Anda di halaman 1dari 8

Diriwayatkan Ibnu Jarir dari Mujahid bahawasanya dahulu ada seorang Yahudi yang selalu beribadah pada malam

hari hingga pagi. Kemudian, dia berjihad melawan musuh pasa siang hari hingga petang. Dia melakukan hal itu selama seribu bulan. Allah lalu menurunkan surah Al-Qadr yang mengandung perbuatan yang lebih baik daripada perbuatan orang itu.

1.

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,

2.

Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?

3. 4.

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);

5.

Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Allah swt memberitahukan bahawa Dia telah menurunkan Al-Quran pada malam lailatul qadr. Lailatul Qadr adalah malam yang penuh barakah seperti Allah swt firmankan dalam firman-Nya, (Sesungguhnya kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati) QS Ad-Dukhan 44:3 Iaitu malam Lailatul Qadr. Malam yang ada di bulan Ramadhan.

Ibnu Abbas dan ulama lainnya berpendapat, Allah swt menurunkan AlQuran secara keseluruhan dari Lauh Mahfuz menuju ke Baitul Izzah yang berada di langit dunia, lalu menurunkan secara beransur-ansur sesuai dengan situasi dalam 23 tahun kepada Rasulullah. Kemudian, Allah swt mengagungkan malam Lailatul Qadar yang telah diistimewakan-Nya dengan menurunkan AlQuran pada malam itu dengan menyatakan ( malam kemulian itu lebih baik daripada seribu bulan) QS surah Alqadar,97:3

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa ketika datang bulan ramadhan, Rasulullah S.A.W bersabda, sesungguhnya telah datang kapada kamu bulan ramadhan, suatu bulan yang penuh barakah, yang puasanya telah Allah wajibkan keatas kamu, didalamnya dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pula pintu- pintu neraka, dan syaitan-syaitan pun diikat dalam bulan itu. Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa menghormati kebaikan malam itu maka sesungguhnya orang yang mulia. (rujukan Al-Misbahulmunir fi tahzib tafsir ibnu kasir )

daripada Aisyah R.A berkata Rasulullah beriktikaf pada 10 hari terakhir bulan ramadhan carilah malam qadar pada malam yang ganjil dari 10 malam terakhir. ( hadis riwayat bukhari 987 )

Anda mungkin juga menyukai