Anda di halaman 1dari 12

FUNGSI PENDIDIKAN

TEKNIK DAN
VOKASIONAL
Peranan pendidikan
• Pendidikan berperanan membentuk modal insan yang
mahir, harmonis, cekap, berketrampilan,
• beretika, berilmu dan beriman, berkebolehan, berfikiran
terbuka, kreatif dan inovatif, bijak
• mencari dan menggunakan maklumat yang diperoleh,
serta memiliki ciri-ciri seorang
• keusahawanan. Dalam konteks negara kita, pendidikan
diharapkan dapat melahirkan seorang
• insan berketrampilan seperti yang dicitrakan dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

• Peningkatan bilangan murid dalam aliran pendidikan teknik dan

vokasional berlaku disebabkan

• oleh kesedaran masyarakat, ibu bapa dan murid sendiri mengenai

kepentingan pekerjaan yang

• mempunyai kemahiran vokasional dan teknikal serta kepentingannya

terhadap permintaan

• pasaran kerja yang ada kaitannya terhadap keperluan untuk

pembangunan ekonomi negara.


Peranan dan fungsi pendidikan teknik dan
vokasional dalam konteks individu:
• Membangunkan personaliti dan tingkahlaku serta membentuk nilai-
nilai spiritual, nilai-nilai kemanusiaan, dan kemahiran berfikir secara
harmoni;

• Menyediakan pembelajaran individu sepanjang hayat melalui


pembangunan alat-alat berfikir yang diperlukan, sikap, kemahiran
keusahawanan dan teknikal;

• Membangunkan kapasiti membuat keputusan dan kemahiran kerja


berpasukan serta kepimpinan di tempat kerja dan komuniti;

• Membolehkan individu menangani kemajuan yang pantas dalam

bidang teknologi maklumat dan komunikasi.


Peranan dan fungsi pendidikan teknik dan vokasional dalam
konteks sosial dan ekonomi:
• Penyumbang pencapaian matlamat masyarakat dalam perkembangan
ekonomi, budaya,sosial dan pendemokrasian;
• Pemacu kefahaman dan keupayaan bertindak dalam aspek teknologi
dan saintifik;
• Membolehkan masyarakat menyumbang kepada pengekalan
pembangunan alam sekitar melalui pekerjaan dan bidang lain dalam
kehidupan mereka;
• Sebagai sebahagian sistem pembelajaran sepanjang hayat yang boleh
disesuaikan dengan keperluan negara tertentu dan perkembangan
teknologi yang meluas;
• Memudahkan artikulasi secara mendatar dan menegak dalam sistem
pendidikan dan antara sekolah ke dunia pekerjaan.
Sorotan Laporan Kajian Mengenai PTV
dan Menilai Keberkesanannya
• Secara umumnya, PTV masih lagi di peringkat formatif. Sehubungan itu,
program-program di bawah PTV memperoleh kelebihan daripada
penilaian semasa program yang dijalankan.
• Jenis-jenis pengurusan, kualiti pelajar, kebolehsediaan, kecukupan, dan
penggunaan kemudahan, organisasi dan gaya pentadbiran, kaedah
penilaian prestasi, jenis program, jenis masalah program, program
persediaan guru, masalah permintaan dan penawaran, sumber manusia.
• merupakan pelbagai pembolehubah yang menarik perhatian penyelidik
dalampenilaian PTV.
• Kajian dan penilaian yang dijalankan menjadi amat penting kepada
perancang,pembuat dasar dan pentadbir berkaitan PTV.
Isu-isu penyelidikan PTV kerja berdasarkan
pelbagai arah orientasi disiplin dalam
pendidikan

• Falsafah Pendidikan
• Sejarah Pendidikan
• Pendidikan Perbandingan
• Psikologi Pendidikan
• Sosiologi Pendidikan
• Ekonomi Pendidikan/Perancangan Pendidikan/Pengurusan
Pendidikan
• Pengajian Kurikulum
• Pentadbiran dan Organisasi Sekolah
• Pendidikan Tidak Formal
• Penilaian
Kreativiti dalam pengajaran dan
pembelajaran RBT
• Masalah reka bentuk dan teknologi boleh ditangani melalui dua
pendekatan utama iaitu:
• penyelesaian masalah melalui proses kognitif iaitu untuk
pembelajaran berfikir; dan penyelesaian masalah secara
kreatif.
• Penyelesaian masalah melalui proses kognitif tersebut
merupakan jenis pemikiran aras tinggi.
• Manakala penyelesaian masalah secara kreatif merupakan
manifestasi personaliti dan penampilan bagi sosial dan
motivasi seseorang murid.
Kemahiran berfikir

• Refleksi guru, pemodelan dan kemahiran berfikir;

• Penyelesaian masalah

• Pembelajaran koperatif; dan

• Perbincangan kumpulan.
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
(KBKK)
• menjadi andasan dalam pelaksanaan

• pengajaran dan pembelajaran "Reka Bentuk dan Teknologi".

• Daya imaginasi, kreativiti murid perlu dijanakan dan diperkembangkan.

• Antara contoh kemahiran berfikir

• Membezakan bentuk-bentuk asas dalam pesekitaran


• Menghubung kait bentuk asas dalam aktiviti membina bentuk produk
• Menjana idea kreatif dan inovatif
• Mentafsir lukisan kerja
• Menjana idea-idea baru untuk menyelesaikan masalah dan
menghasilkan projek
• Membuat keputusan, memilih projek,alatan tangan dan bahan yang
diperlukan
• Mengkelaskan jenis tanaman hiasan.
Aktiviti refleksi
• menilai pendekatan murid dalam reka bentuk dan

pembuatan;

• menggunakan produk yang dihasilkan oleh murid bagi


melihat kelemahan dalam

• reka bentuk dan proses pembuatan;

• melihat alternatif-alternatif yang ada; dan

• menyediakan mereka bagi tugasan membuat


keputusan pada masa akan datang.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai