Anda di halaman 1dari 8

KERTAS CADANGAN

PROGRAM PENGGALAKAN KESENIAN


‘SENI UNTUK SEMUA’

BIDANG : SENI VISUAL


(BENGKEL MEMBINA MODEL KENDERAAN)
SEKOLAH MENENGAH

ANJURAN:
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH

DENGAN KERJASAMA :
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BALING

DIKELOLAKAN OLEH:
SMK BALING, KEDAH
1. PENGENALAN
Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk
minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan
terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya. Seni visual juga
memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual,
imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka
bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka
menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia
membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali
cita rasanya sendiri. Teori Kecerdasan Howard Gardner jelas menunjukkan
bahawa setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual,
kinestetik, interpersonal dan intrapersonal. Sifat ini amat penting untuk
membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi
pancaindera secara seimbang. Justeru, melalui program penggalakan
kesenian “Seni Untuk Semua” yang dilaksanakan ini mampu merealisasikan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan murid yang
seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di samping itu juga,
ia dapat merealisasikan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(2013-2025) untuk mencapai lima keberhasilan bagi sistem Pendidikan
Malaysia iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.

Sehubungan itu, bengkel membina model kenderaan ini dilaksanakan


berhasrat untuk membentuk dan mencanai kreativiti murid terhadap bidang
karya bersifat 3 dimensi. Selain itu, bengkel ini memberi pendedahan kepada
murid tentang elemen seni moden.

2. OBJEKTIF

Adalah diharapkan melalui program ini, peserta dapat :


i) Mengenali asas seni lukis dan olahan serta dapat digunakan dalam
aktiviti seni visual.
ii) Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual.
iii) Mengaplikasikan bahan serta teknik dalam penghasilan karya.
iv) Meneroka kepelbagaian teknik dalam menghasilkan karya seni visual.
v) Menzahirkan apresiasi terhadap hasil karya.
vi) Memupuk nilai kerjasama, keyakinan diri, disiplin dan tanggungjawab.

3. BUTIRAN AKTVITI

a. Tarikh : 27 Julai 2022

b. Hari : Rabu

c. Sasaran Peserta : Murid Tingkatan 1 - 3

(25 orang dari setiap sekolah) = 400 orang

d. Metodologi : Secara dalam talian


4. JADUAL PROGRAM

TARIKH / MASA PERKARA


HARI
2.00 pm - Pendaftaran melalui pautan google form

2.15 pm - Aluan pengerusi


- Bacaan doa
- Ucapan perasmian bengkel

2.30 pm Bengkel Slot 1


27 Julai 2022 (Pengenalan teknik 3D)
(Rabu)
2.45 pm Bengkel Slot 2
(Pengenalan bahan dan alatan)

2.50 pm Bengkel Slot 3


(Aktiviti menggambar lakaran kenderaan)

3.40 pm Bengkel Slot 4


(Membentuk bahan bertemakan kenderaan)

4.30 pm Bengkel Slot 5


(Apresiasi Seni)

4.50 pm Penutupan Bengkel

5. JAWATANKUASA

Jawatankuasa Induk
Penasihat : Tn. Hj Rozaini bin Ahmad
(Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah)
Pengerusi : En. Sabri bin Osman
(Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid)
Setiausaha : En. Khairulfahmi bin Jumri
(Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid)
Bendahari : Unit Kewangan JPN
JK : Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Jawatankuasa Pelaksana
Penasihat : En. Abdul Rashid bin Abdul Rahman
(Pegawai Pendidikan Daerah Baling)
Pengerusi : En. Rosli bin Md Napiah
(Pengetua SMK Baling)
Timbalan Pengerusi : En. Shuhaimi bin Mat Isa
(Penolong Kanan Kokurikulum SMK Baling)
Setiausaha : Cik Lim Lee Tian
(Guru Penasihat Kelab Seni Visual SMK Baling)
AJK : Pengetua SMK Bongor
: Pengetua SMK Tunku Putera
: Pengetua SMK Syed Abu Bakar
: Pengetua SMK Bongor

Cadangan AJK Pelaksana


(i) AJK Pendaftaran : SMK Baling
(ii) AJK Multimedia : SMK Tunku Putera
(iii) AJK Sijil / Cenderamata : SMK Bongor
(iv) AJK Peralatan / Bahan : SMK Syed Abu Bakar
(v) AJK Siaraya : SMK Baling
(vi) AJK Dokumentasi : SMK Tunku Putera
(vii) AJK Persiapan Tempat : SMK Baling

**Senarai AJK boleh diubahsuai mengikut keperluan dan kesesuaian


semasa

6. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Butiran Jumlah (RM)


1. Cenderamata Cenderamata untuk penceramah RM 100.00
penceramah

2. Bahan dan Styrofoam / soft polystyrene / gabus RM 700.00


alatan bunga, gam uhu dan akrilik.
(bahan mengikut kesesuaian)

3. Saguhati RM 20 x 10 peserta = RM200.00 RM 200.00


peserta Saguhati diberikan kepada peserta yang
menghasilkan karya yang baik dan aktif
sepanjang bengkel.

JUMLAH BESAR(RM) RM 1000.00


7. PENUTUP

Amatlah diharapkan program ini dapat memberi galakan kepada murid serta
memupuk minat mereka dalam bidang seni visual. Selain itu, ia dapat membuka
minda murid bahawa seni bukannya terhad kepada kertas dan warna semata-
mata tetapi boleh dikembangkan kepada objek 3 dimensi Semoga program ini
membuka jalan kepada murid untuk menyertai pertandingan-pertandingan seni
visual yang lain.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

__________________ ____________________
( LIM LEE TIAN ) (ROSLI BIN MD NAPIAH)
Setiausaha JK Pengelola Pengetua SMK Baling
Program Penggalakan Seni Untuk Semua Pengerusi JK Pengelola
Program Penggalakan Seni

Disahkan oleh:

___________________
(PPD)

Diluluskan oleh:

______________________
(JPN)
LAMPIRAN 1 : CONTOH PENGHASILAN MENGGUNAKAN
STYROFOAM (MODEL KERETA)
LAMPIRAN 2 : CONTOH PENGHASILAN MENGGUNAKAN
SOFT POLYSTYRENE (MODEL KAPAL TERBANG)

LAMPIRAN 3
LAMPIRAN 3 : CONTOH PENGHASILAN MENGGUNAKAN
GABUS BUNGA (MODEL MOTOSIKAL)

Anda mungkin juga menyukai