Anda di halaman 1dari 7

Tugasan 1

Islam sebagai konsep atau sistem hidup bersifat integratif dan komprehensif (sempurna),
Ia mengintegrasikan semua aspek kehidupan manusia di dunia, baik dalam kehidupan peribadi
mahupun interaksi kolektif. Ia juga meliputi semua aspek kehidupan (komprehensif), sehingga
mencerminkan kelengkapan dan kesempurnaan Islam sebagai sebuah sistem atau konsep
hidup. Imam Syahid Hasan Al Banna dengan sangat jelas menerangkan kedudukan Islam bagi
kehidupan dalam karya besarnya Makma’atu Rasalah (Risalah Pergerakan). Al Banna
menggambarkan bahawa Islam meliputi semua aspek kehidupan, di mana Islam adalah negara
dan tanah air, pemerintah dan umat, moral dan kekuatan, kasih sayang dan keadilan, peradaban
dan undang-undang, ilmu pengetahuan dan hukum, materi dan kekayaan alam, penghasilan dan
kekayaan, jihad dan dakwah, pasukan dan pemikiran, sebagaimana juga ia adalah akidah yang
murni dan ibadah yang benar, tidak kurang dan tidak lebih.

Sistem keadilan jenayah merupakan sistem penguatkuasaan undang-undang yang


melibatkan penangkapan, pendakwaan, pembelaan, penghukuman dan pemenjaraan ke atas
penjenayah (Suruhanjaya Reid, 1982). Sistem ini memberi jaminan kepada masyarakat bahawa
setiap orang penjenayah tidak boleh terlepas daripada tindakan undang-undang ke atas mereka.
Proses membuat keputusan ini terdiri daripada pencegahan, pengesanan dan penyiasatan
jenayah, menangkap, menuduh, menahan dan membicarakan orang yang disyaki. Menerusi
sistem ini, penjenayah dikehendaki bertanggungjawab dengan setiap jenayah yang dilakukan
dan hukuman yang setimpal akan dikenakan ke atas mereka. Pelaksanaan sistem keadilan
jenayah bertujuan sebagai satu bentuk kawalan sosial untuk melindungi kepentingan awam dan
memelihara undang-undang dan ketenteraman dan juga memastikan masyarakat bebas dari
ancaman jenayah. Hal ini secara tidak langsung akan mewujudkan suasana masyarakat yang
bebas daripada jenayah.

Meskipun begitu, terdapat beberapa konflik yang berlaku dalam pelaksanaan sistem
jenayah di Malaysia. Hal ini sedikit sebanyak telah merencatkan pengurusan kes – kes jenayah
dalam negara. Konflik yang dimaksudkan ini ada terdapat dalam keratan akhbar Utusan Malaysia
pada tahun 2015 yang menyatakan, berlakunya pertindihan bidang kuasa antara Mahkamah Sivil
dan Mahkamah Syariah sering mendapat perhatian media. Ia juga merupakan dilema yang
dihadapi dalam hubungan antara masyarakat Islam dan bukan Islam. Hal ini turut diburukkan lagi
dengan sentimen agama dan perkauman yang berkait dengan emosi dan sikap berprasangka

1
antara satu sama lain. Perkara seperti ini berlaku kerana masyarakat kian terkeliru dan terpedaya
di kalangan orang-orang Islam sendiri yang mendakwa dan menyuarakan hukuman hudud itu
tidak adil dan zalim. Sebagai contoh, di bawah kanun keseksaan, pencuri mungkin dipenjarakan
tetapi sekiranya mengikut Hudud, pesalah wajib dikenakan hukuman potong tangan. Perkara
yang seperti ini tidak lain tidak bukan menimbulkan ketakutan dalam masyarakat.

Di samping itu, sistem pentadbiran keadilan jenayah syariah Islam sebenarnya


mempunyai persamaan dengan sistem pentadbiran keadilan jenayah yang lain seperti keperluan
tatacara, pembuktian dan hukuman. Namun, oleh sebab sistem pentadbiran keadilan jenayah
syariah Islam berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah, maka wujud kelainan dan keunikan dalam
sistem Islam itu sendiri. Hukuman yang telah ditetapkan oleh nas-nas al-Quran dan as-Sunah
inilah yang wajar dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T demi menjaga maslahah dan
kepentingan masyarakat umum dan ketenteraman orang ramai. Dalam surah Al-Baqarah ayat
229 ada menjelaskan,

“Itulah hukum-hukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya. Barang siapa yang
melanggar hukum-hukum Allah mereka itulah orang-orang yang zalim.”

Kadangkala kebenaran pada pandangan mahkamah tidak sama dengan realiti sebenar di
luar mahkamah. Dengan erti kata lain, apa yang diputuskan oleh mahkamah adalah bertentangan
dengan realiti sebenar yang berlaku. Perkara ini adalah bergantung kepada bagaimana kejayaan
sesuatu bukti itu diperdebatkan mengikut cara yang ditetapkan oleh undang-undang bagi
mahkamah berkenaan (Khairul A. & Co). Hal ini kerana, mahkamah akan berhadapan dengan
dunia yang menilai keadilan. Keadilan yang dimaksudkan di sini, setiap pesalah perlu diberi
hukuman, apa jua cara yang digunakan hendaklah memastikan keadilan diperoleh. Selain itu,
nilai lain yang dihadapi oleh mahkamah hari ini adalah kemantapan atau kestabilan guaman yang
dilakukan. Dalam kes ini, kebijaksanaan peguam dalam mencari, memperjelaskan sesuatu bukti
dan mengaitkan kesalahan tersebut mengikut akta yang berkaitan sangat memberi kesan kepada
kejayaan sesebuah kes (Paizah Ismail, 2008). Sebaliknya, jika peguam gagal berbuat demikian,
maka penjenayah akan bebas daripada sebarang pertuduhan. Sistem perundangan yang diguna
pakai ini menuntut kepada logik dan saintifik semata-mata bukanlah nilai simpati dan belas ihsan
manusia. Hakim juga telah terikat dengan cara tertentu bagi menilai hujah – hujah yang
dikemukakan dan bukanlah drama swasta di dalam mahkamah (Abdul Mobir Yaacob, 2009).

2
Antara contoh kes yang pernah terjadi, salah seorang daripada satu pasangan ini
bertindak untuk menukar agama. Seterusnya, pasangan tersebut telah merujuk kepada
mahkamah sivil kerana ia merupakan satu-satunya medium yang membolehkan mereka untuk
memperoleh keadilan dan hak. Maka, kes ini telah dibawa ke mahkamah rendah untuk dirujuk.
Hal ini disebabkan, salah seorang daripada pasangan tersebut sudah bertukar agama. Rentetan
daripada kes itulah telah timbul konflik apabila keputusan yang keluar dari Mahkamah Rendah
bercanggah dengan ketetapan Mahkamah Syariah.

Seksyen 51 Law Reform Act (LRA) 1976 menyatakan bahawa:

(1) “Where one party to a marriage has converted to Islam, the other party who has not so
converted may petition for divorce: Provided that no petition under this section shall be presented
before the expiration of the period of three months from the date of the conversion.”

(2) “The Court upon dissolving the marriage may make provision for the wife or husband, and for
the support, care and custody of the children of the marriage, if any, and may attach any
conditions to the decree of the dissolution as it thinks fit”

Manakala Seksyen 2 Law Reform Act (LRA) 1976 menyatakan bahawa “Court” bermaksud the
High Court or a Judge thereof or, where a Sessions Court Judge has jurisdiction by virtue of
subsection (2), the Sessions Court or a Sessions Court Judge of that Court

Manakala dalam ketetapan syariah pula, Fat~i Uthman dalam Mahmood Zuhdi (2004) ada
menegaskan bahawa:

"Para fuqaha berijtihad memahami sumber-sumber hukum ini melakukan takwil, kompromi,
menentukan yang mutlaq dan muqayyad, umum dan khusus serta nasakh dan mansukh antara
dalil-dalil berkenaan. Begitu juga para fuqaha akan berijtihad menentukan hukum-hukum yang
tidak dinaskan oleh al-Quran dan al-Sunnah berasaskan ianya tidak bertentangan dengan
mana-mana nas yang ada dan ianya boleh mencapai objektif syariah dan prinsip-prinsip
umumnya. "

3
Sekiranya kes ini dirujuk ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan keadilan. Pembelaan
hak dan kebajikan akan diberikan kepada pasangan ini mengikut syariat. Kes ini juga telah
menjadi konflik yang berlanjutan bermula daripada pembubaran perkahwinan. Konflik ini akan
terus merebak hingga kepada hak penjagaan anak termasuk status agama anak-anak mereka di
bawah umur 18 tahun. Dalam sudut itu, dapat kita lihat bahawa betapa pentingnya peranan
undang – undang syariah untuk diperkembangkan lagi hingga menjadi sandaran kepada orang
bukan Islam dalam mendapatkan hak dan keadilan.

Jelas di sini dapat kita lihat bahawasanya undang-undang jenayah Islam ini mempunyai
kelebihannya yang tersendiri berbanding dengan undang-undang jenayah sivil yang
kebanyakannya datang dari negara Barat. Di Malaysia, umpamanya undang-undang jenayah
kebanyakannya diperuntukkan di dalam Kanun Keseksaan (Akta 574) yang diambil dari Kanun
Keseksaan India. Selain Kanun Keseksaan, udang-undang jenayah juga terdapat dalam akta-
akta tertentu seperti Akta Dadah Berbahaya, Akta Kastam 1967, Akta Pencegahan Rasuah 1997,
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1957, Akta Rahsia Rasmi 1983 dan lain-lain. Oleh sebab
sumber kedua-dua undang-undang ini adalah berbeza, maka terdapat perbezaan di antara
udang-undang jenayah Islam dan udang-undang jenayah sivil ini.

Berdasarkan contoh kes murtad yang telah dijelaskan, dalam sistem jenayah Islam telah
menyatakan bahawa ruang lingkup jenayah atau kesalahan tersebut adalah lebih luas iaitu
mencakupi kesalahan yang bersabit dengan hak Allah, hak manusia serta hak Allah bersama-
sama hak manusia. Ini bermakna ia meliputi berbagai-bagai bentuk kesalahan seperti yang
berkaitan dengan kepercayaan atau keimanan, umpamanya dalam kes tersebut adalah hukuman
ke atas mereka yang murtad. Undang-undang Islam ini juga menyentuh hukuman ke atas
kesalahan berkaitan ibadat seperti mereka yang meninggalkan solat, solat Jumaat, puasa pada
bulan Ramadhan dan haji. Dalam undang-undang Islam sangat menitikberatkan tentang akhlak
seperti hukuman kepada mereka yang berzina, berkhalwat, berjudi dan minum arak. Berbeza
pula dengan hukuman jenayah sivil yang tidak menganggap sesetengah jenayah seperti murtad,
zina, meninggalkan solat, minum arak dan judi tersebut sebagai satu yang penting bagi
penggubal undang-undang ini.

4
Kesimpulannya undang-undang jenayah Islam adalah undang-undang yang sesuai untuk
semua masyarakat pada semua zaman. Ia juga merupakan undang-undang yang sesuai dengan
fitrah kejadian manusia. Apa yang lebih penting dalam undang-undang jenayah Islam ini adalah
wajib diamalkan oleh mereka yang beriman. Antara dalil yang menunjukkan kewajipan tersebut
adalah ayat-ayat Al-Quran seperti dalam Surah Al-Maidah ayat ke 29 “Dan hendaklah kami
berhukum antara manusia dengan hukum yang diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu
mengikuti hawa nafsu kamu, dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka kalau-kalau mereka
menggelincirkan kamu daripada sebahagian dari apa yang telah Allah turunkan kepadamu.
Tegasnya undang-undang jenayah Islam adalah undang-undang yang dikurniakan kepada
manusia sebagai rahmat dari Allah. Undang-undang ini sesuai dengan naluri manusia yang
begitu kompleks dan sukar dijangkakan. Pelaksanaan undang-undang Islam ini juga akan
membawa kejayaan bukan sahaja di dunia bahkan juga kejayaan di akhirat.

Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak mengehadkan jalan keadilan, dalil dan tanda-tandanya
dalam satu cara sahaja dengan membatalkan cara-cara lain yang lebih jelas dan mudah difahami.
Sebaliknya, Allah telah menerangkan berbagai cara seperti ta’zir, qisas dan hudud demi
menegakkan keadilan di kalangan umat manusia (Suwaid Tapah, 2004). Oleh kerana itu, apa
sahaja yang boleh menjamin kebenaran dan keadilan perlu diambil dan digunakan sebaiknya.
Hal ini kerana, kebaikan sesuatu hukum jenayah itu bukanlah cara pelaksanaannya tetapi
bagaimana hasil yang diharapkan daripada pelaksanaan sistem tersebut. Oleh itu, apa sahaja
cara yang boleh membawa keadilan ia dilihat sebagai ketentuan Syariah. Inilah yang dikatakan
Syariah itu sempurna. Kesempurnaan syariah membawa kepada kemaslahatan sejagat.

5
Rujukan

Abdul Mobir Yaacob. (2009). Pelaksanaan Perundangan Islam Di Malaysia. Jurnal Fiqh, 1-20.
Elaine Abdullah. (2014). Jangan Takut, Hudud Untuk Orang Islam. Free Malaysia Today.

Khairuddin Haiyon. (n.d.). Retrieved from Jabatan Agama Islam Selangor:


http://www.jais.gov.my/article/hukum-jenayah-islam

Khairul A. & Co. (n.d.). Antara Perundangan Syariah & Sivil. Retrieved from Khairul Group:
http://www.khairulgroup.com/constitutional-law/antara-perundangan-syariah-dan-sivil-
dp1
Khairul Anwar Rahmat. (2008). Harmonikan Syariah Sivil. Utusan Malaysia.
Mahmood Zuhdi Abd Majid. (2004). Siyasah Syar'iyyah Dalam Pelaksanaan Undang - Undang
Islam. Jurnal Syariah , 89-100.

Mansoor Sulaiman. (n.d.). Konsep Maslahah dalam Undang - undang Jenayah Islam
Pembentukan Masyarakat Yang Baik: Tinjauan Khusus Kepada Sistem Hudud.

Muhammad Faisal Abdul Aziz. (2014). Pertembungan Mahkhamah Syariah & Mahkhamah
Sivil: Kemanakah Penghujungnya. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Paizah Ismail. (2008). Hudud: Hukum & Pelaksanaan. Alaf 21 Publications.

Suwaid Tapah. (2004). Pelaksanaan Undang - undang di Malaysia : Realiti & Cabaran. Kolej
Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra.
Utusan Malaysia. (2015). Konflik Pertindihan Bidang Kuasa.

6
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai