Anda di halaman 1dari 5

NAMA JABATAN / UNIT: JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN

KESIHATAN
PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA LEMBAH
PANTAI, 59200 KUALA LUMPUR
SESI 2021/2022
TUGASAN KERJA KURSUS
(INDIVIDU)

Nama : Nur Aqilah Fatonah binti Ahmad Rasidi

Angka Giliran : 2021212310218

Nombor Kad Pengenalan : 010901-12-0704

Kumpulan/Unit : TESL J

Kod dan Nama Kursus : GKKO 1062 / Kokurikulum dan Kesihatan Diri

Nama Pensyarah : DR Mohammad bin Haji Seman

Tarikh Hantar : 13 December 2021

Tarikh Diterima :
(Diisi Oleh Pensyarah)

Pengakuan Pelajar

/ Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Pengesahan Pelajar

/ Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
fahami.

Tandatangan Pelajar : Jumlah markah:

Tarikh : 13 December 2021

Catatan : Pastikan pensyarah telah memberi maklum balas di dalam tugasan kerja kursus pelajar.
Pemakanan yang seimbang adalah faktor yang paling penting dalam membina gaya hidup yang
sihat. Masyarakat yang mengamalkan diet seimbang pastinya akan memperolehi kesihatan fizikal
dan mental yang tinggi selari dengan usaha Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan
warganegara Malaysia yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Hal ini
kerana, kesihatan dan kesejahteraan diri secara keseluruhan adalah faktor-faktor yang paling
penting dalam membantu individu untuk menggunakan keupayaan diri dengan sepenuhnya.
Menurut Svalastog et al. (2017), kesihatan adalah di mana seseorang dapat berfungsi dengan
baik dari segi fizikal, mental, sosial, dan rohani untuk menggunakan potensi seseorang di dalam
persekitaran mereka. Kemudian, kesejahteraan diri pula adalah kebolehan menjalankan aktiviti
seharian dengan baik (Huppert, 2009). Tegasnya, kesihatan diri yang optimum dapat
memberikan peluang kepada seseorang individu untuk menjalankan kehidupan yang seimbang.
Dengan ini, masyarakat perlu menjaga kesihatan mereka dengan baik. Perkara ini perlu
dimulakan dengan mengamalkan pemakanan dan diet seimbang. Oleh yang demikian, apakah
isu-isu cara pemakanan yang tidak seimbang dan kesan pengabaian makanan seimbang
terhadap seseorang individu?

Pertama sekali, antara masalah yang menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan seseorang
adalah pemakanan yang tidak seimbang seperti pengambilan makanan berlemak yang
berlebihan. Hal ini dijelaskan dengan kepentingan fungsi lemak iaitu melarutkan vitamin larut
lemak seperti vitamin A,D,E dan K. Nutrien lemak juga adalah nutrien yang paling penting dalam
memberikan tenaga kepada badan manusia dan membantu badan mendapatkan vitamin A,D,E,K
yang secukupnya. Menurut Pertubuhan Pemakanan dan Pertanian PBB (2010), mereka
menyatakan bahawa lemak membentuk 20-35% daripada jumlah pengambilan tenaga. Hal ini
menunjukkan, nutrien lemak adalah sangat penting di dalam diet seimbang manusia.
Walaubagaimanapun, terdapat nutrien lemak yang baik dan tidak baik untuk badan. Lemak tak
tepu adalah jenis lemak yang sihat manakala lemak tepu dan lemak trans adalah jenis yang tidak
sihat. Sejurus dengan itu, isu pengambilan makanan berlemak yang berlebihan ini sering
dikaitkan dengan pengambilan lemak tepu. Contohnya, memakan makanan yang diproses
seperti makanan segera. Makanan segera mempunyai kandungan garam dan lemak tepu yang
tinggi (Bahadoran et al., 2021). Perkara ini perlu dititikberatkan kerana pengeluaran makanan
segera dan makanan yang diproses sangat mudah diperolehi oleh masyarakat. Kita dapat lihat
peningkatan restoran makanan segera yang semakin berkembang di negara ini. Jelas bahawa
makanan segera sangat disukai ramai. Masyarakat juga akan lebih terdedah dengan gaya
pengambilan makanan berlemak berlebihan, jika seseorang tidak mengawal pemakanan mereka.
Kedua, isu pemakanan tidak seimbang adalah pengambilan gula yang berlebihan. Pengambilan
gula sebenarnya sangat penting bagi kesihatan badan kerana ia terdapat di dalam piramid
makanan seimbang iaitu boleh didapati di dalam buah-buahan dan susu. Hal ini kerana, badan
kita akan mengambil gula untuk membekalkan glukosa ke otak bagi membekalkan tenaga kepada
sel-sel di sekeliling badan (Sissons, 2021). Walaubagaimanapun, pengambilan gula berlebihan
mampu menjejaskan pemakanan yang seimbang. Kebanyakan orang tidak mementingkan
kesihatan mereka dengan memakan manisan secara berlebihan atau minum air yang mempunyai
kandungan gula yang tinggi. Makanan dan minuman yang mengandungi kadar gula yang tinggi
juga sering diamalkan oleh masyarakat kita seperti di kebanyakan restoran-restoran yang
menggunakan gula tambahan. Gula yang digunakan adalah untuk memberikan lagi rasa kepada
makanan dan minuman. Tambahan lagi, makanan yang mengandungi kandungan gula yang
tinggi juga disukai oleh ramai orang kerana dapat memberikan perasaan yang senang. Menurut
Spector (2014), makanan yang mengandungi gula yang tinggi dapat merangsang pelepasan
hormon dopamin di dalam otak. Contohnya, para pelajar suka memakan coklat kerana dapat
mengurangkan perasaan tekanan. Tambahan lagi, kebanyakan orang juga akan mengambil gula
berlebihan disebabkan pengambilan makanan segera. Makanan-makanan ini selalunya
mengandungi gula yang tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa, masyarakat sangat cenderung
untuk mengambil gula berlebihan di dalam diet mereka. Dengan ini, pengambilan gula berlebihan
ini akan memberikan banyak implikasi kepada kesihatan badan mereka.

Seterusnya, kesan daripada pengambilan makanan berlemak secara berlebihan ini boleh
menyebabkan masalah obesiti. Hal ini kerana, pengabaian makanan seimbang iaitu pengambilan
makanan berlemak berlebihan dapat mengurangkan keupayaan seseorang individu daripada
melakukan aktiviti seharian. Menurut Golay & Bobbioni (1997), bukti epidemiologi menunjukkan
bahawa diet tinggi lemak menggalakkan perkembangan obesiti dan terdapat hubungan langsung
antara jumlah lemak diet dan tahap obesiti. Tambahan lagi, pengambilan makanan yang
mengandungi kandungan lemak tepu yang tinggi akan meningkatkan tahap kolesterol di dalam
badan. Perkara ini akan menyumbang kepada peningkatan risiko strok kerana saluran darah ke
otak akan dihalang oleh plak kolesterol (Watson, 2020). Kita dapat lihat kesan pengambilan
makanan berlemak yang berlebihan ini dapat menjejaskan dari aspek kesihatan luaran dan
dalaman. Hal ini akan mengurangkan keupayaan seseorang individu untuk menjalankan
kehidupan seharian dengan lancar. Contohnya, pelajar yang mempunyai masalah obesiti atau
penyakit kardiovaskular akan merasa cepat letih dan ini mempengaruhi proses pembelajaran dan
menghalang daripada melakukan aktiviti-aktiviti fizikal di sekolah. Dengan ini, pelajar tidak akan
dapat menggunakan potensi diri mereka sepenuhnya di dalam bidang akademik atau
kokurikulum. Oleh itu, jelaslah pengambilan makanan berlemak menjejaskan kesihatan fizikal
seseorang yang sangat penting dalam mencapai gaya hidup yang seimbang.

