Anda di halaman 1dari 4

1.

0 Pengenalan

Selaras dengan kehendak dan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


(PPPM) yang menekankan kepada melahirkan murid yang mampu berfikir dengan lebih
kritis, kreatif dan inovatif, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu diberi penekanan
sewajarnya. Tajuk projek inovasi digital yang dilaksanakan adalah projek “Magical Farm”.
Projek ini merupakan bahan bantu mengajar yang dikhususkan untuk topik teknologi
pertanian dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi. Projek ini membantu memantapkan
pengetahuan asas teknologi pertanian murid-murid melalui aktiviti yang disediakan.

2.0 Rasional

Rasional projek inovasi ini dijalankan adalah untuk membantu murid-murid bermasalah
pembelajaran dalam membantu mereka memahami konsep RBT dengan mudah dan jelas.

3.0 Pernyataan Masalah

Murid-murid bermasalah pembelajaran mempunyai tahap keupayaan mental yang lebih


rendah berbanding dengan murid-murid lain. Mereka mempunyai daya ingatan yang rendah
dan penguasaan kebolehan yang terhad. Hal ini telah menjadikan murid-murid tersebut
susah untuk mempunyai gambaran yang jelas tentang konsep RBT. Selain itu, kehidupan
murid-murid zaman ini yang kurang mendedahkan diri dalam alam telah menjadikankan
murid-murid tidak berminat dengan subjek Teknologi Pertanian. Dengan menggunakan
projek inovasi ini yang menggunakan pelbagai corak teks, grafik, animasi, audio dan video,
murid-murid dapat memahami apa yang diajar kerana diberikan gambaran dan
persembahan dengan jelas. Oleh demikian, murid-murid akan peka terhadap isu-isu alam
sekitar dan berminat dengan subjek Teknologi Pertanian.

4.0 Objektif
4.1 Menyediakan alat belajar yang membolehkan murid memahami kemahiran
teknikal berkaitan tanaman dengan jelas dan menyeluruh
4.2 Menyediakan alat belajar yang mudah digunakan oleh murid
4.3 Menyediakan alat belajar yang menjadikan pembelajaran murid seronok dan
tidak bosan
4.4 Menyediakan alat belajar yang penuh dengan grafik, animasi dan audio yang
dapat menarik perhatian murid
5.0 Kumpulan Sasaran

Projek inovasi ini adalah untuk kegunaan murid-murid bermasalah pembelajaran dalam
membantu mereka memahami konsep RBT dengan mudah dan jelas. Selain itu, projek
inovasi ini untuk kegunaan murid-murid tahun lima dalam subjek teknologi pertanian.

6.0 Kepentingan Projek Inovasi

Sesebuah projek inovasi yang dihasilkan tentunya mempunyai faedah dan kepentingan
yang tersendiri. Bagi projek “Magical Farm” ini yang khusus hanya pada topik teknologi
pertanian ini bertujuan membantu murid bermasalah pembelajaran dalam pemahaman
tentang proses menanam dan menjaga tanaman. Dalam projek inovasi ini, pelbagai corak
teks, grafik, animasi, audio dan video akan digunakan dalam mempersembahkan maklumat
untuk menarik perhatian murid-murid. Selain itu, dalam kandungan projek inovasi ini juga
menyediakan aktiviti-aktiviti seperti permainan kecil dan latihan untuk mengukuhkan
pengetahuan yang baru diperolehi oleh murid-murid.

7.0 Anggaran Kos Projek Inovasi

Jadual 7.1 telah menunjukkan anggaran kos perbelanjaan yang diperlukan untuk
menghasilkan projek ini.

Bil. Bahan Kuantiti Harga Seunit Jumlah Harga


(RM) (RM)
1. Kertas (Muka Depan dan 2 1.00 2.00
Muka Belakang)
2. Percetakan (Muka Depan 2 2.00 4.00
dan Muka Belakang)
3. Disc (4.7GB) 1 1.80 1.80
4. Promosi (Facebook dan 1 5.00 5.00
poster)
5. Hak Cipta
6. Kos Data (GB) 2 1.50 3.00
Jumlah 15.80

8.0 Pelan Projek Inovasi


8. 1 Carta Alir Proses Lukisan

Mengenalpasti masalah

Cetusan Idea

Mencari pelbagai sumber


sebagai rujukan

Reka Bentuk

Analisis
Kelemahan Tidak Berjaya
Hasil Ujian Berjaya
Atau Tidak

Berjaya
Penambahbaikan

Pelaksanakan

Penilaian

Membuat laporan akhir

Menghantar Tugasan
8.2 Carta Gantt

Perkara/Minggu M1 M2 M3 M4 M5 M6

1. Mengenalpasti
masalah yang dihadapi

2. Cetusan Idea

3. Mencari pelbagai
sumber sebagai rujukan

4. Reka bentuk
kandungan projek

5. Menganalisis
kelemahan dan
menambahbaikan
6. Pelaksanakan

7. Penilaian

8. Membuat laporan
akhir

9. Menghantar Tugasan

9.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, projek inovasi “Magical Farm” dihasilkan untuk membantu murid-murid yang
menghadapi masalah pembelajaran supaya dapat belajar topik teknologi pertanian dengan
lebih mudah dan jelas. Murid-murid bermasalah pembelajaran mempunyai tahap keupayaan
mental yang lebih rendah berbanding dengan murid-murid lain. Hal ini menyebabkan
mereka memerlukan bantuan yang lebih banyak dalam proses pembelajaran. Saya
berharap projek inovasi ini dapat menjadikan proses pembelajaran murid-murid lebih
berkesan, seronok dan menarik minat murid-murid terhadap subjek Reka Bentuk Dan
Teknologi.

Anda mungkin juga menyukai