Anda di halaman 1dari 19

 Dahulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN)

 Dasar pendidikan

 intipati utama dalam FPK iaitu melahirkan insan seimbang dari segi JERI.

 Falsafah ini digubal pada 1988 oleh pakar-pakar pendidikan

FPK: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke


arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

FPK dapat dihuraikan bahawa pendidikan di Malaysia adalah bagi memperkembangkan


potensi dalam individu secara menyeluruh dan bersepadu. Ini bermaksud, terdapat pelbagai
potensi yang berbeza dalam diri individu masing-masing yang boleh digilap. Ini kerana,
setiap makhluk yang diciptakan di atas muka bumi ini mempunyai keistimewaannya seperti
bakat, kebolehan dan potensi yang tidak dapat di kembangkan berasingan merangkumi
(JERI). Namun usaha mengembangkan potensi seseorang itu haruslah dilakukan secara
menyeluruh dan tergabung antara satu sama lain. Tujuan pengembangan ini bertujuan
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Intelek, rohani, emosi serta jasmani ini perlu seimbang dalam diri seseorang individu.
Ini kerana, kepandaian intelektual seseorang itu tidak memadai jika akhlaknya rosak,
emosinya terganggu serta kesihatannya terjejas. Apabila wujud insan yang seimbang intelek,
rohani, emosi serta jasmaninya, maka lahirlah rakyat yang berilmu, bertanggungjawab
mencapai kesejahteraan diri serta dapat menyumbang kepada keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan Negara.

Pernyataan falsafah ini menegaskan bahawa sistem pendidikan negara memberi penekanan kepada
perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang
baik, berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. Ini bermakna Falsafah
Pendidikan Negera berhasrat untuk melahirkan insan yang berpegang teguh kepada agama.
Berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara, matlamat pendidikan ialah ke arah melahirkan
insan yang baik dan sempurna. Insan yang baik ini secara automatis menjadi warganegara Malaysia
yang baik. Mereka ini hendaklah memiliki serta menghayati ciri-ciri yang berikut: *percaya dan patuh
kepada Tuhan; *berilmu pengetahuan; *berakhlak mulia; *bertanggungjawab kepada diri,
masyarakat, agama dan negara; *berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara;
dan *memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

Memperkembangkan Potensi Individu Potensi ini ialah bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh
seseorang individu semenjak ia dilahirkan. Bakat dan kebolehan ini meliputi aspek-aspek intelek,
rohani dan emosi, dan jasmani yang merupakan anugerah Tuhan. Bakat-bakat ini perlu dicungkil,
diperkembangkan dan dipertingkatkan secara berterusan. Menyeluruh dan Bersepadu Kesemua
bakat dan kebolehan yang ada pada diri individu hendaklah dikembangkan secara optimum.
Pengembangan itu pula hendaklah dilakukan zecara tergabung dan saling berkaitan di antara satu
sama lain. Insan yang Seimbang dan Harmonis Manusia yang memiliki sahsiah yang sepadu apabila
semua potensi dirinya dikembangkan secara selaras, menyeluruh dan harmonis. Ia menjadi insan
yang sentiasa bersyukur, bersedia menerima segala ujian dan cabaran hidup serta sentiasa berikhtiar
untuk mengatasi segala masalah yang dihadapi dengan tenang. Oleh kerana itu ia dapat menikmati
ketenteraman dan ketenangan jiwa. Keseimbangan dan kesejahteraan yang dimiliki bukan sahaja
bermanfaat pada dirinya, malahan ia tercermin dalam hubungannya dengan orang lain, dengan alam
sekitaran dan dengan Maha Pencipta. Perhubunganperhubungan ini tidak dihadkan oleh batas
sempadan negaranya sahaja, malah ia menjangkau ke peringkat dunia dan antarabangsa. Unsur
Intelek Unsur Intelek mengandungi aspek-aspek berikut: *hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa
kepada kemakmuran; *daya pemikiran yang kreatif dan inovatif; *daya pemikiran yang logik dan
analitis; *ilmu yang bermanfaat. Unsur Rohani dan Emosi Unsur-unsur rohani dan emosi
merangkumi aspek-aspek berikut : *keyakinan terhadap Tuhan; *kepercayaan beragama;
*kemantapan jiwa; *penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat; *berbudi pekerti mulia;
*berbakti dan berkorban Unsur Jasmani Ciri-ciri unsur jasmani ialah : *kecergasan fizikal dan
kesihatan diri; *dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup
bermasyarakat.

Kepercayaan dan Kepatuhan Kepada Tuhan Usaha-usaha ke arah ini dapat melahirkan individu yang
yakin bahawa manusia dan alam tidak terjadi secara tersendiri tetapi ada Penciptanya. Keyakinan ini
pula menguatkan kepercayaan bahawa hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan dan
manusia dianjurkan mengkaji fenomena alam. Manusia juga dituntut memikul amanah dan
bertanggungjawab kepada Tuhan dalam mentadbir dan memakmurkan alam. Rakyat Malaysia yang
Berilmu Pengetahuan Masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan memiliki sikap suka membaca
serta cintakan ilmu pengetahuan. Manusia yang memiliki sifat-sifat ini akan menggunakan ilmu
tersebut untuk manfaat diri dan orang lain. Ini bermakna setiap individu mesti berusaha untuk
menghayati prinsip pendidikan sepanjang hayat. Rakyat Malaysia yang Berakhlak Mulia Masyarakat
Malaysia yang baik budi pekertinya memiliki tingkah laku yang sopan, berdisiplin dan bersepadu.
Sifat-sifat mulia ini terbentuk dari dalam diri setiap rakyat. Sifat-sifat mulia ini juga mesti berteraskan
ilmu, keyakinan dan amalan. Rakyat Malaysia yang Bertanggungjawab Masyarakat Malaysia yang
berpegang teguh kepada amanah dan mempunyai tanggungjawab yang tinggi terhadap Tuhan,
bangsa dan negara. Masyarakat ini adalah masyarakat yang produktif, bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah. Rakyat Malaysia yang Berkeupayaan
Menikmati Kesejahteraan Diri Masyarakat Malaysia yang memiliki jiwa yang damai dan tenteram. Ini
membolehkan setiap individu memperkembang dan memanfaatkan seluruh potensi dirinya bagi
memenuhi keperluan sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Rakyat Malaysia yang Dapat
Memberi Sumbangan Masyarakat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran bagi melahirkan
tenaga manusia yang produktif, berinisiatif dan berinovatif untuk mentadbirkan alam. Masyarakat
ini mampu menggunakan teknologi dengan cekap bagi mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah
pembangunan Negara. Keharmonian dan Kemakmuran Masyarakat dan Negara Masyarakat
Malaysia yang mengamalkan sikap toleransi antara satu sama lain, bekerjasama, hormat-
menghormati dan mencapai perpaduan kaum. Dengan adanya perpaduan muncul keadaan yang
aman, tenteram dan stabil. Suasana yang sihat dan positif membantu dan menjamin perkembangan
ekonomi dan kemajuan di dalam semua bidang kehidupan. Falsafah Pendidikan Negara adalah teras
kepada sistem pendidikan di negara ini. Falsafah ini digubal di atas kesedaran bahawa negara mesti
mempunyai hala tuju dan matlamat yang benar dan tepat di dalam sistem dan rancangan
pendidikannya. Selaras dengan Rukunnegara, falsafah pendidikan ini turut menekankan prinsip
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Malah keseluruhan Falsafah Pendidikan Negara adalah
berpaksikan keTuhanan. Falsafah Pendidikan ini dimanifestasikan dalam diri insan yang memiliki ciri-
ciri baik, seimbang dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas, insan yang baik, seimbang dan
harmonis mencerminkan individu yang berilmu pengetahuan, luhur dan mulia dari segi rohani, sihat
dan bersih dari segi mental dan fizikal serta dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara

Laporan Rahman Talib 1960


Abdul Rahman Talib (1916 -18 Oktober 1968) ialah seorang Menteri Malaysia yang telah
berkhidmat dalam empat kementerian selama lapan tahun sejak kemerdekaan antara tahun
1957 dan 1965. Bagaimanapun, adalah dalam bidang pendidikan bahawa beliau mencapai
kemasyhuran ketika beliau menerbitkan laporan yang dikenali sebagai Laporan Abdul
Rahman Talib bertujuan untuk menyemak semula pelaksaaan Dasar Pelajaran Kerajaan dan
memperbaiki sistem Pendidikan Tanah Melayu serta memartabatkan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan. Pada tahun1962, Abdul Rahman dianugerahkan dengan Ijazah Kehormat
Doktor Undang-undang oleh Universiti Malaya.

Selain daripada itu, Laporan Rahman Talib juga turut mengusulkan cadangan agar bahasa
Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan. Sekolah Rendah Umum dan SekolahRendah Jenis
Umum juga dicadangkan agar menukar namanya menjadi sekolahKebangsaan dan Sekolah
Rendah Jenis Kebangsaan. Guru-guru yang mengajar dalamsekolah-sekolah ini juga akan
dipilih berdasarkan kelayakan sebagai guru-guru BahasaKebangsaan. Rasional pertukaran
sistem persekolah ini adalah untuk menyatupadukanrakyat yang berbeza kaum melalui
pengunaan satu bahasa pengantar utama iaitu bahasaMelayu. Dengan ini, matlamat identiti
sosial kebangsaan akan dapat dicapai. Dalam laporanRahman Talib juga ada mengatakan
agar peperiksaan di sekolah menengah hendaklahdijalankan dalam bahasa rasmi sahaja iaitu
bahasa Inggeris atau bahasa Kebangsaan .Pada tahun 1962 pula, Bahasa Kebangsaan telah
dijadikan matapelajaran wajib lulus bagiPeperiksaan Sijil Rendah Pelajaran.Bagi memastikan
agar sekolah-sekolah menengah menukarkan bahasa pengantarnyakepada bahasa rasmi
negara iaitu bahasa Melayu, Laporan ini mencadangkan agar bantuanpenuh hanya akan
diberikan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan dan SekolahMenengah Jenis Kebangsaan
sahaja. Manakala sekolah yang enggan menukarkan bahasapengantarnya kepada bahasa
Kebangsaan masih boleh menjadi Sekolah MenengahPersendirian. Selain daripada usaha
untuk mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat, laporan Rahman Talib juga turut
mencadangkan agar pendidikan Vokasioanaldan Teknik diperkembangkan bagi
meningkatkan hasil ekonomi negara yang masih baruselepas merdeka. Oleh itu, cadangan
laporan Rahman Talib adalah untuk menubuhkanInstitusi Teknologi di Kuala Lumpur, Ipoh,
Pulau Pinang dan di Pantai Timur. Dengan ini,masyarakat yang mempunyai kemahiran
pelbagai dapat dilahirkan serta menyumbangkepada pembangunan ekonomi
negara.Cadangan-cadangan yang terdapat dalam Laporan Rahman Talib menunjukkan
usahagigih kerajaan untuk membentuk satu sistem Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan
untukmemupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Kerajaan telah
mengariskanmatlamat utama dalam perlaksanaan Bahasa Kebangsaan adalah untuk
menjadikan bahasaMelayu sebagai bahasa pengantar di semua peringkat pendidikan samada
rendah,menengah dan pendidikan di universiti. Tawaran bantuan penuh kepada sekolah
umumadalah sebagai satu langkah untuk memupuk Sekolah Menengah Cina supaya
ditukarkankepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan. Selain itu, penetapan peperiksaan
awamuntuk murid-murid sekolah menengah yang akan menggunakan bahasa rasmi
sahajapastinya akan memberi kesan yang mendalam terhadap murid-murid terutamanya
yangmendapat pendidikan di sekolah Cina dan sekolah Tamil yang menggunakan bahasa
Cinadan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Melalui sistem peperiksaan seperti,
merekaakan menyesuaikan diri di peringkat Sekolah Menengah.
Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-cita
yang terkandung dalam Laporan Razak dan menggariskan hasrat sistem pendidikan
Kebangsaan yang terdapat sekarang. Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu:-
1. Menjadi titik permulaan ke arah pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa
pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar.
2. Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sarna walaupun berlainan bahasa
di peringkat rendah, menengah,dan menengah atas
3. Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga
mahir
4. Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan
kerohanian sebagai teras.
Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak yang dikenali
dengan Laporan Rahman Talib ialah:
Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma· Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan
dan jenis kebangsaan.· Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15
tahun.· Murid naik darjah secara otomatik· Pelajaran agama Islam bagi murid-murid
hendaklah sekurang-kurannya 15 orang.· Pendidikan akhlak dititikberatkan.Selepas itu
Sistem Pendidikan Anika Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi Sekolah MenengahRendah
menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan. Mata pelajaran aneka jurusan di
sekolah menengah pada waktu itu ialah Seni Perusahaan, Sains Rumah tangga,Sains
Pertanian dan Perdagangan.Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk
menyatukan kaum yang ada diMalaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai
matlamat itu memandangkanpola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu
tinggal di kampung-kampung danpinggir pantai, kaum Cina tiggal di kawasan perlombongan
dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk
menyatukan mereka.Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan
seperti LaporanHussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini
adalah untuk mengkajisemula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan
Laporan Razak dan LaporanRahman Talib

Laporan Rahman Talib, 1960 Pada tahun 1959, Jawatankuasa Penyemak Pelajaran
ditubuhkan bagi mengkaji semula perlaksanaan Laporan Razak dan langkah-langkah bagi
mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan. Jawatankuasa ini diketuai oleh Abdul
Rahman bin Haji Talib. Beberapa syor telah dikemukakan:

1.Bahasa kebangsaan

 Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah,sekolah


menengahdan institusi pengajian tinggi.
 Peperiksaan awam diadakan dalam Bahasa Melayu.
 Semua calon mesti lulus Bahasa Melayu sebelum masuk ke sekolah menengah.
2. Kelas peralihan

Kelas peralihan diadakan bagi pelajar dari SRJK(C) dan SRJK(T) yang ingin bertukar ke
sekolah menengah aliran Melayu atau Inggeris.

3. Kenaikan automatik

 Kenaikan darjah secara automatik di semua sekolah rendah dan sekolah menengah
bantuan kerajaan.

 Peluang pendidikan selama 9 tahun disediakan secara automatik iaitu 6 tahun sekolah
rendah dan 3 tahun sekolah menengah rendah.

 Pelajaran percuma kepada semua sekolah rendah tanpa mengira Bahasa pengantarnya.

4. Mata pelajaran akhlak

a. Murid beragama Islam – Pendidikan Islam.

Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15 orang.


b. Murid bukan beragama Islam – Pendidikan Moral

Akta Pelajaran, 1961

Syor-syor Laporan Rahman Talib akhirnya digubal menjadi Akta Pelajaran 1961.Melalui akta
ini:

a. Semua sekolah menggunakan kurikulum yang sama tanpa mengira aliran sekolah.

b. Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dari sekolah rendah ke sekolah menengah sampai
institusi pengajian tinggi.

c. Umur minimum meninggalkan sekolah – 15 tahun.


Dasar `Pecah dan perintah Inggeris’

Menubuhkan sistem perekolahan seperti sekolah vernakular Melayu, sekolah Vernakular Tamil,
sekolah vernakular Cina dan sekolah vernakular Inggeris. Sekolah-sekolah ini menggunakan bahasa
pengantar dalam pembelajaran dan pengajaran. Lokasi setiap sekolah terpisah anatara satu sama
lain dan hal ini menyebabkan berlaku jurang interaksi antara kaum. Konsep dualistic iaitu
mengkhususkan pendiidkan Inggeris sebagai pendidikan terbaik untuk golongan pembesar dan
golonngan bangsawan. Rakyatbiasa hanya layak di sekolah vernakular dan sekolah Inggeris khusus
untuk anak-anak golongan bangsawan Untuk kurikulum pula mengikut keperluan kaum. Sukatan
daripada negara asal pengantar. Guru-guru dan bahan-bahan pendidikan diambil dari negara asal
penganatar.

Sekolah rendah yang didirikan semuanya menggunakan sistem sekolah vernakular manakal sekolah
menengah hanya sekolah Inggeris sahaja. Struktur pembayaran yuran juga diperkenalkan dan perlu
dibayar. Belajar menggunakan kaeeah tradisional iaitu kaedah menghafal. Tujuan persekolahan
mengikut perkauman ini untuk meningkatkan kemahiran asas. Setelah tamat persekolahan pihat
British telah menetapkan pekerjaan mereka orang melayu akan kerja di kampung, orang cina akan
menjadi buruh di lombong, orang india kerja di estet manakala orang inggeris pula suda dilatih untuk
menceburkan diri dalam bidang pertadbiran dan perkhidmatan awam.

Dasar `Pecah dan Perintah ’(Divide and Rule) merupakan satu kaedah imperialisme penjajah Eropah
yang digunakan di tanah jajahan untuk `melemahkan’ Bumiputera dan pada masa yang sama
memberikan keutamaan kepada kaum imigran dan sekaligus memisahkan mereka daripada
penduduk Bumiputera. Golongan imigran dibiarkan mengekalkan identiti dan budaya masing –
masing dan tidak digalakkan berhubung secara langsung dengan kaum Bumiputera. Mereka diberi
kesempatan dan kemudahan untuk terlibat dalam perkembangan perusahaan bijih, getah dan
aktiviti perniagaan. Penduduk Bumiputera sebaliknya disisih dari corak kegiatan ekonomi komersial
yang diwujudkan. Kaum bumiputera, walaupun tidak ditindas secara kekerasan seperti yang
dilakukan oleh penjajah Belanda di Indonesia ataupun penjajah Sepanyol di Filipina, mereka tetap
mahu dikekalkan dengan cara hidup tradisi mereka-menjadi petani sara-diri atau nelayan miskin.
Dengan cara ini pihak Inggeris berharap dapat membentuk keadaan yang stabil dan terus menjajah
negara ini. Dasar `Pecah dan Perintah’ membayangkan usaha yang terancang bagi mewujudkan
suatu keadaan yang menjadikan orang Melayu sebagai penduduk Bumiputera akan tertekan
daripada segi kehidupan ekonomi, politik dan sosial.

