Anda di halaman 1dari 18

EDUP 3013 FALSAFAH

DAN PENDIDIKAN DI
MALAYSIA
Falsafah Pendidikan Di
Malaysia
Pensyarah : Tuan
Zaharudin Bin Mohd. Talip
Disediakan oleh : Chong Wan Yik
PISMP RBT 1 S1T1

Falsafah Pendidikan
Kebangsaan(FPK)
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang
berterusan untuk mengembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta dapat
menyumbang terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Pendidikan suatu usaha berterusan

Elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan


Kebangsaan

Memperkembang potensi individu


Perkembangan potensi secara menyeluruh dan
bersepadu
Insan yang seimbang dan harmonis
Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
Rakyat Malaysia yang berketrampilan
Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab
Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati
kesejahteraan diri
Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan

Pendidikan suatu usaha berterusan.


Pendidikan secara berterusan ini adalah
bermula sejak pendidikan asas dalam
peringkat awal kanak-kanak sehingga
tempat-tempat seperti institusi
pendidikan tinggi, tempat bekerja dan
komuniti supaya dapat membantu
individu menyesuaikan diri dalam
pelbagai keadaan dan menjadi insan
yang berilmu pengetahuan, bertenaga
mahir serta berakhlak mulia.

Memperkembang potensi individu.Fungsi


pendidikan adalah untuk
memperkembangkan dan meningkatkan
potensi individu seperti intelek, jasmani,
rohani, emosi supaya mencapai tahap
kecemerlangan
Perkembangan potensi secara menyeluruh
dan bersepadu.Merangkumi
perkembangan individu yang maksima
pada jalan atau cara yang tepat bagi
membantu menggilap potensi yang ada
dalam diri individu tersebut.

Insan yang seimbang dan harmonis.Insan yang


mempunyai jasmani, emosi, rohani dan intelek
yang telah diperkembangkan secara kritikal dan
bersepadu, berilmu pengetahuan, mempunyai
akhlak mulia, percaya dan yakin kepada Tuhan,
mempunyai jiwa dan fkiran yang tenteram, sihat
tubuh badan, serta matang dari segi emosi dan
sosialnya.
Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Mereka
mengakui Tuhan sebagai pencipta manusia serta
menyedari bahawa hukum dan fenomena alam
merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan.
Individu akan melakukan kebaikan dan
menghindari keburukan untuk meningkatkan serta
mengukuhkan kepercayaan agama.

Membentuk rakyat Malaysia yang berilmu


pengetahuan .Mereka yang sentiasa bersedia
berkongsi ilmu dan menggunakan ilmu untuk
manfaat bersama. Antara ciri-ciri individu yang
berilmu pengetahuan ialah individu yang
mencintai ilmu pengetahuan, minat mentelaah,
berfikiran global, berusaha berkongsi ilmu dan
menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada.
Rakyat Malaysia yang berketrampilan iaitu
rakyat yang melaksanakan amanah yang
diberikan kepadanya dengan adanya kemahiran
yang tepat dan bersesuaian dengan kehendak.
Rakyat juga harus mahir dalam melakukan
tugasan dan mampu menjadi rakyat yang
inovatif.

Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia.


Kebolehan berfikir jauh dalam menimbang
kesan dan akibat sesuatu perkara dan yakin
dalam perkara murni yang dilakukan
merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam
rakyat Malaysia yang berakhlak mulia.
Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.
Rakyat Malaysia perlu mengetahui tugas dan
tanggungjawab merupakan amanah yang
wajib dilaksanakan dengan sempurna. Undangundang, perlembagaan negara perlulah
dihormati dan dipatuhi agar keamanan negara,
perpaduan kaum dan kesejahteraan
masyarakat dapat dijaga dan diteruskan.

Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai


kesejahteraan diri. Rakyat Malaysia yang mampu
menikmati kesejahteraan diri iaitu yang berupaya
menangani masalah hidup, mampu berfikir secara
waras, mempunyai tubuh badan sihat dan
mempunyai kemahiran dalam menjalin
perhubungan yang baik dengan orang lain
merupakan ciri-ciri bagi unsur kesepuluh.
Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan.
Wujudnya rakyat Malaysia yang mampu memberi
sumbangan akan membantu pembangunan negara
dengan melahirkan keluarga yang harmoni dan
mempunyai nilai-nilai murni seperti semangat
kerjasama dan perpaduan..

Falsafah Pendidikan Guru (FPG)


"Guru yang berpekerti mulia,
berpandangan progresif dan saintifik,
bersedia menjunjung aspirasi negara serta
menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin pembangunan individu dan
memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin."

Konsep Pembentukan FPG


Menjadi panduan kpd guru utk melaksanakan FPK
Menjadi panduan membentuk guru yg diperlukan
oleh negara iaitu:
Pekerti mulia
Berpandangan progresif dan saintifik
Sedia menjunjung aspirasi negara
Menyanjung warisan kebudayaan negara
Menjamin perkembangan individu
Memelihara masyarakat yg bersatu padu,
progresif, demokratik, dan berdisiplin
Progresif : sentiasa
bergerak maju
Demokratik : berkaitan
dgn prinsip-prinsip
demokrasi

Matlamat FPG
Membina insan guru yang berakhlak mulia,
berilmu kreatif dan berdaya tahan yang boleh
mendidik murid-murid dengan cekap dan
berkesan.
Mengembangkan institut perguruan sebagai
pusat rujukan dalam bidang keguruan.
Meningkatkan pengetahuan dan kecekapan
guru terlatih secara berkesan.
Mengeluarkan guru permulaan yang mencukupi
untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah di
Malaysia.

Perwatakan
yang mulia

Pembanguna
n individu
dan
pengekalan
disiplin
masyarakat
yang bersatu

Elemen
Falsafah
Pendidikan
Guru

Mengekalkan
warisan
kebudayaan

Berkembang
maju dan
berpandanga
n saintifik

Berkomited
menegakkan
aspirasi
Negara

Berkomited : mempunyai
atau menunjukkan
sokongan dan azam yg
sepenuhnya kpd sesuatu

Model Konseptual
Pendidikan
Guru
Dirangka berlandaskan kepada dasar Falsafah

Pendidikan Guru dan Matlamat Pendidikan.


Model Konseptual Pendidikan Guru juga
menekankan matlamat mengembangkan potensi
guru secara seimbang dan bersepadu dari segi
rohani, emosi, intelek dan jasmani.
Model ini merangkumi akauntabiliti guru di bawah
tiga dimensi utama

Konseptual : berkaitan dgn


(mengenai) konsep

3 Dimensi Utama
Ketuhanan

Kemasyarakata
n
Kendiri

Peningkatan ilmu, penghayatan dan


amalan individu berteraskan
kepercayaan dan kepatuhan kepada
ajaran agama
Penekanan peranan guru sebagai
pendidik, pemimpin dan agen
perubahan

Penekanan pembinaan daya


kefahaman dan patriotisme,
pemupukan budaya ilmu serta
pembentukan sahsiah murni dan
pekerti mulia

Di bawah 3 dimensi utama tersebut,


Model Konseptual Pendidikan Guru ini
merangkumi tiga aspek asas iaitu:
Ikhtisas : berkaitan
dgn pekerjaan atau
sesuatu profesion

Pengetahuan yang
berkaitan dengan
perkembangan dan
kepentingan pendidikan
dalam kehidupan.

Kemahiran ikhtisas yang


merangkumi kemahiran
menggunakan bahanbahan pelajaran dengan
tujuan meningkatkan
kualiti pengajaran dan
pembelajaran.

Nilai yang merujuk


kepada amalan nilai- nilai
murni, perlakuan guru
yang penyayang,
bepekerti mulia, berdaya
tahan, patriotik, inovatif,
kreatif dan patuh kepada
etika profesion keguruan.

Sumber Rujukan
Mok Soon Sang, (1994).Asas Pendidikan 3
Kurikulum dan Praktikum, Kumpulan Budiman
Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Mok Soon Sang, (2004). Ilmu Pendidikan untuk
KPLI, Kumpulan Budiman Sdn Bhd,Subang Jaya.
Sharifal Alwiah Alsagoff,(1984). Falsafah
Pendidikan, Kuala Lumpur :Heinemann Asia.
Sulaiman Hamzah, Karimah Zainab, (1977).
Aliran Pendidikan, Pustaka Aman Press Sdn
Bhd.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai