Anda di halaman 1dari 3

Proses Menulis

Pra Tulisan

Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-
kanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi
khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat.

Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas


permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka
dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke
atas permukaan benda tersebut.

Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan


bebas hingga ke peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini
adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot, tangan,jari serta
kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-
perkara berikut:

 Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui


aktiviti seperti menggunting, mengoyak, menganyam, menampal,
menguli tepung dan lain-lain.

 Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara


duduk dan sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna
dan selesa.

 Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari


atas ke bawah dan lain-lain.

 Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan


tangan.
Tulisan Mekanis

Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan , sepatutnya mereka


telah faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan
selesa . Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut
didedahkan kepada murid-murid. Sebagai permulaan untuk memberi
kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta membentuk
huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah
kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf
diberikan. Bermula dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa
kepada lembaran bergaris kecil /sempit.

Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat :

 Kemahiran mengawal dan memegang pensel.

 Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.

 Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.

Tulisan Kreatif

Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di


peringkat ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang
diperolehi di peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk :

 Membina ayat.

 Mengarang cerita.

 Mengarang pantun, sajak, teka-teki dll.


 Menulis surat kiriman.

 Lain-lain yang berkaitan.

Anda mungkin juga menyukai