Anda di halaman 1dari 198

Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir

Ibrahim
Prakata

Modul Bahasa Melayu SPM 2020 ini dihasilkan untuk berkongsi pengalaman di
samping membantu guru dan membimbing murid tentang kaedah menjawab soalan
peperiksaan secara berkesan . Perkara yang dijadikan fokus dalam modul ini ialah
bimbingan dan teknik mudah untuk menjawab semua soalan Kertas 1 dan Kertas 2.
Modul ini telah ditambah baik sesuai dengan bentuk soalan SPM terkini dan diharap
dapat membantu guru dan murid. Hal ini sekali gus dapat membantu murid menguasai
kemahiran dan teknik menjawab soalan dengan lebih cepat dan mudah.

Dalam kertas Bahasa Melayu 1 (1103/1),murid-murid akan diuji tentang kebolehan


dalam memilih dan menyusun idea dengan bahasa ,yang jelas , lancar , berkesan dan
bersesuaian dengan tema serta tugasan soalan karangan.Murid-murid akan dibekalkan
dengan beberapa bahan penulisan yang mudah tetapi berkesan untuk meningkatkan
kecekapan menulis karangan. Kaedah InKeMaNeP, SeKeCaM+TCP dan IMBaKUP
merupakan kaedah yang diilhamkan oleh penulis untuk memudahkan murid-murid
menguasai kemahiran menulis. Di samping itu, ada dimuatkan sekali peribahasa dan ayat-
ayat tokoh yang perlu ada sebagai satu keindahan bahasa untuk huraian karangan.

Murid-murid telah dibekalkan dengan analisis soalan peperiksaan SPM sebenar untuk
karangan Bahagian A dan karangan Bahagian B.Tujuannya adalah untuk memudahkan
murid-murid mengenal pasti tema-tema dan tugasan yang pernah keluar dalam soalan
SPM dari tahun 2014 sehingga 2019. Sebanyak 17 latihan karangan bahagian A dan 15
latihan karangan bahagian B telah dirangka dengan kaedah IMBaKUP yang lengkap bagi
memudahkan murid-murid menghuraikan karangan lantaran terus membiasakan kaedah
ini dalam penulisan dengan tugasan lain pula.

Modul ini juga memuatkan beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk
keratas Bahasa Melayu 2 (1103/2) . Sebanyak 15 latihan rumusan dan tatabahasa
telah dimuatkan.Sementara itu, 498 latihan betulkan yang biasa, biasakan yang betul
dimuatkan untuk memantapkan tatabahasa. Sementara itu, teknik menjawab soalan
komsas dan novel turut diperkenalkan, iaitu kaedah TePerNIP +LW dan I+W+P .Pada
masa yang sama latihan-latihan yang disediakan diharap dapat membantu murid dapat
menjawab soalan bagi kertas Bahasa Melayu 2 mengikut format peperiksaan.

Akhir kata, penulis berharap agar modul ini dapat memberikan manfaat yang berguna
kepada muid-murid untuk menghasilkan penulisan yang cemerlang dan kepada guru-guru
untuk mengajar dengan lebih berkesan. Semoga modul ini dapat digunakan oleh murid-
murid untuk memperoleh markah yang terbaik bagi soalan Bahasa Melayu Kertas 1 dan
soalan Bahasa Melayu Kertas 2 .

1
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1 (1103/1)
MASA: 2 JAM 15 MINIT
FORMAT KERTAS
Bahagian A :Karangan Rangsangan 30 markah 45 minit
1 soalan :Wajib Dijawab

Bahagian B : Karangan Terbuka ( 5 soalan) 100 markah 90 minit


Pilih 1 soalan

BAHAN PENULISAN
Penggunaan Penanda Wacana
o Penanda wacana digunakan untuk menghuraikan idea atau isi yang telah ditulis
dalam sesuatu perenggan.
o Untuk memudahkan penggunaan penanda wacana, beberapa kependekan
perkataan telah diwujudkan seperti pada bahagian Ayat Kedua dan Ayat
Seterusnya.
Nota :Bergantung pada tema dan tugasan soalan yang dikemukakan

FRASA PENDAHULUAN KARANGAN


o Pada era globalisasi ini,
o Dalam negara meniti arus kemodenan ini,
o Sejak negara menikmati arus kemodenan,
o Dalam negara melangkah ke era modenisasi,
o Ketika negara mendepani cabaran Revolusi Perindustrian 4.0,…
o Mutakhir ,
o Akhir-akhir ini,
o Tidak dapat dinafikan bahawa
Contoh penulisan pendahuluan :(Isu-Isu Semasa)
1.Dalam negara melangkah ke era modenisasi, isu jenayah berat sering kita
dengar dan telah menjadi polemik serta menular di media sosial.
2.Isu jenayah berat sering kita dengar dan telah menjadi polemik serta menular
di media sosial pada mutakhir ini.
3.Tidak dinafikan bahawa isu jenayah berat sering kita dengar dan telah menjadi
polemik serta menular di media sosial.
AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN
i. Sesungguhnya, kita hendaklah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk
menangani gejala sosial yang semakin berleluasa dalam kalangan remaja.
ii. Tegasnya,sebagai memperkukuh penyataan tersebut , punca-punca yang
menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan kita bersama.
iii. Hakikatnya, pelbagai kesan akan dibincangkan untuk mengenal pasti cara

2
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
terbaik bagi menangani masalah ini daripada terus menjadi barah yang sukar
diubati.
Contoh Merangka Pendahuluan Karangan

1.Ayat penyataan tema secara umum.


Isu jenayah berat sering kita dengar dan telah menjadi polemik serta menular di
media sosial pada mutakhir ini.
2.Ayat pendapat tokoh /ayat penjelasan:

2.1 Kajian telah menunjukkan bahawa…


2.2Tun Dr Mahathir Mohamad , Perdana Menteri Malaysia ada menjelaskan bahawa…

Contoh 1:Kajian yang dijalankan oleh pihak berkuasa juga telah menunjukkan bahawa
peningkatan kes jenayah berat di bandar-bandar besar semakin meningkat setiap tahun.
Contoh 2:Tun Dr Mahathir bin Mohamad ,Perdana Menteri Malaysia telah melahirkan rasa
bimbang dan khuatir akan kes-kes jenayah berat yang berlaku di negara ini.

3.Contoh-contoh umum tentang tema.


Contoh 1:Media massa sering memaparkan kes-kes jenayah berat, seperti rompakan,
pembunuhan, penculikan dan sebagainya sebagai tajuk utama berita.
Contoh 2:Akhbar Berita Harian melaporkan bahawa pihak polis telah menahan 13 suspek
lelaki kerana dipercayai terbabit dengan kes penculikan dua remaja lelaki di Skudai, Johor
Bahru .
4.Ayat-ayat peribahasa / ungkapan menarik (UM)
Rakyat Malaysia sudah pasti tidak mahu menanggung akibat buruk daripada isu jenayah
berat ini ,seperti kata peribahasa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna.
5. Ayat persoalan.
Siapakah yang patut dipersalahkan kerana jenayah berat ini terus berlaku?

6. Ayat menjawab tugasan.(Fokus pada tugasan soalan)


Sesungguhnya, semua pihak hendaklah bekerjasama secara bersepadu untuk
menangani isu jenayah berat di negara kita daripada terus berleluasa.

CONTOH PENULISAN AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN

1. Sebagai murid minda kelas pertama, saya berpendapat bahawa punca perdana
berlakunya kemelut jenayah berat ialah...
2. Saya akan meneruskan perbincangan dengan melihat masalah kepincangan
institusi keluarga juga dikenal pasti sebagai faktor berlakunya kegitan lumba haram.
3. Faktor ketiga yang akan saya kupas ialah masalah pengaruh rakan sebaya turut
mempengaruhi kemelut ini berlaku.
4. Faktor seterusnya yang perlu diberikan perhatian ialah keadaan persekitaran di
sekolah yang kurang selesa menyebabkan masalah ini berlaku.

3
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
5. Pada hemat saya ,/ Pada pandangan saya/Pada pendapat saya ,terdapat pelbagai
usaha yang wajar dilakukan untuk menangani masalah ini.

AYAT KEDUA DAN SETERUSNYA AYAT SETERUSNYA


CONTOH DALAM ISI YANG SAMA)
Mengapakah (M)
o Selaras dengan itu,
o Hal ini dikatakan demikian kerana o Selanjutnya,
o Hal ini dikatakan begitu kerana o Sementara itu,
o Hal ini dikatakan berlaku kerana o Seterusnya,
o Hal ini dikatakan terjadi kerana o Di samping itu,
o Hal ini disebabkan oleh o Dalam pada itu,
o Hal ini wujud akibat daripada o Selain itu,
o Hal ini berpunca daripada
o Hal ini membawa konotasi bahawa PENEGASAN (P)
o Hal ini tercetus apabila
o Kita mengakui hakikat bahawa
Bagaimanakah (Ba) o Jelaslah kepada kita bahawa
o Tegasnya kepada kita bahawa
o Dalam hal ini ...
o Hakikatnya,
o Dalam konteks ini…
o Sesungguhnya,
o Dengan berbuat demikian ...
o Secara khususnya,
o Dengan itu,
o Secara umumnya,
o Oleh sebab itu,
o Sememangnya,
o Dengan yang demikian,
o Pada dasarnya,
o Oleh yang demikian
o Secara ringkasnya,
o Oleh hal yang demikian ,
o Pada umumnya,
Kesan (K)
o Natijahnya,
KESIMPULAN
o Sebagai akibatnya,
o Hal ini mengakibatkan o Intihanya,
o Tindakan/Cara/ Usaha ini akan o Konklusinya,
o Sekiranya, Jika, Andai kata perkara ini o Tuntasnya,
dilakukan/tidak dilakukan maka… o Totalnya,
o Akhir kalam,
MENYATAKAN CONTOH o Walhasil,
o Sebagai penutup wacana,
o Sebagai contoh, o Sebagai penghias bicara akhir,
o Biar kita lihat...
o Biar kita ambil contoh.. PENULISAN UNGKAPAN MENARIK
o Misalnya,
o Hal ini bersesuaian dengan
o Umpamanya,
peribahasa….
o Yang dimaksudkan ialah
o Peribahasa Melayu ada
menyatakan bahawa...
PENDAPAT YANG BERBEZA
o Hal ini jelas dinyatakan dalam
4 peribahasa…..
o Orang tua-tua pernah berkata
bahawa…
o Situasi ini boleh diperjelas melalui
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
o Walau bagaimanapun,
o Walaupun begitu,
o Namun demikian,
o Ironinya,
o Kendatipun,
AYAT KESIMPULAN
Contoh Penulisan
1. Intihanya, setiap anggota masyarakat hendaklah menggembleng tenaga bagai aur
dengan tebing untuk menangani masalah ini daripada terus menggugat keharmonian
dan kemakmuran sesebuah rumah tangga.

2. Sebagai penutup wacana , sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing perlu dielakkan, sebaliknya sikap ke bukit sama-sama didaki ke lurah
sama-sama dituruni perlulah diamalkan untuk menangani masalah ini daripada
menghalang pembangunan negara .

AYAT –AYAT PERSOALAN


1. Siapakah pula yang akan menyambung perjuangan memartabatkan bahasa Melayu ?
2. Siapakah yang patut dipersalahkan kerana fenomena ini berterusan?
3. Persoalannya, sejauh manakah faktor pengaruh rakan sebaya mempengaruhi
kemelut yang sukar diatasi ini ?
4. Mengapakah masyarakat masih tidak cakna dengan situasi ini ?
5. Apakah usaha yang patut diambil oleh pihak yang bertanggungjawab?
6. Sanggupkah kita melihat generasi kita nanti menjadi sampah masyarakat?
7. Apakah peranan bapa sebagai kepala keluarga untuk menangani masalah ini?

CONTOH PENULISAN AYAT PERIBAHASA (UNGKAPAN MENARIK)

o Ibu bapa hendaklah mengasuh dan mendidik anak sejak kecil kerana kalau hendak
melentur buluh birlah dari rebungnya.
o Dalam perbualan dan percakapan seharian, kita mestilah berhati-hati mengeluarkan
kata-kata kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
o Sebagai rakyat Malaysia kita mestilah mempertahankan negara kita daripada dijajah
oleh musuh bak kata pepatah, “biar putih tulang jangan putih mata.”
o Kita hendaklah membalas jasa ibu bapa yang telah memelihara dan membesarkan kita
supaya kita tidak dikatakan bagai kacang lupakan kulit.

Atau ditulis :
o Hal ini bersesuaian dengan peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan
dapat sagunya.
o Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna.
5
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
o Hal ini jelas dinyatakan dalam peribahasa sudah terhantuk baru nak tengadah.
o Orang tua-tua pernah berkata bahawa kalau hendak seribu daya, kalau tak nak
seribu dalih.
o Keadaan ini boleh diperjelas melalui peribahasa kerana nila setitik rosak susu
sebelanga.

TUGASAN SOALAN YANG DITANYA MELIPUTI LIMA SKOP UTAMA


(SeKeCaM+TCP)
1. Se : sebab/ faktor / punca /
Kata tugas : kerana, disebabkan, tidak, kurang, gagal
2. Ke : kesan baik / kepentingan/faedah / maslahat / manfaat
: kesan buruk / implikasi / impak / natijah / akibat
Kata tugas: supaya, untuk, bagi, akan, boleh, dapat, mampu
3. Ca : cara / langkah / usaha / kaedah / tindakan
Kata tugas : harus,perlu,mesti , wajar, hendaklah, patut, telah
4. M :masalah / kemelut / halangan / kekangan / rintangan
Kata tugas : Apakah masalah itu.
5. T :tugas/peranan /tanggungjawab/kewajipan
Kata tugas : Apakah tugas itu.
6. C :ciri/sifat/kriteria
Kata tugas : Apakah ciri itu.

7. P :Persediaan/Keperluan/Persiapan/Kesiasagaan
Kata tugas:mempunyai/memiliki/menguasai/mengetahui

Contoh Penulisan Menjawab Tugasan Soalan


Tema: Ponteng Sekolah

Tugasan Contoh Ayat

Sebab Pada hemat saya sebab utama berlakunya masalah ponteng


sekolah adalah kerana remaja kurang mempunyai didikan
agama dan moral yang secukupnya.
Kesan Pada pandangan saya kesan negatif utama ponteng sekolah
ialah perbuatan ini akan menyebabkan murid-murid
ketinggalan dalam pelajaran mereka di sekolah.
Cara Pada pendapat saya, cara utama bagi menangani masalah
ponteng sekolah ialah ibu bapa haruslah memantau kehadiran
anak-anak ke sekolah.
Masalah Masalah utama untuk menangani masalah ponteng sekolah
ialah sikap murid yang tidak ada kesedaran tentang
kepentingan pendidikan
Tanggungjawab Tanggungjawab utama ialah guru menjalankan tugas dengan
6
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
memberikan kesedaran tentang kepentingan pendidikan
kepada murid yang terlibat dalam gejala ponteng sekolah.
Ciri Ciri utama seorang murid yang ponteng sekolah ialah buku-
buku latihan yang tidak disiapkan.
Persediaan Persediaan utama ialah murid memiliki sikap yang positif untuk
tidak terlibat dalam masalah ponteng sekolah.

( InKeMaNeP) : ALAT BERFIKIR UNTUK MENULIS IDEA ATAU ISI KARANGAN


UNTUK TUGASAN KBAT (DUA UNSUR YANG DIKAITKAN)

1. In ( Individu)
(Remaja, Murid-murid, Pelajar,Pengawas,Belia, Lelaki, Wanita)
Cabaran /Halangan/Masalah Cara Menangani

o Kurang memiliki kesedaran dan sikap o Perlu memiliki kesedaran dan


bertanggungjawab bertanggungjawab
o Tidak mempunyai budi pekerti dan o Mesti mempunyai budi pekerti dan
akhlak mulia. berakhlak mulia.
o Kurang bermotivasi, bersemangat o Hendaklah bermotivasi dan gigih
untuk terus berusaha berusaha.
o Kurang ambil peduli /tidak cakna/ tidak oPerlu ambil peduli /mesti cakna/ perlu
ambil berat ambil berat
o Tidak mempunyai matlamat dan hala oPerlu mempunyai matlamat dan hala
tuju tuju
o Tidak memiliki jati diri yang kental oMestilah memiliki jati diri yang kental
o Kurang pegangan agama dan moral. oHaruslah meningkatkan pegangan
o Terlalu percaya kepada rakan sebaya agama dan moral
dalam pergaulan. oPerlu berhati-hati memilih rakan sebaya
dalam pergaulan

Contoh : Contoh :
Tema :Lumba haram Tema :Lumba haram
Tugasan : Punca berlaku Tugasan : Usaha menangani
Faktor utama berlakunya lumba Dengan itu, remaja haruslah
haram ialah remaja kurang mempunyai mempunyai sikap kesedaran dan
kesedaran sikap bertanggungjawab bertanggungjawab tentang isu lumba
tentang isu lumba haram. haram .

2. (Ke )Keluarga (ibu bapa, datuk, nenek, saudara –mara, adik-beradik)

Cabaran /Halangan/Masalah Cara Menangani

o Kurang memberikan didikan agama dan o Perlu memberikan didikan agama dan

7
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
moral moral
o Kurang memberikan kasih sayang yang o Harus memberikan kasih sayang yang
sewajarnya sewajarnya
o Kurang menguruskan keperluan dan o Perlu menguruskan keperluan dan
kedudukan ekonomi sebaik-baiknya kedudukan ekonomi sebaik-baiknya
o Kurang meluangkan masa dengan anak- o Mesti meluangkan masa dengan anak-
anak anak
o Kurang memantau kegiatan anak-anak o Perlu memantau kegiatan anak-anak
o Kurang membentuk disiplin anak-anak o Wajar membentuk disiplin anak-anak
o Kurang melengkapkan diri dengan ilmu o Wajar melengkapkan diri dengan ilmu
keibubapaan keibubapaan
o Tidak menunjukkan suri teladan atau o Perlu menunjukkan suri teladan atau
contoh terbaik kepada anak-anak. contoh terbaik kepada anak-anak
o Kurang berkomunikasi dengan anak- o Perlu berkomunikasi dengan anak-anak.
anak.
Contoh : Tema :Ponteng sekolah
Tema :Ponteng sekolah Tugasan :Usaha menangani
Tugasan :Faktor berlaku

Faktor utama berlakunya lumba haram Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah
ialah ibu bapa tidak memberikan didikan memberikan didikan agama dan moral
agama dan moral yang secukupnya yang secukupnya kepada anak-anak.
kepada anak-anak.
3. (Ma) Masyarakat (orang ramai, rakyat, jiran)
Cabaran /Halangan/Masalah Cara Menangani

o Kurang prihatin, proaktif dan penyayang.


o Perlulah prihatin, proaktif dan
o Kurang mempunyai semangat kejiranan penyayang.
dan bantu membantu. o Perlu mempunyai semangat kejiranan
o Kurang mengamalkan sikap bersatu dan bantu membantu.
padu dan sepakat o Hendaklah mengamalkan sikap bersatu
o Kurang membabitkan diri dalam sesuatu padu dan sepakat
program kemasyarakatan o Perlu membabitkan diri dalam sesuatu
o Kurang merancang dan menganjurkan program kemasyarakatan
program-program. o Harus merancang dan menganjurkan
o Kurang menyemarakkan budayaprogram-program.
kunjung-mengunjungi. o Perlu menyemarakkan budaya kunjung-
o Kurang ambil berat dan bertanya mengunjungi.
khabar. o Perlu mengambil berat dan bertanya
o Kurang peka akan peranan mereka khabar
sebagai ahli masyarakat. o Perlu lebih peka akan peranan mereka
sebagai ahli masyarakat.
Contoh : Contoh :
Tema :Jenayah Tema : Jenayah.
Tugasan : Punca berlaku Tugasan : Usaha menangani
Punca berlakunya gejala sosial kerana Oleh sebab itu, masyarakat perlu
8
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
masyarakat mengamalkan sikap tidak melaporkan sesuatu kejadian yang
mahu melaporkan sesuatu kejadian berunsur kepada pihak berkuasa dengan
jenayah kepada pihak berkuasa. kadar segera.

4. (Ne) Negara (kerajaan, kementerian, pihak berkuasa, dasar-dasar kerajaan)


Cabaran /Halangan/Masalah Cara Menangani

o Penguatkuasaan undang-undang yang o Penguatkuasaan undang-undang yang


masih longgar. lebih tegas.
o Kurang memberikan latihan kepada o Memberikan latihan yang berkesan
penguat kuasa. kepada penguat kuasa.
o Kurang melaksanakan pelbagai dasar o Melaksanakan pelbagai dasar dan
dan programyang berkesan. program yang berkesan.
o Kurang kecekapan pegawai penguat o Kecekapan pegawai penguat kuasa
kuasa ditingkatkan.
o Kurang menyediakan modal dan o Menyediakan modal dan kemahiran
kepakaran o Menjalankan kempen secara
o Kurang menjalankan kempen secara bersepadu dan berkesan.
bersepadu. o Menyiarkan rancangan dan
o Kurang menyiarkan rancangan dan dokumentari yang sesuai
dokumentari yang sesuai o Menyediakan kemudahan infrastruktur.
o Kurang menyediakan kemudahan o Memerangi masalah rasuah.
infrastruktur o Mempromosikan sesuatu ke peringkat
o Kurang memerangi masalah rasuah global.
o Kurang mempromosikan sesuatu ke
peringkat global.
Contoh : Contoh : Tema :Masalah sosial.
Tema :Masalah sosial. Tugasan : Usaha menangani
Tugasan : Punca berlaku Dengan demikian, pihak kerajaan perlu
Punca berlakunya masalah sosial kerana mengetatkan undang-undang kepada
pengutakuasaan yang masih longgar bagi individu yang melakukan masalah sosial
membendung masalah sosial yang terus agar dapat dikurangkan .
berleluasa.

5. (P) Pendidikan (sekolah, kolej,universiti)


Cabaran /Halangan/Masalah Cara Menangani

o Kurang menjalankan kempen kesedaran o Perlu menjalankan kempen kesedaran


di sekolah. di sekolah.
o Kurang menjalankan khidmat kaunseling o Harus menjalankan khidmat kaunseling
dan kelas bimbingan. dan kelas bimbingan.
9
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
o Tidak bekerjasama dengan pihak o Perlu bekerjasama dengan pihak
berkuasa berkuasa.
o Penguatkuasaan undang-undang dan o Penguatkuasaan undang-undang dan
peraturan sekolah yang tidak tegas. peraturan sekolah yang lebih tegas.
o Pengurusan kurikulum dan kokurikulum o Pengurusan kurikulum dan kokurikulum
yang tidak tersusun. yang tersusun.
o PIBG kurang bekerjasama dan o PIBG perlu bekerjasama dan
bermuafakat dengan pihak sekolah bermuafakat dengan pihak sekolah
o Kecerian dan keselamatan sekolah tidak o Kecerian dan keselamatan sekolah
diberikan keutamaan. perlu diberikan keutamaan.
o Tidak menjalankan tugas dengan o Perlu menjalankan tugas dengan
amanah,ikhlas, dan tidak mementingkan amanah,ikhlas, dan tidak
diri sendiri. mementingkan diri sendiri.

Contoh : Contoh :
Tema :Kempen Membaca Tema :Kempen Membaca
Tugasan : Punca kurang minat Tugasan : Usaha menangani

Punca murid kurang minat membaca Oleh itu, pihak sekolah perlu
kerana pihak sekolah kurang menjalankan kempen kesedaran tentang
menjalankan kempen kesedaran tentang minat membaca kepada murid-murid di
minat membaca di sekolah. sekolah.

TUGASAN :1.KESAN BAIK /KEPENTINGAN /FAEDAH / MASLAHAT


2.KESAN BURUK / IMPLIKASI NEGATIF/ IMPAK NEGATIF/
AKIBAT NEGATIF

1. POLITIK
Kesan Positif Kesan Negatif

o Semangat patriotik tinggi dijulang. Semangat patriotik terhakis.


o
o Cinta kepada negara menebal. Cinta kepada negara hilang.
o
o Imej dan nama baik negara terpelihara. Imej dan nama baik negara tercemar .
o
o Jati diri bangsa dikukuhkan. Jati diri bangsa tidak dapat dikukuhkan.
o
o Pemerintahan berjalan lancar. Pemerintahan tidak berjalan lancar.
o
o Tiada amalan rasuah. Berlaku amalan rasuah.
o
o Keadaan aman dan sejahtera. Keadaan porak- peranda dan kacau-
o
o Mempertingkatkan kerjasama dan bilau.
persefahaman politik o Kurang mempertingkatkan kerjasama
dan persefahaman politik.
Tema :Perpaduan Tema :Perpaduan
Tugasan : Kesan Tugasan : Kesan
Kesab baik yang perdana ialah semangat Impak negatif yang utama ialah semangat
cinta akan negara dapat ditingkatkan. cinta akan negara tidak dapat
ditingkatkan.
10
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
2. EKONOMI

o pendapatan keluarga dan negara o pendapatan keluarga dan negara


meningkat. berkurangan .
o harga barangan dan perkhidmatan o harga barangan dan perkhidmatan
terkawal. tidak terkawal.
o Meningkatkan peluang pekerjaan, o peluang pekerjaan terhad.
o pengangguran ditangani. o pengangguran sukar ditangani.
o kemiskinan diatasi. o kemiskinan sukar diatasi.
o taraf hidup rakyat meningkat. o taraf hidup rakyat merudum
o eksport meningkat. o eksport merosot ,
o Kesihatan rakyat meningkat. o Kesihatan rakyat merosot.
o Kemudahan prasarana ditingkatkan. o Kemudahan prasarana kurang
o memaksimumkan bidang kemahiran ditingkatkan.
dan teknologi. o Kurang memaksimumkan bidang
o Pengaliran mata wang keluar negara kemahiran dan teknologi.
dapat disekat. o Berlaku pengaliran mata wang
keluar negara.

Tema: Pelancongan Tema: Pelancongan


Tugasan : Kebaikan Tugasan : Kesan buruk

Kebaikan utama ialah industi Kesan buruk yang utama ialah industri
pelancongan dapat meningkatkan pelancongan akan meningkatkan
ekonomi negara. masalah sosial dalam negara.
3. SOSIAL

Kesan Positif Kesan Negatif

o Pendidikan cemerlang ditingkatkan. o Pendidikan tidak cemerlang.


o Kepercayaan agama kuat. o Kepercayaan agama kurang .
o Hubungan kemasyarakatan baik. o Hubungan kemasyarakatan kurang
o Kebudayaan dan kesenian dipelihara. baik.
o Mengamalkan nilai murni. o Kebudayaan dan kesenian tidak
o Masalah sosial dapat ditangani. dipelihara.
o Jenayah dapat dikawal. o Tidak mengamalkan nilai murn.
o Perpaduan kaum ditingkatkan. o Masalah sosial sukar ditangani .
o Kehidupan masyarkat harmoni. o Jenayah sukar dikawal.
o Melahirkan masyarakat celik ilmu. o Perpaduan kaum sukar ditingkatkan.
o Kehidupan masyarakat kurang harmoni
o Kurang melahirkan masyarakat celik
ilmu.
Tema : PIBG Tema : PIBG
Tugasan : Kebaikan Tugasan : Kebaikan

Contoh : Kebaikan perdana PIBG ialah Contoh : Kelemahan utama PIBG ialah
11
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
PIBG menyediakan dana untuk program PIBG tidak mampu menyediakan dana
lonjakan akademik murid. untuk program lonjakan akademik murid.

KAEDAH IMBaKUP

Huraian Idea Kaedah IMBaKUP

Idea (I) : Nyatakan idea


Mengapakah (M) : Mengapakah SeKeCaM+TCP boleh berlaku atau dilakukan.
(Memberi sebab dan alasan / kelebihan atau kekurangan)
Bagaimanakah (Ba) : Bagaimanakah SeKeCaM+TCP boleh berlaku atau
dilakukan.(Memberi penerangan tentang cara/
keadaan/langkah/ kejadian)
Kesan (K) : Kesan kepada / daripada idea itu : Menjawab tugasan.
Ungkapan
Menarik (U) : Peribahasa/ Cogan Kata : Sesuaikan dengan tugasan atau tema.
Penegasan (P) :Kesimpulan kecil idea. (Gunakan penanda wacana penegasan)

Contoh Soalan: Masalah sosial dalam kalangan remaja yang berlaku pada hari ini
berpunca daripada masalah keluarga. Masalah keluarga boleh menyebabkan masalah
sosial ini berterusan berlaku dan jalan penyelesaian yang harus diambil oleh ibu bapa bagi
menangani masalah itu .Jelaskan.

Cadangan rangka pendahuluan.

 Tema dihubungkan atau dikaitkan dengan isu semasa .


 Contoh masalah sosial yang berlaku kini.
 Buat ayat persoalan tentang tema atau isu .
 Guna ayat peribahasa yang sesuai.
 Gunakan penanda wacana
 Ayat terakhir menjawab tugasan soalan .

Contoh Penulisan Pendahuluan

12
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
Remaja yang terlibat dengan salah laku disiplin sering dilaporkan di media massa
utama mutakhir ini. Ada laporan yang menunjukkan bahawa remaja sudah berani
melakukan jenayah-jenayah berat yang tidak masuk akal kewarasan manusia. Antara kes
yang dilaporkan, seperti masalah buli, gengsterisme , dan pembunuhan kejam. Kes buang
bayi dan jenayah ragut yang dilakukan secara kejam amat menyayat hati dan
menyedihkan kita. Oleh sebab itu , siapakah yang harus dipersalahkan? Kita tidak boleh
menuding jari kepada pihak tertentu atas fenomena ini berlaku . Secara rasionalnya, kita
tidak mahu isu ini terus menjadi duri dalam daging terhadap keharmonian rumah tangga.
Saya berpendapat bahawa faktor utama berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja
kerana masalah keluarga itu sendiri. Sesungguhnya, isu keluarga ini harus diperincikan
sedalam-dalamnya agar kita dapat memperoleh jalan penyelesaian yang terbaik . 128 pp

Contoh Huraian Idea Kaedah IMBaKUP


Pada pandangan saya, faktor utama berlakunya masalah sosial dalam kalangan
remaja ialah sikap kurang prihatin ibu bapa terhadap masalah keluarga. (Idea) Hal ini
begitu kerana desakan hidup dunia moden sering memaksa ibu bapa untuk mencari
nafkah bagi menambah pendapatan keluarga. Tambahan pula, cabaran globalisasi yang
semakin menghimpit turut meningkatkan keghairahan ibu bapa untuk mengumpul harta
dan kekayaan. (Mengapakah) Fenomena ini telah menyebabkan ibu bapa yang bekerja
terdorong untuk mengejar kemewahan dan kedudukan mereka sahaja sehinggakan anak-
anak terabai belaian kasih sayangnya. (Bagaimanakah) Oleh sebab itu, ibu bapa
haruslah mengubah paradigma mereka daripada mengejar kemewahan dan kebendaan
kepada memberikan ruang terhadap kepentingan keluarga .Sebagai contoh, ibu bapa
yang bekerjaya haruslah bijak menguruskan masa mereka tanpa mengabaikan
tanggungjawab terhadap anak-anak. (Kesan ) Dr. Syukri Abdullah, iaitu pakar motivasi
tersohor negara ada menyatakan bahawa sekiranya ibu bapa mempunyai sistem
pengurusan hidup yang cemerlang maka kehidupan keluarga juga turut lebih cemerlang .
(Ungkapan Menarik/ Ayat Tokoh) Hakikatnya, saya beranggapan bahawa keprihatinan
ibu bapa terhadap keluarga adalah sangat signifikan dalam menangani masalah ini
daripada terus menggugatkan kedamaian rumah tangga.(Penegasan) 165 pp

Contoh Penulisan Kesimpulan

Walhasil, masalah sosial merupakan satu penyakit yang akan membawa kerosakan
dan kehancuran kepada murid , masyarakat dan negara. Fenomena ini telah menimbulkan
kebimbangan dan kerisauan kepada semua warganegara dan masalah ini perlu ditangani
secara bijaksana dan bersepadu oleh pihak yang bertanggungjawab. (Pandangan) Oleh
yang demikian, semua pihak memerlukan suatu anjakan pemikiran dan sikap yang
progresif bagi menangani gejala sosial ini. Sikap yang berat sama dipikul dan yang ringan
sama dijinjing haruslah disepadukan dalam diri setiap insan.(Cadangan ) Pada umumnya,
13
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
merekalah yang akan menjadi generasi pewaris bangsa yang cemerlang, gemilang dan
terbilang untuk pembangunan negara dan seterusnya dapat merealisasikan hasrat murni
pemimpin negara nanti. (Harapan) 103 pp

ANALISIS SOALAN BAHAGIAN A TAHUN 2014 -2019

Gambar Langkah-Langkah Menjaga Keselamatan Kanak-


Jun 2014
Lakaran Kanak.
Faedah Menyertai Aktiviti Sukan Lasak .
Nov 2014 Rajah
Jun 2015 Gambar Kartun Langkah-Langkah Menjimatkan Perbelanjaan
Nov 2015 Gambar kartun Tujuan Sambutan Hari Guru
Jun 2016 Lakaran Kepentingan Memelihara Hutan
Nov 2016 Gambar kartun Ciri-Ciri Sekolah Selamat
Jun 2017 Gambar kartun Kepentingan Pasar Tani
Nov 2017 Gambar kartun Peranan Unit Bimbingan Dan Kaunseling
Jun 2018 Carta Punca-Punca Keracunan Makanan
Langkah-Langkah Supaya Menggalakkan Orang
Nov 2018 Gambar Kartun
Ramai Menggunakan Pengangkutan Awam.
Jun 2019 Gambar Kartun Faedah-faedah inovasi dalam kehidupan.
Nov 2019 Gambar Kartun Kebaikan-kebaikan pusat sumber sekolah.

TUNTUNAN UMUM KARANGAN BAHAGIAN A


 Soalan dikemukan pada Bahagian A dan wajib dijawab.
 Markah yang diperuntukkan ialah 30 markah.
 Bahan rangsangan yang lazim dikeluarkan seperti gambar foto, ilustrasi kartun,
gambar rajah, dialog, pelan, catatan,iklan dan petikan.
 Masa yang dicadangkan untuk menulis ialah 45 minit.
 Sebaik-baiknya lima perenggan

o Perenggan 1 – Pendahuluan :Kaitkan dengan kehendak soalan ( menarik perhatian


pembaca)
o Perenggan 2 – 4 : Perenggan isi: Satu isi satu perenggan – Guna Kaedah
IMBaKUP
14
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
o Perenggan 5 – Perenggan Penutup:Pandangan,Cadangan dan Harapan (PCH)

Cadangan pengagihan masa menjawab

 Baca dan memahami arahan dan tugasan soalan : 5 minit


 Menulis rangka karangan : 10 minit
 Menulis Karangan : 25 minit
 Membuat semakan : 5 minit

Jumlah masa :45 minit

Kriteria Karangan Cemerlang ( 26 - 30 markah )

o Karangan perlu menjawab tugasan bahan rangsangan.

o Idea relevan dengan tugasan bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas,
menarik dan matang.

o Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat.Penggunaan kosa yang luas dan tepat pada
struktur ayat.Penggunaan tanda baca betul dan tepat.

o Wacananya lengkap.Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan


ungkapan yang menarik.(Peribahasa, pantun, cogan kata, petikan ucapan, kata-kata
hikmat, petikan hadis, maksud ayat Al-Quran.(Perlu diterangkan penggunaannya)

o Jumlah isi atau idea bergantung pada jenis bahan rangsangan. Sekiranya bahan
rangsangan berbentuk gambar bersiri yang memaparkan 4 idea maka 3 atau 4
idea perlu dihuraikan untuk mendapat markah cemerlang.

o Contoh soalan November SPM 2019. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan-
kebaikan pusat sumber sekolah. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200
hingga 250 patah perkataan.

o Jumlah kepanjangan karangan perlu patuh akan arahan soalan iaitu kepanjangan
perlu melebihi 200 patah perkataan .( Perlu melebihi 250 patah perkataan )

15
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim

TUNTUNAN MENJAWAB KARANGAN BAHAGIAN A


1. Baca arahan soalan dan fahami tema dan tugasan yang diberikan

2. Berikan tumpuan kepada tugasan yang diberikan sahaja


Bahagian Pendahuluan
1. Tuliskan ayat tentang tema secara umum (Bukan idea atau isi karangan)
Ayat perlu ada hubungan dengan isu semasa dan terkini.( Contoh terkini)

2. Gunakan ayat persoalan .

3. Gunakan penanda wacana yang sesuai.

4. Ayat terakhir pendahuluan memberikan fokus utama tugasan

Contoh Pendahuluan ( Tema : Masalah Vandalisme)

Buletin tentang kemudahan awam yang dirosakkan sering dipaparkan di media


massa arus perdana sejak mutakhir.Telefon awam, tandas awam dan tempat rekreasi
telah dirosakkan dan dimusnahkan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Isu ini
turut menjadi polemik pemimpin negara untuk dicari jalan penyelesaiannya ,namun masih
belum ada sinar yang positif.Sebagai impaknya, banyak kos penyelengaraan yang
terpaksa ditanggung oleh pihak kerajaan.Imej negara sebagai rakyat yang kaya dengan
budi bahasa dan adat ketimurannya juga akan dipandang negatif oleh negara luar. Oleh
sebab itu, siapakah yang harus dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan? Janganlah
isu ini akan menjadi seperti peribahasa sudah terhantuk baru nak tengadah.
Sesungguhnya,pelbagai usaha yang menyeluruh daripada pelbagai pihak perlu
dilakukan supaya masalah dapat ditangani segera untuk kebaikan kita bersama-sama.

Bahagian Idea (Isi) (Cadangan Tiga Idea)

1. Gunakan Kaedah IMBaKUP untuk menghuraikan idea (isi).

2. Tidak perlu terlalu panjang seperti Karangan Bahagian B.

16
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim

Contoh Penulisan Isi Karangan


Didikan agama yang sempurna dan pendidikan moral yang mantap oleh ibu bapa
merupakan usaha utama daripada ibu bapa untuk menangani masalah vandalisme.(Idea)
Hal ini dikatakan demikian kerana didikan agama dan moral merupakan benteng yang
ampuh dalam pembentukan keperibadian seseorang anak. (Mengapakah) Oleh sebab
itu, contoh dan ikutan yang baik perlu ditunjukkan oleh ibu bapa kepada anak-anak yang
usianya semakin meningkat. Sebagai contoh, ibu bapa menunjukkan cara-cara
menggunakan tandas awam yang berhemah kepada anak-anak. (Bagaimanakah).
Tindakan ibu bapa ini akan menyebabkan anak-anak akan meniru perbuatan baik ibu
bapa mereka dengan mengutamakan disiplin dalam kehidupan.(Kesan) Peribahasa
Melayu ada menyebut bahawa “bagaimana acuan begitulah kuihnya,” dapat
menggambarkan bahawa betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam melahirkan akhlak
anak-anak yang mulia, khususnya dalam isu mengawal masalah vandalisme .(Ungkapan
Menarik) Pada umumnya ,didikan agama dan moral yang sempurna ini mampu
memupuk dan membentuk sikap remaja untuk terus bertanggungjawab menjaga harta
benda awam supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik . (Penegasan)
Kesimpulan
1. Pandangan tentang tema (P)

2. Cadangan tentang tema (C)

3. Harapan tentang tema (H)

Contoh Penulisan Kesimpulan

Intihanya, kerosakan kemudahan awam telah mendatangkan impak yang negatif


kepada masyarakat dan negara sekiranya tidak diambil jalan pencegahannya dari awal (P)
Dengan itu, masyarakat perlu bertanggungjawab bagai aur dengan tebing atau bersikap
seia sekata , seperti kata peribahasa seikat bagai sirih, serumpun bagai serai bagi
menangani kemelut ini agar tidak terus memberikan tempias kepada kerancakan
pengurusan dan pentadbiran negara. Hidup dalam suasana aman dan damai harus
menjadi kunci keharmonian sesebuah negara. (C) Sesungguhnya, kita mahu kemudahan
awam yang disediakan ini mampu memberikan keselesaan dan kesenangan kepada
rakyat untuk menempuh kehidupan yang lebih mencabar.(H)

17
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim

CONTOH KARANGAN CEMERLANG BAHAGIAN A TAHUN 2019


Soalan:Maklumat di bawah menunjukkan sebahagian kebaikan pusat sumber sekolah.
Huraikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan pusat sumber sekolah.

Perkembangan pesat dalam bidang pendidikan telah berjaya melahirkan insan yang
berilmu , bertatasusila dan beretika yang mencorakkan kehidupan penuh cabaran .
Sayidina Ali bin Abi Talib , khalifah Islam pernah mengatakan bahawa tuntutlah ilmu
kerana apabila kamu miskin, ilmu menjadi hartamu, apabila kamu kaya, ilmu menjadi
penghias dirimu. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk
memajukan bidang pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberikan
peruntukan kepada sekolah-sekolah untuk membangunkan pusat sumber sekolah supaya
menjadi tempat yang paling kondusif untuk murid-murid membuat kajian dan
menambahkan ilmu pengetahuan. Tegasnya, kebaikan-kebaikan pusat sumber sekolah
akan menjadi fokus utama perbincangan kita pada hari ini.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa pusat sumber sekolah menyediakan pelbagai
bahan rujukan untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Hal ini dikatakan demikian kerana
terdapat banyak bahan bacaan di pusat sumber sekolah yang diperoleh dengan cara
meminjam dari perpustakaan negeri, wakaf dan pembelian yang menggunakan

18
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
peruntukan yang diberikan oleh pihak sekolah. Buku-buku ini telah disediakan untuk
membantu para murid, guru-guru serta kakitangan sekolah yang lain bagi membuat
bacaan dan rujukan. Sebagai kesannya, murid-murid dan guru-guru dapat memperoleh
pelbagai maklumat untuk memastikan sesi pengajran dan pembelajaran di sekolah
berjalan dengan lancar dan berkesan. Bahan bacaan yang disediakan di pusat sumber
sekolah mampu mendorong murid untuk membacanya persis peribahasa Melayu
membaca itu jambatan ilmu.Hakikatnya, ilmu pengetahuan dapat diperoleh dengan
adanya pelbagai bahan bacaan yang disedikan di pusat sumber sekolah.

Kemudahan Internet untuk mengakses maklumat juga telah disediakan di pusat


sumber sekolah untuk kegunaan awam sama ada untuk murid-murid mahupun guru-guru.
Dengan ini, murid-murid dapat mencari maklumat di media massa yang menyediakan
pelbagai maklumat terkini dan menyeluruh kerana sumber maklumat yang diperlukan
hanya terletak di hujung jari sahaja. Keadaan ini juga dapat mendedahkan para murid
tentang dunia tanpa batasan di samping membolehkan para murid menjawab soalan di
luar kotak pemikiran seperti soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sewaktu sesi
pembelajaran. Dengan adanya kemudahan Internet di pusat sumber sekolah juga akan
memberi peluang kepada para murid untuk meneroka pelbagai ilmu pengetahuan yang
seluas lautan dan tidak menjadi, seperti katak di bawah tempurung. Sesungguhnya,
mereka juga dapat melayari laman sesawang pembelajaran ,seperti ZOOM A dan Frog
VLE untuk mengasah ilmu yang dimiliki dengan adanya kemudahan Internet.

Selain itu, pusat sumber sekolah juga mempunyai tempat untuk mengulang kaji
pelajaran yang kondusif. Hal ini dikatakan demikian kerana murid-muird dapat
menghadirkan diri ke pusat sumber ketika waktu senggang, seperti ketika waktu rehat atau
pada bila-bila masa sahaja mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah untuk
membaca buku atau mengulang kaji pelajaran bersama rakan-rakan. Apabila terdapat
tempat yang dikhaskan untuk tujuan pembelajaran, pastinya para murid akan terdorong
untuk pergi ke pusat sumber. Perkara ini juga berkait rapat dengan peraturan di pusat
sumber sekolah yang memastikan keadaan sentiasa tenang dan diam supaya tidak
mengganggu orang lain yang hendak membaca buku. Tegasnya, pusat sumber sekolah
yang kondusif mampu merangsang pembelajaran yang efektif kepada murid-murid.

Tuntasnya, pusat sumber sekolah mempunyai pelbagai kebaikan untuk semua


pihak terutamanya murid-murid kerana pusat sumber sekolah mempunyai kepelbagaian
kemudahan untuk digunakan oleh semua warga sekolah.Sementara itu, murid-murid
wajarlah menggunakan kemudahan pusat sumber sekolah dengan sebaik mungkin dan
seterusnya sebagai batu loncatan untuk mencapai kejayaan terutamanya dalam
peperiksaan yang bakal diduduki oleh semua murid nanti. Dengan itu, pelbagai pihak
haruslah berusaha untuk memastikan kemudahan-kemudahan daalm pusat sumber ini
diselenggara dengan baik agar dapat bertahan lama untuk generasi seterusnya .Orang
tua-tua ada menyatakan bahawa pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.Pada
19
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
umunya, pusat sumber sekolah jika digunakan dengan efektif akan mampu melahirkan
insan yang berilmu dan berakhlak mulia untuk kebaikan diri, keluarga, masyarakat dan
negara. (585 patah perkataan)

Latihan 1

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha
meningkatkan kebersihan tandas awam. Panjangnya huraian hendaklah antara 200
hingga 250 patah perkataan.

USAHA-USAHA MENINGKATKAN Aktiviti pembersihan secara


KEBERSIHAN TANDAS AWAM berjadual

Kempen kesedaran oleh


pihak kerajaan

Pendidikan kebersihan
tandas

Pendahuluan

o Tandas merupakan kemudahan awam paling asas untuk rakyat manakala


keadaannya mencerminkan peribadi seseorang.
o Menurut Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu, dianggarkan 2.5 billion manusia tidak
mempunyai kemudahan tandas yang bersih.
o Negara Malaysia turut membincangkan isu tandas kotor. Rakyat Malaysia seharusnya
menunjukkan contoh yang baik dengan mempraktikkan amalan kebersihan tandas.
o Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; beliau malu dengan keadaan tandas
awam di negara ini yang kotor dan busuk.
o Siapakah yang harus dipersalahkan kerana tandas awam kotor?
o Terdapat banyak cara untuk meningkatkan kebersihan tandas awam .

I :Aktiviti pembersihan tandas awam dilakukan secara berjadual

M: Masalah penyelenggaraan serta kurangnya sikap bertanggungjawab semasa


menggunakan tandas.
Ba: Membersihkan tandas secara berjadual dan secara berkumpulan .Menambah
bilangan pekerja dan masa pembersihan. Ada penyelia untuk mengawasi dan memantau
20
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
kerja pembersihan. Menggunakan sistem pengudaraan yang dinaik taraf bagi
mengurangkan bau yang tidak menyenangkan
K: Pekerjaan amanah menjalankan tugas. Pengguna dapat menggunakan tandas dengan
lebih selesa.
U: Kebersihan tanggungjawab bersama.
P: Perkhidmatan pembersihan perlu disusun secara sistematik dan terancang.
I:Kempen kesedaran oleh pihak kerajaan

M:Kurang kesedaran sivik untuk menjaga kebersihan tandas awam..


Ba: Mengadakan kempen tentang kebersihan tandas. Moto ‘Tandas Bersih Kami Suka’
disebar luas di media sosial. Pertandingan tandas terbersih dijalankan dengan hadiah
yang menarik disediakan. Kerajaan menyediakan dana untuk program penjagaan
kebersihan tandas awam.
K: Meningkatkan etika yang betul semasa menggunakan tandas. Rakyat mempunyai
kesedaran tinggi menjaga kebersihan tandas awam.
U: Nabi Muhammad S.A.W bersabda , kebersihan itu merupakan sebahagian daripada
iman.
P:Kempen perlu dijalankan secara menyeluruh dan bersepadu yang melibatkan semua
pihak.

I:Pendidikan kebersihan tandas bermula di rumah

M:Ibu bapa merupakan guru pertama dalam kehidupan anak-anak di rumah. Senang
memberikan tunjuk ajar penjagaan tandas yang betul.
Ba: Memberikan didikan tentang penjagaan tandas sejak kecil .Menjadi suri teladan
kepada anak-anak .Menunjukkan cara penggunaan tandas yang betul. Membersihkan
tandas selepas menggunakan ditunjukkan kepada anak-anak.
K:Sikap bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan tandas di rumah dan tandas awam .
U: Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
P:Memainkan peranan penting untuk membentuk sahsiah diri anak tentang penjagaan
kebersihan tandas awam.

Kesimpulan

P:Penjagaan kebersihan tandas awam merupakan tanggungjawab bersama-sama.


Tandas kotor akan mencemarkan imej negara di mata dunia.

C:Menggembleng usaha bersama- sama bagai aur dengan tebing bagi mewujudkan
tandas yang lebih bersih dan selesa. Kebersihan semasa menggunakan semua tandas

21
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
awam dijadikan budaya. Tandas awam merupakan hak bersama, maka bersama-samalah
kita menjaga kebersihannya.

H: Memastikan kehidupan kita bersih dan terhindar daripada penyakit yang berbahaya.
Kehidupan rakyat akan menjadi lebih sejahtera dan harmoni.

Latihan 2

Gambar-gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada perubatan tradisional.


Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memartabatkan perubatan tradisional.
Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

o Pendaftaran ahli dengan Kementerian Kesihatan


o Pendidikan perubatan tradisional
o Kempen kesedaran kepada masyarakat

Pendahuluan

o Perubatan tradisional merupakan warisan turun-temurun.


o Masyarakat dahulu bergantung pada rawatan ini untuk merawat penyakit.
o Kaum Melayu , Cina dan India mempunyai keunikan tersendiri.
o Dukun, bomoh atau pawang menjadi tempat rawatan masyarakat dahulu.
o 10, 000 pengamal perubatan alternatif di Malaysia.
o Bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
o Perubatan tradisional yang kontemporari menjadi pilihan masyarakat.
o Apakah manfaat perubatan tradisional kepada masyarakat?
o Pelbagai usaha harus dilakukan.

I :Pendaftaran ahli dengan Kementerian Kesihatan

M: Masyarakat masih ragu-ragu tentang kelebihan perubatan tradisional.Banyak kes


penipuan telah berlaku.Pesakit ditipu wang ribuan ringgit oleh pengamal perubatan yang
tidak berdaftar.
22
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
Ba:Akta Kawalan Perubatan Tradisional dikuatkuasakan mulai tahun 2016.Pengamal
perubatan akan diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan. Mereka yang mempunyai kelayakan
sahaja akan dibenarkan beroperasi. Mana-mana yang ingkar akan dikenakan tindakan.
K:Masyarakat akan yakin dengan rawatan yang diberikan. Pengamal perubatan tidak akan
menipu pesakit ketika melakukan rawatan.
U:Menahan lukah di pergentingan dapat dielakkan.
P:Undang-undang ini dapat memastikan pengamal perubatan menawarkan perubatan
yang selamat, efektif dan bersih.

I:Pendidikan perubatan tradisional

M:Perubatan tradisional masih tidak diiktiraf oleh masyarakat umum.Masyarakat


memandang bidang ini tiada peluang kerjaya masa hadapan.
Ba: Menawarkan kursus pengajian perubatan tradisional.Universiti swasta telah
ditubuhkan untuk tujuan ini.Kursus rawatan homeopati, herba sains dan rawatan bekam
tradisional diwujudkan.
K:Lebih ramai pengamal perubatan ini akan menceburi bidang tersebut.Mereka boleh
belajar teori dan praktikal.Mendapat sijil pengiktirafan daripada pihak Kementerian
kesihatan.
U:Sambil menyelam minum air , iaitu dapat mencapai dua matlamat sekali gus sambil
melakukan satu tindakan.
P:Transformasi pendidikan perubatan ini mampu mengangkat martabat perubatan
taradisional negara .

I:Kempen kesedaran kepada masyarakat

M: Kempen kesedaran kepada masyarakat kurang dijalankan.Rawatan hanya tertumpu di


sekitar kampung atau kawasan pendalaman. Bilangan yang arif dalam bidang ini masih
kurang.
Ba:Ilmu perubatan ini haruslah didokumentasikan atau dibukukan.Pihak kerajaan boleh
menyiarkan kelebihan rawatan tradisional di media massa.Ada seminar perubatan
tradisional dijalankan di seluruh negara.
K:Kelangsungan hayat perubatan tradisional dapat diteruskan.Kaedah perubatan ini boleh
berjaya dan berdiri sebaris dengan perubatan moden.
U: Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.
P: Kempen ini wajar dijalankan dengan bersungguh-sungguh dan bukan sekadar hangat-
hangat tahi ayam agar semua lapisan masyarakat cakna .

Kesimpulan

P:Perubatan tradisional haruslah dimartabatkan agar dapat memberikan manfaat kepada


masyarakat dan negara.Mampu memberikan sumbangan yang signifikan dalam
penjagaan kesihatan manusia.

23
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
C: Semua pihak haruslah sedar akan kepentingan rawatan tradisional untuk membantu
merawat penyakit. Kerajaan perlu sentiasa mempermudah pembanguan perubatan
tradisional .

H: Kualiti dan keselamatan perubatan ini akan terus terjamin seiring dengan keperluan
penjagaan kesihatan global.Berdiri sama tinggi , duduk sama rendah dengan kemajuan
perubatan dunia hari ini.

Latihan 3

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan baik
penggunaan telefon pintar. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.

Kebaikan Telefon Pintar

o Alat komunikasi

o Alat melayari Internet

o Alat hiburan

Pendahuluan
o Dahulu telefon digunakan untuk berkomunikasi, bergambar dan bertukar teks
sahaja.
o Kini telah menjadi satu keperluan harian.
o Pelbagai syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menawarkan pelbagai
perkhidmatan.
o Pelbagai kemudahan multimedia telah diwujudkan dalam telefon pintar.
o Reke bentuk yang kian menarik mampu memikat pelanggan untuk memilikinya.
o Perkembangan pesat telefon pintar , ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.
o Pelbagai impak positif diperoleh.

I: Alat komunikasi

M:Perhubungan amat penting dalam kehidupan manusia kini.Bentuk komunikasi bukan


verbal yang baharu.
24
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
Ba:Seseorang dapat dihubungi dengan mudah.Perkhidmatan syarikat telekomunikasi
menawarkan pelbagai kemudahan. Boleh menghantar fail video ,WhatsApp dan
Telegram.
K:Menjimat kos untuk menghantar pesanan bergambar kepada rakan atau orang
tersayang. Hubungan silaturahim antara ahli keluarga dapat diperkukuh. Menjadi
medium untuk mereka melepaskan kerinduan.
U:Menang membeli alah memakai.
P:Alat bantuan untuk mengeratkan hubungan antara ahli keluarga.

I:Alat melayarai Internet

M:Lebih mudah untuk mengakses Internet dengan kemudahan peranti wayarles atau
Twitter
Ba: Sesuatu maklumat yang diperlukan boleh diakses dengan cepat. Membuat kajian atau
menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru masing-masing.
K: Boleh dijadikan sebagai alat pendidikan.Dapat mencari maklumat pendidikan dengan
duduk di hadapan skrin telefon pintar.Dapat mengakses e-mel untuk tujuan peribadi.
U:Tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung.
P: Memudahkan urusan aktiviti harian dan cara pembelajaran menjadi lebih canggih.

I: Alat hiburan

M: Dilengkapi dengan peranti televisyen terkini.Membolehkan signal rangkaian televisyen


diterima dengan jelas.
Ba: Dapat mendengar lagu dan menonton video atau televisyen. Mempunyai pelbagai
aplikasi permainan yang menyeronokkan.
K: Dapat mengisi waktu terluang. Dapat menghilangkan rasa stres setelah penat belajar
atau bekerja.
U:Sambil menyelam minum air.
P: Menjalankan aktiviti harian dengan lebih teratur dengan pengurusan waktu waktu yang
baik.

Kesimpulan

P: Penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja memberikan seribu satu faedah.

C: Ibu bapa perlu memantau penggunaan telefon pinta r.Anak perlu lebih bijak dalam
memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara sebelum melakukan sesuatu.Tepuk dada
tanya selera.
25
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim

H:Industri telekomunikasi terus berkembang maju tanpa mengetepikan nilai-nilai murni


pengguna .

Latihan 4

Lihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor
berlakunya kegiatan gengsterisme di sekolah. Panjangnya huraian hendaklah antara
200 hingga 250 patah perkataan.

FAKTOR BERLAKU KEGIATAN


GENGTERISME DI SEKOLAH

Pengaruh rakan Kurang perhatian ibu Pengaruh negatif


sebaya bapa media massa.

Pendahuluan:
o Banyak tajuk buletin tentang kegiatan samseng disiarkan melalui media massa .
o Sering menjadi buah mulut segenap lapisan masyarakat.
o Persidangan akhbar juga kerap diadakan untuk membincangkan isu ini.
o Guru telah didakwa di mahkamah dan dikenakan hukuman yang melibatkan masalah
gengsterisme.
o Siapakah yang harus dipersalahkan kerana masalah ini seakan-akan tiada jalan
penyelesaiannya?
o Setiap masalah yang timbul mesti mempunyai sebabnya yang tertentu.
o Terdapat pelbagai faktor akan dibincangkan untuk renungan kita bersama.

I :Pengaruh rakan sebaya .


26
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
M :Usia muda, murid mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya. Masalah bertambah rumit
apabila berkawan dengan rakan negatif.
Ba:Pemilihan rakan amat signifikan bagi seseorang remaja. Pemikiran mereka yang
bergaul dengan rakan sebaya yang jahat memang akan terpengaruh dan mudah
dipesongkan tingkah lakunya.
K :Mengajak mereka melakukan perkara yang di luar batasan agama dan moral
masyarakat.Mudah melakukan keganasan dan pergaduhan.
U : Pepatah Cina ada menyebut bahawa di dalam rumah, kita bergantung pada ibu
bapa, di luar, kita bergantung pada rakan.
P :Pengaruh rakan sebaya memang tidak boleh dipandang enteng.

I :Kurang perhatian ibu bapa

M: Ibu bapa sibuk mencari rezeki dan mengejar materialistik. Ibu bapa kurang
menekankan aspek agama dan moral.
Ba:Mengabaikan anak-anak mereka. Tidak dipupuk nilai kasih sayang. Ibu bapa sering
membebel dan memarahi anak tanpa sebab.
K :Memberikan kesan negatif pada emosi. Mencari keseronokan baharu di luar rumah
dengan melakukan kegiatan samseng.
U: Kehidupan anak umpama layang-layang terputus tali.Tiada hala tuju dan tempat
bergantung.
P: Melakukan perbuatan gengsterisme di luar rumah kerana masalah rumah tangga.

I :Pengaruh negatif media massa.

M :Memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi pergerakan remaja.


Rancangan yang disiarkan banyak yang melalaikan .
Ba:Banyak aksi, pertuturan dan tingkah laku yang ditayangkan di media elektronik.
Mereka boleh mendapatkan aksi-aksi ganas di Internet.
K :Mudah terpengaruh oleh apa-apa yang dilihat. Mencuba dan meniru aksi ganas
sebagai satu lakonan dalam realiti kehidupan.
U :Rosak bawang ditimpa jambak ( rosak nama atau maruah kerana kelakuannya
sendiri).
P :Bertindak melakukan aksi gengster atau samseng jika tidak dipantau.

Kesimpulan

P :Remaja merupakan orang yang bakal mengambil alih teraju kepimpinan negara.
Harus menjadi aset negara untuk pembangunan modal insan.

C :Segenap lapisan masyarakat mesti menggembleng tenaga membanteras kegiatan


samseng ke akar umbi. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

H :Membulatkan tekad untuk membentuk negara Malaysia yang aman dan bahagia .

27
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim

Latihan 5

Lihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang tindakan-tindakan
memperkukuh perpaduan kaum. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250
patah perkataan.
TINDAKAN
MEMPERKUKUH
PERPADUAN
Aktiviti gotong- Kaum
royong Amalan kunjung-
mengunjung

Anak-anak ke sekolah
kebangsaan

Tema : Perpaduan kaum


Tugasan : Usaha-usaha memperkukuh
o Penduduk Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum .
o Hidup masyarakatnya bagai aur dengan tebing dalam pelbagai perkara.
o Perpaduan kaum di Malaysia yang terjalin kukuh harus menjadi kebanggaan .
o Tanpa perpaduan dalam kalangan masyarakat, negara akan menjadi  huru- hara dan
tidak stabil. 
o Siapakah yang harus menjayakan hasrat murni ini?
o Langkah proaktif boleh ambil bagi mengekalkan dan mengukuhkan semangat
perpaduan.

I: Aktiviti gotong-royong

28
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
M: Masyarakat tiada masa untuk terlibat dengan aktiviti ini.
Ba:Bekerjasama membersihkan taman-taman perumahan. Aktiviti dijalankan perlu
melibatkan pelbagai kaum yang tinggal di taman.
K: Dapat mengenali antara satu sama lain melalui perbualan dan berinteraksi. Kualiti
hidup masyarakat dapat ditingkatkan melalui persekitaran yang bersih .
Bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan persekitaran bersama-sama.
U: Mengamalkan prinsip berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
P: Aktiviti bergotong-royong dapat memupuk semangat muhibah dan kemesraan antara
kaum. 

I: Amalan kunjung-mengunjung

M:Hubungan antara pelbagai kaum harus dieratkan. Meraikan sambutan hari perayaan
secara bersama-sama.
Ba: Amalan rumah terbuka ketika hari-hari perayaan dijalankan .Kaum Cina mengunjungi
rumah Kaum Melayu pada Hari Raya Aidilfitri.
K:Akan lebih memahami serta menghormati adat dan budaya suatu kaum. Mewujudkan
masyarakat yang saling menghormati saling memaafkan. Masyarakat dapat hidup
dalam suasana yang lebih harmoni.
U: Sikap buang yang keruh , ambil yang jernih dapat diamalkan.
P: Sikap saling menghormati sebagai salah satu inisiatif dalam mengekalkan perpaduan.

I : Anak-Anak ke sekolah kebangsaan .

M :Anak-anak mendapat kenalan daripada kaum lebih awal. Bergaul dan berkomunikasi
dengan menggunakan satu bahasa akan mempercepat usaha meningkatkan
perpaduan.
Ba: Ibu bapa perlu mempunyai semangat jati diri yang tinggi terhadap negara. Mempunyai
rasa bangga untuk menghantar anak ke sekolah ini.
K: Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu dapat terjalin. Dapat hidup di bawah
satu bumbung dengan kaum yang berbeza. Murid-murid juga dilatih agar
menghormati keputusan dan idea orang lain.
U: melentur buluh biarlah dari rebungnya.
P: Sikap patriotisme dan cinta akan negara perlu ada dalam diri ibu bapa.

Kesimpulan:

29
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
P: Semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan bekerjasama untuk memupuk
perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk
bersama-sama memajukan negara. 

C:Amalkan sikap seperti peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
Harus mengisi kemerdekaan dengan penuh semangat perpaduan kaum.

H: Kemerdekaan perlu dikekalkan supaya keamanan dan perpaduan ini tetap berterusan
hingga generasi akan datang. 

Latihan 6

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kelebihan-
kelebihan seni pertahanan diri. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250
patah perkataan.

KELEBIHAN SENI PERTAHANAN DIRI

Mempertahankan diri Mendisiplinkan diri

Menyihatkan tubuh
badan
Tema : Seni Pertahanan Diri
Tugasan : Kebaikan

Pendahuluan
o Seni pertahanan diri telah diamalkan sejak zaman dahulu lagi.Hang Tuah dan Hang
Jebat antara contoh legenda Melayu yang mahir dalam seni ini.
o Keselamatan diri semakin terancam. Banyak kes jenayah ,seperti ragut ,bunuh,dan
buli berlaku.
o Ibu bapa wajar menggalakkan anak-anak terlibat dengan seni pertahanan diri sejak
kecil.Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
o Wushu, tae kwan do, karate, dan silat boleh dipelajari oleh anak-anak.Ada jurulatih
berkelayakan.
o Mengapakah seni pertahanan diri harus dipeljari dan dikuasai?
o Pelbagai kebaikan seni pertahanan akan dibincangkan.
30
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim

I: Mempertahankan diri
M: Banyak gejala peras ugut, rogol dan ragut yang berlaku. Jenayah yang berlaku tidak
dapat kita jangkakan.
Ba:Kita perlu tahu mempertahankan diri sendiri apabila berhadapan dengan situasi
berbahaya. Golongan wanita harus mempelajari ini untuk mempertahankan diri .Kita
boleh membantu mangsa jenayah yang memerlukan pertolongan
K :Memberikan keyakinan dan sikap berhati-hati ketika berada di luar. Kes jenayah dapat
dikurangkan.
U:Sediakan payung sebelum hujan.
P:Dapat melindungi diri pada waktu kecemasan atau saat genting.

I: Menyihatkan tubuh badan

M: Seseorang cergas fizikal dan mental ialah individu yang rajin bersenam dan beriadah
Ba:Meningkatkan kekuatan otot dan tahap kecergasan. Perlu mengikuti latihan
kecergasan fizikal dan mental.
K: Terdidik disiplin diri yang tinggi, bertambah kuat secara fizikal, meningkatkan
kecergasan dan dapat menjaga kesihatan. Mengurangkan risiko dihinggapi penyakit
berbahaya ,seperti tekanan darah tinggi dan sakit jantung.
U:Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
P: Kesihatan diri yang unggul sepanjang waktu dapat dikekalkan.

I: Mendisiplinkan diri
M: Disiplin ialah kunci kejayaan dan kecemerlangan hidup.
Ba: Memberi sikap yang positif seperti mengambil berat, menyayangi, bertanggungjawab,
setia, kreatif dan setia kawan.
K: Dapat meningkatkan semangat dan tekad untuk membangunkan keperibadian diri.
U: Nak seribu daya tak nak seribu dalih.
P : Mengamalkan peraturan atau undang-undang dalam seni pertahanan diri untuk
kehidupan.

Kesimpulan

P:Banyak mendatangkan kebaikan sekiranya dipelajari dengan cara yang betul.


Meningkatkan keyakinan dan jati diri, dan juga menyemai ikatan persaudaraan dalam
kalangan ahlinya.

C:Semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing, bersama-sama
mempertahankan dan mengembangkan seni pertahanan diri.

H:Seni yang unik ini terus hidup subur dan tidak pupus ditelan zaman bak kata pepatah,
tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. 

31
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim

Latihan 7

Lihat carta di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kriteria-kriteria
penulis yang berjaya. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.

Mempunyai
Rajin membaca pengetahuan yang
KRITERIA luas
PENULIS

Mempunyai minat
yang mendalam

Pendahuluan
o Penulis sering dianggap manusia yang bijak dan unik dalam menghasilkan karya.
o Ramai yang beranggapan bahawa bidang penulisan tidak boleh menjamin masa
depan.
o Profesion seorang penulis tidaklah begitu popular seperti doktor, guru dan arkitek.
o Penulis yang berjaya perlu ada kemahiran penulisan dan kemahiran bahasa yang
tinggi.
o Kenapakah bidang penulisan amat penting kepada masyarakat ?
o Pelbagai persediaan perlu dilakukan untuk menjadi penulis berjaya, seperti A. Samad
Said ,Faizal Tehrani, dan Mawar Shafie.

I : Rajin membaca

32
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
M: Penulis tidak boleh terpisah daripada bahan bacaan.Perlu menguasai aspek penulisan
dengan baik dan berfikiran lebih kreatif. Setiap detik perlu diisikan dengan aktiviti
membaca.
Ba:Pergi ke perpustakaan sekolah atau ke perpustakaan negeri. Membeli buku-buku
terbaharu di pasaran. Mewujudkan perpustakaan mini di rumah dengan koleksi buku
ilmiah. Perlu banyak menulis tanpa ada perasaan jemu.
K: Memberikan penulis atau gambaran sebenar tentang cara menulis dan cara
mendapatkan ilham untuk menulis . Mengukuhkan kecenderungan menulis yang sesuai
dengan tabiat dan bentuk penulisan yang dipilih.
U :Membaca Jambatan Ilmu.
P:Membaca dengan banyak untuk menjadi penulis yang hebat dan dikagumi pembaca.

I : Mempunyai minat yang mendalam

M :Sesuatu kerja yang dilakukan itu tidak akan berjaya tanpa minat . Sentiasa merasakan
diri tidak cukup diisi dengan pelbagai ilmu.
Ba:Kita akan suka melakukannya secara bersungguh-sungguh atau berusaha dengan
sepenuh hati. Mendorong kita untuk terus mendalami bidang tersebut tanpa unsur
paksaan.
K :Tidak akan berputus asa atau kecewa sekiranya gagal.
U : Kata-kata orang bijak pandai, gagal kali pertama bukan bererti kita akan gagal
buat selama-lamanya.
P :Perlulah mempunyai ketabahan dan dalam mengharungi cabaran sebagai seorang
penulis

I : Mempunyai pengetahuan yang luas

M : Menguasai setiap kemahiran dari pelbagai sudut untuk sesuatu penceritaan


Ba: Pengetahuan boleh dipelajari daripada orang yang pakar dalam bidang tertentu.
Mengikuti kursus , seminar atau perbengkelan dan pengalaman diri sendiri. Dr. H.M
Tuah Iskandar seorang penulis buku-buku motivasi bijak menyampaikan mesej .
K :Mengetahui aspek penulisan yang betul . Penguasaan bahasa yang baik dapat
ditingkatkan.Membentuk sikap tidak berputus asa dalam mendapatkan ilmu.
U : Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
P :Dapat menggunakan pelbagai pengetahuan yang diperoleh untuk menjadi penulis
yang berjaya.

Kesimpulan

P:Penulis yang peka terhadap sesuatu perkara menjadikan diri mereka begitu unik dan
berjaya.Penulis yang berjaya ialah penulisannya mampu memberikan kesan kepada
kehidupan manusia.

33
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
C:Perlu memiliki ciri-ciri yang hebat dengan mempelajarinya atau mengasah bakat yang
sedia ada.

H:Shahnon Ahmad,Pak Sako, dan A. Samad Said perlu dijadikan sebagai idola bagi
memberi inspirasi dan aura sebagai penulis berjaya.

Latihan 8

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah
mempopularkan permainan tradisional. Panjangnya huraian hendaklah antara 200
hingga 250 patah perkataan.

PERMAINAN TRADISIONAL

MemperkenalkanDijadikan
permainan
aktiviti kokurikulum
tradisional

Menjalankan Kempen Kesedaran

Pendahuluan

o Permainan tradisional seakan-aka tidak mempunyai tempat di hati masyarakat lagi.


o Warisan budaya negara ini mula tersisih daripada arus perdana kehidupan
masyarakat.
o Wau, gasing, congkak dan konda-kondi sudah tidak diwarisi.
34
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
o Belum ada tanda-tanda permainan tradisional akan kembali diminati.
o Permainan komputer menjadi satu kemestian dalam hidup remaja.
o Mahukah kita membiarkan khazanah budaya bangsa kita lenyap begitu sahaja ?
o Beberapa langkah yang sesuai wajar dilaksanakan untuk mengangkat martabat seni
warisan ini.Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

I : Memperkenalkan permainan tradisional

M: Menjadi suri teladan kepada anak-anak yang sedang membesar.


Ba:Mendedahkan permainan tradisional kepada anak-anak. Membelikan anak-anak
mereka permainan tradisional sebagai hadiah. Meluangkan masa bersama dengan
anak-anak dengan bermain permainan tradisional .
K: Memberikan peluang kepada seluruh ahli keluarga mencuba bermain permainan
tradisional. Anak-anak dapat mewarisi permainan tersebut daripada ibu bapa.
U: Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
P: Penting dalam mempopularkan permainan tradisional kepada anak-anak.

I :Dijadikan aktiviti kokurikulum

M: Kanak-kanak di peringkat prasekolah juga wajar didedahkan dengan permainan


tradisional .
Ba:Menubuhkan kelab atau persatuan yang bercirikan permainan tradisional.
Pertandingan permainan tradisional antara sekolah-sekolah. Guru-guru yang mengajar
perlu diberi kursus asas tentang teknik permainan .
K : Boleh belajar tentang cara membuat dan cara bermain. Meningkatkan semangat
memahirkan diri dengan permainan.
U : Kalau tak kenal maka tak cinta.
P: Merencana segala agenda dengan berkesan dan bijaksana.

I : Menjalankan kempen kesedaran

M : Boleh dijalankan secara terancang dan berkesan dengan kerjasama pihak media
cetak dan media elektronik.
Ba : Filem dokumentari dan risalah dipasarkan di pasaran tempatan mahupun di luar
negara.Membuat pameran dan pertunjukan secara berkala dan tekal. Menjemput
pakar dalam setiap permainan menunjukkan cara permainan.
K :Wujud kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan permainan tradisional
U : Meletakkan permainan warisan ini duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan
permainan video pada masa ini.
P: Dilakukan secara menyeluruh dan sepanjang masa.

Kesimpulan

P: Permainan tradisional memang wajar dikembalikan kegemilangannya .Seni permainan


tradisional menjadi asas penting dalam memartabatkan jati diri bangsa.

35
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
C: Usaha yang dilakukan usahlah sekadar hangat-hangat tahi ayam kerana genggam
bara api biar sampai jadi arang.

H: Seni warisan budaya negara ini perlu terus terpelihara sehingga ke akhirnya . Tak
lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

Latihan 9

Lihat gambar di bawah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang
impliaksi negatif pekerja asing di negara Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah
antara 200 hingga 250 patah perkataan.

IMPLIKASI NEGATIF PEKERJA ASING DI NEGARA MALAYSIA

Menguasai sektor
Masalah jenayah
pekerjaan

Keselamatan negara
terancam

Pendahuluan

o Kementerian Dalam Negeri melaporkan pekerja asing di negara ini berjumlah 3 juta
pada tahun 2019.
o Kehadiran yang membimbangkan dan meresahkan rakyat di negara ini.
o Berasal dari Indonesia, Nepal dan Bangladesh.Faktor ekonomi telah menarik
kehadiran mereka.
o Terdiri daripada pekerja separa mahir dan tidak mahir yang mendominasi sektor
pembuatan, pertanian, dan pembinaan.
o Persoalannya adakah pekerja asing mempunyai ciri-ciri ini dan mampu dimanfaatkan
dengan sepenuhnya?
o Peribahasa rosak badan kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku.

36
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
o Implikasi yang negatif akan dibincangkan untuk mencari alternatif terbaik bagi
mencegahnya.

I: Masalah jenayah

M :Tidak ada pekerjaan dan permit kerja sudah tamat tempoh .Mereka yang bernafsu
besar dan mahu cepat menjadi kaya akan melakukan jenayah.
Ba: Terlibat dengan jenayah sebagai jalan penyelesaian mengalas perut. Kes rompakan
dan ragut didalangi oleh pekerja asing ini terus berlaku. Pergaduhan sesama etnik dari
negara yang sama turut berlaku.
K: Mengancam keselamatan diri sendiri dan akan menjejaskan imej negara kita.Golongan
wanita dan warga tua sering menjadi mangsa rompakan dan pembunuhan.Perbuatan
jenayah ini sukar dibendung jika melibatkan pekerja tanpa permit.
U: Licin seperti belut.
P: Kehidupan rakyat yang tenteram dan aman sudah tidak dinikmati lagi.

I: Menguasai sektor pekerjaan


M: Mereka bekerja apa-apa sahaja yang boleh mendatangkan wang.
Ba: Pekerja asing tidak memilih pekerjaan. Mengambil peluang perniagaan rakyat
tempatan dengan memajak lesen ataupun secara terang-terangan berniaga di tepi jalan.
K:Mengganggu peniaga-peniaga tempatan yang mempunyai lesen
perniagaan.Menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat tempatan yang sudah lama
berniaga di situ.Sikap tamak akan menguasai diri mereka.
U:Bagai Belanda minta tanah (diberi sedikit, minta lagi banyak)
P: Menguasai sektor pekerjaan negara seakan-akan periuk nasi anak tempatan turut
dirampas oleh buruh asing.

I: Keselamatan negara terancam

M: Kehadiran mereka yang ramai serta kualiti kesihatan yang tidak dijaga turut
menjejaskan kesihatan rakyat tempatan.
Ba: Banyak buruh asing telah melakukan penipuan tentang status kesihatan mereka.
Penyakit berjangkit yang dibawa oleh mereka seperti tibi , Aids dan Hepatitis B terpaksa
dihadapi.
K: Masyarakat tempatan akan berasa tidak selamat dengan persekitaran begini.Imej
negara juga turut dipandang negatif.
U: Nila setitik, rosak susu sebelanga.
P: Penyakit tersebut mudah menjalar kepada rakyat tempatan jika bergaul.

Kesimpulan

37
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
P: Pekerja asing ke sesebuah negara merupakan fenomena sejagat dalam era dunia
tanpa sempadan hari ini. Boleh mencetuskan masalah sosial yang lebih parah pada masa
hadapan.

C:Berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menangani masalah tersebut.
Kerajaan dan masyarakat wajar bekerjasama secara pintar sebagai satu jalan
penyelesaian.
P: Rakyat Malaysia tidak akan menjadi minoriti di tanah air sendiri.

Latihan 10

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang tanggungjawab
remaja dalam pembangunan negara. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga
250 patah perkataan.

TANGGUNGJAWAB REMAJA DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

 Belajar bersungguh-
sungguh

 Memiliki kekuatan
fizikal dan mental

 Memiliki personaliti
yang luhur

Pendahuluan

o Remaja merupakan tulang belakang dalam hal politik, sosial dan ekonomi negara.
o Remaja masih terbelenggu oleh pelbagai kemelut sosial.
o Mentaliti remaja di negara kita belum lagi mengalami anjakan paradigma ke arah
remaja yang komited dan berwawasan.
o Menurut kata mutiara sarjana, “Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara,
lihatlah remajanya pada hari ini.”
o Kenapakah golongan remaja amat penting untuk pembangunan negara ?
o Memainkan peranan mereka dengan penuh tanggungjawab untuk merencanakan
pembangunan negara.

I :Belajar bersungguh-sungguh

38
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim

M:Kecemerlangan akademik penting untuk melahirkan remaja yang berkualiti. Latar


belakang pendidikan yang baik menjadi penentu kejayaan.
Ba:Remaja kita perlu proaktif menimba ilmu . Menghadiri kursus, membaca buku, dan
melayari Internet.Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran.
K: Mencapai kecemerlangan akademik yang disasarkan. Tidak terbuai dalam dunia
yang terus mengalpakan.
U:Tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung.
P:Remaja yang bijak pandai akan mempunyai daya saing yang tinggi.

I : Memiliki kekuatan fizikal dan mental

M: Halangan dan cabaran yang getir bakal menanti golongan remaja. Harus sedar
bahawa kesihatan merupakan aset yang tidak ternilai.
Ba :Mengamalkan pemakanan seimbang dan bersenam. Mempunyai daya tahan yang
tinggi untuk mengharungi keperitan hidup.
K: Dapat menghadapi cabaran dengan semangat yang kental dan waja. Akan lebih
fokus dengan apa-apa yang dilakukan.Tidak terlibat dengan gejala sosial.
U:Terlajak perahu boleh diundur, terlajak laku buruk padahnya .
P: Daya tahan fizikal,mental dan emosi yang kuat akan melahirkan individu-individu
yang hebat dalam melaksanakan pembangunan negara.

I: Memiliki personaliti yang luhur

M: Menggambarkan keperibadian seseorang yang akan mencorakkan jati diri sesuatu


bangsa.Orang lain akan berasa senang dan selesa dengan kehadiran kita.
Ba: Berpandangan jauh dan berfikiran positif untuk menjadi orang yang berpersonaliti
baik.Mengambil inisiatif untuk memajukan diri dari segi agama dan moral.
K: Menjadi modal insan kelas pertama yang berakhlak mulia dan memiliki jati diri yang
unggul.
U: Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
P: Remaja berkepemimpinan harus bersahsiah mulia untuk melahirkan negara yang
maju .

Kesimpulan

P :Mempunyai tanggungjawab untuk menjana pembangunan negara kerana pemuda


harapan bangsa, pemudi tiang negara.

C: Usaha untuk melahirkan remaja yang bersahsiah mulia akan menjadi sia-sia seperti
membuang garam ke laut jika tiada kerjasama.Melengkapkan diri dengan ciri-ciri
yang mulia agar menjadi pelapis kepimpinan negara yang disegani.

H: Remaja yang akan terus menjadi agen penjana Wawasan 2030 .

39
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim

Latihan 11

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri golongan
remaja yang berwawasan di Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah antara 200
hingga 250 patah perkataan.

CIRI-CIRI REMAJA BERWAWASAN

 Mempunyai akhlak mulia

 Berilmu pengetahuan

 Gigih berusaha

Pendahuluan

o Merupakan pelapis dan peneraju kepada kemajuan dan pembangunan negara.


o Golongan muda yang mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadikan negara kita maju.
o Mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat dan negara.
o Remaja terlibat dengan pelbagai gejala sosial.
o Kenapakah golongan remaja amat penting bagi negara Malaysia?
o Ciri-ciri remaja berwawasan akan dibincangkan.

I:Golongan remaja mempunyai akhlak yang mulia.

M: Akhlak yang luhur sebenarnya datang dari hati yang bersih. Remaja perlu mempunyai
nilai moral yang tinggi.

40
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
Ba: Mengamalkan amalan bersopan santun ketika bergaul dengan masyarakat.
Menghormati orang yang lebih tua daripada mereka. Membantu rakan-rakan mereka yang
berada dalam kesusahan.
K:Akan dipandang tinggi oleh masyarakat. Menjadi insan yang berguna kepada
masyarakat dan negara.
U/AT: Yang muda disayangi yang tua dihormati.
P: Remaja akan suka didampingi malah akan dihormati oleh orang di sekeliling.

I:Golongan remaja harus berilmu pengetahuan

M: Faktor perdana untuk menjanakan kecemerlangan tamadun bangsa. Pewaris tampuk


pemerintahan negara dan dengan adanya ilmu di dada.
Ba: Sentiasa menelaah buku untuk mendapatkan ilmu.
K: Tidak akan mudah terpedaya oleh tipu helah anasir-anasir yang negatif .
U/AT: Tuntutlah ilmu walau ke negeri Cina. Tanpa ilmu, seseorang itu diibaratkan
,seperti si buta kehilangan tongkat.
P: Mampu menjadi warganegara yang mampu memimpin ke arah kecemerlangan
sesebuah negara.

I:Golongan remaja seorang yang gigih berusaha.

M:Usaha ggigih dan rajin merupakan kunci kejayaan seseorang.


Ba:Menggunakan setiap detik dan waktu agar diisi dengan perkara yang bermanfaat.
Menelaah buku, beriadah atau melakukan ibadah.
K: Membuat penilaian dan keputusan yang bijak dalam menghadapi kehidupan yang
penuh dengan onak dan duri ini. Akan mengutamakan kepentingan masa dalam setiap
tindakan.
U/AT:Masa ibarat pedang,sekiranya kita leka mata pedang itu akan memenggal kita.
P:Sikap gigih berusaha harus ada dalam diri seseorang remaja.

Kesimpulan

P: Menjadi teras yang kukuh pada pertumbuhan dan pembangunan modal insan.

C: Semua pihak haruslah bergabung tenaga ,seperti aur dengan tebing bagi melahirkan
remaja yang berwawasan . Remaja Sentiasa bermuhasabah dan membaiki kelemahan
diri.

H: Merealisasikan segala aspirasi negara supaya terus gah di persada antarabangsa.

41
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim

Latihan 12

Lihat gambar di bawah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-
usaha memajukan industri batik Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah antara 200
hingga 250 patah perkataan.

USAHA-USAHA MEMAJUKAN
INDUSTRI BATIK MALAYSIA

 Promosi dan iklan diperluas


 Pertandingan rekaan batik
 Bantuan modal dan latihan kemahiran

Tema : Industri Batik Malaysia


Tugasan : Usaha-Usaha memajukan

42
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
Pendahuluan:

o Masyarakat Melayu terkenal dengan pakaian tradisional sejak abad ke-15 lagi.
o Seni batik merupakan merupakan satu budaya yang menjadi identiti bangsa Malaysia.
o Industri batik seakan-akan dipandang sepi oleh masyarakat.
o Industri batik negara menghadapi cabaran seperti persaingan, globalisasi, serta
kehendak generasi baharu yang lebih sofistikated.
o Industri batik telah diberi perhatian oleh pihak kerajaan dan masyarakat.
o Mampukah kita berfikir di luar kebiasaan untuk membawa batik Malaysia ke peringkat
dunia?
o Perlu dimajukan supaya terus berkekalan seperti kata peribahasa tak lapuk dek hujan
tak lekang dek panas.
I :Bantuan modal dan latihan kemahiran

M :Tidak dapat bersaing dengan syarikat fabrik yang telah maju.


Ba:Suntikan modal perlu disalurkan kepada pengusaha batik baharu. Adakan kursus
kemahiran pengurusan dan penghasilan batik yang kontemporari .
K :Memudahkan memulakan perniagaan. Menghasilkan batik yang lebih berinovasi dan
mengikut trend terkini.
U :Pengusaha perlu mengamalkan sikap alah bisa tegal biasa .
P :Kemahiran pengeluaran dan pengurusan kain batik dapat ditingkatkan.

I :Pertandingan rekaan batik

M :Galakan kepada masyarakat umum untuk mengetahui maklumat terbaharu.


Ba: Majlis Anugerah Tokoh Batik sempena Minggu Fiesta Batik Malaysia 2016 perlu
diadakan sebagai acara tahunan. Menawarkan hadiah yang lumayan kepada pemenang.
K :Masyarakat akan diperkenalkan dengan pelbagai jenis rekaan batik dari seluruh
negeri. Masyarakat akan berminat dengan batik.
U :Kalau tak kenal maka tak cinta.
P :Masyarakat lebih rapat dengan industri batik ini.

I :Promosi dan iklan diperluas

M :Masyarakat dalam di luar negera perlu mengenali corak dan kualiti batik negara.
Ba: Perbadanan Kraf Tangan Malaysia perlu mengadakan promosi secara berterusan.
Menggunakan teknologi terkini untuk mempromosi serta menjual rekaan-rekaan batik ini
kepada orang ramai.
K :Orang ramai mengetahui perkembangan batik. Berkongsi kegemilangan dan
keistimewaan batik Malaysia bersama-sama masyarakat tempatan dan dunia.
U :Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
P :Usaha promosi perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan sepanjang masa.

Kesimpulan:

43
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
P : Warisan tradisi yang wajar dipertahankan terutama yang membabitkan seni batik ini.

C :Usaha pelbagai pihak bagai aur dengan tebing perlu dilakukan.Pegawai dan
kakitangan kerajaan memakai pakaian batik pada setiap hari Khamis wajar diberi pujian.

H: Kain batik dapat bersaing dengan pakaian ternama di dunia dan satu-satunya warisan
dan identiti yang perlu disokong dan dikekalkan.

Latihan 13

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha
membendung jenayah ragut . Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250
patah perkataan.

USAHA MEMBENDUNG JENAYAH RAGUT

Penguatkuasaan Undang-Undang Kempen Memerangi Jenayah Ragut

Kerjasama Masyarakat

44
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim

Pendahuluan
o Isu yang sering kita dengar di media massa dan menjadi viral di media sosial.
o Tragedi paling serius apabila terdapat kes-kes ragut yang mengakibatkan mangsa
cedera teruk sehingga koma
o Kejadian ragut telah menjadi ancaman yang serius terhadap keselamatan masyarakat
terutamanya golongan wanita .
o Apakah undang-undang dalam membanteras perbuatan jahat ini sudah tidak
ditakuti ?
o Pelbagai usaha harus dilakukan segera agar jenayah yang tidak berperikemanusiaan
ini dapat dikawal.

I : Penguatkuasaan undang-undang

M : Peragut akan berasa takut dan serik.


Ba: Hukuman lebih berat dan setimpal dengan keseriusan kesalahan mesti dikenakan.
Anggota beruniform dan berpakaian preman diperlukan untuk melakukan
rondaan.Memasang kamera litar tertutup.
K : Polis dapat mengesan pergerakan peragut dengan segera dan berkesan.Masyarakat
berasa selamat untuk kegiatan rutin harian.
U :Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
P :Undang-undang perlu dipinda dan dikuatkuasakan segera.

I : Kempen memerangi jenayah ragut

M :Langkah awal untuk membendung gejala ragut.Tiada maklumat yang menyeluruh.


Ba :Adakan ceramah kesedaran. Menayangkan gambar-gambar kejadian dan mangsa
ragut.
K : Meningkatkan kesedaran tentang risiko jenayah itu. Wanita lebih berhati-hati ketika
membawa beg tangan.Tidak berjalan seorang diri di lorong-lorong yang sunyi.
U : Sediakan payung sebelum hujan.
P : Menjauhkan diri daripada terlibat dengan jenayah ragut.

I : Kerjasama masyarakat

M : Kolaboratif masyarakat dengan pihak berkuasa amat penting.


Ba : Masyarakat harus memberanikan diri untuk bekerjasama dengan polis. Masyarakat
perlu melaporkan sesuatu yang aneh dan pelik kepada pihak.Masyarakat menjadi “Rakan
Cop” kepada pihak polis.
K : Masalah yang dihadapi merupakan masalah kita bersama.
U :Tak ada kusut yang tak selesai,tak ada keruh yang tak jernih .
P : Keprihatinan masyarakat amat penting agar masalah ragut dapat dikurangkan.

Kesimpulan

45
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
P: Masyarakat tidak boleh mengambil sikap sambil lewa tentang jenayah ragut.Sudah
terhantuk baru tengadah akan merugikan.

C: Isu ini perlu ditangani oleh semua masyarakat dengan sikap bekerjasama bagai aur
dengan tebing. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling serta bertindak dengan lebih
bijak.

H : Keamanan dan kesejahteraan dapat dikekalkan tanpa adanya jenayah ragut.


Berpeganglah kepada pepatah, berjimat sebelum habis, beringat sebelum kena.

Latihan 14

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha
mewujudkan keluarga bahagia. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250
patah perkataan.

KELUARGA BAHAGIA

o Membentuk keperibadian
o Memberikan kasih sayang
o Meluangkan masa

Pendahuluan
46
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
o Keluarga merupakan institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat.
o Kepentingan keluarga diabaikan oleh masyarakat.
o Masyarakat ghairah mengejar kemewahan dan habuan duniawi .
o Kerenggangan hubungan antara ahli keluarga dan keluarga porak-peranda.
o Ibu bapa sebagai arkitek untuk menentukan institusi keluarga yang bahagia atau
sebaliknya.
o Bagaimanakah cara yang paling berkesan untuk mewujudkan keluarga bahagia?
o Pelbagai usaha harus dilakukan dengan berhemah.

I :Membentuk keperibadian

M :Melahirkan persekitaran rumah tangga yang harmoni. Hidup dalam suasana harmoni
dan hormat-menghormati sesama ahli keluarga.
Ba: Memberikan didikan agama dan moral yang sempurna. Menunjukkan contoh dan suri
teladan yang mulia.
K :Suka dan duka dapat ditanggung bersama-sama sesama ahli keluarga .Anak-anak
akan taat kepada ibu bapa. Membentuk nilai sahsiah yang tinggi .
U : Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
P: Pegangan agama memainkan peranan penting untuk mewujudkan keluarga yang
harmoni.

I : Memberikan kasih sayang

M: Anak-anak merupakan golongan yang memerlukan kasih sayang dan perhatian.


Ba :Mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak . Memastikan anak-
anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak.Penyertaan aktiviti-aktiviti
rekreasi secara bersama-sama.
K :Anak-anak tidak akan terjebak dalam kancah negatif. Anak-anak mempunyai nilai
moral yang baik. Mengeratkan hubungan dan kefahaman antara keluarga. 
U : Menatang minyak yang penuh
P: Ibu bapa harus memberikan perhatian yang sewajarnya .

I : Meluangkan masa

M : Anak-anak memerlukan komunikasi secara lembut dan sopan .Anak-anak ingin dirinya
diberikan perhatian.

47
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
Ba: Mengetahui rasa hati anak-anak dan berkongsi masalah yang dihadapi. Berusaha
memahami antara satu sama lain dan berbincang untuk menyelesaikan sesuatu
masalah. Mencari sedikit masa setiap hari untuk bermain dengan anak-anak mereka.
K : Dapat menghindari anak-anak daripada berasa tertekan. Akan cenderung untuk
berinteraksi dengan ibu bapa.
U: Sikap berat sama dipikul, ringan sama dijinjing harus diamalkan.
P: Meluangkan masa dengan seseorang anak amat penting untuk mewujudkan
kemesraan.

Kesimpulan :
P: Keluarga bahagia merupakan aset kepada pembentukan sebuah masyarakat yang
sejahtera. Memberikan sumbangan terhadap pembangunan negara.

C: Kerjasama dan komitmen daripada pelbagai pihak. Sikap ke bukit sama didaki, ke
lurah sama dituruni harus dipraktikkan.

H:Keluarga bahagia akan melahirkan insan cemerlang, gemilang dan terbilang demi
memajukan negara kita yang tercinta. Slogan “Keluarga Bahagia Negara Sejahtera.”
Latihan 15

Lihat gambar di bawah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah-
faedah budaya rumah terbuka di Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah antara 200
hingga 250 patah perkataan.

FAEDAH –FAEDAH BUDAYA RUMAH TERBUKA

 Mengukuhkan perpaduan antara


kaum.

 Meningkatkan semangat
kerjasama antara ahli keluarga
dan jiran

 Keharmonian negara dapat


dipertahankan

Pendahuluan

o Negara Malaysia terkenal oleh keunikan budaya yang tersendiri.


o Budaya rumah terbuka telah diamalkan dan menjadi budaya sejak sekian lama.
o Konsep rumah terbuka telah diadakan secara besar-besaran . Biasanya rumah terbuka
diadakan di padang atau di dalam dewan. Contoh Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun
Baharu Cina.
48
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
o Telah dijadikan salah satu budaya yang diterima oleh segenap lapisan masyarakat.
o Mewujudkan masyarakat yang hidup dalam keadaan aman dan harmoni .Bulat air
kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
o Pelbagai kebaikan akan dibincangkan sebagai renungan dan panduan.

I : Mengukuhkan perpaduan antara kaum

M :Toleransi dan memelihara sensitiviti kaum perlu diajadikan amalan.Hubungan


perpaduan perlu untuk keharmonian dan kesejahteraan hidup masyarakat pelbagai kaum.
Ba : Beramah mesra dengan tetamu yang lain.Bertukar-tukar pengalaman. Makan dan
minum bersama-sama.
K :Wujud sikap bertolak ansur dan saling memahami.Sikap toleransi antara sesuatu kaum
dapat dipererat.Percaya dengan konsep kesamaan dalam 1 Malaysia.
U : Tak kenal maka tak cinta
P :Pembinaan negara bangsa diwujudkan melalui nilai-nilai sejagat yang dikongsi
bersama.

I :Meningkatkan semangat kerjasama

M : Hidup berkeluarga dan bermasyarakat memerlukan sikap kerjasama yang tinggi.


Ba : Bermuafakat dalam melaksanakan sesuatu perkara .Penyediaan makanan dan
tempat sambutan dilakukan bersama-sama. Mengadakan “Rumah Terbuka Kebangsaan”
bagi setiap perayaan yang terdapat di Malaysia.
K : Kerja yang dilakukan sangat berkesan dan menjimatkan masa. Sesuatu kerja yang
berat dapat diringankan.
U :Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing dan bulat air kerana
pembetung, bulat kata kerana muafakat.
P : Sikap bekerjasama sebagai satu keluarga dapat disuburkan.

I : Keharmonian negara dapat dipertahankan

M :Rakyat Malaysia dapat hidup di bawah satu bumbung. Memahami budaya kaum
masing- masing.
Ba :Jati diri yang tinggi terhadap negara dapat diperkukuh. Tidak mahu negara berada
dalam keadaan kucar -kacir. Kemeriahan dalam sambutan rumah terbuka harus
dikekalkan.
K : Mereka mempelajari budaya dan adat resam kaum lain dan berusaha untuk
memahaminya. Berganding bahu menjaga kemakmuran negara dan tidak bersikap
mementingkan diri sendiri.
U :Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh dapat dikekalkan.
P :Meningkatkan kecintaan rakyat kepada keamanan negara dan negara tetap utuh
kemerdekaannya.

Kesimpulan
49
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim

P : Perlu dihayati dengan mendalam oleh semua pihak.Menjadikan satu amalan dan
budaya masyarakat yang tinggi nilai budaya.
C :Permuafakatan dalam majlis ini perlu dijadikan asas penting perpaduan
negara.Kerjasama untuk menjayakan sesuatu program rumah terbuka harus
dipertahankan.
H: Negara kekal aman dan rakyat hidup bahagia tanpa berasa bimbang dan takut.
Melahirkan identiti masyarakat majmuk Malaysia yang tiada tolok bandingnya dengan
negara-negara lain. Ingatlah bahawa rakyat bersatu, negara maju!

Latihan 16

Lihat gambar di bawah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-
cara memupuk amalan budi bahasa dalam kalangan masyarakat. Panjangnya huraian
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

CARA-CARA MEMUPUK AMALAN BUDI BAHASA


DALAM KALANGAN MASYARAKAT

 Ibu bapa membentuk sahsiah


anak-anak

 Mendidik murid supaya berbudi


bahasa

 Melancarkan Kempen Budi Bahasa

Pendahuluan

o Masyarakat Malaysia dikenali dengan sikap ramah-tamah dan berbudi bahasa sejak
dahulu.
50
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
o Semakin terhakis dan dilupakan oleh golongan remaja.
o Sikap individualistik semakin menebal dan budaya sombong dan meninggi diri.
o Remaja bersikap tidak menghormati orang tua dan bersikap mementingkan diri.
o Siapakah yang harus dipersalahkan?
o Pelbagai cara haruslah dilakukan untuk menyuburkan amalan budi bahasa.

I : Ibu bapa membentuk sahsiah anak-anak

M : Insan paling dekat dengan anak-anak.Ibu bapa selalu dengan anak-anak.


Ba :Tunjukkan contoh peribadi dan akhlak mulia. Mengajar cara-cara beradab dan
menghormati orang tua.Tidak bersikap buruk pekerti di hadapan anak-anak.
K : Anak-anak akan menjaga tingkah laku dan tutur kata ketika bercakap dengan orang
tua. Anak-anak akan mewarisi sikap positif ibu bapa.
U : Bapa borek anak rintik.
P : Anak-anak terdidik untuk bertanggungjawab dan membentuk amalan budi bahasa.

I : Mendidik murid supaya berbudi bahasa.

M : Amalan ini hanya dapat direalisasikan melalui pendidikan secara formal.


Ba : Kementerian Pendidikan memasukkan nilai-nilai budi bahasa dalam sukatan
pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidkan Islam.Aktiviti kokurikulum menyemaikan
amalan budi bahasa.
K : Pelajar didedahkan dengan ilmu dan pengetahuan tentang budi bahasa.Menjadikan
murid yang berjiwa kental dalam menghadapi kebejatan sosial .
U : Amalkan sikap kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
P : Murid memahami tanggungjawab untuk menjadi modal insan yang berbudi
bahasa.

I : Melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni

M : Kurang kesedaran dan maklumat tentang kepentingan amalan budi bahasa . Mudah
dipengaruhi oleh kempen-kempen yang diadakan.
Ba : Kempen Budi Bahasa dan Marilah Berbudi Bahasa perlu disemarakkan.
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia perlu mengwara-warakan
kempen di semua saluran media massa. Mengadakan tayangan khas, seperti slot
wawancara atau forum tentang kempen.
K: Menyemarakkan dan menyemai semula budi bahasa dan nilai-nilai murni
dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.
U : Moto Budi Bahasa Budaya Kita dapat diterapkan dan disuburkan.
P : Kempen dijalankan secara total dan bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam
satu asas dan menjadi tunjang dalam kehidupan seharian kita.

51
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim

Kesimpulan

P : Masyarakat Malaysia memang terkenal dengan sikap budi bahasa yang tinggi tanpa
mengira batasan agama dan bangsa.

C : Semua lapisan masyarakat memberikan sokongan dan kerjasama .Meletakkan budi


pekerti sebagai tunjang kepada pembangunan negara. Yang merah itu saga,yang kurik itu
kundi,yang indah itu bahasa,yang elok itu budi,dijadikan pegangan.

H : Budi bahasa tidak boleh dijual beli waima seluruh isi bumi dijadikan cagaran kerana
negara Malaysia perlu tetap cemerlang dengan rakyatnya yang tinggi budi bahasa.

Latihan 17

Lihat gambar di bawah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-
langkah untuk meningkatkan semangat patriotisme . Panjangnya huraian hendaklah
antara 200 hingga 250 patah perkataan.

LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN SEMANGAT PATRIORISME

o Guru memupuk semangat patriotik.

o Ibu bapa menyemai semangat


patriotisme

o Kerajaan menjalan kempen kesedaran

Pendahuluan

i. Tanggal 31 Ogos 1957 tarikh yang harus diingati.


ii. Semangat patriotisme dalam kalangan remaja semakin luntur.
iii. Sibuk dengan urusan sendiri .
iv. Terdapat segelintir masyarakat yang tidak mempedulikan sambutan Hari
Kebangsaan.
v. Bersikap bagai enau melepaskan pucuk masing-masing.
52
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
vi. Langkah-langkah untuk mengukuhkan semangat ini perlu dilakukan.

I : Guru memupuk semangat patriotik.


M : Berpengetahuan dan berpengalaman menyampaikan ilmu pengetahuan.
Ba: Mengadakan program sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah. Aktiviti
nyanyian lagu patriotik, deklamasi sajak patriotik .
K : Semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa.
U : Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
P: Guru harus bertindak proaktif.

I :Ibu bapa menanamkan semangat patriotisme


M : Ibu bapa akan menjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak.
Ba:Mengibarkan Jalur Gemilang pada sambutan Hari Kemerdekaan. Melawat
tempat- tempat bersejarah semasa cuti sekolah . Bercerita kepada anak-anak tentang
sejarah kemerdekaan negara.
K :Mengukuhkan jati diri dari segi mental dan fizikal
U :Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
P: Ibu bapa harus menyemai semangat ini sejak kecil lagi.

I :Pihak kerajaan menjalan kempen kesedaran

M: Memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik


dalam kalangan masyarakat di negara kita .
Ba:Media massa hendaklah menyiarkan rancangan tentang pejuang-pejuang
kemerdekaan negara. Menayangkan filem seperti Bukit Kepong, dan Leftenan Adnan
K: Melahirkan semangat juang yang tinggi untuk mempertahankan negara.
U :Biar putih tulang jangan putih mata.
P: Kempen dijalankan secara berterusan.

Kesimpulan

P: Semangat patriotisme sangat penting untuk diamalkan bagi melahirkan warganegara


yang cinta akan negaranya .

C: Semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk memupuk
semangat ini. Semangat Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih harus dikekalkan dalam
diri.

H: Negara Malaysia tetap merdeka buat selama-lamanya.

53
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim

ANALISIS KARANGAN B SPM TAHUN 2018- 2019

Kerjaya seseorang dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti


Ulaskan
minat, bakat , kemahiran dan pencapaian akademik.
Jun 2018 Setiap keluarga disarankan agar mengamalkan sikap berjimat
Huraikan
cermat dalam kehidupan seharian.
Anda ingin menulis sebuah rencana tentang Amalan Gaya Hidup
Rencana Sihat Dapat Meningkatkan Kualiti Hidup.

Keistimewaan –keistimewaan sebuah negara lain yang


Jelaskan
menjadi pilihan anda.
Peribahasa ukur baju di badan sendiri bermaksud berbuat
Bincangkan sesuatu atau bertindak atau berbelanja mengikut kemampuan
sendiri.
Huraikan Faedah-faedah aktiviti kokurikulum kepada murid.
Ibu bapa memupuk sikap saling menghormati antara kaum dalam
Ulaskan
kalangan anak sejak kecil lagi.
Nov 2018 Pidato Sukan mengukuhkan perpaduan
Kepentingan Malaysia mengadakan hubungan baik dengan
Bincangkan
negara luar dalam pelbagai bidang.
Manfaat usaha mengadaptasi karya sastera dalam bentuk drama
Jelaskan
dan filem kepada pelbagai pihak
Jun 2019 Aktiviti bersama-sama keluarga untuk merapatkan hubungan
Jelaskan
kekeluargaan.
Faktor-faktor yang menyebabkan perniagaan secara dalam talian
Bincangkan
semakin mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat
Pidato Pertandingan pidato: Amalan Nilai Murni Melahirkan Masyarakat
Harmoni.

54
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
Bentuk kerjasama antara negara di dunia bagi menjaga alam
Huraikan
sekitar.
Faedah pembacaan karya sastera , seperti novel, cerpen dan
Huraikan
puisi kepada pembaca.
Peranan ibu bapa bagi memupuk amalan membaca dalam
Ulaskan
kalangan anak-anak
Langkah-langkah pelbagai pihak untuk menangani masalah
Bincangkan
pembuangan sampah di merata-rata tempat
Kelab Bimbingan dan Kerjaya Sekolah anda mengadakan
Laporan
lawatan ke Ekspo Pendidikan 2019 di sebuah universiti tempatan.
Nov 2019
usaha pelbagai pihak untuk memasarkan produk makanan
Jelaskan tempatan ke peringkat antarabangsa.

Jauh perjalanan,luas pemandangan, banyak pengalaman


Huraikan diakaitkan dengan aktiviti pelancongan yang mendatangkan
faeafdah kepada seseorang.

FORMAT PENULISAN KARANGAN BAHAGIAN B

1. CERAMAH / UCAPAN /SYARAHAN


3. SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI
o kata alu-aluan majlis
o kata hormat (kata panggilan hormat: o alamat pengirim (sebelah
Tuan –tuan dan puan –puan yang dihormati kanan)
/ dikasihi Allah /dirahmati Allah ,) o tarikh (sebelah kanan)
o penutupan o pendahuluan
o penutupan surat
2. SURAT KIRIMAN RASMI o pengakuan penulis
7. BERITA
o tandatangan
o di mana ,bila penulis
,apa
o alamat pengirim (Sebelah kiri)
o siapa,mengapa ,bagaimana
o garisan pemisah 4. PERBAHASAN
o nama dan alamat penerima surat
8. RENCANA
(sebelah kiri) o kata
o tajukalu-aluan majlis
o tarikh ( sebelah kiri) 20 MAC 2007
o definisi
o tajuk
nama penulis
o Panggilan hormat: Tuan , o Kerajaan atau Pembangkang
o tajuk surat :Pangkal perkataan o kata hormat
9. ULASAN BUKU / FILEM
ditulis dengan huruf besar. (Sidang
o tajuk dewan
buku / filem yang
o penutupan dihormati,)
o penulis buku / skrip
o pengakuan penulis penutupan
o openerbit
(Yang menjalankan tugas,) o jumlah muka surat / masa
o tandatangan
tayangan
o nama penulis (Huruf Besar) o pelakon Utama filem sahaja)
o jawatan o nama pengulas
5. WAWANCARA/ DIALOG o aspek ulasan (sinopsis, tema,
55 persoalan, watak perwatakan, nilai
dan pengajaran,gaya bahasa )
o penutupan
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
o pendahuluan isu
( Nama orang yang diwawancara
dan pewawancara)
o dialog
o penutupan
6. LAPORAN
o tajuk laporan
o pengakuan pelapor
o tarikh
o tandatangan pelapor
o nama pelapor
o jawatan pelapor

10. SKRIP DRAMA


o tajuk drama,nama penulis
o watak,tempat,masa
o sinopsis(Ringkas)
o dialog,
o penutupan
TUNTUNAN UMUM KARANGAN BAHAGIAN B

1. Masa yang diperuntukkan ialah selama 90 minit ( 1 jam 30 minit)


2. Terdapat lima soalan yang dikemukakan dan pelajar diminta memilih satu soalan
sahaja. Soalan kelima berunsur sastera.
3. Sebaik-baiknya enam perenggan.
Perenggan 1 : Pendahuluan yang menarik dan dikaitkan dengan kehendak tugasan
soalan .
Perenggan 2 –5: Perenggan isi, satu isi satu perenggan Gunakan Kaedah IMBaKUP.
Fokus pada tugasan KBAT selaras dengan kehendak soalan terkini.
Perenggan 6 : Penutup : (PCH: Pandangan ,Cadangan ,Harapan)

4. Panjang karangan hendaklah tidak kurang daripada 350 patah perkataan dan
dicadangkan 800 patah perkataan ke atas untuk memperoleh markah cemerlang.

Kriteria Karangan B

Cemerlang (80-100 Markah)

o Penggunaan pelbagai jenis kata (kosa kata) yang luas dan tepat.
o Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis.
o Ejaan dan tanda baca yang betul.
o Laras bahasa sesuai dengan tugasan
o Idea yang relevan dan mengikut tugasan.Idea dihuraikan dengan jelas dan matang
disertakan dengan contoh yang sesuai.(Cadangan empat idea)
o Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai.
56
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
o Wacana (ayat) yang lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara
perenggan. (guna penanda wacana)
o Format menepati kehendak tema dan tugasan soalan.
o Penggunaan unsur bahasa yang bervariasi.
o Gaya bahasa yang menarik dari segi keindahan bahasa dan ungkapan menarik (U),
seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa menarik, ayat tokoh ,petikan hadis
dan Al-Quran atau ayat tokoh ilmuan atau pemimpin.

Cadangan pengagihan masa menjawab

1. Memahami dan menganalisis tajuk :10 minit


2. Membina rangka karangan :10 minit
3. Menulis Karangan :60 minit
4. Menyemak karangan :10 minit

Jumlah masa : 90 minit

Tuntunan Menjawab Karangan B


a. Calon Membaca Soalan
1. Baca dengan teliti semua soalan terlebih dahulu.
2. Pilih satu soalan yang sesuai dengan keupayaan, pengetahuan dan pemahaman
pelajar.
3. Faham tema soalan dan garis tugasan soalan. Kesilapan dalam langkah pertama ini
akan menyebabkan murid tersasar menulis karangan sepenuhnya.
4. Baca soalan yang dipilih berulang-ulang kali untuk memastikan tiada kesilapan yang
akan dilakukan. Pilihlah soalan yang betul-betul difahami dari segi tema atau
tugasannya.
5. Pastikan format yang dikehendaki (jika berkaitan). Bulatkan perkataan jenis karangan
yang ada dalam soalan. Tindakan ini akan dapat mengelakkan anda tersasar daripada
format yang dikehendaki.

b. Calon Merangka Idea Karangan

1. Rangka perlu ditulis agar karangan tidak terpesong atau tudak menjawab tugasan
soalan.
2. Rangka juga perlu untuk memastikan idea yang bernas tidak dilupai ketika menulis
karangan.
3. Cadangan dalam masa 7 hingga 10 minit.
4. Gunakan alat berfikir dari aspek (InKeMaNeP) individu, keluarga,
masyarakat,negara dan sekolah untuk tugasan punca dan cara.Boleh digunakan
juga untuk berfikir bagi menjawab tugasan KBAT yang memberikan tumpuan

57
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
pada sekuarng-kurangnya dua unsur idea yang perlu dihubung-kaitkan.(SPM
tahun 2016)
5. Gunakan alat berfikir seperti ekonomi, negara dan sosial untuk tugasan kesan dan
masalah.
6. Aspek penting dalam merangka adalah dengan menggunakan kaedah IMBaKUP.
7. Tahun 2018 dan 2019 tiada lagi unsur KBAT seperti tahun 2016 dikemukakan.

c. Calon Menulis Karangan

1. Murid perlu mengembangkan idea dengan menggunakan bahasa yang baik.


2. Karangan yang ditulis mestilah berdasarkan rangka yang disediakan
3. Idea-idea disusun mengikut keutamaan.
4. Dalam menghuraikan idea pelajar perlu menonjolkan kematangan fikiran dengan
memberikan contoh / pendapat / fakta yang menarik/ungkapan menarik

d. Calon Menyemak Karangan

o 10 minit terakhir digunakan untuk menyemak dan membuat pembetulan bagi


mengelakkan tiada kesalahan bahasa dilakukan.

Contoh Karangan Cemerlang November 2019


Soalan 2: Langkah-langkah pelbagai pihak untuk menangani masalah pembuangan sampah di
merata-rata tempat.Bincangkan.
Dalam negara mendepani era modenisasi dan globalisasi pada masa ini, kita
menyaksikan perkembangan iktisad negara seperti cendawan tumbuh selepas hujan dan
keadaan ini berlaku hari demi hari. Namun, sikap segelintir masyarakat yang sering
membuang sampah di merata-rata tempat dikatakan masih berlaku di negara kita serta
menjadi perbualan hangat di bibir masyarakat dan menjadi tajuk utama di dada-dada
akhbar tempatan. Buktinya, kajian ada mengatakan bahawa rakyat Malaysia membuang
sampah kira-kira sebanyak 32 juta tan sehari. Hal ini amat membimbangkan masyarakat
terutama apabila berlaku pencemaran sungai di Pasir Gudang, Johor yang menyebabkan
penduduk di kawasan sekitarnya mengalami sesak nafas, muntah-muntah dan banyak lagi
kesan sampingan. Oleh itu, pihak kerajaan telah mengadakan pelbagai program untuk
memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang implikasi buruk membuang sampah
di merata-rata tempat namun prakarsa ini hanyalah menjadi seperti mencurah air ke daun
keladi jika tidak mendapat sokongan anggota masyarakat. Persoalannya, siapakah yang
hrasu dipertanggungjawabkan atas masalah ini? Tegasnya, langkah-langkah untuk
menangani masalah ini daripada terus berlaku akan dibincangkan untuk panduan kita
semua.
Penguatkuasaan undang-undang yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan menjadi
wahana yang efisien untuk menangani masalah pembuangan sampah di negara kita. Hal
58
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
ini dikatakan demikian kerana apabila pihak kerajaan melaksanakan undang-undang
sudah tentu masalah pembuangan sampah yang menjadi buah mulur masyarakat dapat
diminimumkan. Undang-undang seperti Akta Kualiti Alam Sekitar dapat mengelakkan
pencemaran sungai kerana pengusaha-pengusaha kilang dikehendaki untuk merawat sisa
buangan khususnya sisa toksik sebelum dilepaskan ke dalam sungai. Selain itu, hukuman
seperti denda dan amaran boleh dikenakan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab
membuang sampah ke dalam sungai atau di tempat yang berlaku di Sungai Kim Kim
Johor telah mendatangkan kemudaratan kepada seseorang individu dan masyarakat
kerana telah menyebabkan pencemaran udara. Denda atau hukuman yang lebih berat
perlulah dikenakan kepada individu yang masih membuang sampah di merata-rata
tempat. Pihak kerajaan juga haruslah meletakkan papan tanda amaran dan larangan
membuang sampah supaya dapat diketahui dan diambil cakna oleh orang ramai.
tegasnya, penguatkuasaan undang-undang berperanan penting bagi mengelakkan
masalah pembuangan sampah di Malaysia kerana mencegah itu lebih baik daripada
mengubati.
Dalam perspektif yang lain, pihak kerajaan seharusnya mengadakan kempen
kesedaran melalui media sosial mahupun media cetak. Seiring dengan perkembangan
teknologi maklumat dan telekomunikasi pada era urbanisasi yang serba moden ini, media
sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram sebagainya merupakan medium yang
berkesan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kesan-kesan
membuang sampah di merata-rata tempat kempen kesedaran seperti “Kempen Sayangi
Sungai Kita” boleh dipergiat dengan menggunakan media sosial atau media cetak. Umum
mengetahui bahawa pengguna media sosial semakin meningkat saban tahun dan
kebanyakan penggunanya adalah golongan muda. Rentetan daripada itu, kempen
kesedaran melalui media sosial dapat menarik minat generasi muda untuk menyertai
kempen misalnya dengan memuat naik gambar berserta tanda pagar Sayangi Sungai Kita
atau Malaysia Bersih sebagai tanda sokongan kepada kempen yang dianjurkan oleh pihak
kerajaan. Media cetak seperti surat khabar, risalah dan lain-lain juga tidak kurang
hebatnya dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Individu yang tidak
mempunyai media sosial juga boleh mengetahui kempen yang dijalankan dengan lebih
lanjut tentang jika membacanya di akhbar-akhbar tempatan. Sudah terang lagi bersuluh
bahawa kempen kesedaran merupakan langkah untuk menangani masalah pembuangan
sampah.
Meniti isi yang seterusnya, ibu bapa juga merupakan penggerak utama dan menjadi
individu dominan dalam menangani masalah pembuangan sampah di merata-rata tempat.
Hal ini dikatakan sedemikian kerana ibu bapa merupakan guru pertama kepada anak-anak
yang memainkan peranan mendidik mereka mengamalkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan. Sebagai contoh, ibu bapa yang mempraktikkan nilai menjaga kebersihan
dengan membuang sampah di tong sampah yang disediakan walaupun di mana-mana
sahaja mereka berada akan diteladani oleh anak-anak persis peribahasa ‘ bagaimana
59
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
acuan, begitulah kuihnya.’ Di samping itu, amalan menjaga kebersihan dengan tidak
membuang sampah di merata-rata tempat juga mat dititikberatkan dalam agama Islam
seperti dalam petikan hadis yang bermaksud ‘kebersihan itu separuh daripada iman.’
Sikap-sikap dan amalan baik yang ditunjukkan ibu bapa akan dicontohi oleh anak-anak.
Apabila generasi muda dididik supaya menjaga kebersihan, nescaya dapat melahirkan
generasi masa hadapan yang bersahsiah mulia seterusnya dapat mengatasi masalah
pembuangan sampah di Malaysia. Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang
mencorakkannya. Oleh hal itu, jelaslah bahawa ibu baa berperanan menunjukkan contoh
teladan yang positif kepada anak-anak sejak kecil ibarat melentur buluh, biarlah dari
rebungnya dalam menangani masalah pembuangan sampah.
Dalam pada itu, anggota masyarakat perlulah mengadakan aktiviti gotong-royong di
kawasan perumahan atau kawasan kampung dengan lebih berkesan bagi menangani
masalah pembuangan sampah. Aktiviti berfaedah sebegini boleh diadakan sekurang-
kurangnya sekali dalam seminggu untuk memastikan kebersihan di kawasan perumahan
sentiasa terjamin seterusnya dapat mengatasi masalah pembuangan sampah. Sampah-
sarap lazimnya dibuang dalam longkang. taman permainan dan sebagainya. Jika sampah-
sarap ini tidak dibersihkan, dapat menimbulkan implikasi negatif dan ancaman penyakit
seperti bau busuk, demam denggi dan secara tidak langsung akan menggugat keselesaan
penduduk. Kita dapat lihat sikap segelintir masyarakat yang bersifat seperti ‘enau dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing’ dan memandang enteng terhadap aktiviti
kemasyarakatan misalnya aktiviti gotong-royong yang jelas memberikan banyak faedah
dan manfaat kepada masyarakat. Anggota masyarakat perlulah bersikap ‘ke bukit sama
didaki, ke lurah sama dituruni’ dalam memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya
generasi muda tentang kepentingan amalan gotong-royong untuk mengurangkan masalah
pembuangan sampah yang kian meruncing saban hari. Dengan ini, sudah terang bahawa
amalan gotong-royong dapat mengatasi masalah pembuangan sampah di negara kita.
Intihanya, masalah pembuangan sampah di Malaysia dapat diatasi dengan
kerjasama pelbagai pihak dalam menyedarkan masyarakat tentang keburukan atau kesan
membuang sampah di merata-rata tempat. Apabila negara kita kotor kesan daripada sikap
pihak yang tidak bertanggungjawab, sudah tentu akan memberi kesan kepada sektor
pelancongan negara kerana pelancong-pelancong luar semakin berkurang tahun demi
tahun. Oleh itu setiap individu sewajarnya berfikir dahulu sebelum membuang sampah di
merata-rata tempat kerana akan memburukkan imej negara. Malaysia juga telah diiktiraf
sebagai sepuluh negara di dunia yang popular dalam kalangan pelancong asing. Oleh
sebab itu, pihak kerajaan perlu mengenakan hukuman denda kepada individu yang
membuang sampah di merata-rata tempat agar dapat memastikan nama Malaysia sebagai
negara pelancongan terbaik dunia tidak terjejas. Rakyat Malaysia juga haruslah
mengamalkan dasar pandang ke Timur yang dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad
agar Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi seiring dengan negara-

60
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
negara maju yang lain supaya Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 untuk menjadikan
negara Malaysia sebagai sebuah negara maju dapat dikecapi.
(1009 patah perkataan)

Latihan 1
Huraikan peranan agensi-agensi luar yang dapat membantu kecemerlangan sesebuah
sekolah.

Pendahuluan
o Kecemerlangan akademik dan sahsiah diri merupakan jaminan kesejahteraan hidup
yang sempurna.
o Masalah ponteng sekolah, kes buli, pergaduhan, merokok dan sebagainya
menggugat kecemerlangan sekolah.
o Sumbangan agensi luar amat digalakkan untuk membantu kecemerlangan sekolah
(nyatakan contoh agensi luar)
o Tun Dr Mahathir Mohammad, Perdana Menteri Malaysia : penglibatan agensi luar
mampu membantu meningkatkan kecemerlangan pendidikan negara .
o Sejauh manakah penglibatan agensi-agensi luar ini memberikan kolaboratif untuk
kecemerlangan sekolah?
o Peranan penglibatan agensi luar bagai aur dengan tebing ini akan didiskusikan
sebagai satu platform untuk dijadikan pegangan semua pihak.
I: Agensi luar membantu kecemerlangan akademik
M: Pencapaian akademik sesebuah sekolah mencerminkan prestasi unggul seseorang
murid. Kemerosotan akademik akan memberikan imej buruk sesebuah sekolah.

61
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
Ba: Pelbagai aktiviti akademik yang dijalankan bersama-sama agensi luar untuk
membantu pihak sekolah. Menyediakan pelbagai kursus atau program motivasi kepada
murid sebelum menghadapi peperiksaan. Ceramah motivasi yang boleh dikendalikan oleh
pakar motivasi dari universiti tempatan.
K: Memberikan pendedahan tentang pengurusan masa yang betul. Melahirkan murid yang
berani menghadapi cabaran yang semakin hebat.
U:Kata John Petitsen; keberanian yang sebenar ,ibarat layang-layang kerana tiupan angin
yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah ,sebaliknya menaikkannya ke
atas.
P:Memberikan sumber inspirasi kepada semua warga sekolah untuk mencemerlangkn
sekolah.
I:Agensi luar membantu menjayakan agenda utama sekolah
M:Tanggungjawab pendidikan tidak akan lengkap dan sempurna jika sepenuh
tanggungjawab diletakkan kepada sekolah dan guru.
Ba: Boleh memberikan sumbangan kewangan , tenaga dan idea .Boleh berkongsi
kepakaran yang ada untuk membantu agenda memperkasakan sekolah. Melakukan
aktiviti gotong-royong, penyediaan parkir, mengecat batu-bata , dinding serta mesin
rumput. Agensi luar seperti Bank Rakyat atau Yayasan Bukhari menyumbang dana untuk
membantu menjayakan program-program sekolah.
K: Boleh membantu untuk menjimatkan kos yang terpaksa dihadapi oleh pihak sekolah.
U: Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Ayat Quran ada menyebut bahawa bantu-
membantulah dalam hal kebaikan dan janganlah kamu saling membantu dalam hal
kejahatan dan keburukan.
P:Perlu ada komitmen yang mantap daripada agensi luar agar visi memperkasakan
agenda sekolah dapat direalisasikan.
I: Agensi luar menjadi mata dan telinga kepada sekolah.
M: Masalah disiplin dalam kalangan murid sukar ditangani oleh pihak sekolah sahaja.
Murid terlibat dengan kegiatan gengsterisme, ponteng sekolah, merokok di luar sekolah.
Ba: Agensi luar , seperti Majlis Permuafakatan Kampung haruslah bekerjasama dengan
pihak sekolah untuk melaporkan sesuatu masalah disiplin murid sekolah yang berlaku di
kawasan mereka. Pihak sekolah boleh meminta bantuan pihak polis melakukan rondaan
dan lawatan berjadual di kawasan sekolah .
K: Dapat mengesan sebarang salah laku, masalah disiplin atau elemen kegiatan jenayah
sebelum tindakan segera diambil. Menjamin keselamatan murid dan mengelakkan
berlakunya kegiatan jenayah di sekolah.
U: Dato' Seri Abdul Hamid Bador, Ketua Polis Negara berkata bahawa kolaboratif antara
Kementerian Pendidikan (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekolah seluruh
negara dapat memantau salah laku dalam kalangan murid. Seikat bak sirih, serumpun bak
serai.
P:Pelibatan agensi ini mampu menjadi mekanisme terbaik untuk mencegah pembabitan
pelajar dalam penyalahgunaan dadah dan kegiatan jenayah.

I:Agensi luar berfungsi sebagai sekolah angkat.

M: Boleh membantu untuk memberikan sumbangan kepakaran pada pembangunan


sahsiah dan tingkah laku murid.
62
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
Ba: Membantu untuk menyalurkan pelbagai maklumat atau informasi yang berfaedah
tentang keselamatan diri .Pihak Bomba dan Penyelamat melakukan pemeriksaan
bangunan dan memberikan pandangan serta tunjuk ajar cara menyelamatkan diri apabila
berlaku kebakaran.
K: Memberi pengetahuan dan pendedahan kepada seluruh warga sekolah tentang bahaya
kebakaran.
U: Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
P:Pihak agensi luar yang berperanan sebagai sekolah angkat perlulah merancang
program yang tersusun dan menyeluruh agar memberikan manfaat.

Kesimpulan

P: Peranan agensi luar untuk membantu meningkatkan kecemerlangan sekolah dalam


bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah tidak boleh dipertikaikan lagi.

C:Komitmen dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada agensi haruslah dilakukan


secara berterusan dan tidak hangat-hangat tahi ayam .Pelibatan agensi luar harus juga
mendapat kerjasama yang erat daripada pihak pengurusan sekolah .Bulat air kerana
pembetung, bulat kata kerana muafakat harus menjadi tunjang kejayaan kecemerlangan.

H: Kemenjadian murid dari aspek kerohanian dan sahsiah diri dapat dilahirkan dengan
adanya kerjasama agensi tanpa ada agenda kepentingan peribadi .

Latihan 2

Setiap manusia memerlukan rakan dalam kehidupan mereka yang dipenuhi dengan
cabaran dan dugaan . Sebagai seorang rakan huraikan usaha yang dapat anda
lakukan untuk membantu rakan anda yang menghadapi masalah.

Pendahuluan:

o Memiliki sahabat ataupun rakan dalam kehidupan mereka .


o Menghilangkan kebosanan yang melanda diri.
o Rakan-rakan ada yang terjebak dalam perkara yang tidak berfaedah.
o Rakan ketawa senang dicari tetapi rakan menangis sukar ditemui.
o Siapakah yang harus bertanggungajwab untuk membantu mereka?
o Saya perlu membantu rakan saya sebelum terlambat kerana sesal dahulu
pendapatan , sesal kemudian tidak berguna.

I :Memberikan nasihat dan teguran secara berhemah.

63
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
M :Memahami hati budi masing-masing. Mampu mengubah tingkah laku rakan daripada
melakukan perkara yang sia-sia.
Ba:Memberi nasihat dalam situasi yang sesuai .Memujuk rakan yang bermasalah supaya
kembali ke pangkal jalan. Sentiasa membantu tanpa mengira waktu dan ketika.
K :Berfikir secara rasional sebelum bertindak.Melakukan sesuatu yang positif.
U :Ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan
terserak.
P : Tidak malu atau takut untuk memberikan nasihat kepada rakan.

I :Mengajak rakan mengikuti program-program pembinaan jati diri.

M :Kekuatan dalaman perlu diberikan keutamaan. Benteng ketahanan diri daripada


diancam masalah keyakinan diri.
Ba:Mengikuti kursus motivasi, program keagamaan dan kursus pemerkasaan jati diri.
K :Akan sedar daripada kesilapan dan kekhilafan yang pernah dilakukan. Tidak
meninggalkan solat dan tahu menghormati orang yang lebih tua.
U :Nila setitik habis rosak susu sebelanga dapat dielakkan.
P :Program jati diri yang disertai dapat mengukuhkan kekuatan dalaman diri.

I :Mengajak rakan mengisi waktu lapang dengan aktiviti yang berfaedah .

M :Leka dengan aktiviti yang tidak mendatangkan faedah.


Ba:Merancang aktiviti melancong, mendaki gunung, memancing ikan, dan bersukan.
K :Ruang melakukan aktiviti tidak berfaedah semakin berkurangan ataupun terhad.
Menimbulkan suasana ceria, seronok dan gembira. Rakan biasa melakuakn sesuatu
perkara baik yang sukar dilakukan sebelum ini.
U :Alah bisa tegal biasa.
P :Perancangan aktiviti yang berfaedah dapat mewujudkan suasana hidup yang ceria.

I:Memaklumkan kegiatan rakan kita kepada pihak yang sewajarnya .

M: Ada yang terlibat dengan kes sosial yang berat dan mengaibkan.
Ba: Ibu bapa, agensi penguat kuasa dan pihak kaunselor harus dimaklumkan. Ketekunan
dan kesabaran perlu ada dalam diri untuk tujuan ini.
K: Dapat memberi nasihat atau mengambil tindakan segera. Mengelakkan terjerumus ke
kancah sosial yang lebih buruk.Akhlak yang buruk dapat disekat daripada
mempengaruhinya.
64
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
U/AT: sudah terhantuk baharu tengadah. Wahab B. Munabin ada berkata bahawa
akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak
dapat dikembalikan menjadi tanah.
P: Dapat menyekat daripada terus melakukan kegiatan tidak sihat.

Kesimpulan

P:Rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting dalam melahirkan rakan yang
berakhlak mulia.

C:Seorang sahabat semestinya memiliki sifat-sifat yang terpuji untuk diikuti dan dicontohi.
Janganlah bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
Hidup bermuafakat perlu diamalkan seperti kata peribahasa serumpun bagai serai,
selubang bagai tebu.

H: Melahirkan pelapis negara yang berguna untuk membangunkan agama, bangsa dan
negara.

Latihan 3

Fungsi akhbar bukan sekadar saluran menyampaikan maklumat kepada orang ramai,
tetapi boleh dimanfaatkan oleh guru dan murid sebagai bahan pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah.Huraikan kepentingan akhbar kepada masyarakat.

Pendahuluan
o Dunia tanpa sempadan telah mengubah landskap informasi manusia.
o Teknologi maklumat dan internet jalur lebar turut mewarnai dunia moden kini.
o Akhbar sebagai media cetak terus bersaing dengan media elektonik.
o Diibaratkan sebagai "teman hidup" bagi sesetengah orang .
o Perdana Meneteri Malaysia mahu media atau perantara komunikasi berperanan
penting sebagai wahana pemikiran rakyat Malaysia.
o Mengapakah akhbar arus perdana ini perlu diangkatkan martabatnya?
o Pelbagai faedah kepada masyarakat dan negara akan dibincangkan.

65
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim

I: Saluran dan sumber pelbagai maklumat dan ilmu pengetahuan

M :Dunia ini penuh dengan kepelbagaian maklumat.Berita di seluruh dunia disalurkan


dalam akhbar.
Ba:Rujukan pelbagai lapisan masyarakat. Ada ruangan pendidikan. Contoh Ruangan
Skor dan Didik dalam Berita Harian . Ditulis oleh guru yang berpengalaman .
K : pelajar menelaah pelajaran dan dapat membuat ulang kaji. Membaiki kelemahan dan
penguasaan bahasa mereka.
U : Tidak mahu hidup, seperti katak di bawah tempurung.
P: Melahirkan pelajar berfikiran matang dan bijaksana.

I : Alat perpaduan bangsa di negara

M: Ada berita-berita tentang cita-cita rakyat.Ucapan dasar oleh pemimpin-pemimpin


negara.
Ba :Ada di muka depan akhbar. Ada gambar- gambar pemimpin negara.Pemimpin
berbincang tentang isu-isu semasadan perbincangan politik semasa.
K: Dasar kerajaan diikuti dan difahami. Bersama-sama mendukung cita-cita
membangunkan negara. Dapat hidup di bawah satu payung negara. Wujud kesedaran
kepada masyarakat hidup bersatu padu dan aman damai.
U: Amalkan sikap bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
P: Setiap akhbar menyiarkan informasi yang berunsurkan perpaduan.

I: Alat memperkasakan bahasa Melayu

M :Bahasa sebagai alat pertuturan dan komunikasi.Bahasa Melayu bahasa rasmi negara.
Ba:Akhbar bahasa Melayu menjadi tarikan pembaca di negara ini.Akhbar Berita Harian
dan Utusan Malaysia menjadi tatapan utama kakitangan kerajaan.Maklumat yang
disampaikan memang mudah difahami.
K: Melahirkan masyarakat yang cinta kepada bahasa Melayu. Meningkatkan penguasaan
bahasa pembaca.
U: Bahasa Jiwa Bangsa.
P :Akhbar berbahasa Melayu menjadi wadah memartabatkan bahasa Melayu

I: Tempat aduan rakyat dan pembaca

M : Menjadi lidah rakyat untuk menyuarakan sebarang kekurangan dan rasa tidak puas
hati kepada pihak berkuasa.
Ba:Ada ruangan disediakan untuk pembaca. Boleh meluahkan rasa tidak puas hati.
66
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
Menulis tentang kritikan dan pandangan yang membina untuk sesuatu isu.
K: Masalah seperti infrastruktur, perparitan dan pembangunan dapat disampai dengan
cepat dan berkesan. Pihak berkenaan boleh mengambil tindakan dengan segera.
U: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.
P: Segala rintihan masyarakat dapat disalurkan pada tempat yang sewajarnya.

Kesimpulan :

P :Akhbar sebagai medium ilmu dan maklumat kepada masyarakat. Menyalurkan


pelbagai maklumat yang boleh mempengaruhi pembaca.

C :Akhbar perlu diselia atau dipantau supaya tidak disalahgunakan untuk tujuan
propaganda negatif. Meningkatkan keberkesanan agar menjadi rujukan utama
masyarakat.

H :Kita mahu masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan seiring dengan Wawasan
Kemakmuran Bersama 2030.

Latihan 4

Kecemerlangan dalam sesuatu peperiksaan merupakan matlamat utama bagi


seseorang murid. Sebagai seorang murid yang ingin berjaya dalam peperiksaan,
terdapat pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi. Huraikan persiapan yang harus
anda lakukan untuk menghadapi cabaran tersebut.

Pendahuluan

o Setiap murid mempunyai cita-cita tersendiri untuk berjaya dalam hidup .


o Mempunyai keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
o Dapat dicapai sekiranya murid-murid berusaha bersungguh-sungguh.
o Kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai
kerana banyak halangan dan rintangan.
o Keputusan peperiksaan yang cemerlang akan menjamin masa hadapan .
o Kata orang tua-tua “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna”.
o Persoalannya, apakah cabaran yang perlu saya hadapi?
o Persiapan yang sepatutnya saya lakukan untuk berjaya dalam peperiksaan ?
67
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim

I : Sukar memberikan perhatian ketika guru sedang mengajar.

M :Gangguan daripada rakan yang malas belajar. Kehidupan keluarga yang bermasalah
memberikan tekanan.
Ba: Mengubah cara belajar .Terlibat aktif ketika proses pengajaran dan pembelajaran
sedang dijalankan. Menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru.
Bertanya kepada guru-guru sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang saya kurang
fahami.
K : Sesuatu pembelajaran tersebut akan cepat diserap masuk. Dapat mengingati apa-apa
yang disoal atau ditanya oleh guru.
U :Malu bertanya sesat jalan.
P :Tumpuan ketika guru-guru sedang mengajar dan menyiapkan segala kerja rumah
amat penting.

I :Sukar menguruskan masa belajar secara efisien

M:Tiada pengalaman atau kemahiran menyediakan jadual belajar.Gangguan hiburan dan


kemudahan telefon pintar.
Ba:Berbincang dengan guru atau ibu bapa untuk menyediakan jadual belajar.Mmebuat
dan mengikuti jadual yang dibuat dengan sebaik-baiknya.Membuat ulang kaji secara
berterusan.Ada jadual belajar untuk kumpulan perbincangan.
K: Mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat nota dan latihan.Dapat
menghabiskan semua tajuk pelajaran. Tidak ketinggalan dalam pelajaran.Akan biasa
dengan jenis-jenis soalan yang akan ditanya dalam peperiksaan
U:Sediakan payung sebelum hujan.
P: Pengurusan masa yang cekap membantu kejayaan.

I : Kurang terlibat dalam program kecemerlangan dan motivasi

M: Tiada pendedahan maklumat tentang kelebihan program.Kos menyertai program


mahal.
Ba:Perlu menyertai bengkel dan ceramah yang diadakan di sekolah.Mengikuti program
motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah.Terlibat dalam program Minggu Bahasa
Melayu .
K: Didedahkan jenis-jenis soalan dan latihan yang kerap kali akan ditanya dalam
peperiksaan.Meningkatkan semangat dan keyakinan untuk menduduki peperiksaan.
Bersikap sabar, tabah dan tidak mudah putus asa.
U: Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
P: Membantu untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan

I : Nasihat daripada kedua-dua ibu bapa tidak dipatuhi

68
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim

M:Sikap remaja yang lebih mempercayai rakan sebaya.Kurang mendapat didikan agama
sejak kecil.
Ba:Mengubah sikap negatif yang suka melawan kata ibu bapa.Sentiasa patuh pada
nasihat dan asuhan ibu bapa.Mendengar nasihat mereka untuk belajar bersungguh-
sungguh.
K: Berusaha secara gigih untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang.Mendapat restu
daripada ibu bapa.
U: Kata orang tua-tua, “Tuhan hanya akan menolong dan memberkati hidup anak
yang taat kepada ibu bapa.”
P: Saya perlulah mematuhi segala nasihat kedua-dua ibu bapa .

Kesimpulan

P: Kejayaan dalam peperiksaan diibaratkan pelita yang menjadi penyuluh kepada kita
pada malam-malam yang gelap-gelita.

C: Setiapa cabaran itu akan saya hadapi dengan penuh rasa tanggungjawab sebgai
seorang pelajar.Setiap langkah yang dicadangkan itu perlu dilakukan dengan bersungguh-
sungguh.Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

P: Belajar berungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan ibarat


genggam bara api biar sampai jadi arang.

Latihan 5
Mata pelajaran Sejarah telah dijadikan mata pelajaran yang wajib lulus kepada murid-
murid pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Jelaskan kepentingan mempelajari mata
pelajaran sejarah kepada murid-murid .

Pendahuluan

o Sejarah sangat penting dalam kehidupan manusia dalam menuju era modenisasi.
o Golongan remaja tidak cuba memahami dan menghayati kepentingan sejarah negara.
o Laungan “Merdeka” sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj hanya
dilafazkan setahun sekali.
o Bersikap bagai enau dalam belukar , melepaskan pucuk masing-masing.
o Mengapakah subjek sejarah begitu penting sehinggakan telah menjadi mata pelajaran
wajib?
o Sesungguhnya, kepentingan mempelajari subjek sejarah akan dibincangkan untuk
mengenal pasti kekuatannya .
69
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim

I: Subjek Sejarah dapat dijadikan iktibar dan pengajaran yang berguna.

M: Fakta dan peristiwa yang berlaku tidak boleh diubah. Sebab dan akibat sesuatu
peristiwa pada masa lampau memang ada kebenarannya.
Ba:Tarikh-tarikh penting harus diingati dan dijadikan iktibar untuk pedoman hidup pada
masa hadapan. Zaman keemasan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 yang
boleh dijadikan perangsang untuk memacu kemajuan negara.
K:Menghargai dan menghormati kepentingan sejarah silam. Berusaha untuk tidak
melakukan kesilapan lampau. Pelajar akan berfikiran positif untuk tidak mahu merasai
keperitan hidup zaman penjajahan.
U:Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.
P:Setiap peristiwa dalam subjek sejarah dapat dijadikan renungan untuk ketamadunan
bangsa.

I: Subjek Sejarah mampu meningkatkan semangat patriotisme.

M :Subjek lain kurang membantu untuk membakar semangat patriotisme.


Ba: Mempelajari sejarah tanahair akan lahirlah rasa bangga terhadap negara dan
bangsa.Didedahkan dengan tokoh-tokoh pejuang tanah air yang terbilang. (Tok
Janggut, Dato Bahaman, Dol Said, Rentap dan Mat Salleh).Mengenali pengkhianat
negara seperti Chin Peng yang mewujudkan PKM bagi merampas kerajaan.
K:Menghargai jasa pejuang tanah air dan semangat kental mereka. Dijadikan tokoh ini
sebagai idola dalam menjulang kedaulatan negara. Mempunyai pengetahuan teguh
tentang sejarah negara kita.
U:Kalau tak kenal, maka tak cinta.
P: Semangat cinta akan negara terus menebal dalam sanubari.

I :Jati diri kepada negara dapat dipertingkatkan.

M:Banyak kes tidak bermoral telah berlaku. Golongan muda-mudi tidak menghormati
lagu Negaraku.Sikap kurang ajar Namewee yang menukar lirik lagu Negaraku telah
memalukan kita.
Ba:Subjek ini harus dipelajari secara paksa dan lebih mendalam. Tiada kompromi dalam
soal taat kepada kedaulatan negara.
K: Bertanggungjawab untuk menghormati setiap lirik dan lagu Negaraku sebagai simbol
kemerdekaan negara.
U: Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.
P: Generasi muda akan lebih bersemangat menjaga kedaulatan negara.Gagasan 1
Malaysia dapat direalisasikan tanpa ada sikap mementingkan diri sendiri.

70
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim

I : Menghargai dan memelihara kemerdekaan serta kedaulatan negara.

M : Pengisian untuk melahirkan warga yang menghargai kemerdekaan negara sukar


dilaksanakan. Pembentukan negara bangsa akan runtuh dan musnah.
Ba:Kita dapat mengingati tarikh 31 Ogos 1957 dan 16 September 1963 sebagai tarikh
pembebasan negara daripada belenggu penjajah Inggeris.
K: Menjadi bangsa yang bersyukur atas kemerdekaan yang dikecapi. Menggembleng
tenaga untuk membangun dan mengukuhkan negara.
U: Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.
P: Negara Malaysia akan terus dipertahankan kemerdekaan.

Kesimpulan

P: Semangat cinta akan negara harus tersemat kukuh dalam sanubari semua rakyat
Malaysia.

C:Semua pihak harus bersikap bagai aur dengan tebing untuk meningkatkan semangat
patriotisme ini.Pelajar itu sendiri haruslah meletakkan kepentingan negara melebihi
kepentingan diri, sebagai tanda warganegara yang setia.

H: Negara kita akan terus dihormati oleh negara-negara lain dan kemerdekaan negara
turut dipertahankan. Keamanan dan kemakmuran negara dapat dinikmati selama-
lamanya.

Latihan 6
Jiran merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang tetangga.
Namun semangat kejiranan semakin terhakis dalam kalangan masyarakat kita. Huraikan
pendapat anda tentang peranan yang harus dilakukan oleh ibu bapa untuk memupuk
semangat kejiranan.

Pendahuluan

o Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan
juga di belakang rumah kita
o Rakyat Malaysia hidup secara bersama sehati sejiwa ibarat seikat bak sirih
serumpun bak serai. 

71
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
o Hal-hal semangat kejiranan ini tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat terutama
golongan muda.
o Semangat kejiranan dalam kalangan anggota masyarakat semakin luntur.
o Mengapakah fenomena ini boleh berlaku?
o Ibu bapa perlu mengambil langkah yang proaktif .

I: Menyertai aktiviti gotong-royong yang dianjurkan oleh komuniti .

M: Berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan.
Ba:Membawa anak-anak menyertai aktiviti tersebut bersama. Membersihkan kawasan
taman dan menyediakan hidangan untuk kenduri-kendera.
K: Dapat berbual-bual dan berkenal-kenalan antara satu sama lain. Mengenal hati budi
jiran mereka dengan lebih baik dan dekat. Menjalinkan hubungan mesra sesama jiran.
Membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh.
U: Bagai aur dengan tebing
P: Haruslah mengadakan aktiviti gotong-royong.

I :Mengadakan atau menghadiri majlis-majlis rumah terbuka .

M:Sambutan Hari Raya Aildilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Krismas dan Hari Deepavali
hendaklah dijadikan acara tahunan.
Ba:Membawa anak-anak bersama. Menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah.
Berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara dan bertanya khabar.
K: Memahami adat resam, agama dan budaya masing-masing di negara ini. Membentuk
ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan.
U: Tak kenal maka tak cinta.
P : Majlis-majlis rumah terbuka mestilah diadakan setiap tahun.

I :Menyemarakkan budaya ziarah-menziarahi .

M: Membentuk sifat kasih sayang dan sikap ambil berat. Semangat kejiranan akan lebih
mudah untuk disemai kerana mereka saling mengenali .
Ba:Membawa anak-anak-anak menziarahi jiran tetangga.Berkunjung ke hospital jika
mendapat tahu jiran telah dimasukkan ke hospital.
K: Mengetahui masalah dan kesusahan yang dihadapi oleh jiran kita. Meringankan
penderitaan yang dialami oleh jiran .
U: Hidup seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dapat
dielakkan.
P:Sering mengunjungi rumah jiran apabila ada masa senggang.

72
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
I: Mengadakan hari keluarga dengan jiran.

M: Semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti .
Ba:Aktiviti boleh di padang, taman rekreasi atau di tepi pantai.Membawa anak-anak
bersama . Melibatkan diri dalam aktiviti seperti berkayak, dan memasukkan air ke
dalam botol.
K: Kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak juga.
Kerjasama antara keluarga dan jiran dapat dikukuhkan.
U: Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.
P: Menggalakkan anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial.

Kesimpulan

P: Semangat kejiranan penting untuk melahirkan masyarakat yang prihatin . Perpaduan


kaum akan bertambah utuh dan teguh.

C: Cogan kata “ Jiran Sepakat Membawa Berkat” perlu terus diamalkan dalam
kehidupan kita sehari-hari.Budaya ini harus diamalkan dengan hati yang ikhlas.

H: Negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera. Malaysia akan terus cemerlang dan
mampu berdaya saing pada masa akan datang

Latihan 7

Masyarakat Malaysia memang terkenal dengan amalan gotong-royong sejak dahulu


lagi.Bincangkan faedah-faedah amalan gotong-royong dalam masyarakat kita.

Pendahuluan

o Manusia mengutamakan kekayaan dan kekuasaan dalam mengejar arus kemodenan


perdana.
o Budaya gotong-royong telah dipraktikkan sejak generasi dulu dan amalan ini dianggap
tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

73
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
o Nilai-nilai murni yang pernah menjadi amalan masyarakat pada suatu ketika dahulu
diabaikan.
o Amalan gotong-royong semakin dipinggirkan dan dilupakan.
o Berapa ramaikah yang menghayati maksud gotong-royong dan melaksanakannya?
o Jawab tugasan :Pelbagai faedah gotong-royong

I : Dapat memperindah dan mencantikkan kawasan tempat tinggal.


M :Keindahan dan kecantikan merupakan keperluan asas untuk hidup dengan selesa
Ba: Kita akan memperindah sendiri kawasan tempat tinggal dalam aktiviti gotong-royong.
Kita juga dapat mengenali jiran dengan lebih mendalam. Bersama-sama
menghiaskan halaman rumah dengan pokok-pokok bunga. Bergotong-royong untuk
menghijaukan bumi.
K :Tempat tinggal kita sentiasa bersih dan indah. Rakan-rakan sendiri akan menyukai
kawasan tempat tinggal kita. Mewujudkan masyarakat yang bekerjasama dan bantu-
membantu.
U : Bagai aur dengan tebing dan yang berat sama dipikul, yang ringan sama
dijinjing.
P :Tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar indah khabar daripada rupa.

I :Mengawal masalah penyakit berjangkit.


M :Langkah terbaik untuk membersihkan tempat tinggal daripada menjadi tempat
pembiakan pembawa penyakit. Dapat mengelakkan vektor ini membiak.
Ba:Menjadikan amalan gotong-royong sebagai aktiviti membersihkan kawasan tempat
tinggal. Menjalankan aktiviti pembersihan longkang dan membakar sampah secara
bersama-sama.Prihatin dan bertanggungjawab membersihkan tempat-tempat pembiakan
nyamuk.
K: Dapat mencegah dan menjauhi penyakit yang berbahaya seperti demam denggi .
U: Mencegah lebih baik daripada mengubati
P: Dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selamat di kawasan
tempat tinggal.
I : Hubungan perpaduan dapat diperkukuh dan dieratkan.

M :Masyarakat pelbagai kaum dapat hidup berbaik-baik dan menghormati kaum lain
melalui aktiviti gotong-royong. Menjadi kunci kepada keharmonian dan keamanan .
Ba:Masyarakat yang berbilang kaum akan keluar untuk bekerjasama membersihkan
taman-taman perumahan. Mereka dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui
perbualan dan berinteraksi. Menghapuskan sikap masyarakat yang mementingkan diri
sendiri. Mengenali kebudayaan kaum-kaum masing- masing .
K :Dapat mempercayai masyarakat sekeliling dan menghormati sesama diri.
U : Masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak.
P : Kita akan hidup saling membantu untuk memastikan perpaduan rakyat berkekalan.
74
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim

I : Dapat Menghidupkan Semangat Kejiranan.

M: Mentransformasikan diri kita sebagai orang yang lebih disukai dan diterima oleh
masyarakat sekeliling.
Ba:Pembahagian tugas semasa aktiviti bergotong-royong dijalankan akan mewujudkan
semangat bersatu padu. Membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk
kenduri-kendera.
K: Kita dapat mengenali jiran secara mendalam Mereka akan dapat berinteraksi dan
berkenal mesra antara satu sama lain. Membantu kita apabila menghadapi kesusahan
nanti.
U :Jiran sepakat membawa berkat.
P: Suasana yang harmoni dapat dibentuk dalam masyarakat.

Kesimpulan:

P: Membawa faedah yang banyak sekiranya diamalkan secara bersungguh-sungguh dan


bukannya hangat-hangat tahi ayam.

C: Semua pihak haruslah berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki ke lurah sama-
sama dituruni .Masyarakat harus mempraktikkan amalan ini sehingga ke generasi
akan datang.

H: Bumi yang diduduki akan menjadi tempat yang indah dan selamat untuk ke akhir
zaman.

Latihan 8
Pembuatan barangan daripada Malaysia sudah mula menampakkan potensi untuk
terus dimajukan sehingga ke peringkat antarabangsa. Jelaskan usaha-usaha yang
dapat dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menggalakkan masyarakat membeli
barangan buatan Malaysia.

o Negara Malaysia telah melangkah ke arah modenisasi.


o Pelbagai cetusan idea dan percubaan yang membanggakan dilaksanakan
o Negara kita duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara moden yang lain.
o Malaysia sebenarnya telah banyak menghasilkan dan mengeluarkan pelbagai
barangan serta produk sendiri.

75
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
o Barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar
o Peratusan rakyat Malaysia yang menggunakan barang buatan negara telah menurun
setiap tahun.
o Mengapakah rakyat negara tidak sanggup menyokong buatan negara?
o Pelbagai cara perlu dilaksanakan .

I :Mengubah mentaliti dan sikap rakyat kita untuk beralih kepada barangan
tempatan.

M :Terlalu mengagungkan jenama dan barangan dari luar negara. Barangan luar
dianggap lebih berkualiti dan berjenama .
Ba :Pengguna dan rakyat perlu diberikan maklumat mengenai barangan buatan Malaysia.
Mengikis sikap prejudis terhadap barangan tempatan. Mengikis sikap prejudis
terhadap barangan tempatan. Mempromosi barangan tempatan di pusat beli-belah
terkemuka.
K :Produk tempatan dapat berkembang maju. Produk lebih berkualiti dan berdaya saing
dapat dihasilkan. Mengelakkan pengaliran keluar wang negara. Menjimatkan RM1.9
bilion setahun untuk mengimport barangan luar.
U: Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
P: Menggalakkan rakyat membeli barang buatan tempatan serta kurang bergantung pada
produk import.

I : Pihak media memperkenalkan kelebihan barangan tempatan

M :Satu medium yang signifikan dalam mempengaruhi pemikiran orang ramai.


Ba: Memberi sokongan kepada kerajaan dalam usaha-usaha menerajui isu pembelian
barangan buatan Malaysia. Menerangkan kebaikan barangan buatan Malaysia melalui
surat khabar dan majalah. Mengadakan halaman khas untuk berita-berita yang
berkaitan dengan barangan buatan Malaysia. Pelbagai iklan, dokumentari, rancangan
dan wawancara harus disiarkan.
K: Menarik minat orang ramai terutamanya golongan remaja. Dapat mempengaruhi minda
manusia yang ramai.
U: Mata pena lebih tajam daripada mata pedang.
P: Merupakan elemen yang penting dalam usaha menggalakkan orang ramai membeli.

I : Pihak swasta mempromosikan barangan malaysia.

M : Barangan Malaysia belum cukup dikenali oleh masyarakat.


Ba :Memperkenalkan barangan mereka kepada para pengguna. Mengadakan ekspo di
seluruh negara. Ekspo kosmetik dan makanan herba tempatan boleh diadakan . Ekspo
buah- buahan tempatan, ekspo fesyen pakaian .
K :Memperkenalkan barangan buatan Malaysia yang tinggi mutunya. Ditanggung halal
dan boleh digunakan tanpa was-was. Rakyat mudah mendapatkan barangan buatan
Malaysia dengan harga yang berpatutan. Menarik perhatian pengguna untuk membeli.
U : Komitmen bagai genggam bara api biarlah sampai jadi arang.
P : Memberi perhatian serius mempromosikan barangan.
76
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim

I : Kerajaan menjalankan karnival beli-belah peringkat kebangsaan.

M : Pelancong asing dan pengguna tempatan mempunyai pelbagai pilihan barangan .


Ba :Pasar raya besar mengadakan jualan mega atau jualan murah tentang barangan
Malaysia secara besar-besaran .Harus menetapkan hanya barangan Malaysia yang
akan ditawarkan potongan harga yang istimewa. Kempen harus diadakan secara
berterusan.
K : Menggalakkan pelancong asing dan pengguna tempatan untuk membeli barangan
Malaysia.Melariskan barangan Malaysia. Membantu merancakkan dan memacu
transformasi ekonomi negara. Memajukan industri pelancongan negara.
U: Kata orang tua-tua, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
P: Menarik minat terhadap barang buatan Malaysia.

Kesimpulan

P: Barangan Malaysia sudah mempunyai nama yang tersendiri untuk kegunaan di dalam
dan luar negara.

C: Berganding bahu dan bekerjasama bagai aur dengan tebing. Memberi perhatian serius
kepada tugas mereka dan bukan sekadar bekerja seperti melepaskan batuk di tangga.
Rakyat Malaysia patut memperkasakan satu perubahan sikap dengan membeli
barangan Malaysia. Berbangga dengan barangan Malaysia yang bermutu tinggi.

H: Barangan Malaysia dapat bersaing dan menembusi pasaran antarabangsa. Berdiri


sama tinggi dan duduk sama rendah.

Latihan 9
Golongan orang kurang upaya perlu dibantu untuk mereka dapat bersaing dan
hidup bekerjaya. Huraikan peranan yang harus dilakukan oleh pihak kerajaan untuk
membantu golongan orang kurang upaya.

Tema : Orang Kurang Upaya


Tugasan : Usaha-Usaha Membantu
Format :Huraian

Pendahuluan:

77
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim

o Terdapat insan yang kurang bernasib baik, iaitu tidak sempurna sifat fizikal mereka di
dunia ini.
o Mereka yang dilahirkan dalam keadaan yang tidak sempurna
o Kebajikan golongan kurang berupaya semakin mendapat perhatian orang ramai.
o Mempunyai hak yang sama rata dengan manusia biasa.
o Dapat menjalani kehidupan secara berdikari seperti masyarakat lain.
o Mengambil prakarsa untuk membantu meningkatkan taraf kehidupan Orang Kurang
Upaya.

I : Memberikan mereka peluang dalam bidang kerjaya.


