Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN REKA CIPTA KEMAHIRAN HIDUP TAHAP 2


SK TAMAN PUTERI WANGSA

1.0 PENGENALAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk melaksanakan program pertandingan reka


cipta peringkat sekolah yang mana telah dicadangkan di dalam mesyuarat
panitia kemahiran hidup Daerah Pasir Gudang.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan inovatif


2.2 Mengembangkan dan mencungkil bakat terpendam para murid.
2.3 Mengaplikasikan pengetahuan mengenai reka cipta

2.0 TUJUAN

Pertandingan ini bertujuan bagi memberi peluang kepada para murid


menunjukkan minat terhadap reka ciptaan. Selain itu, murid-murid dapat
mengenal pasti kebolehan mereka di samping mencuba sesuatu yang
baru dan menajamkan pemikiran mereka agar berfikir di luar kotak norma.

3.0 SASARAN

Murid-murid tahap 2 Sk Taman Puteri Wangsa.

4.0 TEMPAT

SK Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram

5.0 TARIKH

. Oktober 2010
6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KOS JUMLAH


1 Hadiah Tahun 4 RM 15 x 3 orang RM 45
2 Hadiah Tahun 5 RM 15 x 3 orang RM 45
3 Hadiah Tahun 6 RM 15 x 3 orang RM 45
Jumlah keseluruhan RM 135

7.0 AHLI JAWATAN KUASA PROGRAM

PENGERUSI
EN BAHARUDIN BIN A WAHID

SETIAUSAHA
EN NORHAFIZ BIN TAMALDIN

PENYEDIAAN PESERTA
PN AZHANI BINTI MOHD YUSOF

PENYEDIAAN HADIAH
EN MOHD JAMKHURI BIN JAMAL

8.0 TENTATIF PROGRAM

Setiap kelas haruslah menghantar sekurang-kurangnya seorang wakil dan


menghantar hasil projek sebelum 30 Oktober 2010.

Hasil projek reka cipta adalah bertemakan “kitar semula” dan peserta wajib
menggunakaan barang-barang terpakai dalam menghsailkan projek reka cipta.

Pemenang akan diumumkan semasa perhimpunan rasmi.


9.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhan program ini amat berguna bagi melahirkan murid-murid


yang berfikiran kreatif dan inovatif. Selain itu, murid dapat mencabar kebolehan
masing-masing dalam penghasilan suatu bahan projek reka ciptaan.

Disediakan oleh,

.........................................
(NORHAFIZ BIN TAMALDIN)
Setiausaha Panitia Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Daerah Pasir Gudang

Disemak oleh,

.........................................
(BAHARUDIN BIN A. WAHID)
Pengerusi Panitia Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Daerah Pasir Gudang

Anda mungkin juga menyukai