Anda di halaman 1dari 35

1.

Prinsip pengendalian dan


pengurusan
2. Proses pengurusan bengkel
mengikut fasa baik pulih dan Disediakan oleh:
penyenggaraan Adam Loh
 Alat tangan Goy Chia Sheng
Chim Min Yew
Liow Jing Siang
Wong Chie Siew
Prinsip dan amalan dalam pengurusan bengkel sekolah
mempunyai 14 perkara:

1. Pengkhususan/pembahagian kerja
Pengkhususan kerja adalah penting dalam sebuah pengurusan.
Pengkhususan akan memberi hasil kerja yang lebih berkesan
dan produktif. Dalam pengkhususan kerja, seseorang pekerja
akan memberi tumpuan kepada tugas yang telah ditentukan
dalam rutin kerja harian. Dengan ini, hasil kerja akan menjadi
lebih konsisten dan meningkatkan lagi output.
2. Kuasa dan tanggungjawab
Seorang pengurus yang baik harus mempunyai kuasa rasmi
daripada pejabatnya dan juga kuasa personal yang merangkumi
beberapa ciri seperti kebijaksanaan, pengalaman, kebolehan
memimpin, akhlak dan rekod perkhidmatan yang baik. Pelantikan
ketua bengkel harus dilantik secara rasmi oleh guru besar. Ketua
bengkel berperanan untuk menyelaras tugas di bengkel dan
memimpin guru-guru bengkel yang lain.

3. Disiplin
Disiplin dalam pengurusan dan organisasi bermaksud mematuhi
peraturan yang ditetapkan. Disiplin perlu untuk memastikan jentera
pentadbiran sebuah pengurusan boleh berjalan dengan lancar.
Disiplin juga satu cabang pengurusan bengkel yang penting.
4. Kesepakatan dalam perintah
Seorang kakitangan atau pekerja harus menerima arahan atau perintah
daripada seseorang ketuanya. Prinsip ini amat sesuai untuk diamalkan bagi
menjaga kebersihan dan keceriaan bengkel.

5. Kesepakatan dalam arahan (utility in direction)


Seorang ketua akan mempunyai beberapa rancangan aktiviti untuk pekerja
dibawahnya. Aktiviti-aktiviti ini mempunyai objektif yang sama iaitu bagi
memajukan bengkel.

6. Kepentingan peribadi kepada kepentingan keseluruhan


Kepentingan keseluruhan harus diutamakan dalam pengurusan sebuah
organisasi. Kepentingan peribadi harus diketepikan. Pembentukan sebuah
organisasi adalah sama dengan pembentukan sesebuah negara atau
bangsa, di mana kepentingan negara dan bangsa harus diutamakan.
7. Penghargaan
Penghargaan dan penilaian yang diberikan kepada kakitangan
sesebuah organisasi harus adil dan berasaskan kepada prestasi
kerja. Semua kakitangan berpuas hati terhadapnya dan
penghargaan diberi mengikut kemampuan.

8. Pemusatan
Menurut Henri Fayol, pemusatan adalah satu keperluan dalam
sebuah organisasi. Seorang pengurus akan menggunakan
kebijaksanaan dan pengalamannya untuk melaksanakan
pemusatan dalam aktiviti-aktiviti pengurusan dan ini boleh
mengelakkan daripada sentiasa memberi arahan kepada
kakitangannya.
9. Rangkaian skala
Rangkaian skala ialah susun lapis atau struktur dalam sebuah
organisasi iaitu daripada yang paling atas kepada yang paling bawah.
Rangkaian skala sebenarnya menunjukkan bentuk hubungan dan
kuasa semua lapisan dalam sebuah organisasi

10. Tersusun
Setiap organisasi mesti memberi tugas yang sesuai untuk setiap
kakitangannya. Mereka perlu melihat bagaimana peranannya boleh
diterapkan ke dalam organisasi itu

11. Persamaan
Persamaan dan keadilan harus diamalkan dalam sebuah organisasi.
Ini boleh menggalakkan pekerja sentiasa taat kepada organisasi.
12. Kestabilan dalam pemegangan jawatan
Setiap anggota organisasi harus diberi masa untuk menyesuaikan diri dalam
tugasannya supaya semua kerja boleh dijalankan dengan berkesan.
Kestabilan dalam pemegangan jawatan akan menyumbangkan rasa taat
setia, nilai dan tujuan kepada sebuah organisasi.

