, nilai murni dan kemahiran.

2. Memperkembangkan lagi potensi individu

Potensi merupakan bakat, kebolehan atau keupayaan yang ada pada seseorang individu. Pendidikan
berperanan memperkembangkan potensi murid optimum sehingga individu mencapai ke tahap
cemerlang. Potensi individu dilihat dari empat aspek iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek (JERI).

I. Intelek

Potensi intelek merupakan keupayaan mental iaitu yang berkaitan dengan akal dan daya fikir yang
dimiliki oleh seseorang bagi memastikan seseorang itu memperolehi perkara berikut :

. Mempunyai kemahiran asas 3M

. Berfikir secara kreatif dan kritis

. Mendapatkan, meningkatkan dan menyebarkan ilmu

. Memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain

Pemikiran kreatif ialah ke arah melahirkan rakyat yang inovatif tetapi kritis dalam menjangkakan
kesan dan akibat sesuatu pembaharuan kepada manusia sejagat dan alam agar sesuatu
pembaharuan itu tidak membawa kepada kemudaratan dan kerosakan.

ii. Rohani

Potensi rohani adalah berkaitan dengan jiwa dan kalbu yang melibatkan hubungan seseorang
dengan tuhan. Keteguhan rohani adalah penting bagi melahirkan individu yang murni akhlak dan
insaf kepada pencipta.Unsur rohani dikembangkan bagi membentuk individu seperti berikut:

. Menyedari dan menginsafi adanya Pencipta

. Menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta

. Menyedari dan menginsafi tanggung jawab

. Membentuk akhlak mulia

. Memupuk dan membina disiplin kendiri

iii. Emosi
Emosi adalah berkaitan dengan jiwa dan perasaan seseorang. Pembangunan emosi dititikberatkan
kerana emosi mempengaruhi seseorang dalam tingkahlaku dan tindakannya . Dalam FPK
perkembangan emosi adalah bagi memastikan yang berikut :

. Perasaan tenang dan tingkahlaku terkawal

. Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang

. Memiliki semangat kekitaan dan perpaduan

. Menghargai serta menilai keindahan dan kesenian

iv. Jasmani

Potensi jasmani merupakan keupayaan psikomotor yang dimiliki oleh seseorang. Ia berkaitan dengan
kecergasan fizikal diri manusia. Perkembangan unsur jasmani adalah bagi memastikan seseorang
individu berkeupayaan seperti berikut:

. Menjaga kesihatan badan

. Melakukan riadah

. Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal dan manipulatif

. Memanfaatkan tenaga fizikal untuk berdikari

. Menggunakan tenaga fizikal bagi kepentingan rakyat

. Berusaha meningkatkan daya pengeluaran

Malaysia sebagai sebuah negara yang bakal menjadi negara maju pada tahun 2020 memerlukan
rakyat yang cergas , sihat, memiliki kemahiran dan kepakaran untuk terus membangunkan negara
dan bersaing di peringkat global.

Anda mungkin juga menyukai