Anda di halaman 1dari 6

NAMA : BUSYRONI BINTI IDRIS NO.

KAD PENGENALAN:730512-02-5442 KUMPULAN : TSL ( B ) NAMA PENSYARAH: ENCIK NORDIN BIN SADALI NAMA KURSUS:BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF II KOD KURSUS : WAJ 3116 TUGASAN INDIVIDU : TEKS PIDATO TAJUK PIDATO : KESANTUNAN BERBAHASA PENJANA KEPERIBADIAN KEGURUAN

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam 1 Malaysia. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana , tetamu kehormat, guru-guru,rakan-rakan dan hadirin sekalian. Pada pagi yang mulia ini ,saya telah dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan pidato yang bertajuk Kesantunan Berbahasa Penjana Keperibadian Keguruan. Tanpa membuang masa biarlah saya mengupaskan tajuk pidato saya pada kali ini. Kesantunan berbahasa boleh ditafsirkan sebagai berlaku sopan kepada orang yang mendengar atau diajak bercakap bagi tujuan menghormatinya. Kesantunan dalam berbahasa akan memperlihatkan kesopanan terhadap orang yang bercakap dan dianggap sebagai seorang yang berbudi bahasa jika percakapannya tidak menyinggung perasaan orang di sekelilingnya. Kesantunan berbahasa juga boleh ditakrifkan sebagai timbang rasa yang kita berikan kepada orang yang mendengar kita bercakap dan merujuk kepada sifat-sifat bahasa yang membolehkan kita menolak permintaan seseorang tanpa menyinggung hatinya. Sementara itu,kesantunan berbahasa amat berkait rapat dengan hubungan kita antara seseorang dengan seseorang yang lain tanpa mengira tahap sosial dan umur seseorang dalam sesebuah masyarakat di sesuatu tempat atau negara.Disebabkan kesantunan berbahasa amat berkaitan dalam hubungan seseorang dalam masyarakat,maka ia juga secara tidak langsung merupakan penjana keperibadian seseorang dalam masyarakat sesuatu tempat. Penjana keperibadian pula boleh ditakrifkan sebagai sesuatu yang menghidupkan atau melahirkan sifat dan ciri-ciri seseorang dalam kehidupan seharian di dalam masyarakatnya. Hadirin yang dihormati sekalian, Hujah saya yang pertama berkomunikasi secara verbal merupakan perkara lazim dilakukan oleh semua orang yang berupaya untuk berbuat demikian. Selagi manusia boleh bertutur , pelbagai bahasa digunakan dalam komunikasi maka seseorang individu itu dikatakan berbahasa.Dalam komunikasi lisan,kita boleh mengamalkan konsep 3 SM iaitu saling memahami,saling menghargai dan saling menghormati. Sebagai seorang

guru, komunikasi bukan sahaja terhad semasa pengajaran dan pembelajaran sahaja bahkan menyeluruh di mana kemungkinan kita akan dipertanggungjawabkan untuk mempengerusikan mesyuarat,seminar,perbahasan atau majlis-majlis tertentu yang melibatkan ramai hadirin. Jika tugas kita sebagai seorang pengerusi ,kita seharusnya bercakap kepada semua orang bukannya kepada hadirin yang berada di hadapan sahaja. Kita harus menyedari bahawa semua hadirin adalah penting. Begitu juga sebaliknya jika kita adalah hadirin, kita perlu memahami,menghargai dan menghormati tugas pengerusi dalam sesuatu majlis.Oleh itu, kesantunan berbahasa dan penggunaan bahasa yang sopan dan sesuai bukan sahaja menunjukkan kita saling memahami,menghormati dan menghargai antara satu sama lain tetapi juga membuktikan kita ialah seorang yang berbudi bahasa seterusnya akan menimbulkan suasana harmoni dalam majlis tersebut. Saudara dan saudari yang dihormati, Dalam konteks yang sama di mana kita sebagai guru yang mengajar murid di sekolah,hendaklah menggunakan bahasa yang positif ,menghargai pendapat,idea atau pandangan murid walaupun pada asasnya kita kurang bersetuju dengan pendapat tersebut. Menghargai pendapat orang lain bukan bererti kita bersetuju ,tetapi kita boleh menyatakan pendirian kita dengan cara yang lebih halus dengan menggunakan bahasa yang lebih sopan tanpa mengguris perasaan seseorang.Dalam masyarakat Jepun misalnya, mereka cuba mengelakkan daripada menggunakan perkataan tidak semasa interaksi lisan dengan orang lain. Biasanya mereka menggunakan ya tetapi untuk tidak menyinggung perasaan orang yang dilawan bercakap, mereka menggunakan ungkapan seperti; Ya itu pendapat anda,tetapi pada pandangan saya pula .. atau Saya rasa pandangan anda itu benar,tetapi saya berpendapat Oleh itu, dalam penggunaan bahasa semasa pengajaran di dalam kelas,kita sebagai guru dan model boleh menggunakan dan mengamalkan konsep seperti itu iaitu tidak menyekat terus sebarang jawapan atau pandangan murid-murid sekiranya salah. Guru seharusnya memberi peluang kepada murid untuk memberi alasan kepada jawapan atau pendapatnya. Sekiranya guru menyekat dan menoktahkan terus jawapan yang salah dan memuktamatkan jawapan guru sahaja, ia akan membunuh minat murid untuk

