Anda di halaman 1dari 21

Konsep Pendidikan Islam

Pendidikan Islam bermaksud memberi pendidikan kepada anak-anak atau muridmurid/pelajar berdasarkan ajaran Islam. Mendidik juga bermaksud mengasuh, menjaga
dan membelai supaya seseorang anak itu menjadi baik. Baik di sini tentulah baik pada
pandangan Islam. Ilmu pengetahuan yang diberi itu ialah suatu wadah dalam
pendidikan. Justeru ilmu belum tentu mendidik, dan memberi ilmu juga belum tentu
lagi memberi pendidikan.
Mendidik ialah kata-kata nasihat supaya murid melakukan sesuatu yang baik.
Menasihati murid supaya melakukan suruhan Tuhan seperti solat, beradab dengan ibu
bapa dan guru adalah pendidikan. Menasihati murid supaya belajar dengan baik dan
tekun adalah pendidikan. Menjaga kebersihan diri, bilik darjah, kawasan sekolah,
kantin, padang adalah tuntutan Islam. Kekemasan diri, bilik darjah, kawasan rumah,
juga tuntutan Islam. Menasihati pelajar atau murid melakukan semua ini ialah
pendidikan Islam namanya.
Berdasarkan kepada takrifan ini bermakna, tugas pendidikan Islam bukan terletak
kepada ibu bapa dan guru agama sahaja, malah kepada semua orang Islam. Kalau di
rumah, ibu bapa dan keluarga itu yang bertanggungjawab memberi pendidikan Islam.
Manakala di sekolah pula, semua guru yang beragama Islam adalah bertanggungjawab
memberi pendidikan Islam kepada semua murid Islam. Guru agama atau istilah
sekarang guru Pendidikan Islam, lebih luas tanggungjawabnya; pertama
menyampaikan pengetahuan Islam dan kemudian mendidik dengan pendidikan Islam.
Masyarakat pula bertanggungjawab untuk menghidupkan budaya Islam di dalam
masyarakat. Ini termasuklah percakapan, pergaulan, permainan, urusan harian dalam
hal ekonomi, politik, sosial, teknikal dan sebagainya.
Kalau di sekolah guru mengajar supaya pelajar melakukan sesuatu yang baik atau
sesuatu suruhan Tuhan, seperti solat, tutup aurat dan sebagainya, manakala dirumah
ibu bapa tidak menunaikan solat dan tidak menutup aurat menurut kehendak Islam,
bermakna ibu bapa tidak mendidik anaknya dengan pendidikan Islam dalam aspek
tersebut. Sama juga dengan sekolah. Jika guru Pendidikan Islam mengajar dan
mendidik pelajarnya dengan perkara-perkara yang dituntut oleh Islam seperti di atas,
tetapi guru lain tidak melakukannya, bermakna guru Islam tidak mendidik pelajarnya
yang beragama Islam supaya menghayati ajaran Islam. Ini bermakna, guru tersebut
tidak mendidik pelajarnya dengan pendidikan Islam.
Demikian jugalah dengan masyarakat. Jika masyarakat tidak membanteras segala
perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam yang wujud dalam masyarakat
tersebut, sebaliknya menganjurkannya pula, bermakna masyarakat tersebut tidak
mendidik anak buahnya dengan pendidikan Islam, malah sebaliknya meruntuhkan

Islam. Kalau inilah yang berlaku, pendidikan Islam yang dilakukan oleh guru Agama
dalam bilik kelas itu tidak akan berkesan. Dengan demikian, jika berlaku sesuatu yang
tidak diingini dalam masyarakat, seperti keruntuhan akhlak dan sebagainya, maka
jangan disalahkan orang lain. Kerana itu yang dikehendakai oleh ibu bapa, guru dan
masyarakat. Setiap orang akan menegakkan benang basahnya dengan mengatakan ia
betul dan orang lain yang salah seperti cerita bangau oh bangau, tetapi kita lupa,
bahawa setiap orang akan menjawabnya di hadapan Tuhan.
Malah, dalam pengajaran Pendidikan Islam itu sendiri, jika guru tidak hati-hati, guru
hanya menyampaikan maklumat atau pengetahuan Islam sahaja, guru berkenaan tidak
mendidik dengan pendidikan Islam. Misalnya, guru Pendidikan Islam atau guru agama
mengajar pelajarnya dengan tajuk Syarat Wajib Jumaat. Di akhir pelajaran pelajarnya
dapat menyebut syarat-syarat tersebut, maka ini baru tercapai objektif pelajaran. Guru
tersebut, sebenarnya belum lagi mendidik pelajarnya dengan pendidikan Islam.
Pendidikan itu ialah kata-kata nasihat supaya pelajar menghayati ajaran Islam.
Kalau dalam tajuk ini, guru hendaklah menasihati pelajarnya (lelaki) supaya
menunaikan solat Jumaat. Lebih baik lagi, guru mengiringi pelajar ke masjid. Dan
sebelum ke masjid, guru patut juga mendidik pelajarnya. Iaitu menasihatkan pelajar
supaya jangan bising di masjid. Duduk dengan tertib di dalam masjid dan membaca
apa-apa zikir yang baik, seperti membaca al-Quran atau selawat ke atas nabi. Jika ini
berlaku, maka barulah dikatakan mendidik dengan pendidikan Islam. Demikianlah
seterusnya dalam tajuk-tajuk yang lain, atau pun pelajaran-pelajaran yang lain yang
bukan mata pelajaran agama. Bagi guru yang kreatif, ia boleh memasukkan pendidikan
Islam melalui pelajarannya.
Ini bermakna, bahawa pendidikan Islam itu mempunyai dua maksud. Pertama
bermaksud pendidikan Islam khusus. Iaitu yang merangkumi pelajaran tradisional
seperti aqidah, ibadah, tafsir, sejarah, hadis dan sebagainya. Kedua ialah pendidikan
Islam umum, yang mana ia merangkumi semua kata-kata nasihat yang boleh
membangunkan potensi yang ada pada setiap pelajar melalui semua mata pelajaran
sekolah serta melewati segala aspek hidup. Inilah yang dikatakan pendidikan Islam.

Falsafah Pendidikan Islam


Apakah sebenarnya yang dikatakan Falsafah Pendidikan Islam?

Sebelum kita meninjau Falsafah Pendidikan Islam, adalah lebih elok diperincikan
dahulu tentang Falsafah Islam itu sendiri dan juga asal perkataan falsafah. Perkataan
falsafah berasal daripada bahasa Yunani Kuno, dan dalam pengertian yang bebas ia
bermaksud "Cintakan Hikmah"(Al-Syaibany, 1991) Hikmah ialah satu pandangan dan
fikiran yang tinggi atau jauh serta matang. Pengamatannya tidak dapat dicapai oleh
pengetahuan biasa.
Dalam Oxfort Dictionary (1982) ditakrifkan falsafah sebagai:
"Seeking after wisdom or knowledge especially that which deals with ultimate reality,
or with the most general causes and principles of things and ideas and human
perception and knowledge of them, physical phenomena and ethics"
Jadi, falsafah merupakan satu usaha untuk mencari kebenaran, (seeking the thruth),
dan kebenaran itu sebenarnya hanya Allah. Kalau kita cuba mencari erti hakikat hidup,
maka ini adalah falsafah. Hakikat hidup yang sebenar hanya Allah sahaja yang
mengetahuinya. Yang kita tahu berdasarkan apa yang diberitahu oleh Allah, maka
itulah yang benar dan mutlak. Yang kita fikirkan sendiri menjadi falsafah kita dan tidak
bersandarkan kepada kitab Allah, maka itu tidakalah sebenar, ia tidak mutlak dan ianya
bersifat relatif. Sebab itu bermacam-macam falsafah timbul hasil pemikiran manusia.
Seperti Liberalisme, Idealisme, Asetisme, Eksistensialime, Hedonisme, Kapitalisme,
Kommunisme dan banyak lagi. Jika falsasfah itu berpunca daripada Allah atau wahyu,
maka ia akan sama sahaja perinsipnya dan juga matlamatnya.
Falsafah Islam ialah falsafah yang berteraskan wahyu, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.
Jadi apabila seseorang Islam yang faham Islam membincangkan mengenai falsafah,
tidak kira sama ada falsafah hidup atau falsafah pendidikan atau pun yang lain-lain,
perbincangannya tidak akan lari daripada prinsip dan matlamat Islam. Sebaliknya,
seorang Islam yang tidak memahami hakikat Islam, malah ia telah lebih dahulu
mendalami falsafah lain daripada Islam, menjadi sangat susah ia menerima falsafah
Islam. Malah falsafahnya yang dikatakan Islam itu dalam banyak hal bertentangan
dengan kehendak Islam.
Jika falsafah itu diertikan dengan "cintakan hikmah atau kebenaran" maka falsafah
Islam bererti cintakan hikmah atau kebenaran yang berasaskan ajaran Islam. Dan
ajaran Islam itu bersumberkan wahyu, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Failasuf Islam
dari setiap zaman, apabila membincangkan tentang falsafah biasanya mereka tidak
akan lari daripada soalan-soalan berikut sebagai asas perbincangan, iaitu: Siapa anda
(apa hakikat diri anda)? Dari mana anda datang? Kenapa anda berada di sini (alam

dunia)? Kemana anda akan pergi? Apa tujuan hidup? Dan apakah hakikat mati?
(Yaljin, 1991).
Perkataan hikmat disebut beberapa kali di dalam Al-Quran dengan maksud yang
berbeza mengikut qarinah ayat berkenaan. Hikmah ada kalanya bermaksud bijaksana
(surah An-Nahli 125). Mengikut Muhammad Nasir (1978) hikmah di sini bermaksud
mengenal golongan. Sheikh Muhammad Abduh pula berkata bahawa "Hikmah itu ialah
memahami sesuatu tentang rahsia dan faedahnya".
Untuk memahami sesuatu tentulah memerlukan ilmu, kerana ilmulah penyuluh untuk
mengenal sesuatu. Jadi ilmu ini tentulah ilmu yang benar. Dalam versi yang lain
Muhammad Abduh mengatakan bahawa "Hikmah itu ilmu yang benar yang menjadi
pengerak untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang berfaedah"
Orang yang mempunyai hikmah ini digelar "Hakeem". Ia bermaksud orang yang
mahir dalam sesuatu bidang dan melakukannya dengan cukup baik dan halus
(Muhammad Nasir, 1978). Adakalanya hikmah itu bermaksud ilmu, iaitu ilmu yang
tinggi martabatnya. Ini berdasarkan ayat 269 surah al-Baqarah. Orang yang
mempunyai hikmah mempunyai pandangan yang jauh, bukan setakat lima atau enam
puluh tahun ke hadapan, tetapi sampai ke alam akhirat. Ini jelas seperti cerita Luqman
al-Hakeem di dalam Al-Quran.
Falsafah Islam cuba maencari hakikat manusia dan alam semesta ini. Setelah
berusaha mencari dan berfikir berdasarkan wahyu, maka dapat dirumuskan bahawa
manusia dijadikan oleh Allah untuk hidup di alam ini sebagai hamba dan khalifah,
kemudian mereka akan mati dan akan dipersoalkan tentang tanggungjawab dan
amanah yang diberikan oleh Allah. Ini adalah berdasarkan kepada ayat-ayat 55 surah
Az-Zariyat, 30 Al-Baqarah, 72 Al-Ahzab, 172 Al-A`raf dan lain-lain.
Falsafah Pendidikan Islam pula ialah falsafah pendidikan yang berteraskan ruh
Ialam, iaitu falsafah Islam untuk pendidikan, dan ia disebut Falsafah Pendidikan Islam
(Al-Syaibany, 1991). Jadi, maksud daripada Falsafah Pendidikan Islam ialah
menyediakan manusia dengan dan ilmu pengetahaun yang cukup agar ia kenal dirinya
serta tugas dan tanggungjawabnya, serta mengetahui cara untuk menjalankan atau
melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah. Bila ia dapat
menjalankan tugas dan tanggungjawab ini dengan baik maka jadilah ia insan yang
saleh.
Ahli falsafah pendidikan Islam atau failasuf pendidikan Islam ialah orang yang
berusaha berfikir mencari apakah perkara-perkara yang perlu dimasuklah ke dalam
kurikulum pendidikan. Ini termasuklah ilmu, kemahiran, nilai, pengalaman dan
sebagainya, yang mana setelah menjalani pendidikan beberapa lama akan lahir
seorang insan yang kenal dirinya, kenal Tuhannya, faham tujuan Allah jadikan segala
yang ada, mengetahui hukum-hukum Allah dan mengamalkannya, bertamadun, pandai
berkawan sama ada dengan orang Islam atau pun bukan Islam. Antara perkara yang
penting yang difokuskan oleh falsafah pendidikan Islam ialah:

