Anda di halaman 1dari 23

SADN 1013

Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

SYURA DALAM SISTEM POLITIK ISLAM DAN KEBAIKANNYA

PENGENALAN
Syura adalah merupakan suatu tuntutan yang difardhukan kepada umat

Islam.

Kepentingan syura dalam menyelesaikan masalah adalah begitu penting terhadap


sesebuah pertubuhan, organisasi mahupun pentadbiran kerajaan. Ianya juga dianggap
sebagai salah satu daripada cabang fiqh yang perlu diberi pemahaman semula di
dalam menghadapi sesuatu cabaran dan tuntutan semasa. Ia adalah asas dan kaedah
tertinggi dalam melaksanakan kewajipan agama sebagaimana yang diperintahkan oleh
Allah SWT. Perintah syura yang diwahyukan kepada baginda SAW sebagai suatu
penghormatan kepada akal fikiran insan berpandukan wahyu Allah SWT (Fakhrurazi
Ghazali).
Pembentukan negara Islam adalah suatu tuntutan dalam Islam. Ia termasuk dalam
perkara tuntutan Fardu Kifayah. Kepentingan tentang pembentukan negara Islam ada
kaitannya dengan perlaksanaan syariah, kerana syariah tidak dapat dilaksanakan tanpa
ada negara dan kedaulatan politik. Tuntutan perlaksanaan syariah adalah wajib ke
atas Muslim, maka mewujudkan negara Islam adalah suatu yang wajib (Abd. Halim El
Muhammady).
Pesanan Rasulullah s.a.w. kepada Abu Zar al-Ghifari.;
"Wahai Abu Zar, kamu lemah sedangkan jawatan yang kamu minta ini adalah
amanah. Dan dengannya (jawatan) kelak di hari akhirat kamu akan menyesal dan
dukacita; melainkan kamu ambil kerana kamu layak memikulnya, dan kamu

200954

SADN 1013
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

tunaikan pula amanah itu." Abu Zar adalah sahabat nabi yang pernah pengsan
kerana takutkan Allah, jauh berbeza dengan kita hari ini.

DEFINISI SYURA
Menurut bahasa, Syura bererti Mesyuarat.
Menurut istilah syariat Islam, erti syura atau musyawarah ialah bertukar fikiran atau
berbincang antara dua orang atau lebih dalam menghadapi hal-hal yang dibenarkan
oleh syariat sesuai dengan adab-adab, cara cara yang syari untuk memperoleh hasil
yang baik dan benar yang akan menjadi tindakan bersama, seseorang atau satu
kelompok.
Dan orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan
mendirikan shalat, sedang urusan mereka diputuskan dengan musyawarah
antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan
kepada mereka.
(QS. Asy-syura 42: 38)

PENGERTIAN SYURA
Dalil yang mengharuskan Syura:
Syiekh Said Hawwa ada menyebut persoalan syura di dalam bukunya Durus Fi Amal
Islami:

200954

SADN 1013
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

Syura adalah ciri yang asas serta sifat yang perlu ada dalam gerakan Islam, tanpanya
hilanglah kekuatan dan kemantapan gerakan Islam seperti mana hilangnya solat dari
mereka
Syura Perlulah:

Berdasarkan Al-Quran dan Sunnah


Menggunakan feqh aulawiyyah (keutamaan) dan feqh muazanah
(pertimbangan)

SYURA (MUSYAWARAH)
Di antara nilai-nilai kemanusiaan dan sosial yang dibawa oleh Islam adalah syura
(musyawarah). Makna syura adalah bahawa hendaknya seseorang tidak menyendiri
pendapatnya dan dalam persoalan-persoalan yang memerlukan kebersamaan fikiran
dengan orang lain. Karana pendapat dua orang atau lebih dalam jamaah itu dianggap
lebih mendekati kebenaran daripada pendapat seorang saja.
Sebagaimana musyawarah dalam suatu urusan itu dapat membuka pintu kesulitan dan
memberi kesempatan untuk melihat urusan itu dari berbagai sudut, sesuai dengan
perbezaan perhatian tiap individu dan perbezaan tingkat pemikiran serta tingkat
pengetahuan mereka. Dengan demikian maka keputusan yang diperoleh adalah
berdasarkan persepsi (tashawwur) yang syamil (sempurna) dan berdasarkan studi
yang menyeluruh.
Dengan adanya aktifitas bermusyawarah, manusia akan mempunyai nilai tambah,
selain dan yang bersumber dari pikirannya sendiri. Yakni pemikiran orang lain. Selain itu
ilmunya juga bertambah oleh ilmu orang lain. Seorang penyair mengatakan:
"Apabila suatu idea itu telah sampai pada musyawarah, maka minta tolonglah
dengan idea orang yang memberi nasihat dengan mantap, dan jangan kamu
mengira bahwa musyawarah itu akan merugikan kamu, karena para pendahulu itu
menjadi penguat generasi masa kini."
3

200954

SADN 1013
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

Islam telah menyuruh kita untuk bermusyawarah dalam kehidupan individu,


berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara (Yusuf Qardhawi)
SYURA DALAM SUNNAH
Abu Hurairah mengatakan, sebagaimana dicatat oleh Al-Bukhari, Aku tidak melihat
orang yang paling banyak bermusyawarah dengan para sahabatnya selain
Rasulullah saw.
Hadits Aisyah ra saat peristiwa Haditsul Ifki: maka nabi SAW memanggil Ali bin
Abi Thalib & Usamah bin Zaid ra untuk meminta saran tentang keluarganya (HR
Bukhari di beberapa tempat dlm shahih-nya,
KEPENTINGAN SYURA
Syura amat luas bidang dan cukupannya. Ia merangkumi seluruh aspek kehidupan
manusia,

samada

bersangkutan

dengan

kehidupan

harian

dan

sebagainya,

sehinggalah kepada pemerintahan Negara. Namun begitu syura tidak seharusnaya


dipandang penting dalam bidang politik dan pemerintahan sahaja, namun dari segala
sudut kehidupan bagi mendapatkan keputusan dan natijah yang terbaik, maka
seseorang itu sebaiknya bermesyuarat dalam setiap urusan, umpama untuk membeli
sesuatu dengan orang-orang yang arif, begiti juga untuk memilih pasangan hidup,
seseorang itu sebaiknya bermesyuarat dengan ahli keluarga,begitu juga para hakim,
kadi, mufti dan sebagainya dalam menentukan hukum yang betul dan ketetapan serta
keputusan yang terbaik dengan bermesyuarat dengan mereka yang arif dalam bidang
tertentu, dan sudah tentu kepentingan pelbagai sudut dapat dijaga (Abdul Monir
Yaacob)
4

200954

SADN 1013
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

Oleh itu kita dapat lihat Rasulullah s.a.w. sendiri adalah orang yang paling banyak
bermesyuarat bersama-sama para sahabatnya.

Ini jelas diterangkan oleh

Allah sebagai pengajaran untuk manusia sebagaiman firmanNya yang bermaksud:


Dan Bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila
kamu

telah

membulatkan

tekad,

maka

bertawakallah

kepada

Allah.

Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang yang bertawakal kepadanya


(Ali Imran Ayat 159)
Syura adalah prinsip fitrah yang sememangnya wujud di dalam jiwa manusia. Manusia
suka urusan mereka dibincangkan dengan meneliti pandangan yang berbagai.
Manusia tidak suka dipaksa dengan cara yang zalim dan menekan kepentingan
mereka.
Syura adalah prisnsip asas dalam khalifah insaniah di muka bumi juga sebagai prinsip
asas dalam khalifah ummah di dalam satu-satu masyarakat dan negara. Allah Taala
berfirman yang bermaksud;
dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: sesungguhnya
aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi (Al-Baqarah Ayat 30)
SYURA DALAM SEJARAH
Sebuah Kisah Kebanggaan
Saat terjadi pertempuran dengan Persia, Panglima Tentara Persia meminta bertemu
dengan Panglima Perang Kaum Muslimin untuk melakukan perundingan. Setelah
Panglima Tentara Persia itu menyampaikan keinginannya, Panglima Perang Muslimin
5

200954

SADN 1013
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

menjawab, Beri saya waktu untuk bermusyawarah dengan orang-orang. Panglima


Persia itu mengatakan, Kami tidak mengangkat orang yang selalu mengajak
bermusyawarah sebagai pemimpin. Panglima Muslim itu menjawab, Kerana itulah
kami selalu mengalahkan kalian. Kami justru tidak pernah mengangkat pemimpin dari
orang yang tidak mau bermusyawarah.

Terdapat banyak ketika yang menunjukkan bagaimana Rasulullah SAW menjalankan


syura di dalam urusannya di sepanjang sirah hidupnya. Di antaranya ialah ketika
peperangan Khandaq yang berlaku apabila sebilangan pemimpin Yahudi Bani AlNadhir menghasut bangsa Quraisy, Qabilah Ghafatan, Bani Fuzarah dan Bani Murrah
untuk memerangi Rasulullah SAW dan pihak Muslimin keseluruhannya.

Peristiwa pertama berlaku ketika pihak Muslimin mendapat tahu akan pakatan
yang dibuat oleh kaum Yahudi, Quraisy dan beberapa qabilah daripada bangsa
Arab. Sebaik sahaja Rasulullah SAW menerima berita pakatan tersebut,
Baginda SAW terus menyampaikan berita ini kepada kaum Muslimin yang
ketika itu berada di Madinah dan bermesyuarat dengan mereka bagi
membincangkan masalah ini. Maka, salah seorang daripada sahabat Rasulullah
SAW, iatu Salman Al-Farisi pun mencadangkan agar digali kubu di sekitar luar
kota Madinah.
Di Parsi, apabila kami takut akan penceroboh, kami akan menggali parit di
sekitar kami untuk membiarkan mereka terperangkap di teluk.8
Rasulullah SAW telah bersetuju dengan cadangan ini dan sebuah parit telah
digali di bahagian yang terdedah kepada serangan musuh di luar kota Madinah.