13. Inisiatif
Membuat sesuatu pembaharuan dalam organisasi. Merancang suatu aktiviti
dan memastikan kejayaan aktiviti itu merupakan keinginan yang diharapkan.

14. Semangat kerjasama (berpasukan)


Setiap organisasi perlu memberi penekanan kepada membangunkan
perasaan harmoni antara anggotanya. Ini boleh mewujudkan kerja kumpulan
(team work) yang berkesan dan hubungan interpersonal yang baik.
Penyenggaraan boleh ditakrifkan sebagai
melakukan aktiviti menjaga atau menservis
sesuatu perkakasan, alatan, mesin mudah alih,
perabot atau bangunan supaya sentiasa
berada dalam keadaan baik dan berfungsi
dengan sempurna.
Proses penyenggaraan bengkel boleh
dikelaskan kepada dua bahagian utama iaitu
jenis-jenis senggaraan dan langkah-langkah
kawalan senggaraan.
I. Senggaraan Kawalan
 Senggaraan ini dilakukan sebelum peralatan, mesin dan
bangunan menjadi rosak.
 Ia dilakukan dari semasa ke semasa mengikut jadual
senggaraan yang telah ditetapkan.
 Senggaraan ini lebih mahal untuk dilakukan kerana kerja
senggaraan yang berterusan tetapi untuk jangka masa
panjang, cara ini menguntungkan kerana kerosakan yang
besar dapat dielakkan.
Sambungan…

Senggaraan kawalan meliputi :


 Reka bentuk dan pemasangan yang sesuai untuk peralatan
yang digunakan
 Pemeriksaan logi dan alatan mengikut jadual untuk
mengelakkan kerosakan berlaku
 Membuat servis, baik pulih dan penjagaan alatan supaya
sentiasa sempurna
 Pelinciran yang sempurna dan mencukupi serta pembersihan
dan perlindungan seperti mengecat peralatan dan bangunan
Sambungan…

II. Senggaraan Pembetulan


 Senggaraan jenis ini hanya dilakukan selepas sesuatu
peralatan itu rosak.
 Kerja-kerja senggaraan ini tidak akan dilakukan selagi tiada
kerosakan berlaku.
 Biasanya senggaraan ini dilakukan ke atas peralatan yang
kecil dan yang tidak kerap digunakan.
 Walaupun kos senggaraan jangka pendek adalah rendah,
namun untuk jangka masa panjang ia mungkin menjadi terlalu
tinggi.
III. Senggaraan Ramalan
 Senggaraan ramalan menjalankan kerja-kerja senggaraan
mengikut jangkaan kerosakan.
 Biasanya peralatan seperti alat penganalisis gegaran dan
amplitude, tolok audio, alat optik, tolok tekanan dan suhu
serta tolok rintangan digunakan untuk meramal kemungkinan
berlakunya kerosakan.
Senggaraan ini banyak dilakukan dalam industri yang
melibatkan penggunaan alatan elektronik seperti komputer
kerana :
 Peralatan yang digunakan mempunyai bahagian yang kecil
dan rumit untuk diselenggara setiap hari
 Bahagian-bahagian pada alatan elektronik tidak
membolehkan kerja-kerja servis dilakukan
 Keberkesanan sistem senggaraan bergantung kepada kerja-
kerja merekod aktiviti senggaraan.
 Sistem rekod yang baik akan menjamin kerja-kerja senggaraan
yang lebih berkesan.
 Antara langkah-langkah yang diambil sebelum sesuatu kerja
senggaraan dijalankan ialah :
1. Arahan kerja
2. Jadual kerja
3. Kos senggaraan
4. Belanjawan
5. Rekod alatan
1) Arahan kerja
 Mandur akan memaklumkan tentang kerosakan yang berlaku.
 Ketua bahagian senggaraan akan mengeluarkan arahan
kepada kakitangan bahagian untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapi.
 Selepas kerja selesai, kakitangan akan merekodkan
maklumat seperti kerja yang dilakukan, masa yang diambil,
kos alat ganti yang digunakan, bilangan pekerja yang
diperlukan dan sebagainya.
2) Jadual kerja
 Jadual kerja disediakan oleh Penasihat Kawalan Bahagian
Senggaraan dengan bantuan mandur.
 Pihak ini bertanggungjawab mengganggarkan jumlah pekerja
dan masa yang diambil untuk sesuatu jenis kerja senggaraan
yang diperlukan.
 Tujuannya ialah memudahkan bahagian senggaraan
mengagih-agihkan kakitangan sekiranya kerosakan berlaku
serentak.
3) Kos Senggaraan
 Kos Senggaraan = Jumlah kos pekerja + kos bahan ganti

