Anda di halaman 1dari 15

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Kementerian Pendidikan Malaysia


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA

PENUBUHAN

PERSATUAN SENI VISUAL

IPG KAMPUS IPOH


1.0 PENGENALAN
Seni Visual merupakan mata pelajaran yang menjurus kepada kegiatan seni tampak
atau visual. Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat kreatif, ekspresif dan aktif
melalui persepsi visual, imaginasi serta daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan
reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan kita menyatakan idea dan
mengekspresikan diri sendri. Selain itu, seni juga digunakan sebagai terapi untuk menenangkan
emosi dan mengurangkan tekanan seseorang.

Memandangkan pekerjaan guru amat memerlukan kreativiti dan inovasi, Persatuan Seni
Visual (PSV) boleh ditubuhkan. Persatuan PSV merupakan satu platform untuk semua guru
pelatih terutamanya mereka yang bukan kursus Pendidikan Seni Visual untuk meneroka dan
menghargai dunia seni visual. Hal ini kerana bukan semua guru pelatih terutamanya mereka
yang bukan Kursus (PSV) mempunyai peluang untuk belajar teknik dan kemahiran seni visual.

Penubuhan Persatuan PSV juga merupakan salah satu usaha ke arah pembinaan dan
pembentukan kualiti guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) untuk melahirkan guru-guru yang berpengetahuan,
berkemahiran dan berkepimpinan. Melalui aktiviti berpersatuan ini, diharapkan guru - guru
berkualiti dapat dibentuk dalam usaha untuk mencapai enam aspirasi dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025, iaitu, pengetahuan, kemahiran
berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti
nasional.

Justeru, IPG amat memerlukan sebuah Persatuan Seni Visual yang boleh
mengembangkan kreativiti dan inovasi guru pelatih.
2.0 JENIS PERSATUAN
Persatuan Seni Visual

3.0 IDENTITI PERSATUAN


3.1 Logo Persatuan

BIL CIRI-CIRI MAKSUD TERSIRAT


1  Semangat bersungguh-sungguh
Persatuan Seni Visual dalam
meneruskan warisan seni visual.
2  Kebebasan pencetusan idea dan
kreativiti

3  Perpaduan antara ahli persatuan.

4  Moto Persatuan Seni Visual

3.2 Moto
“Make your life colourful”

3.3 Visi
Guru Kreatif, Pendidikan Berkualiti.
3.4 Misi
Persatuan Seni Visual berusaha untuk melahirkan guru yang harmonis, kritis, kreatif dan
produktif menerusi pemupukan asas seni visual dalam kehidupan seharian.

3.5 Lagu Persatuan


Seni Visual satu persatuan kita,
Terus maju dan berjaya,
Bersatu padu amalan kita,
Jadilah impian kita benar.

Lukis, warna, bina semua kita belajar,


Letih, gagal, tangis semua kita lalui,
Hubungan antara kita lebih kukuh,
Inilah Persatuan Seni Visual.

Seni Visual satu persatuan kita,


Terus maju dan berjaya,
Bersatu padu amalan kita,
Jadilah impian kita benar.

4.0 MATLAMAT
Penubuhan Persatuan Seni Visual adalah penting kerana memenuhi saranan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kepada semua IPTA/ IPTS/ IPG dalam mewujudkan
insan yang kreatif dan juga berinovatif. Persatuan ini juga sebagai satu platform kepada ahlinya
untuk mempelajari teknik dan kemahiran seni visual yang asas. Persatuan Seni Visual (PSV)
Aktiviti berpersatuan yang akan dijalankan juga boleh melahirkan guru yang harmonis, kreatif
dan mempunyai nilai ekstetika. Penubuhan persatuan ini juga merupakan satu inisiatif bagi
meningkatkan kefahaman para guru pelatih terhadap kepentingan pengetahuan dan
penglibatan dalam kokurikulum. Ini juga dapat membina kualiti peribadi dan nilai sebagai
seorang guru dan juga bakal guru.
5.0 OBJEKTIF
Objektif penubuhan Persatuan Seni Visual adalah seperti berikut:

5.1 Mempertingkatkan dan dan meluaskan pengetahuan ahli dalam pelbagai jenis karya seni
dalam empat bidang seni mengikut Dokumen Standard Kandungan dan Pentaksiran (DSKP).