memberi pendapat dan jika dibiarkan berterusan akan memusnahkan terus minat murid untuk belajar. Hadirin yang dihormati sekalian, Sehubungan itu,penggunaan bahasa yang positif dalam pertuturan amat penting kepada guru.Kajian menunjukkan orang-orang yang berjaya banyak menggunakan bahasa yang positif di mana secara tidak langsung boleh mempengaruhi orang lain untuk menuju ke arah kejayaan. Bahasa positif ini disampaikan secara fasih,lancar teratur serta penuh kesantunan.Contohnya: Kita ada harapan akan menang adalah lebih baik daripada bahasa yang negatif seperti Ada kemungkinan kita akan kalah. Manakala ungkapan kepada murid yang gagal; Awak masih ada harapan walaupun gagal atau Awak mungkin lebih baik kalau cuba sekali lagi. Guru perlu mengelakkan daripada menyatakan; Awak memang lemah dan tidak ada harapan walaupun mencuba lagi. Ungkapan seperti itu akan memadamkan semangat untuk belajar seseorang murid. Sebagai guru, kita harus bijak berfikir,bekerja dan bertindak secara professional selain berinteraksi secara sopan dan penuh kesantunan demi memartabatkan profesion perguruan seterusnya menjana keperibadian keguruan sehingga ke peringkat global. Saudara dan saudari yang di hormati sekalian, Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang. Guru yang mahir berkomunikasi dengan murid biasanya dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik,pembentukan akhlak serta kemahiran tertentu dapat diterapkan dengan lebih berkesan. Guru perlu memahami murid dan menggunakan kecekapan komunikasi yang penuh kesantunan untuk mempengaruhi muridnya mengekalkan tahap motivasi dalam pembelajaran.Hasilnya murid akan berjaya dalam pelajaran serta menjadikan guru tersebut sebagai idolanya dan akan terus mengingati cara guru itu berkomunikasi dengannya semasa mengajar. Secara tidak langsung murid tersebut akan memandang tinggi dan menghormati guru seterusnya memartabatkan profesion perguruan di Malaysia. Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi bahawa kesantunan berbahasa adalah penjana keperibadian keguruan.

Hadirin yang dihormati sekalian, Kesimpulannya, adalah perlu diingat bahawa kesantunan berbahasa dalam komunikasi bukan terhad di bidang pendidikan sahaja bahkan dalam semua bidang selagi kita berkomunikasi dengan seseorang dalam masyarakat.Apabila konsep kesantunan berbahasa diamalkan dalam bidang pendidikan maka ia amat berkait rapat dengan tugas guru sebagai pendidik dan pembimbing.Jika guru menggunakan bahasa yang penuh santun dan tingkah laku yang sopan semasa mengajar sudah tentu akan menjadi teladan kepada muridnya dan akan menjadi kesan baik yang berpanjangan dalam hidup mereka.Oleh yang demikian, kesantunan berbahasa juga amat bersesuaian dengan kata-kata ; kesegakan dan kecantikan rupa paras,kekemasan berpakaian,kesesuaian bertatarias dan ketinggian ilmu pengetahuan seseorang tidak akan lengkap tanpa dilengkapi dengan kesantunan berbahasa serta kesopanan semasa bertutur kata dan keluhuran budi bahasa semasa berbicara. Akhir kata terimalah serangkap pantun sebagai ingatan untuk semua hadirin. Yang kurik itu kendi, Yang merah itu saga, Yang cantik itu budi, Yang indah itu bahasa. Sekian sahaja pidato saya untuk kali ini dan saya memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki sekiranya terdapat kesilapan dalam bicara saya sebentar tadi. Sekian, terima kasih. Wassalamualaikumwaruhmatullahiwabarakatuh dan salam 1 Malaysia.

Bibliografi:

1. jpmipgmtaa.webs.com//Microsoft%20word%20 2. kheru2006.i8.com//6_kemahiran_komunikasi_guru. 3. khirkassim.blogspot.com//karangan-format-pidato 4. rosiah70.blogspot.com//peranan bahasa-melayu 5. witra.blogspot.com//bahasa-kesantunan-bahasa. 6. www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp1apr7.pdf

Anda mungkin juga menyukai