Bumiputera kekal sebagai petani dan nelayan akibat dasar Inggeris dalam bidang pelajaran

 Dasar Inggeris untuk mengekalkan kedudukan Bumiputera sebagai petani dannelayan jelas diun
gkapkan dalam dasar pelajaran yang menjelaskan bahawa matlamatnya bukanlah untuk
melahirkan anak-anak petani atau nelayan Melayu yang berpendidikan tinggi tetapi `sekadar
untuk menjadikan anak-anak petani atau nelayan Melayu pandai sedikit daripada bapa mereka.
 Sehingga tahun 1920-an, sekolah-sekolah Melayu tidak diberi perhatian sangat dan sering
menghadapi masalah buku teks dan kurang guruguru yang berkelayakkan.
 Pelajaran Inggeris diutamakan dan menjelang abad ke-20 boleh dikatakan kesemua bandar
utama di Negeri- negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai sekolah-
sekolah Inggeris yangternama seperti Penang Free School, Raffles Institution di Singapura, Victo
riaInstitution, Malacca High School dan sekolahsekolah missionary yang lain.
 Disebabkan sekolah terbaik memang terletak di bandar, peluang memasuki sekolah berkenaan
hanya terbuka kepada golongan imigran yang menjadi penghuni bandar.
 Orang Melayu kebanyakkannya tinggal di kampung.Sementara itu, sekolah-sekolah Inggeris
untuk semua kaum pula didirikan di bandar- bandar. Tidak banyak orang Melayu yang mampu
menghantar anak-anak mereka kesekolah Inggeris.
 Pelajaran Inggeris untuk orang Melayu hanya dihadkan kepada keluarga kerabat diraja dan
bangsawan Melayu.
 Untuk tujuan ini, Maktab Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan pada tahun 1905 sebagai sekolah
golongan elit Melayu bagimenyediakan pegawai-pegawai pentadbir Melayu.

Kesan jangkamasa panjang pengamalan dasar `Pecah dan Perintah’ Inggeris

Telah mewujudkan masalah perpaduan di antara kaum melalui :

1.Pengasingan penempatan

2.Pengasingan agama

3.Pengasingan sistem Pendidikan

4.Kewujudan akhbar perlbagai Bahasa

5.Kewujudan Persatuan pelbagai kaum

Pengasingan sistem pendidikan

Pada asasnya, sistem pendidikan di negara ini berasaskan sistem yang telah ditinggalkanoleh pihak
British. Sistem tersebut mula diperkenalkan pada awal abad ke-19 iaitu pada peringkat awal
wujudnya Negeri-negeri Selat. Bagi orang Melayu, kerajaan British telahmenitikberatkan tentang dua
bentuk pelajaran bagi mereka, iaitu pelajaran Melayu untuk orang Melayu biasa dan pelajaran
Inggeris untuk anak-anak Melayu daripada golongan bangsawan. Kecenderungan pihak British
terhadap pendidikan orang Melayu pada masaitu ialah kerana mengenangkan orang Melayu adalah
penduduk tetap negeri ini,sedangkan orang Cina dan India adalah kaum-kaum pendatang yang
akhirnya akan pulang ke negara asal mereka. Orang Melayu kebanyakkannya tinggal di
kampung.Sementara itu, sekolah-sekolah Inggeris untuk semua kaum pula didirikan di bandar-
bandar. Tidak banyak orang Melayu yang mampu menghantar anak-anak mereka kesekolah Inggeris.
Pada tahun 1905, Kolej Melayu Kuala Kangsar dibuka bagimenyediakan pegawai-pegawai pentadbir
Melayu. Pada masa itu, hanya segelintir orangMelayu sahaja (kerabat diraja dan bangsawan Melayu)
yang mampu menghantar anak mereka bersekolah di maktab ini.

Di samping sekolah Melayu dan Inggeris, pihak British juga mendirikan sekolah Tamil di ladang-
ladang getah. Walaubagaimanapun, tuan-tuan punya ladang getah (yangterdiri daripada orang
Inggeris dan Eropah) tidak begitu bersungguh-sungguh memajukan pendidikan sekolah Tamil. Oleh
itu perkembangan pendidikan Tamil agak lembap. Walaupun guru- guru yang mengajar di sekolah
Tamil ini diambil dari India, tetapi mutu pengajaran mereka tetap rendah. Tidak ada pelajaran
peringkat menengah di sekolahTamil. Justeru itu, lepasan sekolah Tamil seperti juga dengan lepasan
sekolah Melayu,tidak menjamin mereka untuk mencapai pekerjaan lain selain menjadi buruh di
ladanggetah seperti ibu bapa mereka.Berbeza dengan orang Melayu dan India, orang Cina
mempunyai tradisi untuk menghormati dan mementingkan pendidikan bagi anak-anak mereka. Di
mana adamasyarakat Cina, sekolah-sekolah turut dibina dan dibiayai oleh orang Cina yang
kayadalam kelompok itu. Di samping itu, para guru dan buku teks yang diajar di sekolah-sekolah Cina
didatangkan dari negeri China dan murid-muridnya mempelajari perkara- perkara yang sama seperti
pelajar-pelajar di sana. Berbanding dengan sekolah-sekolahMelayu dan Tamil, pelajar Cina
mendapat pelajaran yang lebih tinggi di sekolah Cina.Sekolah Cina menyediakan pendidikan enam
tahun di peringkat sekolah rendah.Pelajaran menengah diadakan di sekolah-sekolah yang lebih besar,
dan banyak juga penuntut dari keluarga yang mampu telah menghantar anak mereka melanjutkan
pelajaran ke negeri China.Fakta- fakta yang telah dijelaskan di atas menunjukkan bahawa aliran
pendidikanmasyarakat pada zaman penjajahan British di Tanah Melayu merupakan kuasa
yangmembantu memisahkan lagi masyarakat pelbagai kaum di Malaya. Didapati bahawaaliran
pendidikan yang membolehkan tiga kaum (Melayu, Cina dan India) ini berhubungdan berinterkasi
antara satu sama lain ialah melalui pendidikan sekolah Inggeris. Satu perkara yang ketara ialah
pendidikan aliran Inggeris ini membekalkan pengalaman yangsama bagi mereka yang menuntut.
Pengalaman yang sama ini kelihatan dapatmengurangkan jurang pemisah antara kaum. Kumpulan
perlbagai kaum yang mempunyailatar belakang pendidikan Inggeris seterusnya dapat bekerjasama
menjadi satu kumpulanyang agak penting dalam usaha menuntut kemerdekaan negara ini
kemudiannya.Walaupun pendidikan aliran Inggeris ini kelihatan mempunyai kesan positif terhadap
interaksi dan perpaduan perlbagai kaum di Tanah Melayu ketika itu, tetapi kesannegatifnya juga
dapat dirasai. Hal tersebut berlaku kerana mereka yang berpendidikanInggeris ini agak terpisah
dengan budaya dan cara hidup kelompok asal masing-masing.
PENDIDIKAN SEMASA PENTADBIRAN BRITISH DI SABAH
Pendidikan Awal di Sabah Sebelum Pembentukan Malaysia
Sebelum Kolonial
-Pendidikan tidak formal
-Pendidikan agama
*dibuat di kampung2 bg org Islam
*Belajar Al-Quran Semasa Kolonial

 SBUB tidak begitu mementingkan pembangunan pendidikan di Sabah kerana ia tidak


mendatangkan manfaat kepada mereka. Mereka lebih berminat membangunkan ekonomi di
Sabah.
 SBUB hanya menyediakan pendidikan pada peringkat rendah sahaja kerana usaha menyediakan
pendidikan tinggi dilihat tidak memberi keuntungan kepada mereka.
 Pada ketika itu, SBUB juga sedang berdepan dengan masalah kewangan ini menyebabkan
mereka sukar menumpukan perkembangan pendidikan di Sabah.
 Pada peringkat awal, usaha ke arah perkembangan pendidikan masyarakat bumiputera dan
orang Islam telah dilakukan oleh W. H Treacher yang merupakan gabenor pertama Sabah.
 Treacher cuba membuka sekolah agama Islam di Sandakan pada akhir 1881. Bagi menarik
kemasukan pelajar, beliau telah melantik Syeikh Abdul Dalunan yang merupakan seorang imam
dan guru untuk mengajar agama Islam dan bahasa Melayu.
 Malahan beliau sendiri sanggup mendermakan sebahagian gajinya untuk membiayai
perbelanjaan sekolah tersebut dan menyediakan tapak untuk beroperasi
 Akan tapi usaha beliau gagal kerana tidak mendapat sambutan dari penduduk Islam di situ
kerana mereka khuatir akan niat gabenor Treacher yang juga merupakan seorang Kristian dan
bimbang anak mereka dipengaruhi oleh agama Kristian.
 Usaha tersebut juga gagal kerana mengalami kekurangan wang dan tiada kemudahan yang
mencukupi.
 Terdapat juga usaha yang dilakukan oleh William Pryer yang merupakan pengasas bandar
Sandakan yg mana tinjauan menunjukkan terdapat masyarakat Cina dan Islam mengenai
keperluan pendidikan masyarakat tersebut
 Hasilnya, sebuah bilik di rumah setiausaha kerajaan Sabah ketika itu dijadikan sebagai bilik
darjah dan mereka diberikan seorang guru iaitu Encik Yusof untuk mengajar membaca, mengira
dan menulis.
 Masyarakat Eropah yang berada di Sabah ketika itu ada yang menyokong cadangan tersebut
malah sudi menderma gaji guru tersebut sebanyak $18.00 sebulan.
 Buku-buku dan bahan mengajar diambil dari Singapura. Bagaimanapun sekolah ini hanya
menerima 9 orang pelajar
 Namun akhirnya sekolah yang dibuka pada 9 Ogos 1886 ini terpaksa ditutup pada tahun 1887
berikutan kurang sambutan yang diterima serta alasan yang sama seperti penutupan sekolah
lain.
 Hal ini disebabkan orang Eropah yang lainnya menghantar anak mereka ke sekolah misi yang
didirikan oleh mubaligh Kristian.
 Selepas itu tiada lagi usaha dilakukan oleh pihak SBUB untuk membina sekolah bagi orang Islam
dan masyarakat bumiputera kerana melihat tidak ada keperluan bagi masyarakat ini
mendapatkan pendidikan.
 Walau bagaimanapun, pihak SBUB tetap membenarkan dan tidak menghalang sekolah
ditubuhkan di Sabah dan peranan penubuhan ini dimulakan oleh mubaligh Kristian.
 1883
*Sekolah Inggeris pertama di Sandakan didirikan oleh mubaligh Katolik
*Sekolah dinamakan Institusi Bryon
* Terdapat sekolah ditubuhkan di Inobong Penampang oleh pihak yang sama dan sehingga awal
abad ke-20
 1909
*Sebuah Jabatan Pelajaran ditubuhkan oleh kerajaan Chartered Company
*bagi mengawasi sekolah2 persendirian oleh mubaligh dan masyarakat Cina
 1915
*Sekolah pertama didirikan dibawah Jabatan Pelajaran yang ditubuhkan di Jesselton (Kota
Kinabalu)
*bagi melatih anak2 ketua buiputera supaya mengikuti jejak langkah bapa mereka
*dilatih selama 3 tahun, sukatan pelajaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri-
negeri Selat.
 1921-1922
*Sekolah Melayu Pertama ditubuhkan di Kota Belud, Papar, Keningau dan Menumbok

 1930
*terdapat 10 buah sekolah Melayu dgn seramai 391 murid lelaki, guru seramai 53 orang dlm
tahun 1940
*Sekolah Melayu di Sabah sama dengan sekolah Melayu di Tanah Melayu yan memberi
penekanan kepada :- - latihan jasmani - berkebun - bahasa Melayu (sebagai bahasa pengantar) -
mata pelajaran Ilmu Hisab dan Kesihatan. * Sekolah Melayu hanya pada peringkat rendah
sahaja.
* Sekolah Inggeris lebih tinggi mutunya dibandingkan dengan sekolah lain.
 1933
* Murid dari sekolah Inggeris boleh menduduki peperiksaan Junior dan Senior Cambridge dan
mereka berpeluang menjadi kakitangan kerajaan colonial. * Semua sekolah berkembang secara
berasingan dan tidak dibiayai oleh SBUB.
 1942-1945
*Pendudukan Jepun memperkenalkan sistem pelajaran dgn nama Sistem Sekolah Kebangsaan
Yang Bebas (Ko Min Gakko)
*lebih kepada bertujuan propaganda bagi mendapat sokongan kepada Jepun
 1947 – 1952
* Antara perkara yang ditekankan dalam pelan pendidikan lima tahun iaitu :-
a. enam tahun pendidikan sekolah rendah untuk semua
b. pembenterasan buta huruf
c. pendidikan kesihatan dan pertanian
d. pendidikan untuk kanak-kanak perempuan
e. latihan vokasional
* Dalam sistem pendidikan berkenaan, bahasa Inggeris diberikan kedudukan yang istimewa.
 1950-an
* Lembaga Pendidikan Sabah dan lembaga-lembaga pendidikan di peringkat daerah telah
ditubuhkan
* Fungsi lembaga-lembaga adalah untuk memberikan nasihat serta laporan kepada pihak
kerajaan tentang segala pertanyaan terhadap polisi, kandungan peraturan-peraturan serta apa-
apa perkara yang menjejaskan perkembangan pendidikan di Sabah.
* Sebuah sekolah menengah pertama telah ditubuhkan, iaitu Maktab Sabah yang terletak di
Kota Kinabalu
 1952
*Maktab Perguruan Kent, Tuaran ditubuhkan bagi menampung keperluan guru di Sabah
 1955
*Laporan WoodHead
>Peruntukan kewangan
>langkah meningkatkan muta pendidikan sekolah
>sistem pendidikan baharu diwujudkan di Sabah
 1956
*Penubuhan Lembaga Pelajaran yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Tempatan dan
Pengarah Pelajaran sebagai ahli
*tugas utk : melapor dan menasihati Gabenor segala perkara mengenai pelajaran, melantik satu
Jawatankuasa Bertindak, membuat tugas2 lain yg termaktub dlm Ordinan Pelajaran

Sumber : Muhammad Nor Long, 1978. Perkembangan Pelajaran di Sabah. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
http://www.sabah.edu.my/fma008/3.html

KESIMPULAN
 SBUB tidak begitu mementingkan pendidikan
 tidak menguntungkan mereka.
 menumpukan pembangunan ekonomi di Sabah
 dilihat lebih bermanfaat kepada mereka.
 Syarikat berpiagam yang bermatlamatkan keuntungan
 Pendidikan di Sabah boleh dikatakan kurang maju berbanding Semenanjung Tanah Melayu dan
Sarawak.
 cumalah peringkat rendah sahaja.
 Penutupan banyak sekolah pada peringkat awal jelas menunjukkan kurangnya kesedaran
masyarakat
 Faktor pengangkutan-PENDALAMAN
 agak jauh ketinggalan
 Sikap pentadbiran SBUB yang tidak begitu kisah terhadap pendidikan
 bersikap pilih bulu dalam memberi bantuan pendidikan
 peruntukan *jumlah murid dan sekolah bahasa Inggeris diberi lebih banyak bantuan.

PERUBAHAN DASAR PENDIDIKAN BRITIISH - JD Jardine


 1934-perubahan dalam dasar pendidikan SBUb- gabenor ketika itu JD Jardine.
 Dasar pendidikan - kekal beberapa tahun.
 pendidikan Sabah tetap pada tahap yang rendah.
 kekurangan peralatan dan tenaga pengajar mutu
 tidak mendedahkan sangat kepada pendidikan melalui pengalaman.
 14 tahun namun hanya 321 orang sahaja yang bersekolah
 Mata pelajaran kesihatan, pendidikan jasmani (senaman) dan permainan - kurikulum sekolah.
 bantuan pakaian seragam untuk murid-murid sekolah.
 Sejak itu sekolah makin bertambah dan sekolah baru dibuka di Tuaran, Semporna, Ranau dan
Bingkor.
 Sekolah Kota Belud dibuka kembali pada tahun 1936 manakala Sipitang 1937.
 Guru dari Sultan Idris Training College dibawa masuk ke Sabah.
 memperkenalkan ilmu matemetik, pertukangan seperti membuat bakul, pertanian
 Pelajar yang berkelayakan diberi biasiswa sebanyak $180 untuk meneruskan persekolahan.
 Ketua anak negeri mencadangkan bahasa Inggeris diajar di sekolah vernakular tapi ditolakoleh
pentadbiran SBUB.
 dasar kerajaan Inggeris yang tidak menggalakkan anak tempatan mempelajari bahasa Inggeris.
 Pada 1939, syarikat berpiagam menyatakan mereka tidak mahu memberi bantuan kepada
sekolah mubaligh
 berhasrat guna sumber yang sedia ada untuk tingkatkan pendidikan asas sekolah vernakular
 memperkenalkan pendidikan wanita serta mendirikan lebih sekolah vernakular kerajaan dan
sekolah menengah namun tidak terjadi akibat meletusnya perang dunia kedua.
 Setelah tamat perang dengan Jepun, SBUB menyedari banyak kerosakan dan kemusnahan -
kerugian kepada SBUB
 SBUB menyerahkan kembali Sabah ke tangan British.

