Anda di halaman 1dari 1

isu isu semasa tentang al quran

Al-Quran dan as-Sunnah adalah sumber utama peradaban manusia di samping akal fikiran
dan dari tamadun-tamadun lain. Perutusan nabi Muhammad saw dan penurunan al-Quran
telah melengkapkan keseluruhan keperluan kehidupan manusia samada kehidupan di dunia
mahupun kehidupan di akhirat.
Berkaitan isu semasa tentang al quran terdapat satu kes yang mana empat remaja
perempuan ditahan polis berhubung video yang viral seorang daripada mereka memijak al-
Quran. Kejadian itu dipercayai berlaku di Kusial, Tanah Merah dan viral di Facebook (FB)
sejak petang semalam. Keempat-empat suspek berusia antara 17 hingga 18 tahun itu
ditahan di sekitar daerah itu. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat segelintir umat Islam
yang tidak meyakini bahawa al Quran merupakan mukjizat yang diturunkan oleh Allah SWT
kepada Nabi Muhammad SAW. Al-Quran sarat dan padat dengan rujukan dan anjuran serta
dorongan terhadap umat Islam agar menuntut ilmu, mempelajari, menganalisa dan
menganjurkan penggunaan akal semaksimum yang boleh untuk manafaatnya.

“apa pandangan anda apabila dikatakan al-Quran perlu ditafsirkan semula”

Pada pandangan saya, al Quran tidak sewajarnya ditafsirkan semula. Al-Quran merupakan
mukjizat yang kekal abadi. Segala petunjuk dan panduan yang terkandung di dalamnya
mencakupi segala aspek kehidupan manusia sama ada akidah, ibadat, munakahat,
muamalat, mahupun jenayah. Semua ini berperanan membentuk jalinan hubungan antara
manusia dengan Allah SWT dan manusia sesama manusia. Oleh itu, manusia perlu
memahami kehendak al-Quran yang memandu manusia demi kebaikan. Al-Quran tidak
pernah menghalang umat Islam mengkaji dan menggunakan akal dalam ruang yang
mendatangkan manfaat kepada manusia amnya. Bahkan, Islam sentiasa memandang tinggi
usaha para ulama dan pengkaji yang berjaya membongkar rahsia alam yang menjadi bukti
kekuasaan dan keagungan Allah SWT. Allah SWT berfirman yang bermaksud,
“Sesungguhnya yang takut kepada Allah antara hamba-Nya hanyalah ulama.
Sesungguhnya Allah Maha Perkasa dan Maha Pengampun”. (Surah Fatir 35:28).
Ulama yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah orang yang mengetahui kebesaran dan
kekuasaan Allah SWT. Tafsiran mengikut keadaan semasa juga dapat membantu
seseorang memahami sesuatu isu atau masalah masyarakat, serta mencari jalan
penyelesaiannya. Contohnya, dalam bab muamalat. Al-Quran menyebut riba itu haram,
tetapi transaksi yang melibatkan riba kini semakin kompleks. Hal ini memerlukan seseorang
yang pakar dalam bidang tersebut untuk menentukan hukum yang berkaitan. Seorang
pentafsir dalam konteks ini juga perlu memahami dan menguasai sistem ekonomi semasa,
sehingga berupaya mentafsirkan pengharaman riba yang melibatkan beberapa skim tertentu
yang ditawarkan oleh institusi kewangan masa kini.

Anda mungkin juga menyukai