Anda di halaman 1dari 8

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MATA PELAJARAN : Pendidikan Islam

TINGKATAN : 3 Bestari

TARIKH : 6 Oktober 2008

HARI : Isnin

MASA : 8.00-9.40 pagi

TEMPAT : Makmal Komputer

TAJUK : Konsep Zakat Harta

KONSEP UTAMA : Rukun Islam ke-4

KATA KUNCI : Definisi zakat, kewajipan serta dalil zakat, syarat wajib zakat,
Jenis harta yang diwajibkan zakat, Asnaf zakat,perbezaan
zakat,sedekah dan cukai pendapatan, hikmah zakat

TUJUAN AM : Memahami dan menghayati konsep ibadah zakat yang


sebenarnya.

OBJEKTIF : Di akhir pengajaran pelajar dapat:


PENGAJARAN
1. Menyatakan definisi zakat
2. Menyenaraikan syarat wajib zakat
3. Menjelaskan jenis harta yang diwajibkan zakat
4. Menyenaraikan asnaf zakat
5. Membezakan antara zakat, sedekah dan cukai pendapatan
6. Menyenaraikan hikmah zakat

NILAI MURNI :1. Sentiasa bersifat pemurah kepada golongan yang memerlukan.
2.Sentiasa membersihkan diri daripada mementingkan diri sendiri
3.Sentiasa melakukan amal kebajikan

KEMAHIRAN : Membanding beza, menjana idea, menjelaskan


BERFIKIR (KBKK)

KAEDAH : Perbincangan dan sumbang saran


PENGAJARAN

BAHAN BANTU : Power point, gambar, laman web pembelajaran (Zakat harta).
MENGAJAR

ISI PENGAJARAN : Maksud Zakat


Bahasa: suci dan subur.
Istilah: mengeluarkan harta tertentu mengikut syarat-syarat yang
ditentukan oleh syarak, dengan kadar tertentu dan diberikan
kepada golongan yang tertentu.
Hukum: wajib, Dalilnya: (Surah at-Taubah: 103)

Syarat Wajib Zakat


 islam, tidak wajib keatas orang kafir
 Merdeka, tidak wajib keatas hamba.
 Sempurna milik iaitu berkuasa penih keatas harta, bukan harta
curi, bukan harta orang lain dan sebagainya.
 Cukup nisab, iaitu cukap kadar dan sukatan yang ditentukan
oleh syarak.
 Cukup haul, iaitu genap tempoh satu tahun hijrah
Syarat Harta yang dikenakan zakat
 Harta Yang Dimiliki Secara Sepenuhnya.
 Harta yang subur
 Cukup Nisab
 Melebihi Keperluan asasi
 Bebas dari hutang
 Cukup tempoh atau haul

Jenis harta yang diwajibkan zakat


 Binatang ternakan iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu,
kerbau dab unta.
 Hasil pertanian, iaitu buah-buahan dan bijirin seperti padi,
gandum, tamar, dan barli (makanan asasi sesebuah Negara)
 Emas dan perak
 Harta perniagaan,seperti kedai runcit, industri kecil, kenderaan,
hartanah

Asnaf Zakat
orang fakir, miskin, amil, mualaf, hamba yang ingin
memerdekakan dirinya, orang yang berhutang, orang yang
berjuang pada jalan Allah dan musafir.
Hikmah Zakat
 mendidik manusia berakhlak mulia sebagaimana yang
mewujudkan semangat persaudaraan yang kukuh di kalangan
orang Islam
 melahirkan masyarakat Islam yang aman dan harmoni
 memajukan masyarakat dalam bidang ekonomi, sosial, dan
pendidikan
 melahirkan masyarakat yang tidak mementingkan diri sendiri,
sebaliknya mengamalkan sikap tolong-menolong untuk
kebaikan bersama.

PENGETAHUAN
SEDIA ADA :1. Pelajar pernah bersedekah atau menderma
2. Pelajar pernah melihat orang membayar zakat

RUJUKAN : Buku
1. Pendidikan Islam, 2008 , Hamil @ Amir Abdullah dan
Mohd.Shukri Othman, Sasbadi Sdn. Bhd: Selangor.

