Anda di halaman 1dari 3

MAKSUD SAJAK AKU INGIN BERTERIMA KASIH

Rangk
ap
1
2
3

Maksud
Penyajak berterima kasih kepada hujan yang turun membasahi
bumi. Kehadiran hujan menyejukkan suasana dan jiwa manusia.
Kedinginan yang dibawa mampu meredakan api kemarahan.
Penyajak juga ingin berterima kasih dan berbakti kepada tanah
yang subur. Tanah yang subur telah memberikan rezeki dan
pendapatan kepada para petani.
Penyajak juga ingin berterima kasih kepada ikan-ikan yang di laut
kerana memberikan kegembiraan kepada nelayan.
Penyajak juga berasa amat kagum atas pengorbanan para perajurit
yang telah banyak berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan
tanah air daripada ancaman musuh. Pengorbanan mereka itu
mempamerkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi seorang anak
tempatan.
Kadangkala penyajak teringin untuk menjadi sukarelawan yang
dapat mengubati duka lara dan penderitaan mangsa perang.
Penyajak juga berharap dapat memberikan kesedaran kepada
masyarakat dunia betapa peperangan hanya akan menimbulkan
lebih banyak kehancuran dan penderitaan.
Penyajak berpendapat bahawa dunia akan lebih aman dan damai
jika semua pihak dapat berfikir secara waras dan bersama-sama
berganding bahu menuju kejayaan dan keamanan sejagat.

TEMA
Menghargai dan mensyukuri kurniaan Tuhan kepada manusia.
PERSOALAN
i.
Hujan memberikan kesejahteraan kepada manusia.
ii.
Berbakti kepada tanah akan membuahkan hasil.
iii.
Ikan di laut memberikan pendapatan kepada nelayan.
iv.
Menghargai jasa perwira-perwira negara.
v.
Dunia akan menjadi aman damai dan indah jika semua orang
menghargainya.
BENTUK
Bebas
Terdapat enam rangkap
Baris-baris ayat dan rima akhir

Rangkap 1 terdapat 4 baris.

Rangkap 2 terdapat 4 baris.

Rangkap 3 terdapat 5 baris.

Rangkap 4 terdapat 5 baris.

Rangkap 5 terdapat 5 baris.

Rima
Rima
Rima
Rima
Rima
1

akhir
akhir
akhir
akhir
akhir

abcd
abca
abccc
abcbb
abcbd

Rangkap 6 terdapat 3 baris. Rima akhir abc

GAYA BAHASA
Simile
Contoh: kepada hujan bagai tetamu
Personifikasi
Contoh: ikan-ikan yang riang
Metafora
Contoh: darah kesetiaan
Kata Ganda
Contoh: di taman-taman keresahan hidup
Asonansi - pengulangan vokal a
Contoh : kepadamu pejuang negara
Aliterasi - pengulangan konsonan k
Contoh : sesekali kuingin kalungkan kagum
NILAI
Mengenang jasa
Contoh: mengenang jasa pejuang negara.
Keinsafan
Contoh: perang menyebabkan kerosakan kepada manusia dan alam.
Kesetiaan
Contoh: pejuang setia kepada negara.
Kesyukuran
Contoh: mensyukuri nikmat pemberian Tuhan.
PENGAJARAN

Kita hendaklah mengenang jasa mereka yang telah berjuang untuk


negara.

Kita haruslah mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan


kepada kita.
2

Kita hendaklah sanggup berjuang demi negara tercinta.

Anda mungkin juga menyukai