Anda di halaman 1dari 33

PENGHARGAAN

Bismillahhirrahmannirrahim.
Pertama sekali kami panjatkan pujian dan syukur ke hadrat Allah
S.W.T. dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w
kerana telah berjaya kami menyiapkan tugasan kerja kursus ini.
Ucapan terima kasih kami tujukan kepada Encik Zulkifly bin Yusuf
selaku pensyarah pembimbing yang telah memberikan tunjuk ajar serta bimbingan
sehingga terlaksana dan terhasilnya tugasan kerja kursus kami ini.
Ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada senior kami yang
begitu banyak membantu kami dalam memberi tunjuk ajar serta bimbingan dalam
mencari maklumat sepanjang penghasilan tugasan ini selain sokongan moral
yang turut diberikan.
Tidak dilupakan juga kepada kawan-kawan yang banyak membantu
sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Semoga Allah memberikan ganjaran yang
setimpal dengan sumbangan yang telah diberikan.

Sekian, terima kasih.

PENGENALAN UNIT

Unit ini memfokuskan peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan bagi


memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar . Unit ini menitikberatkan
pengurusan personel dalam pengurusan bengkel. Anda akan didedahkan kepada
agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap keselamatan, kesihatan
dan sosial untuk semua pekerja di Malaysia serta peraturan keselamatan pekerjaan
yang telah dilaksanakan. Selain itu, unit ini akan membincangkan pengurusan
personel untuk sebuah panitia mata pelajaran teknik dan vokasional serta
penglibatan pelajar dalam pengurusan bengkel.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, pelajar seharusnya dapat :


1. Mengenal pasti peranan dan fungsi jabatan-jabatan kerajaan yang
bertanggungjawab untuk keselamatan, kesihatan dan sosial pekerjaan.
2. Menghuraikan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang dipraktikkan di
Malaysia dan peraturan-peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994 dan 1996.
3. Menghuraikan bentuk pengurusan personel yang lazim dalam organisasi
bengkel sekolah dan latihan personel yang sesuai.
4. Merancang penglibatan personel dalam pengurusan bengkel yang efisien.

CARTA ORGANISASI UNIT 5

PERATURAN DAN PERUNDANGAN


DALAM PENGURUSAN BENGKEL

14.1 Jabatan

14.2 Institusi

Keselamatan Dan

Keselamatan Dan

Kesihatan Pekerjaan

Kesihatan Pekerjaan

14.3 Pertubuhan
Keselamatan Sosial

Kebangsaan

14.1.1 Objektif JKKP


14.1.2 Dasar
Keselamatan
Dan Kesihatan
Pekerjaan

14.2.1 Peranan Institusi

14.3.1 Misi Perkeso

Keselamatan Dan

14.3.2 Strategi Perkeso

Kesihatan Pekerjaan

14.3.3 Dasar Keselamatan


Dan

Kebangsaan( NIOSH )

Kesihatan Pekerjaan

14.1.3 Perundangan

14.3.4 Pendaftaran Perkeso

14.1.4 Perkhidmatan
JKKP

14.3.5 Caruman Perkeso


14.3.6 Skim Insurans Bencana
Pekerjaan.

MODUL PEMBELAJARAN
PERATURAN DAN PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL

PENGENALAN
Pengurusan bengkel sekolah menekankan peraturan-peraturan yang ditetapkan bagi
memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar serta memastikan
keselamatan terjamin dan keperluan kesihatan dipatuhi. Oleh itu, mewujudkan
keadaan yang selamat dan sihat merupakan matlamat utama pengurusan bengkel.
Prosedur, peraturan dan undang-undang keselamatan di makmal sains dan bengkelbengkel dinyatakan Dalam Panduan Keselamatan Bengkel Kemahiran Hidup
terbitan Pusat Perkembangan Kurikulum , Kementerian Pendidikan Malaysia. Para
guru teknik dan vokasional perlu didedahkan kepada aspek perundangan seperti
akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang sedang dikuatkuasakan. Pelbagai
jabatan dan institusi yang telah diberi peranan mengawal selia dan
menguatkuasakan undang-undang berkaitan.

Selaras dengan kehendak dan peraturan yang ditetapkan dalam perlembagaan


berkaitan , penekanan terhadap falsafah keselamatan dan kesihatan meliputi :

1. mengelakkan kecederaan dan kehilangan nyawa.


2. menjimatkan wang ringgit dan mengelakkan kerugian.
3. menjimatkan masa dan meningkatkan produktiviti.
4. mengekalkan moral mereka yang terlibat dalam aktiviti pekerjaan.

Antara faedah mengamalkan keselamatan dan kesihatan di bengkel sekolah bagi :

1. membendung dan mencegah risiko kemalangan, keracunan dan penyakit


pekerjaan.
2. mengelakkan kerugian daripada kerosakan dan kemusnahan harta benda.
3. pekerjaan dijalankan dengan tekun , efisien dan produktif.
4. menghasil produk dan perkhidmatan yang berkualiti dikendalikan secara
berterusan
dalam jangka masa panjang.
5. meningkatkan produktiviti.
6. meningkatkan keupayaan bersaing.

OBJEKTIF
Di akhir bab ini, anda seharusnya dapat :

1. Mengenalpasti peranan dan fungsi badan-badan yang bertanggungjawab untuk


menjaga keselamatan, kesihatan dan sosial bagi majikan dan pekerja.

2. Menghuraikan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang dipraktikkan


di Malaysia.

3. Menerangkan peraturan-peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan


Pekerjaan 1994 Dan 1996.

14.1 JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN ( JKKP )

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan didirikan pada tahun 1878 apabila
pemeriksa jentera pertama dilantiik. Selepas itu, jabatan ini dikenali sebagai Jabatan
Jentera sehingga tahun 1970. Kemudian nama jabatan ditukar kepada Jabatan
Kilang Dan Jentera (JKJ). Dengan terwartanya akta keselamatan dan kesihatan
pekerjaan pada tahun 1994 jabatan ini sekali lagi menukar nama Kepada Jabatan
Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) . JKKP kini merupakan agensi
kerajaan utama yang berfungsi memastikan keselamatan , kesihatan dan
kesejahteraan pekerja semasa bekerja.
Untuk mencapai matlamat yang dinyatakan di atas, JKKP melaksanakan tiga aktiviti
penting iaitu :
1. perumusan piawaian
2. penguatkuasaan
3. penggalakan

JKKP akan menggubal peraturan , kod amalan dan garis panduan yang berkaitan
dari semasa ke semasa untuk membimbing para majikan dan pekerja. Bagi
memastikan perkara tersebut dipatuhi , jabatan ini menjalankan aktiviti
penguatkuasaan dengan berkesan. Untuk tujuan ini, JKKP mempunyai pejabat
cawangan di setiap negeri kecuali negeri Perlis. JKKP juga jalankan aktiviti
penggalakan dengan memberi ceramah dan menganjurkan pameran serta kempen
keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP). Tujuannya ialah meningkatkan
kesedaran majikan ,pekerja dan masyarakat mengenai pentingnya KKP untuk
mewujudkan satu budaya kerja yang selamat dan sihat.

Objektif JKKP
1. Menggubal dan mengkaji dari semasa ke semasa melalui proses tripartisme
dasar, undang-undang, dan garis panduan keselamatan, kesihatan dan kebajikan
pekerja.
2. Menjalankan kegiataan penguatkuasaan dan galakan.
3. Membantu dan memberi khidmat kepakaran dalam kegiatan galakan , latihan,
penyebaran maklumat dan penyelidikan untuk agensi kerajaan dan bukan kerajaan,
institusi pengajian tinggi dan sebagainya dalam usaha untuk meningkatkan lagi taraf
keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja.

14.1.2 Dasar Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan mempunyai dasar untuk mewujudkan


persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerjanya dan orang lain
yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya. Pihak pengurusan dan pekerja akan
bersama-sama berusaha untuk mencapai matlamat dan objektif dasar ini melalui
rundingan dan kerjasama.
Secara khususnya dasar JKKP ialah :
1. menyediakan dan menyelenggarakan tempat kerja yang selamat dan sihat.
2. memastikan bahawa semua kakitangan telah diberi maklumat, arahan,latihan dan
penyeliaan mengenai cara menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko
kepada kesihatan.
3. menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya dan
dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan kejadian-kejadian tersebut
tidak berulang lagi.
4. mematuhi kehendak perundangan berkenaan keselamatan dan kesihatan dan
peraturan-peraturannya dan taat amalan yang diluluskan di dalam Akta
8

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.


5. menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan bagi semua pekerja
6. mengkaji semula dasar ini apabila perlu.

JKKP bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Ini


akan tercapai melalui perumusan piawai, penguatkuasaan, penggalakan, dan
penyediaan khidmat nasihat dengan :

1. membangunkan sebuah organisasi yang bertenaga, bersemangat dan


memandang
ke arah kebersihan.
2. mewujudkan dan penyelenggara sekumpulan tenaga kerja yang profesional serta
berdaya saing mengikut perkembangan semasa.
3. merumuskan perundangan, kod amalan dan garis panduan yang menyeluruh
serta
berkesan, yang menyediakan asas sesuai unutuk pengaturan diri, kerjasama dan
usaha sama.
4. menjalankan penguatkuasaan yang strategik dan berkesan.
5. menggalakkan pelanggan dan masyarakat umum supaya menyertai secara aktif
usaha membentuk budaya kerja selamat dan sihat.
6. menggunakan teknologi dan teknik yang sesuai dalam menjalankan urusan.
7. membandingkan tahap amalan keselamatan dan kesihatan negara kita dan
negara
negara yang maju.

14,1.3 Perundangan
Peraturan-peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
( Akta 514 ) telah mendapat kelulusan Parlimen pada tahun 1963 dan diwartakan
pada Februari 1994. Dengan kelulusan akta ini, mulai April 1994 Jabatan Kilang dan
Jentera dikenali sebagai Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ( JKKP )
sementara pegawai Pemeriksa dikenali sebagai Pegawai Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan.
Di bawah akta ini sektor-sektor industri yang terlibat adalah seperti berikut :
a) pengilangan
b) perlombongan dan penguraian
c) pembinaan
d) pertanian, perhutanan dan perikanan
e) kemudahan-gas, elektrik, air
f) pengangkutan. penyimpanan dan komunikasi
g) perdagangan borong dan runcit
h) hotel dan restoran

Selain itu, terdapat beberapa peraturan yang dilaksanakan bersama Akta 514, iaitu:
1. Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan( Penyata) Dasar Am
Keselamatan dan Kesihatan Majikan ( Pengecualian ) tahun 1995.
2. Peraturan Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan ( Pengawalan Kemalangan
Bahaya Besar Industri) .
3. Peraturan Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan ( Klasifikasi, Pembungkusan
10

Perlabelan Bahan Kimia Berbahaya ).


4. Peraturan Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan ( Jawatankuasa
Keselamatan Dan Kesihatan ) tahun 1996..
5. Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan ( Pegawai
Keselaamatan Dan Kesihatan) tahun 1997.
6. Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan ( Penggunaan
Dan Piawaian Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan )
tahun 2000.
7. Perintah Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan Dan
Kesihatan) tahun 1997.
8. Perintah Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan ( Larangan Penggunaan Bahan )
tahun 1997
9. Perintah Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan ( Larangan Penggunaan Bahan )
tahun 1999
10.Perintah Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan ( Larangan Penggunaan Bahan)
tahun 1999, telah diwartakan pada 12 Julai 1999 dan mula berkuatkuasa pada
2 Ogos 1999.
Terdapat juga peraturan-peraturan di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967 yang
terus berkuatkuasa iaitu :

Factories And Machinery ( Certificates Of Competency Examinations )


Factories And Machinery ( Electric Passenger And Goods Lift )
Regulations 1970.
Factories And Machinery ( Fencing Of Machinery And Safety )
Regulations 1970
Factories And Machinery ( Notification Of Fitness And Inspections)
Regulations 1970
Factories And Machinery ( Person In Charge ) Regulations 1970
Factories And Machinery ( Safety,Health And Welfare ) Regulations 1970
Factories And Machinery ( Steam Boilers And Unfired Pressure Vessel )
11

Regulations 1970
Factories And Machinery ( Administration ) Regulations 1970
Factories And Machinery ( Compounding Of Offences ) Rules 1978
Factories And Machinery ( Compoundable Offences ) Regulations 1978
Factories And Machinery ( Leads ) Regulations 1984
Factories And Machinery ( Abestos ) Regulations 1984
Factories And Machinery ( Building Operations And Works Of Engineering
Construction) ( Safety ) Regulations 1986
Factories And Machinery ( Noise Exposure ) Regulations 1989
Factories And Machinery ( Mineral Dust ) Regulations 1989

Perintah ini dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Keselamatan Dan Kesihatan


Pekerjaan di bawah seksyen 35 (1) Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
1994, yang memberi kuasa kepada beliau untuk mengeluarkan perintah bagi
melarang penggunaan sebarang loji dan bahan yang akan menjejaskan
keselamatan dan kesihatan pekerja.Perintah melarang penggunaan bahan-bahan
telah dibuat berdasarkan maklumat dan kajian yang telah dijalankan oleh pelbagai
institusi dan pertubuhan antarabangsa seperti Agensi Antarabangsa Bagi
Penyelidikaan Barah ,yang mengesahkan bahawa bahan-bahan yang dilarang
penggunaanya telah terbukti sangat berbahaya dan mempunyai risiko kesihatan
yang sangat tinggi terhadap pekerja-pekerja yang terdedah kepada bahan-bahan ini.

14.1.4 Perkhidmatan JKKP

Perkhidmatan JKKP merujuk kepada aktiviti-aktiviti utama jabatan seperti berikut :


a) Penyediaan Piawaian ( Standard )
PERKHIDMATAN JKKP
- penyediaan piawaian
- penguatkuasaan
-promosi dan publisiti
-menjadi urusetia Majlis Negara bagi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
i) Kajian dasar
12

Dari semasa ke semasa , JKKP akan menjalankan kajian ke atas dasar-dasar


keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang sedia ada untuk meninjau sejauh mana
dasar-dasar tersebut telah mencapai tujuan asal yang dirangkakan. Dasar-dasar
tersebut, jika didapati perlu, akan dipinda mengikut kehendak dan keadaan semasa
supaya mencapai matlamat untuk mewujudkan budaya kerja selamat dan sihat di
kalangan semua majikan dan pekerja melalui pendekatan pengaturan diri.
ii) Penggubalan peraturan, garis panduan dan kod amalan industri baru.
Untuk membantu pihak industri menyempurnakan tanggungjawab am mereka dalam
keselamatan dan kesihatan pekerjaan seperti yang dikehendaki oleh Akta
Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Jabatan ini talah dan sedang
menggubal dan meminda peraturan-peraturan yang sedia ada dalam proses
menyediakan peraturan-peraturan , garis-garis panduan dan kod amalan industri
yang baru.

Peraturan-peraturan baru atau tambahan kepada peraturan sedia ada seperti


berikut
-Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan ( Penyataan Am
Keselamatan Dan Kesihatan Majikan ) ( Pengecualian) 1995.
-Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan ( Kawalan Terhadap
Bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian ) 1996
-Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan ( Jawatankuasa
Keselamatan Dan Kesihatan ) 1996
-Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan ( Pengelasan,
Pembungkusan Dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya) 1997
-Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan ( Pegawai
Keselamatan Dan Kesihatan ) 1997
-Perintah Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan ( Pegawai Keselamatan Dan
Kesihatan) 1997

13

-Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan ( Penggunaan Dan


Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan ) 2000
-Perintah Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan ( Larangan Penggunaan Bahan )
1999
b) Penguatkuasaan
JKKP bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan
pekerja serta melindungi orang lain daripada bahaya yang berpunca daripada
aktiviti-aktiviti pekerjaan. JKKP menjalankan aktiviti penguatkuasaan ke atas
industri-industri yang diliputi oleh Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,
Akta Kilang dan Jentera 1967 dan sebahagian daripada Akta Petroleum ( langkahlangkah keselamatan ) 1984, iaitu yang berkaitan dengan penghantaran, pengstoran
dan penyelenggaraan.

Aktiviti-aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan oleh JKKP ditunjukkan dalam jadual


14.1 seperti berikut :
Aktiviti
kelulusan

Penerangan
mengeluarkan kelulusan dan kebenaran
bagi reka bentuk dan prosedur
membaik pulih dandang atau enjin stim,
pengandung tekanan tak berapi dan
mesin angkat.

pendaftaran

mendaftarkan kilang dan jentera-jentera


yang memerlukan sijil perakuan
kelayakan.

pengikhtirafan

sijil diberi kepada pekerja yang


berkebolehan dalam bidang
pengendalian dandang stim,
pemasangan dan penyelenggaraan lif
penumpang, mengawal kadar bising
14

habuk, pemeriksaan dan pengujian


sistem pengalihudaraan ekzos
setempat, kerja kimpalan ke atas
jentera-jentera tertentu dan penyediaan
laporan keselamatan.
pemeriksaan

melaksanakan pemeriksaan awal,


ulangan, tambahan atau khas ke atas
dandang-dandang stim, pengandungpengandung tekanan tak berapi, mesinmesin angkat, premis-premis kilang dan
tempat-tempat kerja yang lain.

siasatan kemalangan dan aduan

penyiasatan ke atas kemalangan dan


penyakit perusahaan.

c) Promosi Dan Publisiti


Bagi meningkatkan tahap kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan di
kalangan majikan dan pekerja, JKKP berusaha untuk memberi penerangan dan
tunjuk ajar supaya semua perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dapat
dipatuhi. Sebagai rakan kongsi dalam melaksanakan dasar Persyarikatan Malaysia,
JKKP berpendapat bahawa semua pelanggan JKKP perlu diberikan maklumat yang
secukupnya mengenai bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Oleh itu,
pelbagai aktiviti promosi dan publisiti dilaksanakan untuk menyebarkan maklumat
keselamatan dan kesihatan.

Antara aktiviti dan usaha promosi dan publisiti yang telah dijalankan oleh
JKKP adalah :

menganjurkan ceramah dan latihan berkaitan dengan keselamatan dan


kesihatan pekerjaan.

15

menjalankan kerja-kerja promosi dan galakan seperti kempen dan


menganjurkan pameran yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan

pekerjaan.
memberi khidmat nasihat berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

kepada agensi-agensi awam, swasta serta persatuan-persatuan.


mengumpul dan menyediakan maklumat berhubung dengan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan untuk rujukan ,pinjaman dan sebaran.

d) Menjadi Urusetia Majlis Negara Bagi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan


Akta Keselamatan Dan Kesihatan memberi kuasa kepada Menteri Sumber Manusia
untuk menubuhkan sebuah majlis yang dinamakan Majlis Negara Bagi Keselamatan
Dan Kesihatan Pekerjaan. Majlis ini akan membincang , mengkaji, dan menyiasat
melalui proses tripartisme mengenai peraturan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan. Ia juga boleh mengemukakan syor-syor kepada menteri mengenai
perkara yang selaras dengan tujuan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
bagi memperbaiki tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di semua sektor
industri. Seorang pegawai kanan JKKP telah dilantik sebagai Setiausaha kepada
Majlis tersebut.

14.2 Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan


(National Institute Of Occupational Safety & Health (NIOSH))
Institut Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan kebangsaan (NIOSH) telah
ditubuhkan pada 1 Disember 1992 di bawah. Akta Syarikat 1965. Sebagai sebuah
syarikat berhad ia diharap menjadi pemangkin kritikal dan tulang belakang bagi
mewujudkan budaya kerja yang mengutamakan keselamatan dan kesihatan. NIOSH
ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang ahlinya terdiri daripada pihak
kerajaan dan swasta. Ia berkuasa autonomi dan bertindak dengan lebih berkesan
dengan kekangan birokrasi pentadbiran yang paling minimum.
NIOSH mempunyai misi untuk menjadi pusat kecemerlangan bagi
keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia. Sementara visi NIOSH adalah
mewujudkan persekitaran pekerjaan yang sihat dan selamat di Malaysia.
16

14.2.1 Peranan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


Kebangsaan (NIOSH)
Peranan NIOSH adalah seperti berikut:

Memastikan persekitaran pekerjaan adalah selamat dan sihat untuk semua

pekerja.
Menerima dan menilai hasil daripada setiap operasi dengan mengambil kira
keperluan perundangan, piawaian kebangsaan dan antarabangsa serta

mematuhi kod amalan yang ditetapkan.


NIOSH akan menentukan sumber dan latihan yang mencukupi bagi sesuatu

tempoh yang sewajarnya.


Pengurusan keselamatan Dan kesihatan akan terus diberi perhatian untuk
tujuan penyemakan serta memastikan pembaikan berterusan

14.3 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)


Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah ditubuhkan sebagai
jabatab kerajaan pada 1 Januari 1971 bagi menguatkuasakan Akta Keselamatan
Sosial Pekerja, 1969 dan kemudian menjadi sebuah badan berkanun mulai 1 Julai
1985.
PERKESO mentadbirkan skim keselamatan sosial yang memberi
perlindungan kepada para pekerja menghadapi kejadian di luar jangkaan seperti
bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa perjalanan, keilatan dan
kematian.
Objektif skim keselamatan sosial adalah untuk menjamin pembayaran faedah
kepada pekerja dan tanggungannya apabila berlaku kejadian luar jangkaan terhadap
pekerja itu. Perkhidmatan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan vokasional
juga disediakan. Di samping itu, PERKESO juga mengambil langkah untuk
mencegah kejadian kemalangan dan meningkatkan tahap keselamatan pekerjaan.
Kemudahan pemulihan adalah bertujuan untuk membolehkan pekerja ditimpa
bencana kembali bertugas secepat mungkin.

17

14.3.1 Misi PERKESO


PERKESO bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan sosial dan
ekonomi semua rakyat Malaysia yang bekerja. Tanggungjawab PERKESO
dijalankan menerusi cara berikut:
Melaksanakan prinsip Insurans Keselamatan Sosial
Menyediakan perkhidmatan yang cepat, berkualiti dan cekap pada kos yang
paling ekonomik (cost-effectiveness) dengan menggunakan teknologi canggih
serta pembangunan sumber manusia
Mengkaji struktur faedah yang disediakan dari semasa ke semasa
berdasarkan kepada kemampuan kewangan dan sistem pemberian faedah.
Seboleh-bolehnya tanpa kenaikan kadar caruman, usaha yang diambil untuk
memelihara dan meneguhkan kumpulan wang PERKESO boleh dijalankan
melalui pengurusan kewangan dan pelaburan yang baik.
Memupuk dan menggalakkan kesihatan serta keselamatan pekerjaan di
kalangan pekerja dan majikan.

14.3.2 Strategi-strategi PERKESO


Strategi-strategi PERKESO adalah seperti berikut:

Mengutamakan kepentingan Negara dan organisasi setiap masa


Memberi perkhidmatan yang berkualiti, adil, tepat, cepat dan ekonomi kepada

pelanggannya
Meningkatkan kemahiran serta kepakaran kakitangan PERKESO disamping

penggunaan teknologi canggih bagi meningkatkan perkhidmatannya.


Memelihara serta menguatkan kumpulan wang dibawah tanggungjawab

PERKESO supaya menjadi lebih teguh.


Menghayati nilai-nilai murni di kalangan kakitangan PERKESO.
Bekerjasama dengan semua pihak yang terlibat dengan keselamatan social

14.3.3 Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Maklumat PERKESO ialah untuk mencapai sebuah organisasi yang sihat dan
selamat berlunaskan prinsip bahawa keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah
tanggungjawab semua. Pengurusan dan kakitangan PERKESO berhasrat untuk
18

membentuk amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja supaya dapat


membendung kecederaan akibat pekerjaan di samping kerosakan harta benda dan
nyawa.
Organisasi ini menjamin kejayaan dasar ini dengan:

Memperkembangkan program untuk melatih pekerja mengenai kesihatan dan

pencegahan kemalangan.
Menyamai hemah untuk mengawal tindakan individu yang akan

memudaratkan kesihatan dan keselamatannya serta orang lain.


Sentiasa menepati perubahan piawaian keselamatan dan kesihatan, tren

serta teknik.
Memeriksa secara kerap ke atas kemudahan-kemudahan pejabat untuk
mengenal pasti dan membetulkan apa-apa kelemahan dari segi keselamatan

dan kesihatan.
Mengkaji pelan loji baru atau kemudahan, kelengkapan pejabat supaya reka

bentuk dan pembinaannya terjamin.


Memastikan kerja pemasangan peralatan dan operasinya adalah mengikut
peraturan-peraturan kerajaan.

Pengurusan PERKESO beriltizam untuk menjamin setiap orang dalam


organisasi memahami serta menerima yang dia mempunyai tugas dan
tanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatannya sendiri dan juga
persekitarannya.

14.3.4 Pendaftaran PERKESO


Setiap pekerja yang didaftarkan dengan PERKESO akan diberikan
Nombor Pendaftaran Keselamatan Sosial. Sekiranya manikin masih belum
mendaftarkan pekerjanya dengan PERKESO, maka mereka perlu menghubungi
pejabat tempatan PERKESO yang berhampiran.

19

Pendaftaran majikan dan pekerja adalah seperti berikut:

Takrif Majikan
Majikan yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja
dan lebih dikehendaki mandaftar dan membayar caruman setiap bulan
kepada PERKESO.
Takrif Pekerja
Seseorang yang ditawarkan pekerjaan oleh sesebuah majikan
dibawah kontrak perkhidmatan atau perantisan merupakan seorang
pekerja seperti mana takrifan di bawah Akta. Sekiranya pekerja berkenaan
menerima gaji bulanan sebanyak RM2000 atau kurang, pekerja
berkenaan diwajibkan untuk mencarum dengan PERKESO. Perlindungan
PERKESO hanyalah untuk pekerja warganegara Malaysia. Semua pekerja
yang layak, perlu didaftar dan dicarum dengan PERKESO tanpa mengira
status perkhidmatannya sama ada sementara, sambilan, percubaan atau
telah disahkan dalam jawatan.
Bagi pekerja yang menerima gaji lebih daripada RM2000 sebulan
dan belum pernah berdaftar serta mencarum dengan PERKESO, mereka
diberi pilihan sama ada bersetuju ataupun tidak untuk turut dilindungi
dibawah Akta ini. Persetujuan perlu diperolehi daripada kedua-dua pihak
iaitu majikan dan pekerja.

