Anda di halaman 1dari 14

PENGENALAN

Al-Quran adalah Kalam Allah yang dinukilkan dalam bahasa arab dan merupakan
mukjizat yang diturunkan kepada Rasul yang terakhir iaitu Muhammad SAW dengan
perantaraan Malaikat Jibrail AS. Ia tertulis di dalam Mushaf yang sampai kepada kita secara
bersambung-sambung atau tawatur dan membaca al-Quran merupakan suatu ibadat dan
diberikan ganjaran pahala. Surah-surah di dalamnya dimulakan dengan surah al-Fatihah dan
disudahi dengan al-Nas.

Secara umumnya, kaedah Talaqqi Musyafahah adalah merupakan kaedah pembelajaran


serta penerimaan al-Quran yang tertua. Ia merupakan kaedah dari mulut ke mulut atau
dinamakan sebagai kaedah pembelajaran berguru. Kaedah ini juga merupakan kaedah
terpenting dalam mempelajari al-Quran. Seperti mana yang kita maklum, sejak penurunan
wahyu yang pertama lagi kaedah ini sudah dipraktikkan oleh malaikat Jibrail kepada Rasulullah
SAW. Malaikat Jibrail membaca ayat al-Quran kepada Rasulullah kemudian Rasulullah meniru
bacaan tersebut lalu menghafaznya. Setelah itu, kaedah ini dipraktikkan oleh Rasulullah
dengan membaca ayat al-Quran kepada para sahabat. Para sahabat pula meniru bacaan
Rasulullah dan mereka menulis lalu tulisan itu dibacakan serta dihafal.

PENGERTIAN TALAQQI DAN MUSYAFAHAH

Kalimah “Talaqqi” dari sudut bahasa berasal daripada kalimah Bahasa Arab iaitu
Talaqqa - Yatalaqqa - Talaqqiyan3 yang membawa beberapa makna seperti berikut;
Talaqqatil mar'atu bermaksud wanita mengandung.
Talaqqa as-syai'a bermaksud menemuinya.
Talaqqa fulanan bermaksud beliau menemui orang itu.
Talaqqa as-syai'a minhu bermaksud mengambil ataupun menerima daripadanya dan
Talaqqa al-ilma min fulanin bermaksud dia mengambil ilmu daripada orang itu.

Kesimpulannya Talaqqi dari segi bahasa bermaksud pertemuan secara berhadapan atau
bersemuka. Manakala dari segi istilah bermaksud pertemuan antara guru dan murid secara
bersemuka. Ringkasnya, guru akan memberi contoh bacaan dan murid mengikut bacaan guru
tersebut.

1
Musyafahah menurut bahasa adalah bercakap-cakap antara dua pihak atau sebutan dari
mulut ke mulut yang diambil daripada pergerakkan dua bibir. Manakala menurut istilah pula
bermaksud murid menerima pengajaran secara sebutan guru dengan melihat pergerakkan bibir
guru dan menyebutnya.

Kesimpulannya Talaqqi Musyafahah bermaksud pertemuan antara guru dan murid


secara bersemuka di dalam satu majlis pada satu masa tertentu di mana murid menerima
pengajaran dengan melihat pergerakan bibir guru dan mengikut bacaan guru atau guru
mendengar bacaan murid dan membetulkan kesalahan mereka.5 Ringkasnya, kaedah ini adalah
“Belajar berguru”.

DALIL TALAQQI MUSYAFAHAH

Berikut adalah beberapa dalil dari al-Quran dan al-Hadith yang membuktikan bahawa kaedah
talaqqi musyafahah telah diamalkan sejak era kerasulan nabi Muhammad SAW lagi hingga ke
zaman moden ini. Firman Allah SWT di dalam al-Quran:

‫) فاإِّذاا قا ارأْنااهُ فااتَّبِّ ْع‬17( ُ‫) إِّ َّن اعلا ْيناا اج ْمعاهُ اوقُ ْرآناه‬16( ‫سان ااك ِّلت ا ْع اج ال بِّ ِّه‬
‫اَل ت ُ اح ِّر ْك بِّ ِّه ِّل ا‬
)18( ُ‫قُ ْرآناه‬
“ Janganlah engkau (Muhammad) menggerak-gerakkan lidahmu kerana hendak bersegera
membaca dan menghafaznya (sebelum selesai Jibril membacanya). Sesungguhnya kamilah
yang berkuasa mengumpulkan al- Quran (ke dadamu) dan Kamilah yang menetapkan
bacaannya (pada
lidahmu). Oleh itu, apabila Kami telah selesai membacanya maka ikutlah bacaannya” .
Surah al-Qiyamah (75):16-18

ِّ ‫ث اون َّاز ْلنااهُ ت ا‬


ً‫نزيل‬ ِّ َّ‫اوقُ ْرآنا ً فا ار ْقنااهُ ِّلت ا ْق ارأاهُ اعلاى الن‬
ٍ ‫اس اعلاى ُم ْك‬
“Dan al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan ia supaya engkau (Wahai Muhammad)
membacakannya kepada manusia dengan lambat, tenang dan Kami menurunkannya beransur
ansur” .
Surah al-Isra’ (17):106

2
“Daripada Anas Bin Malik bahawasanya Rasulullah SAW telah berkata kepada Ubai :
Sesungguhnya Allah menyuruhku membacakan al-Quran padamu, Ubai berkata : Adakah
Allah memilihku dan menyebut namaku disisimu?. Jawab Nabi: “ Allah telah memilih dan
menamakan kamu disisiku, Maka Ubai pun menangis.”

Sabda Rasulullah SAW: “ Ambillah (pelajarilah) Al-Quran daripada empat orang iaitu
Abdullah bin Mas’ud , Salim , Mu’az dan Ubai bin Ka’ab”

SEJARAH TALAQQI MUSYAFAHAH

Dalil-dalil di atas sebenarnya telah jelas menunjukkan bagaimana bermulanya episode


pengamalan kaedah talaqqi musyafahah ini. Namun beberapa perincian akan diberikan bagi
menyokong dalil-dalil yang telah disenaraikan di atas.

 Rasulullah SAW mengambil bacaan al-Quran daripada Jibril dengan cara


bertalaqqi.
Ketika nabi berumur sekitar 40 tahun, nabi sering memencilkan diri dengan bertapa di gua
Hira’. Di dalam gua tersebut, nabi telah dikurniakan wahyu yang pertama iaitu Surah al-‘Alaq
dan dilantik menjadi rasul ataupun utusan bagi seluruh alam pada 17 Ramadhan bersamaan 6
Ogos 610 Masihi. Ketika itu, Jibril mengajarkan Rasulullah SAW al-Quran dengan cara
membacakan dahulu ayat dan kemudian Rasulullah mengulanginya semula. Nabi kemudiannya
terus menghafaz ayat-ayat tersebut membacakannya pula kepada ahli keluarga dan para sahabat
baginda. Para sahabat menghafaz dan menulisnya. Begitulah kaedah talaqqi musyafahah ini
terus berlangsung setiap kali ia hendak disebarkan.

 Talaqqi Musyafahah merupakan salah satu cara Rasulullah menyampaikan


hadith.
Sebagaimana yang telah kita ketahui dalam hadith Jibril yang terkenal, hadith kedua dalam
matan Arbain Nawawi tentang Iman, Islam dan Ihsan, Jibril AS datang menyerupai seorang
manusia yang duduk berlaga lutut dengan Nabi bertanyakan soalan-soalan dengan tujuan
mengajarkan baginda tentang ilmu agama. Hal ini jelas menunjukkan bahawa berlakunya
proses berguru di antara Nabi, Jibril dan para sahabat.

3
Namun begitu, perbezaan yang berlaku pada suasana ini adalah ia berlaku dalam bentuk
kumpulan dan bukan individu seperti penerimaan wahyu yang pertama di gua Hira’. Sejarah
ini sekali lagi menjelaskan kepada kita bahawa kaedah talaqqi musyafahah ini telah
berlangsung dalam pelbagai gaya mengikut suasana dan tempat. Para sahabat juga telah
menyebarkan rangkaian matan Hadith Nabi kepada umat Islam yang lain menurut kaedah yang
sama, samada secara individu atau berkumpulan. Kehebatan kaedah ini telah menyebabkan
pertalian sanad Hadith masih dapat dikekalkan dengan baik hingga ke hari ini.