M :Mempunyai kemahiran dan kebolehan yang unik dan tersendiri. Kualiti kerja OKU
adalah setanding, malah adakalanya lebih hebat daripada manusia normal.
Ba: Bengkel, kursus dan latihan kemahiran serta pertukangan patut diberikan. Mengambil
mereka sebagai pekerja atau melatih mereka. Banyak institusi kewangan mengambil
OKU sebagai kakitangan. Majikan Orang Kurang Upaya harus menghormati hak
pekerja mereka melalui penyediaan kemudahan, pembahagian tugas secara adil dan
pemberian ganjaran.
K: Meningkatkan industri kraf tangan Malaysia dan meningkatkan taraf hidup mereka.
Berupaya melaksanakan sesuatu amanah jika diberi peluang.
U:Pepatah Melayu menyatakan bahawa hulurkan tangan, ringankan beban.
P:Bantulah mereka berdasarkan tahap kemampuan mereka masing-masing.

I: Memperbanyak infrastruktur atau kemudahan di tempat-tempat awam.


M :Tidak perlu berebut-rebut menggunakan perkhidmatan awam. Mengalami kesukaran
kerana ketidakupayaan mereka dari segi fizikal
Ba:Mempertimbangkan keperluan Orang Kurang Upaya (OKU) semasa membina
perhentian bas, kompleks beli-belah dan bangunan pejabat. Laluan pejalan kaki atau
laluan untuk kerusi roda perlu dibuat. Tandas dan tempat letak kereta yang khas
untuk mereka juga perlu disediakan.
K: Memudahkan OKU bergerak dengan selesa. Memberikan peluang untuk menggunakan
kemudahan secara maksimum.
U: Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
P :Meringankan beban yang ditanggung dan memelihara hak golongan kurang berupaya.

I : Menyediakan kemudahan yang secukupnya dalam bidang pendidikan.

M :Dapat menempuh kehidupan yang berliku-liku dan serba mencabar ini.


Ba: Menyediakan pendidikan khas seperti bahasa isyarat kepada golongan OKU. Tulisan
Braille dicipta bagi golongan yang buta.
K :Pelajar-pelajar istimewa ini akan dapat berkomunikasi dengan orang lain melalui
bahasa isyarat. Memudahkan mereka mendapatkan pendidikan yang mendalam.
Tidak terus ketinggalan dalam arus globalisasi.
U : Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya,
P : Aspek pendidikan merupakan aset penting untuk setiap individu
78
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim

I:Taraf hidup dapat ditingkatkan dengan bantuan kewangan.

M :Mendapatkan keperluan asas untuk keluarga dan menyara perbelanjaan pendidikan


anak - anak.
Ba: Menyalurkan bantuan sara hidup setiap bulan. Menubuhkan tabung kewangan kepada
OKU. Menyediakan kemudahan pinjaman dan koperasi .Orang ramai perlu bermurah
hati dan ikhlas dalam memberi sumbangan kepada mereka.
K : Meringankan beban yang ditanggung oleh OKU yang mempunyai keluarga besar.
Membantu OKU membuka perniagaan mengikut kemahiran dan kebolehan. Wujud
kesedaran untuk bersama-sama membantu.
U :Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
P: Bertanggungjawab membantu individu-individu yang memerlukan bantuan.

Kesimpulan

P:Golongan istimewa mempunyai kelebihan dan keunikan yang tersendiri . Mereka


mempunyai hak yang sama rata dengan manusia lain.

C: Semua pihak perlulah berganding bahu bagai aur dengan tebing membantu golongan
OKU. Sikap masyarakat penyayang harus ada dalam diri membantu masyarakat kurang
bernasib baik.

H: Nasib golongan orang kurang upaya terbela dan haknya sebagai warganegara
Malaysia turut dipertahankan. Rakyat yang hidup harmoni akan terus cemerlang,
gemilang dan terbilang.

Latihan 10
Kegiatan lumba haram yang melibatkan golongan remaja seakan-akan tiada jalan
penyelesaiannya . Jelaskan peranan yang harus dijalankan untuk menangani
masalah lumba haram.

Pendahuluan

o Isu lumba haram telah menjadi isu sensasi di media massa.


79
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
o Laporan daripada akhbar tempatan :Pelumba haram dilabelkan sebagai “Samseng
Jalanan” oleh Ketua Polis Kuala Lumpur.
o Isu yang menjadi polemik pemimpin negara dan masyarakat. Isu ini seakan-akan
menjadi seperti barah yang sukar diubati.
o Pelbagai impak negatif terpaksa ditanggung oleh individu, masyarakat dan negara
o Mengapakah jalan penyelesaiannya semakin menemukan jalan buntu.
o Pelbagai usaha yang menyeluruh harus dilakukan segera.

I :Ibu bapa harus memberikan didikan agama kepada anak-anak.

M: Anak-anak ialah amanah dan tanggungjawab yang mesti dipikul oleh ibu
bapa.Golongan muda mudah terpengaruh jika tiada pegangan agama.
Ba: Mengajar anak-anak tentang hal-hal keagamaan. Membimbing anak-anak menjadi
insan yang mulia .Memantau dan mengawasi pergerakan anak-anak .Sentiasa
bertanya tentang kawan yang rakan karibnya.
K : Menjadi anak yang menghormati orang tua. Anggap lumba haram satu kegiatan yang
merugikan dan melalaikan mereka. Disiplin anak-anak lebih kukuh.
U :Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
P : Anak-anak yang bermoral tidak mudah terjebak dengan lumba haram.

I :Masyarakat memberikan kerjasama terhadap isu lumba haram

M :Masyarakat menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa. Masalah ini masalah
sosial dan perlu ditangani bersama-sama.
Ba:Membuat laporan kes lumba haram kepada pihak berkuasa. Bersikap proaktif untuk
membantu membanteras gejala ini. Perlu cakna dengan masalah yang berlaku di
sekeliling. Tidak bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-
masing.
K :Memudahkan pihak polis menjalankan siasatan dan tangkapan.
U: Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.
P : Keprihatinan masyarakat dapat mengurangkan gejala lumba haram. .

I :Pihak sekolah wajar memberikan kesedaran kepada murid.

M :Murid-murid masih leka dengan zaman remaja yang banyak membazir masa.
Ba : Kempen pemanduan berhemah dijalankan di sekolah. Pameran gambar kemalangan
ngeri daripada Jabatan Pengangkutan Jalan Raya.
K: Keinsafan tentang bahaya lumba haram. Pelajar yang mengutamakan pelajaran dan
masa depan. Murid yang berhemah tentang keselamatan diri akan dilahirkan.
U: Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
80
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
P : Peranan guru amat penting merealisasikan hasrat mencegah penglibatan murid
dalam lumba haram.

I : Pihak kerajaan menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas .

M: Undang-undang yang sedia ada masih longgar dan lemah. Remaja tidak takut akan
penguatkuasaan yang diadakan.
Ba:Undang-undang baru yang lebih berat dikenakan. Hukuman mandatori harus
dikuatkuasakan. Penguatkuasaan dilakukan secara menyeluruh. Adakan sekatan di
kawasan tumpuan lumba haram. Penguat kuasa perlu amanah dalam menjalankan
tugas.
K: Remaja takut untuk terlibat dengan lumba haram. Remaja akan berhati-hati ketika
memandu.
U: Alang-alang mandi biar basah.
P: Tangkapan dan pendakwaan boleh dilakukan dengan berkesan.

Kesimpulan

P: Gejala yang boleh mengancam wawasan negara untuk melahirkan generasi modal
insan. Gejala yang turut menggugat imej positif negara di mata dunia.

C : Semua pihak bekerjasama bagai aur dengan tebing. Sebelum nasi menjadi bubur,
remaja haruslah menggembleng tenaga untuk mengatasi kegiatan lumba motosikal
haram ini daripada terus berleluasa.

H : Remaja seharusnya memberikan sumbangan dan bakti untuk negara. “Pemuda


Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara” harus didukung oleh remaja.

Latihan 11
Majlis perpisahan murid-murid tingkatan lima akan diadakan sempena tamatnya
sesi persekolahan. Sebagai ketua tingkatan , anda telah diberi amanah untuk
menyampaikan ucapan pada majlis tersebut. Sediakan teks ucapan itu
selengkapnya.

Pendahuluan
81
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim

o Pantun pembuka majlis


o Ucapan alu-aluan
o Ucapan terima kasih atas penghormatan yang diberikan
o Erti perpisahan murid tingkatan 5.

I: Ucapan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur

M: Tanpa usaha yang bersungguh-sungguh majlis ini tidak akan berlangsung.


Ba: Kutip dana untuk menyediakan hadiah dan cenderamata. Pembekal-pembekal
barangan sekolah, PIBG, guru-guru, dan orang-orang perseorangan. Khidmat nasihat
daripada tuan pengetua.
K: Melahirkan perasaan berbesar hati dan terima kasih daripada semua pihak yang
terlibat. Mewujudkan sikap tolong-menolong dan silaturahim dikukuhkan.
U: Hidup sandar menyandar bagai aur dengan tebing.
P: Majlis yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya.

I: Segala peristiwa menjadi nostalgia terindah.

M: Semua yang dikutip di sini telah terakam dalam sebuah sejarah peribadi .Gelak ketawa
dan tangisan menghiasi kehidupan kita sebagai murid sekolah.
Ba: Pelbagai kerenah dan tingkah laku alam remaja telah kita catatkan. Belajar dan
berusaha telah menjadi asam garam bagi setiap murid di sekolah.
K: Kejayaan telah kita lakarkan untuk imej dan nama sekolah. Mengharumkan nama
sekolah di pentas akademik dan kokurikulum. Mengakrabkan hubungan antara guru dan
murid-murid.
U: Guru dan murid ibarat lirik dan melodi, pincang salah satu tempanglah kedua-
keduanya.
P: Terima kasih kepada guru. Kesabaran dan sikap berlapang dada para guru kita berjaya
sampai ke penghujung.

I: Harapan membalas jasa guru dengan pencapaian cemerlang dalam SPM

M: Medan menuntut ilmu sudah berakhir dengan berakhirnya peperiksaan SPM nanti.
Usaha gigih semua guru haruslah dibalas dengan memberikan kejayaan kepada pihak
sekolah.
Ba: Berjanji akan sedaya upaya menjawab soalan peperiksaan . Terus mengharap agar
guru memberikan restu untuk kami menduduki peperiksaan. Mendoakan kejayaan buat
kami.
82
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
K: Tidak sabar-sabar untuk menduduki peperiksaan dan menterjemahkan harapan
daripada seluruh warga sekolah.
U: Ralph Wald Emersonada berkata bahawa percaya kepada diri sendiri ialah rahsia
utama untuk mencapai kejayaan.
P: Jasa dan budi anda akan terus terpahat kukuh di dalam hati nurani kami sampai bila-
bila.

I: Guru merupakan penyuluh hidup yang sentiasa membawa sinar harapan.

M: Pelbagai perbezaan perwatakan yang kita terima daripada guru. Ada yang tergores
kerana ditegur dan dirotan kerana kita berbuat salah.
Ba: Tanamkan perasaan hormat dan sayang yang tidak berbelah bahagi kepada mereka.
Tidak ada perasaan dendam kepada guru-guru kita.
K: Tingkatkan sikap sayang kepada gurur-guru. Sentiasa mengenang dan menghargai
jasa guru yang tidak ternilai ini.
U: Janganlah bersikap seperti kacang lupakan kulit .
P: Sentiasalah kita berhubung antara satu sama lain terutama sekali dengan guru-guru.

Kesimpulan

P: Majlis yang banyak memberikan makna dan kenangan yang tidak akan dilupakan.
Perpisahan ini merupakan kehilangan kepada para guru. Bagi seseorang guru, murid
merupakan jantung dan hati mereka

C: Kita harus sentiasa menghubungi guru dengan bertanya khabar. Memberikan komitmen
jika tenaga kita diperlukan oleh sekolah ini.

H: Berjumpa dan berpisah menjadi lumrah kehidupan manusia. Mohon ampun dan maaf.

Sekian, terima kasih.

Latihan 12
Pantun Melayu mencerminkan budaya dan seni mayarakat Melayu zaman dahulu yang
harus dipertahankan oleh genarasi masa ini.Jelaskan usaha-usaha untuk mempopularkan
pantun Melayu ini.

Pendahuluan

83
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
o Malaysia sedang berhadapan dengan arus globalisasi dan modenisasi .
o Generasi muda hari ini lebih terdedah kepada alam siber dan permainan komputer
o Pantun yang merupakan warisan pusaka sejak dahulu lagi sudah dilupakan.
o Dipandang enteng serta mula tersisih daripada arus perdana kehidupan masyarakat.
o Sanggupkah kita membiarkan khazanah budaya bangsa kita lenyap begitu sahaja?
o Mencari pendekatan yang pragmatik lagi efektif bagi mempopularkan.

I : Ibu bapa memperkenalkan dan mempopularkan pantun kepada anak-anak


mereka.
M : Menjadi suri teladan kepada anak-anak yang sedang membesar.
Ba: Mendedahkan pantun kepada anak-anak mereka sejak kecil . Membelikan anak-anak
mereka buku-buku berkaitan dengan pantun. Membawa anak-anak menonton
pertandingan pantun.
Menganjurkan pertandingan melafazkan pantun melalui Hari Keluarga.
K :Memberikan peluang kepada seluruh ahli keluarga yang mengambil bahagian untuk
mencuba melafazkan pantun atau mencipta pantun. Memupuk minat mempelajari
pantun
U: Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
P: Mempopularkan genre puisi tradisional dan mengeratkan hubungan silaturahim .

I :Pembelajaran dan pengajaran pantun di sekolah haruslah diperluas

M :Generasi muda merupakan akar tunjang yang bakal mewarisi warisan pusaka masa
hadapan. Menggalakkan semua murid mengenali pantun di peringkat sekolah.
Ba : Menubuhkan kelab atau persatuan yang memberi penekanan kepada puisi tradisional
ini. Murid boleh belajar tentang cara mencipta pantun, dan melafazkan pantun.
Mengadakan pertandingan pantun peringkat sekolah dan daerah.
K: Pelajar akan rasa berminat untuk mempelajari pantun. Dapat mencungkil bakat dan
kreativiti pelajar dalam mencipta dan melafazkan pantun. Dapat mempopularkan pantun
di Malaysia.
U: Tak kenal maka tak cinta,
P: Komitmen pihak sekolah penting agar pelajar bergiat aktif mempopularkan puisi
tradisional.

I : Mengadakan pelbagai kempen cintai puisi tradisional.


M :Satu kaedah yang ampuh untuk mempopularkan pantun di negara kita.
Ba: Dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara terancang dan
berkesan .Pihak media massa menyiarkan rencana dan dokumentari
.Memperkenalkan sejarah dan cara melafazkan pantun. Peraduan mencipta pantun dan
melafazkan pantun.
84
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
K: Memberikan kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan pantun kepada
masyarakat dan negara. Menjadi lebih popular di merata-rata tempat
U: Kata peribahasa seperti pegaga tumbuh melata.
P: Kerjasama padu tanpa mengenal rasa jemu sudah pasti pantun semakin popular .

I : Program pertukaran pelajar dengan negara luar


M : Satu cara yang berkesan untuk menggalakkan orang luar mengenali pantun.
Ba :Mengadakan bengkel dan tunjuk cara pantun kepada pelajar luar. Pelajar dari luar
negara yang datang ke Malaysia akan berpeluang berpantun dan mencipta pantun.
Pelajar diperkenalkan dengan cara penyampaian pantun gaya bahasanya. Mereka akan
mengajar rakan-rakan dan ahli keluarga berpantun apabila pulang.
K :Pelajar akan rasa terhibur. Membolehkan nama Malaysia akan masyhur di persada
antarabangsa. Pantun akan terus dibacakan di seantero dunia.
U :Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
P :Mampu mempopularkan pantun kepada masyarakat luar. Mempromosikan industri
pelancongan kepada pelancong luar negara.

Kesimpulan

P: Negara Malaysia memang terkenal dengan keunikan puisi tradisional yang begitu tinggi
nilainya.
C:Tidak sepatutnya membiarkan khazanah budaya terus lenyap ditelan zaman Tidak
seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit dengan mengabaikan peninggalan
warisan nenek moyang kita. Pelbagai pihak tetap teguh memelihara khazanah budaya ini
pada setiap masa .
H :Warisan bangsa ini akan menjadi sanjungan generasi mendatang.

Latihan 13
Budaya makan bersama-sama keluarga di rumah semakin kurang diamalkan oleh
masyarakat kita. Hal ini kerana setiap orang sangat sibuk dengan kerja masing-
masing. Huraikan pelbagai kebaikan dengan makan bersama-sama keluarga.
Pendahuluan

85
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
o Waktu makan merupakan masa yang istimewa .
o Membentuk budaya makan bersama di rumah atau di luar rumah.
o Mengalakkan setiap ahli keluarga duduk bersama di meja makan.
o Budaya ini semakin dipinggirkan di kawasan bandar raya.
o Anak-anak zaman sekarang makan tanpa mengikut waktu makan .
o Bersikap mementingkan diri sendiri, enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing.
o Kebaikan makan bersama keluarga sememangnya tiada penghujungnya
o Terdapat pelbagai kebaikan dengan makan bersama-sama keluarga.

I: Meningkatkan disiplin dan adab makan

M: Adab ketika di meja makan kini semakin hilang. Anak-anak lebih gemar menikmati
makanan ketika menonton televisyen. Anak-anak akan tergesa-gesa menghabiskan
makanan .
Ba: Menetapkan disiplin atau adab di meja makan. Mengajar anak-anak menyediakan
hidangan, membasuh pinggan mangkuk, dan mengemas .
K: Ibu bapa akan ke rumah untuk makan bersama anak-anak tersayang. Kelazatan dan
kebersihan makanan serta minimum tersebut terjamin. Kesihatan dapat ditingkatkan.
U:Mencegah lebih baik daripada mengubatinya.
P: Mampu membentuk adab sopan anak-anak demi menjadikan mereka anggota
masyarakat yang berhemah.

I: Mengeratkan hubungan kekeluargaan

M: Waktu makan ialah masa yang berkualiti, tenang dan menyeronokkan.


Ba: Ibu bapa boleh berinteraksi dengan anak-anak. Berbincang sesuatu perkara yang
menggembirakan atau menyedihkan .Bertanya tentang masalah yang dihadapi. Ahli-ahli
keluarga boleh memasak bersama-sama untuk menyediakan makanan.
K: Mengesan pergerakan harian anak-anak. Kemungkinan anak-anak untuk terbabit
dalam gejala sosial dapat dikurangkan. Rumah dijadikan tempat yang menyeronokkan.
Mengekalkan institusi keluarga daripada runtuh.
U: Rumahku Syurgaku.
P: Melahirkan suasana yang aman dan damai serta harmoni .

I:Meningkatkan tahap komunikasi

M: Meluangkan masa makan bersama anak sekurang-kurangnya lima kali seminggu


adalah lebih baik. Meja makan ialah tempat yang sempurna untuk membincangkan
sesuatu berlaku dalam kehidupan setiap ahli keluarga

86
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
Ba: Berkongsi perbualan. Memberi kesempatan berkomunikasi. Membolehkan anak -anak
memerhatikan kelakuan orang lain .
K: Menjalin ikatan dan perhubungan mesra antara satu sama lain.
U: Hubungan bagai aur dengan tebing.
P: Kaedah komunikasi yang lebih canggih.

I: Mendedahkan anak-anak tentang kepentingan pemakanan seimbang

M: Anak-anak lebih mengutamakan pemakanan ringan. Pengambilan buah-buahan,


sayuran dan makanan yang ada nutrien adalah lebih tinggi.
Ba: Anak-anak akan memilih makanan yang lebih menyihatkan . Kurang mengambil
makanan goreng, lemak tepu dan pengambilan minuman manis. Menunjukkan cara
pengambilan makanan yang sihat.
K:Lebihkan pengambilan makanan berserat dan menyihatkan .Menurunkan kadar
masalah obesiti.
U:Bapa borek ,anak rintik.
P: Mampu memastikan anak membuat pilihan yang baik

Kesimpulan

P: Kebaikan dengan mengamalkan tabiat makan bersama-sama keluarga adalah tidak


ternilai harganya. Perlu menjadi agenda dan keutamaan dalam hidup kita seharian.
C: Setiap keluarga haruslah mengamalkan tabiat makan bersama dalam keluarga mereka.
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Dijadikan amalan dan
budaya yang berkekalan.
H: Makan bersama ialah resipi kebahagiaan sesebuah keluarga. Individu yang sihat akan
mampu memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemakmuran negara .Slogan,
“Rakyat Sihat Negara Sejahtera.”

Latihan 14
Amalan menabung tidak boleh diketepikan kelebihannya kerana telah dicadangkan
oleh ramai pakar kewangan. Jelaskan kebaikan amalan menabung kepada orang
ramai.

87
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim

Pendahuluan

o Kehidupan rakyat Malaysia menjadi semakin maju dan memerlukan penggunaan kos
hidup yang tinggi.
o Generasi muda perlu berjimat cermat dan sifat menabung perlu disemai.
o Amalan menabung amat penting dalam kehidupan manusia.
o Siapakah yang harus memberikan galakan kepada anak-anak untuk menabung?
o Amalan baik ini haruslah dididik oleh ibu bapa sejak kecil.
o Amalan menabung akan mendatangkan impak yang positif .

I : Menggunakan wang untuk menyambung pelajaran

M: Kos pengajian di peringkat semakin meningkat. Menampung perbelanjaan


persekolahan seperti membeli buku-buku rujukan ,membayar yuran sekolah dan
yuran kelas bimbingan luar.
Ba: Membuka akuan di bank dengan bantuan daripada ibu bapa. Menabung dalam jumlah
yang konsisten setiap bulan. Wang simpanan tidak dibelanjakan untuk kepentingan
peribadi.
K: Ibu bapa kita tidak perlu bergolok bergadai untuk membiayai kos pelajaran anak-anak.
U: Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
P: Kehidupan masa hadapan lebih terjamin sekiranya ada tabungan.

I :Wang yang disimpan dapat digunakan pada waktu kecemasan

M : Malang tidak berbau, nasib buruk seseorang itu sukar dijangkakan oleh sesiapa.
Ba: Membantu orang yang berada dalam keadaan susah. Digunakan untuk masalah
kesihatan, ditimpa bencana alam dan tragedi kemalangan jalan raya.
K: Boleh membantu keluarga dan saudara kita apabila kecemasan berlaku. Memudahkan
segala urusan pada masa hadapan.
U: Sediakan payung sebelum hujan.
P: Bersedia menghadapi saat-saat kecemasan

I: Menyemai tabiat berjimat cermat

M: Orang yang sering mengalami kesempitan wang tidak berhemat dalam berbelanja ..
Ba:Sikap boros berbelanja sepatutnya diganti dengan didikan dan amalan menabung.

88
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
Mengelakkan sikap suka berhutang dalam kalangan masyarakat
K: Dapat mengelakkan diburu pemiutang atau diisytiharkan muflis apabila gagal
membayar hutang. Tidak akan boros dalam perbelanjaan seharian .
U: Amalan menabung bertepatan dengan peribahasa, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
P: Sikap berhemah dan bijak mengurus kewangan akan dapat ditingkatkan.

I : Amalan menabung penting untuk hari tua

M :Masalah kesihatan pada hari tua tidak dapat dijangkakan. Kehidupan akan menjadi
lebih selesa apabila tiada masalah kewangan.
Ba:Digunakan untuk kos perubatan dan sara hidup kerana sudah tidak bekerja.
K: Mampu menjamin kestabilan hidup kita di dunia. Kemaslahatan diri dan keluarga
akan terpelihara. Dapat menikmati kehidupan yang lebih gembira dan selesa.
U: Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian.
P: Masa depan kita lebih terjamin apabila menabung.

Kesimpulan

P: Amalan menabung memberikan pelbagai kemaslahatan kepada umat manusia.

C: Kita perlu berfikiran positif untuk memastikan amalan menabung dapat menjadi amalan
masyarakat Malaysia .Bijak merancang kewangan hidup kita dengan mengamalkan
budaya menabung wang sejak kecil lagi.

H:Dapat merealisasikan impian diri sendiri malahan negara

Latihan 15

89
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
Pasar raya besar tidak asing lagi dengan kehidupan masyarakat Malaysia,
khususnya masyarakat bandar.Pasar raya besar telah menjadi tumpuan kerana
terdapat pelbagai kebaikan kepada rakyat.Jelaskan kebaikan pasar raya tersebut.

Pendahuluan :

o Pelbagai nama ,seperti "Jualan Murah", "Diskaun Hebat", "Jualan Penghabisan Stok",
"Jualan Mega" dipamerkan .
o Contoh Giant, Ikea, Jusco dan Tesco.
o Pusat beli-belah bersaiz mega dan menyediakan pelbagai keperluan.
o Terdapat di pusat bandar dan menjadi tumpuan pada awal bulan dan musim
perayaan.
o Seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
o Pengguna pasti akan berpusu-pusu ke pusat beli-belah
o Memberikan banyak manfaat dan keburukan kepada pengguna.

I : Menjimatkan masa

M : Kesibukan masyarakat dalam menguruskan urusan harian dan memenuhi tuntutan


pekerjaan. Kos sara hidup tinggi dan kenaikan harga barang .
Ba : Membeli barang keperluan dalam satu bangunan dan dapat membeli barangan
secara pukal .Semua kelengkapan dan kemudahan disediakan oleh pemilik pasar
raya.Barang keperluan harian dan urusan peribadi terletak berdekatan.
K : Tidak perlu ke tempat yang lain untuk membeli barang atau untuk urusan
peribadi.Tiada amalan pembaziran masa.
U/AT : Samuel Johnson, iaitu masa depan itu haruslah dibeli oleh masa sekarang.
P : Pengguna dapat mengurus masa secara teratur dan dimanfaatkan dengan bijak dan
berkesan.

