Anda di halaman 1dari 2

Kelebihan Teori Pemerolehan Bahasa Mentalis

Secara keseluruhan penerangan mengenai teori mentalis telah pun diperjelaskan pada bahagian
pengenalan. Dalam teori mentalis yang dipelopori oleh Noam Chomsky, Miller, Katz dan
Lakoff. Namun, tokoh terpenting dalam teori ini adalah Noam Chomsky, dalam teori mentalis ini
beliau telah memperkenalkan analisis bahasa transformasi generatif. Teori ini juga mendokong
istilah generatif, kreatif, kegramatisan, eksplisit dan transformasi. Pemilihan teori mentalis
dianggap mempunyai kelebihan tersendiri kerana mengandungi hujah penguasaan bahasa yang
jelas tentang hubungan erat pemerolehan bahasa dengan kebolehan mental.

Umum mengetahui bahawa manusia secara semula jadinya mempunyai kebolehan untuk
menguasai sesuatu bahasa. Ciri-ciri baik yang terdapat dalam teori mentalis iaitu competence dan
performance memnpunyai daya cipta untuk menghasilkan dan menggunakan sesuatu bahasa
yang diketahui. Antara kelebihan pemilihan teori mentalis kerana hujah yang terdapat
memberikan penekanan kepada tiga perkara utama. penekanan ini melibatkan proses
perkembangan pemikiran kanak-kanak. Proses ini menunjukkan pembelajaran bahasa yang akan
diaajar secara berperingkat mengikut kematangan seseorang murid. Melalui proses ini,
pembelajaran seseorang murid akan berlaku secara lebih tersusun atau sistematik. Dalam pada
itu, para pengajar juga dapat mengawal secara berperingkat dan dengan baik kadar kemajuan
pembelajaran murid-murid mereka.

Selain itu, proses pembelajaran mengikut kadar kendiri . proses ini berkait rapat dengan
ciri-ciri yang terdapat pada teori mentalis yang menyatakan bahawa bahasa mengandungi ciri
kreativiti yang merujuk kepada seseorang penutur mempunyai daya cipta menggunakan bahasa
yang dimakluminya. Sebagai contoh, dalam proses pembelajaran kanak-kanak ini merujuk
kepada murid yang berpeluang belajar sesuatu ilmu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan
minat, keboleh dan tahap kognitif yang ada pada diri murid tersebut.

Penekanan terakhir mengikut chomsky dalam teori mentalis ini adalah mengenai strategi
pengajaran yang berpusatkan murid. Strategi pengajaran yang berpusatkan murid memberi
maksud perkembangan seseorang murid itu terlibat secara aktif dalam dalam sebarang aktiviti
pembelajaran , selain menggunakan bahan-bahan pembelajaran yang disediakan berbanding
menggunakan tenaga pengajar. Oleh hal yang demikian, strategi ini menunjukkan kesesuaiannya
untuk digunakan dan diperluas kegunaannya dalam pengajaran sesuatu kemahiran berbahasa.

Anda mungkin juga menyukai