Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN

Sesebuah negara boleh dikatakan sebagai negara Islam apabila rakyat negara itu
mengamalkan ajaran Islam dan melaksanakan semua tuntutan Islam tanpa berbelah bagi.
Pemerintah dan rakyat negara Islam hendaklah menjatuhkan hukuman berlandaskan
undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. serta berlaku adil dalam setiap
perkara tanpa mengira pangkat, darjat mahupun keturunan. Oleh itu, negara Islam haruslah
mempunyai ciri-ciri sebagai sebuah negara Islam. Terdapat tiga ciri penting dalam
menegakkan negara Islam. Ciri-ciri tersebut ialah syariat Islam yang mesti dipatuhi, rakyat
yang melaksanakan syariat Islam tersebut dan pemerintah Islam yang menaunginya.

Terdapat beberapa prinsip utama yang mendukung konsep politik Islam iaitu al-
siyadah atau al-hakimiah, keadilan, kebebasan, persamaan, syura dan kesatuan. Masing-
masing memainkan peranan penting dalam meneguhkan kedudukan politik Islam sehingga
menjadi Istimewa jika dibandingkan dengan ideologi atau sistem politik lain.

Menurut Abdul Hadi Awang di dalam bukunya berjudul Islam dan Demokrasi,
terdapat sepuluh prinsip dalam politik Islam. Prinsip-prinsip tersebut ialah Akidah Islam,
Syariah yang Berkuasa, Amanah, Keadilan, Mesyuarat, Keamanan dan Keselamatan,
Kebebasan, Kepimpinan yang Berwibawa, Kepatuhan dan Kesamaan.

2.0 DEFINISI SYURA DALAM ISLAM DAN AMALAN DEMOKRASI

Syura merupakan proses perbincangan, perundingan dan permesyuaratan untuk mencapai


permuafakatan dan persetujuan bersama dalam membuat keputusan mengenai sesuatu
polisi atau tindakan. Proses ini memberikan peluang kepada mereka yang terlibat untuk
mengemukakan pandangan secara bebas dan pada masa yang sama menghargai
pandangan pihak lain untuk mencapai keputusan yang terbaik melalui partisipasi pelbagai
pihak dalam perkara yang menyangkut kepentingan bersama. Ini sejajar dengan suruhan al-
Quran dan amalan Rasulullah S.A.W. Amalan syura dalam Islam adalah suatu pendekatan
yang perlu diterapkan dalam setiap aspek kehidupan.

Syura adalah suatu kaedah dan prinsip penting yang diajar oleh agama Islam dalam
melahirkan masyarakat Islam yang membangun, maju, stabil dan adil. (Abdul Hadi Awang,
2007). Konsep Syura sangat luas merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia, dari
perkara berkaitan kehidupan harian hingga pemerintahan negara. Syura adalah prinsip fitrah
yang wujud dalam jiwa manusia. Manusia sukakan urusan mereka dibincangkan dengan
meneliti pelbagai pandangan. Manusia tidak suka dipaksa dengan cara alim dan
menekankan kepentingan mereka.

Menurut Kamus Melayu Global, Syura bermaksud bermesyuarat, berbincang dan


bermuzakarah untuk meyelesaikan masalah. Dari segi bahasa, Syura terbit dari perkataan
Arab Syawara yang bermaksud berunding atau bertukar fikiran. Dari segi istilah pula,
maksud bagi kalimah al-Syura, al-Tashawur & al-Mushawarah ialah perbincangan yang
diadakan untuk membincangkan sebarang perkara yang berkait samada dengan
kepentingan individu ataupun masyarakat, oleh kalangan cendekiawan dan kumpulan ulama
yang mempunyai kepintaran dan pengalaman serta mampu memberikan suatu pandangan
mengenai sesuatu perkara. Di samping itu, mereka juga dapat menjelaskan hujah-hujah
bagi mencari suatu keputusan yang terbaik.

Manakala demokrasi ialah sistem raja berperlembagaan dan sistem republik. Zaini
Nasohah (2004) dalam bukunya Pentadbiran Undang-undang Islam Di Malaysia
menyatakan bahawa Sistem Raja Berperlembagaan ialah sistem pemerintahan yang
mengekalkan raja sebagai pemerintahan tertinggi negara dan negeri. Pemerintahan dibantu
oleh Perdana Menteri. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam
sistem pemerintahan negara. Raja-Raja Melayu pula menjadi lambang taat setia rakyat.
Melalui sistem ini rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan
melalui pilihan raya. Dalam pilihan raya, rakyat berhak menyokong, mengekal atau
menukarkan kerajaan yang sedia ada dalam proses pengundian semasa pilihan raya.

Tegas beliau lagi, Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem


pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia. Selaras dengan peredaran masa,
beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan sistem pentadbiran dengan
perkembangan politik semasa. Sistem demokrasi berparlimen di negara kita berjaya
mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera, dan stabil.

3.0 BANDINGBEZA SYURA DALAM ISLAM DAN SYURA ZAMAN SEKARANG

3.1 Syura dalam Islam

Syura atau musyawarah sangat penting dalam politik Islam. Keberkesanan atau kejayaan
pentadbiran politik dan kerajaan Islam adalah hasil dari musyawarah. Musyawarah
merupakan medan perbincangan untuk mendapatkan keputusan terbaik atau kebenaran
(Alias Othman, 1991). Melalui musyawarah, akan berlakulah perbincangan dan
percambahan buah fikiran seterusnya pemerintah akan mendapatkan buah fikiran terbaik ke
arah pencapaian sesuatu rumusan. Islam mewajibkan musyawarah.

Syura merupakan sistem permesyuaratan yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w.


berdasarkan al-Quran (Dr. Mustafa Daud, 1999). Pada masa pemerintahan Rasulullah
s.a.w. dan para sahabat Baginda, Majlis Syura merupakan lambang suara rakyat kerana
dibentuk berasaskan suara rakyat. Majlis Syura bertindak sebagai majlis penasihat dan
pembimbing kepada Ketua Negara, Badan Perundingan, Badan Pelaksanaan & Badan
Kehakiman yang mempunyai kuasa dalam membuat dasar-dasar berkaitan kepentingan
negara dan warganegaranya.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang menyahut perintah Tuhan mereka, lalu mereka mendirikan
sembahyang dan urusan mereka dikendalikan dengan bermesyuarat di kalangan mereka
dan mereka membelanjakan dari apa yang kami rezekikan bagi mereka.”
(Surah asy-Syura, ayat 38)

Ayat ini menyatakan mesyuarat bersama dengan sembahyang dan membelanjakan


harta. Ayat itu juga melarang sikap diktator atau kuku besi pemimpin yang suka memaksa.
Diwajibkan bermesyuarat bagi menunjukkan pemimpin tidak berkuasa penuh dan konsep ini
tidak mengongkong kebijaksanaan seseorang pemimpin. Mesyuarat juga dapat
mengelakkan pemimpin menggunakan kebijaksanaan untuk menipu serta mengawalnya
kerana walaubagaimana bijak sekalipun serta tinggi ilmunya namun sebagai manusia
seseorang itu tetap ada kelemahannya.

Nabi Muhammad s.a.w. dikelilingi oleh para sahabat yang berwibawa menjadi ahli
mesyuarat dan menerima pandangan rakyat biasa yang bernas mengkritik atau memberi
pandangan dalam perkara urusan kehidupan yang tidak ada petikan jelas di dalam al-
Quran. Apabila nabi Muhammad s.a.w. wafat, mesyuarat telah dijalankan bagi mencari
pengganti baginda untuk mengendalikan urusan politik negara. Kewajipan bermesyuarat ini
diteruskan di zaman Khulafa Ar Rasyidin. Mereka akan bermesyuarat apabila timbul
masalah yang tidak ada rujukan dalam al-Quran dan hadis. Melalui mesyuarat mereka akan
menemukan seseorang yang boleh memahami dan menjelaskan tentang petikan umum dari
al-Quran yang tidak jelas.
Tidak ada dalil samada dari al-Quran atau Hadis dalam menentukan anggota atau
ahli mesyuarat. Perkara yang penting dalam menentukan ahli mesyuarat itu ialah mereka
hendaklah terdiri daripada oprang Islam yang adil dan bukanlah daripada kalangan yang
sebaliknya. Mereka juga hendaklah terdiri daripada kalangan pakar yang berpengalaman
dalam bidang-bidang yang berkaitan.

Islam memberikan peluang seluas-luasnya kepada orang ramai untuk menetapkan


cara masing-masing dalam menjalankan dasar yang telah ditentukan itu, iaitu suatu cara
yang boleh menjamin dan memelihara kepentingan mereka serta bersesuaian dengan
keadaan mereka di samping tidak bertentangan dengan nas-nas syariah. Dalam konteks
sebuah negara, sumber kedaulatan dalam politik Islam tidak terletak sama ada kepada
pemerintahan (pemimpin) dan rakyat, tetapi hanya pada Allah semata-mata. Sesiapapun
pemimpin itu ia memerlukan petunjuk daripada Allah dan tidak boleh memimpin tanpa
hidayahNya. Rasulullah s.a.w misalnya, sentiasa memerlukan petunjuk daripada Allah
kerana baginda bergantung kepada wahyu-wahyu yang diturunkan kepadanya.

3.2 Syura Zaman Sekarang (Malaysia)

Menurut Abdul Hadi Awang di dalam satu penulisannya, Malaysia mengamalkan sistem
Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka
Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah
digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat
sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam
pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.

Dalam konteks Malaysia, konsep syura iaitu perbincangan antara pemerintah dan
rakyat dapat dilihat melalui sidang Dewan Rakyat (Parlimen) dan Sidang Dewan Undangan
Negeri. Meskipun rakyat tidak mempunyai hak untuk bersuara secara langsung dalam
sidang tersebut, tetapi suara mereka diwakili oleh ahli perwakilan yang dikenali sebagai
"wakil rakyat". Wakil rakyat akan menyampaikan mesej rakyat yang diwakilinya dalam usaha
menegakkan keadilan dan kebenaran mereka.

Walau bagaimana pun, Konsep yang menunjukkan keadilan turut ditekankan dalam
demokrasi yang menganjurkan pemerintahan yang adil kepada rakyat seiring atau
menyamai konsep syura dalam islam. Pun begitu, pemilihan ketua Negara atau ketua
pemerintah adalah bergantung kepada proses pengundian iaitu pilihanraya. Pilihan raya
dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
Pilihan raya merupakan proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada
pada peringkat negeri atau persekutuan.Pemilihan dilakukan secara sulit dengan
menggunakan prosedur yang telus dan teratur.Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan
keputusannya direkodkan. Manakala calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang
melalui sistem majoriti mudah.

Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen. Suruhanjaya


pilihan raya adalah badan bebas tanpa tekanan dari pihak pemerintah atau pembangkang.
Keanggotaan SPR dilantik oleh Yang di Pertuan Agong. SPR bertindak menentukan
sempadan bahagian-bahagian pilihan raya, menjalankan pendaftaran dan mengendalikan
pilihan raya yang diadakan 5 tahun sekali. Di samping itu, pilihan raya umum diadakan untuk
memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan negeri serentak di seluruh negara.

3.3 Perbezaan Syura Dalam Islam Dan Syura Di Malaysia

SYURA DALAM ISLAM ASPEK SYURA ZAMAN SEKARANG

berasal dari Allah dan selalu Sumber berlandaskan sokongan majoriti


berlandaskan di atas syariat dan walaupun juga disokong oleh
merujuk kepada al-Quran dan Hadis orang-orang fasiq bahkan kafir.

Bercirirkan keimanan, kerana Ciri-ciri umum Dikhuatiri wujud kekufuran kepada


Sistem Syura mengamalkan ajaran Allah, kerana jika majoriti
Islam berdasarkan al-Quran dan memutuskan perkara kekufuran
Hadis maka itulah keputusan yang perlu
diikuti dan dituruti semua.

Melihat kepada sahsiah dan Pemilihan Berdasarkan pilihanraya dan diundi


keperibadian pemimpin oleh rakyat biasa

Ahli Syura kebanyakannya adalah Ahli Anggota Dewan Parlimen / Negeri


para ulama dan yang memiliki sifat- dalam Sistem Demokrasi yang tidak
sifat tertentu diketahui sikap sebenarnya.

Ditentukan dengan merujuk kepada Keputusan Ditentukan mengikut majoriti atau


syariat Islam melalui al-Quran dan sebulat suara tidak kira keputusan
Hadis tersebut mengikut kehendak agama
atau bertentangan dengan agama
Islam

 Syura meletakkan semua orang Kedudukan  Kedudukan rakyat adalah


adalah sama dan setaraf rakyat berbeza dari segi pangkat dan
 Membezakan orang beriman dan ketinggian kehormatan ahli
orang kafir keluarga atau pekerjaan
 Tiada jurang perbezaan antara
orang beriman dan orang kafir

Kewajipan setiap masa dan Keperluan Tiada kewajipan menjalankannya


hukumnya berbeza mengikut kerana dikhuatiri hukumnya
keadaan bertentangan dengan syariat Islam
dan menyebabkan kekufuran tetapi
perlu dipatuhi oleh semua orang
dan hukumnya adalah bergantung
kepada pemerintah tertinggi

4.0 TUJUAN PEMERINTAHAN DALAM ISLAM

Di dalam buku Zulkiple Abd Ghani dan Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (1999), iaitu
Kepimpinan Dakwah dan Politik Islam, Antara tujuan utama pemerintahan dalam islam
termasuklah :

1. Menegakkan agama dan merealisasikan penghambaan kepada Allah S.W.T

Menggerakkan masyarakat Islam ke arah mengerjakan ibadat dalam erti kata yang
sebenar iaitu solat, zakat, syiar Islam, amar makruf nahi mungkar serta ajaran yang
diterapkan oleh Islam sendiri. Selain itu, Islam juga melarang umatnya berlaku kufur
sebaliknya memerangi syirik, bidaah, khurafat & perkara yang merosakkan kemurnian
agama dan menyebar risalah Islam di seluruh muka bumi disamping menjalankan ibadah
yang dituntut.

2. Menegakkan keadilan

Menegakkan keadilan bermaksud Merealisasikan keadilan dlm pelbagai lapangan,


sosial, kehakiman, pentadbiran, pengurusan, politik, hubungan antarabangsa. Antara tujuan
sebenar negara Islam adalah mewujudkan umat yang berdiri atas kebaikan dan kebenaran.
Ini kerana negara Islam hanya mekanisme atau alat utk menegakkan perkara tersebut.

3. Membaik pulih keadaan dan kehidupan manusia

Memperbaiki dalam segenap bidang ekonomi, sosial, kebudayaan, penerangan,


pendidikan, pertahanan serta menyekat kerosakan, menarik kebaikan dan bergerak atas
dasar pemerintahan Islam yang sempurna. Selain itu, Tujuan tertinggi perundangan Islam
adalah melalui perkara halal dan haram sama ada makanan, perbuatan atau sebagainya
dalam usaha memakmurkan bumi & menyediakan cara hidup yang sihat dan mulia bagi
semua rakyat.

5.0 KESIMPULAN DAN REFLEKSI

Jika dilihat secara umum di antara demokrasi dan syura yang paling berkesan untuk
dilaksanakan dalam pentadbiran dan pengurusan adalah sistem syura. Ini kerana syura
adalah satu sistem yang telah diiktiraf oleh Allah S.W.T dan Rasulullah sendiri. Semasa
pemerintahan Rasulullah dan para sahabat Baginda, syura memainkan peranan penting
dalam membuat keputusan yang melibatkan kepentingan bersama. Oleh itu, penubuhan
Majlis Syura pada masa itu, merupakan lambang suara rakyat kerana dibentuk berasaskan
suara rakyat (Abu Ammar, 2011). Selain itu, Allah S.W.T telah menurunkan surah al-Syura
kepada Rasulullah untuk menunjukkan betapa pentingnya syura dalam membuat sesuatu
keputusan. Jelaslah disini, pengamalan syura dalam pentadbiran dan pengurusan memberi
impak yang baik terhadap organisasi dan seharusnya syura diserapkan dalam menjalankan
pentadbiran dan pengurusan.

Amalan Syura merupakan aspek penting yang diberikan penekanan dalam sistem
kepimpinan Islam. Tunggak dalam dasar pemerintahan dan pentadbiran. Pelaksanaan
semangat syura di dalam pengurusan dituntut oleh al-Quran dan al-sunnah kerana ia
membawa kepada keberkesanan ayng bertambah dalam pendabiran sesebuah kerajaan
atau organisasi. Namun terdapat sesetengah keadaan, syura tidak diamalkan, dan didapati
syura telah dilaksanakan secara meluas dan menjadi amalan tradisi khalifah dalam
menentukan dasar pemerintahan mereka.

Syura adalah salah satu prinsip asas pengurusan & pentadbiran yang telah
dilaksanakan dalam pengurusan Negara Islam yang lampau. Ini kerana, ia adalah satu
suruhan Allah s.w.t. yang terkandung dalam al-Quran yang telah diturunkan kepada
Rasulullah s.a.w. kira-kira 1400 tahun yang lalu. Syura adalah sesuatu yang wajib diamalkan
oleh seorang pemimpin dan pengurus. (Dr. Abu al-Maati Abu al-Futuh, 1986)

Aktivis politik sepatutnya menghargai dan mematuhi jalan dakwah yang telah
digariskan berdasarkan Syura. Mereka tidak boleh bersikap acuh tak acuh hanya kerana
tidak sependapat dengan hasil-hasil Syura. Syair Arab ada menyebut yang bermaksud :

“Apabila sesuatu pendapat itu berkehendakkan Syura, maka mintalah bantuan orang yang
bijak atau bermesyuarat dengan orang yang berpandangan tepat. Jangan dikau jadikan
Syura itu sebagai bebanan kerana sesungguhnya bulu-bulu kecil (al-qawafi) merupakan
kekuatan kepada bulu-bulu yang besar (al-qawadim).”

Hal ini jelas menunjukkan bahawa Syura adalah suatu kaedah unggul dalam Islam.
Ia mengatasi segala yang lain sebagaimana Islam sendiri mengatasi agama-agama yang
lain. Syura adalah bahtera penyelamat dan segala sistem selainnya itu adalah bahtera
pemusnah. Tidak ada sebarang sistem politik yang diredhai Allah s.w.t. dan diganjari
dengan pahala serta pengamalnya diselamatkan daripada kecelakaan dunia dan azab
akhirat melainkan sistem Islam yang tegak kukuh di atas prinsip-prinsip Perlembagaan
Islam.

Anda mungkin juga menyukai