Anda di halaman 1dari 4

SISTEM MASYARAKAT

1. Definisi masyarakat
sekumpulan orang yg hidup bersama di sesuatu tempat dgn cara-cara dan peraturan-
peraturan tertentu (Kamus Dewan)

Masyarakat dalam konteks Islam ialah gabungan manusia yang diwujudkan atas ikatan
syariah rabbani yang bermatlamatkan kehidupan yang sejahtera serta aman damai.
Masyarakat Islam juga merangkumi keseluruhan hubungan kemasyarakatan yang saling
berkait antara satu sama lain. Oleh itu, masyarakat Islam ialah kelompok manusia yang
beragama Islam, mengamalkan ajaran Islam dan saling berkaitan antara satu sama lain

2. Dasar masyarakat dalam islam


1. Akidah Islam
Asas utama pembentukan masyarakat Islam adalah untuk memelihara, menjaga dan
menegakkan akidah Islam. Akidah tauhid amat penting untuk membebaskan manusia
daripada belenggu khurafat yang boleh membawa kemunduran iaitu kepercayaan karut-
marut yang tidak berasaskan akal rasional. Akidah tauhid juga akan membebaskan
manusia daripada belenggu modenisme yang menafikan kewujudan Tuhan sehingga
membawa kehancuran akhlak manusia dan sistem nilai.

2. Tolong menolong atas kebaikan bukan kerosakan


Masyarakat Islam mesti bekerjasama untuk kebaikan dan tidak bekerjasama untuk
melakukan dosa dan perbuatan keji.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa dan janganlah
tolong-menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran.
(Surah al-Maidah: 2)

Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:

Jangan kamu berbuat kejahatan di permukaan bumi sesudah ia menjadi baik.


(Surah al-A’raf: 56)

3. Bersatu padu sesama mnusia adalah ibadat yang mulia


Masyarakat Islam menekankan aspek bersatu padu sebagai satu bentuk ibadat yang
dituntut dalam Islam.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:


Mereka ditimpa kehinaan di mana sahaja mereka berada kecuali jika mereka berpegang
pada tali (ad-Din) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia.
(Surah al-Imran: 112)

3. Ciri-ciri sistem masyarakat dalam islam


1.Memelihara nilai-nilai akhlak.
- Undang-undang masyarakat Islam dilaksanakan adalah bertujuan untuk memelihara nilai-
nilai akhlak mulia.
- Dalam pergaulan juga ada nilai-nilai akhlak mulia
- Contoh: Undang-undang rejam/rotan 100 kali kepada penzina.
- Masyarakat Islam mengenakan peraturan kepada wanita iaitu;
 tidak boleh bergaul bebas dengan lelaki bukan muhrimnya.
 berpakaian menutup aurat

Rasullullah saw bersabda"Ibarat sesama mukmin dalam kasih sayang, cinta, hubungan
mereka itu bagai satu jasad. Bila sebahagian sakit, seluruh badan turut berduka dengan
panas dan berjaga. 

2. Berpegang teguh dengan konsep keadilan.


- Konsep keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya.
(SURAH An-Nahl Ayat 90)

- Terdapat beberapa ayat Al-Quran secara khusus memeruntah berlaku adil:


 Surah Al-An'Am, 152- untuk berlaku adil dalam percakapan dan dalam menimbang dan
menukar.
 Sural Al- Baqarah, 282- untuk berlaku adil dalam menulis dan mencatit.
 Surah An-Nisa', 58- untuk berlaku adil melaksanakan hukum dan pendamaian.

4. Kedudukan kekeluargaan
3. Mengambil berat terhadap kekeluargaan / perkahwinan.
-Rumah tangga adalah institusi yang di dalamnya akhlak setiap generasi itu dilatih dan
disediakan untuk memikul tanggungjawab untuk ketamadunan manusia yang besar itu
dengan penuh kasih sayang, cinta dan mesra
- Melalui institusi rumah tangga, kita dapat membangunkan masyarakat dan mewujudkan
anggotanya dengan jalan perkahwinan sepasang manusia.
-Dengan perkahwinan inilah, lahirlah ke alam wujud ini generasi baru bercabang daripada
ikatan-ikatan kerabat, pertalian adik-beradik dan lainnya dari ikatan keluarga

5. Kedudukan wanita dalam islam


4. Menentukan kedudukan wanita dalam masyarakat.
- Islam menitikberatkan perihal wanita.
-Buruk dan baik wanita dalam masyarakat adalah banyak memberi kesan kepada masyarakat
keseluruhannya.
- Wanita berhak dalam:
• memilih bakal suami.
• menurut ketetapan syarak.
• menetapkan mahar dan hak mendapat nafkah daripada suaminya.
• menuntut cerai sekiranya tidak bahagia.
• mendapat hak mengasuh anak yang masih kecil apabila berlaku penceraian.
• hak dalam harta warisan
-Hadis sahih menyatakan: "seorang lelaki datang menhadap Rasullullah saw dan
bertanya,"Ya Rasullullah, siapakah orang yang paling berhak untuk berbuat baik
kepadanya?".

Rasullullah saw; "Ibumu"

Lelaki tersebut: "Kemudian siapa lagi?"

Rasullullah saw; "Ibumu"

Lelaki tersebut: "Kemudian siapa lagi?"

Rasullullah saw; "Ibumu"

Lelaki tersebut: "Kemudian siapa lagi?"

Rasullullah saw: "Ayahmu"

6. Kewajipan muslim terhadap masyarakat


5. Individu bertanggungjawab memperbaiki masyarakat
- Antaranya amar makruf dan nahi mungkar
-Setiap individu masyarakat dituntut berusaha dan bekerja keras untuk memperbaiki
kerosakan dalam masyarakat berdasarkan kemampuan masing-masing.
- Berusaha memberi sebarang pertolongan kepada anggota masyarakat untuk mencapai
tujuan tersebut.

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang
membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-
kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul).
Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya

"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta
laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala
bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara
yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
SEBAB-SEBAB INDIVIDU BERTANGGUNGJAWAB
1. Untuk membina masyarakat baik dan melaksanakan perintah Allah.

2. individu terpengaruh dengan keadaan masyarakatnya

ibubapa merupakan masyarakat kecil yang penting untuk mendorong anak mereka menjadi
baik

3. supaya terselamat dari berbagai bagai bencana

Allah akan menimpakan bencana kepada seluruh masyarakat yang melanggar perintahnya
satu sunnah yang cukup memberi kesan agar setiap individu terdorong untuk memperbaiki
masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai