Anda di halaman 1dari 50

MENULIS ULASAN

( 15 markah )
MOHAMAD ASRI AYOB ( asrina )
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KLANG,
JALAN MERU, 41050 KLANG
1. Pembimbing Peningkatan Sekolah (SISC+)
BM Rendah
2. Pengalaman 28 Tahun Mengajar
a. SK SG SERDANG
b. SK MERU 2
c. SK ABDUL SAMAT
d. SMK MERU (MODEL KHAS)
3. Penulis buku Suksess BM UPSR
Oxford Fajar Bakti
SEDIA 4. Penulis Memori Booster BM UPSR SK/SJKC
BERKONGSI ILMU 5. Penulis buku Intelek BM UPSR
6. Pembina Modul Tutor ASTRO UPSR BM
019 3167907 / 7. Pemeriksa UPSR (1995 – 1997)
016 3746569 8. Ketua Pasukan UPSR (1997 – 2008)
9. Ketua Pemeriksa UPSR Kebangsaan
03 3376 2999(P) (2009 – 2014)
10. JU KBAT / JUK FORMAT BAHARU UPSR
Email - asrina1963@gmail.com / FB – asri ayob
BAHASA MELAYU PENULISAN KOD KERTAS 012/022/032
 Mengulas bahan sastera dan bukan sastera
 50 hingga 80 patah perkataan dalam perenggan
 Bahan rangsangan – grafik atau bukan grafik.
Bahan grafik – gambar bersiri,
gambar tunggal, carta, iklan,
poster,peta pemikiran, peta
minda dan sebagainya
Bahan bukan grafik – petikan
cerita, dialog, surat, rencana,
laporan dan sebagainya
Menulis ulasan tentang bahan sastera dan bukan
sastera yang dilihat dan dibaca dengan jelas
menggunakan ayat yang gramatis

 Mengulas
Memberikan pendapat atau pandangan atau
rumusan yang bertepatan / bersesuaian/
relevan / berdasarkan stimulus
BAHAGIAN B – MENULIS ULASAN
(15 MARKAH)

ASPEK-ASPEK YANG DINILAI

1. MENJAWAB TUGASAN

2. AYAT

3. KATA (IMBUHAN/KATAGANDA/KATA
MAJMUK)

4. KOSA KATA

5. EJAAN DAN TANDA BACA


1 RUMUSAN KESELURUHAN BAHAN
( MENGITLAK / MEMBUAT KESIMPULAN )
a. Tafsiran kandungan
b. Kupasan
c. Huraian – pengembangan idea
d. Tersurat dan tersirat
2 PANDANGAN PRO dan KONTRA
3 NILAI, PENGAJARAN, AMALAN BAIK
dan FAEDAH
RUMUSAN KESELURUHAN BAHAN

a. TAFSIRAN KANDUNGAN
- terjemahan – memindahkan maklumat
- interpretasi (penjelasan tentang makna,
tujuan, implikasi sesuatu)

- ekstrapolasi (proses menggunakan logik


atau fakta bagi menganggarkan
kemungkinan berlakunya sesuatu pada
masa depan)
LIHAT GAMBAR DAN BUAT ULASAN
FORMULA MENULIS ULASAN
• Pendahuluan
• Isi tersurat dan tersirat
• Kesimpulan
Gambar di atas menunjukkan aktiviti gotong-royong yang dilakukan oleh
penduduk kampung.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengutip sampah, mencuci longkang,
memesin rumput dan memotong ranting-ranting kayu. Tujuannya aktiviti ini
dijalankan ialah untuk menceriakan kawasan kampung mereka dan
mengelakkan daripada merebaknya bahaya nyamuk Aedes. Selain itu, aktiviti
ini juga dapat memupuk semangat gotong-royong antara penduduk kampung
dan mengeratkan silaturrahim.
Aktiviti ini boleh dijadikan aktiviti bulanan penduduk kampung kerana
memberi banyak manfaat.
IDEA –

1. Aktiviti gotong-royong
2. Membersihkan kawasan tempat
tinggal
3. Mengelakkan pencemaran
4. Kawasan ceria, indah dan menjauhi
pelbagai penyakit
[ 15 markah ]
[ Masa dicadangkan : 25 minit ]

Gambar di bawah menunjukkan poster piramid makanan.


Tulis ulasan tentang piramid makanan tersebut dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
b. KUPASAN
- gambaran keseluruhan pandangan
(overview) daripada perspektif
tertentu.
BACA DAN BUAT ULASAN

“Ibu…ibu… Engkaulah ratu hatiku…


Bila kuberduka, engkau hiburkan hatiku…”

Nyanyian yang kudengar melalui corong radio itu menyentuh hatiku.


Kepenatan bekerja sepanjang hari bagi melayani karenah anak murid bagi menjadi anak bangsa
yang berguna, hilang begitu sahaja. Tiba-tiba aku terbayang akan wajah ibu. Terngiang-ngiang
lagi di telingaku akan kata-kata ibu. “Belajar rajin-rajin nak, jangan biarkan kesusahan hidup kita
ini sebagai satu halangan untuk berjaya. Apabila besar nanti kamu boleh jadi orang yang berguna.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan,”. Terasa seperti baru semalam ibu mengucapkan kata-
kata tersebut.

Aku masih ingat lagi, pada subuh nan hening aku didukung oleh ibu dengan penuh kasih sayang
untuk memandikan diriku di pili jalan yang terdapat di kampungku. Kedinginan pagi
mengingatkan aku betapa ibu cukup tabah melayan karenahku yang kadang kala cukup susah
untuk bangun awal pagi. Setelah itu, ibu akan menemani aku ke sekolah sambil berjalan kaki
sejauh dua kilometer. Tidak dapat aku bayangkan betapa penatnya ibu untuk balik semula ke
rumah bagi urusan masak-memasak dan kemudian menjemputku semula di sekolah. Ibu sanggup
meredah kepanasan mentari semata-mata untuk melihat aku menjadi orang yang berguna.
Begitulah pengorbanan ibu kepada diriku.
IDEA

Cerita/gambar ini mengisahkan ….

1. Mengenai
2. Siapa
3. Latar masa/peristiwa
C. HURAIAN (PENGEMBANGAN IDEA)
- Keterangan yang panjang lebar dan
teratur serta terperinci untuk
menjelaskan sesuatu perkara,
kedudukan, masalah, pendapat dan
lain-lain lagi.
BACA DAN BUAT ULASAN

RESEPI AGAR-AGAR KOKTEL

BAHAN-BAHAN:
• 1 bungkus atau 20g agar-agar bertali
• 900 ml air
• 1 tin koktel buah-buahan
• 1 tin susu cair
• 1 setengah cawan gula pasir
• 1 helai daun pandan

CARA PENYEDIAAN:
1. Basuh agar-agar dan rebus bersama air sehingga larut
2. Kemudian masukkan gula pasir, daun pandan dan buah-buahan
koktel berserta airnya sekali
3. Masukkan susu cair dan masak di atas api yang perlahan hingga
2 – 3 minit
4. Tuang di dalam loyang dan sejukkan.
Peta bulatan di bawah menunjukkan tentang pertanian organik.
Tulis ulasan kamu tentang kebaikan pertanian organik dalam bentuk
perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

makanan berkualiti tinggi

Makanan yang
Pertanian Mengawal
selamat Organik rumpai
dan perosak

Proses kita semula sisa


pertanian, sisa dapur, dan najis
haiwan secara biologikal
Peta bulatan di bawah menunjukkan tentang faedah membaca.
Tulis ulasan kamu tentang kebaikan faedah membaca dalam bentuk
perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Meningkatkan ilmu
pengetahuan

Berkongsi
maklumat Mengetahui isu-
FAEDAH isu semasa
MEMBACA dalam dan luar
negara

Menambahkan perbendaharaan
kata
d. TERSURAT dan TERSIRAT
- Keterangan mengenai sesuatu atau
penjelasan tentang sesuatu perkara
yang telah tercatat / tertulis dalam
sesuatu petikan, pernyataan,
maklumat dan sebagainya
ataupun sesuatu perkara yang
mempunyai maksud yang
tersembunyi di sebalik maksud
tersebut.
TELITI GAMBAR DAN BUAT ULASAN
PANDANGAN PRO & KONTRA
ANGGAPAN, PENDAPAT, TANGGAPAN,
FIKIRAN YANG MENYOKONG /
MENYEBELAHI SEBELAH PIHAK
DAN/ATAU ANGGAPAN, PENDAPAT,
TANGGAPAN, FIKIRAN YANG TIDAK
MENYOKONG / MENENTANG SERTA
TIDAK MENYETUJUI SESUATU
TELITI GAMBAR DAN BUAT ULASAN
NILAI, PENGAJARAN,
AMALAN BAIK DAN FAEDAH
MENZAHIRKAN PENDAPAT ATAU
ULASAN DENGAN
MENJELMAKAN NILAI, PENGAJARAN,
AMALAN BAIK DAN FAEDAH SERTA
MESEJ YANG DIPEROLEH DARIPADA
WATAK ATAUPUN JALAN CERITA
BACA PETIKAN DAN CARI NILAI ATAU PENGAJARAN YANG
KAMU PEROLEH DARIPADA PETIKAN. BUAT ULASAN KAMU

Setiap hari Salina akan bangun awal pagi.


Setelah menyiapkan diri, Salina akan ke dapur
membantu ibunya menyiapkan sarapan. Salina
dan keluarganya akan bersarapan bersama-sama.
Sebelum pergi ke sekolah, Salina akan
bersalaman dengan ayah dan ibunya. Sementara
menunggu bas, Salina membaca buku. Tiba di
sekolah, Salina terus masuk ke kelas. Dia akan
menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia akan
memastikan kelasnya berada dalam keadaan
ceria.
Baca puisi di bawah dengan teliti.
Tulis ulasan kamu tentang cara menjaga keselamatan berdasarkan puisi
dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan

Ketika ke Sekolah Aku patuhi pesan ayah dan ibu


Ketika kaki ini mengorak Usah berlari, tatapilah buku
langkah ke gedung ilmu Di tangga aku tidak berdiri
Tangan ayah dan ibu Di tingkap aku tidak jengahi
Kukucup pohon restu Ketika gedung ilmu kulihat
Ketika menaiki bas dengan tenang
Berbaris aku tidak terlepas Roda bas kutunggu berhenti
Kuamati waspada langkah Tidak kumahu mengundang tragedi
Agar tidak sumbang tingkah Ketika kaki ini menjejak ke
Ketika bas membelah jalan gedung ilmu
Etika berhemah aku Tangan kuangkat tanda kesyukuran
biasakan Aku selamat dalam perjalanan
RUBRIK PENSKORAN JAWAPAN BAHAGIAN B [15 markah]
PERINGKAT KRITERIA
i. Idea menepati tugasan.
ii. Ulasan idea sangat jelas, tersusun dan menarik.
CEMERLANG iii. Penggunaan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan/tugasan.
13-15 iv. Penggunaan kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan bahan rangsangan/tugasan.
v. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.
i. Idea menepati tugasan.
ii. Ulasan idea jelas, tersusun dan menarik.
BAIK iii. Penggunaan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan/tugasan.
iv. Penggunaan kata dan kosa kata yang baik serta sesuai dengan bahan rangsangan/tugasan.
8-12
v. Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda baca.
i. Idea masih menepati tugasan.
ii. Ulasan idea ringkas dan mudah.
MEMUASKAN iii. Penggunaan ayat yang kurang gramatis berdasarkan bahan rangsangan/tugasan.
iv. Penggunaan kata dan kosa kata yang sederhana tetapi masih sesuai dengan bahan rangsangan/tugasan.
4-7 v. Terdapat banyak kesalahan ejaan dan tanda baca.
i. Idea kurang menepati/tidak menepati tugasan.
ii. Ulasan idea kurang menepati/tidak menepati tugasan.
PENCAPAIAN
iii. Penggunaan ayat yang kurang/tidak gramatis berdasarkan bahan rangsangan/tugasan.
TAHAP MINIMUM iv. Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad/tidak sesuai dengan bahan rangsangan/tugasan.
1-3 v. Tidak menguasai kemahiran penggunaan ejaan dan tanda baca.
Cantiknya pemandangan di pantai ini. Pokok kelapa
meliuk-liuk ditiup angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Setiap hari pantai ini didatangi oleh mereka yang mahu
berkelah. Apatah lagi jika pada hujung minggu. Pantai ini
dibanjiri oleh pengunjung yang mahu berkelah dengan
keluarga dan kawan-kawan.
Berkelah bersama keluarga memang boleh mengeratkan
ikatan kekeluargaan. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan
seperti membina istana pasir, mengutip batu-batu dan kulit
kerang, melukis-lukis di atas pasir dan banyak lagi. Tentu
semua itu akan menjadi memori yang indah.
Seronoknya Membaca
Ramai orang tahu bahawa membaca buku cerita
merupakan suatu amalan yang baik. Malahan, terdapat
banyak kempen anjuran sekolah mahupun kerajaan untuk
memupuk tabiat membaca dalam kalangan golongan muda.

Membaca buku cerita boleh menambah perbendaharaan


kata kita. Apabila kita mempunyai perbendaharaan kata
yang luas, ia juga akan turut membantu kita menjawab
soalan peperiksaan dengan lebih pantas.

Selain daripada itu, tabiat ini juga boleh menambahkan


kreativiti yang ada di dalam diri kita. Kreativiti yang tinggi
akan meningkatkan daya fikir kita.
Membaca juga akan menambahkan pengetahuan kita.
Dengan pengetahuan yang luas, tidaklah kita seperti
‘katak di bawah tempurung’.

Daripada cerita-cerita yang dibaca kita dapat


meningkatkan kematangan fikiran. Kematangan fikiran
orang yang membaca juga berbeza dengan orang yang
tidak suka membaca. Dengan itu, mereka akan lebih
senang bergaul dengan orang lain.

Membaca sememangnya mempunyai banyak faedah.


Ilmu yang banyak di dada akan menjadikan kita seorang
yang berpandangan jauh. Apabila digunakan dengan baik
pula menjadikan kita lebih bertenaga kerana ilmu
meningkatkan keyakinan diri.
Petikan ini menceritakan mengenai pentingnya
mempunyai tabiat suka membaca. Tabiat ini perlu
kita pupuk sejak kecil. Perbendaharaan kata kita
akan menjadi luas apabila kita suka membaca.

Membaca merangsang minda untuk menjadi


kreatif dan berfikir di luar kotak pemikiran. Idea
kita menjadi unik dan luar biasa kerana daripada
buku-buku yang kita baca sumber ilham kita
adalah luas.

Apabila kita rajin membaca pelbagai buku,


pengetahuan kita menjadi luas dan kita menjadi
bijak menilai sesuatu perkara. Orang yang banyak
membaca akan payah ditipu.
Pokok kelapa dikenali sebagai pokok seribu guna.
Tulis ulasan tentang keistimewaan pokok kelapa dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan
Makan secara sihat dapat menyihatkan kita sepanjang hayat.
Pengambilan makanan yang seimbang dapat menjamin kesejahteraan
kehidupan dan kesihatan. Gaya hidup yang sihat amat mementingkan
pengambilan makanan yang sesuai.

Kita perlulah banyak makanan bijirin dan ubi. Antara makanan


tersebut ialah roti, biskut dan jagung. Seterusnya kita hendaklah
makan dengan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Antara buah-
buahan dan sayur-sayuran yang baik untuk kesihatan ialah betik,
pisang, lobak merah dan sawi. Di samping itu, kita perlulah
mengurangkan pengambilan makanan berlemak, berminyak dan yang
mengandungi kandungan garam serta gula. Makanan ini tidak baik
untuk kesihatan diri. Amalan makan secara sihat, menjadikan kita
sihat sepanjang hayat amat penting kepada kita untuk menjamin
kesejahteraan hidup dan kesihatan.
Pokok kelapa dikenali sebagai pokok seribu guna.
Tulis ulasan tentang keistimewaan pokok kelapa dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan
SEKIAN, TERIMA KASIH
SELAMAT BERTEMU LAGI.
JUMPA LAGI PADA LAIN
MASA & KETIKA.

Anda mungkin juga menyukai