Anda di halaman 1dari 1

AHLI KUMPULAN:

1. HALIMATUS SAADIAH BINTI ROSLI


2. NAYLI MARINI BINTI MAZLAN
3. NUR ALIAH BINTI OSMAN
4. SITI AISHAH MOHAMMAD FAUZI

CADANGAN PELAKSANAAN UNTUK MENGHINDARKAN MURID MASALAH


PEMBELAJARAN DARI MENGAMBIL MAKANAN MEMUDARATKAN DIRI MEREKA.

1. Ibu bapa menghadkan pengambilan makanan berlemak di rumah. Misalnya, ibu


bapa tidak menyediakan sebarang makanan berlemak seperti aiskrim dan makanan
ringan berbentuk jajan agar murid masalah pembelajaran tidak terbiasa dengan
makanan manis. Hal ini dapat membentuk rutin pengambilan makanan harian yang
sihat bagi kanak-kanak masalah pembelajaran.

2. Ibu bapa boleh membawa murid untuk turut sama membeli belah agar murid dapat
mengenali makanan yang sihat dan seimbang. Semasa membeli-belah, ibu bapa
boleh menunjukkan apa makanan, kandungan nutrisi di dalamnya, sama ada
makanan itu sihat, dan sebagainya. Oleh itu, murid dapat melihat bentuk dan warna
makanan segera, merasakan tekstur, dan selepas memasak ia boleh mencuba rasa.

3. Guru mengajar murid masalah pembelajaran tentang piramid makanan secara


terperinci. Misalnya, guru menceritakan kepada murid tentang kelebihan makanan
berkhasiat dan keburukan makanan yang tidak berkhasiat. Hal ini dapat
menimbulkan kesedaran kepada murid tentang pengambilan makanan yang betul
agar tidak memudaratkan kesihatan mereka.

4. Guru boleh mengajar murid masalah pembelajarn mengenai pelbagai jenis makanan
yang sihat dari permainan atau dari gambar dalam buku. Ini tentunya aktiviti yang
menyeronokkan bagi mereka. Melalui pengalaman bermain semasa belajar, murid
dapat mengenali nama, bentuk, dan warna pelbagai jenis sayuran, buah-buahan,
sumber makanan protein, dan makanan karbohidrat.

Anda mungkin juga menyukai