Anda di halaman 1dari 4

KATA GANTI NAMA DIRI

Kata Ganti Nama Diri

Kata ganti nama diri dapat digolongkan kepada tiga bentuk iaitu:

• Kata ganti nama diri pertama


• Kata ganti nama diri kedua

• Kata ganti nama diri ketiga

1. KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA

Kata ganti nama diri pertama digunakan untuk menggantikan nama orang yang
bercakap.

Contoh kata ganti nama diri pertama dan penggunaannya ialah sepertimana di
bawah;

Bentuk Penggunaan Contoh ayat


Tunggal
Aku Sewaktu bercakap 1.Aku berlindung pada-mu,Tuhan.
dengan rakan atau
tuhan 2.”Berikan aku pen itu,”kata Ah Chong
kepada Ramu.
Saya Sewaktu bercakap 1.Terima kasih saya ucapkan kepada
dalam majlis rasmi atau tuan-tuan sekalian.
dengan orang yang
baru dikenali
Beta Sewaktu Raja atau 1.Beta murka dengan kelakuan tuan
Sultan bertitah kepada hamba.
rakyat
Patik Sewaktu golongan Ampun tuanku, sembah patik harap
bawahan bercakap diampun.
dengan Raja
Hamba Digunakan sebagai kata 1.Siapakah geranagan tuan hamba?
ganti nama diri sendiri
pada zaman dahulu.
Jamak
Kami Mewakili pihak yang 1.”Kami akan belajar bersungguh-
ramai apabila bercakap sungguh,” kata mereka.
dengan orang lain
Kita Digunakan kepada diri 1.Kita rakyat Malaysia.
sendiri dan orang yang
dilawan bercakap 2.Di manakah kita sekarang.
2. KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA

Kata ganti nama diri kedua digunakan untuk merujuk orang yang dilawan
bercakap.

Awak Anda Engkau Tuanku Kalian Kamu Hamba

Bentuk Penggunaan Contoh Ayat


Awak Digunakan untuk membahasakan 1.Saya akan kerumah awak esok.
diri orang kedua
2.Bilakah awak tiba?
Anda Digunakan untuk orang yang 1.Anda dilarang membuang sampah di sini.
tidak dikhususkan percakapan
atau dalam satu kumpulan 2.Anda diminta tunggu sebentar.
Engkau Digunakan untuk diri orang kedua 1.Jangan engkau hiraukan tentang diri saya.
yang rapat dengan kita atau
Tuhan 2.Engkau yang Maha Pemurah.
Tuanku Digunakan apabila bercakap 1.Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun.
dengan Sultan atau Raja
Kalian Digunakan ketika bercakap 1.Diharap kalian dapat bersabar.
dengan sekumpulan orang
2.Kalian tidak dibenarkan bercakap.
Kamu Digunakan ketika bercakap 1.Bilakah kamu tiba?
dengan orang yang rapat
dengan kita 2.Kamu akan berjaya jika rajin berusaha.
Hamba Digunakan ketika merujuk kepada 1. "Hamba berharap tuan hamba akan
percakapan bahasa orang-orang datang ke teratak buruk hamba malam
terdahulu. nanti," kata Hang Tuah kepada Hang Jebat.
3. KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA

Kata ganti nama diri ketiga digunakan untuk merujuk orang yang diperkatakan.

Ia Dia Beliau Baginda Mereka

Bentuk Penggunaan Contoh Ayat


Tunggal
Ia Digunakan untuk merujuk 1. Itu kapal terbang.Ia bergerak pantas.
benda atau haiwan yang
diperkatakan 2. Si Comel mengiau- ngiau. Ia kehilangan
anak.
Dia Digunakan untuk merujuk 1. Dia merupakan anak tunggal dalam keluarga
seseorang yang Encik Hamid.
diperkatakan
Beliau Digunakan untuk merujuk 1. Beliau pemimpin yang dihormati.
seseorang yang
berkedudukan atau 2. Beliau pensyarah di Universiti Malaya.
terhormat
Baginda Digunakan untuk merujuk 1. Baginda memerintah negeri dengan adil dan
Sultan atau Raja saksama.
Jamak
Mereka Digunakan untuk merujuk 1. Mereka sedang bermain bola.
sekumpulan orang yang
diperkatakan 2. Antara mereka dialah yang terpandai.,

KESILAPAN
Ia Ketua Pengawas di sekolah kita. SKata ganti nama diri - Ia
digunakan untuk merujuk kepada
Dia telah merasmikan bangunan baru itu. binatang dan benda sahaja.

PEMBETULAN Kata ganti nama diri yang sesuai


untuk menunjukkan pangkat atau
Dia Ketua Pengawas di sekolah kita. seseorang kenamaan
ialah seseorang ialah beliau.
Beliau telah merasmikan bangunan baru itu.

Anda mungkin juga menyukai