200954

SADN 1013
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

Satu lagi peristiwa yang berlaku di dalam tempoh peperangan yang sama, iaitu apabila
pihak musuh telah membajiri bahagian luar kubu yang telah digali oleh pihak Muslimin.
Sementara itu, di dalam kota Madinah pula golongan munafiq sedang menjalankan
kerja mereka untuk manabur keraguan dan memecah belahkan saf Muslimin.
Melihatkan keadaan yang semakin meruncing, Rasulullah SAW telah memanggil
Sa`ad bin Mu`adz dan Sa`ad bin `Ubadah lantas bermusyawarah dengan mereka.
Rasulullah SAW mengatakan bahawa baginda akan berdamai dengan Qabilah
Ghaftan (salah satu daripada qabilah musuh) memberi satu pertiga daripada hasil
buah-buahan Madinah kepada mereka agar mereka mengundur diri dari medan
pertempuran. Lalu kedua-dua Saad berkata,Ya, Rasulullah SAW. Apakah keputusan
ini merupakan suatu pendapat tuan hamba untuk kami bertindak atau apakah ini suatu
suruhan yang ingin Rasulullah SAW lakukan untuk faedah kami atau satu perintah dari
Allah? Baginda SAW menjawab, Malah ini adalah suatu perkara yang ingin aku
lakukan untuk kebaikan kamu dan supaya dengannya dapat kuleraikan mereka.
Lantas Sa`ad bin Muadz menjawab,Demi Allah, sesungguhnya kami tidak berhajatkan
ini, demi Allah kita tidak akan memberi kecuali mata pedang sahaja, hingga Allah SWT
menghukumkan di antara kita dan mereka. Muka Rasulullah SAW pun memancarkan
cahaya kesenangan dan berkata,Engkau dan pendapat engkau.(tarbiyah kampus)
Saat Perang Badr:
Dilakukan majlis syura dalam penentuan penyusunan pasukan & saat
berangkatnya pasukan kaum muslimin
(Sirah Ibnu Hisyam, I/620)

200954

SADN 1013
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

Saat Perang Uhud:


Dilakukan majlis syura mengenai apakah akan keluar menyerang musuh ke luar
kota Madinah atau cukup menunggu di dalam kota saja
(Al-Bidayah, Ibnu Katsir, IV/11-13)

SYURA KEBANGGAAN UMAT ISLAM


Khalifah Umar Bin Khattab mengatakan, Tiada kebaikan pada suatu urusan
yang dilaksanakan tanpa musyawarah. (An- Nizham As-Siyasi Fil-Islam,
Muhammad Abdul- Qadir Abu Faris).
HUKUM SYURA
Sunnah ( ))
Dinukil

pendapat

Imam

Asy-Syafii

mengenai

masalah

ini,

beliau

berkata:

Sesungguhnya perintah dalam ayat dan bermusyawarahlah kalian dalam urusan itu
menunjukkan hukumnya sunnah. (Tafsir Ar- Razi, IX/67)
Dinukil dari Imam Al-Baihaqi tentang sunnahnya bermusyawarah.
(Al-Fath, XII/249)
Wajib ( ))

200954

SADN 1013
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

Dari Ibnu Khariz Mindad berkata: Wajib bagi setiap penguasa untuk bermusyawarah
dengan para ulama pada hal-hal yang mereka tidak ketahui dan dalam masalah yang
sulit. (Tafsir Al-Qurthubi, IV/249)
Ibnu Taimiyyah berkata: Sesungguhnya ALLAH Taala memerintahkan untuk
menyatukan hati para sahabatnya dan agar diikuti oleh orang-orang setelahnya, dan
agar mereka mau mengeluarkan pendapatnya dalam masalah yang tidak diturunkan
wahyu tentangnya, seperti dalam masalah peperangan dan masalah-masalah cabang
dan yang selainnya. (Al-Fatawa, Ibnu Taimiyyah, XXVIII/387).
Imam Al-Qurthubi bahkan menyatakan: Jika penguasa tidak mahu bermusyawarah
maka wajib diturunkan, hal ini juga dinukil dari Ibnu Athiyyah, ia berkata: Syura adalah
kaidah syariyyah dan kewajiban hukum ALLAH, maka jika penguasa tidak
bermusyawarah dengan ahli ilmu maka memisahkan diri dari penguasa tersebut
hukumnya wajib. (Tafsir Al-Qurthubi, II/474)
Terdapat berbagai-bagai bidang yang dilaksanakan melalui sistem musyawarah ini.
Ianya termasuklah :

Hakim (pemerintah) juga melaksanakan tuntutan syura bersama ahli halli wal
aqdi dalam menentukan sesuatu dasar yang berhubung dengan maslahah

ummah dalam pentadbiran Negara.


