Anda di halaman 1dari 4

Kemahiran / Aspek : Aspek Tatabahasa

Tema : Negaraku Jati Diriku


Tajuk : Waja Bangsa
Standard Pembelajaran : 5.5.1 – Memahami dan membina ayat tunggal dan jenis ayat
dengan betul dan tepat mengikut konteks

AYAT TUNGGAL

Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat

sahaja. Contoh:
1. Bangunan yang tinggi itu bangunan Dayabumi.
2. Emak sedang memasak nasi di dapur.
3. Wah, cantiknya baju kamu!
4. Siapakah yang melukis potret ini?
5. Letakan surat khabar ini di sana.

JENIS AYAT

Terdapat empat jenis ayat dalam bahasa Melayu, iaitu:


 ayat penyata;
 ayat tanya;
 ayat perintah
 ayat seruan.

Ayat Penyata

Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat sesuatu

pernyataan. Contoh:
1. Encik Azuan guru Bahasa Melayu kami.
2. Latihan sukan akan diadakan pada hari Selasa.
3. Kakitangan kerajaan berpakaian batik pada hari Khamis.
4. Farihah sedang menikmati juadah makan tengah hari.
5. Dalila dan keluarganya melancong ke pantai timur.
Ayat Tanya

Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal. Ayat tanya tergolong
kepada dua jenis, iaitu:
 ayat tanya dengan kata tanya; dan
 ayat tanya tanpa kata tanya.

Ayat Tanya Contoh


Dengan kata tanya  Awak hendak makan apa?
 Guru bahasa Melayu kamu siapa?
 Bagaimanakah kamu datang ke sekolah?
 Mengapakah banjir kilat semakin kerap berlaku?
Tanpa kata tanya  Salina datang pada hari ini?
 Kamu hendak makan nasi ayam?
 Awak mahu pulang sekarang juga?
 Mesin ini masih boleh digunakan?
Ayat Perintah

Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
Terdapat empat jenis ayat perintah seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah ini.

Ayat Perintah Contoh


Ayat suruhan  Angkat meja itu.
 Bersihkan meja makan sekarang.
 Keluar dari bilik ini.
Ayat larangan  Usah dikenang peristiwa yang lalu.
 Tak usahlah engkau bersedih hati.
 Jangan buang sampah di merata-rata tempat.
Ayat silaan  Jemput duduk.
 Sila jamah hidangan yang tak seberapa ini.
 Sila datang ke bilik saya dengan segera.
Ayat permintaan  Tolong hantar buku latihan kalian.
 Minta luruskan barisan.
 Harap bersabar sebentar.

Ayat Seruan

Ayat seruan ialah ayat yang diungkapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk
tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan
sebagainya. Intonasi seruan ini digambarkan dengan kata seru (!) yang diletakkan pada akhir
ayat.

Contoh:
1. Wah, indahnya kawasan ini!
2. Cis, berani engkau mencabar aku!
3. Aduhai, malang sungguh nasibku ini!
4. Eh, di sini awak rupa-rupanya!
5. Syabas, saudara telah menjadi usahawan berjaya!

Uji minda
1. Tentukan jenis ayat di bawah sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah atau ayat
seruan.

Bil Contoh ayat Jenis ayat


1. Aduh, sakit kakiku ini
2. Mangsa kemalangan itu telah dihantar ke hospital.
3. Harap hadirin bersabar seketika.
4. Bilakah tarikh perkahwinan Badrul?
5. Leornardo Da Vinci merupakan pelukis potret Monalisa.
6. Kampung saya bernama Kampung Aman.
7. Biarkan sahaja mereka bermain di situ .
8. Hebatkah Panglima Hitam berbanding Panglima Jali ?

2. Baca ayat – ayat di bawah dengan teliti. Kenal pasti ayat – ayat tersebut dan klafikasikannya
sama ada ayat – ayat itu ayat silaan, ayat suruhan, ayat larangan, atau ayat permintaan.

Bil Contoh ayat Jenis ayat


1. Awak siapkanlah kerja itu sekarang.
2. Tidak usah kau ambil tahu akan hal aku lagi.
3. Sila buat laporan tentang kejadian tersebut di balai pilis yang berdekatan.
4. Tolong hantar jawapan sebelum hari Sabtu.
5. Engkau tunggu dia di rumah.

Anda mungkin juga menyukai