Anda di halaman 1dari 5

PENULISAN ESEI 1

1.0 PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan (1984), kesantunan merupakan kehalusan budi bahasa atau
budi pekerti, beradab atau sopan. Awang Sariyan (2007) pula mendefinisikan kesantunan
sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan
menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Terdapat empat
aspek dalam konsep kesantunan iaitu kesantunan mencerminkan nilai kesopanan yang
halus, kesantunan sangat kontekstual, kesantunan selalu berlaku dalam hubungan dua
pihak dan kesantunan tercermin dalam setiap aspek kehidupan. Tokoh-tokoh dunia
mempunyai pendapat yang berbeza-beza dalam mentakrifkan erti kesantunan.

2.0 PENDAPAT TOKOH MENGENAI KESANTUNAN BERBAHASA DAN


BAGAIMANA PENDAPAT INI BOLEH DIAMALKAN DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH

 Tokoh tanah air yang terlibat dalam memberi takrifan pada mulanya mengenai
kesantunan ialah Asmah Haji Omar (2000). Menurut beliau, kesantunan mengikut perspektif
Melayu merupakan penggunaan bahasa harian yang tidak menimbulkan kegusaran,
kemarahan dan rasa tersinggung kepada pendengar. Oleh itu, kesantunan dapat
diterjemahkan sebagai kaedah atau strategi yang digunakan oleh penutur untuk mencapai
tujuan tertentu. Kaedah ini dapat dikaitkan dengan tingkahlaku dan tutur kata penuh
kesantunan yang perlu diikuti oleh penutur. Terdapat dua jenis kesantunan iaitu kesantunan
asas dan kesantunan berkala. Kesantunan asas ditafsirkan sebagai pedoman bagi
masyarakat berhubung antara satu sama lain yang. Tafsiran ini menunjukkan sikap berbaik-
baik antara satu sama lain yang menginginkan masyarakatnya agar sentiasa bersopan
santun sesama mereka. Hal ini adalah kerana, masyarakat yang bertamadun mempunyai
kesopanan asas yang dapat dikaitkan dengan didikan awal yang terdapat dalam agama
Islam atau agama lain yang dianuti oleh masyarakat tersebut. Kesantunan berkala pula
ditafsirkan sebagai ucapan yang dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat dalam hubungan
antara satu sama lain. Antaranya ialah taraf dan pandangan orang yang bercakap, di mana
dan dalam keadaan yang bagaimana, jenis percakapan, mengapa ianya berlaku dan cara
percakapan tersebut disampaikan. Oleh yang demikian, penerapan sikap bersopan santun
ini diwarisi oleh masyarakat Melayu sejak zaman berzaman sebagai amalan terutamanya
melalui pendidikan dan asuhan yang berterusan. Menerusi perkara ini, sikap sopan santun
telah menjadi satu budaya dalam kalangan masyarakat Melayu dan menjadi tunjang dalam

1
agama mereka.Berdasarkan takrifan Asmah Haji Omar (2000) ini, kesantunan asas dan
kesantunan berkala dapat diguna pakai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas
oleh guru dan murid. Komunikasi yang baik antara guru dan murid sememangnya penting
dalam menjayakan suatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, kaedah atau strategi
pertuturan yang sesuai perlu dipraktikkan oleh guru supaya murid-murid mendapat input
yang baik dan berkualiti dalam pembelajaran mereka. Misalnya, guru perlu menggunakan
bahasa yang jelas dan intonasi yang betul untuk memudahkan pemahaman murid.

Selain itu, terdapat juga segelintir tokoh-tokoh dunia yang lain memberi pandangan
mengenai kesantunan. Bagi tokoh China, Gu (1990) menyatakan bahawa masyarakat China
memandang kesantunan bukan hanya merupakan instrumen tapi lebih merupakan norma
dalam mewujudkan keharmonian sosial. Bagi tokoh yang bernama Lakoff (1975),
kesantunan ialah perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.
Fraser dan Nolan (1981) merujuk kesantunan pada usaha mengekalkan komunikasi yang
harmoni tanpa konflik. Berdasarkan pendapat ketiga-tiga tokoh ini, kesantunan bahasa
dapat ditafsirkan sebagai perlakuan yang dapat mendatangkan keharmonian, tiada
pergaduhan dan mengurangkan perselisihan dalam interaksi. Menurut pendapat-pendapat
ini, keharmonian dan keamanan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran akan
mendatangkan kesan yang baik terhadap pemahaman murid. Tambahan pula, murid akan
lebih selesa untuk belajar melalui komunikasi yang harmoni dan tiada pergeseran. Sebagai
contoh, guru perlu menjawab pertanyaan murid dengan nada yang rendah dan tidak
meninggkan suara sekiranya murid tersebut kurang faham akan pembelajaran tersebut.

Tokoh Al-Qahthani (2005) pula telah menyamakan maksud kearifan dan kesantunan
pada takrif yang lebih mudah difahami. Kearifan dan kesantunan merupakan terjemahan
perkataan Bahasa Arab ‘halim-halima-hilman’ yang membawa maksud perlahan dan tenang
ketika sedang marah atau ketika berhadapan dengan hal yang tidak menyenangkan dengan
mempamerkan sikap pemaaf dan pemikiran yang sihat untuk melawannya. Sebagai seorang
guru, sikap pemarah adalah suatu sikap yang perlu dielakkan. Oleh itu, guru perlu bijak
mengawal emosi dan menangani amarahnya agar tidak mendatangkan kesan buruk
terhadap murid dan dirinya sendiri pada masa akan datang.

Leech (1983), menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat


mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Sebagai contoh, bahasa kita mestilah
halus, beradab sopan, perlakuan lemah lembut dan berbudi pekerti. Perlakuan lemah lembut
dan berbudi pekerti sememangnya sinonim dengan pekerti seorang guru. Seorang guru
perlu sentiasa mengamalkan sikap sebegini terutamanya dalam sesi pengajaran dan

2
pembelajaran. Hal ini adalah kerana, sikap sebegini akan mewujudkan keadaan kelas yang
kondusif menjadikan pembelajaran murid lebih berkesan.

Bagi Grice (1975) pula, beliau merujuk kesantunan kepada komunikasi secara
santun dan hendaklah memperlihatkan prinsip kerjasama dan prinsip kesantunan. Beliau
juga telah membahagikan kesantunan kepada beberapa maksim iaitu maksim kuantiti,
maksim kualiti dan maksim cara. Maksim kuantiti bermaksud seseorang bercakap atau
berkomunikasi perlu disokong dengan fakta agar diterima oleh pendengar tanpa ragu-ragu.
Maksim kualiti dilihat apabila penutur menuturkan hal yang palsu dengan kerap atau tidak
mempunyai bukti yang cukup kuat untuk menyakinkan percakapannya. Maksim cara pula
ialah cara seseorang berkomunikasi. Jika percakapan seseorang menyinggung perasaan
orang lain dengan menggunakan bahasa yang kasar maka tujuan untuk berkomunikasi
secara santun tidak tercapai. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru dan murid
perlu menjaga pertuturan masing-masing agar tidak menyinggung perasaan satu sama lain.
Misalnya , murid perlu bertutur dengan sopan ketika bertanyakan soalan kepada guru dan
guru perlu menjawab soalan tersebut dengan berhemah.

Teori kesantunan Brown dan Levinson (1978 : 1987) telah menyatakan andaian
bahawa setiap individu yang kompeten mempunyai air muka dan menyedari bahawa
individu lain juga mempunyai air muka. Konsep air muka ditakrifkan sebagai imej diri penutur
dan pendengar di tempat awam. Kita perlu memahami air muka seseorang supaya interaksi
akan lebih berkesan. Air muka terbahagi kepada dua jenis iaitu positif dan negatif. Strategi
berinteraksi adalah berbeza mengikut jenis air muka pendengar kerana masyarakat Melayu
amat menitikberatkan air muka atau maruah pendengar. Strategi-strategi kesantunan yang
digunakan ialah strategi ikhlas, strategi merendah diri, strategi maaf, strategi penyelesaian,
strategi memberi peluang, strategi penghargaan dan pujian, strategi berterima kasih, strategi
kiasan, strategi berhemah dan lemah lembut, strategi bersalam dan memperkenalkan diri,
strategi menyapa atau menegur serta strategi ungkapan rabbani. Oleh itu, dalam konteks
kehidupan seorang guru, strategi-strategi seperti ini haruslah diamalkan dalam kehidupan
hariannya di sekolah. Misalnya, jika seorang guru melihat air muka muridnya seperti sedih
kerana mendapat keputusan yang tidak baik dalam peperiksaan, guru boleh menggunakan
strategi penghargaan dan pujian sebagai pendekatan kepada murid tersebut. Kesannya,
murid tersebut akan lebih bersemangat untuk belajar dan berusaha memperbaiki
kekurangannya dalam pelajaran.

3
RUMUSAN

Menurut hasil pembelajaran dan kajian saya mengenai tajuk ‘Kesantunan


Berbahasa’ ini, tedapat banyak takrifan kesantunan berbahasa yang ditakrifkan oleh tokoh-
tokoh negara dan tokoh-tokoh Barat mengikut pendapat masing-masing.

Begitu banyak takrifan yang berbeza-beza mengenai konsep kesantunan berbahasa


ini. Oleh itu, konsep kesantunan berbahasa ini boleh diamalkan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran seseorang guru di dalam kelas berdasarkan tafsiran para tokoh mengikut
situasi dan keadaan tertentu di dalam kelas.

4
SUMBER RUJUKAN

A. Aziz Deraman & Wan Ramli Wan Mohamad. (1995). Adat dan Pantang Larang Orang
Melayu. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid. (2013). Kesantunan Orang Melayu dalam Majlis Pertunangan. Perak:
Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Rahmat Ismail. (1997). Etika Sosial . Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd.
Syed Alwi Sheikh Al-Hadi. (1980). Adat Resam dan Adat Istiadat Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Abdul Kadir. (1988). Budaya Popular Dalam Masyarakat Melayu Bandaran. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai