PUISI MODEN
KUINGIN BERTERIMA KASIH
Maksud
Rangkap Maksud
1 Penyajak berterima kasih kepada hujan yang turun membasahi bumi.
Kehadiran hujan menyejukkan suasana dan jiwa manusia. Kedinginan
yang dibawa mampu meredakan api kemarahan.
2 Penyajak juga ingin berterima kasih dan berbakti kepada tanah yang
subur. Tanah yang subur telah memberikan rezeki dan pendapatan
kepada para petani.
3 Penyajak juga ingin berterima kasih kepada ikan-ikan yang di laut kerana
memberikan kegembiraan kepada nelayan.
4 Penyajak juga berasa amat kagum atas pengorbanan para perajurit yang
telah banyak berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan tanah air
daripada ancaman musuh. Pengorbanan mereka itu mempamerkan
kesetiaan yang tidak berbelah bahagi seorang anak tempatan.
Maksud
Rangkap Maksud
5 Kadangkala penyajak teringin untuk menjadi sukarelawan yang dapat
mengubati duka lara dan penderitaan mangsa perang. Penyajak juga
berharap dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat dunia betapa
peperangan hanya akan menimbulkan lebih banyak kehancuran dan
penderitaan.
6 Penyajak berpendapat bahawa dunia akan lebih aman dan damai jika
semua pihak dapat berfikir secara waras dan bersama-sama berganding
bahu menuju kejayaan dan keamanan sejagat.
Tema & Persoalan
TEMA
Menghargai dan mensyukuri kurniaan Tuhan kepada
manusia.
PERSOALAN
Hujan memberikan kesejahteraan kepada manusia.
Berbakti kepada tanah akan membuahkan hasil.
Ikan di laut memberikan pendapatan kepada nelayan.
Menghargai jasa perwira-perwira negara.
Dunia akan menjadi aman damai dan indah jika semua
orang menghargainya.
Bentuk
Bebas
Terdapat enam rangkap
Baris-baris ayat dan rima akhir
Rangkap 1 terdapat 4 baris. Rima akhir abcd
Rangkap 2 terdapat 4 baris. Rima akhir abca
Rangkap 3 terdapat 5 baris. Rima akhir abccc
Rangkap 4 terdapat 5 baris. Rima akhir abcbb
Rangkap 5 terdapat 5 baris. Rima akhir abcbd
Rangkap 6 terdapat 3 baris. Rima akhir abc
Gaya Bahasa
Simile
Contoh: kepada hujan bagai tetamu
Personifikasi
Contoh: ikan-ikan yang riang
Metafora
Contoh: darah kesetiaan
Kata Ganda
Contoh: di taman-taman keresahan hidup
Asonansi - pengulangan vokal a
Contoh : kepadamu pejuang negara
Aliterasi - pengulangan konsonan k
Contoh : sesekali kuingin kalungkan kagum
Nilai
Mengenang jasa
Contoh: mengenang jasa pejuang negara.
Keinsafan
Contoh: perang menyebabkan kerosakan kepada
manusia dan alam.
Kesetiaan
Contoh: pejuang setia kepada negara.
Kesyukuran
Contoh: mensyukuri nikmat pemberian Tuhan
Pengajaran