 Al-Quran dan Ilmu Islam berkembang ke negara-negara Islam dengan kaedah


Talaqqi Musyafahah.
Para sahabat Nabi telah bermusafir ke seluruh pelusuk dunia untuk menyebarkan agama
Islam. Setiap tempat yang disinggahi mereka akan memastikan bahawa segala ilmu yang
diperturunkan oleh Nabi Muhammad SAW disebarkan kepada seluruh manusia. Pengajaran
yang diamalkan ketika itu adalah Talaqqi Musyafahah memandangkan ia adalah cara terbaik
untuk memastikan segala ilmu yang diterima adalah sahih dan mendapat pengiktirafan dari
sahabat sebagai guru mereka.
Contohnya Khalifah Uthman r.a telah mengutuskan enam orang sahabat ke negaranegara
Islam untuk mengajarkan al-Quran seperti Abdullah bin Sa’ib ke Makkah, al-Mughirah bin Abi
Syihab ke Syam, Amir bin Abd. Qays ke Basrah, Abu Abd Rahman bin Habib al-Salami ke
Kufah, Zayd bin Thabit ke Madinah dan senaskah lagi disimpan oleh Saidina Uthman sendiri.

 Ulama’ Islam seterusnya turut mengamalkan kaedah Talaqqi Musyafahah dalam


menyebarkan ilmu Allah kepada Umat Islam.
Banyak contoh yang kita boleh lihat antaranya Imam Muhammad bin Idris Al-Syafie
Rahimahullah bertalaqqi kitab Muwatta' bersama gurunya Imam Malik bin Anas. Pada masa
kini pula, pondok-pondok atau madrasah yang dibina turut mengamalkan kaedah ini dan
keberkesanannya dilihat apabila lahirnya ramai para ulama yang terus menerus menyebarkan
ilmu Allah ke hari ini.

4
PRINSIP, OBJEKTIF DAN CIRI-CIRI TALAQQI MUSYAFAHAH

Prinsip Kaedah Talaqqi Musyafahah


Dalam melaksanakan kaedah Talaqqi Musyafahah ini, ada beberapa prinsip yang
harus diutamakan supaya objektif daripada kaedah ini dapat dicapai. Antaranya ialah :
1. Mengutamakan sebutan dan bacaan yang tepat.
2. Memerhati pergerakan mulut guru secara berdepan.(bersemuka)
3. Murid menyebut (mengikut) cara sebutan guru.
4. Kelemahan contoh bacaan daripada guru memberi kesan besar kepada murid.

Objektif
Kaedah ini sangat menitikberatkan tentang sebutan dan bacaan yang betul. Oleh itu,
guru atau pengajar haruslah memainkan peranan yang penting dalam memastikan objektif
kaedah ini dicapai. Antaranya ialah:
1. Menyebut bunyi huruf hijaiyah yang berbaris dengan tepat.
2. Membezakan panjang / pendek sebutan huruf.
3. Membaca dengan betul dan fasih.
4. Yakin dan berani mencuba di hadapan guru.

Ciri-Ciri
1. Disampaikan secara individu dan kumpulan.
2. Pembimbing perlu menguasai kemahiran yang baik
3. Perlu penglibatan murid yang aktif.
4. Pembelajaran boleh dijalankan dalam kelas atau di luar kelas.
5. Perlu ada teks.

5
Kepentingan Talaqqi Musyafahah

Pengamalan Kaedah Talaqqi Musyafahah dengan betul serta mengikut


prinsipprinsipnya yang telah digariskan akan menghasilkan impak yang positif kepada guru
dan pelajar. Berikut akan dibincangkan pula secara jelas berkenaan kepentingan kaedah ini
diamalkan dalam proses P&P.

