Anda di halaman 1dari 3

PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT Sembahyang akan terbatal apabila seseorang yang bersembahyang melakukan salah satu daripada

a perkara-perkara berikut: 1. Percakapan yang disengajakan selain Al-Quran, zikir dan doa. Percakapan yang membatalkan itu sekurang-kurangnya terdiri daripada dua huruf atau lebih sekalipun tidak difahami maknanya. Begitu juga jika hanya satu huruf tetapi difahami maknanya. 2. Melakukan perbuatan atau pergerakan luaran yang banyak (lebih tiga kali) dan berurutan. 3. Gugur salah satu daripada syarat-syarat sembahyang. Antaranya: a) Berlaku hadath sama ada kecil atau besar sebelum salam pertama secara sengaja atau tidak kecuali hadath yang berterusan seperti seorang yang berpenyakit buasir serius. b) Terkena najis yang tidak dimaafkan sama ada pada badan, pakaian atau tempat sembahyang tanpa sempat dibuang atau dielakkan serta merta sebelum berlalu tempoh tamaninah yang paling minima. c) Aurat terbuka secara sengaja walaupun ditutup serta merta atau tidak sengaja tetapi sempat menutupnya serta merta. d) Dada terpesong daripada qiblat dalam keadaan sedar. e) Orang yang bersembahyang menjadi gila, pengsan atau mabuk semasa melakukannya. 4. Berlaku kepincangan pada salah satu rukun sembahyang seperti dalam keadaan berikut: a) Mengubah niat dengan berazam untuk keluar daripada sembahyang atau menggantungkan tamat sembahyang dengan sesuatu perkara. b) Syak pada niat, takbiratul ihram atau pada jenis sembahyang yang diniatkan. c) Merasa ragu-ragu atau syak sama ada telah memutuskan sembahyang atau tidak. d) Sesuatu rukun diputuskan dengan sengaja seperti melakukan itidal sebelum sempurna ruku secara tamaninah. e) Menambah mana-mana rukun dengan sengaja seperti menambah ruku atau sujud. f) Memanjangkan rukun yang pendek dengan sengaja. 5. Makan dan minum semasa sembahyang dengan banyak melebihi uruf. 6. Ketawa, berdehem, menangis, mengerang kesakitan yang dilakukan dengan sengaja hingga mengeluarkan bunyi yang jelas sekadar dua huruf sekalipun tidak difahami. 7. Murtad walaupun dalam bentuk gambaran kasar bukannya secara hukmi

Perkara Yang Membatalkan Solat..


November 1st, 2009 in solatku |

Assalamualaikum wbt dan salam ukhwah Bertemu lagi kali ini, sudah lama ustazah tak up date blog ini kerana sibuk menyemak dan menanda kertas peperiksaan akhir tahun. Disamping menemani anak2 ulangkaji. Maklumlah kan, ustazah kenalah dulukan kerja yang utama yg telah dipertanggung jawabkan. Suka ustazah kali ini berkongsi tajuk: PERKARA2 YG MEMBATALKAN SOLAT 1. Tidak suci dari najis samada pakaian,tubuh badan dan tempat. 2. Membelakangkan kiblat. 3. Meninggalkan niat fardhunya 4. Berniat untuk memutuskan solat (telepon bunyi nanti aku angkat) 5. Tidak tomakninah 6. Putus silsilbus (kencing tak tus) , kalau nk solat kenalah sumbat 7. Meninggalkan salah satu rukun dgn sengaja 8. Mendahului imam dengan 2 rukun 9. Keguguran najis pada kain atau badan (darah,tahi cicak dll) 10. Tidak niat mufaraqah(tidak solat mengikut imam) bila terlihat najis pada kain imam. 11. makan dan minum ketika solat 12. Mengambil wudhuk dgn air yg bukan air mutlak 13. Berdehem-dehem ketika solat 14. Mengerang-ngerang ketika solat 15. Menanggis sehingga ternyata 2 huruf 16. Bercakap-cakap dlm solat

17. Tidak suci dari hadas kecil dan hadas besar 18. Meninggalkan rukun solat ( fili, qauli dan qalbi) 19. Lelaki berimamkan wanita 20. Murtad 21. Sembahyang duduk walaupun berkuasa berdiri 22. Meninggalkan tertib dlm solat 23. Tertawa hingga ternyata 2 huruf 24. Menambah rukun fili 25. Bergerak-gerak tiga kali berturut-turut Sekian dahulu, sampai jumpa lagi! Ketika solat elakkan dari melakukan perkara di atas supaya solat kita tidak terbatal. Wassalam

Anda mungkin juga menyukai