14.3.5 Caruman PERKESO


Majikan perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja yang layak
mengikut kadar yang telah ditetapkan di bawah Akta. Caruman pekerja sebanyak
0.5% perlu dibayar untuk perlindungan di bawah Skim Pencen Ilat dan caruman
majikan 1.25% bagi perlindungan di bawah Skim Insurans Bencana Pekerjaan.
Kedua-dua kadar caruman tersebut adalah berdasarkan kepada jumlah gaji bulanan
yang dibayar kepada seseorang pekerja berkenaan. Caruman perlu dibayar mulai
bulan pertama pekerja itu diambil bekerja.

20

Jenis dan kategori caruman dibahagikan kepada:


i.

Jenis Pertama
Caruman dibayar oleh majikan dan pekerja untuk Skim Insurans
Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.

ii.

Jenis Kedua
Caruman dibayar oleh majikan sahaja untuk perlindungan di bawah
Skim Insurans Bencana Pekerjaan. Caruman jenis ini hanya untuk pekerja
yang tidak dilindungi di bawah Skim Pencen Ilat.
Bank yang dilantik dikehendaki memindahkan kutipan caruman pada
hari bekerja pertama setiap minggu atau apabila amaun kutipan caruman
mencapai jumlah RM20,000 mengikut mana yang terdahulu ke akaun
PERKESO di Malayan Banking Bhd iaitu Akaun Kumpulan Wang
Keselamatan Sosial.

14.3.6 Skim Insurans Bencana Pekerjaan

Skim Bencana Pekerjaan ini memberi perlindungan kepada pekerja terhadap:


i. Kemalangan Semasa Menjalankan Pekerjaan
Kemalangan semasa menjalankan pekerjaan dan berpunca daripada
pekerjaannya.
ii. Kemalangan Semasa Dalam Perjalanan
Mengikut laluan di antara tempat kediamannya atau tempat tinggalnya
dengan tempat kerjanya
Antara tempat kerjanya dengan tempat makan dalam waktu rehat yang
dibenarkan
Apa-apa sebab yang secara langsung berkaitan dengan penggajiannya
Nota : Dengan syarat kemalangan itu tidak berlaku dalam masa apa-apa
perhentian atau apa-apa lencongan pada waktu perjalanan itu.
iii Kemalangan Semasa Kecemasan
. Kemalangan yang berlaku sewaktu kecemasan dalam atau berdekatan
21

premis majikan bagi tujuan membantu, menyelamat atau melindungi orang


yang mendapat bencana atau bahaya bagi mengelakkan atau
mengurangkan kerosakan harta di premis itu.
Contoh : kebakaran di premis majikan.
iv. Penyakit Khidmat
Penyakit yang berpunca akibat pekerjaannya. Senarai penyakit dan agen
penyebab penyakit boleh dirujuk di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial
Pekerja, 1969.
Contoh: Hilang pendengaran akibat pendedahan bunyi bising yang
berpanjangan, penyakit sesak nafas atau asma akibat tersedut habuk atau
serbuk bagi pekerja-pekerja di kilang papan.
Cara Melaporkan Kemalangan
Laporan kemalangan atau penyakit khidmat boleh dibuat dengan mengemukakan
dokumen-dokumen berikut:
Laporan Kemalangan (Borang 21) atau Laporan Penyakit Khidmat PKS(P) 68
(sekiranya masih bekerja) atau Notis Penyakit Khidmat PKS(P) 69 (sekiranya telah
berhenti kerja)
Salinan kad pengenalan
Salinan rekod kedatangan / Kad perakam waktu bulan kemalangan yang disahkan
oleh majikan atau surat pengesahan majikan (jika tidak mengamalkan rekod
kedatangan / sistem kad perakam waktu)
Bagi kemalangan jalanraya atau luar tempat kerja
- Laporan Polis asal
- Peta lakar (yang menunjukkan tempat mula perjalanan, laluan yang diikuti,
tempat kemalangan dan tempat yang dituju)
Tempoh Lapor Kemalangan
Majikan hendaklah melaporkan kemalangan dalam tempoh 48 jam selepas
dimaklumkan mengenai kemalangan yang menimpa pekerjanya.

22

Faedah-faedah skim ini adalah seperti berikut:


(a) Faedah perubatan

Perlindungan kepada pekerja yang ditimpa Bencana Pekerjaan atau


mengidap penyakit khidmat berhak menerima rawatan perubatan
percuma di klinik panel PERKESO atau klinik/hospital kerajaan.

Pekerja yang menerima rawatan di klinik panel PERKESO hendaklah


meneruskan rawatan sehingga pulih.

Perpindahan tempat rawatan ke hospital kerajaan hanya boleh dibuat


atas rujukan panel berkenaan sahaja.

Bagi kecederaan parah, rawatan mestilah diperolehi, dari hospital


kerajaan dan pekerja akan diberikan rawatan di wad kelas dua.
Rawatan pakar di hospital kerajaan diberikan jika diperlukan.

(b) Faedah hilang upaya sementara

Bergantung kepada jumlah hari yang disahkan oleh doktor sebagai


bilangan hari mereka tidak berupaya bekerja iaitu sekurang-kurangnya
empat hari termasuk hari kemalangan.

Faedah akan dibayar sepanjang tempoh pekerja bercuti sakit.

Faedah tidak akan dibayar pada tempoh cuti sakit.

Kadar harian faedah akan dibayar ialah 80% dari gaji harian purata
anggapan pekerja.

Sekiranya pekerja menerima gaji kurang dari RM10.00 sehari, faedah


minimum akan dibayar pada kadar RM10.00.

Kadar maksimum yang boleh dibayar ialah RM52.00 sehari bagi


pekerja yang bergaji lebih RM1900 sebulan.

(c) Faedah hilang upaya kekal

Diberi perlindungan di bawah Skim Pencen Ilat.

Skim ini memberi perlindungan 24 jam kepada seorang pekerja


terhadap keilatan atau kematian diakibatkan oleh sebab-sebab yang
tidak berkaitan dengan pekerjaan.
23

Keilatan bermaksud, suatu keuzuran yang serius, kekal dan tidak boleh
atau tidak mungkin akan sembuh dan yang akan menyebabkan
seseorang pekerja itu tidak mampu mencari nafkah sekurangkurangnya satu pertiga keupayaan seseorang pekerja yang normal.

(d) Elaun layanan sentiasa

Penerima Pencen Ilat juga berhak menerima elaun ini jika dia tidak
berupaya dengan sendiri dan sentiasa memerlukan bantuan orang lain.

Kadar elaun ialah 40% daripada kadar Pencen Ilat yang dikurangkan
tertakluk kepada bayaran maksimum sebanyak RM500.00 sebulan.

Kelayakan untuk mendapatkan elaun ini diputuskan oleh Jemaah


Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan dan bayarannya dibuat terus
kepada penerima faedah.

(e) Faedah orang tanggungan ( Pencen penakat)


Pencen ini dibayar kepada orang tanggungan pekerja yang mati akibat
sebab-sebab berikut:
(i)

Semasa seseorang pekerja menerima pencen ilat tidak kira berapa


umurnya.

(ii)

Semasa pekerja (yang bukan menerima pencen ilat) belum mencapai


umur 55 tahun meninggal dunia tetapi telah memenuhi sama ada
syarat kelayakan caruman penuh atau syarat kelayakan caruman yang
dikurangkan.

Kelayakan caruman penuh


24

Caruman bulanan berkenaan telah dibayar bagi sekurangkurangnya 24 bulan dalam tempoh 40 bulan berturut-turut
sebelum bulan kematiannya; atau caruman bulanan berkenaan
telah dibayar bagi tidak kurang daripada 2/3 bulan genap yang
terkandung dalam tempoh antara tarikh mula memasuki Skim
Pencen Ilat dengan tarikh kematiannya. Ia juga tertakluk kepada
syarat bahawa jumlah bilangan caruman bulanan yang telah
dibayar dalam tempoh tersebut hendaklah sekurang-kurangnya
24 bilangan.

Kelayakan caruman yang dikurangkan


Seseorang pekerja disifatkan telah memenuhi syarat kelayakan
caruman yang dikurangkan jika caruman bulanan berkenaan
telah dibayar bagi tidak kurang daripada 1/3 bulan bulan genap
yang terkandung dalam tempoh antara tarikh mula memasuki
Skim Pencen Ilat dengan tarikh kematiannnya. Ia juga tertakluk
kepada syarat bahawa jumlah bilangan caruman bulanan yang
telah dibayar dalam tempoh tersebut hendaklah sekurangkurangnya 24 bilangan.

Kadar pencen penakat


Jika seorang pekerja yang meninggal dunia itu adalah penerima
pencen ilat, kadar penuh pencen penakat adalah sama banyak
dengan kadar pencen ilat yang diterimanya. Sekiranya pekerja
yang meninggal dunia itu bukan penerima pencen ilat, kadar
penuh pencen penakat jika memenuhi syarat kelayakn caruman
penuh ialah di antara 50% hingga 65% daripada gaji bulanan
puratanya bergantung kepada bilangan caruman yang dibuat.
Bagi pekerja yang memenuhi syarat kelayakan caruman yang
dikurangkan, kadar penuh pencen penakatnya adalah sebanyak
50% dari gaji bulanan puratanya. Orang tanggungan yang layak

25

menerima pencen ini adalah sama seperti di bawah Skim


Insurans Bencana Pekerjaan.
(f) Faedah pengurusan mayat
Faedah pengurusan mayat akan dibayar bagi pekerja-pekerja yang
meninggal dunia ketika:

Sedang menerima pencen ilat

Sebelum mancapai umur 55 tahun dan telah memenuhi syarat


kelayakan caruman penuh atau syarat kelayakan caruman yang
dikurangkan. Amaunnya dan orang yang layak menerima
faedah ini adalah sama seperti di bawah Skim Insurans
Bencana Pekerjaan.

(g) Faedah pemulihan


Pekerja yang menghidap keilatan juga berhak menerima faedah pemulihan
seperti pemulihan jasmani dan vokasional seperti mana yang diperuntukkan
di bawah Skim Insurans Bencana Pekerjaan.

(h) Faedah pendidikan


Faedah ini juga ditawarkan kepada anak tanggungan pekerja yang sedang
menerima bayaran faedah bulanan di bawah pencen ilat dan pencen penakat.
Semua syarat dan jumlah pinjaman adalah sama seperti faedah pendidikan di
bawah Skim Insurans Bencana Pekerjaan.

26

LATIHAN

1. Nyatakan tiga objektif utama penubuhan JKKP . ( 6 markah )


2. Senaraikan empat sektor industri yang terlibat di dalam Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994 ( akta 514 ) . ( 4 markah )
3. Nyatakan empat peraturan yang dilaksanakan bersama Akta 514 . ( 8 markah )
4. Nyatakan dua peraturan di bawah Akta Kilang Dan Jentera 1967 . ( 4 markah )
5. Apakah kaitan antara JKKP dan Majlis Negara bagi Keselamatan Dan Kesihatan
Pekerjaan? ( 2 markah )
27

6. Apakah fungsi Majlis Negara bagi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan ?


( 4 markah )
7. Nyatakan tugas penguatkuasaan JKKP . ( 2 markah )
8. Mengapakah tugas publisiti dan promosi merupakan tugas penting JKKP ?
( 2 markah )
9. Berikan dua peranan NIOSH . ( 4 markah )
10. Nyatakan empat strategi PERKESO . ( 8 markah )
11. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh PERKESO untuk menjayakan
perlaksanaan Dasar Keselamatan dan Kesihatan ? ( 6 markah )

RUMUSAN

Dalam bab ini , anda telah mempelajari tentang fungsi dan peranan Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Dasar Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan serta peraturan di bawah Akta Keselamataan Dan Kesihatan Pekerjaan,
objektif dan fungsi institusi Kebangsaan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
( NIOSH ) dan peranan PERKESO dalam memberi perlindungan kepada para
pekerja. kesemua agensi dan akta yang anda belajar dalam bab ini adalah bertujuan
untuk memberi perlindungan kepada pekerja dan majikan dari segi keselamatan,
kesihatan dan sosial.

28

REFLEKSI

Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izinnya kami dapat melaksanakan
tugasan kerja kursus yang telah diberikan. Kami telah menerima tugasan ini oleh pensyarah
pembimbing kami iaitu En. Zulkifly Bin Yusuf bagi subjek RBTS3023 Pengurusan dan
Keselamatan Bengkel. Menerusi tugasan ini, kami perlu melaksanakan modul pembelajaran
bagi unit 5 iaitu Peraturan Dan Perundangan Dalam Pengurusan Bengkel serta mencipta
pelan Bilik Jahitan bagi abad ke-21. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah yang banyak memberi penerangan dan tunjuk ajar .Selain itu,tidak dilupakan
juga kepada rakan-rakan yang sangat membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Kami
satu kelas menjayakan tugasan ini dengan penuh harapan yang tinggi untuk berjaya.

29

Subjek Pengurusan dan Keselamatan Bengkel ini sangat membantu kami dan
rakan-rakan untuk mengajar kelak. Ilmu pengetahuan yang kami dapat sangat membantu
dalam tugasan yang diberikan kepada kami. Sementara itu, segala nilai-nilai yang baik
dapat dipraktikkan. En. Zulkifly banyak membantu dalam bagaimana untuk mencari
maklumat,mengulas isi dan melakar pelan. Selain itu, semasa menjalankan tugasan yang
diberikan, kelemahan kami ialah kami masih tidak mahir membuat pelan menggunakan
perisian autocad. Bagi kami tugasan ini sangat sukar kerana ia memerlukan ilmu
pengetahuan dan kemahiran ICT yang mendalam.
Namun, atas bantuan pensyarah, rakan-rakan dan juga sumber rujukan di
perpustakaan, kami semakin jelas mengenai kepentingan pengurusan dan keselamatan
bengkel kepada semua golongan yang terlibat. Kami keluar dari kelemahan kami dengan
cara selalu bertanya mengenai perkara yang kurang difahami kepada orang sekeliling. Kami
juga mencari bahan bacaan yang berkaitan dengan tajuk supaya kami lebih jelas
mengenainya. Alhamdulillah, kami cuba buka minda dan positifkan diri serta cuba mencari
jalan penyelesaian masalah bagi tugasan ini. Sekian terima kasih.

RUJUKAN

(2015). In Pengurusan Dan Keselamatan Bengkel. Shah Alam: Universiti Terbuka


Malaysia.
Fatimah, S. (2011, November Isnin). Pengurusan Bengkel. Retrieved from
http://khskcyberjaya.blogspot.com/2011/11/pengurusan-bengkel-kh.html
Musa, A. (2012, Julai 27, Jumaat). Keselamatan di dalam bengkel . Retrieved from
http://mayrbt3119.blogspot.com/2012/07/keselamatan-di-dalam-bengkelmakmal.html
30

L
A
31

M
P
I
R
A
N

32

33

Anda mungkin juga menyukai