Anda di halaman 1dari 4

KEPENTINGAN PTV DI MALAYSIA

1.0PENGENALAN
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI diajar sebagai satu mata pelajaran dalam KSSR.
Mata pelajaran ini memberikan tumpuan untuk menyediakan murid dengan
pengetahuan dan kemahiran asas yang membolehkan mereka menyambung
pelajaran dalam bidang teknikal dan vokasional di peringkat menengah. Diantara
perkara yang kami pelajari di dalam RBT ialah mengenai Pendidikan Teknik dan
Vokasional. Semenjak mencapai kemerdekaan 53 tahun yang lalu, sistem
Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) di Malaysia telah mengalami pelbagai
inovasi dalam menentukan perkembangan potensi individu murid selari dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan di Malaysia juga telah
berubah dan tidak ketinggalan perubahan yang begitu ketara dalam pendidkan
teknik dan vokasional. PTV adalah penting dalam pembangunan sesebuah
negara khususnya jika mahu menjadi sebuah negara perindustrian. Ini tidak
terkecuali kepada Malaysia, yang sedang berusaha untuk menjadi sebuah negara
maju menjelang tahun 2020.

2.0PTV
Pendidikan teknik dan vokasional merupakan salah satu cabang pendidikan yang
ditawarkan pada masa kini. Ia diwujudkan bagi memberi peluang kepada pelajar
yang mempunyai kecenderungan kepada pendidikan sains dan teknologi untuk
memenuhi keperluan tenaga kerja di industri di dalam mahupun diluar negara.
Bagi merealisasikan program pendidikan teknikal ini, banyak program yang
berkaitan

telah

diperkenalkan

diwujud

diperingkat

dan

ditawarkan.

Sekolah

Sistem

Menengah

latihan

ini

sehinggalah

juga

ke

telah

peringkat

Universiti. Usaha-usaha ini adalah Ini bagi membolehkan pelajar-pelajar yang


berpotensi

dilatih

untuk

menjadi

tenaga

kerja

professional

dan

separa

profesional di dalam pelbagai bidang teknologi dan kejuruteraan. Pendidikan


teknik dan vokasional ini sebenarnya dapat membantu pelajar tercicir dalam
pelajaran bersifat akademik tetapi berpotensi besar untuk menjadi insan yang
cemerlang dalam bidang kemahiran dan seterusnya dapat menjana ekonomi
negara secara keseluruhannya. Maka, kerajaan haruslah melaksanakan satu
sistem pendidikan yang dapat memenuhi keperluan masyarakat pada zaman

yang semakin berubah dan berkembang dalam pelbagai bidang. Oleh itu,
Pendidikan Teknik Dan Vokasional di Malaysia memainkan peranan yang amat
penting dalam menyediakan latihan kemahiran asas untuk pembangunan tenaga
manusia yang diperlukan. Pendidikan teknik dan vokasional boleh menyediakan
pelajar bagi memenuhi alam pekerjaan dan kemahiran hidup.
2.1 PERANAN DAN FUNGSI PTV
Peranan Pendidikan Teknik dan Vokasional dapat dikategorikan kepada tiga aspek
utama iaitu yang pertama Aspek individu. Pendidikan teknik dan vokasional perlu
kepada seseorang individu untuk berjaya dalam perkerjaan dan kerjaya di mana
kemahiran- kemahiran yang lain dapat ditingkatkan. Hal ini kerana dalam PTV
pelbagai kemahiran akan diajar, maka setiap individu dapat mempraktikkanya
dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, dari Aspek sosial pula Pendidikan
teknik dan vokasional dapat dipraktikan dalam kehidupan sosial masyarakat
dimana PTV diperlukan untuk berjaya didalam kerjaya seseorang. Contohnya
menyelesaikan masalah, kerjasama dalam kumpulan dan cara menggunakan
maklumat yang ada, termasuk juga pengurusan keluarga dan tanggungjawap
berkerja. Akhir sekali dari Aspek ekonomi pula, PTV bertujuan untuk mencapai
pendidikan yang tinggi dan menggunakan ilmu pengatahuan yang dimiliki untuk
menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara dengan menggunakan
kemahiran- kemahiran yang dimiliki. Secara tidak langsung, pengambilan pekerja
asing akan berkurang dan menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan.

2.2
Sistem pendidikan vokasioanal perlu kepada perubahan dari masa ke semasa
mengikut kesesuaian keperluan organisasi dan perkhidmatan. Kesemua usaha ini
bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara moden dan
maju, sebuah masyarakat industri yang adil, bermoral dan rasional dan
mempunyai keperibadian sendiri. Dalam pembentukan sebuah negara yang
maju,

sistem

pendidikan

teknik

dan

vokasional

perlulah

mampu

untuk

melahirkan pelajar-pelajar yang bersedia dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosialnya (JERIS). Dalam soal ini sistem pendidikan vokasional perlulah
dimantapkan lagi. Untuk mendapat pelajar yang baik, para guru dan pendidik
perlulah meningkatkan kemahiran mereka terlebih dahulu. Pendekatan yang
diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan di dalam

sistem penyampaian pendidikan vokasional juga perlu diubahsuai agar ia selari


dengan kehendak organisasi dan perkhidmatan di malaysia. Ini dapat dilihat
dalam ucapan Perdana Menteri Malaysia Y.A.B.Dato Sri Mohd Najib bin Tun Abdul
Razak iaitu "aspirasi negara untuk mewujudkan sebuah negara maju menjelang
tahun 2020 mengikut acuan sendiri memerlukan komitmen yang menyeluruh
dan pengurusan kerja yang berkualiti daripada setiap warga pendidik Untuk
memantapkan sistem pendidikan guru teknik dan vokasional, maka perlulah
diwujudkan satu kurikulum guru vokasional sebagaimana yang dibuat bagi
melatih

profesyen

arkitek,

undang-undang

dan

perubatan.

Kursus-kursus

perguruan perlu dibuat perubahan agar kaedah mengajar menjadi lebih berkesan
dan

efisyen.

Sesuatu

perlu

dilakukan

untuk

mendapatkan

calon

yang

berkebolehan dan berpendidikan tinggi menyertai profesion perguruan teknikal.


Di Jerman profesion perguruan menerima imbuhan yang tinggi kerana untuk
seseorang itu diterima sebagai pendidik mereka terpaksa menjalankan latihan
yang panjang dan rapi. Oleh yang demikian, pada pandangan saya Malaysia
wajar mencontohi negara ini kerana Jerman salah sebuah negara yang menjadi
peneraju kepada perkembangan teknologi terkini khasnya di dalam bidang
automotif dan ketenteraan.

Selain itu, usaha kerajaan membandingkan sistem pendidikan teknik dan


vokasional yang dijalankan di dalam negara dengan negara lain akan menjadikan
sistem pendidikan teknik dan vokasional lebih berdaya saing. Kerjasama
antarabangsa perlu diperluaskan dengan menjalinkan hubungan dengan sekolah
cemerlang di luar negara melalui aktiviti seperti pertukaran pelajar, pertukaran
tenaga pengajar, perkongsian pintar, program berkembar dan sebagainya. Usaha
ini pasti akan dapat memantapkan sistem pendidikan teknik dan vokasional
sedia ada. Secara tidak langsung pengurusan organisasi akan menjadi lebih
cekap dan perkhidmatan di Malaysia akan dilihat amat mesra kepada pengguna
dan syarikat antarabangsa. Ini akan membuka peluang pekerjaan yang lebih luas
kepada lepasan pelajar yang mengikuti system latihan dalam pendidikan teknik
dan vokasional PTV ini.

Cabaran untuk memperkasakan pendidikan teknik dan vokasional sememangnya


adalah besar sekiranya Negara ingin mencapai taraf negara maju dalam tahun
2020. Tidak dinafikan bahawa asas sudah ada dalam pendidikan teknik dan

vokasional pada masa ini yang mana ia akan membolehkan semua pihak yang
berkepentingan untuk merancang menuju ke arah cita-cita tersebut. Namun
begitu, dengan persaingan yang akan dihadapi pada tahun-tahun akan datang
khususnya dalam kegawatan ekonomi yang melanda negara kini, tenaga
manusia yang bakal dilahirkan oleh pendidikan teknik dan vokasional haruslah
mempunyai

daya

saingan

dan

peka

kepada

perubahan

yang

berlaku

sekelilingnya. Mereka mestilah mempunyai kemahiran yang secukupnya dan


menjadi pekerja yang terpelajar. Penduduk yang terpelajar akan mengukuhkan
ekonomi dan akan terbinanya negara yang kuat dan dihormati di peringkat
antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai