Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan

Kesantunan dalam berbahasa amatlah penting dalam kehidupan seharian


kerana manusia sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain. Kesantunan
perlulah dipupuk dalam diri setiap insan dari semasa ke semasa bagi
melahirkan individu yang berkaliber dan berintegriti selari dengan cabaran
globalisasi demi kepentingan sejagat. Pelestarian Bahasa melayu dari aspek
fungsinya dan penggunaannya penting dalam menghasilkan interaksi yang baik
dan secara tidak langsung mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai yang
bertamadun. Tanpa bahasa manusia akan sukar untuk berkomunikasi dan
melakukan aktiviti seharian. Oleh yang sedemikian kita perlulah berpegang
kepada konsep “Bahasa Jiwa Bangsa” agar kemurniaan dan kesucian bahasa
ibunda kita sentiasa terpelihara.

Konsep Kesantunan Berbahasa

Takrif kesantunan berbahasa ialah kesopanan dan kehalusan dalam


menggunakan ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan. Peribahasa
melayu ada berbunyi orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa
amatlah sinonim dengan budaya timur terutamanya masyarakat yang berbilang kaum
di Malaysia ini. Frasa pertama peribahasa iaitu orang berbudi kita berbahasa
bermaksud jika seseorang itu menunjukkan sikap yang baik kepada kita, maka kita
wajar untuk membalasnya dengan sikap yang baik juga. Sebagai contoh jika ada
individu lain memberi pertolongan kepada kita, kita seharusnya mengucapkan terima
kasih dan menunjukkan riak muka yang sesuai terhadap mereka. Frasa kedua
berbunyi orang memberi kita merasa boleh bermakud jika seseorang itu
menghulurkan sesuatu kita wajar menerimanya. Sebagai olahan daripada idea
tersebut, jika seseorang memberikan sesuatu dalam bentuk pertolongan fizikal,
material mahupun reaksi verbal, maka kita harus menerimanya seadanya dengan
hati yang terbuka dan minda yang positif agar konsep kesantunan akan berhasil
diadaptasikan dalam kehidupan seharian kita.

Secara khususnya, peribahasa di atas menerangkan kepentingan untuk


bersantun dalam berbahasa khususnya apabila berhadapan dengan masyarakat.
Amalan bersantun dalam masyarakat Malaysia dapat dilihat melalui ketika
berlakunya interaksi dan kolaborasi antara dua pihak terutamanya apabila
seseorang bercakap kepada kita, maka tidak sewajarnya untuk kita memalingkan
muka kita ke tempat lain ataupun berbual dengan individu lain. Selain itu ialah tidak
mencelah ketika orang sedang bercakap dan memotong percakapan orang lain
sehingga menyebabkan mereka hilang idea untuk bercakap ataupun kehilangan kata
kata. Sebagai contoh , apabila guru sedang mengajar di hadapan kelas anak murid
perlulah memberikan tumpuan yang sepenuhnya dan yang paling penting ialah tidak
membuat bising dan bercerita sesama mereka.

Anda mungkin juga menyukai