Anda di halaman 1dari 3

KATA GANTI NAMA DIRI

1.        Maksud
          Kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang.
 
2.        Jenis:
          Terbahagi kepada 3 jenis:
          a.  Kata Ganti Nama Diri Pertama (penutur).
          b.  Kata Ganti Nama Diri Kedua (pendengar)
          c.  Kata Ganti Nama Diri Ketiga (pihak / orang yang diceritakan halnya)

3.        Kata Ganti Nama Diri Pertama – menggantikan nama diri orang yang
bertutur.

Kata Ganti Diri


Penggunaannya
Pertama
Digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau
aku (tunggal)
dengan Tuhan (keakraban)
Digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru
saya (tunggal)
dikenali atau dalam suasana rasmi.
Digunakan untuk membahasakan diri sendiri pada zaman
hamba (tunggal)
dahulu.
Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau
patik (tunggal)
sultan.
Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada
beta (tunggal)
rakyat.
Digunakan pada diri orang yang berkata serta temannya
kami (tunggal)
apabila bercakap dengan orang kedua.
Digunakan pada diri sendiri dengan menyertakan diri orang
kita (tunggal)
kedua.
 
4.  Kata Ganti Nama Diri Kedua – menggantikan nama diri orang yang diajak
bertutur.
Kata Ganti Diri
Penggunaannya
Kedua
anda (tunggal dan Digunakan  untuk diri orang kedua apabila berhadapan
jamak)) dengan kita.
Digunakan  untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya
awak (tunggal)
dengan kita.
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya
engkau (tunggal)
dengan kita dan dengan Tuhan juga (Engkau)
Digunakan untuk diri orang kedua pada zaman dahulu (jika
Tuan hamba
kata ganti diri pertama digunakan ‘hamba’ mesti diikuti ‘tuan
(tunggal)
hamba’ sebagai kata ganti diri kedua)
tuanku (tunggal) Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan.
kalian (tunggal) Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
kamu (tunggal dan Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya
jamak)) dengan kita.
 
 
 
5.   Kata Ganti Nama Diri Ketiga – menggantikan nama diri orang yang diceritakan
halnya (orang yang diceritakan halnya tidak hadir)
Kata Ganti Diri
Penggunaannya
Ketiga
baginda (tunggal) Digunakan untuk putera-puteri raja, raja atau sultan.
Digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu
beliau (tunggal)
bapa, guru dan pemimpin.
Digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan
Dia dan ia (tunggal)
rakan.
Digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada
mereka (tunggal)
seorang.
 
LATIHAN PENGUKUHAN:
1. Mustaqim tidak datang ke sekolah pada hari ini kerana ________ demam panas.( dia, kamu ,
beliau  )

2. "_________ akan belajar dengan bersungguh-sungguh," kata murid-murid Tahun Lima


Cemerlang      kepada Cikgu Faizul.  ( Mereka, Kami, Kita )

3. Guru besar sedang berucap di perhimpunan rasmi sekolah. ________ menasihati murid-murid
supaya tidak melanggar peraturan sekolah. ( Baginda, Dia, Beliau )

4. Murid-murid lelaki Tahun Enam Cemerlang sedang giat berlatih kerana __________ akan
menyertai perlawanan bola sepak pada minggu hadapan. ( kami, dia, mereka )

5. " Jumpa _______ di bilik guru pada waktu rehat nanti," kata Cikgu Azhari kepada Alif.( beta, aku,
saya )

6.  Jangan buka kertas soalan ini sebelum _______  arahkan," kata Cikgu Sarala kepada murid-murid

Tahun Lima Dahlia. ( kami, saya, dia)

7. "_______ berharap agar rakyat mengutamakan


persekitaran yang bersih," titah Sultan Iskandar.     ( Saya, Beta, Baginda )
8. Cikgu Nazariah
mengarahkan murid-murid_______ membawa kain buruk semasa aktiviti gotong-     royong esok. (
hamba, dia, nya )

9. " ________ akan pergi berburu petang esok," kata Tun Mamat kepada Hang Nadim. ( Kami, Saya,
Hamba )

10. "Segala titah perintah _________ ( baginda , tuanku, kamu ) akan ________ ( patik,
saya, kamu ) laksanakan," kata Laksamana Hang Tuah kepada Sultan Mahmod.

Anda mungkin juga menyukai