4) Belanjawan Belanjawan dibuat setahun sekali.


 Jumlah wang yang diperuntukkan ke bahagian senggaraan
bergantung kepada kos senggaraan yang telah dibuat dalam
masa setahun.
 Biasanya hitung panjang kos senggaraan setahun akan
dijadikan asas dalam jumlah peruntukan tahunan.
5) Rekod Alatan
 Rekod alatan adalah perkara penting dalam sesuatu program
senggaraan.
 Rekod ini mengandungi semua data alatan seperti nombor
siri, pembekal, kos membeli dan sebagainya
4.1 Baik Pulih dan Penyenggaraan
Alatan tangan perlu disenggara dengan baik supaya :
iv. Sentiasa berada dalam keadaan baik
v. Tersusun dan teratur
vi. Mudah diambil untuk digunakan
vii.Tahan lebih lama
viii.Selamat digunakan dan terhindar daripada kemalangan
a. Penyenggaraan alatan tangan
Kerja-kerja penyenggaraan perkakas dan alatan tangan dapat
dilakukan dengan cara :
ii. Membersih ii. Meminyak iii. Menyimpan

- Mengenal pasti bahan dan agen pembersih


- Bahan dan agen pembersih seperti minyak tanah, thinner,
minyak pelincir dan sabun
Membersih Dan Meminyak Alatan Tangan
 Alatan tangan mudah dicemari oleh kotoran seperti habuk,
kesan minyak, cat dan karat
 Sabun dan cecair pencuci digunakan untuk membersihkan
alatan tangan
Terdapat dua jenis minyak yang sesuai untuk digunakan iaitu :
 Minyak pelincir : untuk mencegah karat pada alatan tangan
 Minyak gris : untuk melicinkan dan mengelakkan pengaratan
pada mesin bergerak
Cara-cara untuk menyenggara alatan tangan bergantung kepada
jenis kotoran
• Membersih alatan tangan
• Meminyak untuk tujuan perlindungan dan perlinciran
• Membersih alatan tangan
• Meminyak untuk tujuan perlindungan dan perlinciran
Menyimpan Alatan Tangan
1. Alatan tangan yang telah digunakan perlulah disimpan di tempat
yang khas dan selamat.
2. Tempat menyimpan alatan perlulah dilabel dengan nama alatan
dan kuantiti supaya mudah diambil dan direkod jika berlaku
kehilangan.
3. Tempat yang paling sesuai untuk menyimpan alatan tangan adalah
di dalam bekas alatan atau di dalam almari.
4. Pemeriksaan perlu dilakukan dari semasa ke semasa untuk
memastikan alatan tangan berada dalam keadaan baik agar tidak
hilang.
5. Jika terdapat alatan tangan yang hilang, perkara tersebut
hendaklah dilaporkan kepada guru dan direkodkan.
Tukul
Digunakan untuk mengetuk, membentuk, meratakan
logam dan untuk kerja-kerja am, tukul terbahagi kepada
dua kategori iaitu tukul besi dan gandin.

Penyenggaraan tukul
1. Hendaklah digunakan mengikut kesesuaian kerja yang dilakukan.
2. Jangan mengumpil sesuatu bahan dengan menggunakan bahagian batang tukul.
3. Gunakan bahagian kepala dan muka semasa menukul sesuatu bahan.
4. Bahagian muka dan kepala hendaklah sentiasa berada dalam keadaan yang baik
dan selamat digunakan.
5. Tukul juga hendaklah sentiasa diletakkan di atas meja kerja semasa kerja
dijalankan.
6. Jangan meletakkan tukul di atas lantai bagi mengelakkan kemalangan.
7. Minyakkan kepala tukul sebelum menyimpannya bagi mengelakkan daripada
berkarat.
Kikir

diperbuat daripada memotong, menipiskan


keluli bermutu tinggi. dan melicinkan
permukaan logam
Penyenggaraan kikir
a) Kikir mestilah dibersihkan dan disimpan pada panel alas atau laci selepas
digunakan.
b) Gunakan berus kikir untuk membersihkan kikir.
c) Jangan menggunakan kikir sebagai penukul.
d) Elakkan kikir daripada terkena air kerana ia akan mudah berkarat.
e) Jangan minyakkan kikir kerana ia mudah tergelincir semasa mengikir
f) Asingkan peralatan lain dengan kikir bagi mengelakkan kerosakan pada gigi kikir
Pahat

dua jenis pahat iaitu pahat


sejuk dan pahat panas.
memotong atau
menarah logam
serta membuang
kepala rivet.

Penyenggaraan pahat
1. Pastikan sudut mata pemotong pahat adalah betul.
2. Jangan menggunakan pahat sebagai penukul.
3. Jangan mencampakkan pahat kerana is boleh merosakkan
mata pemotong.
4. Kepala pahat yang berbentuk cendawan perlu dicanai bagi
mengelakkan serpihan gerigis daripada termasuk ke dalam
mata.
Gergaji besi
Terdapat dua
jenis bingkai
digunakan untuk
tetap dan
memotong atau
bingkai boleh
membuang
laras.
lebihan logam.
Bingkai boleh
Bingkai tetap laras boleh
tidak boleh diubah
diubah panjangnya
panjangnya dan dan sesuai
digunakan untuk digunakan bagi
ukuran panjang sebarang
gergaji yang ukuran panjang
terhad sahaja. gergaji.

Penyenggaraan gergaji
1. Pemasangan mata gergaji mestilah diarahkan ke hadapan.
2. Ketatkan nat kepak untuk menegangkan mata gergaji.
Penebuk pusat

menanda permukaan Menanda pusat bulatan.


logam sebelum kerja
menggerudi.

Penyenggaraan penebuk pusat


1. Penebuk pusat perlu disenggara agar matanya sentiasa tajam
pada sudut yang ditetapkan.
2. Hujung mata penebuk pusat biasanya bersudut 60° atau 90°.
3. Mata yang bersudut 60° digunakan untuk menanda kekal,
sementara mata yang bersudut 90° pula adalah untuk menanda
pusat bulatan.
Playar

untuk memegang benda


kerja terutama yang
Playar gabung panas dalam kerja Playar cengkam
kimpalan arka atau ragum
oksiasetilena.

Cara menjaga dan menyimpan playar


1. Bersihkan playar setiap kali selepas digunakan dan simpan pada
panel alat atau laci.
2. Jangan gunakan playar sebagai tukul.
3. Minyakkan bahagian yang bergerak pada playar selepas
digunakan.
Berus dawai
Jenis-Jenis berus dawai:
1. Keluli lembut
2. Keluli kalis karat
3. Loyang

Berus dawai digunakan


untuk membersihkan Berus dawai hendaklah
logam sebelum dan dibersih dan disimpan
selepas dikimpal. Berus pada panel alat selepas
dawai juga boleh digunakan.
digunakan untuk
membersihkan kikir.
Ragum meja

Alas yang digunakan untuk


mencengkam benda kerja, pelbagai
jenis kerja seperti menggergaji,
mengikir, menggerudi, menggilap,
membengkok, memasang dan
sebagainya.
Penyenggaraan ragum meja
1. Bersihkan ragum selepas digunakan.
2. Minyakkan ragum bagi mengelakkannya daripada berkarat.
3. Jangan gunakan ragum sebagai bahan pengalas untuk mengetuk
bahan logam.
4. Elak melakukan kerja-kerja kimpalan pada bahagian ragum kerana
fungsinya akan rosak.
Contoh cara penyimpanan alat tangan

Anda mungkin juga menyukai