Pendidikan Aqidah, Pendidikan Ibadah, Pendidikan Akhlak, Pendidikan Akal,


Pendidikan Jasmani, Pendidikan Rohani, Pendidikan Keterampilan, Pendidikan
Keibubapaan, Pendidikan Kemasyarakatan, Pendidikan Kepimpinan, dan banyak lagi.
Jadi, berdasarkan falsafah Islam, semua perkara yang disebutkan diatas itu perlu
ada dan menjadi tajuk-tajuk penting dalam kurikulum pendidikan Islam. Dengan
demikian, barulah dapat melahirkan insan soleh yang mampu melaksanakan tugasnya
sebagai hamba dan khalifah Allah dengan betul dan sempurna seperti yang dibincang
dalam Matlamat Pendidikan Islam. Penyataan Falsalah Pendidikan Islam yang
digubalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, nampaknya ada unsur untuk
menuju ke arah ini.

Tujuan dan Matlamat Pendidikan Islam

Maksud Pendidikan Islam


Pendidikan Islam boleh difahami dengan tiga maksud, iaitu:
1. Pendidikan Islam khas. Hasan langgulung (1995) mengistilahkan dengan
Pendidikan Islam Terhad. Ini merangkumi segala ilmu Islam yang terdiri daripada berbagai
bidang, seperti Aqidah atau Tauhid, Ibadah atau Fiqah, Tafsir, Hadis, Akhlak, Sejarah atau Sirah,
Falak dan lain-lain. Dalam negara Malaysia inilah yang dikenali ramai dengan nama
Pendidikan Islam, iaitu satu mata pelajaran dalam sekolah.
2. Pendidikan Islam Umum. Ia melipuli segala bidang hidup manusia, seperti rohani,
jasmani, emosi, sosial, politik, budaya, ekonomi, sains, multi media, mass media, teknikal,
vokasional, pendidikan, perundangan dan lain-lain. Maknanya, dalam setiap bidang itu ada
pendidikan Islamnya. Contohnya dalam ekonomi; kita boleh berinteraksi antara sesama
manusia untuk pembangunan ekonomi, tetapi dalam Islam ada beberapa larangan semasa
berinteraksi, seperti, tidak boleh tipu, mungkir janji dan sebagainya. Di samping itu ada pula
suruhan dan anjuran, seperti mudahkan kira bicara, bertolak ansur, banyak menolong dan
memudahkan orang lain dan sebagainya. Demikianlah juga dengan bidang-bidang lain.
Secara rengkasnya Islam mendidik supaya kita berinteraksi dengan orang lain mengikut kaedah
Islam dan tidak melanggar perintah Islam. Untuk mengetahui apa yang disuruh dan apa yang
dilarang memerlukan ilmu. Dan ilmu tidak dapat dengan begitu sahaja, sebaliknya mesti
berusaha mencarinya, atau berlajar pada orang yang mengerti.
Pendidikan Islam juga bermaksud Sistem Pendidikan. Ia merangkkumi segala aspek
yang berkaitan dengan pendidikan, dan semuanya mesti dilihat dan dilaksanakan mengikut
prinsip Islam. Ini termasuklah gurunya, pengurusnya sama ada di sekolah atau di pejabat
(Jabatan dan Kementerian), kriteria pemilihan guru, pemilihan kakitangan sekolah dan pejabat,
kurikulum, sukatan pelajaran, buku teks, falsafah, matlamat dan segala-galanya mesti
berdasarkan kepada prinsip Islam. Kalau tidak berdasarkan kepada prinsip Islam maka ia tidak

dinamakan sistem pendidikan Islam, walau pun di dalamnya terdapat pengetahuan agama
Islam, seperti pengetahuan Agama Islam yang diajar di sekolah, di maktab, di politeknik,
universiti dan lain-lain institusi pendidikan. Kerana pengetahuan Agama Islam itu, atau
Tamadun Islam yang diajar itu, merupakan sebagai tempelan atau sulaman sahaja. Akibatnya
kita tidak dapat melahirkan orang Islam yang mengamalkan Islam secara total, kerana ia bukan
lahir daripada sistem, sebaliknya lahir daripada tempelan. Kalau Pendidikan guru, misalnya,
maktab perguruan atau universiti yang bukan mengikut sistem pendidikan Islam, maka kita tidak
dapat melahirkan guru Islam yang sebenarnya, yang lahir ialah guru Tampal Sulam (Hasan
langgulung 1991). Jadi, sistem yang tampal sulam itu mengeluarkan guru yang tidak lebih
daripada Guru Tampal Sulam. Jadi pendidikan Islam itu ialah suatu yang luas dan bersifat
holistik, bukan sempit seperti yang difahami oleh kebanyakan orang.

Tujuan Umum Pendidikan Islam


Pendidikan Islam yang dimaksudkan dalam perbincangan ini ialah Pendidikan Islam Terhad,
iaitu berdasarkan kepada sub subjek yang ada dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di
sekolah. Dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah terdapat
sub subjek seperti berikut:
Sekolah Rendah:
1.0. Asuhan Tilawah Al-Quran.
Ia mengandungi perkara-perkaran yang berkaitan dengan mengenal dan menyebut huruf
hijaiyah, membaca, menghafaz dan memahami maksud atau tema ayat yang dibaca dan
dihafaz.
2.0. Asas Ulum Syari`yah
Ia mengandungi:
Aqidah
Ibadah
Sirah

3. Asas Akhlak Islamiyah


mengandungi asas akhlak dan adab untuk diamalkan oleh orang Islam
Sekolah Menengah
1.0. Tilawah Al-Quran
Ia merangkumi bacaan, hafazan dan kefahaman

2.0. Ulum Syar`iyah (Teras)


Ia mengandungi:
Aqidah
Ibadah
Sirah
Institusi Islam
Akhlak
Mata pelajaran (Elektif) mengandungi
Pendidikan Al-Quran dan Sunnah
Pendidikan Syar`iyah Islamiyah
Tasawwur Islam.
Semua pelajaran ini diajar menuju ke satu matlamat sahaja, iaitu melahirkan insan yang
soleh dan bertamadun, yang beriman serta beramal dengan ilmunya, yang mampu
memikul tanggung jawab sebagai hamba dan khalifah Allah, bagi membangun diri,
keluarga, masyarakat dan negaranya, merangkumi aspek jasmani, rohani, emosi dan
intelek berdasarkan prinsip Islam yang dipetik daripada Al-Quran dan As-Sunnah.
Untuk itu, guru seharusnya faham dan jelas tujuan mengajar dan belajar dan segala aktiviti
dalam dan di luar bilik darjah. Antara tujuannya berdasarkan sub mata pelajaran ialah seperti
berikut:

1.

Pengajaran Tilawah Al-Quran. Antara tujuannya ialah:

Dapat mengenal dan menyebut huruf-huruf Al-Quran dengan betul dan fasih

Dapat membaca Al-Quran dengan baik, betul dan fasih

Mengetahui makna ayat-ayat yang dibaca

Menghayati ajaran ayat yang telah dipelajari

Menghafaz ayat-ayat tertentu dengan memahami maksud ayat tersebut

Dengan demikian, guru mesti berusaha memperbaiki mutu bacaan Al-Quran, termasuk
cara sebutan makhraj dan sifatnya serta lagunya, kerana pelajar akan meniru cara guru
membaca Al-Quran. Guru mesti cuba pastikan bahawa setiap kali pelajaran Al-Quran,
pelajar mendapat sesuatu yang baru daripada Al-Quran. Dengan cara ini pelajar tidak
jemu belajar Al-Quran, malah terasa rugi kalau ia tertinggal, serta ia merasa Al-Quran itu
sentiasa baru, bukanya suatu yang ketinggalan zaman. Pelajar mengetahui bahawa Al-

Quran sentiasa menyentuh tentang dirinya.

2.

Ibadah.

Supaya pelajar dapat mengetahui apa dia ibadah dan apa jenis-jenis ibadah

Dapat melakukan ibadat dengan betul, sah dan diterima oleh Allah, seperti solat,
puasa, zakat, haji dan sebagainya

Dapat pahala ibadat bagi urusan lain dalam hidup. Seperti bekerja, menolong
orang, menjaga kebersihan, kesihatan, mengasihi binatang, taat ibu bapa,
horamat guru, berkahwin dan lain-lain

Supaya pelajar tahu apa-apa jenis pekerjaan yang haram bekerja, juga tempattempat yang tidak diharuskan bekerja dan yang mana pula yang hurus.

Pelajar mengetahui jenis-jenis makanan dan minuman yang diharuskan dan


yang diharamkan, di samping itu menanam rasa tanggungjawab supaya
melakukan yang harus dan menjauhi yang haram

Mengetahui jenis-jenis tindakan, pekerjaan, pengurusan, serta pentadbiran yang


baik yang dianjurkan oleh Islam serta jenis-jenis pengurusan yang salah dari
perspektif Islam

Supaya tingkah laku dan tidndakan pelajar hingga mereka dewasa tidak
bertentangaan dengan ajaran Islam.

3.

`Aqidah

Menerapkan `aqidah yang benar kepada pelajar

Mengukuhkan kepercayaan kepada Allah yang Esa

Menanamkan keyakinan terhadap rukun-rukun Iman yang enam

Percaya kepada perkara ghaib seperti yang khabarkan oleh Al-Quran dan AsSunnah

Mengelakkan daripada kepercayaan sesat

Menjauhkan daripada amalan syirik dan khurafat

Menanamkan roh cintakan agama

Mencintai Rasulullah dengan bersedia mengikuti sunnahnya dan meninggalkan


larangannya

Mengetahi sifat-sifat Allah dan rasul

4.

Akhlak

Memahami Islam secara syumul

Memahami konsep akhlak dalam Islam dan mengamalkannya

Menghayati cara hidup Islam dengan sempurna dan menyeluruh

Menjauhi cara hidup liar, sesat dan merosakkan

Melatih tata cara bergaul yang sempurna dan harmoni

Beradap dengan orang, terutamanya yang lebih tua dan berpangkat

Bertamadun, iaitu dapat bergaul dengan orang Islam dan bukan Islam, serta
mengasihi binatang

Menjaga alam sekitar

Rela berjuang untuk menegakkan yang benar

5. Sirah
-

Mengenali Nabi s.a.w. dan sahabat dengan lebih dekat

Mencintai Nabi s.a.w. dan keluarganya

Menginsafi terhadap perjuangan Nabi s.a.w. dan para sahabat dalam


menegakkan agama Islam

Merasai betapa susahnya hendak menegakkan agama Islam Untuk masa


sekarang ialah untuk mengamalkan ajaran Islam

Mengenali ulama dan pejuang-pejuang Islam

Meniru dan mengambil pengajaran daripada perjuangan orang yang terkemuka

Menyelidik hasil karia orang terkemuka dan mengambil faedah daripadanya

6. Institusi Islam
-

Mengenal Islam sebagai agama yang mempunyai organisasi yang cukup


lengkap

Mengetahui jenis institusi Islam dan peranannya; seperti institusi keluarga,


masyarakat, kehakiman, perundangan, pendidikan, kewangan, pemerintahan,
syura, ketenteraan, keselamatan, sosial dan sebagainya

Mengetahui dengan lebih dekat peranan setiap institusi dan kepentingannya


terhadapat pembangunan masyarakat Islam setempat dan masyarakat sesebuah
negara

Kesimpulan

Jadi, guru hendaklah bersedia sebelum memasuki kelas berdepan


dengan pelajar. Guru harus faham terlebih dahulu tujuan ia
mengajar mata pelajaran berkenaan. Guru sentiasa bertanya
kepada dirinya; Apakah sampai objektif pengajaran dan
pembelajaran, dan apakah sampai tujuan yang tersirat di dadanya.
Guru harus pastikan bahawa setiap kali ia masuk kelas ada suatu
yang baru yang disampaikan atau, pelajar merasakan ada suatu
yang baru setiap kali mengikuti kelas. Maka dengan ini pelajar tidak
merasa jemu mengikuti kelas Pendidikan Islam, kerana mereka
sentiasa dapat sesuatu yang baru. Guru juga patut renungkan,
apakah ada kemungkinan besar tercapai matlamat pendidikan dalam masa sekian-sekian tahun itu - untuk melahirkan generasi
Islam yang faham Islam dan mengamalkan Islam. Yang boleh
membaca Al-Quran dengan baik dan menghayati kandungan dan
ajarannya. Jika ini berlaku, maka sejahteralah guru itu dunia dan
akhirat. Hidupnya bahagian dunia dan akhirat. Tidak terasa
tertekan, tidak terasa lemah, tidak pernah merasa tidak cukup
wang. Ia sentiasa kaya daripada orang lain, walaupun gajinya lebih
kecil daripada orang lain. Yang dia rasa ialah perjuangannya belum
cukup. Inilah dia Muallim, Murabbi, Muaddib dan Daie.

Kaedah Pengajaran
Ada dua perkataan yang hampir-hampir sama maksudnya dengan kaedah dan ia
memang tergolong dalam kaedah juga, iaituteknik dan pendekatan. Mok Soon Seng
(1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran. Iaitu
cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Jadi ia
merupakan satu set teori yang sistematik. Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang
sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek.
Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah
penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992). Manakala teknik pula ialah
kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu
apa yang dilihat dalam bilik darjah. Kalau guru mengajar bahasa dengan
menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu
teknik. Sekiranya seorang guru Pendidikan Islam mengajar pelajar menghafaz AlQur`an dengan mendengar bacaan dalam pita kaset, maka ini dikatakan teknik.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah
peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur.
Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud
jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi
faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah.
Melihat kepada misal-misal yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Mok
Soon Seng (1992), Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Atan Long (1980) dan
Mahfudh Salahuddin (1987), nampaknya yang dikatakan kaedah itu ialah yang ada
nama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi, Socrates, simulasi, inquiri penemuan,
Forebel dan sebagainya.
Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti
pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap
langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah
mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu
jalan untuk mencapai obektif pengajaran.
Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah
itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara
tiandakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar
bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak
mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long
(1981) dan lain-lain.

Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk
semua mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Kaedah harus
berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus
pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan
pelajar.
Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum
mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah:
1. kaedah mestilah secucuk dengan tujuan dan matlamat pelajaran
2. kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang
hendak dicapai
3. kaedah juga haruslah sesuai dang tabiat (nature) pelajaran
yang diajar
4. kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar
5. kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru
6. mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah
bekenaan
7. kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang
ada.
An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh
memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar,
malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan
cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran
dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru
haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan
ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.
Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan
strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu,
matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran
ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu
disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai
perkara-perkara berikut, iaitu:
1. Tujuan am (learning goal)
2. Objektif pelajar (specific objective)

3. Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktivit


tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran
4. Perlu ada makanisma untuk memantau kemajuan pelajar
5. Penilaian (sumative evaluation) untuk mengukur
pencapaian pelajar

Kata Cangelosi (1992):


Learning goal is the overall purpose of the teaching unit. It indicates
what students are expected to learn.
Specific objective, define the learning goal. That is a number of specific
skills, abilities, and/or attitude that the student to/or must acquire.
(ms. 24)
Perrott (1986) menerangkan semua aktiviti itu dalam tiga istilah yang lebih
mendasar, iaitu:
Planning
Implementation
Evaluation

Tiga perkara ini dan juga langkah-langkah yang dikemukakan sebelum ini
merupakan asas pengajaran yang berkesan, di sampiang pengetahuan yang patut ada
pada guru. Langkah-langkah ini disusun demikian rupa untuk menjadikan pengajaran
dan pembelajaran sesuatu yang menarik dan berkesan. Ini yang dikatakan
pengajaran yang berkesan (effective teaching). Pengajaran dan pembelajaran yang
baik, menarik dan berkesan tidak dapat diwujudkan jika tidak memenuhi kriteria
tertentu seperti yang dibincangkan di atas. Guru yang mampu menjalankan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ini ialah guru yang didikasi, mempunyai
wawasan yang jelas dan mengajar dengan penuh semangat untuk mencapai objektif
yang terancang dengan langkah-langkah yang tersusun dengan menggunakan BBM
yang menarik dan dengan pergerakannya yang cukup lincah. Inilah dia guru yang
efektif (effective teacher).
effective teacher is one who is able to demonstrate the
ability to bring about intended learning goals. Parrott (1986:5)

Oleh itu, guru haruslah merancang dengan cukup rapi sebelum memasuki
kelas. Ini termasuklah strategi pengajaran yang merangkumi isi kandungan, objektif
yang hendak dicapai, pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian, BBM yang sesuai
dan penilaian yang akan dijalankan. Satu yang perlu diingatkan ialah tentang
pendidikan Islam atau penerapan nilai Islam. Ini juga harus dirancang dengan
saksama. Iaitu apa yang hendak dipesan kepada pelajar, apa nasihat yang akan
diberi, apa nilai yang hendak ditonjokan supaya pelajar ikut dan contohi dan
sebagainya. Guru harus sedar bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam bukan sahaja
untuk lulus peperiksaan, tetapi untuk menjadi seorang Islam yang beramal dengan
ajaran Islam dengan cara yang betul.
Jadi, penekanannnya ialah penghayatan Islam, bukannya peperiksaan. Kalau
guru mengajar terlalu terikat dengan orientasi peperiksaan, guru hanya berjaya
menyampaikan ilmu Islam, tetapi gagal memberi pendidikan Islam, iaitu gagal
mendidik anak-anak untuk menjadi orang Islam bagi memikul tugasnya sebagai hamba
dan khalifah Allah.
Demikian juga dengan istilah guru berkesan (effective teacher). Ia bukan
sahaja memberi kesan dalam bidang pelajaran yang diajar, mudah faham dan diminati
oleh pelajar, tetapi yang boleh menjadi contoh kepada pelajar dari segala aspek
personaliti, kerana personaliti guru mempengaruhi sikap pelajar (Huitt, 1994). Ini
termasuklah gaya bercakap, kekemasan berpakaian, penghayatan nilai Islam,
penjagaan masa pengajaran (engagement time), ketepatan masa dalam setiap
perjanjian, keadilan dalam layanan dan sebagainya. Ini semua mencerminkan guru
muslim (Al-Ghazali, 1988; Al-Ibrashy, 1976).

Rujukan
Abu Saleh, Muhibuddin Ahmad (1988). Asasiyat fi turuq at-tadris
al-`ammah. Riyadh: Dar Al-Huda.
Al-Kailany, Taisir dan Iyad, Mulhim (1986). At-Taujih al-fanny fi
usul at-tarbiyah wat-tadris. Beirut: Maktabah Lubnan.
An-Nashmy, Ajil Jasim (1980). Ma`alim fit-tarbiyah. Kuweit:
Makatabah Al-Manar.
Atan Long (1981). Kaedah am mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Azman Wan Chik (1987). Kaedah hayati amali. Kuala Lumpur:
Karya Bistari.
Cangelosi, James S.(1992). Systematic teaching strategy. New York:
Longman.

Hasan Langgulung (1981). Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam.


Kuala Lumpur: Pustaka Antara,.
Mahfuzdh Shalahuddin (1987). Metodologi Pendidikan Islam. Surabaya:
Bina Ilmu.
Mok Soon Seng (1992). Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran
mikro. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Parrot, Elizabeth (1986). Effective teaching. London & New York:
Longman, 7th ed.
Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran dalam bilik
darjah, kaedah & strategi. Kajang: Masa Enterprise.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu pendidikan: pedagogi. Kuala
Lumpur: Heinemann, ctk. 4.

Persediaan Awal Mengajar


Ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebelum memulakan pengajaran. Antaranya ialah:
1. Mengenal diri.
Apabila kita menceburkan diri di dalam bidang perguruan, kita harus sedar siapa kita. Kita sebagai
seorang guru dan dalam kategori mana. Dalam bahasa Arab, guru boleh diterjemahkan dengan berbagai
istilah, seperti mudarris, mu`allim, murabbi, muaddib, dai`e, raais, nasih dan lain-lain
Mudarris bermaksud guru yang mengajar dan menyampaikan maklumat kepada orang lain. Guru ini
boleh jadi orang Islam dan bukan Islam. Kalau dia orang Islam, boleh jadi yang taat atau yang tidak taat.
Perkara yang diajar boleh jadi yang baik atau pun tidak baik. Yang mengajar ilmu sihir pun mudarris,
demikian juga yang mengajar ilmu salah atau ajaran sesat. Semua mereka ini termasuk dalam kategori
mudarris.
Mu`allim ialah guru yang mengajar ilmu yang benar. Surah al-Baqarah ayat 31 menerangkan
penggunaan kalimah mu`allim yang membawa makna mengajar perkara yang benar.
Murabbi pula bermaksud mendidik. Iaitu mendik dengan perasaan kasih dan sayang. Walau pun
perkataan ini digunakan juga untuk perkara lain, seperti memellihara binatang dan pokok, tetapi apabila
dipakai kepada manusia ia bermaksud mendidik anak-anak didik dengan penuh perasaan kasih sayang.
Pemakaian ini disentuh di dalam surah al-Isra ayat 24, di mana Allah mengajar manusia supaya berdoa
kepada Allah agar Allah mengasihi ibu bapa kita seperti mana mereka mendidik dan mengasihi kita
semasa kita kecil dahulu. Dalam istilah ini terangkum juga di dalamnya menasihat dan membimbing.

Muaddib bermaksud mengajar adab. Apa yang diajarkan kepada murid atau anak-anak, sama ada
bentuknya ilmu, kisah, permaianan, maka semuanya itu menjurus kepada mendidik anak-anak supaya
beradab. Ilmu itu ialah adab, menuntut ilmu juga ialah adab, semasa menunutut ilmu kita perlu beradab,
tanpa beradab ilmu menjadi tidak berkat. Dengan itu, sebelum mengajar pengetahuan berkaitan, ajar
dahulu cara-cara dan adab-adab belajar.
Dai`e bermakana orang yang mengajak orang lain berbuat kabajikan. Ini maknanya guru bukan sahaja
menyampaikan pelajaran, tetapi mengajar dan mengajak muridnya melakukan kebajikan dan
meninggalkan kejahatan. Dengan itu guru haruslah terdiri daripada orang yang melakukan kebajikan.
Raais bermaksud ketua atau pemimpin. Di dalam sekolah guru adalah ketua. Apa sahaja kata guru akan
diikut oleh murid. Ketua yang berwibawa haruslah mempunyai beberapa kriteria supaya sesuai dengan
tugasnya sebagai guru dan ketua. Antaranya, ilmu, perwatakan, ketokohan, kewibawaan, akhlak, sikap
dan penghayatan Islam.
Nasih dari segi bahasa ialah penasihat atau orang yang memberi nasihat. Maksudnya di sini ialah
kaunselor. Jadi guru haruslah menyediakan masa untuk mendengar masalah murid dan seteruskan
memberi cadangan, bimbingan dan nasihat. Ia tidak terhad kepada hal-hal pelajaran sahaja, malah ia
boleh juga mengenai hal-hal sikap, tujuan hidup, kerjaya dan sebagainya.
Sekarang, cuba renungkan. Kita berada dalam ketegori mana? Sepatutnya bukan satu. Semua nilainilai itu ada pada setiap orang guru. Dengan itu barulah pengajarannya memberi kesan yang baik,
bukan sahaja dalam aspek kognitif, malah dalam psikomor, affektif dan perasaan.
2. Menguasai Ilmu
Dalam hal ini ilmu boleh dibahagikan kepada 3 jenis, iaitu Ilmu bidang, Ilmu Fardhu Ain dan Ilmu alat.
Ilmu Bidang ialah ilmu yang kita dianggap pakar dalam bidang berkenaan dan itulah ilmu yang kita
ajarkan kepada orang lain. Dinisbahkan kepada guru Agama, maka ilmu agama lah bidang kita. Justeru
guru agma mesti dalam pengetahuannya tentang agama serta permasalahannya dan mantap
kefahamannya. Jika guru sains, maka pengetahuan sainsnya mesti baik. Demikianlah dengan pelajaran
lain. Sekirannya guru tidak menguasai bidangnya sendiri, ia tidak dapat menyampaikan pengajarannya
dengan baik dan berkesan serta tidak dapat menjawab persoalan yang dikemukan oleh murid
kepadanya.
Ilmu Fardhu Ain bukan berksud hukum-hukum bersuci, solat, puasa, zakat dan haji. Ini ialah Asas Fardhu
Ain. Fardhu Ain di sini bermksud ilmu tentang tanggungjawab setiap orang Islam, termasuk mengetahui
haram halal dan sebagainya. Seorang peniaga harus mengetahui apa perkara yang boleh diperniagakan
dan apa yang dilarang oleh Islam. Sebagai pegawai apa yang perlu ia lakukan terhadap pejabatnya dan
orang yang di bawahnya. Guru pun demikian juga. Adakah mengajar sahaja atau ada kerja-kerja lain
yang perlu dilakukan. Jika tidak dilakukan seperti yang ditetapkan apa akibatnya. Ini semua memerlukan
ilmu agama khasnya yang bekaitan dengan amanah dan tanggungjawab.
Ilmu Alat pula bermaksud ilmu yang perlu bagi menjalankan tugas dengan lebih sempurna. Ini juga
berdasarkan kepada bidang masing-masing. Kerani misalnya memerlukan kemahiran menaip, simpan
kira dan lain-lain. Guru memerlukan ilmu yang berkaitan dengan pengajaran, iaitu psikologi, pedagogi,
sosiologi, prinsip-prinsip pengajaran, perkaedahan, penilaian, kepimpinan, bahasa dan lain-lain.

3. Mengenal murid. Ini termasuklah mengenal nama murid dan anak siapa. Adakah murid ini bermasalah
sama ada dari segi kesihatan perangai dan lain-lain. Mengetahui tahap umurnya, mengenal ibu bapa,
sosioekonomi, dan tujuan murid itu dihantar ke sekolah. Adakah untuk belajar atau memenuhkan masa,
atau untuk mendapat sesuatu sahaja, bukan semua pelajaran yang ditetapkan dan sebagainya.
4. Mempunyai kepakaran pengurusan bilik darjah. Di dalam bilik darjah terdapat murid-murid dan
benda-benda lain seperti kerusi, meja, papan tulis gambar dan lain-lain. Guru perlu tahu bagaiman
hendak mengurus segala kelengkapan bilik darjah supaya sesuai dengan mata pelajaran yang diajar dan
nampak ceria dan kondusif. Bagaiman hendak mengawal kelas supaya pengajaran dan pembelajaran
dapat berjalan dengan baik dan berkesan. Ini termasuklah kedudukan murid di dalam kelas. Yang kecil,
yang besar, yang degil, yang lemah, yang kurang pendengaran, yang kurang pengelihatan, dan lain-lain.
5. Menguasai kemahiran starategi pengajaran. Strategi pengajaran ada dua, iaitu Strategi Profesional
dan Strategi Kasih Sayang. Strategi profesionl termasuklah merancang, memilih tajuk, menyusun fakta,
menyusun langkah-langkah pengajaran, pembinaan soalan dan sebagainya. Manakala strategi kasih
sayang ialah pendekatan sebagai ibu atau bapa kepada anak-anak. Menolong, menasihat, bermesra
dengan menggunakan bahasa isyarat dan body language setakat yang dibenarkan.

Model Transactional

Model ini diperkenalkan oleb Bill Huitt (1994). Beliau ialah salah seorang
pensyarah (Prof) di Valdosta State University, Georgia, USA. Mengikut kaedah ini,
setiap guru yang merancang pengajaran mesti terlebih dahulu kenal pasti apa yang
hendak dicapai oleh pelajar di akhir pelajaran. Ia menggunakan istilah output.
Padanya output inilah yang paling penting, kerana semua akativiti lain harus sesuai
dengan output. Jadi, setiap guru harus lebih dahulu jelas dengn output. Output ini
samalah dengan objektif khas atau objektif pembelajaran seperti yang dibincangkan
oleh Parrott (1996) dan Cangelosi (1992).
Dalam mata pelajaran Pendidikan Islam misalnya, guru hendakkan pelajar boleh
menyebut rukun-rukun wudhuk, dan ini menjadi objektifnya atau output. Dengan
demikian, guru haruslah merancang penyampaiannya mengikut kaedah dan teknik
yang sesuai. Antaranya mengulang-ulangkan rukun tersebut sehingga pelajar
dapat mengingati dan menyebutnya. Sebaliknya, jika objektifnya ialah pelajar
boleh mengambil wudhuk dengan betul- maka tentulah kaedah pengajarannya
berlainan, iaitu menggunakan kaedah tunjuk cara (demonstrasi) dan amali atau
lakunan. Dengan menggunakan kaedah ini pelajar lebih faham dan ingat kerena
mereka melakunkan atau melakukannya sendiri secara praktikal. Pelajar boleh
mengambil wudhuk dengan cara yang betul itulah yang dikatakan out put atau
objektif khas.

Input
Karakteristik
guru
Karakteristik
murid

Classroom
process
pelakuan guru
Pelakuan murid

Keadaan kelas

Output
Pencapaian
Murid
Dan lain-lain

Penyamapaian
pelajaran yang menggunakan berbagai kaedah itu dipanggil classroom process.
Pada Bill Huitt (1994), peringkat ini mengandungi tiga sub- kategori, iaitu pelakuan
guru, pelakuan murid dan keadaan kelas yang mana ketiga-tiganya saling
bertindak.
Pelakuan guru mengandungi tiga perkara pokok iaitu, perancangan (planning),
pengurusan (management) dan pengajaran (instruction). Perancangan ialah
segala aktiviti yang dirancangkan oleh guru untuk berinteraksi dengan murid.
Pengurusan bermaksud kawalan kelas, iaitu bagaimana guru mengawal pelajarnya
supaya semua terlibat dengan aktiviti pembelajaran. Pengajaran pula bermaksud
panduan sebenar yang diberi oleh guru semasa menyampaikan isi pelajaran.
Kategori kedua, iaitu pelakuan murid/pelajar ialah apa sahaja yang pelajar
akan lakukan dalam bilik darjah, seperti menulis, mendengar, menyoal, bekerja dan
sebagainya. Dan yang dimaksudkan dengan keadaan kelas ialah sama ada kelas itu
sesuai atau tidak; seperti gelap, terlalu panas, terlalu sejuk, terlalu bising atau
sebaliknya selesa dan kondusif.
Semua ini, - guru, murid dan kelas sama-sama memainkan peranan untuk
melahirkan out put yang diharapkan. Jika ada kekurangan di mana-mana satu
daripada 3 komponen ini, maka akan menjejaskan output, atau dalam kata lain,
objektif tidak tercapai sepenuhnya.
Perkara ketiga dalam modul ini ialah input. Ia merujuk kepada keadaan guru
dan pelajar sebelum memasuki kelas. Ini termasuklah perkara-perkara seperti sikap
guru, pengetahuan, kepercayaan, pemikiran, kemahiran interaksi, pengalaman,
kemahiran manipulatif dan juga personaliti. Demikian juga dengan pelajar. Banyak
perkara yang ada pada pelajar yang memberi implikasi kepada pengajaran dan
pembelajaran, seperti kebolehan, kemahiran dalam bidang-bidang tertentu, latar

belakang keluarga, personaliti dan lain-lain.


Yang paling penting dalam semua perkara ini ialah guru. Sejauh mana guru
dapat mempersembahkan pengajarannya bergantung kepada kefahaman,
kebolehan, kemahiran, kesungguhan, kemahuan, keprcayaan serta nilai yang
dipegang.
Dalam membicarakan konsep pengajaran dan pembelajaran ini terdapat satu
perkara lagi yang mesti diambil kira, iaitu Context. Ia menyebabkan banyak
variabel yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran . Antaranya ialah
suasana di sekolah, rakan sebaya, rumah tangga, masyarakat, agama, politik,
ekonomi, media dan banyak lagi. Semua ini akan mempengaruhi pembelajaran
murid dan pada kebiasaanya menjurus kepada pelakuan yang berunsur negatif.
Dalam pendidikan Islam, semua ahli masyarakat, sama ada dalam sekolah atau di
luarnya, sama-sama bertanggungjawab menjaga supaya tidak ada perkara yang
mempengaruh pembelajaran pelajar, seperti video game, gambar lucah, dadah dan
sebagainya. Kerana semua ini menyebab pelajar terjurus kepada pelakuan negatif
yang merugikan diri, keluarga, bangsa, agama dan negara.

Transactional Model oleh Huitt (1994)

Berdasarkan kepada rajah yang dibentangkan ini, jelas menunjukan bahawa


pembelajaran berlaku di mana-mana. Ada unsur yang tidak Islamik di rumah,
sekolah, masyarakat, rakan sebaya, dalam politik, ekonomi, sosial dan sebagainya
boleh menyebabkan pendidikan Islam tidak berkesan, kerana segala unsur yang
bertentangan dengan ajaran Islam itu mempengruhi pelajar dan sekali gus
mengheretnya kepada pelakuan negatif.
Berbalik kepada pengajaran pendidikan Islam, guru merupakan unsur
terpenting dalam membina sahsiah dan juga kemahiran pelajar. Contohnya, dalam
kemahiran bacaan Al-Quran, kebolehan dan keelokan bacaan pelajar ialah
bergantung kepada bagaimana guru membaca sebagai bacaan contoh kepada
pelajar. Jika bacaan guru baik dari segi makhraj dan sifat huruf, panjang pendek,
dengung dan lagunya, maka bacaan pelajar juga akan baik. Demikian juga
sebaliknya. Pelajar tidak akan dapat membaca dengan baik jika tidak ada contoh

bacaan yang baik daripada guru.


Jika guru mengajar cara melakukan Tayammum di dalam kelas, dan guru tidak
begitu jelas dan tidak mahir, maka pengajarannya menjadi tidak jelas, tujuk-cara
yang dilakukan tidak tepat, dan dengan ini menyebabkan pelajar tidak dapat
melakukan atau melakunkan Tayammum dengan cara yang tepat. Dengan ini
sampai ke tua amalan pelajar itu tidak kena. Kenapakah amalan pelajar tidak
kena? Kerana tunjuk ajar gurunya tidak kena. Inilah pengajaran dan pembelajaran.
Demikian juga dalam hal-hal lain. Dalam kekemasan pakaian misalnya,
ketepatan masa, keelokan bahasa percakapan dan lain-lain, semuanya memberi
kesan kepada pelajar. Inilah yang dikatakan belajar melalui konteks. Dengan
demikan, guru haruslah memelihara perkara- perkara ini dan memperbaiki di manamana yang ada kelemahan. Tujuannya ialah supaya murid belajar sesuatu yang
baik daripada guru (selain daripada konten sukatan pelajaran). Yang baik itulah
Islam dan yang dipelajari itulah pendidikan Islam.

Anda mungkin juga menyukai