Syura juga dilaksanakan di dalam majlis kehakiman sebagaimana berlakunya
syura di antara qadhi bersama para ilmuan dan fuqaha' terhadap sesuatu
qadhiah sebelum sesuatu ketetapan diambil terhadap hukuman yang bakal
diputuskan.

200954

SADN 1013
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

Dalam aspek kehidupan seharian seperti urusan munakahat, baie, ijarah,

wakalah dan dzoman di mana berlakunya proses syura .


Majlis mufti juga melaksanakan konsep syura bersama para alim ulamak di
zamannya sebelum sesuatu fatwa dikeluarkan untuk tatapan umum.

PRINSIP DALAM SYURA

Keikutsertaan Individu Dalam Jamaah


Kebebasan Mengeluarkan Pendapat
Bersifat Adil Dalam Menetapkan Syura
Mengutamakan Pendapat Dari Sudut Dimensi Masing-Masing Individu
Ketetapan Keluar Manakala Suara Sudah Mencapai Bulat

Syura (musyawarah) disebutkan di dalam Al-Quran sebagai salah satu ciri utama Islam
yang secara integral berkaitan dengan ketaatan kepada Allah, melaksanakan shalat,
dan mem belanjakan apa-apa yang telah dikaruniakan Allah untuk keperluan-keperluan
masyarakat. Al-Quran mengatakan: "Dan mereka yang mematuhi seruan Tuhannya dan
mendirikan shalat, sedang urusan mereka (dalam segala urusan kemasyarakatan)
diselesai kan dengan musyawarah di antara mereka dan yang menafkahkan sebagian
dari rizki yang kami berikan kepada mereka." (Asy-Syura: 38).
Prinsip syura harus dipakai pada setiap tingkat inter aksi sosial. Keluarga, yang
merupakan kesatuan terkecil dari struktur masyarakat, juga diperintahkan
untuk melaksanakan syura sebelum memutuskan masalah-masalah penting.
Al-Quran mengajarkan orangtua untuk membicarakan penyapihan anak
melalui pertukaran pendapat (syura): "...dan apabila kedua orangtua

10

200954

SADN 1013
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

memutuskan melalui permusyawaratan untuk menyapih anaknya, maka tidak


ada dosa atas mereka..."
(Al-Baqarah Ayat 233)
Ayat tersebut ditujukan kepada Nabi dalam kapasitasnya sebagai pemimpin
masyarakat Islam. Bila Nabi, dengan segenap kemaksuman dan kebesarannya,
berkewajiban kon sultasi dengan rakyatnya, maka pemimpin Islam sesudahnya tentu
lebih banyak dituntut untuk berkonsultasi ketimbang Nabi, sesuai dengan kadar
perbedaan antara keduanya.(Syamsul Balda)
Asas Kepada Prinsip Syura Ini Ialah Firman Allah S.W.T.
Maksudnya:
"Bermesyuaratlah dengan mereka dalam satu-satu urusan"

dan firmanNya yang

bermaksud, "Dan urusan mereka hendaklah bermesyuarat di antara mereka". Ayatayat ini memerintahkan supaya bermesyuarat dalam perkara yang melibatkan urusan
orang-orang Muslim. Dalam amalan Rasulullah s.a.w, prinsip ini adalah dijalankan,
baginda bermesyuarat dengan sahabatsahabatnya dalam urusan-urusan kepentingan
umat dan negara seperti dalam peristiwa peperangan Badar dan Uhud . Demikian juga
amalan para sahabat-sahabat, baginda Abu Bakar bermesyuarat untuk mengambil
tindakan

ke

atas

orang-orang

murtad,

Saidina

Umar

bermesyuarat

untuk

menyelesaikan tanah rampasan perang". Mereka juga bermesyuarat untuk mengambil


tindakan mengumpul dan menyalin menyusun al Qur'an. Jadi, amalan prinsip syura ini
adalah lumrah dalam pimpinan Islam dalam segenap peringkatnya.

11

200954

SADN 1013
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

SYURA DALAM KEHIDUPAN BERMASYARAKAT DAN BERNEGARA


Walaupun syura dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka Al Qur'an
memasukkannya sebagai unsur terpenting dalam berjamaah (bermasyarakat).
Demikian itu disebutkan dalam Al Qur'an Makky (yang diturunkan di Mekkah) yang
telah membangun kaidah-kaidah asasi dan meletakkan dasar-dasar kehidupan Islam.
Maka syura itu juga dimasukkan dalam sifat-sifat orang yang beriman, disertai dengan
sifat-sifat lainnya yang asasi, di mana keislaman dan keimanan seseorang tidak
sempurna kecuali dengan sifat-sifat itu. Yaitu, istijabah (menyambut) seruan Allah,
mendirikan shalat, dan menginfakkan apa yang diberikan Allah kepadanya. Ini
disebutkan dalam surat yang membawa nama "As-Syura." Allah SWT berfirman:
"Maka sesuatu apapun yang diberikan kepadamu, itu adalah kenikmatan
hidup didunia; dan apa yang ada pada sisi Allah lebih baik dan lebih kekal
bagi orang-orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhannya, mereka
bertawakkal, dan (bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan
perbuatan-perbuatan keji, dan apabila mereka marah mereka memberi
mnaf Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan
Tuhannnya dan mendirikan shalat, sedang urusan mereka (diputuskan)
dengan musyawarah antara mereka; dan mereka menafkahkan sebahagian
dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka."
(Asy Syura: 36-38)
Perintah dalam ayat ini turun serelah perang Uhud, di mana Rasulullah SAW
bermusyawarah dengan para sahabatnya, tetapi Rasulullah mengikuti pendapat majoriti
sahabat. Dan hasilnya, adalah kekalahan yang menimpa ummat Islam sehingga gugur

12

200954

SADN 1013
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

tujuh puluh syuhada' dari para sahabat pilihan, termasuk di antaranya Hamzah,
Mush'ab, Sa'ad bin Rabbi dan lain-lain (Yusuf Qardhawi)
PRINSIP-PRINSIP NEGARA ISLAM
Negara islam ditegakkan di atas empat prinsip yang penting
1. Prinsip Syura
2. Prinsip Keadilan
3. Kebebasan
4. Persamaan

KONSEP SYURA DALAM ISLAM


Syura

adalah

merupakan

suatu

konsep

perbincangan

yang

diletakkan

bagi

menyelesaikan sesuatu masalah dalam pentadbiran umat Islam. Pentingnya sistem


syura dilaksanakan adalah untuk mengelakkan perselisihan pendapat, pandangan
mahupun

emosi

dalam

rangka

untuk

menentukan

titik

persefahaman

dan

permuafakatan di antara semua pihak dalam perkara-perkara yang tidak mempunyai


nas secara qatie yang melibatkan umat Islam .
Keadilan di dalam Islam adalah keadilan yang bersifat tetap yang melibatkan
keseluruhan

masyarakat dalam meraikan maslahah serta meletakkan dasar

persamaan dalam menentukan hak dan kewajipan serta kebebasan untuk berietikad
dan melaksanakan amal ibadat.

Ruang lingkup syura adalah berlegar di bawah

wilayah Khalifah. Ianya adalah disifatkan sebagai suatu bentuk dzoman (jaminan)
tehadap dua dasar utama pentadbiran yang dibawa oleh mana-mana kerajaan Islam

13

200954

SADN 1013
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

yang memerintah. Dasar ini adalah untuk melaksanakan hukum-hakam Islam dan
menjaga maslahah ummah.k Dua dasar inilah yang dijamin melalui perlaksanaan
sistem syura yang juga merupakan sebuah badan muhasabah terhadap pemerintah
(Fakhrurazi Ghazali)

Firman Allah SWT :



(65 )
Tidak, demi tuhanmu mereka tidak juga beriman kepada engkau sehingga
mereka mengangkat engkau menjadi hakim untuk mengurus perselisihan
antara mereka, kemudian mereka tidak memperolehi keberatan dalam hatinya
menerima perutusan engkau dan mereka terima sebenar-benarnya.

SISTEM SYURA MANTAPKAN PENGURUSAN NEGARA


Menerusi Islam kita akan mempunyai satu pendekatan dalam menyusun kehidupan
bermasyarakat dan negara menerusi sistem politik. Urusan politik dalam sesebuah
negara perlu dikendalikan dengan mantap dan beramanah.

Kepemimpinan negara

adalah satu tanggungjawab keagamaan besar yang perlu dipikul oleh sesebuah
pemerintah. Dengan itu, mengikut Islam usaha untuk membangun sesebuah
masyarakat dalam negara memerlukan kepada sebuah sistem politik yang adil dan
mampu memilih sebuah pemerintahan berwibawa untuk menerajui sesebuah kerajaan.
Tanggungjawab orang Islam ialah memilih pemimpin berakhlak dan berkelayakan.
14

200954

SADN 1013
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

Kepemimpinan negara mengikut Islam mempunyai tanggungjawab keagamaan untuk


menghasilkan kestabilan, keharmonian dan kemakmuran yang seterusnya menjana
kepada pembangunan negara. Rakyat turut sama mempunyai hak dan tanggungjawab
keagamaan atau dari segi moral untuk berperanan menyokong segala tindak tanduk
pemerintah yang berfaedah semoga negara mencapai matlamat luhur.