Laman Web
1. http://nhzakatharta.blogspot.com/
2. http://www.zakatsel.com.my/baru/index.asp
3. http://www.zakatpahang.com.my/

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Aktiviti Pengajaran Guru Aktiviti pembelajaran Bahan-bahan


pelajar pengajaran dan
pembelajaran
Permulaan (5 minit)
-Guru menunjukkan gambar - Pelajar melihat gambar - Gambar peladang
peladang menternak lembu dan yang ditunjukkan oleh guru. menternak lembu dan
orang membayar zakat kepada orang membayar zakat
pelajar. kepada pelajar.

- Pelajar diminta menyatakan -Pelajar memberikan - Power point


amalan baik daripada gambar. jawapan mengikut
kefahaman mereka.
- Guru mengaitkan jawapan
pelajar dengan tajuk
pembelajaran .

Perkembangan 1 (20 minit)


- Guru bertanya kepada pelajar -Pelajar memberikan
berkaitan pemahaman pelajar pemahaman mereka tentang
tentang zakat harta. zakat harta.

- Guru menunjukkan kepada - pelajar mengikut arahan -laman web berkaitan


pelajar satu laman web guru zakat harta.
berkaitan zakat harta dan http://nhzakatharta.blo
meminta pelajar membukanya gspot.com/
di komputer masing-masing.

-Guru memberi penerangan -Pelajar mendengar


tentang maksud zakat dan penerangan guru dan
kewajipan menunaikannya mencatat isi penting.
berdasarkan laman yang
ditunjukkan.

Perkembangan 2 ( 40 minit)
- Guru meminta pelajar - Pelajar mencatat isi Laman web berkaitan
membaca isi kandungan laman penting. zakat harta.
web tersebut dan mencatat isi- http://nhzakatharta.blo
isi penting yang terdapat dalam gspot.com/
lan tersebut.

- Guru membahagikan pelajar - Pelajar mengikut arahan


kepada 3 kumpulan dan guru dan membentuk
diberikan tugasan yang berbeza kumpulan.
kepada setiap kumpulan.
Tugasan yang diberikan perlu - Setiap kumpulan
dibuat dalam power point menyiapkan tugasan yang
mengikut kreativiti masing- diberikan di dalam power
masing. Guru memberikan point.
alamat laman web yang boleh
dijadikan rujukan.

Kumpulan 1:
Jelaskan syarat wajib zakat dan - power point
syarat harta yang dikenakan
zakat.
Kumpulan 2:
Bincangkan tentang jenis-jenis
harta yang dikenakan zakat.

Kumpulan 3:
Senaraikan golongan yang
berhak menerima zakat dan
bezakan antara zakat, sedekah
dan cukai pendapatan.

-Guru meminta wakil kumpulan - Wakil kumpulan


membentangkan hasil tugasan membentangkan hasil kerja
yang diberikan . msing-masing.

- Guru membuat kesimpulan - pelajar mendengar


daripada pembentangan dan penerangan guru dan
menghuraikan dengan lebih mencatat isi penting.
jelas sebagai penambahbaikan.
Perkembangan 3 (15 minit)
- Guru meminta sumbang saran - Pelajar memberikan -laman web berkaitan
pelajar tentang hikmah zakat. sumbang saran tentang zakat harta.
hikamh zakat.
- guru menunjukan isi -pelajar mendengar
kandungan web berdasarkan penerangan guru.
hikmah zakat dan
menjelaskannya.

Penutup (10 minit)


- Sebagai penilaian, guru
meminta beberapa orang pelajar
merumuskan kandungan
pembelajaran hari ini.

- Sebagai penutup guru


menasihati pelajar supaya tidak
lupa untuk membayar zakat
harta apabila cukup syarat-
syaratnya serta sentiasa
membantu golongan yang
memerlukan.
Tugas lanjutan http://nhzakatharta.blo
- Guru meminta pelajar gspot.com/
membuat contoh pengiraan
http://www.zakatsel.co
cara-cara membayar zakat harta
m.my/baru/index.asp
mengikut jenis-jenisnya dan
memberi beberapa alamat laman
http://www.zakatpahan
web yang boleh dijadikan
sebagai rujukan.
g.com.my/

- Guru meminta pelajar-pelajar


membuat nota lengkap bagi
tajuk pembelajaran pada hari
ini.

Di sediakan Oleh:
NOOR HAFIZAH ISHAK

PENILAIAN KENDIRI

CATATAN PENYELIA

Anda mungkin juga menyukai