Anda di halaman 1dari 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

08000 SUNGAI PETANI, KEDAH

KERTAS CADANGAN
PENUBUHAN KELAB PENCINTA ALAM
IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

KERJASAMA

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
KERTAS CADANGAN PENUBUHAN KELAB PENCINTA ALAM SEKITAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

1.0 PENGENALAN
Penubuhan Kelab Pencinta Alam Sekitar IPG Kampus Sultan Abdul
Halim merupakan suatu inisiatif ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti
guru sebagai insan yang aktif bukan sahaja dari aspek kurikulum malahan
dari aspek kokurikulum. Ia juga selari dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dalam melahirkan
bakal pendidik yang sihat dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan juga
sosial.

Kelab Pencinta Alam merupakan merupakan satu inisiatif untuk mewujudkan


generasi yang penyayang tehadap alam sekitar. Pada dasarnya, pendidikan
alam sekitar merupakan satu elemen dalam pengisian kurikulum yang amat
penting kepada gologan guru pelatih. Pendidikan alam sekitar bertujuan untuk
menanam sikap mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa Guru
Pelatih. Aktiviti berkaitan dengan alam sekitar boleh memberikan kesedaran
dan membentuk etika Guru Pelatih untuk menghargai alam.

Kelab Pencinta Alam juga mampu menjadi platform pendedahan bagi


generasi muda iaitu Guru Pelatih untuk menghargai dan menyayangi alam
sekitar. Di samping itu, aktiviti Kelab Pencinta Alam mampu mengisi masa
lapang guru pelatih kerana kebanyakan murid menginap di asrama dan
dapat melakukan sesuatu yang dapat memfaedahkan diri dan alam sekitar.
2.0 MATLAMAT PENUBUHAN

Penubuhan Kelab Pencinta Alam IPG Kampus Sultan Abdul Halim ini
bermatlamat untuk Memupuk kesedaran dalam kalangan guru pelatih tentang
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.seterusnya menjadikan Kelab
Pencinta Alam sebagai medium penting dalam membentuk modal insan yang
berkompeten selaras dengan matlamat Transformasi Nasional 2050 yang
menjadi teras pembangunan kemajuan negara Malaysia.

3.0 RASIONAL
Penubuhan Kelab Koir IPG Kampus Sultan Abdul Halim ini adalah penting
kerana:

3.1 Memenuhi saranan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada semua


IPTA/IPTS/IPG dalam mewujudkan insan yang kreatif dan juga
berinovatif.
3.2 Kelab ini berperanan sebagai satu-satunya platform kepada para guru
pelatih IPG Kampus Sultan Abdul Halim mempelajari tentang kehidupan
flora dan fauna seterusnya dapat melihat ekosistem semulajadi dalam
konteks yang berbeza.
3.3 Memberi pendedahan kepada para guru pelatih tentang cara
menguruskan sesuatu organisasi dan kaedah berurusan dengan pihak-
pihak luar.
3.4 Pergerakan Kelab Pencinta Alam yang didaftarkan di bawah nama IPG
Kampus Sultan Abdul Halim mampu membolehkan warga kampusnya
dapat mengenalpasti masalah yang berkaitan dengan kepupusan dan
kemusnahan ekosistem dan seterusnya berusaha mengekalkannya
daripada musnah begitu sahaja.
3.5 Penubuhan kelab ini merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan
kefahaman para guru pelatih bagi menimba Ilmu dan memupuk
semangat bertanggungjawab terhadap alam sekitar, bekerjasama, dan
cinta pada alam sekitar.

4.0 NAMA KELAB


Kelab Pencinta Alam Sekitar IPG Kampus Sultan Abdul Halim.
5.0 OBJEKTIF
Objektif penubuhan Kelab Pencinta Alam IPG Kampus Sultan Abdul Halim
adalah untuk:

5.1 Menyediakan struktur organisasi bagi para pelajar guru untuk


membangunkan serta meningkatkan minat mereka dalam pemeliharaan
dan perlindungan alam sekitar.
5.2 Mengalakkan dan menunjuk arah kepada para pelajar guru tentang jenis
aktiviti yang boleh dijalankan oleh mereka dalam menanamkan
semangat cintakan alam sekitar.
5.3 Menyatukan pendidikan alam sekitar ke dalam sistem pendidikan
sekolah.
5.4 Meningkatkan tahap kesedaran dan rasa tanggungjawab para pelajar
guru terhadap pemeliharaan dan perlindungan kawasan institut.
5.5 Membantu melahirkan sumber tenaga kerja yang berkualiti dan
berdisplin.
5.6 Memupuk disiplin dan semangat kerjasama dalam kalangan guru
pelatih.
5.7 Mewujudkan suatu aktiviti kokurikulum yang meriah dan
memberangsangkan.
5.8 Sebagai alternatif mengisi masa lapang para guru pelatih.

6.0 PERANCANGAN AKTIVITI

Latihan dalam kumpulan (LDK).


Lawatan sambil belajar dan penanda aras.
Pembentukan Taman Landskap IPSAH

7.0 LOKASI

Lokasi yang dicadangkan bagi Kelab Pencinta Alam untuk beroperasi


adalah di Bukit Gerko ( Sebelah PULAKO) IPG Kampus Sultan Abdul Halim
8.0 PENYERTAAN / SASARAN

Penyertaan serta sasaran Kelab Pencinta Alam ini adalah terbuka


kepada semua guru pelatih IPG Kampus Sultan Abdul Halim yang berminat
untuk mempelajari langkah-langkah memelihara dan memulihara alam
sekitar.

9.0 WAKTU PELAKSANAAN

Setelah mendapat kelulusan dari pihak pengurusan IPG Kampus


Sultan Abdul Halim

10.0 JADUAL AKTIVITI


Di sini kami telah mencadangkan jadual aktiviti Kelab Pencinta Alam
Sekitar IPG Kampus Sultan Abdul Halim yang akan dijalankan seperti mana
jadual di bawah, sekiranya kertas kerja ini diluluskan oleh pihak tuan. Hal ini
menunjukkan bahawa kami benar-benar serius tentang penubuhan kelab ini.

Hari Masa
Rabu 2.15 petang 4.30 petang

Berdasarkan jadual di atas, kami akan mengadakan latihan pada setiap hari
Rabu. Untuk makluman pihak tuan, kami juga tidak akan mengganggu
sebarang proses pengajaran dan pembelajaran (waktu kuliah) yang diadakan
oleh pihak institut. Hal ini menunjukkan bahawa kami juga mementingkan
aspek akademik di samping bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum.

11.0 JURULATIH

Bagi meningkatkan kualiti Kelab Pencinta Alam IPG Kampus Sultan


Kampus Sultan Abdul Halim, kelab ini akan dibimbing oleh En. Haji Mastor,
pensyarah Reka Bentuk dan Teknologi dari Jabatan Sains Sosial yang
berpengalaman luas dalam bidang Pertanian dan Alam Sekitar.
12.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA KELAB

AHLI JAWATANKUASA KELAB PENCINTA ALAM


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

12.1JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Tuan Hj. Hashim Bin Asman


Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim

Penasihat : Dr.Hj.Abdul Rahman Bin Abdullah


Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim

Penyelaras 1 : En. HJ Mastor Bin Hemdi


Pensyarah Penasihat
Ketua Unit Reka Bentuk dan Teknologi
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim

Penyelaras 2 : En. Oh Sin Koeng


Pensyarah
Jabatan Sains Sosial
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim
12.2 JAWATANKUASA KELAB

Pengerusi : Avralintine Bin Epin

Naib Pengerusi : Shanmugha A/L M Krishnan

Setiausaha : Aravin Kumar A/L P.Jeya Sangar

Bendahari : Navin A/L Baskaran

AJK Aktiviti : Baanu Sri A/L Kavari

AJK Perhubungan : Thamillarasi A/P Deivasigamoni


Srinimalaan A/L Lachimanan

AJK Teknikal : Goh Ling Kiang


Jaspiriya A/P Chamyuram

AJK Peralatan & Pergerakan : Akmal Bin Idrus


Dheventhiran A/L Sukumar
13.0 PENUTUP

Kesimpulannya, penubuhan Kelab Pencinta Alam di IPG Kampus


Sultan Abdul Halim merupakan satu aset yang bernilai kepada institut untuk
meningkatkan prestasi guru pelatih seterusnya menaikkan nama baik institut
melalui setiap aktiviti yang akan disertai. Selain itu, kemahiran dan disiplin
yang diterapkan dalam Kelab Pencinta Alam mampu melahirkan kelompok
masyarakat yang bersatu padu dan berhemah tinggi. Oleh yang demikian,
matlamat negara Malaysia untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan
mewujudkan semangat SATU MALAYSIA dalam masyarakat boleh dicapai
melalui penubuhan kelab ini. Justeru, adalah sangat diharapkan kertas kerja
penubuhan Kelab Pencinta Alam ini mendapat pertimbangan sewajarnya
daripada pihak pengurusan IPG Kampus Sultan Abdul Halim.
Disediakan oleh:

..........................
(ARAVIN KUMAR A/L P.JEYA SANGAR)
Setiausaha
Kelab Pencinta Alam
Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Abdul Halim

Disemak oleh:

.............................................................................
(MUHAMMAD ZAIM NAJMI BIN MOHD RAHIM)
Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan
SOKONGAN PENSYARAH
Dengan ini saya setuju / tidak bersetuju dengan cadangan penubuhan Kelab Koir
IPG Kampus Sultan Mizan kerana

Yang benar,

..............................................................................
(SUKRERI @ SYUKRI BIN MOHAMAD ZIN)
Pensyarah Penasihat
Biro Kebudayaan dan Kesenian
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan

Yang benar,

......................................................
(KHIR ANUAR BIN JAAFAR)
Pensyarah
Jabatan Kajian Sosial
Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan
SOKONGAN UNIT KOKURIKULUM
Dengan ini saya setuju / tidak bersetuju dengan cadangan penubuhan Kelab Koir
IPG Kampus Sultan Mizan kerana

Yang benar,

..............................................................
(MOHAMAD BIN AB. LATIFF)
Ketua Unit Kokurikulum
Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan

SOKONGAN JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (HEP)


Dengan ini saya setuju / tidak bersetuju dengan cadangan penubuhan Kelab Koir
IPG Kampus Sultan Mizan kerana

Yang benar,

...........................................
(LATIF BIN HAMZAH)
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan
KELULUSAN PENGARAH
Dengan ini saya meluluskan / tidak meluluskan penubuhan Kelab Koir IPG Kampus
Sultan Mizan kerana

Yang benar,

.......................................................
(KAMARUDIN BIN HASHIM)
Pengarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan

Anda mungkin juga menyukai