Tugas

pemerintah yang dipilih menerusi sistem politik dalam sesebuah negara itu adalah berat
dan mencabar. Kemampuan sebuah kerajaan membangun negara ke arah peningkatan
mutu hidup rakyat secara syumul dan sepadu memenuhi keperluan rakyat adalah
kejayaan yang dipertanggungjawab Islam. Kepemimpinan sesebuah negara perlu
memberi perhatian yang utama kepada perkara terpenting dalam menyusun dan
membangun negara. Dua daripada perkara itu ialah negara perlu mengurus
pengendalian negara bersandarkan semangat syura dan negara perlu memenuhi
tuntutan kebajikan rakyat. Islam menuntut pemerintah berusaha dengan ikhlas dan
bijaksana menghasilkan pencapaian kebajikan rakyat dalam negara. Menepati
perutusan Nabi kepada umat manusia di mana risalahnya perlu menjana kebajikan
kepada masyarakat manusia dan alam sejagat, pemerintah sesebuah negara perlu
meneruskan perjuangan Rasulullah. Ia termasuk usaha ke arah pencapaian kehidupan
sempurna, meningkat keselesaan hidup, meminimumkan kesusahan, menjana
pertumbuhan ekonomi, memupuk budaya penyayang dan bermuafakat, berusaha
mengurangkan keruntuhan akhlak, membasmi kemiskinan, menghapus ketakutan dan
tekanan jiwa rakyat. Dari kedua-dua asas penting pemerintahan negara mengikut Islam
jelas kepada kita kepemimpinan negara wajib memberi perhatian bersungguh-sungguh
kepada sistem pentadbiran dan pengurusan negara yang diasaskan kepada semangat

15

200954

SADN 1013
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

syura dan sekali gus bermatlamat mencapai pembangunan negara dalam semua aspek
keperluan rakyat termasuk kerohanian dan kebendaan dalam acuan yang sepadu.
Pembangunan negara mengikut Islam dengan itu adalah satu proses usaha untuk
menyusun (bersifat proaktif) sesebuah masyarakat atau negara oleh sesebuah
pemerintahan ke arah memaju dan meningkatkan mutu hidup rakyat pada peringkat
individu dan bermasyarakat (Nik Mustapha Nik Hassan: 2008)
Nabi Muhamad SAW pernah bersabda dalam hadis diriwayatkan oleh Muslim daripada
Abu Hurairah ra yang bermaksud:
"Kaum Bani Israel, siasah kenegaraan mereka dipimpin Nabi. Setiap kali
meninggal seorang Nabi, digantikan oleh Nabi yang kemudian. Sesungguhnya
aku tidaklah ada Nabi yang akan mengganti dibelakangku. Yang bakal ada
hanya khalifah, yang jumlah mereka adalah banyak".
FAEDAH SYURA:

Mencegah sesuatu yang menjurus kepada kerosakan kerana setiap ahli


syura berhak mengeluarkan pendapat dan sama-sama berbincang bagi
mencapai sesuatu matlamat, jika ada satu pandangan yang bathil maka

ahli-ahli syura berhak menolaknya.


Menguatkan lagi rasa ukhuwwah Islamiyyah

CIRI-CIRI AHLI SYURA

16

200954

SADN 1013
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

Ahli syura merupakan individu yang paling penting dalam sesuatu organisasi mahupun
negara selepas pemimpin itu sendiri kerana merekalah yang membuat keputusan dan
menentukan hala tuju organisasi tersebut. Secara ringkasnya, seseorang yang hendak
dilantik menjadi ahli syura hendaklah merupakan seorang yang:

mengetahui masalah-masalah pokok (Al-Usul) dalam syariat Islam dan hukum-

hukum
dapat merujuk masalah-masalah itu kepada Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan

Qias dengan faham akan maksud dan maknanya yang muktabar


hendaklah seorang yang adil yakni tidak melakukan dosa besar atau terus
menerus melakukan dosa kecil

Maka, dapatlah dilihat bahawa sebaik-baik ahli majlis syura adalah mereka yang terdiri
daripada kalangan ahli ulamak. Namun demikian, ketiadaan mereka yang mempunyai
ciri-ciri di atas tidaklah bermakna amalan syura harus ditinggalkan. Dalam konteks ini,
ahli syura hendaklah dipilih di kalangan orang yang paling afdhal dan layak ketika itu
serta mempunyai ciri-ciri mukmin yang lain seperti:
Amanah
Luas pengetahuan dan panjang akal dalam memikirkan sesuatu

permasalahan
Berpandangan jauh
Tawadhu dengan pandangan sendiri dan tidak memandang rendah

cadangan orang lain


Tidak bersifat pemarah, suka berbalah dan tergopoh-gapah dalam

tindakan
Sentiasa mengutamakan kemaslahatan ramai daripada diri sendiri

Selain daripada ciri-ciri di atas, terdapat juga ciri-ciri lain yang lebih bersifat
khusus yang perlu dipunyai dan diamalkan oleh setiap ahli syura terutamanya
semasa berlangsungnya musyawarah. Antara ciri-ciri tersebut adalah:
17

200954

SADN 1013
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

Ahli syura mestilah meletakkan suatu neraca timbangan di antara baiah


yang diberikan kepada pemimpin tertinggi dalam konsep as-sami wa
thoah dan juga konsep memberi nasihat dan pandangan dalam

permesyuaratan.
Mengamalkan konsep al-tasamuh (bertolak ansur)
Meletakkan pandangannya di antara antara kebenaran dan kebatilan dan
bersedia untuk diperbetulkan. Ini kerana kaedah dalam Islam adalah
untuk mencari kebenaran sama ada Muslim itu memberi nasihat dan
pandangan ataupun meminta nasihat dan pandangan.

Masalah Syura.
Dalam majlis syura terdapat masalah yang sering timbul iaitu:
1. Diskusi perkara lain diluar agenda.

.'

Terdapat ahli-ahli yang membuat diskusi perkara law yang tidak dikehendaki. Diskusi ini
mengganggu konsentrasi ahli lam semasa syura dan menyebabkan ahli tidak berupaya
memberikan tumpuan terhadap agenda syura. Ahli perlu hormat kepada majlis syura
kerana majlis berkenaan adalah ibadat dan arahan Allah kepada manusia untuk
dilaksanakan.
2. Keingkaran kepada ketua.
Terdapat ahli yang tidak patuh kepada arahan ketua semasa syura. Keingkaran ini
merupakan salah satu penyakit hati manusia yang perlu dipulihkan.
3. Keingkaran kepada keputusan syura.

18

200954

SADN 1013
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

Terdapat ahli yang tidak berpuas hati dengan keputusan majlis syura lalu bertindak
ingkar terhadap tugasan yang sepatutnya dilaksanakan. Keingkaran ini adalah satu
dosa dan salah dalam konsep organisasi Islam. Sekiranya ahli mengikuti majlis syura
dengan baik, maka keadaan sedemikian boleh dijauhkan.
4. Monopoli dalam majlis syura.
Terdapat ahli yang sering menguasai syura dengan pandangan dan pendapatnya
sahaja. Penguasaaan ini adalah kesalahan dan perlu diperbaiki. Ahli hanya boleh
bercakap apabila dikehendaki berbuat demikian dan diarahkan oleh pengerusi sahaja.
Selain itu, ahli perlu diam dan mendengar apa yang dibincangkan.
5. Ahli yang tidak aktif.
Sering terjadi dalam sesi syura, ahli tidak memberikan pandangan dan komentar
terhadap isu yang dibincangkan. Hal ini mengakibatkan suasana majlis syura suram
dan tidak diisi dengan diskusi. Keadaan ini boleh terjadi sekiranya pengerusi tidak
berupaya menjana pandangan daripada ahli dan ahli-abli yang tidak berkelayakan dan
tidak berminat dengan perbincangan yang dibuat (Muhammad Nubli Abdul Wahab)

KEDUDUKAN SYURA DALAM ISLAM


Dalam sebuah pemerintahan Islam, syura atau pengambilan pendapat dilakukan oleh
pemerintah atau seorang amir atau seseorang yang memiliki autoriti. Aktiviti ini
biasanya dijalankan di dalam sebuah institusi yang dikenali sebagai Majlis Umat.
Berkaitan dengan soal mengemukakan pendapat kepada mereka yang memiliki
autoriti, baik sebagai hakim, komandan atau lainnya, ini merupakan perkara yang tidak
lagi samar di kalangan umat Islam, kerana ia termasuk dalam kategori nasihat. Nasihat
merupakan perkara yang disyariatkan dan mesti disampaikan kepada para pemimpin
kaum Muslimin dan kepada seluruh manusia. Dalam soal mengambil pendapat

19

200954

SADN 1013
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

daripada manusia oleh orang yang memiliki autoriti, maka perkara ini merupakan topik
yang masih samar/keliru bagi kebanyakan kaum Muslimin, terutama setelah tersebar
luasnya pemikiran demokrasi yang berjaya mengubah cara berfikir umat Islam. Proses
mengambil pendapat (oleh mereka yang memiliki autoriti) yang sering disebut dalam
Islam dikenali sebagai syura atau tasyawur. Mengemukan pendapat (usul) boleh dibuat
oleh kaum Muslimin mahupun non-Muslim, kerana Rasul telah mentaqrirkan
(menyetujui) suatu pendapat yang terjadi pada (peristiwa) hilf al-fudhul yang berbunyi,
Jika aku dipanggil bersamanya, sungguh aku akan memenuhi (panggilannya), dan aku
tidak ingin melanggarnya. (Ketahuilah) bahawasanya hal itu bagiku adalah lebih baik
daripada unta merah. Padahal, pendapat (dalam peristiwa hilf al-fudhul) tersebut
adalah

pendapat

orang-orang

musyrik.

