Anda di halaman 1dari 25

KEDUDUKAN KEKELUARGAAN DALAM ISLAM

KONSEP KELUARGA

 Keluarga adalah unit terkecil dari masyarakat yang terdiri atas ketua keluarga
danbeberapa orang yang terkumpul dan tinggal di suatu tempat di bawah satu atap dalam
keadaan saling kebergantungan.
 Keluarga juga sebagai kumpulan sosial terdiri daripadasejumlah individu, mempunyai
hubungan antara individu, terdapat ikatan, kewajiban,tanggungjawab di antara individu
tersebut.
PERKAHWINAN DALAM ISLAM

 Pembentukan keluarga bermula dengan sebuah perkahwinan.


 Perkahwinan berlaku dengan termenterainya akad antara seorang lelaki dan perempuan
yang dijalankan oleh seorang wali kepada perempuan dengan bersaksikan dua saksi yang
adil.
 Perkahwinan adalah fitrah manusia. ALLAH berfirman bermaksud:
“Dan ALLAH yang menjadikan untuk kamu dari diri kamu pasangan- pasangan, dan menjadikan
bagi kamu daripada pasangan- pasangan itu anak-anak dan cucu-cucu, dan Dia mengurniakan
rezki yang baik”
MATLAMAT PERKAHWINAN

 Memberikan ketenangan jiwa


• Dan antara tanda-tanda kekuasaanNya bahawa Dia menjadikan untuk kamu dari diri kamu
pasangan-pasangan untuk kamu menenangkan diri kepadanya, dan Dia menjadikan antara kamu
kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya pada yang demikian itu tanda-tanda (kekuasaan
ALLAH) bagi kaum yang berfikir.
 Menjaga maruah seseorang
• Wahai sekelian orang muda. Sesiapa di kalangan kamu yang ada kemapuan hendaklah dia
berkahwin. Sesungguhnya ia lebih menjaga pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Sesiapa yang
tidak mampu hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya puasa itu benteng bagi dirinya.
 Mendapatkan zuriat
• Kahwinilah yang beranak ramai dan penyayang.
 Untuk bersama-sama mendapatkan redha Tuhan
• Bermaksud: hendaklah seseorang itu mengambil hati yang bersyukur, lidah yang berzikir dan isteri
yang membantunya untuk akhiratnya.(Ahmad dan Tirmizi)
PEMILIHAN SUAMI ISTERI

  Pemilihan bakal suami disebut oleh Rasululullah s.a.w menerusi sabdanya bermaksud

“Apabila datang kepada kamu seorang lelaki yang kamu rasa redha (puas hati)
keagamaan dan akhlaknya, kahwinkan dia”

 Pemilihan bakal isteri pula disebut oleh Rasulullah menerusi sabdanya bermaksud

“Seorang wanita itu dikahwini dengan empat perkara, kerana kecantikannya, kerana,
hartanya, kerana kedudukannya dan kerana agamanya. Pilihlah yang ada agama,
nescaya kamu berbahagia”
ASAS HUBUNGAN SUAMI ISTERI

 Ketenangan
 Kasih sayang
 Rahmat; belas kasihan
PERANAN SUAMI

 Ketua keluarga, pemimpin isteri dan anak-anak


 Memberi nafkah
 Memberi didikan dan asuhan agama
 Didikan pelajaran
 Melindungi rumahtangga
 Membimbing dab memberi tunjuk ajar
PERANAN ISTERI

 Taat kepada suami


 Melayani suami
 Menguruskan rumahtangga
 Menjaga martabat diri, suami dan keluarga
 Menyenangkan hati suami
 Pendorong dan motivasi
PERANAN ANAK

 Berbuat baik kepada ibu bapa


 Menghargai dan mengetahui tanggungjawab terhadap ibu
bapa
 Berbakti kepada ibu bapa (walaupun mereka bukan islam)
 Takut menderhakai ibu bapa
KEDUDUKAN WANITA DALAM ISLAM
“Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan
dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas jika
kamu cuba untuk meluruskanya kamu akan mematahkanya dan jika
kamu membiarkanya ia akan tetap bengkok maka berlaku baiklah
terhadap mereka...” - Hadis Riwayat Al- Bukhari & Muslim.
KEDUDUKAN WANITA SEBELUM DAN SELEPAS ISLAM

 Terdapat banyak perbezaan yang ketara antara kehidupan wanita sebelum dan
selepas kedatangan Islam
 SEBELUM…
 Kaum wanita telah hilang identitinya begitu juga dengan peranan dalam masyarakat
 Taraf wanita pada masa itu paling rendah
 Lelaki bukan sahaja menggunakan mereka sebagai alat memuaskan nafsu tetapi juga dijual
menjadi pelacur untuk mencari keuntungan.

 SELEPAS…
 Wanita sangat dimuliakan dalam Islam
 Wanita dikurniakan dengan pelbgai keistimewaan dan dijanjikan dengan pelbagai ganjaran
 Wanita mendapat pelbagai keistimewaan sebagai seorang anak perempuan, isteri dan ibu
 PERANAN WANITA ZAMAN RASULULLAH S.A.W

 Mereka yang memelihara Rasulullah s.a.w:

i. Aminah (ibu baginda)


ii. Halima As-Sa´diyah (ibu susuan)
iii. Ummu Aiman r.a. dari Habsyah- (`hadina´ / pengasuh)
 Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Bahawa dia adalah ibuku
sesudah ibuku sendiri.´
 Siti Khadijah binti Khuwailid-wanita pertama yang beriman dan membantu Baginda s.a.w
 Siti Aisyah, Ummu Salamah, dan lain-lain, dari Ummahaatul Mukminiin (ibu daripada kaum
Mukmin), isteri-isteri Nabi s.a.w, dan isteri-isteri para sahabat Rasulullah s.a.w.
KELEBIHAN WANITA DALAM ISLAM

