Anda di halaman 1dari 14

24

KHUTBAH JUMAAT: TEKS DAN METODE PENYEDIAAN

2.1 Definisi Khutbah

Secara terminologi khutbah adalah ceramah yang menggunakan ajaran agama.Khutbah


merupakan kegiatan dakwah yang paling efektif yang bertujuan untuk mengajak orang lain untuk
meningkatkan kualiti ketaqwaan dengan memberi nasihat yang mana isinya hendalah mengenai
ajaran agama.1Orang yang menyampaikan khutbah disebut khatib.2 Dalam ajaran agama Islam
terdapat beberapa jenis khutbah , antaranya ialah :

Khutbah Jumaat .1
Khutbah Aidil Fitri .2
Khutbah Aidil Adha .3
Khutbah Istisqa .4
Khutbah Pernikahan .5

2.2 Sejarah Khutbah

12 RabiAl-Awwal bersamaan 1 Hijrah, Rasulullah dan sahabat tercintanya Abu Bakar Al-Siddiq
telah pergi ke Desa Quba. Sementara itu , orang-orang yang menantikan kedatangan Rasulullah
Saw dengan berharapnya jadi cemas lalu mereka pulang kerumah masing-masing dengan rasa
putus asa. Tak mungkin hari tersebut orang yang mereka nantikan kedatangannya akan tiba di
Yastrib. Tapi tiba-tiba seorang Yahudi berteriak-teriak nyaring Wahai orang Bani Qailah !Itu
orang yang kalian nantikan telah tiba.

Semua orang keluar dari rumah masing-masing.Terlihat Rasulullah Saw dan sahabat
baginda Abu bakar Al-Siddiq sedang berteduh dibawah sebuah pohon kurma.Lalu orang-orang
tersebut mendatangi ke tempat baginda berteduh dan mengelilingi baginda.Sebahagian daripada

1 Artikelkuislam.blogspot.my

2 Amintabin.wordpress.com
25

mereka tidak dapat bezakan yang mana satu Rasulullah Saw dan yang mana satu Abu Bakar.Tapi
disaat bayangan pohor kurma tersebut bergeser, Abu Bakar memayungi jubahnya keatas kepala
baginda .Kini mereka dapat mengenali yang mana satu Rasulullah Saw.

Semasa di Desa Quba , Rasulullah Saw menumpang berehat di sebuah rumah lelaki tua
yang sudah berusia yang mana rumah tersebut selama ini di jadikan pengkalan oleh kaum
muslimin makkah yang baru tiba di Yastrib, antaranya Hamzah bin Abu Muthalib dan Zaid bin
Haritsah, yakni rumah Kultsum bin Hadm. Bani Amr,kabilah Kultsum adalah suku kaum Aus.
Sementara itu Abu Bakar menuju kerumah Khubaib bin Yasaf atau Kharijah bin Zaid (yang
kemudian bapa mertua kepada Abu Bakar), seorang Khazraj di Sunh, sebuah desa yang agak
dekat dengan Yastrib. Selepas satu atau dua hari ,Ali bin Abi Talib tiba dari Makkah , dan tinggal
dirumah yang sama dengan baginda Rasul Saw. Untuk mrngembalikan semua barang yang
dititipkan kepadanya bagi para pemiliknya,ia memerlukan waktu selama tiga hati.

Rasulullah Saw bermalam di Desa Quba selama empat hari .Lalu atas cadangan Ammar
bin Yasir, beliau membangunkan Masjid Quba. Inilah masjid pertama dalam sejarah Islam, dan
baginda sendiri yang meletakkan batu pertama di kiblatnya yang kemudian diikuti oleh Abu
Bakar, lalu diselesaikan beramai-ramai oleh para sahabat lainnya.

Pada Jumaat pagi ,Rasulullah Saw meninggalkan Quba. Di siang hari , baginda dan para
sahabat berhenti di Lembah Ranuna, di perkampungan Bani Salim bin Auf dari suku Khazraj
untuk melaksanakan solat Jumaat pertama kalinya. Sebelum melaksanakan solat bersama
seramai seratus jemaah dimulakan dengan ucapan puji syukur ke hadrat Allah swt, lalu baginda
bermula berkhutba , Amma badu. Wahai kaum Muslimin , hendaklah kalian berbuat kebajikan
demi keselamatan diri kalian sendiri. Demi Allah , kalian tentu mengetahui setiap orang diantara
kalian pasti akan kembali kepada Allah. Lalu akan meninggalkan segalanya di bumi seperti
haiwan ternakan dan harta. Tuhan akan bertanya kepadanya langsung tanpa perantaraan dan
hijab apa pun yang akan memisahkannya, Adakah Utusan-Ku tidak sampai kepadamu untuk
meyampaikan Amanah-Ku ? Bukannkah kepadamu telah Ku anugerahkan harta dan pelbagai
nikmat ?Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan demi keselamatan dirimu sendiri?

Orang yang ditanyakan itu akan mengalihkan pandangannya ke kiri dan ke kanan. Tapi ia
tidak lihat sesuatu .Hanya yang dapat dilihatnya dihadapan adalah Neraka jahanam. Kerana itu
26

barang siapa yang mampu melindungi dirinya dari api neraka, walau hanya dengan sebiji buah
kurma,lakulanlah! Bila tiada suatu pun yang dapat diberikan , cukuplah dengan ucapan baik.
Sesungguhnya setiap kebaikan pasti akan mendapat balasan yang berganda.Wassalamualaikum
waala Rasulillah.

Sebuah khutbah yang amat bermakna yang singkat ,padat , dandapat menarik para
jemaah, Isi khutbah yang mengajak semua umat islam agar berbuat kebaikan dengan bersedekah
dan memberi , walau pun ia seorang yang miskin. Beliau menyampaikan , seorang yang hebat
menghindarkan dirinya dari api neraka dan masuk ke syurga walau hanya dengan sebiji kurma.
Demikian halnya dengan kata-kata yang baik pun juga dapat menghindarkan seseorang daripada
api neraka dan masuk syurga atas timbangan Allah swt. Dengan kata lain kemampuan berbuat
kebaikan dan memberi sememangnya terdapat dalam diri setiap orang .3

Manakala mengikut, para penyelidik sejarah tamadun manusia pula, ilmu berkenaan
khutbah ini telah mula dikesan di zaman peradan Yunani.Mereka ini juga telah dikatakan sebagai
bangsa pertama yang menyusun ilmu ini justeru meletakkan garis panduan mengenainya.Sikap
pemimpin yang memberi layanan yang baik terhadap mereka yang mahir berpidato di samping
kedudukan istimewa yang di anugerahkan oleh kerajaan Yunan di Athen pada waktu itu kepada
golongan ini.Kenyataannya, mereka yang memiliki kepetahan berbicara dan kemahiran berpidato
mendapat pangkat dan kedudukan yang tinggi di zaman itu.4

2.3 Definisi Jumaat

Jumaat adalah bererti Jemaah.Jemaah itu adalah jamak yang bererti berkumpul. 5 Selain itu
,Jumaat merupakan penghulu segala hari kerana kemuliaan dan kelebihannya. Malah, peristiwa-
peristiwa agung banyak berlaku pada hari Jumaat. Banyak hadis menerangkan kelebihan hari
Jumaat, misalnya hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah berkenaan

3 Khutbah Jumaat Pertama Rasulullah SAW ; arofiusmani.blogspot.my

4Ibid, h.16-17.

5 Bagaimana mula-mula ditentukan hari itu ,hari jumaat ? ; makrifattokkenali.com


27

penghulu hari bermaksud : Jumaat dinamakan sebagai Sayyidul Ayyam iaitu penghulu segala
hari (hari yang sebaik hari).6

2.4 Sejarah dan Fadhilat Jumaat

Pada masa jahiliah ,hari Jumaat disebut sebagai hari Urubah kemudian dinamakan Jumaat
beberapa saat sebelum Islam datang.

Hari Jumaat memiliki beberapa sejarah atau peristiwa agung7 dan kelebihan sebagaimana
terdapat dalam beberapa hadis Nabi, diantaranya :

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda; Sebaik-baik hari yang terbit
matahari adalah Jumaat, pada hari tersebutlah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia
dikeluarkan dari syurga.

Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku.Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman
meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.8

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda ; Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari
yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak
terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari
Jumaat.

Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta
(berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta
Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada
kejahatan.9

6 Jumaat Sayyidul Ayyam ; hidupkeranaallah.blogspot.my

7 Kitab As Sabi Iyahti Fi Mawaizhil Barriyat

8 Hadis Riwayat Muslim

9 Hadis Riwayat Tirmizi


28

Terdapat banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat yang bertujuan menceritakan
ganjaran yang perlu direbut oleh umat islam.10Antaranya :

Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas daripada soal jawab kubur .1
.hingga hari Kiamat
Sesiapa yang membaca surah Ali-Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat .2
.mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud; Sesiapa .3
membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat , Allah akan menerangi hidupnya antara dua
.Jumaat
Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada hari Jumaat, mudah .4
.dimakbulkan doanya oleh Allah

2.5 Definisi Khutbah Jumaat

Khutbah Jumaat bererti perkataan atau ucapan yang mengandungi mouidzah(pengajaran) dan
bimbingan ibadah yang diucapkan oleh khatib dengan syarat-syarat yang ditentukan syariat dan
menjadi rukun dalam memberikan pengertian kepada jemaah menurut rukun mendirikan solat
Jumaat.Dari sudut istilah pula khutbah beerti perkataan yang disusun oleh seseorang untuk
diucapkan di depan khalayak ramai untuk memberi kefahaman kepada mereka. 11

Khutbah jumaat ini kebiasaannya lebih kepada sifat mendidik dan memberi perinngatan
kepada kaum muslimin akan tanggungjawab dan kewajipan mereka sebagai umat islam dan juga
memberikan penjelasan dan penyelesaian kepada permasalahan semasa berdasarkan kepada
sumber-sumber Syariat Islam yang utama seperti Al Quran dan Al-Hadith. Khutbah Jumaat
adalah merupakan bahagian utama solat Jumaat mengikut persepakatan para fuqaha yang
mengatakan solat Jumaat tidak sah tanpa khutbah padanya 12. Kini, khutbah Jumaat memainkan
10 Wakafalquran30.blogspot.my

11Takrif khutbah daripada Amm al-Ihsn al-Majdi. Rujuk al-Khiba wa Idad al-
Khab, Dr Tawfq al-Wi (1999), al-Manrah Mesir: Dr al-Yaqn, h.12.

12Wahbah al-Zuhayl, (1997) al-Fiqh al-Islm wa Adilltuhu, Damsyik, Syria: Dar al-
Fikr, Juz 2, h. 1303.
29

peranan yang penting dalam memberi penjelasan dan pemahaman kepada masyarakat ketika
berhadapan dengan isu dan polemik semasa. Khutbah Jumaat juga merupakan medan utama
untuk menyampaikan mesej agama terhadap permasalahan yang timbul dalam masyarakat Islam.

Khutbah Jumaat mempunyai dua bahagian dan setiap bahagiannya terdapat tempoh rehat
sejenak dan khutbah dilaksanakan sebelum perlaksanaan solat.13

Dari Jabir Bin Samurah berkata Bahawasanya Rasulullah SAW berkhutbah dengan
berdiri , kemudian duduk, kemudian berdiri lagi14

2.6 Syarat-Syarat Khutbah Jumaat Dan Khatib

2.6.1 Syarat Khutbah Jumaat

Perkara yang membezakan antara khutbah Jumaat dengan khutbah yang lain dengan wujudnya
syarat dan rukun menjadi sah atau batal sesebuah khutbah Jumaat tersebut .

Khutbah yang dilakukan hendaklah ditujukan kepada 40 orang Jemaah atau lebih . Oleh .i
itu , khatib perlu menguatkan suaranya ataupun menggunakan pembesar suara agar jelas
.didengar oleh para Jemaah
Khatib hendaklah berdiri sewaktu menyampaikan khutbah bagi yang mampu dan harus .ii
: duduk sebentar di antara dua khutbah. Umar RA yang mengatakan bahawa
  15.
Bermaksud: Nabi SAW berkhutbah secara berdiri lalu baginda duduk kemudian bangun
semula sebagaimana apa yang kamu lakukan sekarang.

.Khutbah dilakukan pada waktu zohor iaitu sebelum solat Jumaat .iii
.Khutbah dilakanakan ditempat yang adanya solat Jumaat .iv

13 Hal Berkaitan Khutbah Jumaat Dan Perkara Sunat Yang Berkaitan;


madey90.blogspot.my

14 Hadis Riwayat Muslim

15Muammad b. Isml Abu Abdullh al-Bukhr (1981), Sahh al-Bukhr, Kitb


al-Jumuah, no. hadith 880, Beirut, Dr al-Turth al-Arb, juz. 6 h. 32
30

Khutbah hendaklah dibaca berturut-turut tanpa diselangi oleh masa yang lama tanpa .v
sebab, sama ada antara rukun-rukunnya, atau jarak kedua-duanya mahupun antara
khutbah dan solat.Selang yang pendek , seperti khatib perlu berwudhuk semula atau
.hendak ke tandas, adalah dimaafkan

2.6.2 Syarat-Syarat Khatib

Khatib mestilah lelaki .i


Khatib mestilah normal pendengarannya dan tidak tuli .ii
Khatib mestilah menutup aurat .iii
Khatib seharusnya bersih dan suci dari hadas kecil dan besar , erti lain dalam .iv
.keadaan berwudhuk
.Tertib berturut-turut antara kedua-dua khutbah dengan perlaksanaan solat .v

2.7 Rukun Khutbah Jumaat

Rukun khutbah merupakan perkara yang perlu dilakukan semasa memberi khutbah bagi
menyempurnakan khutbah tersebut . Khutbah Jumaat terbahagi dua iaitu khutbah pertama dan
khutbah kedua . Sebelum menunaikan solat Jumaat , biasanya Imam atau Khatib akan
membacakan dua khutbah yang mana kedua-dua khutbah ini dipisah dengan khatib duduk
sebentar.16

2.7.1 Rukun khutbah pertama

Pujian kepada Allah .i


Mengucap dua kalimah syahadah .ii
Selawat keatas Nabi Muhammad .iii
Nasihat taqwa; kata pujian , pengajaran dan ilmu pengetahuan .iv
Membaca sekurang-kurangnya satu ayat dari petikan Al-Quran .v
Memohon doa bagi kaum muslimin dan muslimat .vi

2.7.2 Rukun khutbah kedua

16 Rukun dan Adab khutbah Jumaat ; shafiqolbu.wordpress.com


31

Lafaz Hamdala (Alhamdulillah) .i


Selawat keatas Nabi Muhammad .ii
Nasihat ringkas supaya Jemaah bertaqwa kepada Allah .iii
Berdoa untuk orang-orang mukmin pada khutbah kedua .iv

2.8 Sunat-Sunat Khutbah

Selain daripada rukun-rukun khutbah juga terdapat perkara-perkara sunat yang dapat dilakukan
oleh khatib semasa menyampaikan khutbah . Perkara sunat khutbah yang perlu dilakukan oleh
khatib ialah ;

Berdiri di atas mimbar atau di atas tempat tinggi .i


Memandang atau menghadap kearah jemaah .ii
Memberi salam kepada Jemaah pada permulaan khutbah .iii
Memegang tongkat , tombak , pedang atau seumpamanya .iv
Duduk sebentar di atas mimbar selepas mengucapkan salam sebagaimana perbuatan .v
: Rasullulah SAW di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah RA
. 17
Bermaksud: Bahawa Rasullulah SAW berkhutbah dalam keadaan berdiri dan baginda
memisahkan antara dua khutbah baginda dengan duduk.

Membaca surah Al-Ikhlas semasa duduk diantara dua khutbah .vi


.Memendekkan penyampaian khutbah daripada tempoh melakukan solat .vii

Rasulullah bersabda ; Panjangnya solat seseorang serta pendek khutbahnya


menunjukkan tanda kefakihannya ( kefahaman terhadap hukum agama).18

Khatib hendaklah menyaringkan dan meninggikan suaranya ketika .viii


:menyampaikan khutbah. Abdullah RA meriwayatkan sebuah hadith lagi


.

Bermaksud : Rasullulah itu ketika berkhutbah merah kedua matanya, tinggi suaranya,
tegas marahnya seakan dia memberi amaran kepada suatu pasukan tentera.

17Muslim bin Al-Hajjj al-Qushayr (1987), Sahh Muslim, Kitb al-Jumuah , no.
hadith 867. Mussasah Izzuddn L al-abah wa al-Nashr, juz. 2, h. 269.

18 Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim r.a


32

2.9 Metode Khutbah Jumaat

Menyusun khutbah Jumaat tidak jauh beza dengan khutbah-khutbah yang lain. Bezanya adalah
pada segi rukun yang harus dipenuhi dalam khutbah Jumaat.Kerana semua memerlukan
persiapan yang matang dan konsentrasi penuh. Menyusun teks-teks khutbah bukanlah suatu hal
yang mudah .Penyusunan teks khutbah hendaklah melalui empat fasa jika ingin kan sesebuat teks
khutbah itu mantap dan boleh dipercayaan oleh Jemaah ketika khatib menyampaikannya. Jadi ,
khatib bukan sahaja tampil di atas mimbar dengan gah nya berdiri tetapi tajuk khutbah adalah
yang ingin disampaikan hendaklah actual dan factual serta sesuai dengan keadaan masyarakat
sekarang.19 Antara empat fasa penyusunan teks khutbah :

Fasa pemilihan tajuk ; memilih tajuk yang dapat menarik minat jemaah untuk mendengar .i
atau tajuk tentang isu semasa yang sedang hangat berlaku di dalam kehidupan
.masyarakat
Fasa penyusunan kerangka penyampaian khutbah .ii
Fasa pemilihan dalil yang tepat dan sesuai dengan tajuk teks khutbah yang hendak .iii
disampaikan kepadajemaah
Fasa melatih atau mengaplikasikan apa yang telah di susun didalam teks agar khatib tidak .iv
.gugup atau tersasul semasa menyampaikan khutbah

2.9.1 Gaya Khutbah Nabi SAW

Teknik penyampaian khutbah Jumaat hendaklah mencontohi Rasululah SAW, samada dari segi
tema,masa ataupun gaya.20

.Lantang Suara Tegas .i

19 Menyusun Khutbah Jumaat ; hidayatullah-budaya.blogspot.my

20 Gaya dan Metode Khutbah Jumaat Rasulullah Saw ; suararisalah.blogspot.my


33

Dalam aspek kejelasan , khatib disunatkan mengeraskan suaranya atau bersuara lantang
semasa menyampaikan khutbah agar jelas didengari oleh para jemaah .

Dari Jabir bin Abdullah , dia berkata : Kebiasaannya Rasulullah SAW jika berkhutbah ,
kedua-dua matanya kemerah-merahan ,suaranya lantang, bagaikan seorang komander
yang sedang memperingatkan tenteranya dengan mengatakan Musuh akan menyerang
kamu pada wakti pagi, Musuh akan menyerang kamu pada waktu petang.21

.Ringkas penyampaian khutbah, tidak lama .ii

Para khatib disunatkan untuk memendekkan khutbahnya atau tidak berlama-lamaan,berpanjang-


panjangan , sehingga apa yang disampaikan oleh khatib semasa khutbah lari atau terkeluar dari
landasan tajuk khutbah tersebut dan hilang fokus.

Rasulullah bahkan menyindir khatib yang berlama-lamaan dalam khutbah sebaga orang yang
tidak faham agama

Diriwayatkan dari Amar bin Yasir r.a mendengar Rasulullah bersabda:

Nabi Saw tidak memanjangkan nasihatnya pada hari Jumaat.Baginda hanya memberikan
amanah-amanah yang singkat dan ringkas.22

Sesungguhnya Nabi Saw tidak pernah memanjangkan khutbahnya pada hari Jumaat.
Sesungguhnya khutbah itu hanyalah berisikan kalimat-kalimat yang pendek,23

2.9.2 Identiti Khutbah Jumaat

21 Hadis Riwayat Muslim

22 Hadis Riwayat Abu Dawud

23 Hadis Riwayat Abu Dawud dari Jabir


34

Khutbah Jumaat mempunyai identity dan ciri-ciri istimewa yang membezakannya dengan
syarahan, pidato atau ucapan-ucapan lain seumpamanya. Di antara ciri-ciri istimewa khutbah
Jumaat ialah :

Ia berlangsung dalam suasana yang tenang dan kushyuk,sebelum solat Jumaat. Ketika ini .I
para muslimin, sudah berada di dalam masjid dengan jiwa yang bersedia untuk
.mendengar dan meghayati khutbah yang disampaikan
Keadaan yang senyap tanpa sebarang gangguan suara yang lain. Situasi ini berlaku .II
kerana para Jemaah berkewajipan untuk diam dan mendengar dengan jelas dan dapat
.dihayati oleh semua Jemaah yang hadir
Perlaksanaan hendaklah berlaku secara istiqamah. Contohnya, berjalan secara berterusan .III
.setiap minggu setiap tahun
Ia dihadiri dan didengari oleh pelbagai golongan masyarakat tanpa mengira tahap umur, .IV
24
.kedudukan sosioekonomi dan latar belakang budaya

Dari sudut praktikalnya, khutbah Jumaat disampaikan setiap minggu.Keselurahan khutbah


jumaat dapat dipersembahkan sebanyak 52 kali dalam setahun secara berterusan.Ditambah pula
dengan kewajipan solat Jumaat yang difardhukan ke atas kaum lelaki umat Islam yang sihat dan
bermukim, sewajarnya khutbah Jumaat perlu dihasilkan dan dipersembahkan dengan baik agar
dapat memberi kesan positif kepada cara berfikir dan tindak balas umat Islam dalam menilai,
memahami dan menghadapi permasalahan semasa.Lebih-lebih lagi khutbah Jumaat perlu
dihasilkan dan dipersembahkan dengan baik agar dapat memberi kesan positif dalam mengalami
permasalahan semasa.

2.9.3 Teks khutbah Jumaat

24 Abd al-Ghni Amad Muhir (2008) op.cit, h. 3.


35

Teks khutbah Jumaat merupakan teks ucapan keagamaan yang disediakan secara bertulis untuk
disampaikan oleh khatib diatas mimbar setiap hari Jumaat sebelum solat Jumaat didirikan secara
berjemaah. Teks ucapan khutbah ini disusun secara mingguan yang bertujuan untuk
menyampaikan mesej dan sebaran dakwah yang berperanan memandu manusia kepada
kebaikan ,mendorong mereka untuk melakukannya, dan mencegah mereka daripada terdorong
kepada kejahatan dan segala unsurnya, disamping menjelaskan persolan-persoalan kehidupan
semasa menurut panduan Syariat Islam.

2.9.4 Adab dan Tatasusila Ketika Berkhutbah

Semasa menyampaikan khutbah, para khatib hendaklah menjaga adab-adab yang dapat menjaga
keindahan ketika menyampaikannya kepada kaum muslimin. 25Di antara adab-adab tersebut ialah :

Menjaga penampilan dengan tampil di atas mimbar dengan wajah yang rapi dan pakaian yang .1
bersih dan kemas
Berwibawa dan tenang. Ketenangan dalam menyampaikan khutbah membantu para jemaah .2
.untuk menghayati, menginsafi dan mengambil iktibar daripada apa yang telah di sampaikan
.Berdiri menghadap ke arah para jemaah pendengar .3

2.10 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK)

25 Ibid, h. 31-32.
36

2.10.1 Latar Belakang

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah merupakan sebahagian agensi perlaksanaan dasar
dan memberi pimpinan pentadbiran serta bertanggungjawab bagi menyediakan program, skim
atau projek untuk pertimbangan majlis bagi mengeluarkan panduan , dasar atau penerangan
mengenai keputusan-keputusan kepada jabatan . Jabatan ini juga bertanggungjawab mentadbir
umat islam di negeri ini dalam semua hal dan juga untuk merancang serta merumus dan
menyelaras segala dasar dan maklumat berhubung dengan agama islam di samping menentukan
bahawa dasar tersebut dijalankan dengan cekap dan sempurna.

2.10.2 Sejarah Penubuhan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah ditubuhkan berdasarkan pengwujudan Undang-
Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Kedah No.9 tahun 1962.

2.10.3 Objektif Jabatan

Objektif Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah ialah kearah melaksanakan dasar-dasar
yang dibuat oleh Majlis Agama Islam Negeri Kedah adalah seperti berikut :

Untuk mendidik, membentuk dan mewujudkan seluruh masyarakat islam yang dinamik .i
.dan progresif berdasarkan kehidupannya kepada mencari keredhaan Allah
Untuk memupuk dan mengukuhkan Ukhwah Islamiah serta keimanan orang-orang Islam .ii
.di Negeri ini khasnya dan Malaysia amnya bagi mencapai perpaduan umat
Untuk memperbanyakkan usaha-usaha kebajikan dan mencegah kemungkaran dalam .iii
.masyarakat Islam
Untuk mengadakan rancangan program tindakan bagi menggalakkan , mempergiat, .iv
.memudah dan mengusahakan kemajuan ekonomidan sosial Islam
37

Untuk mendaftar, mengawal dan menyelia aktiviti-aktiviti ibadat dan pusat-pusat .v


pengajian Agama Islam di negeri ini dan mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara
.yang berkaitan dengannya
.Untuk mengawal dan menyelaras perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang tersebut diatas .vi

2.10.4 Misi

.Berusaha untuk mendaulatkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah .i


Berusaha membentuk masyarakat Madani yang berilmu, beriman dan beramal seiring .ii
.dengan pembangunan Negeri dan Negara

2.10.5 Visi

Penerapan dan penghayatan Islam sebagai Addin dan cara hidup melalui pengurusan yang
efisyen , intergriti, inovatif, berkualiti, proaktif dan komited bagi melahirkan kesejahteraan
ummah.

2.10.6 Piagam Pelanggan

Seluruh Warga Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah bertekad memberi perkhidmatan
kepada pelanggan-pelanggan berasaskan ciri-ciri berikut:

.Kecekapan dan ketepatan masa dalam menangani unsur dengan pelanggan .i


ii. Unsur mesra, berhemah dan bekerjasama ditekankan semasa berurusan dengan .ii
.pelanggan
.Lakukan yang terbaik dalam semua urusan .iii
.Ilmu dipertingkatkan dalam usaha meningkatkan produktiviti .iv
Tegas, berdisiplin dan dedikasi .v
.Intergrasi iaitu menggunakan kuasa dengan adil dan saksama .vi

Anda mungkin juga menyukai