Anda di halaman 1dari 5

TOPIK: KATA GANTI NAMA DIRI

Kata Ganti Nama Diri terbahagi kepada 3 jenis, iaitu

• Kata Ganti Nama Diri Pertama (penutur)


• Kata Ganti Nama Diri Kedua (pendengar)
• Kata Ganti Nama Diri Ketiga (orang yang diceritakan halnya)

Contoh Kata Ganti Nama Diri Pertama menggantikan nama diri orang yang bertutur

aku Digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan (rapat)

saya Digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi

hamba Digunakan untuk membahasakan diri sendiri pada zaman dahulu

patik Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan

beta Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.

kami Digunakan pada diri orang yang berkata serta kawannya apabila bercakap dengan orang kedua.

kita Digunakan pada diri sendiri dengan menyertakan diri orang kedua.

Aku, saya hamba beta

patik

Kata Ganti Nama Diri Kedua menggantikan nama diri orang yang diajak bertutur

anda Digunakan untuk diri orang kedua apabila berhadapan/tidak berhadapan dengan kita (formal)

awak Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.

engkau Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga (Engkau)

kamu Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.

Tuan Digunakan untuk diri orang kedua pada zaman dahulu (jika kata ganti diri pertama digunakan hamba
hamba mesti diikuti tuan hamba sebagai kata ganti diri kedua)

tuanku Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan.

kalian Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.

Tuanku

anda
Awak, engkau, Tuan hamba Kalian
kamu
Kata Ganti Nama Diri Ketiga menggantikan nama diri orang yang diceritakan halnya
(orang yang diceritakan halnya tidak hadir)

baginda Digunakan untuk raja atau sultan.

beliau Digunakan untuk orang yang kita hormati, contohnya ibu bapa, guru dan pemimpin.

Dia, ia, -nya Digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.

mereka Digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.

mereka Dia/ ia/ -nya beliau

baginda

Kesilapan Penggunaan Kata Ganti Nama Diri

SALAH BETUL

Kami tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula, Kita tidak harus mengalah sebelum perlawanan
kata Murthi kepada Azrul. bermula, kata Muthi kepada Azrul.

Beliau diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan. Dia diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan.

Hamba mohon maaf atas kesalahan hamba, kata Paduka Patik mohon maaf atas kesalahan patik, kata Paduka Ali
Ali kepada Sultan Mansor Syah. kepada Sultan Mansor Syah.

Kakitangan syarikat ini sedia menolong engkau. Kakitangan syarikat ini sedia menolong anda.

Saya ingin berjumpa dengan ia. Saya ingin berjumpa dengannya.

Mereka-mereka sedang bermain bola di padang. Mereka sedang bermain bola di padang.

Video lagu kata ganti nama diri: https://www.youtube.com/watch?v=iyW5E0KFbsI&t=32s


Latihan 1: Garis dan isikan tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang sesuai.

1. Azman tidak pergi ke sekolah pada hari ini kerana ________ demam panas. ( dia, kamu )
2. "_________ akan belajar dengan bersungguh-sungguh," kata murid-murid Tahun Tiga
Perdana kepada Cikgu Farhana. ( Kami, Kita )
3. Murid-murid itu sedang giat berlatih kerana __________ akan menyertai perlawanan hoki
pada minggu hadapan. ( dia, mereka )
4. "Jumpa _______ di bilik guru," kata Cikgu Mimie kepada Khairy Razin. (aku, saya )
5. Jangan buka kertas soalan ini sebelum _______ arahkan," kata Cikgu Sarala. (saya, dia)
6. "_______ berharap agar rakyat mengutamakan persekitaran yang bersih," titah Sultan
Iskandar. ( Beta, Baginda )
7. Cikgu Rozaimie mengarahkan murid-murid_______membawa kain buruk semasa aktiviti
gotong- royong esok. ( dia, nya )
8. " Mari _____ bersihkan kawasan taman bacaan itu," kata Daniel kepada kawan-kawannya.
(kami, kita )
9. " Mengapakah _______ tidak memakai kasut tetapi berselipar sahaja semasa aktiviti gotong-
royong?" tanya Trisheen kepada Divinesh. ( kamu, kita )
Latihan 3: Bulat dan Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Bryan seorang murid yang pintar ____ belajar di kelas 6 jujur.


A Hamba
B patik
C Saya
D Dia

2 “ _____ akan berjumpa dengan Cikgu Harum pada petang nanti” kata David kepada Siti.
A Beta
B Saya
C Patik
D Kami

3 “Bolehkah ____ tunjukkan jalan ke perpustakaan Negara?” kata Devi kepada gadis itu.
A mereka
B kamu
C beliau
D dia

4 “ ______ perlu mengalahkan pasukan lawan supaya dapat melayakkan diri ke pusingan
seterusnya,' kata ketua pasukan bola keranjang itu kepada ahli-ahlinya.
A Kami
B Beliau
C Kita
D Saya

5 “ _____akan menurut perintah, tuanku,” kata Hang Tuah kepada sultan.


A Hamba
B Beta
C Baginda
D Patik

6 Murid-murid itu didenda oleh Cikgu Lim kerana ____ tidak menyiapkan kerja sekolah.
A dia
B mereka
C anda
D beliau

7 Puan Mastura ialah Guru Besar SJK (C ) Ching Mun. _____ telah berkhidmat di sekolah itu
selama hampir tujuh tahun.
A Beliau
B Beta
C Hamba
D Patik
8 “ _____ berjanji akan membangunkan kawasan ini” titah Sultan Sulaiman.
A Baginda
B Beta
C Hamba
D Patik

9 Cikgu Faizal memuji Wai Ling atas tindakan _____ menolong seorang mangsa kemalangan
pada pagi tadi.
A anda
B -nya
C dia
D ia

10 ______ mestilah taat kepada ibu bapa kerana merekalah yang membesarkan kita.
A Tuanku
B Mereka
C Kita
D Kami

Anda mungkin juga menyukai