 Wanita sangat dimuliakan dalam Islam


 Wanita mendapat pelbagai kemuliaan dan ganjaran sebagai
seorang anak, isteri dan ibu
 KELEBIHAN ANAK PEREMPUAN

 Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke


rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti
bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
 Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu
daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada
api neraka."
 KELEBIHAN IBU
 Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah
yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w.,
"Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah
s.a.w, "Ibunya".
 Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat
penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya
kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w.,
"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang
tidak akan sia-sia".
 Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka
jawablah panggilan ibumu dahulu.
 KELEBIHAN ISTERI
  Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah
s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).
 Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan di laut, burung di udara, malaikat di
langit, matahari dan bulan beristighfar baginya selama mana dia taat kepada
suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
 Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka
dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia
kehendaki dengan tidak dihisab.
 Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara
kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana
sahaja yang dikehendaki.
 Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud " Sesiapa sahaja isteri yang meninggal
dunia sedang suaminya redha terhadap pemergiannya maka ia akan masuk
 KEWAJIPAN ISTERI

  Merendahkan pandangannya di hadapan suaminya.


 Tidak khianat terhadap suaminya ketika ketiadaannya termasuk
juga hartanya.
 Menunaikan hajat suami apabila diajak oleh suaminya biarpun
sewaktu sibuk atau susah (Rasulullah mentamsilkan walau berada
di punggung unta sekalipun)
 Meminta izin suami untuk keluar dari rumahnya.
TANGGUNGJAWAB ISTERI

TAAT
 Tanggungjawab utama seorang isteri: taat dan patuh kepada suaminya.
 Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih dari
keluarga terdekatnya sendiri.
 Sabda Rasulullah s.a.w: Sekiranya aku ini orang yang menyuruh setiap orang
supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada
suaminya. (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)
 Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami yang tidak bertentangan dengan
ajaran Islam. Andaikan suami menyuruhnya melakukan dosa maka isteri
dibenarkan membantah.
 Sabda Rasulullah SAW: Tidak boleh mentaati mahluk dalam perkara berdurhaka
kepada Allah SWT. (Riwayat Ahmad)
TANGGUNGJAWAB ISTERI

TAAT
 Setelah menikah, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu,
jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah
meminta izin dari suami.
 Sabda Rasulullah SAW: Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman
dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya
ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu. (Riwayat al-
Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal)
 Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana
dikhuatirkan si isteri tidak dapat melayani kemahuan suami dengan
baik. Oleh sebab itu, meminta izin adalah sangat penting.
TANGGUNGJAWAB ISTERI

MELAYANI SUAMI
 Isteri juga hendaklah melayani kehendak suami dengan baik.
 Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan antara kedua-duanya. Oleh sebab
itu, si isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayani kehendak suaminya.
 Sabda Rasulullah SAW: Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat
tidur, tetapi ia enggan melayani ajakan suaminya, maka suami tidur dengan
marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu
subuh. (Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)
 Untuk mencegah termasuk kedalam golongan yang ingkar, maka isteri
perlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan yang
kukuh untuk menolaknya.
TANGGUNGJAWAB ISTERI

MENJAGA MARTABAT DIRI, SUAMI DAN KELUARGA


 Isteri hendaklah menjaga martabat dan akhlak terutamanya
apabila keluar dari rumah.
 Apabila si isteri keluar rumah kerana sebab-sebab tertentu
(bekerja, berkunjung sanak saudara atau keluar), pakaian yang
dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok mata,
berjalan dengan cara yang tidak menarik perhatian serta
berkelakuan baik.
 Si isteri perlu menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya
dari segala fitnah yang mungkin akan berlaku.
TANGGUNGJAWAB ISTERI
MENJAGA MARTABAT DIRI, SUAMI DAN KELUARGA
  Firman Allah: Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak
perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka
menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu
supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak
diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Al-Ahzab: 59)
 Seperti juga tanggungjawab si suami terhadap si isteri, segala
kecacatan yang ada pada si suami hendaklah dirahsiakan untuk
mengelakkan perasaan aib timbul yang boleh menjurus kepada
perbalahan. Sudah tentu perbalahan seperti ini perlulah dielakkan
kerana ia boleh mengganggu pembentukan keluarga bahagia.
LARANGAN BUAT ISTERI

 Sesiapa sahaja di kalangan isteri yang bermasam muka di hadapan


suaminya maka ia dalam kemurkaan Allah swt sehingga ia dapat membuat
suasana yang menggembirakan suaminya dan mohon kerelaannya.
 Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya "Jika seorang isteri berkata kepada
suaminya 'tidak pernah aku melihat kebajikanmu sama sekali' maka
hancur leburlah pahala amal kebajikannya.“
 Nabi s.a.w. bersabda " Sesiapa isteri yang meminta cerai daripada
suaminya tanpa sebab-sebab yang sangat diperlukan maka haramlah bau
syurga ke atasnya.“
 Hadith Nabi s.a.w. "Sesungguhnya Allah s.w.t tidak melihat kepada seorang
isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya."
PERINGATAN BUAT ISTERI
Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: " 4 perempuan yang berada di neraka ialah
 Perempuan yang kotor mulutnya terhadap suaminya; suaminya tiada di
rumah dia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya bersamanya ia
mengherdiknya.
 Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang di luar
kemampuan si suami.
 Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan
tidur dan ia enggan berbakti kepada Allah s.w.t dan enggan berbakti kepada
sumainya ( seorang isteri yang bersifat begini akan dilaknati Allah s.w.t
kecuali bertaubat).
 Wanita yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar rumah
dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihakan kecantikannya
(untuk menarik kaum lelaki).

Anda mungkin juga menyukai