• Sunnah Rasulullah SAW


Baginda bertalaqqi Al-Quran dengan Malaikat Jibril dan mengkhatamkannya sekali setiap
bulan Ramadhan dan dua kali pada tahun terakhir sebelum kewafatan Baginda SAW. Sejarah
ini jelas menunjukkan kepada kita bagaimana bibit pendidikan telah berputik sejak awal
kerasulan Nabi Muhammad SAW. Malaikat Jibril menyampaikan segala Firman Allah
menerusi kaedah talaqqi musyafahah iaitu Jibril memulakan bacaan dan diikuti nabi,
seterusnya dihafalkan ayat-ayat tersebut. Bermula dari surah al-‘Alaq sehinggalah surah
terakhir, kaedah yang sama digunakan dalam transmisi kalam Allah kepada manusia. Kaedah
ini juga turut diaplikasikan Rasulullah SAW dalam usaha menyampaikan Kalam Allah kepada
para sahabat seterusnya kaedah warisan ini terus diamalkan ketika mana ayat-ayat Allah
disebarkan kepada seluruh umat manusia.

• Talaqqi merupakan satu-satunya cara Al-Quran dipindahkan dan diriwayatkan


)‫( كیفیات التحمل‬.
Ketika Islam di awal era kebangkitannya dan ayat-ayat al-Quran masih lagi diturunkan,
aktiviti penyebarannya adalah terhad kepada kaedah ringkas seperti membaca, mengikut,
mengulang dan memahaminya sahaja. Walaubagaimanapun, kaedah talaqqi musyafahah ini
telah diperhebat dengan pelbagai kaedah moden seperti kaedah alBaghdadiyah, al-Muyassar,
al-Iqra’, al-Baraqy, Kalam, al-Hattawiyyah, dan lain-lain semata-mata ingin memastikan umat
Islam berminat dan mudah untuk mempelajari Kalam Allah yang agung ini. Perkara ini
dilakukan oleh para ulama’ bagi memastikan keaslian alQuran terus terpelihara hingga ke akhir
zaman. Walaupun kita dibanjiri dengan ledakan kemajuan ICT yang katanya boleh memberi
pendidikan tentang pembacaan Al-Quran, namun ia masih terdapat pelbagai kekurangan dan
kelemahan. Ringkasnya, ICT masih tidak boleh menggantikan guru dalam memberi tunjuk ajar
yang berkesan dalam pembacaan al-Quran yang betul dan tepat. Kesimpulannya, Talaqqi
musyafahah adalah kaedah pertama dan utama untuk menyebarkan Kalam Allah.

6
• Menerima ilmu dengan sanad yang sahih sampai kepada Rasulullah.
Mempelajari ilmu dan memiliki sanad yang bersambung hingga Rasulullah adalah
suatu kelebihan yang mulia dan memberi kesan yang besar kepada pemiliknya. Ilmu dan fakta
yang dipelajari adalah bersifat tulus, benar, pragmatis dan sah kerana ia diterima daripada
Rasulullah SAW yang menerima panduan wahyu daripada Allah. 1 Kebiasaannya, amalan
mendapatkan sanad yang sah ini banyak berlaku di negara-negara timur tengah dan tidak
kurang juga di sebelah negara-negara Asia. Guru-guru yang memiliki sanad ini akan
membentangkan senarai sanad mereka yang dinukilkan dalam helaian tertentu dan
kemudiannya melakukan akad pengijazahan untuk memeterai bahawa seseorang itu telah
menerima ilmu yang bersanad sehingga Rasulullah. Kelak, mereka ini akan menjadi orang
yang berautoriti dalam masyarakat untuk dijadikan rujukan dalam pelbagai ilmu tertumanya
berkaitan al-Quran.

• Mengetahui kesahihan,kebenaran dan kebolehpercayaan ilmu yang dipelajari.


Abdul Rahman bin Abdul Khaliq dalam kitabnya berjudul kaedah menghafaz alquran,
beliau menekankan kaedah kedua hafalan iaitu membetulkan ucapan dan bacaan. Beliau
menyarankan kepada para huffaz supaya membetulkan ucapan dan bacaan mereka dengan
memperdengarkan bacaan mereka kepada seorang qari yang baik atau huffaz yang mahir. 2
Guru yang mahir ini amat berperanan dalam memastikan setiap inci ayat yang diperdengarkan
adalah tepat berdasarkan bacaan Rasulullah. Demikian juga adalah lebih baik jika guru-guru
ini mempunyai sanad yang bersambung dengan Rasulullah supaya ilmu yang diterima lebih
meyakinkan. Hal ini juga sesuai diaplikasi dalam ilmu-ilmu lain seperti tafsir, fiqh, sains,
mantik, akidah, ibadah dan lain-lain.

• Menghindari dari keciciran ayat Al-Quran.


Perkara ini dapat direalisasikan jika para pelajar dan guru sentiasa bersikap jujur dan
bertanggungjawab terhadap al-Quran. Ketelitian amat diperlukan ketika melakukan pembacaan
dan sebarang kesilapan wajib diperbetulkan dengan kadar segera. Keciciran ayat amat
dikhuatirkan oleh para huffaz al-Quran. Oleh hal yang demikian, usaha memulakan hafalan

7
atau mengulang hafalan perlulah dilakukan secara konsisten dihadapan guru supaya perkara
buruk ini dapat dielakkan dari berlaku.
Ketika al-Quran masih dalam usaha pengumpulannya, Saidina Umar al-Khattab telah
melantik Zaid bin Thabit untuk mengumpulkan ayat-ayat al-Quran dan didokumentasi dalam
bentuk tulisan. Ketika usaha ini dilakukan, Zaid bin Thabit menemui para sahabat untuk
mendengar bacaan mereka dan meneliti sebarang catatan yang pernah dikumpulkan. Proses
talaqqi yang dilalui ini membolehkan Zaid untuk mengesan kekurangan pada ayat-ayat yang
dibaca disamping dapat memastikan ayat-ayat yang telah dimansuhkan tidak dikumpulkan
dalam mushaf yang akan ditulisnya kelak. Usaha menghindarkan keciciran ayat ini bukan
sahaja telah memenuhi hak al-Quran tetapi memenuhi tanggungjawab kemanusiaan iaitu
membolehkan umat Islam masa kini dapat membaca Kalam Allah yang menjadi panduan hidup
ummat manusia.

• Mengenalpasti ayat-ayat Al-Quran palsu atau yang diselewengkan.


Sejak awal al-Quran diturunkan, para musyrikin Mekah sentiasa berusaha
memesongkan akidah umat Islam dengan cara menyeleweng dan mencipta syair-syair untuk
menandingi kehebatan ayat al-Quran. Usaha ini bukan sahaja sia-sia malah mendapat
kemurkaan dari Allah SWT. Perkara ini turut berlangsung pada zaman ini dan bertambah
dahsyat apabila mereka memaniplasi ilmu dan kemahiran ICT untuk meruntuhkan akidah
ummat yang telah sedia lemah. Pelbagai artikel yang menyesatkan termasuk pembinaan
alQuran palsu dilakukan dan disebarkan di internet. Laman-laman web ini sangat mudah untuk
dilayari dan sangat berbahaya kepada umat Islam yang membacanya dan tidak melakukan
sebarang penelitian mendalam tentangnya.
Rentetan masalah ini, para Qurra’ perlu membangunkan kelas-kelas pengajian alQuran
demi memberi didikan kepada umat Islam tentang al-Quran supaya kelak tidak mudah
terpedaya dengan pemalsuan yang dahsyat ini. Selain itu usaha membongkarkan kejahatan ini
mesti dilakukan dengan sebaran di internet termasuk melalui kelas-kelas pengajian al-Quran
atau selainnya. Berdasarkan kelas-kelas ini, para guru mungkin dapat mengesan sebarang ayat
al-Quran yang dipalsukan yang mungkin diamalkan oleh sesetengah umat Islam. Aktiviti
pemurnian mesti dilakukan oleh semua pihak yang mempunyai autoriti dalam bidang alQuran
demi menjaga kesucian kitab yang agung ini.

• Mengesan kesalahan bacaan dengan efektif dan membetulkannya secara terus.

8
Ketepatan dalam sebutan dan pembacaan al-Quran hanya boleh dikuasai dengan
bertalaqqi. Contohnya dalam menentukan qadar mad, sebutan huruf, bacaan Isymam, raum,
imalah, tashil dan sebagainya yang tidak mungkin diketahui dengan hanya membaca atau
mempelajari ilmu tajwid secara teori tanpa tunjuk ajar secara amali atau praktikal oleh guru.
Apabila pelajar mendengar dan melihat pergerakan bibir guru secara langsung, mereka dapat
meniru dan membetulkan cela yang berlaku ketika melakukannya. Hal ini tidak mungkin dapat
dipelajari melalui buku atau sekadar melihat gambar yang berkaitan dengannya.

• Mengetahui kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan ilmu.


Matlamat sesuatu ilmu dipelajari adalah untuk diingati dan diamalkan. Kita dapat
melihat perkara ini melalui contoh pendidikan formal di Malaysia yang mementingkan
perancangan guru (lesson plan) sebelum masuk ke kelas untuk mengajar. Antara perkara yang
ditekankan adalah penulisan objektif bagi setiap sessi pengajarannya. Penekanan dalam aspek
ini diberikan supaya pada akhir pengajaran, guru dapat mengukur sejauhmana penerimaan para
pelajar terhadap sesuatu ilmu yang telah disampaikan. Dalam hal ini pelbagai kemahiran
insaniah diambil kira. Jika kita melihat dari aspek aplikasi kaedah talaqqi musyafahah dalam
konteks pengajaran di sekolah atau selainnya, guru boleh mengesan peringkat penguasaan para
pelajar dengan melakukan beberapa ujian. Contohnya, guru dapat menilai kefasihan bacaan al-
Quran dengan melakukan ujian syafawi. Setelah kelemahan dan kelebihan pelajar diketahui,
guru boleh pula melakukan aktiviti lanjutan seperti latih tubi atau pengayaan.

• Menjadi proses mengulangkaji yang berkesan.


Kaedah talaqqi musyafahah sangat praktikal terutamanya dalam proses ulangkaji
bacaan al-Quran atau ilmu-ilmu lain. Para pelajar berpeluang menguji sejauhmana kekuatan
ingatan mereka terhadap fakta yang dipelajari, kebenarannya dan bagaimana
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Guru yang berautoriti dapat memberi bantuan
dari segi pembetulan, pemurnian dan juga menerapkan nilai yang baik untuk diamalkan. Proses
ulangkaji ini akan tambah berkesan jika ia dilakukan secara berulangulang dan dipelbagaikan
formasinya seperti mendirikan aktiviti dalam kumpulan kecil atau besar dan disokong dengan
kemudahan ICT atau bahan bantu mengajar (BBM).

• Dapat mempercepatkan tahap pemahaman para pelajar.

9
Merujuk kepada definisi kaedah iaitu satu siri tindakan guru yang sistematik dengan
tujuan mencapai objektif pelajar yang spesifik dalam jangka pendek atau cara mencapai hasil
pembelajaran dengan menggunakan langkah-langkah yang tersusun, maka satu rumusan dapat
diberikan iaitu kaedah pengajaran guru sangat mempengaruhi tahap pemahaman pelajar
terhadap ilmu. Kaedah talaqqi musyafahah adalah pengajaran yang melibatkan komunikasi dua
hala dan koreksi secara terus. Aktiviti sedemikian menyebabkan sebarang input yang diajarkan
oleh guru terus terpasak pada minda pelajar. Hal ini berlaku secara maksimum kerana
bimbingan guru ketika proses pemindahan fakta adalah 100%. Kelebihan ini dapat
dipertingkatkan lagi sekiranya proses talaqqi musyafahah dihadkan kepada kumpulan kecil
atau secara individu. Privasi yang diberikan ini akan meluaskan fokus kepada penyampaian
ilmu yang berkesan dan bermanfaat.
Selain daripada perkara-perkara di atas, antara kepentingan lain adalah bertalaqqi
musyafahah boleh membina keyakinan dalam diri pelajar untuk membaca al-quran dihadapan
guru serta dapat mengenalpasti secara amali tahap kefahaman dan perlaksanaan murid terhadap
hukum hakam tajwid dalam bacaan al-Quran yang meliputi makhraj huruf, sifatsifat huruf dan
lain-lain hukum tajwid. Pelajar juga akan lebih positif dalam membuat penilaian terhadap para
guru,syeikh atau ulama’. Walaubagaimanapun satu perkara yang amat penting perlu diingati
oleh para guru al-Quran adalah kelemahan contoh bacaan guru akan menimbulkan kesan yang
besar terhadap murid. Oleh hal yang demikian, barangsiapa sahaja yang ingin memulakan
pengajian al-Quran, maka perlulah ia menyelidiki terlebih dahulu tentang kebolehan gurunya
terhadap ilmu al-Quran supaya masalah ini dapat dihindari.

Cara melaksanakan kaedah talaqqi dan musyafahah

Kaedah talaqqi dan musyafahah dilaksanakan dengan cara guru berhadapan dengan
pelajar atau bersemuka. Guru akan memperdengarkan bacaan ayat al Quran sebagai bacaan
contoh dan meminta pelajar mendengarnya dan memerhati pergerakan bibir dengan teliti.
Setelah bacaan itu diulang oleh guru beberapa kali, guru meminta pelajar membacanya dan
guru mendengar dengan teliti dan membetulkan kesalahan bacaan pelajar sama ada dari segi
makhraj dan hukum tajwid. Kaedah ini berjalan berterusan sehingga tamat surah al Quran
mengikut rancangan mengajar guru pada hari itu.

10
Cara bersemuka sangat ditekankan supaya murid tahu betul secara amali bagaimana
pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang meliputi makhraj-makhraj huruf,
sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid.

Aplikasi Kaedah Talaqqi dan Musyafahah

Aplikasi kaedah Talaqqi dan Musyafahah bagi hasil pembelajaran aras satu. (Ayat
bacaan)

Hasil pembelajaran aras satu disasarkan kepada semua pelajar yang terdapat dalam
kelas, merangkumi semua tahap pencapaian pelajar iaitu lemah, sederhana dan pandai. Bagi
mencapai hasil pembelajaran aras satu, menggunakan kaedah talaqqi dan musyafahah, guru
memulakan pengajaran dengan membaca ayat-ayat bacaan al-Quran.

- Guru memperdengarkan bacaan al-Quran dari bacaan guru sendiri supaya pelajar dapat
memerhatikan pergerakan bibir dan sebutan guru.

- Guru mempamerkan ayat-ayat dari surah yang diajar melalui LCD, kad carta atau kad
manila. Setelah mempamerkan ayat-ayat tersebut, guru membaca ayat-ayat tersebut dan
meminta pelajar mengikut bacaan guru.

- Guru meminta pelajar membaca ayat secara kelas, kumpulan dan individu. Semasa pelajar
membaca ayat, guru perlu memerhati dan mendengar dengan teliti sebutan pelajar untuk
mengesan pelajar yang dapat membaca dan pelajar yang masih belum boleh menguasai
bacaan.

- Guru mengumpulkan pelajar dalam kumpulan kecil bertujuan membimbing mereka


membaca dengan bacaan yang betul dari segi sebutan dan tajwid. Guru membaca,
pelajar diminta memerhati gerak bibir guru kemudian mengikut bacaan guru. Guru
membetulkan bacaan pelajar sekiranya terdapat kesalahan dalam sebutan dan tajwid.

Melalui kaedah ini, hasil pembelajaran aras satu dapat dicapai oleh guru dengan berkesan
kerana pelajar dapat membaca ayat al Quran dengan betul mengikut sebutan guru. Guru juga
dapat membetulkan sebutan dan bacaan pelajar semasa menyampaikan pengajaran dan

11
pembelajaran. Bagi mencapai hasil pembelajaran aras satu, guru perlu memastikan semua
pelajar dapat membaca ayat yang diajar oleh guru pada hari tersebut.

Aplikasi kaedah talaqqi dan musyafahah bagi hasil pembelajaran aras dua. (Ayat bacaan)

Bagi mencapai hasil pembelajaran aras dua, (pelajar mampu menghafaz ayat dengan
betul dan fasih) guru boleh menggunakan kaedah talaqqi musyafahah ini dengan berpandukan
kepada beberapa langkah semasa menyampaikan pengajaran dan pembelajaran.

- Guru memaparkan ayat-ayat al Quran di carta atau di LCD, kemudian guru membaca
ayat tersebut. Guru meminta pelajar memerhati gerak bibir guru di samping pelajar
melihat ayat yang tertera di LCD.

- Guru meminta pelajar membaca ayat di LCD sambil guru meneliti bacaan pelajar dari
segi sebutan atau makhraj dan tajwid.

- Setelah guru berpuas hati dengan mutu bacaan pelajar guru meminta pelajar membaca
ayat-ayat tersebut di hadapan kelas.

- Guru perlu memastikan pelajar dapat membaca ayat dengan betul dan fasih.

- Guru boleh menguji pelajar dengan meminta mereka membaca di hadapan kelas atau
di hadapan guru.

Aplikasi kaedah talaqqi dan musyafahah bagi hasil pembelajaran aras tiga. (Ayat
bacaan).

Aplikasi kaedah talaqqi dan musyafahah bagi hasil pembelajaran aras tiga (pelajar
mampu membaca ayat dengan bertajwid), guru boleh menyampaikan pengajaran dan
pembelajaran mengikut langkah-langkah tertentu.

12
- Guru memperdengarkan kepada pelajar ayat bacaan atau ayat hafazan melalui CD. Guru
meminta pelajar memerhati ayat tersebut di mushaf al Quran serta mengikut bacaan
secara perlahan.

- Guru mengulang beberapa kali bacaan ayat tersebut sehingga pelajar dapat menguasai
ayat tersebut. Guru meminta pelajar membaca ayat tersebut secara kumpulan dan
individu.

- Guru meminta pelajar yang telah betul bacaannya dari segi makhraj dan tajwid,
memperdengarkan bacaan di hadapan kelas.

Kesimpulan
Al-Quran adalah sebuah kitab hidayah kepda seluruh umat manusia. Hukum membacanya
dengan betul adalah merupakan fardhu ain bagi setiap orang yang mengucapkan kalimah
syahadah dan mempelajarinya pula adalah fardhu kifayah. Kaedah pengajian al-Quran secara
talaqqi dan musyafahah adalah yang terbaik dan ianya merupakan kaedah yang telah digunakan
oleh Rasulullah SAW seterusnya disambung oleh para ulama’ Islam secara mutawatir bagi
mengekalkan ketulenan dan keaslian cara bacaan al-Quran. Justeru itu, adalah digalakkan bagi
semua umat Islam untuk mempelajari al-Quran dengan cara yang terbaik ini melalui guru yang
benar-benar diyakini bacaannya.

13
RUJUKAN

Abdul Rahman abd Ghani (2008). Rasm Uthmani Pelengkap Pembacaan Al-Quran. Kuala
Lumpur: Perniagaan Rita.
Abdul Rahman Muhamad Al Azhari (2002). Sejarah al-Quran dan Kegemilangan Islam. Johor
Darul Takzim: Perniagaan Jahabersa.
Abdurrahman bin Abdul Khalik (1994). Kaedah Menghafaz al-Quran. Kuala Lumpur:
Penerbitan Kintan Sdn. Bhd.
Dr. Danial Zainal Abidin (2008). Bukti-bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad
(Edisi Kemaskini). Selangor: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

http://azizahbukhari.blogspot.com/2015/11/kaedah-talaqqi-musyafahah-pengenalan.html

http://nurhafizahms.blogspot.com/2013/06/kaedah-talaqqi-musyafahah.html

14

Anda mungkin juga menyukai