Anda di halaman 1dari 10

Kepentingan Talaqqi Dan Musyafahah Dalam Pembacaan Al-Quran

Oleh:
Sedek bin Ariffin (M.A)

Abstrak
Kaedah Talaqqi dan Musyafahah adalah sangat penting dalam pembacaan dan
pendidikan Al-Quran. Ia tidak tidak boleh dipandang ringan kerana ia
berperanan penting dalam memastikan hak kalam Allah sentiasa tertunai dan
terpelihara. Jika perkara ini dipandang remeh oleh masyarakat Islam di masa
kini, maka kelebihan dan keberkatan Al-Quran yang menjadi mukjizat bagi
Rasulullah SAW dan panduan bagi umat manusia tidak akan mengalir dalam
masyarakat kita. Hal ini kerana masyarakat semakin lama semakin buta Al-
Quran dan meninggalkan bacaan Al Quran itu sendiri. Jadi marilah kita
bersama-sama menaikkan syiar Al-Quran yang telah disisihkan oleh setengah
masyarakat Islam kini.

Pendahuluan
Al-Quran adalah Kalam Allah yang dinukilkan di dalam bahasa arab dan merupakan
mukjizat yang diturunkan kepada Rasul yang terakhir iaitu Muhammad SAW dengan
perantaraan Malaikat Jibrail AS. Ia tertulis di dalam Mushaf yang sampai kepada kita secara
bersambung-sambung atau Tawatur dan membaca al-Quran merupakan suatu ibadat dan
diberikan ganjaran pahala. Surah-surah di dalam Al-Quran dimulakan dengan surah al-
Fatihah dan disudahi dengan surah al-Nas.1
Berdasarkan definisi al-Quran, satu perkara penting yang ingin ditekankan adalah
membaca al-Quran merupakan suatu ibadah dan diberikan pahala. Oleh itu, untuk
memungkinkan bacaan kita diterima, maka sudah pasti terdapat satu cara bacaan yang perlu
ditepati menurut kehendak-Nya. Persoalan ini sudah menemui jawapannya sejak perutusan
Nabi Muhammad SAW sebagai rasul lagi iaitu bacaan al-Quran mestilah bertepatan dengan
apa yang disampaikan oleh Allah kepada Nabi melalui perantaraan malaikat Jibril. Namun
begitu apakah pula yang menjadi medium penyebaran cara bacaan ini. Oleh hal yang
demikian, penulis akan mengupas satu kaedah utama dalam penyampaian al-Quran iaitu
kaedah talaqqi dan musyafahah yang telah diamalkan sejak zaman nabi sehingga hari ini.
Ringkasnya, kaedah talaqqi musyafahah adalah kaedah pembelajaran atau
penerimaan al-Quran dari mulut ke mulut atau berguru. Ia merupakan kaedah tradisi yang
terbukti berkesan menyampaikan sebarang sebutan dengan tepat dan dianggap satu-satunya
cara sahaja yang boleh digunakan untuk mempelajari al-Quran. Mempelajari al-Quran
menerusi kaedah ini memberikan faedah yang besar kepada guru dan pelajar. Guru dapat
memantapkan teknik pengajarannya manakala pelajar dapat menimba ilmu yang tulus, jelas,
dan sempurna mengikut kehendak Allah SWT.

Kepentingan Kaedah Pengajaran dalam Pendidikan


Konsep pengajaran ialah suatu proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu
pengetahuan atau kemahiran supaya pelajar dapat mempelajari dan menguasainya dengan
betul. Pembelajaran pula ialah suatu proses bagaimana murid-murid memperoleh, menyusun,

1
Ammar Fadzil (2007). Anatomi Al-Quran: mengenal Ilmu, Sejarah dan Kandungan al-Quran. Selagor: PTS
Publication & Distributor Sdn. Bhd. H. 4-5

|Halaman 1
menyimpan dan menggunakan sesuatu ilmu pengetahuan atau kemahiran yang diajarkan. 2
Dua konsep ini mempunyai perkaitan yang sangat rapat dan tidak boleh dipisahkan.
Satu perkara yang perlu dititikberatkan dalam pengajaran guru adalah bagaimana
untuk mempelbagaikan kaedah pengajarannya supaya dapat menarik minat pelajar dan
sekaligus memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu ilmu dengan baik. Oleh hal yang
demikian, beberapa pandangan tokoh berkaitan kepentingan pemilihan kaedah pengajaran
disenaraikan untuk menyerlahkan lagi kepentingannya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran al-Quran. Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik dengan
tujuan mencapai objektif pembelajaran yang spesifik dalam jangka pendek. Ia juga
merupakan cara untuk mencapai hasil pembelajaran dengan menggunakan langkah-langkah
yang tersusun. Maksud kaedah berdasarkan Bahasa Arab membawa beberapa maksud iaitu;
Turuq al-Ta lim - Cara atau jalan yang digunakan dalam pengajaran.
Tasykil al-Maddah - Bentuk atau jenis yang juga disebut sebagai cara yang
munasabah dengan akal yang berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Tariqah al-Ta lim wa Ta alum Takhassus al-Tolabah - Teknik-teknik pengajaran dan
pembelajaran yang tertentu yang digunakan kepada penuntut.
Tariqah al-Tadris - Cara-cara untuk menyampaikan kandungan isi pelajaran kepada
pelajar.
Suluk - Jalan untuk menyampaikan kepada ilmu yang mencakupi ruh, akal dan
jasmani dan
Ibrah Pengalaman yang mengandungi peraturan dan teknik-teknik tertentu.
Definisi kaedah yang pelbagai di atas mempunyai satu persamaan iaitu kaedah itu
adalah pendekatan pengajaran yang disusun oleh guru secara kreatif dan kritis untuk
menghasilkan suasana pembelajaran yang berkesan dan memenuhi objektif pembelajaran
yang telah disusun.

Definisi Talaqqi Dan Musyafahah


Kalimah Talaqqi dari sudut bahasa berasal daripada kalimah Bahasa Arab iaitu
Talaqqa - Yatalaqqa - Talaqqiyan3 yang membawa beberapa makna seperti berikut;
Talaqqatil mar'atu bermaksud wanita mengandung.
Talaqqa as-syai'a bermaksud menemuinya.
Talaqqa fulanan bermaksud beliau menemui orang itu.
Talaqqa as-syai'a minhu bermaksud mengambil ataupun menerima daripadanya dan
Talaqqa al-ilma min fulanin bermaksud dia mengambil ilmu daripada orang itu.
Kesimpulannya Talaqqi dari segi bahasa bermaksud pertemuan secara berhadapan
atau bersemuka. Manakala dari segi istilah bermaksud pertemuan antara guru dan murid
secara bersemuka. Ringkasnya, guru akan memberi contoh bacaan dan murid mengikut
bacaan guru tersebut.
Musyafahah menurut bahasa adalah bercakap-cakap antara dua pihak4 atau sebutan
dari mulut ke mulut yang diambil daripada pergerakkan dua bibir. Manakala menurut istilah
pula bermaksud murid menerima pengajaran secara sebutan guru dengan melihat pergerakkan
bibir guru dan menyebutnya.
Kesimpulannya Talaqqi Musyafahah bermaksud pertemuan antara guru dan murid
secara bersemuka di dalam satu majlis pada satu masa tertentu di mana murid menerima
pengajaran dengan melihat pergerakan bibir guru dan mengikut bacaan guru atau guru

2
www.wikepedia.com pada 30 Oktober 2009
3
Doktor Syeikh Haji Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi (1990). Kamus Idris Al-Marbawi Arab
Melayu. Kuala Lumpur: Darul Fikir. H..225
4
Kamus Idris Al-Marbawi Arab Melayu.Ibid H.. 323

|Halaman 2
mendengar bacaan murid dan membetulkan kesalahan mereka.5 Ringkasnya, kaedah ini
adalah Belajar berguru.

Dalil Talaqqi Musyafahah


Berikut adalah beberapa dalil dari al-Quran dan al-Hadith yang membuktikan bahawa
kaedah talaqqi musyafahah telah diamalkan sejak era kerasulan nabi Muhammad SAW lagi
hingga ke zaman moden ini. Firman Allah SWT di dalam al-Quran:

#s*s mtR#u%ur myHsd $uZn=t b) m/ @yftG9 y7tR$|9 m/ 8hptB w

mtR#u% 7?$$s mtR&ts%


Surah al-Qiyamah (75):16-18

Janganlah engkau (Muhammad) menggerak-gerakkan lidahmu kerana


hendak bersegera membaca dan menghafaznya (sebelum selesai Jibril
membacanya). Sesungguhnya kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-
Quran (ke dadamu) dan Kamilah yang menetapkan bacaannya (pada
lidahmu). Oleh itu, apabila Kami telah selesai membacanya maka ikutlah
bacaannya .

Wx\s? moY9tRur ;]3B 4n?t $Z9$# n?t nr&t)tG9 moY%ts $ZR#u%ur


Surah al-Isra (17):106
Dan al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan ia supaya engkau (Wahai
Muhammad) membacakannya kepada manusia dengan lambat, tenang dan
Kami menurunkannya beransur-ansur .

AO=t AO3ym b$! `B c#u)9$# )n=Gs9 y7R)ur


Surah al-Naml (27):6

Dan Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) diberikan menyambut dan


menerima al-Quran dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha
Mengetahui.

:

6

Daripada Anas Bin Malik bahawasanya Rasulullah SAW telah berkata
kepada Ubai : Sesungguhnya Allah menyuruhku membacakan al-Quran
padamu, Ubai berkata : Adakah Allah memilihku dan menyebut namaku
disisimu?. Jawab Nabi: Allah telah memilih dan menamakan kamu disisiku,
Maka Ubai pun menangis.

5
Haji Nik Jafar bin Nik Ismail (2004). Buku Qawaid Tarannum: Cara Berlagu. Kuala Lumpur: Darul Fikir. H.
157
6
Muhammad bin Ismail Abu Abd Allah al-Bukhari (1994): Sahih al-Bukhari, Kitab Tafsir al-Quran, no.
hadith 4578. j.3. Kaherah: Dar al-Fikr, h.326.

|Halaman 3

7

Sabda Rasulullah SAW: Ambillah (pelajarilah) Al-Quran daripada empat
orang iaitu Abdullah bin Masud , Salim , Muaz dan Ubai bin Ka ab

Sejarah Talaqqi Musyafahah


Dalil-dalil di atas sebenarnya telah jelas menunjukkan bagaimana bermulanya episod
pengamalan kaedah talaqqi musyafahah ini. Namun beberapa perincian akan diberikan bagi
menyokong dalil-dalil yang telah disenaraikan di atas.
Rasulullah SAW mengambil bacaan al-Quran daripada Jibril dengan cara
bertalaqqi.8
Ketika nabi berumur sekitar 40 tahun, nabi sering memencilkan diri dengan bertapa
di gua Hira. Di dalam gua tersebut, nabi telah dikurniakan wahyu yang pertama iaitu Surah
al-Alaq dan dilantik menjadi rasul ataupun utusan bagi seluruh alam pada 17 Ramadhan
bersamaan 6 Ogos 610 Masihi. Ketika itu, Jibril mengajarkan Rasulullah SAW al-Quran
dengan cara membacakan dahulu ayat dan kemudian Rasulullah mengulanginya semula.
Nabi kemudiannya terus menghafaz ayat-ayat tersebut membacakannya pula kepada ahli
keluarga dan para sahabat baginda. Para sahabat menghafaz dan menulisnya. Begitulah
kaedah talaqqi musyafahah ini terus berlangsung setiap kali ia hendak disebarkan.
Talaqqi Musyafahah merupakan salah satu cara Rasulullah menyampaikan
hadith.
Sebagaimana yang telah kita ketahui dalam hadith Jibril yang terkenal, hadith kedua
dalam matan Arbain Nawawi tentang Iman, Islam dan Ihsan, Jibril AS datang menyerupai
seorang manusia yang duduk berlaga lutut dengan Nabi bertanyakan soalan-soalan dengan
tujuan mengajarkan baginda tentang ilmu agama. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
berlakunya proses berguru di antara Nabi, Jibril dan para sahabat.
Namun begitu, perbezaan yang berlaku pada suasana ini adalah ia berlaku dalam
bentuk kumpulan dan bukan individu seperti penerimaan wahyu yang pertama di gua Hira.
Sejarah ini sekali lagi menjelaskan kepada kita bahawa kaedah talaqqi musyafahah ini telah
berlangsung dalam pelbagai gaya mengikut suasana dan tempat. Para sahabat juga telah
menyebarkan rangkaian matan Hadith Nabi kepada umat Islam yang lain menurut kaedah
yang sama, samada secara individu atau berkumpulan. Kehebatan kaedah ini telah
menyebabkan pertalian sanad Hadith masih dapat dikekalkan dengan baik hingga ke hari ini.
Al-Quran dan Ilmu Islam berkembang ke negara-negara Islam dengan kaedah
Talaqqi Musyafahah.
Para sahabat Nabi telah bermusafir ke seluruh pelusuk dunia untuk menyebarkan
agama Islam. Setiap tempat yang disinggahi mereka akan memastikan bahawa segala ilmu
yang diperturunkan oleh Nabi Muhammad SAW disebarkan kepada seluruh manusia.
Pengajaran yang diamalkan ketika itu adalah Talaqqi Musyafahah memandangkan ia adalah
cara terbaik untuk memastikan segala ilmu yang diterima adalah sahih dan mendapat
pengiktirafan dari sahabat sebagai guru mereka.
Contohnya Khalifah Uthman r.a telah mengutuskan enam orang sahabat ke negara-
negara Islam untuk mengajarkan al-Quran seperti Abdullah bin Saib ke Makkah, al-
7
Muhammad bin Ismail Abu Abd Allah al-Bukhari (1994): Ibid., Kitab Fadail al-Quran, no. hadith 4615. j.3.
Kaherah: Dar al-Fikr, h.402.
8
Dr. Danial Zainal Abidin (2008). Bukti-bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad (Edisi Kemaskini)
Selangor: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. h.2.

|Halaman 4
Mughirah bin Abi Syihab ke Syam, Amir bin Abd. Qays ke Basrah, Abu Abd Rahman bin
Habib al-Salami ke Kufah, Zayd bin Thabit ke Madinah dan senaskah lagi disimpan oleh
Saidina Uthman sendiri.9
Ulama Islam seterusnya turut mengamalkan kaedah Talaqqi Musyafahah dalam
menyebarkan ilmu Allah kepada Umat Islam.
Banyak contoh yang kita boleh lihat antaranya Imam Muhammad bin Idris Al-Syafie
Rahimahullah bertalaqqi kitab Muwatta' bersama gurunya Imam Malik bin Anas. Pada masa
kini pula, pondok-pondok atau madrasah yang dibina turut mengamalkan kaedah ini dan
keberkesanannya dilihat apabila lahirnya ramai para ulama yang terus menerus menyebarkan
ilmu Allah ke hari ini.

Kaedah Pembelajaran Secara Talaqqi Musyafahah


Kaedah Talaqqi dan musyafahah berlangsung melibatkan proses-proses seperti berikut;
( ( )/ )
Kedua-dua proses ini mengikut pendapat ulama mutaqaddimin mesti dilakukan bagi
memastikan kesahihan satu-satu bacaan.
Walaubagaimanapun, ulama mutaakhirin berpendapat bahawa memadai membaca di
hadapan guru dan guru mendengar sambil memperbetulkan bacaan murid
memandangkan ia lebih penting kerana tidak semua orang yang mendengar mampu
mengikut atau meniru bacaan guru.
Melakukan kedua-duanya sekali adalah terlebih afdhal.
Talaqqi Musyafahah juga boleh dilakukan secara individu atau berjemaah dengan
seorang guru.
Prinsip dan Objektif Kaedah Talaqqi Musyafahah
Kaedah ini perlu dibangunkan berdasarkan beberapa prinsip iaitu;
Mengutamakan sebutan dan bacaan yang tepat.
Memerhati pergerakan mulut guru secara berdepan atau bersemuka.
Murid menyebut atau mengikut cara sebutan guru.
Kelemahan contoh bacaan daripada guru memberi kesan besar kepada murid.
Manakala objektif pengajaran dan pembelajaran yang perlu diberi perhatian adalah;
Menyebut bunyi huruf hijaiyah yang berbaris dengan tepat.
Membezakan panjang dan pendek sebutan huruf.
Membaca dengan betul dan fasih.
Yakin dan berani mencuba di hadapan guru.

Kepentingan Talaqqi Musyafahah


Pengamalan Kaedah Talaqqi Musyafahah dengan betul serta mengikut prinsip-
prinsipnya yang telah digariskan akan menghasilkan impak yang positif kepada guru dan
pelajar. Berikut akan dibincangkan pula secara jelas berkenaan kepentingan kaedah ini
diamalkan dalam proses P&P.
Sunnah Rasulullah SAW
Baginda bertalaqqi Al-Quran dengan Malaikat Jibril dan mengkhatamkannya sekali
setiap bulan Ramadhan dan dua kali pada tahun terakhir sebelum kewafatan Baginda SAW.
Sejarah ini jelas menunjukkan kepada kita bagaimana bibit pendidikan telah berputik sejak
awal kerasulan Nabi Muhammad SAW. Malaikat Jibril menyampaikan segala Firman Allah

9
Abdul Rahman abd Ghani (2008). Rasm Uthmani Pelengkap Pembacaan Al-Quran. Kuala Lumpur: Perniagaan
Rita. H.26-28.

|Halaman 5
menerusi kaedah talaqqi musyafahah iaitu Jibril memulakan bacaan dan diikuti nabi,
seterusnya dihafalkan ayat-ayat tersebut.10 Bermula dari surah al-Alaq sehinggalah surah
terakhir, kaedah yang sama digunakan dalam transmisi kalam Allah kepada manusia. Kaedah
ini juga turut diaplikasikan Rasulullah SAW dalam usaha menyampaikan Kalam Allah
kepada para sahabat seterusnya kaedah warisan ini terus diamalkan ketika mana ayat-ayat
Allah disebarkan kepada seluruh umat manusia.
Talaqqi merupakan satu-satunya cara Al-Quran dipindahkan dan diriwayatkan
() .
Ketika Islam di awal era kebangkitannya dan ayat-ayat al-Quran masih lagi
diturunkan, aktiviti penyebarannya adalah terhad kepada kaedah ringkas seperti membaca,
mengikut, mengulang dan memahaminya sahaja. Walaubagaimanapun, kaedah talaqqi
musyafahah ini telah diperhebat dengan pelbagai kaedah moden seperti kaedah al-
Baghdadiyah, al-Muyassar, al-Iqra , al-Baraqy, Kalam, al-Hattawiyyah, dan lain-lain
semata-mata ingin memastikan umat Islam berminat dan mudah untuk mempelajari Kalam
Allah yang agung ini.11 Perkara ini dilakukan oleh para ulama bagi memastikan keaslian al-
Quran terus terpelihara hingga ke akhir zaman. Walaupun kita dibanjiri dengan ledakan
kemajuan ICT yang katanya boleh memberi pendidikan tentang pembacaan Al-Quran, namun
ia masih terdapat pelbagai kekurangan dan kelemahan. Ringkasnya, ICT masih tidak boleh
menggantikan guru dalam memberi tunjuk ajar yang berkesan dalam pembacaan al-Quran
yang betul dan tepat. Kesimpulannya, Talaqqi musyafahah adalah kaedah pertama dan utama
untuk menyebarkan Kalam Allah.
Menerima ilmu dengan sanad yang sahih sampai kepada Rasulullah.
Mempelajari ilmu dan memiliki sanad yang bersambung hingga Rasulullah adalah
suatu kelebihan yang mulia dan memberi kesan yang besar kepada pemiliknya. Ilmu dan
fakta yang dipelajari adalah bersifat tulus, benar, pragmatis dan sah kerana ia diterima
daripada Rasulullah SAW yang menerima panduan wahyu daripada Allah. 12 Kebiasaannya,
amalan mendapatkan sanad yang sah ini banyak berlaku di negara-negara timur tengah dan
tidak kurang juga di sebelah negara-negara Asia. Guru-guru yang memiliki sanad ini akan
membentangkan senarai sanad mereka yang dinukilkan dalam helaian tertentu dan
kemudiannya melakukan akad pengijazahan untuk memeterai bahawa seseorang itu telah
menerima ilmu yang bersanad sehingga Rasulullah. Kelak, mereka ini akan menjadi orang
yang berautoriti dalam masyarakat untuk dijadikan rujukan dalam pelbagai ilmu tertumanya
berkaitan al-Quran.
Mengetahui kesahihan,kebenaran dan kebolehpercayaan ilmu yang dipelajari.
Abdul Rahman bin Abdul Khaliq dalam kitabnya berjudul kaedah menghafaz al-
quran, beliau menekankan kaedah kedua hafalan iaitu membetulkan ucapan dan bacaan.
Beliau menyarankan kepada para huffaz supaya membetulkan ucapan dan bacaan mereka
dengan memperdengarkan bacaan mereka kepada seorang qari yang baik atau huffaz yang
mahir.13 Guru yang mahir ini amat berperanan dalam memastikan setiap inci ayat yang
diperdengarkan adalah tepat berdasarkan bacaan Rasulullah. Demikian juga adalah lebih baik

10
Abdul Rahman Muhamad Al Azhari (2002). Sejarah al-Quran dan Kegemilangan Islam. Johor Darul
Takzim: Perniagaan Jahabersa. H.64.
11
Dr Afaf Abdul Ghafoor Hameed & Dr. Adel M. Abdulaziz & Dr. Mohamed Abdullahi Nur & Muhammad
Mustaqim Mohd Zarif (2003). Isu Semasa Pengajian Quran dan Sunnah. Kuala Lumpur: Mes Enterprise
Sdn. Bhd. H. 115
12
Wan Mohd Nor Wan Daud (2007). Budaya Ilmu Satu Penjelasan. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.
H.34-39
13
Abdul Rahman bin Abdul Khaliq (1994). Kaedah Menghafaz al-Quran. Kuala Lumpur: Penerbitan Kintan
Sdn. Bhd. H.16

|Halaman 6
jika guru-guru ini mempunyai sanad yang bersambung dengan Rasulullah supaya ilmu yang
diterima lebih meyakinkan. Hal ini juga sesuai diaplikasi dalam ilmu-ilmu lain seperti tafsir,
fiqh, sains, mantik, akidah, ibadah dan lain-lain.
Menghindari dari keciciran ayat Al-Quran.
Perkara ini dapat direalisasikan jika para pelajar dan guru sentiasa bersikap jujur dan
bertanggungjawab terhadap al-Quran. Ketelitian amat diperlukan ketika melakukan
pembacaan dan sebarang kesilapan wajib diperbetulkan dengan kadar segera. Keciciran ayat
amat dikhuatirkan oleh para huffaz al-Quran. Oleh hal yang demikian, usaha memulakan
hafalan atau mengulang hafalan perlulah dilakukan secara konsisten dihadapan guru supaya
perkara buruk ini dapat dielakkan dari berlaku.
Ketika al-Quran masih dalam usaha pengumpulannya, Saidina Umar al-Khattab telah
melantik Zaid bin Thabit untuk mengumpulkan ayat-ayat al-Quran dan didokumentasi dalam
bentuk tulisan. Ketika usaha ini dilakukan, Zaid bin Thabit menemui para sahabat untuk
mendengar bacaan mereka dan meneliti sebarang catatan yang pernah dikumpulkan. Proses
talaqqi yang dilalui ini membolehkan Zaid untuk mengesan kekurangan pada ayat-ayat yang
dibaca disamping dapat memastikan ayat-ayat yang telah dimansuhkan tidak dikumpulkan
dalam mushaf yang akan ditulisnya kelak. Usaha menghindarkan keciciran ayat ini bukan
sahaja telah memenuhi hak al-Quran tetapi memenuhi tanggungjawab kemanusiaan iaitu
membolehkan umat Islam masa kini dapat membaca Kalam Allah yang menjadi panduan
hidup ummat manusia.
Mengenalpasti ayat-ayat Al-Quran palsu atau yang diselewengkan.
Sejak awal al-Quran diturunkan, para musyrikin Mekah sentiasa berusaha
memesongkan akidah umat Islam dengan cara menyeleweng dan mencipta syair-syair untuk
menandingi kehebatan ayat al-Quran. Usaha ini bukan sahaja sia-sia malah mendapat
kemurkaan dari Allah SWT. Perkara ini turut berlangsung pada zaman ini dan bertambah
dahsyat apabila mereka memaniplasi ilmu dan kemahiran ICT untuk meruntuhkan akidah
ummat yang telah sedia lemah. Pelbagai artikel yang menyesatkan termasuk pembinaan al-
Quran palsu dilakukan dan disebarkan di internet. Laman-laman web ini sangat mudah untuk
dilayari dan sangat berbahaya kepada umat Islam yang membacanya dan tidak melakukan
sebarang penelitian mendalam tentangnya.
Rentetan masalah ini, para Qurra perlu membangunkan kelas-kelas pengajian al-
Quran demi memberi didikan kepada umat Islam tentang al-Quran supaya kelak tidak mudah
terpedaya dengan pemalsuan yang dahsyat ini. Selain itu usaha membongkarkan kejahatan ini
mesti dilakukan dengan sebaran di internet termasuk melalui kelas-kelas pengajian al-Quran
atau selainnya. Berdasarkan kelas-kelas ini, para guru mungkin dapat mengesan sebarang
ayat al-Quran yang dipalsukan yang mungkin diamalkan oleh sesetengah umat Islam. Aktiviti
pemurnian mesti dilakukan oleh semua pihak yang mempunyai autoriti dalam bidang al-
Quran demi menjaga kesucian kitab yang agung ini.
Mengesan kesalahan bacaan dengan efektif dan membetulkannya secara terus.
Ketepatan dalam sebutan dan pembacaan al-Quran hanya boleh dikuasai dengan
bertalaqqi. Contohnya dalam menentukan qadar mad, sebutan huruf, bacaan Isymam, raum,
imalah, tashil dan sebagainya yang tidak mungkin diketahui dengan hanya membaca atau
mempelajari ilmu tajwid secara teori tanpa tunjuk ajar secara amali atau praktikal oleh guru.
Apabila pelajar mendengar dan melihat pergerakan bibir guru secara langsung, mereka dapat
meniru dan membetulkan cela yang berlaku ketika melakukannya. Hal ini tidak mungkin
dapat dipelajari melalui buku atau sekadar melihat gambar yang berkaitan dengannya.
Mengetahui kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan ilmu.
Matlamat sesuatu ilmu dipelajari adalah untuk diingati dan diamalkan. Kita dapat
melihat perkara ini melalui contoh pendidikan formal di Malaysia yang mementingkan
perancangan guru (lesson plan) sebelum masuk ke kelas untuk mengajar. Antara perkara