Kemudian, kesan pengambilan gula berlebihan pula dapat mempengaruhi daya ingatan
seseorang individu. Menurut Furhman (2020), walaupun terdapat sedikit peningkatan glukosa di
dalam aliran darah sudah mampu membahayakan otak iaitu mengakibatkan fungsi kognitif yang
perlahan yang akan mengurangkan daya memori dan daya fokus seseorang. Seseorang individu
akan sering lupa tentang sesuatu maklumat yang akan menimbulkan beberapa permasalahan
seperti melambatkan perkembangan memori. Kapasiti memori kita adalah faktor yang sangat
penting dalam perkembangan otak seseorang individu untuk mewujudkan cara pemikiran yang
kompleks dari pelbagai aspek seperti belajar, berfikir, dan menyelesaikan masalah (Mincemoyer,
2016). Perkara ini juga akan menyebabkan terjejasnya proses pembelajaran pelajar di sekolah.
Hal ini kerana, pentingnya daya memori pelajar bagi menghafal istilah-istilah pelajaran.
Tambahan juga, pelajar perlu memberikan perhatian yang sepenuhnya di dalam kelas. Tetapi,
pelajar mungkin susah untuk menumpukan perhatian di dalam kelas kerana kadar tumpuan murid
yang singkat yang sukar untuk fokus di dalam kelas. Dengan ini, pengambilan gula yang
berlebihan ini boleh menghalang pelajar dalam menimba ilmu dan dapat mengurangkan
kecekapan murid di dalam aktiviti seharian. Akibatnya, pelajar akan lemah di dalam bidang
akademik dan kurang aktif di dalam bidang kokurikulum. Oleh itu, pengambilan gula berlebihan
mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan diri dengan merosakkan perkembangan daya fikiran
manusia dan melambatkan kecergasan badan.

Kesimpulannya, pelajar perlu mengambil tahu tentang masalah-masalah pengabaian makanan


seimbang yang mungkin dilakukan oleh mereka di dalam kehidupan seharian. Masalah seperti
pengambilan lemak dan gula yang berlebihan sering dilakukan oleh pelajar dan ini akan
memberikan beberapa kesan kepada diri mereka. Kesan-kesan pengabaian makanan seimbang
ini adalah merngkumi aspek kesihatan fizikal dan mental seperti masalah obesiti dan kelemahan
daya ingatan. Perkara-perkara ini akan menghalang pelajar daripada menjadi pelajar yang
seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pengabaian makanan seimbang bukan
sahaja menjejaskan kesihatan pelajar tetapi untuk semua masyarakat yang tidak menitikberatkan
kesihatan mereka. Oleh yang demikian, kita perlulah mengawasi cara pemakanan kita agar
mengikuti piramid makanan seimbang yang sangat berfaedah dalam menjaga kesihatan dan
kesejahteraan diri.
Rujukan

Bahadoran, Z., Mirmiran, P., & Azizi, F. (2016). Fast Food Pattern and Cardiometabolic
Disorders: A Review of Current Studies. Health promotion perspectives, 5(4), 231–240.
https://doi.org/10.15171/hpp.2015.028

Food and Agriculture of United Nations. (2010). Fats and fatty acids in human nutrition.
FAO food and nutrition paper, 91, 1–166. https://www.fao.org/3/i1953e/I1953E.pdf

Furhman, J. (2020, June 16). Negative Impact of Sugar On the Brain. Very well mind.
https://www.verywellmind.com/how-sugar-affects-the-brain-4065218

Golay, A., & Bobbioni, E. (1997). The role of dietary fat in obesity. International journal of
obesity and related metabolic disorders : journal of the International Association for the
Study of Obesity, 21 (3), 2-11. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/9225171/

Huppert, F. A. (2009). Psychological well‐being: Evidence regarding its causes and


consequences. Applied psychology: health and well‐being, 1(2), 137-164.
https://doi.org/10.1111/j.1758-0854.2009.01008.x

Sissons, B. (2021, March 29). Does the body need sugar?. Medical News Today.
https://www.medicalnewstoday.com/articles/does-your-body-need-sugar

Spector, D. (2014, April 25). An Evolutionary Explanation on Why We Love Sugar.


INSIDER. https://www.businessinsider.com/evolutionary-reason-we-love-sugar-2014-4

Svalastog, A. L., Donev, D., Jahren Kristoffersen, N., & Gajović, S. (2017). Concepts
and definitions of health and health-related values in the knowledge landscapes of the
digital society. Croatian medical journal, 58(6), 431–435.
https://doi.org/10.3325/cmj.2017.58.431

Anda mungkin juga menyukai