Anda di halaman 1dari 3

KATA ADJEKTIF ( 1 )

hanyir busuk hamis hapak tengik basi hancing hangus

1. Sampah sarap di dalam longkang itu berbau _________________.

2. Minyak masak itu berbau _______________ kerana disimpan terlalu lama.

3. Jean itu berbau _______________ kerana sudah lama tidak dibasuh.

4. Dia muntah apabila terhidu bau ikan yang _______________ itu.

5. Diana tidak gemar makan daging kambing kerana baunya _______________.

6. Masakan ibu semalam sudah ______________ dan tidak boleh dimakan lagi.

7. Langsir itu berbau ______________ kerana terkena air kencing kucing.

8. Ayam yang digoreng oleh kakak telah _______________ kerana api terlalu besar.

empuk lembut lembik lemau lemah rangup

1. Biskut di dalam tin itu menjadi _______________ kerana tidak ditutup dengan rapat.

2. Sofa yang baru dibelinya itu sungguh _______________.

3. Ubi kayu itu mesti direbus hingga _______________.

4. Badannya _______________ kerana sudah beberapa hari tidak makan.

5. Puan Maimunah menyuap nasi yang _________________ itu ke mulut anaknya.

6. Keropok yang baru digoreng oleh ibu itu memang _______________ dan sedap dimakan.

luas longgar dalam labuh cetek / tohor

1. Anuar gemar berpakaian _____________ kerana berasa lebih selesa.

2. Ibu sadang memotong kaki seluar ayah yang _______________ itu.

3. Halaman rumahnya ______________ dan bersih.

4. Air tasik ini menjadi ______________ kerana musim kemarau yang berpanjangan.

5. Jangan berenang di dalam lombong yang ________________ itu.


KATA ADJEKTIF ( 2 )

bengkok bongkok curam patah condong

1. Batang besi lurus itu dijadikan ______________ kerana dilanggar oleh sebuah lori.

2. Pokok kelapa yang ______________ di tepi jalan itu sudah ditebang

3. Badan neneknya sudah _______________ sabut.

4. Kamal terpaksa tinggal di hospital kerana kakinya ________________ .

5. Lurah yang _______________ sangat berbahaya kepada pendaki-pendaki gunung.

kendur tegang kaku penat beku lenguh

1. Air yang diletakkan di situ sudah _________________ menjadi ais.

2. Kedua-dua kakinya menjadi ________________ kerana terlalu sejuk.

3. Kaki Kui Meng berasa ________________ kerana dia terlalu lama berdiri.

4. Ayah __________________ selepas seharian bekerja di kebun.

5. Tali itu ditarik menjadi _______________.

6. Ayah sedang membetulkan dawai ampaian yang ________________ itu.

teliti fasih handal lincah petah

1. Gadis itu amat ________________ semasa bermain bola jaring dengan kawan-
kawannya.

2. Warga asing itu _______________ berbahasa Melayu.

3. Murid-murid membaca soalan peperiksaan dengan _______________ .

4. Walaupun adik masih kecil tetapi dia ________________ bercakap.

5. Pasukan bola sepak yang _______________ itu telah memenangi perlawanan itu.

nyaring lunak / lembut merdu serak / garau

1. _______________ betul bunyi hon kereta itu.


2. Suara Fazli mulai _______________ setelah menjerit-jerit dengan kuatnya.

3. Penyanyi itu menyanyi dengan suara yang _______________ .

4. Suara guru kauseling dan bimbingan sekolah saya _______________, ramai murid suka
akan beliau.

Anda mungkin juga menyukai