|Halaman 7
yang ditekankan adalah penulisan objektif bagi setiap sessi pengajarannya. Penekanan dalam
aspek ini diberikan supaya pada akhir pengajaran, guru dapat mengukur sejauhmana
penerimaan para pelajar terhadap sesuatu ilmu yang telah disampaikan. Dalam hal ini
pelbagai kemahiran insaniah diambil kira. Jika kita melihat dari aspek aplikasi kaedah talaqqi
musyafahah dalam konteks pengajaran di sekolah atau selainnya, guru boleh mengesan
peringkat penguasaan para pelajar dengan melakukan beberapa ujian. Contohnya, guru dapat
menilai kefasihan bacaan al-Quran dengan melakukan ujian syafawi. Setelah kelemahan dan
kelebihan pelajar diketahui, guru boleh pula melakukan aktiviti lanjutan seperti latih tubi atau
pengayaan.
Menjadi proses mengulangkaji yang berkesan.
Kaedah talaqqi musyafahah sangat praktikal terutamanya dalam proses ulangkaji
bacaan al-Quran atau ilmu-ilmu lain. Para pelajar berpeluang menguji sejauhmana kekuatan
ingatan mereka terhadap fakta yang dipelajari, kebenarannya dan bagaimana
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Guru yang berautoriti dapat memberi
bantuan dari segi pembetulan, pemurnian dan juga menerapkan nilai yang baik untuk
diamalkan. Proses ulangkaji ini akan tambah berkesan jika ia dilakukan secara berulang-
ulang dan dipelbagaikan formasinya seperti mendirikan aktiviti dalam kumpulan kecil atau
besar dan disokong dengan kemudahan ICT atau bahan bantu mengajar (BBM).
Dapat mempercepatkan tahap pemahaman para pelajar.
Merujuk kepada definisi kaedah iaitu satu siri tindakan guru yang sistematik dengan
tujuan mencapai objektif pelajar yang spesifik dalam jangka pendek atau cara mencapai
hasil pembelajaran dengan menggunakan langkah-langkah yang tersusun, maka satu
rumusan dapat diberikan iaitu kaedah pengajaran guru sangat mempengaruhi tahap
pemahaman pelajar terhadap ilmu. Kaedah talaqqi musyafahah adalah pengajaran yang
melibatkan komunikasi dua hala dan koreksi secara terus. Aktiviti sedemikian menyebabkan
sebarang input yang diajarkan oleh guru terus terpasak pada minda pelajar. Hal ini berlaku
secara maksimum kerana bimbingan guru ketika proses pemindahan fakta adalah 100%.
Kelebihan ini dapat dipertingkatkan lagi sekiranya proses talaqqi musyafahah dihadkan
kepada kumpulan kecil atau secara individu. Privasi yang diberikan ini akan meluaskan fokus
kepada penyampaian ilmu yang berkesan dan bermanfaat.
Selain daripada perkara-perkara di atas, antara kepentingan lain adalah bertalaqqi
musyafahah boleh membina keyakinan dalam diri pelajar untuk membaca al-quran dihadapan
guru serta dapat mengenalpasti secara amali tahap kefahaman dan perlaksanaan murid
terhadap hukum hakam tajwid dalam bacaan al-Quran yang meliputi makhraj huruf, sifat-
sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid. Pelajar juga akan lebih positif dalam membuat
penilaian terhadap para guru,syeikh atau ulama. Walaubagaimanapun satu perkara yang
amat penting perlu diingati oleh para guru al-Quran adalah kelemahan contoh bacaan guru
akan menimbulkan kesan yang besar terhadap murid. Oleh hal yang demikian, barangsiapa
sahaja yang ingin memulakan pengajian al-Quran, maka perlulah ia menyelidiki terlebih
dahulu tentang kebolehan gurunya terhadap ilmu al-Quran supaya masalah ini dapat
dihindari.
Kesimpulan
Al-Quran adalah sebuah kitab hidayah kepda seluruh umat manusia. Hukum
membacanya dengan betul adalah merupakan fardhu ain bagi setiap orang yang
mengucapkan kalimah syahadah dan mempelajarinya pula adalah fardhu kifayah. Kaedah
pengajian al-Quran secara talaqqi dan musyafahah adalah yang terbaik dan ianya merupakan
kaedah yang telah digunakan oleh Rasulullah SAW seterusnya disambung oleh para ulama
Islam secara mutawatir bagi mengekalkan ketulenan dan keaslian cara bacaan al-Quran.
Justeru itu, adalah digalakkan bagi semua umat Islam untuk mempelajari al-Quran dengan
cara yang terbaik ini melalui guru yang benar-benar diyakini bacaannya.

|Halaman 8
|Halaman 9
Bibliografi

Abdul Rahman abd Ghani (2008). Rasm Uthmani Pelengkap Pembacaan Al-Quran.
Kuala Lumpur: Perniagaan Rita.
Abdul Rahman Muhamad Al Azhari (2002). Sejarah al-Quran dan Kegemilangan
Islam. Johor Darul Takzim: Perniagaan Jahabersa.
Abdurrahman bin Abdul Khalik (1994). Kaedah Menghafaz al-Quran. Kuala Lumpur:
Penerbitan Kintan Sdn. Bhd.
Ammar Fadzil (2007). Anatomi Al-Quran: mengenal Ilmu, Sejarah dan Kandungan al-
Quran. Selagor: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd.
Doktor Syeikh Haji Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi (1990). Kamus Idris Al-
Marbawi Arab Melayu. Kuala Lumpur: Darul Fikir.
Dr Afaf Abdul Ghafoor Hameed & Dr. Adel M. Abdulaziz & Dr. Mohamed Abdullahi
Nur & Muhammad Mustaqim Mohd Zarif (2003). Isu Semasa Pengajian Quran
dan Sunnah. Kuala Lumpur: Mes Enterprise Sdn. Bhd.
Dr. Danial Zainal Abidin (2008). Bukti-bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad
(Edisi Kemaskini). Selangor: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Haji Nik Jafar bin Nik Ismail (2004). Buku Qawaid Tarannum: Cara Berlagu. Kuala
Lumpur: Darul Fikir.
Wan Mohd Nor Wan Daud (2007). Budaya Ilmu Satu Penjelasan. Singapura: Pustaka
Nasional Pte. Ltd.
www.scribd.com
www.wikepedia.com

| H a l a m a n 10

Anda mungkin juga menyukai