Anda di halaman 1dari 85

PERANAN DAN

FUNGSI PTV
FUNGSI PTV
• Membangunkan personaliti dan tingkahlaku
serta membentuk nilai-nilai spiritual, nilai-
nilai kemanusiaan dan kemahiran berfikir
secara harmoni.
• Menyediakan pembelajaran individu sepanjang
hayat
• Membangunkan kapasiti membuat keputusan
dan kemahiran kerja berpasukan serta
kepimpinan di tempat kerja dan komuniti
• Membolehkan individu menangani kemajuan
yang pantas dalam bidang teknologi dan
maklumat.
• Penyumbang pencapaian matlamat
masyarakat
• Pemacu kefahaman dan keupayaan
bertindak dalam aspek teknologi dan
saintifik.
• Membolehkan masyarakat menyumbang
kepada pengekalan pembangunan alam
sekitar melalui pekerjaan dan bidang lain
dalam kehidupan mereka.
• Sebagai sebahagian sistem pembelajaran
sepanjang hayat.
KONTEKS SOSIAL

Kestabilan sosial Nilai masyarakat


KESTABILAN SOSIAL
• PTV memberi peluang kepada masyarakat untuk
melibatkan diri dalam bidang-bidang tertentu.
• PTV membantu masyarakat untuk menghasilkan
kualiti kerja yang baik.
• Menyumbang kpd pencapaian matlamat masyarakat
dari segi perkembangan ekonomi, budaya, sosial dan
pendemokrasian.
• Membantu mengurangkan peningkatan bilangan
pengganguran
• Menyumbang kepada pembangunan masyarakat
moden yang kompleks
• Membantu memenuhi keperluan ekonomi masyarakat.
NILAI MASYARAKAT
• PTV menimbulkan kepercayaan dan norma
masyarakat
• Mempertingkatkan kualiti hidup manusia
dalam kelompok manusia
• Memupuk sikap tabiat yang baik dan
murni
• Memenuhi aspirasi dan harapan
masyarakat, bangsa dan negara ke arah
melahirkan generasi insan yang produktif
dan bersatu padu.
KONTEKS EKONOMI
• Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa
ekonomi berkenaan pengeluaran,
pengagihan, penggunaan barang-barang
dan perkhidmatan atau sistem
pengendalian sumber kekayaan sesebuah
negara atau keadaan kekayaan atau
kebendaan.
• Antara fungsi PTV dari konteks ekonomi
ialah;
• Memberi dan meningkatkan peluang pekerjaan
• Memainkan peranan yang penting dlaam
penjanaan ekonomi
• Membantu negara dalam mempelbagaikan
ekonominya
• Melalui PTV ekonomi negara terpelihara dan mantap
• Membantu negara dalam usaha mencapai taraf
negara maju
• Menyediakan tenaga kerja yang mahir serta
berpengetahuan asas bagi memenuhi keperluan
sektor industri dan perdagangan.
• Berperanan untuk memperkenalkan konsep dunia
pekerjaan kepada pelajar
• Membantu dalam pembangunan kemahiran yang
spesifik kepada suatu bidang pekerjaan yang
tertentu
SOROTAN KAJIAN
MENGENAI PTV
Kajian 1
• Menurut kajian tersebut, pendidikan teknik dan
vokasional berfungsi dalam pembangunan tenaga
manusia minda kelas pertama di Malaysia
• Pendidikan vokasional menyediakan latihan-
latihan untuk pekerjaan tertentu
• PTV banyak membantu dalam pembangunan
kemahiran yang spesifik kepada bidang
pekerjaan yang tertentu
• Pendidikan vokasional memainkan peranan yang
penting dalam perkembangan “skill culture”
• Dengan merangsang pengunaan tangan dan minda
dalam praktikal dan teori, PTV dapat
menyediakan sumber manusia serta pelajar
minda kelas pertama.
Kajian 2
• Pendidikan teknik dan vokasional memberi
peluang yang sama dengan individu normal
dan pelajar keperluan khas.
• PTV memberi kemahiran yang sesuai
dengan kemajuan negara kini
• Menawarkan peluang pekerjaan
• PTV menyediakan silibus khas untuk pelajar
keperluan khas untuk memudahkan proses
P&P mereka.
Rumusan daripada kajian
• kesan baik
• Melibatkan pelajar keperluan khas serta memberi
kemahiran yang tinggi
• Kajian yang dijalankan memainkan peranan yang
penting dalam perancangan, membuat dasar dan
pentadbir yang berkaitan PTV
Kamus Dewan Bahasa
Kreativiti: Kemampuan (kebolehan) mencipta
Reka bentuk: susunan bahan yang dirancang
untuk menghasilkan sesuatu produk atau impak
Teknologi: aktiviti atau kajian yang menggunakan
pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam
industri, pertanian, perubatan, perniagaan, dll
atau kaedah proses menangani sesuatu masalah
teknikal.
Kreativiti dalam pengajaran dan
pembelajaran RBT merangkumi enam
elemen.
Penyelesaian
masalah dan reka
bentuk

Pemikiran
Aktiviti refleksi
kreatif

Pembelajaran Pemikiran
scaffold kritis

Pemikiran
aras tinggi
• Penyelesaian masalah merupakan aktiviti-
aktiviti yang melibatkan masalah berbentuk
perkataan, masalah bukan mekanis, teka-teki,
kuiz ataupun penggunaan pelbagai kemahiran
dalam situasi yang sebenar.

• Buku Rosnanaini Sulaiman, Maimun Aziz dan


Mok Soon Sang, 2011
– Masalah bermaksud sesuatu situasi apabila
seseorang individu atau kumpulan ini dikehendaki
melaksanakan kerja penyelesaiannya.
1) Penyelesaiannya memerlukan perancangan strategi dan
pemilihan kaedah yang sesuai.
2) Perancangan strategi dan pemilihan kaedah yang sesuai
bergantung kepada pengalaman, pengetahuan dan kemahiran
murid yang sedia ada serta kefahaman masalah yang
berkenaan.
3) Kebolehan penyelesaian masalah adalah berkaitan peringkat
perkembangan kognitif yang sesuai, sekurang-kurangnya
sampai ke peringkat aplikasi.
4) Cara penyelesaian masalah tidak boleh dihafaz seperti
menyelesaikan soalan mekanis. Setiap soalan bermasalah
memerlukan pelaksanaan satu set aktiviti yang sistematik.
5) Proses penyelesaian masalah memerlukan aplikasi
kemahiran, konsep atau prinsip yang telah dikuasai terlebih
dahulu.
1. Soalan harus diberikan sebaik sahaja murid memperolehi ilmu
pengetahuan atau menguasai kemahiran yang berkaitan.
2. Soalan bermasalah harus dibina daripada isi yang boleh
menggalakkan harus dijalankan oleh murid sendiri. Guru boleh
memberi sedikit bimbingan sahaja bagi murid-murid yang berfikir
lambat secara individu.
3.Sebelum proses penyelesaian masalah dimulakan, guru harus
membimbing murid memahami dan mengenal pasti masalah
itu.
4. Berbincang dengan murid pelbagai cara yang membolehkan
mereka menyelesaikan masalah.
5. Elakkan memberi tunjuk ajar kepada murid tentang cara guru
menyelesaikan masalah. Segala proses pemikiran cari penyelesaian
harus dijalankan oleh murid sendiri. Guru boleh memberi sedikit
bimbingan sahaja bagi murid-murid yang berfikir lambat dengan
secara individu.
• Menurut John Dewey, pembelajaran penyelesaian
masalah melibatkan lima peringkat seperti di rajat
dibawah:

Mencari Menilai
Mengenalpasti Membuat Menguji
maklumat dan
masalah hipotesis hipotesis
rumusan membuat
 Untuk memberi pengalaman kepada pelajar-pelajar
menggunakan kemahiran yang dikuasai untuk
menyelesaikan masalah yang berkaitan.
 Untuk memberi peluang kepada murid-murid menggunakan
pengalaman, ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
mereka baru perolehi.
 Untuk memperkukuhkan kemahiran, konsep, prinsip dan
teori yang baru dipelajari.
 Untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang
kepentingan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang
dipelajari.
 Untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan penaakulan
murid-murid dalam proses penyelesaian masalah.
Sesuatu reka bentuk yang baik ialah
suatu produk yang dapat:
Berfungsi dengan baik dan cekap.
Sangat ekonomikal dalam lingkungan
kekangan yang dikenakan.
Kekangan adalah merupakan suatu aturan
yang terpaksa dipatuhi.
Kos
Keboleharapan (reliability).
Keselamatan.
Prestasi.
Kehendak akta kilang dan jentera.
Pertimbangan sosiologi.
Pencemaran
 Penggunaan tenaga.
Keperluan kepada reka bentuk

Penakrifan masalah

Reka bentuk konsep

Reka bentuk terperinci

Pembuatan

Pengujian
Murid didedahkan kepada pengenalan kreativiti
serta melakukan kajian reka bentuk dan fungsi
terhadap sesuatu produk.

 Faktor manusia
 Faktor fungsi
 Faktor estetik
 Faktor kekuatan
• Kamus Dewan Bahasa
– Kreatif: mempunyai kebolehan untuk mencipta,
menghasilkan dan seterusnya mengembangkan
sesuatu idea yang baru dan asli.
• Buku Rosnanaini Sulaiman, Maimun Aziz
dan Mok Soon Sang, 2011,
– Kreatif: keupayaan seseorang untuk mencipta
sesuatu yang baru dan pada masa yang sama
mampu mengolah idea.
• menjana dan menghasilkan idea,
• mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa,
pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat
maujud, abstrak, idea atau gagasan.
• menerokai dan mencari makna ,
pemahaman dan penyelesaian masalah
secara inovatif.
keberanian
Pemikiran kreatif mengandungi ciri keberanian
untuk menjanakan idea yang pelbagai dan baru
tanpa dikongkong oleh idea lama. Oleh itu, pelajar
reka bentuk dan teknologi yang kreatif perlu
berfikiran terbuka, sanggup menerima risiko dan
kritik orang lain.
Imaginasi
Pemikiran kreatif mengandungi ciri imaginasi yang
mencapah serta kemahiran sistesis untuk
mencantum idea-idea yang sedia ada agar
menkadi idea atau hasilan yang baru.
Perkembangan idea
Pemikiran kreatif mengandungi cirri
perkembangan idea yang dapat
menyediakan pelbagai alternatif yang
baru.
Reka cipta
Pemikiran kreatif mengandungi ciri reka
bentuk yang berasaskan kemahiran
sistesis untuk menghasilkan idea yang
baru.
• Pemikiran kreatif ini dapat membantu seseorang
pelajar untuk bertindak kreatif dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran reka bentuk dan
teknologi .
• Semua murid mempunyai hak yang sama untuk
menjadi kreatif dan mempunyai pencapaian
penuh terhadap peluang dalam bidang-bidang
kreatif kurikulum.
• Kamus Dewan Bahasa (2005), edisi keempat
– Kritis: tidak dengan begitu sahaja menerima atau
mempersetujui sesuatu atau menimbangkan baik
buruk sesuatu perkara terlebih dahulu.

• Som dan Mohamad Dahalan (1998) dalam Som


HJ.Nor Dan Mohd Dahalan Mohd Ramli, 1998,
Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif
(KBKK)
– kritis: kecekapan dan keupayaan seseorang
menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan
atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan,
keresahan dan mengenalpasti kelemahan sesuatu
hujah dan membuat pertimbangan yang sewajarnya
dengan menggunakan alasan atau bukti yang
munasabah.
 Mengumpul maklumat dengan lengkap.
 Memahami dan mendefinisikan kesemua masalah yang
dihadapi.
 Mengemukakan kaedah-kaedah untuk memperolehi
fakta.
 Mengemukakan soalan mengenai kesimpulan.
 Meneroka andaian dan bias yang tersembunyi.
 Mempersoalkan sumber fakta.
 Tidak mengharapkan kesemua jawapan.
 Mengkaji sesuatu secara keseluruhan.
 Mengkaji secara berganda sebab dan kesan.
 Mengawasi sebab seseorang berhenti berfikir.
 Memahami bias diri sendiri.
• membanding dan membeza
• membuat kategori
• meneliti bahagian-bahagian kecil dan
keseluruhan
• menerangkan sebab
• membuat urutan
• menentukan sumber yang dipercayai
• membuat ramalan
• mengusul periksa andaian
Aktiviti yang boleh dilakukan dengan
menggunakan pemikiran kritis dalam aktiviti
pembelajaran dan pengajaran:
Menilai pendekatan murid dalam reka bentuk dan
pembuatan;
Menggunakan produk yang dihasilkan oleh murid
bagi melihat kelemahandalam reka bentuk dan
proses pembuatan;
Melihat alternatif-alternatif yang ada; dan
Menyediakan mereka bagi tugasan membuat
keputusan pada masa akan datang.
PEMIKIRAN ARAS TINGGI
• Onosko dan Newmann (1994) dalam Rosnanaini
Sulaiman, Maimun Aziz dan Mok Soon Sang, 2011
– pemikiran Aras Tinggi (higher-order thinking) :
penggunaan minda secara meluas untuk menghadapi
cabaran-cabaran baru.
• Zevin (1995) dalam Som HJ.Nor Dan Mohd Dahalan
Mohd Ramli, 1998, Kemahiran Berfikir Secara Kritis
Dan Kreatif (KBKK)
– pemikiran Aras Tinggi: perluasan maklumat yang sedia
ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatu yang baru
atau asli. Masalah-masalah yang mempunyai pelbagai
kemungkinan penyelesaian merupakan nadi kepada
Pemikiran Aras Tinggi
Aras pemikiran mempunyai 6
peringkat mengikut Taksonomi Bloom
PENGETAHUAN
Aras ini menguji kebolehan pelajar mengingat kembali
maklumat yang diterima atau dipelajari.

PEMAHAMAN
Aras ini menguji kebolehan pelajar memahami, menukar dan
menjelaskan fakta, konsep, hukum, teori, prinsip dan hukum
yang telah dipelajari.

APLIKASI
Aras ini menguji kebolehan pelajar menggunakan maklumat,
iaitu, fakta, konsep, hokum, teori, prinsip, kemahiran
pengetahuan dan hukum di dalam situasi yang relevan untuk
menyelesaikan masalah yang berkaitan.
ANALISIS
Aras ini menguji kebolehan pelajar membanding dan
menghuraikan faktor-faktor kesamaan, perbezaan dan
perhubungan diantara satu sama lain.

SINTESIS
Aras ini menguji kebolehan pelajar mengabungkan maklumat
dikumpul dan membina struktur baru yang berbeza daripada
keadaan yang asal.

PENILAIAN
Aras ini menguji kebolehan pelajar membuktikan, menilaikan,
mengesahankan, mengkritikan, merumuskan atau memberi
pendapat sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, prinsip dan teori.
Aras ini merupakan aras pemikiran tinggi.
• Menjana
membolehkan pelajar menjanakan alternatif,
dan kombinasi idea.
• Menjelaskan idea
membolehkan pelajar menjelaskan idea dan
menganalisis alasan.
• Menilai kemusabahan idea
membolehkan pelajar menilai maklumat asas,
menilai inferensi (kegunaan bukti).
• Soalan terbuka

• Teknik Penyoalan

• Perbincangan

• Pengurusan Grafik

• Kaedah Penyelesaian masalah


Penggunaan strategi dan teknik yang pelbagai
mampu melahirkan pelajar berfikiran aras tinggi.
Penglibatan pelajar secara langsung di dalam bilik
darjah secara tidak langsung akan melahirkan
pelajar yang bersifat kritis dan kreatif.
Penggunaan dan pemilihan metadologi P&P reka
bentuk dan teknologi yang sesuai boleh
menimbulkan minat serta membangkitkan
motivasi pelajar sekaligus dapat meningkatkan
kefahaman dan kemahiran mereka dalam reka
bentuk dan teknologi.
PEMBELAJARAN SCAFFOLD
• Pembelajaran scaffold ialah merupakan teknik
pemudahcaraan.
• Vygotsky dalam buku pengurusan kurikulum
oleh Mok Soon San (2008)
– Proses scarffolding bergerak dari komunikasi sosial
luaran kepada proses metakognisi dalam seorang
pelajar, mengembangkan penaakulannya supaya
memikir dan memilih strategi yang berkesan
untuk menyelesaikan masalah.
• Pembelajaran scaffold amat diperlukan dalam
pembelajaran RBT.
• Dalam mempertimbangkan kepentingan
kreativiti, semua murid mempunyai hak yang
sama untuk menjadi kreatif. Namun, murid-
murid tidak bertindak balas dengan cara yang
sama terhadap kreativiti.
• Peluang untuk murid berkembang kreatif dalam
bilik darjah bergantung kepada pembelajaran
Scaffold maksimum oleh guru-guru, rakan sebaya
dan keluarga.
Teknik penyoalan
• Menggunakan satu siri soalan untuk membimbing murid menemui
sesuatu kesimpulan.
Percontohan

• Pilih contoh yang sesuai supaya mewakili keseluruhan aktiviti/tugasan


agar murid dapat menyemburnakan aktiviti.
scaffolding
• Bantuan sosial diberi dengan membahagikan aktiviti/tugasan kepada
beberapa langkah kecil mengikut kefahaman murid sehingga mereka
mencapai kejayaan.
Pengarahan
• Guru menyampaikan arahan-arahan dengan jelas.
Penstrukturan kognitif

• Guru membekalkan kerangka mental yang dapat membawa kefahaman


terhadap pelajaran
• Kamus Dewan Bahasa (2005), edisi keempat
– Refleksi bermaksud bayangan atau gambaran (dalam cermin,
fikiran, dll).
• Hanipah, 2002 dalam buku kemahiran berfikir oleh
Rosnanaini Sulaiman, Maimun Aziz dan Mok Soon Sang,
2011
– Refleksi adalah proses merenung kembali, menganalisis
masalah, mencari bukti dan alasan, cadangan dan tindakan
untuk memperbaiki diri.
• Buku pedagogi, Strategi dan Teknik Mengajar Dengan
Berkesan oleh Shababuddin Hasyim dan rakan-rakannya
– Refleksi bermaksud inkuiri yang sistematik pada amalan
pengajaran sendiri bagi membaiki amalan pengajaran serta
memperdalam kefahaman mengenai sesuatu perkara.
• Schon (1983) dalam buku pedagogi, Strategi dan Teknik
Mengajar Dengan Berkesan oleh Shababuddin Hasyim
dan rakan-rakannya, berpendapat refleksi sebagai suatu
usaha yang bertumpu kepada “knowing in action” bagi
menganalisis masalah-masalah dengan menggunakan
kemahiran interaktif dan interpretif.

• Proses ini mendedahkan pelajar kepada cara-cara


menganalisis dan proses membuat refleksi
Frame Plan
• Mencetus • Membentuk
(menimbulkan semula
• Membentuk kerangka • Merancang
rasa ingin tahu kerangka tindakan baru
mengenai (membentuk
(membentuk kefahaman
masalah) kefahaman baru)
latar)
Trigger Reframe
Memberi maklum
balas/mengecam
Mengesan Merangka semula
persamaan-
dilema/masalah dilema/masalah
persamaan antara
situasi

Memeriksa
Menilai kesan sama Menjalankan ujian
penyelesaian yang
ada diingini/tidak ke atas dilema
akan dilaksanakan
• Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam P&P reka
bentuk dan teknologi yang telah dijalankan.
• Mengambil tindakan susulan untuk mempertingkatkan
mutu P&P reka bentuk dan teknologi dan seterusnya boleh
dijadikan sebagai asas kepada penulisan jurnal.
• Menilai pendekatan murid dalam reka bentuk dan
pembuatan;
• Menggunakan produk yang dihasilkan oleh murid bagi
melihat kelemahan dalam reka bentuk dan proses
pembuatan;
• Melihat alternatif-alternatif yang ada; dan
• Menyediakan mereka bagi tugasan membuat keputusan
pada masa akan datang.
CIRI-CIRI KUALITI DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PERKEMBANGAN DAN PROSES PEMBINAAN KEMAHIRAN

PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN DALAM RBT

SIKAP DAN KUALITI PERIBADI

NILAI-NILAI DALAM RBT

PEMBINAAN KEMAHIRAN KOLOBORATIF DALAM


KUMPULAN
PERKEMBANGAN DAN PROSES
PEMBINAAN KEMAHIRAN
 Dilaksanakan melalui penyertaan
secara aktif dalam satu proses yang
berdaya cipta kreatif dan inventif
 Idea-idea baru boleh dibangunkan
dan diubahsuai atau diperbaiki
daripada sesuatu bahan yang sedia
ada
PERKEMBANGAN DAN PROSES
PEMBINAAN KEMAHIRAN
 Murid mendapat pengalaman dalam
membuat keputusan, bertanggungjawab
terhadap idea-idea yang digunakan, serta
bertanggungjawab terhadap kesan
penggunaan idea tersebut untuk
kehidupan masa kelak dalam setiap
proses
 Sebagai kesimpulan, ciri ini dapat
membentuk seseorang murid yang
berfikiran secara kreatif dan inovatif
dalam pembelajaran RBT.
PENGETAHUAN DAN
KEFAHAMAN DALAM RBT
 Dilakukan melalui kaedah pengajaran yang berkesan
 Saling mempengaruhi pengetahuan dan pemahaman,
bagaimana sesuatu kerja merupakan satu pelengkap dan
pertambahan kepada sesuatu yang lain, dan bagaimana
beberapa masalah boleh diselesaikan
 Kepentingan konsep kefahaman dan
pengetahuan terhadap pengajaran dan
pembelajaran reka bentuk dan teknologi perlu diberi
penekanan.
 Penekanan diberikan adalah untuk membantu
pelajar dalam memahami sesuatu konsep dengan
jelas agar dapat diaplikasikannya dalam kehidupan
seharian mereka.
PENGETAHUAN DAN
KEFAHAMAN DALAM RBT
 Banyak idea, pelbagai sumber, dan bahan
diperlukan dalam penyelesaian masalah
manusia
 Dapat melihat perkaitan antara
pengetahuan kefahaman, banyak idea
dan sumber diperlukan dalam
menyelesaikan masalah
PENGETAHUAN DAN
KEFAHAMAN DALAM RBT
 Menurut huraian sukatan KHSR, reka bentuk
dan teknologi diajar secara susunan yang
merangkumi teori dan amali.
 Dalam ini terdapat beberapa aspek sokongan
lain yang terdiri daripada penyelesaian
masalah, pemikiran kreatif dan kritis dan
nilai sejagat.
 Secara tidak langsung aspek ini dapat
memberi kesan kepada pemahaman proses
pengajaran dan pembelajaran reka bentuk
dan teknologi dalam kalangan pelajar.
SIKAP DAN KUALITI PERIBADI
 Kamus Dewan (2007) mentakrifkan sikap ialah
perbuatan atau tindakan yang berdasarkan
kepada sesuatu pendapat, fikiran dan
pandangan.
 Dilakukan melalui penumpuan terhadap prestasi
kemahiran dalam menjayakan sesuatu projek
 Kerja mahir adalah penting jika peralatan dibina
bertujuan untuk memberi perkhidmatan yang
diperlukan dan memastikan keselamatan pengguna
 Murid dapat merasai pengalaman sebenar dan hal ini
telah memberi satu kebolehgunaan umum yang luas
kepada murid dalam pemupukan sikap positif dan
kualiti peribadi unggul bagi menjalani kehidupan
semasa dewasa
SIKAP DAN KUALITI PERIBADI
 Murid akan menjana spesifikasi reka bentuk,
meneroka idea bagi menghasilkan cadangan reka
bentuk dan membangunkan sehingga menjadi
kenyataan, sesuai dan boleh dilaksanakan
 Mampu menyediakan dan melakukan
perancangan, mengenalpasti, mengurus dan
menggunakan sumber yang sesuai termasuk
pengetahuan dan proses
 Boleh membangunkan, berkomunikasi dan
bertindakbalas atas penilaian terhadap proses,
keluaran, dan kesan terhadap reka bentuk dan
aktiviti teknologi
SIKAP DAN KUALITI PERIBADI
 Seseorang individu perlu memahami bahawa
sikap positif yang ada pada seseorang individu
dapat mencapai kecemerlangan dalam
kehidupan
- Bersedia menimbangkan pelbagai faktor
- Berhati-hati menggunakan sumber
o RBT menyediakan satu alat inkuiri di mana
murid dapat merasai pengalaman sebenar
seperti kehidupan dewasa.
NILAI-NILAI DALAM RBT
Nilai merupakan darjat kehargaan
atau kualiti yang berguna dalam
sesuatu.
Taksiran nilai seseorang terhadap
sesuatu biasanya dapat diperlihatkan
daripada personaliti dan tingkah laku
orang itu.
Misalnya, nilai dalam reka bentuk dan
teknologi ialah memupuk keinginan dan
kebolehan murid mengenal seberapa
banyak tentang reka bentuknya
NILAI-NILAI DALAM RBT
 Membentuk personaliti murid
 Nilai-nilai dalam pendidikan reka bentuk
dan teknologi dapat membina keyakinan,
kefahaman, penghayatan dan
pengamalan nilai murni dalam kalangan
pelajar.
NILAI-NILAI DALAM RBT
 Unsur-unsur nilai murni yang ditegaskan dalam
pendidikan reka bentuk dan teknologi :
 Kreatif
 Produktif
 Keusahawanan
 Cekap
 Professional
 Serba boleh membaiki peralatan rumah
 Cekap mengaplikasikan sains dan teknologi
 Berusaha
 Kebolehan mengubahsiau
 Inovatif mereka cipta
NILAI-NILAI DALAM RBT
 Ingin maju dan memikirkan mutu
 Berani bersaing
 Berani meneroka
 Yakin diri
 Peka mengikuti perkembangan ilmu
 Berdikari
 Rajin
 Tekun
 Sabar
 Bertanggungjawab
 Beretika dalam pekerjaan
 Bijak merancang dan mengurus
NILAI-NILAI DALAM RBT

 pengajaran reka bentuk dan


teknologi tidak hanya memberi
tumpuan kepada kandungan ilmu
pengetahuan dan kemahiran-
kemahiran, tetapi juga memberi
tumpuan kepada
perkembangan rohani, nilai
dan sikap yang baik.
PEMBINAAN KEMAHIRAN
KOLABORATIF DALAM KUMPULAN
 Istilah kolaboratif adalah falsafah mengenai
interaksi dan gaya hidup personal.
 Kaedah kolaboratif mencadangkan apabila kita
berhadapan dengan orang lain di dalam
kumpulan, kita perlu menghormati mereka
sebagai individu selain menghargai
sumbangan mereka kepada kumpulan
tersebut.
 Kaedah ini juga adalah kesediaan setiap ahli
membina persefahaman antara satu sama
lain dan bukannya mewujudkan persaingan.
PEMBINAAN KEMAHIRAN
KOLABORATIF DALAM KUMPULAN
 Direalisasikan melalui projek kumpulan
 Membincangkan secara terbuka, memuji dan
menyesuaikan idea orang lain untuk digunakan
dalam kerja mereka
 Pelajar dapat menjana idea-idea yang baru dan
efektif melalui idea-idea yang dikongsi semasa
kolaboratif. Jadi kemahiran kolaboratif dapat dibina
dalam kalangan pelajar semasa aktiviti pengajaran
dan pembelajaran reka bentuk dan teknologi melalui
kerja kumpulan.
 Projek kumpulan dapat menyediakan peluang secara
spesifik bagi mengembangkan kemahiran kolaboratif
 Kekuatan pembelajaran kolaboratif adalah memberi
peluang kepada pelajar untuk berbincang, bertukar fikiran
dan menghasilkan idea baru.
PEMBINAAN KEMAHIRAN
KOLABORATIF DALAM KUMPULAN

 kemahiran ini dapat menyelesaikan


masalah yang sering berlaku dalam
pengajaran dan pembelajaran RBT
dengan mudah dan cepat.
 Murid-murid juga mudah dapat menjana
idea-idea yang baru dan efektif.
APLIKASI LITERASI, 3M DAN
ICT DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN RBT
DEFINISI LITERASI

 “able to recognize when information is needed and have


the ability to locate, evaluate and use effectively the
needed information” (Ron, R., 1995)
 Bermaksud keupayaan untuk membaca atau
mendapat makna daripada perkataan.
 Literasi,SM dan ICT memberikan impak
yang besar kepada pembangunan
pendidikan di sekolah rendah.
 Terdapat usaha mengembangkan literasi,
3M dan ICT melalui reka bentuk dan
teknologi.
 Sebagai contoh, reka bentuk dan teknologi
boleh digunakan bagi mengembangkan
kemahiran lisan dan mendengar.
 Penggunaan fiksyen, teks atau cerita
tentang reka bentuk dan teknologi dengan
diikuti sesi latihan amali boleh dilakukan
bagi memperkembangkan literasi, 3M dan
ICT.
 Kerja-kerja literasi yang berfokus kepada
perkataan, ayat yang berasaskan tema
reka bentuk dan teknogi dapat
menyediakan murid kepada pembelajaran
istilah dan perkataan secara spesifik.
 Perkataan dalam permainan yang berfokuskan tema
seperti alat-alat dan kegunaannya, bahan dan sifat
bahan, mekanisme dan jenis-jenis pergerakan boleh
digunakan.
 Manakala teks bukan fiksyen dengan isi kandungan
reka bentuk dan teknologi boleh digunakan dalam
pelbagai cara.
 Teks boleh digunakan untuk meneroika,
memperkenal atau mengukuhkan pengetahuan dan
kefahaman berkaitan kerja reka bentuk dan teknologi
sedia ada atau bagi merancang untuk masa depan.
 ICT pula menyediakan peluang
tambahan bagi memperkembang
literasi, 3M dan merapatkannya
dengan reka bentuk dan teknologi.
 ICT juga boleh digunakan dalam reka
bentuk dan teknologi sebagai bahan
sumber, alat atau komponen.
Antara contoh peranan ICT:

1.Sebagai sumber maklumat atau rangsangan bagi


projek dan aktiviti (termasuk internet, CD-ROM, dan
pangkalan data berasaskan komputer)
2.Menjana dan membangunkan idea reka bentuk,
menggunakan lukisan, berasaskan perisian (Auto-
CAD)
3.Mengumpul, menyimpan, menganalisis dan mengesan
maklumat menggunakan pangkalan data atau
lembaran kerja.
4.Berkomunikasi dengan menggunakan e-mel dan
perisian penerbitan atas meja.
5.Memodel dan merangsang situasi menggunakan
perisian khusus.
6.Merancang dan membuat jujukan peristiwa
menggunakan perisian bagi menghasilkan carta alir.
7.Merekod proses terlibat dan menilai menggunakan
perisian pemprosesan perkataan, kamera digital,
rakaman audio dan video.
8.Menghasilkan wallpaper, imej dan clip art
menggunakan perisian khusus.
 Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah
memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR).
 KBSR merupakan satu usaha untuk kembali semula
kepada asas pendidikan yang memberi fokus kepada
pengurusan kemahiran 3M dan penekanan kepada
pendidiakn pemulihan.
 Melalui pengajaran pemulihan pada Tahap I (Tahun
1-3), keperluan murid yang mempunyai masalah
pembelajaran dikenalpasti dan pihak sekolah
memastikan mereka menguasai kemahiran 3M ini.
 Manakala penggunaan komputer dalam pendidikan
merupakan langkah awal ke arah mewujudkan
masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat
Wawasan 2020.
 Komputer dalam pendidikan membolehkan pelajar
sekolah menguasai pengetahuan dan kemahiran asas
supaya mereka boleh menggunakan kemudahan ini
untuk pembelajaran dan persediaan menghadapi
cabaran masyarakat yang berasaskan Information
Communication Technology (ICT).
 Pendek kata, murid perlu digalakkan menggunakan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam
pembelajaran reka bentuk dan teknologi.
 Pengaplikasian ICT boleh dilakukan melalui
pengumpulan, pemilihan dan pemprosesan maklumat.
 Kemahiran ICT murid turut boleh diperkembangkan
seperti melayari laman web, menggunakan perisian,
CD-ROM dan pangkalan data serta berkomunikasi
secara elektronik.

Anda mungkin juga menyukai