Anda di halaman 1dari 20

Menyatakan sebab-sebab Nabi Muhammad s.a.w. ke Gua Hira.

Menyebut wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Menjelaskan iktibar daripada peristiwa dan cara Malaikat Jibril a.s. menyampaikan wahyu pertama.

Sewaktu Nabi Muhammad s.a.w. berusia 40 tahun, Malaikat Jibril turun membawa wahyu pertama kepada Baginda. la berlaku pada hari Isnin bersamaan 17 Ramadhan. Nabi Muhammad s.a.w. sering ke Gua Hira untuk beribadah dan mengasingkan diri bagi mencari ketenangan daripada suasana kehidupan masyarakat Arab Jahiliyyah yang tidak bermoral. Baginda dipeluk dan disuruh membaca sehingga tiga kali. Akhirnya Baginda dapat membaca wahyu pertama tersebut iaitu Surah Al-Alaq ayat 1-5 dengan bimbingan Malaikat Jibril.

Peristiwa ini berlaku di Gua Hira yang terletak lebih kurang 20 meter daripada puncak Jabal Nur, kira-kira 5 kilometer dari Kota Mekah. Sedang Baginda beribadat, tiba-tiba datanglah Malaikat Jibril a.s. membawa wahyu yang pertama. Jibril a.s. menyuruh Baginda membaca, tetapi Baginda tidak tahu membaca kerana Baginda adalah seorang yang ummi.

Sebab-sebab Nabi Muhammad s.a.w. ke Gua Hira.


Mendekatkan diri kepada Allah pencipta alam semesta.

Mengasingkan diri dari penduduk Arab yang hidup dalam kesesatan, jahiliyyah dan tidak bermoral.

Mencari ketenangan pada hati yang risau melihat perbuatan orang Arab Jahiliyyah.

Wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.


Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).

Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.

Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah

Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan

Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Dalam keadaan gementar dan ketakutan Baginda pulang ke rumah. Baginda meminta isterinya Khadijah r.ha menyelimutkannya sehingga berasa tenang. Setelah itu, Baginda menceritakan peristiwa KHADIJAH R.HA tersebut kepada isterinya.
MUHAMMAD S.A.W

"Aku bimbangkan diriku.

Tidak mungkin! Demi Allah, tiada dihinakan engkau selamanya. Sesungguhnya engkau selalu menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang susah,menjamu tetamu dan menolong mereka yang hak.

Setelah itu, Khadijah bersama Rasulullah s.a.w. berangkat menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin 'Abdul 'Uzza. Waraqah merupakan sepupu Khadijah. Beliau seorang lelaki yang menganut agama Nasrani semasa jahiliyah. Beliau juga boleh menulis dalam bahasa Ibrani. Beliau telah menulis Injil dengan bahasa Ibrani setakat yang dikehendaki Allah.

Ketika pertemuan ini, dia telah tua dan buta. Khadijah berkata: "Wahai sepupuku, dengarlah (kisah) daripada anak sahabatmu." Maka Waraqah bertanya kepada Baginda: "Wahai anak sahabatku, apa yang kamu lihat? Lantas Rasulullah s.a.w. menceritakan apa yang telah dilihatnya.

WARAQAH

MUHAMMAD S.A.W

Demi Allah! Sesungguhnya engkau adalah Nabi untuk umat ini. Engkau didatangi Jibril yang pernah datang kepada nabi Musa a.s. Alangkah baiknya kalau aku masih hidup ketika kaum kamu mengusirmu keluar."

"Adakah mereka akan mengusir aku keluar?"

Demi Allah! Setiap orang yang diangkat menjadi Nabi seperti kamu, pasti akan dimusuhi dan diperangi oleh kaumnya. Jika aku masih hidup ketika itu, pasti akan kubela sekuatnya.

Iktibar daripada peristiwa dan cara Malaikat Jibril a.s. menyampaikan wahyu pertama.

Kasih sayang dan menuntut ilmu menjadikan hidup kita aman dan damai. Berusahalah bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam pelajaran.

Bertindaklah mengikut nasihat yang baik dan rujuklah pada yang lebih arif barulah selamat hidup kita.

Menyatakan masa, suasana dan sebab penghijrahan umat Islam ke Habsyah.

Menyebut faedah berhijrah.

Menjelaskan kepentingan hijrah dalam pelbagai bidang.

Hijrah ialah perpindahan dari suatu tempat ke tempat yang lain.

Hijrah juga boleh dimaksudkan perubahan dari suatu keadaan yang kurang baik kepada sesuatu keadaan yang lebih baik.

SUASANA
Rasulullah s.a.w. memerintahkan umat Islam berhijrah ke Habsyah pada tahun ke-5 kenabian bersamaan 615 Masihi.
Rombongan tersebut terdiri daripada 10 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Antara mereka adalah Uthman bin Affan, Zubair bin Al-Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Uthman bin Mazdun dan Ruqayyah Puteri Rasulullah s.a.w. Mereka jalan merentasi padang pasir melalui Yaman dan menyeberangi Laut Merah dengan menempuh berbagaibagai kesusahan.

Hal ini berlaku kerana umat Islam ditentang hebat dan disakiti oleh Kaum Musyrikin Mekah.

MASA

SEBAB

SUASANA
Pada tahun ke-7 kenabian bersamaan 617 Masihi , seramai 101 orang Islam terdiri daripada 83 lelaki dan 18 perempuan berhijrah kali yang ke-2 ke Habsyah.

Mereka diketuai oleh Jaafar bin Abi Talib. Jaafar kemudiannya menemui Raja Najashi dan menerangkan tentang ajaran Islam sehingga Raja Najashi tertarik dan memeluk agama Islam.

Tekanan kaum Musyrikin terhadap orang Islam semakin hebat di Mekah. Kaum Muslimin dipulau dan diseksa.

MASA

SEBAB

Faedah Berhijrah

Kehidupan umat Islam yang dianiaya berubah kepada lebih baik. Mereka hidup dalam keadaan yang tenteram kerana Raja Najashi yang adil melayan mereka dengan baik selama mereka di sana.

Kepentingan Hijrah
Memelihara maruah umat Islam yang dicabuli. Menyebarluaskan agama Islam dengan mengislamkan pemerintah di sesebuah negara. Islam tersebar dengan mudah dan cepat.

Abul Hasan Ali Al-Hasany An-Nadwy, 1983, Riwayat Hidup Rasulullah SAW, Singapura: Pustaka Nasional PTE LTD. Mariah binti Hj Mansor, Hjh. Kalsom binti Abd. Aziz, Mohd Fauzi bin Md Yatim, 2004, Pendidikan Islam Tahun 4, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Said Ramadan Al-Buti, 2008, Fiqh Al-Sirah 1, Selangor: Dewan Pustaka Fajar. Mustafa as-Syibaie, Sirah Nabi Muhammad S.A.W. Pengajaran & Pedoman dilayari pada 3 Februari 2013 di URL: http://www.ikram.org.my/v2/images/pdf/bahan_usrah/Sir ah%20Nabawiyah-%20Mustafa%20As-Sibaie.pdf

Anda mungkin juga menyukai