Pada tahun 1934, berlaku perubahan dalam dasar pendidikan SBUB. Perubahan berlaku disebabkan
gabenor ketika itu JD Jardine. Dasar pendidikan yang dibuat oleh JD Jardine ini kekal beberapa
tahun. Akan tetapi dengan kekurangan peralatan dan tenaga pengajar mutu pendidikan Sabah tetap
pada tahap yang rendah. Mungkin disebabkan dasar pendidikan tersebut tidak mendedahkan sangat
masyarakat tempatan kepada pendidikan melalui pengalaman. Pendidikan di Sabah sudah hampir 14
tahun namun hanya 321 orang sahaja yang bersekolah ketika itu. Mata pelajaran kesihatan,
pendidikan jasmani (senaman) dan permainan dimasukkan dalam kurikulum sekolah. SBUB mula
memberi bantuan pakaian seragam untuk murid-murid sekolah. Sejak itu sekolah makin bertambah
dan sekolah baru dibuka di Tuaran, Semporna, Ranau dan Bingkor. Sekolah Kota Belud dibuka
kembali pada tahun 1936 manakala Sipitang 1937. Guru dari Sultan Idris Training College dibawa
masuk ke Sabah. JP Jardine memperkenalkan ilmu matemetik, pertukangan seperti membuat bakul,
pertanian turut diajar. Pelajar yang berkelayakan diberi biasiswa sebanyak $180 untuk meneruskan
persekolahan.
Ketua anak negeri mencadangkan bahasa Inggeris diajar di sekolah vernakular tapi ditolak
oleh pentadbiran SBUB. Hal ini disebabkan dasar kerajaan Inggeris yang tidak menggalakkan anak
tempatan mempelajari bahasa Inggeris. Pada 1939, syarikat berpiagam menyatakan mereka tidak
mahu memberi bantuan kepada sekolah mubaligh dan berhasrat guna sumber yang sedia ada untuk
tingkatkan pendidikan asas sekolah vernakular dan memperkenalkan pendidikan wanita serta
mendirikan lebih sekolah vernakular kerajaan dan sekolah menengah namun tidak terjadi akibat
meletusnya perang dunia kedua. Setelah tamat perang dengan Jepun, SBUB menyedari banyak
kerosakan dan kemusnahan yang berlaku di Sabah dan ia mendatangkan kerugian kepada SBUB dan
disebabkan itu SBUB menyerahkan kembali Sabah ke tangan British.

Kesimpulan untuk pendidikan Sarawak semasa


kedatangan British

 kurang membanggaka- kurang kesedaran dan keterbukaan

 rasa curiga yang amat mendalam

 menyisihkan masyarakat Bumiputera -kewujudan jurang perbezaan kaum *-Cina, yang dilihat
lebih terkehadapan dalam semua bidang.

 lebih tertumpu di bandar Kuching sahaja -peluang menjawat jawatan dalam pentadbiran
kerajaan.
 Manakala di kawasan luar bandar, hanya bersifat turun naik kerana tiada usahamemupuk
kesedaran mereka

 Pada zaman pemerintahan British, kesedaran tentang kepentingan pendidikan telah wujud
dengan mendadak - terutamanya selepas tentera Jepun menyerah k alah.

 - membangkitkan semangat - sekolah-sekolah rakyat.

 -British yang cuba melepaskan tanggungjawab mereka terhadap pendidikan anakanak negeri
dapat dilihat ketika kaedah 'Bantu Diri' diperkenalkan.

 Pihak Lembaga Tempatan telah diberikan tanggungjawab untuk menguruskan sekolah di


kawasan masing-masing walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah.

 hanya Lembaga Tempatan yang ditadbir oleh komuniti-komuniti tertentu sahaja yang lancar
kewangan

 Setelah merdeka, pelbagai pembaharuan yang relah dijalankan

 Pencapaian masyarakat Melayu Sarawak dalam bidang pendidikan Ketika zaman Brooke kurang
membanggakan mungkin disebabkan oleh kurang kesedaran dan keterbukaan terhadap
kepentingan pendidikan.

 Selain itu, rasa curiga yang amat mendalam terhadap badan agama Kristian turut menghalang
mereka daripada mendapatkan pendidikan terutamanya di sekolah-sekolah anjuran badan-
badan ini.

 Dalam pada itu, sikap Brooke yang seolah-olah ingin menyisihkan masyarakat Bumiputera
(termasuk kaum Melayu) daripada maju dalam bidang pendidikan turut memberi kesan kepada
kewujudan jurang perbezaan yang besar antara kaum Bumiputera dengan kaum Cina, yang
dilihat lebih terkehadapan dalam semua bidang.

 Penyertaan yang tinggi di kalangan masyarakat Melayu dalam bidang pendidikan lebih
tertumpu di bandar Kuching sahaja kerana golongan ini mempunyai peluang yang lebih untuk
menjawat jawatan dalam pentadbiran kerajaan.

 Manakala di kawasan luar bandar, walaupun jumlah pelajar Melayu ada kalanya meningkat
tetapi ianya hanya bersifat turun naik kerana tiada usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk
memupuk kesedaran mereka terhadap kepentingan pendidikan.

 Pada zaman pemerintahan British, kesedaran tentang kepentingan pendidikan telah wujud
dengan mendadak di kalangan kaum Melayu terutamanya selepas tentera Jepun menyerah k
alah.

 Situasi ini telah membangkitkan semangat orang-orang Melayu sehingga akhirnya tertubuhnya
sekolah-sekolah rakyat.

 Namun begitu, sikap kerajaan British yang cuba melepaskan tanggungjawab mereka terhadap
pendidikan anakanak negeri dapat dilihat ketika kaedah 'Bantu Diri' diperkenalkan.

 Pihak Lembaga Tempatan telah diberikan tanggungjawab untuk menguruskan sekolah di


kawasan masing-masing walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah.
 Natijahnya, hanya Lembaga Tempatan yang ditadbir oleh komuniti-komuniti tertentu sahaja
yang dapat meneruskan perjalanan persekolahan dengan lancar kerana mereka mempunyai
sumber kewangan yang mencukupi.

 Setelah merdeka, pelbagai pembaharuan yang relah dijalankan oleh kerajaan Malaysia dalam
bidang pendidikan termasuk di negeri Sarawak.

Pendidikan Awal di Sarawak Sebelum Pembentukan Malaysia 1963

Pendidikan dibawah Kesultanan Brunei


a.Pendidikan Tidak Formalmelalui sistem pendidikan tradisional,
b. Pendidikan Agama
*hak istimewa golongan atasan
Tenaga pengajar ialah tok guru terutamanya dalam hal keagamaan, bacaan al-Quran dan jawi
diadakan Di masjid, surau atau rumah tok guru terbabit.

-1848( Zaman Brooke)


a. Sekolah-sekolah Mission
*W.B. Wright menubuhkan “Sekolah Harian” utk kanak2 lelaki
*James Brooke meminta memelihara kanak2 Serani yatim piatu telah memulakan “sekolah
berasrama” sebelum tertubuhnya “sekolah Mission”
-1861
* Charles Brooke dan Harriet McDougall mendapati wujud sekolah sekular Melayu sebelum
dikelolakan secara rasmi oleh kerajaan iaitu sekolah Inchi Buyong dan “Sekolah Mekah”
-1871
*Dilaporkan oleh Sarawak Gazette bahawa masyarakat Cina berhasrat menubuhkan sekolah
vernakular sendiri
*Barangkali sekolah Cina yang pertama ditubuhkan di Pekan Paku
-1883
*Sekolah Kerajaan pertama ditubuhkan di Sarawak, bukan sahaja khas utk kanak2 lelaki tetapi juga
kanak2 perempuan.
-1924
*Jabatan Pendidikan Sarawak ditubuhkan, namun peranannya terhad dan sekadar jentera
pentadbiran bagi mengawal pertumbuhan sekolah2 yang kian bertambah.
-1935
*The Blue Report, mengkaji pendidikan di Sarawak daripada 3 aspek : Pendidikan Vernakular
Bumiputera, Cina dan Mission.
-1936
*Laporan Hammond, bagi mengkaji sistem pendidikan Sarawak selepas The Blue Report
*Laporan Hammond mengkaji secara mendalam, R. H. Hammond berpendpt bahawa kerajaan patut
main peranan lebih aktif dlm pendidikan, kanak2 patut mula pendidikan mereka dlm bahasa ibunda
di peringkat sekolah rendah, dan sebagainya.
-1942-1945
*Jepun memperkenalkan sistem pendidikan “Sistem Sekolah Kebangsaan yang Bebas” (Ko Min
Gakko)
-1948
*Lembaga Tempatan pertama di Sarawak bg mengambil tanggungjawab terhadap pendidikan
rendah di daerah masing2.
-1960
*tekanan utk langkah2 lebih radikal ke arah penubuhan sistem yang nasional ditekankan kepada
pentadbiran British
*Gabenor dlm ucapan pd 6dis1960 menyatakan bhw semua sekolah menengah patut dijadikan
sekolah nasional bertujuan bagi memberi perkhidmatan kepada semua masyarakat.

Sumber : Syed Idrus Syed Ahmad, 1990. Perkembangan Pendidikan di Sarawak. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Penubuhan Sekolah Abang kasim


 Sungguhpun begitu, hanya kaum lelaki sahaja yang digalakkan untuk belajar.

 Cadangan Margaret Brooke untuk mengajak kaum wanita dan anak-anak perempuan belajar
menulis dan membaca ditentang oleh Datu Isa (isteri Datu Bandar)
Alasan ia hanya akan membawa kepada tabiat dan gejala yang tidak sihat. Datu Isa menegaskan
bahawa dengan kepandaian menulis, kaum wanita dan anak-anak gadis Melayu akan membawa
kepa gejala negatif seperti menulis surat cinta kepada kekasih , dan lelaki yang tidak diingini
mungkin bersentuhan dsn mengsmbil kesempatan dengan anak perempuan rumah kita~

 Akhirnya Margaret Brooke atas usahanya sendiri telah belajar menulis dan membaca dengan
seorang guru di Kuching bernama Inchi Sawal.
 Usaha dan kebolehan Margaret berbahasa Melayu akhirnya menarik minat Datu Isa untuk
membenarkan anak buah perempuannya belajar membaca dan menulis dengan Inchi Sawal di
rumahnya sendiri.

 Kemajuan yang amat memberansangkan telah ditunjukkan oleh Dayang Sahada ( anak buah
Datu Isa ) apabila beliau telah berjaya menulis tentang sejarah Sarawak dengan tulisan Jawi.

 Rentetan peristiwa inilah akhirnya sebuah kelas telah dibuka oleh Dayang Sahada dan suaminya
Abang Kasim kepada kaum wanita dan kanak-kanak lelaki untuk belajar menulis clan membaca.

 Sambutan yang amat menggalakkan terhadap penubuhan kelas ini Akhirnya telah menarik
minat Charles Brooke Untuk menubuhkan sebuah sekolah Melayu tajaan Kerajaan yang
pertama pada tahun 1883.

 Inchi Sawal telah dilantik sebagai Guru Besar dan sekolah ini dinamakan Sekolah Abang Kasim.

 Pendaftaran pelajarnya telah meningkat dari tahun ke tahun pada tahun-tahun awal
penubuhannya. Akhirnya sekolah ini telah ditukarkan namanya menjadi Sekolah Kampung Jawa.
Sebuah sekolah Melayu turut dibuka di kampung berdekatan oleh lnchi Bakar iaitu anak kepada
seorang Melayu Sumatera bernama lnchi Boyang. dibuka rentetan kejayaan Sekolah Kampung
Jawa menarik minat kaum Melayu untuk belajar. Sekolah ini dinamakan Sekolah Kampung
Gersik.
Kedua-dua sekolah ini mengajar mata pelajaran yang hampir sama seperti agama, membaca
dan menulis, asas kira-kira, ilmu alam dan tawarikh. Selain daripada itu, murid-murid juga
berpeluang mempelajari bahasa Inggeris.
Sebelum kewujudan kedua-dua sekolah Melayu tadi, telah terdapat usaha pihak mubaligh
Anglican untuk membuka kels-kelas a0tau sekolah harian kepada orang Melayu sekitar tahun
1840-an.
Namun semua usaha ini gagal kerana rasa curiga yang timbul di kalangan ibubapa terhadap
kelas-kelas yang dianjurkan oleh badan Kristian.

 Berikutan respon terhadap penubuhan sekolah mubaligh ini, orang-orang Melayu telah
menubuhkan Sekolah Inchi Boyang dan Sekolah Mekah untuk mendidik anak-anak Melayu.

Anda mungkin juga menyukai