5.2 Meningkatkan pengetahuan, kemahiran, daya kreativiti dan inovasi dalam bidang seni
visual.

5.3 Memberikan peluang kepada pencinta seni untuk menerokai dan berkongsi bersama inovasi
dan kreativiti dalam seni visual.

5.4 Memupuk semangat cinta dan penghargaan terhadap keindahan ciptaan seni visual.

5.5 Memupuk sifat kepimpinan, kerjasama dan kolaborasi melalui aktiviti berpersatuan.

6.0 KUMPULAN SASARAN


Terbuka untuk semua pelajar IPGKI yang berminat. Bilangan keahlian Persatuan Seni Visual
adalah seperti berikut:
Unit Bilangan Ahli
P 10 orang
Q dan R 10 orang
S dan T 15 orang

7.0 KEAHLIAN
Guru pelatih dari setiap unit berhak menyertai Penyertaan Persatuan Seni Visual dengan syarat
mengisi borang permohonan keahlian dan membayar yuran sebanyak RM 15 setahun seperti
yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persatuan Seni Visual IPG Kampus Ipoh.
(Sila rujuk kepada Lampiran 1 untuk maklumat borang permohonan keahlian Persatuan Seni
Visual serta Lampiran 2 untuk maklumat perlembangaan Persatuan Seni Visual yang lebih
lanjut)

8.0 LOKASI
Lokasi yang dicadangkan bagi Persatuan Seni Visual untuk beroperasi adalah di Bilik Seni
(Studio) IPG Kampus Ipoh.

9.0 TARIKH PELAKSANAAN PERSATUAN SENI VISUAL


Setelah mendapat kelulusan dari pihak pengurusan IPG Kampus Ipoh.
10.0 JADUAL AKTIVITI
Di sini kami telah mencadangkan jadual aktiviti Persatuan Seni Visual IPG Kampus Ipoh yang
akan dijalanlan seperti mana jadual di bawah, sekiranya kertas kerja ini diluluskan oleh pihak
tuan. Hal ini menunjukkan bahawa kami benar-benar serius tentang penubuhan persatuan ini.

Hari Masa
Rabu 2:30 pm - 4:30 pm

Berdasarkan jadual di atas, kami akan mengadakan aktiviti persatuan pada setiap hari Rabu
pertama untuk setiap bulan. Untuk makluman pihak tuan, kami juga tidak akan menggangu
sebarang proses pengajaran dan pembelajaran (waktu kuliah) yang diadakan oleh pihak institut.
Hal ini menunjukkan bahawa kami juga mementingkan aspek akademik di samping bergiat aktif
dalam aktiviti kokurikulum.

11.0 PENSYARAH PEMBIMBING


Bagi meningkatkan kualiti Persatuan Seni Visual IPG Kampus Ipoh, persatuan ini akan
dibimbing oleh En. Razali Mohd Jaafar, pensyarah Seni Visual dari Jabatan Seni Visual yang
berpengalaman dalam seni visual terutamanya dalam bidang melukis.

12.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN SENI VISUAL


12.1 Jawatankuasa Induk
Penaung : Tn. Haji. Kamarulizham bin Hazizi
(Pengarah IPG Kampus Ipoh)
Pengerusi : Dr. Mohd Nasrudin bin Basar
(Timbalan Pengarah IPG Kampus Ipoh)
N. Pengerusi : En. Zulkiply bin Mohd Nor
(Ketua Unit Kokurikulum)
Penyelaras : En. Razali bin Mohd Jaafar
Pen. Penyelaras : En. Mohd Sharifuddin bin Abdul Aziz

12.2 Jawatankuasa Persatuan


Pengerusi : Grace Chow Su Un
Naib Pengerusi : Yii Ann Hui
Setiausaha : Wong Mei Ti
Penolong Setiausaha : Leong Poh Tan
Bendahari : Low Jing Xian
Ahli Jawatankuasa Kecil:

1. Pendaftaran dan Keahlian : Kelly Tan


2. Persiapan tempat : Vimalapriya A/P Alagapan
3. Jurugambar/Video : Priyah A/P Ponnusamy
4. Dokumentasi/Pelaporan : Look Choon Wen

5. Publisiti : Sharon Ng Jing Min


6. Aktiviti Lawatan : Low Macie
7. Peralatan : Sharmiladevi A/P Selvarajoo

(Sila rujuk kepada Lampiran 3 untuk senarai tugas jawatankuasa yang lebih lanjut)

13.0 SUMBER KEWANGAN


BIL PERKARA CATATAN

1 Sumbangan individu daripada pensyarah Jabatan RM 1000.00


Seni Visual.

2 Kutipan yuran tahunan ahli Persatuan Seni Visual RM 525.00

JUMLAH RM 1525.00

14.0 AKTIVITI TAHUNAN


TARIKH AKTIVITI KANDUNGAN

4/1/2018 Mesyuarat Agung dan  Pendaftaran ahli Persatuan Seni Visual (PSV)
Pendaftaran ahli  Perlantikan ahli jawatankuasa Persatuan PSV.
 Penerangan visi, misi, objektif dan peraturan
Persatuan PSV.
 Penerangan dan menyanyi lagu Persatuan
PSV.

1/2/2018 Bengkel Inspirasi Seni  Meneroka dalam bidang melukis terutamanya


dalam bidang cat minyak
Penceramah:
 Pengenalan teknik dan kemahiran yang penting
Puan Yuen Chee Ling
dalam bidang menggambar.
(Bidang 1: Menggambar)
 Ahli menghasilkan karya berdasarkan teknik
yang diajar.
1/3/2018 Bengkel Membentuk dan  Pendedahan teknik dalam bidang 3 seperti
membuat binaan teknik mobail dan stabail.
 Penggunaan bahan kitar semula untuk
Penceramah:
menghasilkan binaan.
En. Razali bin Mohd Jaafar
 Memperkembang kreativiti ahli dengan
menghasilkan binaan berdasarkan bahan kitar
semula yang dipilih.

5/4/2018 Lawatan ke Penang 3D  Lawatan ke dua tempat tersebut di Pulau


Arts Gallery dan Penang Pinang.
Murals  Meneroka dunia seni visual 3D dan mural.
 Taklimat tentang cara menghasilkan karya 3D.

3/5/2018 Aktiviti Menghasilkan Kraf  Mengenali sejarah atau latar belakang 2 kraf
Tradisional tradisional terpilih, iaitu keris dan perisai.
 Memerhati corak yang mengandungi motif
tertentu yang ada pada kraf tradisional
 Menghasilkan kraf tradisional secara
berkumpulan.

7/6/2018 Bengkel membuat corak  Mengenali corak terancang dan corak tidak
dan rekaan terancang.
 Mempelajari teknik untuk menghasilkan kedua-
Penceramah:
dua corak tersebut.
En. Razali bin Mohd Jaafar
 Menghasilkan karya berdasarkan teknik yang
diajar.

5/7/2018 Pameran “Inspirasi Seni”  Mempamerkan semua hasil karya atau binaan
ahli.
 Penerangan tentang setiap teknik yang
digunakan.

2/8/2018 Lawatan ke Balai Seni  Memperkembang kreativiti dan inovasi ahli


Negara berdasarkan karya yang ditemui.
 Mengenali karya pelukis Malaysia.

6/9/2018 Karnival Seni Visual  Sediakan sudut-sudut yang menampalkan


maklumat tentang setiap teknik yang dipelajari.
 Aktiviti pertandingan kecil dijalankan. (Terbuka
kepada semua guru pelatih)

4/10/2018 Ceramah Terapi Seni  Mengetahui contoh aktiviti seni visual yang
boleh digunakan sebagai terapi.
 Kegunaan terapi seni.

1/11/2018 Jamuan Akhir Tahun  Perkongsian pengalaman serta perasaan


 Penyampaian sijil penghargaan dan penyertaan
 Jamuan

14.0 BAHAN DAN SUMBER YANG DIPERLUKAN

BIL BAHAN DAN SUMBER BILANGAN TUJUAN


1 Bilik kosong 1 buah Studio Seni IPGKI yang mempunyai ruang
yang luas sesuai untuk menjalankan aktiviti
seni visual. Studio yang luas juga sesuai
digunakan untuk menjalankan bengkel.
2 Papan putih 2 buah Papan putih kekal dan papan putih mudah
alih yang masih berada dalam keadaan yang
baik digunakan untuk membuat catatan
dalam sesi perbincangan Persatuan Seni
Visual.
3 Pen Marker 5 batang 5 batang pen marker digunakan untuk
membuat catatan pada papan putih dalam
sesi perbincangan Persatuan Seni Visual.
4 Pemadam Papan Putih 2 buah 2 buah pemadam papan putih digunakan
untuk memadam kesan tulisan pen marker
ketika membuat catatan pada papan putih
dalam sesi perbincangan Persatuan Seni
Visual.
5 Meja dan kerusi murid 35 set 4 buah meja besar dan 35 buah kerusi.
6 Meja dan kerusi 1 set 1 set meja dan kerusi guru yang masih
pensyarah berada dalam keadaan baik dan perlu
dibersihkan disediakan untuk setiap kali
perjumpaan Persatuan Seni Visual.

7 Kipas 5 buah 5 buah kipas yang masih berada dalam


keadaan baik dan perlu dibersihkan
disediakan untuk mewujudkan keadaan
kondusif ketika perjumpaan dijalankan.
8 Lampu 5 buah 5 buah lampu yang masih berada dalam
keadaan baik dan perlu dibersihkan
disediakan untuk mewujudkan keadaan
kondusif ketika perjumpaan dijalankan.
9 Baju Persatuan 36 helai Baju seragam ahli Persatuan Seni Visual
dan pensyarah pembimbing perlu dipakai
dalam setiap kali perjumpaan untuk
mewujudkan suasana keseragaman.
10 Sijil Perlantikan 12 helai Sijil yang dianugerahkan kepada 12 orang
ahli jawatankuasa induk dan ketua biro ahli
jawatankuasa kecil Persatuan PSV sebagai
tanda penghargaan supaya terus berusaha.

11 Sijil Penyertaan 35 helai Sijil yang dianugerahkan kepada setiap


orang ahli Persatuan PSV sebagai tanda
penghargaan.
12 Alat dan bahan 35 set Setiap ahli perlu membawa alat dan bahan
penghasilan karya seperti palet dan cat air bagi setiap kali
perjumpaan berdasarkan tajuk aktiviti setiap
bulan.

15.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


15.1 Anggaran Perbelanjaan Untuk Aktiviti Tahunan
TARIKH AKTIVITI ANGGARAN UNIT HARGA JUMLAH
PERBELANJAAN SEUNIT
4/1/2018 Mesyuarat agung - - - -
dan pendaftaran
ahli
1/2/2018 Bengkel Inspirasi
Seni Cenderamata 1 RM 15.00 RM 15.00
Penceramah: Penceramah
Puan Yuen Chee
Ling
(Bidang 1:
Menggambar) Sijil Penghargaan 1 RM 0.50 RM 0.50
Penceramah

1/3/2018 Bengkel
Membentuk dan Cenderamata 1 RM 15.00 RM 15.00

membuat binaan
Penceramah:
En. Razali bin Sijil Penghargaan 1 RM 0.50 RM 0.50
Mohd Jaafar Penceramah

5/4/2018 Lawatan ke Cenderamata 1 RM 15.00 RM 15.00


Penang 3D Arts Sijil Penghargaan 1 RM 0.50 RM 0.50
Gallery dan
Pengangkutan (IPG) 1 - -
Penang Murals
Makanan 36 RM 5.00 RM 180.00

3/5/2018 Aktiviti Alat dan bahan yang 35 set - -


Menghasilkan sesuai (ahli sendiri
Kraf Tradisional bawa)
Papan Tanda (IPG) 2 - -

7/6/2018 Bengkel Cenderamata 1 RM 15.00 RM 15.00


membuat corak Penceramah
dan rekaan
Penceramah:
Sijil Penghargaan 1 RM 0.50 RM 0.50
En. Razali bin
Mohd Jaafar

5/7/2018 Pameran Papan tanda (IPG) 4 - -


“Inspirasi Seni” Hadiah Kecil 20 RM 2.00 RM 40.00
2/8/2018 Lawatan Ke Balai Cenderamata 1 RM 15.00 RM 15.00
Seni Sijil Penghargaan 1 RM 0.50 RM 0.50
Pengangkutan (IPG) 1 - -
Makanan 36 RM 5.00 RM180.00
Tiket kemasukan 36 RM 5.00 RM 180.00
6/9/2018 Karnival Seni Papan tanda (IPG) 4 - -
Visual
Meja 6 - -

Kerusi 3 - -

Alat dan bahan untuk 10 - RM100.00


aktiviti kecil
4/10/2018 Ceramah Terapi Cenderamata 1 RM 15.00 RM 15.00
Seni
Sijil Penghargaan 1 RM 0.50 RM 0.50
Penceramah
1/11/2018 Jamuan Akhir Sijil Penghargaan AJK 12 RM 0.50 RM 6.00
Tahun Sijil Penyertaan 35 RM 0.50 RM 17.50
Makanan 36 RM 5.00 RM 180.00
JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN RM 976.00

15.2 Anggaran Perbelanjaan Untuk Sumber dan Bahan yang digunakan


BIL BAHAN DAN SUMBER UNIT HARGA JUMLAH CATATAN
SEUNIT
1 Bilik kosong 1 - - Permohonan
Kepada Pihak
IPG
2 Papan putih 2 - - Permohonan
Kepada Pihak
IPG
3 Pen Marker 5 RM 2.00 RM 10.00 -
4 Pemadam Papan Putih 2 RM 2.00 RM 4.00 -
5 Meja Besar 4 - - Permohonan
kepada Pihak
IPG
6 Kerusi 35 - - Permohonan
kepada Pihak
IPG
7 Meja dan kerusi 1 set - - Permohonan
pensyarah kepada Pihak
IPG
8 Kipas 5 buah - - Permohonan
kepada Pihak
IPG
9 Lampu 5 - - Permohonan
kepada Pihak
IPG

10 Baju Persatuan 36 RM 20.00 RM 720.00 -

11 Sijil Perlantikan 12 .RM 0.50 RM 6.00 -

12 Sijil Penyertaan 35 RM 0.50 RM 17.50 -


13 Alat dan bahan 35 set - - Tanggung
penghasilan karya sendiri oleh ahli
JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN RM 757.50 -

16.0 SURAT PENUBUHAN PERSATUAN SENI VISUAL


(Sila rujuk kepada Lampiran 4 dan Lampiran 5 untuk surat penubuhan Persatuan Seni Visual)

17.0 PERATURAN- PERATURAN PERSATUAN SENI VISUAL


( Sila rujuk kepada Lampiran 6 untuk peraturan Persatuan Seni Visual yang lebih lanjut.)

18.0 CARTA ALIR PENUBUHAN PERSATUAN SENI VISUAL

Mewujudkan Perancangan dan


Semakan Kertas Kerja
jawatankuasa kertas kerja

Serahkan kertas kerja


lengkap berserta borang Penilaian oleh
permohonan penubuhan
Persatuan Seni Visual Pengarah
kepada pengarah
19.0 PENUTUP
Jawatankuasa Persatuan Seni Visual (PSV) berharap agar pihak pengurusan IPG dapat
menyokong penuh penubuhan Persatuan Seni Visual di IPG Kampus Ipoh. Hal ini kerana
penubuhan Persatuan Seni Visual merupakan satu aset yang bernilai kepada pihak IPG untuk
meningkatkan penglibatan pelajar yang bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam
bidang kokurikulum melalui setiap aktiviti yang akan disertai. Ini selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang berbunyi “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Selain itu, melalui aktiviti Persatuan Seni Visual, kreativiti dan inovasi pelajar juga akan
dipertingkatkan.
Justeru, adalah sangat diharapkan kertas kerja ini mendapat pertimbangan sewajarnya
daripada pihak IPG. Semoga perkara yang baik ini tidak akan disia-siakan oleh kita semua. Atas
kerjasama dan perhatian daripada semua pihak didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Disediakan Oleh:

...........................................
(WONG MEI TI)
Setiausaha,
Persatuan Seni Visual,
IPG Kampus Ipoh, Perak.

Disokong oleh:

__________________________
(EN. MOHD RAZALI BIN JAAFAR)
Pensyarah Penasihat Persatuan Seni Visual,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta, Perak.

Disahkan oleh:

___________________________
(EN. ZULKIPLY BIN MOHD NOR)
Ketua Unit Kokurikulum,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta, Perak.

Diluluskan oleh:

________________________________
(TUAN HAJI. KAMARULIZHAM BIN HAZIZI)
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta, Perak.

Anda mungkin juga menyukai