Walaubagaimanapun,

dalam

membuat

keputusan samada untuk menerima atau menolak pendapat tersebut, ia hanya boleh
dilakukan oleh seorang Muslim.
Di dalam sebuah pemerintahan Islam, syura (mengambil pendapat) tidak berhak
dijalankan kecuali oleh kaum Muslimin, kerana Allah Subahanahu wa Taala menyeru
kepada Rasul dengan firmanNya, ...dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam
urusan itu... (Ali Imran Ayat 159). Perkataan mereka dalam ayat ini membawa maksud
kaum Muslimin. Dalam ayat lain, Allah Subahanahu wa Taala berfirman, Sedang
urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka (Asy-Syura Ayat 38)
juga hanya mencakup kaum Muslimin. Oleh kerana itu, syura, dalam konteks membuat
keputusan menurut Islam, dikhususkan hanya bagi kaum Muslimin. (Hizbut Tahrir
Malaysia: 2008)
MENGAPLIKASIKAN SYURA RASULULLAH
20

200954

SADN 1013
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

Dari keempat-empat peristiwa di atas, kita memahami bahawa Rasulullah pernah


berpegang teguh dengan pendapatnya sendiri dan mencampakkan seluruh pendapat
yang lain ke dinding (diabaikan). Kita juga mendapati bahawa baginda pernah kembali
kepada pendapat yang benar dan cukup mengambilnya dari satu orang sahaja seraya
meninggalkan pendapatnya sendiri dan tidak kembali kepada pendapat para jamaah
(majoriti). Kita juga mendapati bahawa baginda pernah menyetujui pendapat majoriti
dan beliau pernah bersabda mengenai perkara yang menunjukkan rujukan (beliau)
kepada pendapat majoriti dan tidak menentang pendapat tersebut. Apabila kita meneliti
secara bersungguh-sungguh persoalan yang ada dalam hadis-hadis tersebut, serta
mengkaji situasi dan keadaan yang wujud di dalamnya, maka akan kita dapati bahawa
Rasulullah melakukan 3 perkara dalam menangani persoalan syura ini:

Rasulullah merujuk kepada kekuatan dalil, menurut pihak yang mengeluarkan

dalil (Allah Subahanahu wa Taala), bukan menurut manusia;


Rasulullah merujuk kepada pendapat yang benar tanpa memandang pada

(pendapat) majoriti, bahkan tanpa mempertimbangkannya sedikit pun.


Rasulullah merujuk kepada pendapat majoriti tanpa memandang pada
(pendapat) yang lain, bahkan tanpa mempertimbangkannya sedikit pun. (Hizbut
Tahrir Malaysia: 2008)
Apabila kita terapkan tiga perkara (hukum) di atas, yang telah diistinbath(digali)
dari perbuatan dan perkataan Rasul terhadap realiti pelbagai jenis pendapat
yang ada di dunia pada hari ini, maka kita akan dapat simpulkan: Bahawa dalam aspek hukum syarak, ia dirajih berdasarkan kekuatan dalil
sahaja, kerana Rasul Sallallahu alaihi wa Sallam hanya merajihkan apa
yang diturunkan berdasarkan wahyu dan menolak apa selainnya secara
tegas.
21

200954

SADN 1013
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

Bahawa terdapat juga pendapat yang bersandarkan kepada suatu


pemikiran (selain hukum syarak) dan termasuk topik yang harus dirajihkan
aspek

kebenarannya.

Contohnya

seperti

masalah

an-nahdhah

(kebangkitan).
Bahawa terdapat juga pendapat yang mengarah kepada pelaksanaan
suatu aktiviti. Dalam hal ini maka yang lebih diutamakan adalah pendapat
majoriti
Bertolak dari penerapan dalil-dalil tersebut terhadap realiti tentang pelbagai jenis
pendapat yang ada di dunia, maka jelaslah bahawa pendapat yang mengikat,
maksudnya pendapat yang dirajihkan dan tercakup dalam pendapat majoriti adalah
pendapat yang keberadaannya sejenis dengan pendapat yang terjadi pada peristiwa
Uhud. Pendapat seperti ini termasuk di bawah cakupan masyurah (permuafakatan hasil
musyawarah) yang terdapat dalam sabda Rasul Sallallahu alaihi wa Sallam, Jika
kalian berdua sepakat dalam satu masyurah.... Pendapat ini adalah pendapat yang
mengarah kepada pelaksanaan suatu aktiviti dari pelbagai aktiviti. Adapun selain dari
perkara itu (yang keberadaannya tidak termasuk ke dalam jenis pendapat yang terjadi
di Uhud), tidak dianggap sebagai pendapat yang mengikat dan tidak diwajibkan
beraktiviti dengan pendapat majoriti.
Kesimpulan.
Syura adalah salah satu konsep penting dalam pengurusan institusi Islam. Konsep dan
perlaksanaan yang telah dijelaskan adalah penting untuk memastikan perjalanan syura
berkesan. Syura yang mantap berupaya menggerakkan organisasi dengan berkesan
dan cepat mencapai matlamat. Ia juga merupakan nadi kepada kesatuan dan
kemantapan operasi organisasi. Syura berupaya meringankan beban organisasi dan
melancarkan operasi dalam cuaca yang harmoni (Muhammad Nubli Abdul Wahab)

22

200954

SADN 1013
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia 1

23

200954

Anda mungkin juga menyukai