I : Harga berpatutan

M: Harga barang keperluan yang dijual di beberapa pasar raya besar lebih murah
berbanding di kedai biasa dan pasar basah.Tiada unsur penipuan dalam menetapkan
harga.
Ba : Menawarkan potongan harga yang banyak , seperti Karnival Jualan Mega dan Jualan
Akhir Tahun.Membeli secara pukul akan memperoleh potongan harga yang banyak.
K : Dapat membeli dengan lebih banyak dan dapat mengurangkan amalan pembaziran.
Dapat memenuhi keperluan pelanggan khususnya menjelang sesuatu perayaan.Boleh
merancang perbelanjaan agar tidak berhutang pada hujung bulan.
U/AT : Beringat sebelum kena dan berjimat sebelum habis.
P : Menjimatkan pengguna dalam membuat urusan pembelian.

I :Membeli dalam keadaan selesa

90
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
M: Pasar raya menyediakan ruangan beli-belah yang selesa .Keselesaan amat penting
untuk membeli-belah dalam tempoh masa yang lama.
Ba: Dilengkapi kemudahan pendingin hawa, tandas awam dan tempat bersolat .Tangga
bergerak dan tempat letak kenderaan disediakan untuk pelanggan.
K: Pelanggan berasa nyaman dan tidak berasa panas .Memudahkan pelanggan membawa
barangan dari satu tempat ke tempat yang lain.Ruangan solat pula dapat memudahkan
pelanggan beragama Islam menjalani ibadat.
U: “Keselesaan dan kepuasan anda ialah keutamaan kami.” Kata-kata daripada
Pengurus Pasar Raya Giant .
P: Keselesaan kemudahan perlu ditingkatkan untuk menarik pengunjung .

I: Membuka peluang pekerjaan

M: Banyak peluang pekerjaan yang dapat diwujudkan. Belia lepasan sekolah memang
memerlukan pekerjaan untuk membaiki nasib diri dan keluarga.
Ba:Kewujudan pelbagai pasar raya , seperti Giant dan Mydin memerlukan guna tenaga
pekerja tempatan.Iklan jawatan kosong diwara-warakan di media massa .
K:Pekerja tempatan dapat bekerja sebagai pengawal keselamatan , juruwang tukang
sapu.Membantu melicinkan operasi perniagaan sehingga pukul 10.00 malam.
U/AT: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Jelaing
Mersat berkata, keutamaan kepada anak tempatan untuk bekerja harus melibatkan
semua peringkat jawatan.
P:Pekerja yang terdiri daripada rakyat Malaysia akan merancakkan kemajuan pasar raya di
Malaysia.

KESIMPULAN

P : Pasar raya besar merupakan tempat yang popular kepada masyarakat Malaysia
sebagai gedung membeli-belah . Kewujudan pasat raya besar telah memberikan
banyak manfaatnya.

C : Semua pihak perlu memainkan peranan untuk memajukan dan menyokong kewujudan
pasar raya.Keutamaan barangan buatan Malaysia harus menjadi pilihan pasar raya.

H : Kerajaan membangunkan dan menaik taraf pasar-pasar raya yang sedia ada agar
terus menjadi destinasi utama untuk membeli-belah.

BAHASA MELAYU 2 (1103/2)

91
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim

Soalan 1 Rumusan 30 markah

Soalan 2 35 markah
2(a) Pemahaman Petikan Rumusan 9 markah
2(b) Prosa Moden Cerpen /Drama 9 markah
2(c) Prosa Klasik Tradisional 8 markah
2(d)Puisi Tradisional/Sajak 9 markah

Soalan 3 Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa 30 markah

3(a) Menulis Ayat


3(b)Analisis Ayat
3(c) Kesalahan Ejaan dan Imbuhan
3(d) Kesalahan Istilah dan Tatabahasa
3(e) Peribahasa

Soalan 4 (Novel)

4(a)Kemahiran sastera ( Satu buah novel) 7 markah


4(b) Kemahiran Berfikir dan Sastera (Dua buah novel) 8 markah
15 markah

Jumlah Keseluruhan 110 markah

TUNTUNAN PENULISAN RUMUSAN

92
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
1. Baca arahan soalan. Garis kata tugasan soalan. Lihat arahan kepanjangan
rumusan. Patuhi arahan itu.

2. Contoh soalan : Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian buat rumusan
tentang tindakan menangani kemasukan pendatang tanpa izin dan kesan negatif
kepada negara.

Tema /Isu : pendatang tanpa izin


Tugasan Tersurat (S) : tindakan
Tugasan Tersirat (T) : kesan negatif kepada negara

3. Tugasan –Tugasan Soalan Rumusan (SeKeCaM+TCP)

Se : sebab/ faktor / punca /


Kata tugas : kerana, disebabkan, tidak, kurang, gagal

Ke : kesan baik / kepentingan/faedah / manfaat/kelebihan


:kesan buruk / implikasi / impak / natijah / akibat
Kata tugas: supaya, untuk, bagi, akan, boleh, dapat

Ca : cara / langkah / usaha / kaedah/tindakan


Kata tugas : harus, perlu, mesti , wajar, hendaklah, patut , telah
M :masalah / kemelut / halangan / kekangan / rintangan
Kata tugas : Apakah masalah itu.

T : tugas/peranan /tanggungjawab/kewajipan
Kata tugas : Apakah tugas itu.

C: Ciri/Kriteria/Sifat
Kata Tugas : Apakah ciri itu.

P :Persediaan/Keperluan/Persiapan/Kesiapsiagaan
Kata tugas:mempunyai/memiliki/menguasai/mengetahui

Contoh Penulisan Pendahuluan

Rumusan membincangkan cara-cara menangani kemasukan pendatang tanpa izin


13
dan kesan negatif kepada negara.

Bilang jumlah perkataan selepas selesai menulis pendahuluan. Tuliskan jumlah di hujung
ayat pendahuluan .Langkah ini berterusan daripada isi tersurat, isi tersirat dan
kesimpulan .

4. Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan :


93
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
o Nama khas . Contoh Sekolah Menengah Teriang Hilir.
o Perkataan berulang . Contoh bercakap-cakap, sekolah-sekolah
o Tarikh. Contoh 6 Disember 1969
o Angka ditulis dengan nombor atau perkataan . Contoh 10,734 atau dua ratus lima
puluh.
o Gelaran . Contoh Tan Sri Mohamad Nasir
o Peribahasa.
o Penggunaan kata depan. Contoh ke hadapan, di rumah tidak perlu dikira satu
perkataan.

5. Isi Tersurat (S)


o Isi hanya terdapat dalam petikan
o Baca dari awal petikan sehingga akhir petikan dan garis isi mengikut tugasan soalan.
o Jangan tukarkan makna perkataan .
o Cadangan isi : 6 hingga 7 isi
o Isi ditulis dalam perenggan yang kedua
o Gunakan penanda wacana untuk menyambung isi. Contoh : … Yang pertama,
Seterusnya, Selanjutnya, Sementara, Selain itu, Faktor/Cara/Kesan lain, Yang
terakhir,..
Contoh penulisan Isi Tersurat
Tindakan utama ialah pihak kerajaan menguatkuasakan undang-undang yang
lebih berat. 19 Selain itu, masyarakat membuat laporan kepada pihak berkuasa. 27
6. Isi tersirat.(T)

o Isi menjawab tugasan kedua soalan.


o Isi tiada dalam petikan rumusan.
o 2 atau 3 isi tersirat diperlukan.
o Isi tersirat ditulis dalam perenggan ketiga .
o Gunakan penanda wacana untuk menyambung isi.
70
Kesan negatif yang pertama ialah pelbagai penyakit berbahaya melanda negara.
Selanjutnya, industri pelancongan negara akan merosot. 76
7. Kesimpulan

Ada dua bahagian


o Bahagian pertama cadangan atau pendapat anda tentang isu dalam petikan
o Bahagian kedua ialah harapan yang diperoleh daripada cadangan anda tentang isu
itu.
o Gunakan kata hubung (supaya, bagi, untuk, agar ).
Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama membanteras kemasukan pendatang
tanpa izin supaya keselamatan negara dapat dikekalkan. 115
( 115 patah perkataan)

94
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
Contoh Soalan

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca
berkurangnya bekalan air bersih dan cara-cara menyedarkan masyarakat supaya
berhemat dalam penggunaan air. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.

Air merupakan sumber yang penting untuk kelestarian dan kelangsungan


kehidupan. Air diperoleh secara semula jadi daripada pelbagai sumber dan sungai
merupakan sumber air yang utama di negara ini. Negara kita mempunyai lebih daripada
150 batang sungai yang menjadi sumber air mentah utama. Walau bagaimanapun,
Malaysia terdedah kepada risiko kekurangan bekalan air jika sumber air tersebut tidak
dijaga dan diurus dengan baik.S1 Oleh itu, pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air
sangat perlu diberikan perhatian bagi menjamin bekalan air yang mencukupi.

Peningkatan permintaan air oleh pengguna S2 akibat pertambahan bilangan


penduduk menyebabkan berlakunya penyusutan bekalan air. Krisis air juga berlaku
disebabkan oleh sikap pengguna yang sering menggunakan air secara berlebihan.S3
Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara purata setiap rakyat Malaysia menggunakan
380 liter air sehari, iaitu melebihi keperluan biasa yang disarankan oleh Perubahan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebanyak 50 liter sehari. Keadaan ini berlaku kerana sikap
sebahagian rakyat Malaysia yang tidak menghargai air sehingga melakukan
pembaziran.S4 Sumber bekalan air negara juga terjejas disebabkan oleh pembangunan
yang tidak terancang.S5 Hal ini demikian kerana aktiviti pembalakan dan perancangan
bandar tidak diurus dengan baik. Sehubungan dengan itu, semua pihak yang
bertanggungjawab perlu mengambil inisiatif untuk menangani isu pembalakan dan
pembangunan yang tidak terancang ini.

Malaysia juga pernah dilanda beberapa episod krisis air kesan daripada perubahan
S6
iklim, misalnya fenomena El Nino yang telah menyebabkan berlakunya kemarau
panjang. Pada masa itu, kerajaan terpaksa mencatu bekalan air akibat sumber air yang
semakin susut. Selain itu, pelepasan sisa toksik daripada aktiviti industri ke sungai-
sungaiS7 telah menyebabkan air tercemar. Hal ini menimbulkan kesulitan kepada
penduduk di negara ini, terutamanya bagi penduduk yang menjadikan sungai sebagai
sumber air. Di samping itu, kewujudan tapak pelupusan sampah berhampiran dengan
sungai S8 yang menghasilkan air licik telah mencemarkan air sehingga menyebabkan
berkurangnya sumber bekalan air bersih. Keadaan yang berlaku ini menunjukkan kualiti air
sungai semakin merosot

Selain faktor-faktor di atas, masalah kecurian air S9 juga menjadi salah satu sebab
berlakunya krisis air. Sehubungan dengan itu, terdapat keperluan yang mendesak bagi
mewujudkan satu dasar yang menyeluruh untuk menjadikan panduan dalam
melaksanakan urus tadbir sumber air yang baik dan bersepadu. Sesungguhnya, masa
depan dan nasib sumber air negara terletak di tangan kerajaan rakyat.

95
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
Soalan 2(a) –Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan


ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata menimbulkan kesulitan. [ 2 markah]

(i) Dalam petikan terdapat beberapa langkah untuk mengatasi masalah kekurangan air
bersih. Apakah langkah-langkah tersebut? [ 3 markah]
(ii) Negara kita telah beberapa kali menghadapi krisis bekalan air.Huraikan pendapat
anda tentang cara yang berkesan bagi menangani krisis tersebut. [ 4 markah]

Contoh Penulisan Rumusan Lengkap


Rumusan membincangkan sebab-sebab berkurangnya bekalan air bersih dan cara-
cara menyedarkan masyarakat supaya berhemat dalam penggunaan air. 16

Punca-punca berkurangnya bekalan air bersih ialah sumber air tersebut tidak dijaga
dan diurus dengan baik.31 Kedua, peningkatan permintaan air oleh pengguna . 37 Ketiga,
sikap pengguna yang sering menggunakan air secara berlebihan. 46
Seterusnya,sebahagian rakyat Malaysia yang tidak menghargai air sehingga melakukan
pembaziran.57 Selain itu,pembangunan yang tidak terancang. 63 Punca lain ialah kesan
daripada perubahan iklim.70Yang terakhir,pelepasan sisa toksik daripada aktiviti industri
ke sungai-sungai.79
Cara-cara menyedarkan masyarakat supaya berhemat dalam penggunaan air
ialah kerajaan mengadakan kempen kesedaran kepentingan air bersih. 94 Kedua, guru
memberikan didikan kepenggunaan air kepada murid.102

Kesimpulannya, pengguna haruslah menggunakan air bersih secara berhemat agar


dapat mengelakkan pembaziran air.105

( 105 patah perkataan)


Jawapan Soalan 2 (a)

(iii) Maksud rangkai kata itu ialah menyebabkan kesusahan.

(ii) Langkah-langkah tersebut ialah pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air.Selain


itu, semua pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil inisiatif untuk menangani isu
pembalakan dan pembangunan yang tidak terancang ini.Ketiga, kerajaan terpaksa
mencatu bekalan air.

(iii) Pada pendapat saya cara yang berkesan bagi menangani krisis tersebut ialah
kerajaan membina lebih banyak empangan untuk simpanan air .Kedua, kerajaan perlu
mencari sumber air yang baharu untuk langkah keselamatan jika air tiada.Ketiga ,
kerajaan boleh mengimport air dari negara lain untuk memenuhi permintaan pengguna.
96
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
Latihan 1 (SPM 2019)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan-peranan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan cara-cara menarik minat ibu bapa bergiat aktif
dalam PIBG. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ialah entiti utama sesebuah sekolah dan asas
penubuhannya termaktub dalam Akta Pendidikan 1961. Objektif penubuhan PIBG perlulah
mendukung visi yang selari dengan dasar-dasar negara seperti Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Sehubungan dengan itu, PIBG berfungsi sebagai
wahana yang membolehkan ahli berkongsi maklumat melalui pelbagai medium. Namun demikian,
penglibatan ibu bapa dalam menjayakan aktiviti PIBG masih rendah.

Perlembagaan PIBG menetapkan bahawa keahliannya hendaklah terdiri daripada guru


sekolah dan ibu bapa yang anak mereka menuntut di sekolah itu. Pihak PIBG perlu mengadakan
program-program yang dapat menemukan ibu bapa dengan guru-guru yang mengajar anak
mereka untuk menjalinkan ukhuwah antara kedua-dua pihak. Seterusnya, PIBG juga dapat
merapatkan hubungan sesama ibu bapa demi kebajikan anak-anak mereka. Mereka dapat
berjumpa dan bertanya khabar semasa perjumpaan Mesyuarat Agung PIBG dan program gotong-
royong yang diadakan pada setiap tahun. Di samping itu, PIBG juga boleh menjadi perantara
pihak tertentu dengan pihak sekolah. Misalnya, PIBG dijadikan platform oleh pihak luar untuk
melaksanakan sebarang aktiviti yang memberikan faedah kepada sekolah. Selain itu, pihak PIBG
juga boleh membantu untuk menyelesaikan masalah ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan
tindakan segelintir guru.

Selari dengan perlembagaannya, PIBG boleh bertindak untuk melengkapkan prasarana fizikal
sekolah seperti penyediaan akses jalur lebar, perpustakaan yang lengkap dan kemudahan sukan
yang berkualiti. Bagi meningkatkan pencapaian akademik pula, PIBG boleh menubuhkan tabung
pendidikan untuk menambahkan sumber kewangan yang dapat memberikan manfaat kepada
warga sekolah. Dalam hal ini, PIBG perlu merancang dan melaksanakan pelbagai program seperti
aktiviti amal dan mendapatkan sumbangan daripada pihak tertentu. Malah, pihak PIBG juga dapat
membantu dalam menjayakan sesuatu program yang dirancang oleh pihak sekolah dengan
melibatkan diri secara langsung dalam semua program. PIBG juga boleh bertindak sebagai
penganjur aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dengan mengadakan hari kerjaya, forum perdana dan
pemeriksaan kesihatan. Namun demikian, terdapat sesetengah ahli PIBG, khususnya ibu bapa
tidak memberikan kerjasama terhadap aktiviti-aktiviti tersebut.

Sesungguhnya, PIBG dapat membantu pihak sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan


akademik, sahsiah dan kokurikulum dengan mengambil langkah yang konkrit, sistematik dan
pragmatik. Hal ini demikian kerana kejayaan dalam membangunkan modal insan bukan hanya
terletak pada bahu pihak sekolah mahupun pihak kerajaan tetapi turut didukung oleh ibu bapa.
Oleh itu, usahlah kita memandang enteng akan kewibawaan PIBG.

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

(i) Berikan maksud rangkai kata memandang enteng. [2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa masalah yang dihadapi oleh PIBG .

0 Nyatakan masalah-masalah tersebut. [3 markah]

97
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
(iii) Kehadiran ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG amat penting kerana di situlah wadah
terbaik untuk berbincang tentang kecemerlangan anak-anak.Pada pendapat anda, apakah
langkah-langkah untuk meningkatkan kehadiran ibu bapa dalam Mesyuarat Agung PIBG?

[4 markah]

Latihan 2

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan-
kelebihan memiliki aura positif dan cara-cara membentuk aura positif dalam
kalangan remaja. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Aura boleh diertikan sebagai suasana atau perasaan halus yang menyelubungi diri
seseorang atau sesuatu. Aura tenaga ini terdiri daripada ion positif dan ion negatif. Aura
seseorang itu memancar dan berupaya mempengaruhi setiap orang di sekelilingnya,
walaupun dengan kata-kata. Remaja yang beraura positif sememangnya senang didekati
dan dihampiri kerana aura positif yang terpancar di wajahnya akan menjadi magnet
menarik perhatian orang lain untuk mendekati dirinya tanpa ada perasaan takut.

Persekitaran keluarga yang positif berperanan penting dalam usaha untuk


membina aura positif. Ibu bapa yang sentiasa mengungkapkan kata-kata positif pastinya
dapat membentuk sikap anak-anak yang tidak berputus asa ketika berhadapan cabaran.
Sebaliknya, anak-anak tidak menganggap kegagalan sebagai suatu musibah yang besar.
Pada masa yang sama, ibu bapa yang mengekalkan aura positif akan sentiasa mendidik
anak-anak dengan penuh kasih sayang sehingga mampu menjadikan anak-anak berfikiran
matang khususnya untuk membantu remaja menghadapi fasa kritikal pencarian identiti
dan tujuan hidup mereka. Selain itu, pendekatan psikologi yang ada dalam aura positif
perlu digunakan dalam mendidik anak-anak agar anak-anak lebih berkeyakinan dan
berusaha membaiki kelemahan dirinya.

Remaja sering ditimpa sesuatu perkara yang membuatkannya berubah menjadi


marah dan sedih.Ada juga remaja telah menjadi murung . Keadaan ini menyebabkan
gelombang negatif masuk ke dalam tubuh remaja tersebut. Dalam hal ini, remaja yang
beraura positif berupaya mengawal keadaan emosi, mental, fizikal dan tahap kerohanian
dalam dirinya. Hakikatnya, semua aura pada asalnya bersifat positif tetapi perasaan
negatif dalam diri seseorang dapat menukarkan aura positif kepada aura negatif. Selain
itu, keadaan fizikal yang lemah disebabkan sakit, depresi atau keletihan dapat
mengganggu lingkaran aura positif yang menyelubungi diri. Malahan pengaruh oleh
elemen dari luar atau dalaman seseorang itu sendiri turut menyumbang kepada
perubahan tersebut.

Secara tuntasnya, remaja sering mempelajari sesuatu perkara daripada sumber


penyalur informasi seperti media massa. Rancangan yang berunsurkan keganasan dan
seksual tidak sesuai untuk ditonton oleh golongan remaja yang tahap pemikirannya masih
belum matang. Tidak mustahil juga aksi dan perlakuan negatif yang dipersembahkan oleh
media itu akan ditiru oleh remaja yang akan mengurangkan aura positif anak-anak. Dalam
konteks ini, ibu bapa perlu melaksanakan akitiviti yang boleh menyuburkan minda mereka
dengan pelbagai ilmu yang bermanfaat. Hasilnya, anak-anak lebih bijak memilih bahan
98
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
media yang betul. Hakikatnya, anak-anak yang beraura positif akan memiliki keperibadian
yang baik dan bercita-cita untuk berjaya dalam kehidupan.

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan


ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menyuburkan minda. [2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan beberapa keadaan yang boleh menukarkan aura positif
kepada aura negatif dalam diri sesorang.Nyatakan keadaan-keadaan tersebut.
[ 3 markah]

(iii) Segelintir remaja sering berdepan dengan masalah tekanan perasaan dalam
kehidupan mereka.Pada pendapat anda, apakah punca-punca remaja menghadapi
masalah tersebut?
[ 4 markah]

Latihan 3

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan
disiplin dalam kalangan murid dan cabaran untuk mendisiplinkan murid. Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Disiplin ialah kemahuan untuk mentaati atau menghormati peraturan baik dalam
keagamaan, etika sosial mahupun dalam sesebuah organisasi. Seseorang yang
berdisiplin apabila melakukan pelanggaran terhadap disiplin, walaupun sedikit, tetapi dia
tetap akan berasa bersalah kerana mengkhianati diri sendiri yang menjatuhkan maruah
dirinya. Pelanggaran terhadap disiplin juga boleh menjejaskan hubungan antara individu
berkenaan dengan orang-orang di sekelilingnya.

Dalam konteks sekolah, disiplin adalah satu peraturan yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah untuk memastikan murid bertingkah laku baik. Perlakuan murid yang baik
mencerminkan tahap disiplin sesebuah sekolah. Sekolah yang terkawal disiplinnya
menjadi pilihan ibu bapa untuk menyekolahkan anak-anak mereka. Selain itu, murid dapat
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Penerapan nilai murni dalam diri
murid akan memberi persepsi positif dalam kalangan ibu bapa terhadap tingkah laku anak-
anak mereka. Malah murid yang berdisiplin kelihatan berkeperibadian tinggi dan
berketerampilan. Seorang murid yang mempunyai personaliti yang baik lazimnya bersedia
untuk belajar. Disiplin yang dikenakan juga dapat mengawal murid daripada melakukan
perkara-perkara negatif. Murid akan dikawal daripada merosakkan harta benda sekolah
dan terlibat dalam pergaduhan di kawasan sekolah.

Seandainya seseorang murid berdisiplin, maka murid boleh mengawal diri di dalam
kelas semasa proses pembelajaran dan pengajaran sedang berlangsung. Murid dapat
99
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
belajar dengan tenang dan selesa kerana tiada gangguan semasa guru sedang mengajar.
Lantaran itu, murid dapat memahami kandungan pembelajaran dengan mudah dan
berkesan. Pada masa yang sama, murid tidak mudah terjebak dalam sebarang masalah
disiplin di sekolah seperti ponteng kelas atau lewat masuk ke kelas. Hal ini akan
memudahkan pihak sekolah melaksanakan semua program sekolah dengan lancar. Faktor
disiplin juga memainkan peranan utama menentukan kejayaan seseorang murid dalam
pelajaran Hal ini terbukti apabila keputusan peperiksaan SPM diumumkan, murid yang
mempunyai tahap disiplin tinggi dapat menempa kejayaan cemerlang.

Murid haruslah mengetepikan permasalahan peribadi agar mudah memperoleh ilmu


yang disampaikan oleh guru. Murid yang berdisiplin dapat menjamin keberkesanan dalam
pembelajaran. Oleh itu, hubungan yang baik dan harmonis antara guru dengan murid
sangat penting dalam mewujudkan suasana kondusif di sekolah. Tanpa disiplin, murid
tidak akan ke mana-mana dan sukar untuk beroleh kejayaan.

Soalan 2(a) – Petikan Umum

(i)Berikan maksud rangkai kata persepsi positif berdasarkan petikan . [2 markah]

(ii)Pengarang menyatakan beberapa kesan jika para murid tidak berdisiplin.


Nyatakan kesan-kesan tersebut. [3 markah]

(iii)Ibu bapa berperanan penting dalam membentuk disiplin anak-anak agar menjadi insan
yang berakhlak mulia dan bersahsiah baik.Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha
yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mendisiplinkan anak-anak?
[4 markah]
Latihan 4

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca
kemerosotan kualiti alam sekitar dan langkah-langkah penjagaan alam sekitar.
Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Isu kemerosotan kualiti alam sekitar telah hangat dibicarakan sejak beberapa dekad
yang lalu. Hasil kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa terdapat banyak faktor yang
menyebabkan berlakunya penurunan kualiti alam sekitar di negara kita. Penurunan ini
berkait rapat dengan pencemaran alam yang disebabkan oleh aktiviti manusia yang dilihat
semakin rakus.
Punca pencemaran udara yang utama di negara kita ialah pelepasan asap kenderaan
dan asap daripada sektor perkilangan. Dari setahun ke setahun, bilangan kenderaan
bermotor di negara kita terus meningkat sama ada kenderaan bermotor untuk kegunaan
individu ataupun komersial. Pertambahan ini menyebabkan semakin banyak asap
dilepaskan ke udara. Pelepasan asap daripada sektor perkilangan turut menyebabkan
bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) meningkat menyebabkan kualiti alam sekitar
semakin tenat. Selain itu, pembakaran terbuka tanpa kawalan juga menjadi punca
pencemaran udara di negara kita. Kejadian jerebu yang melanda negara pada tahun 2014
dan 2015 kerana pembakaran hutan di negara jiran menyebabkan keseluruhan ruang
100
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
udara mencatatkan IPU yang tidak sihat, malah mencapai paras kritikal. Fenomena ini
menyebabkan gangguan kepada aktiviti seharian rakyat Malaysia khususnya golongan
pelajar.
Masalah pembuangan sisa toksik ke dalam sistem saliran seperti sungai dan parit
menyebabkan berlakunya pencemaran air. Hal ini ditenatkan lagi oleh sikap pemilik kapal
dagang dan bot nelayan yang membuang minyak kotor ke dalam laut. Pencemaran laut
yang keterlaluan akan menyebabkan hidupan semula jadi di dalam dan pinggir laut
musnah secara perlahan-lahan. Lebih menyedihkan terdapat segelintir pengusaha sektor
perladangan membuang baja kimia dan racun sampai ke dalam sungai. Pencemaran alam
sekitar juga dikaitkan dengan sikap individu yang membuang sampah sarap dan bahan
buangan ke dalam sungai atau sistem saliran. Kajian mendapati bahawa 9 peratus atau 43
batang sungai di negara ini telah tercemar. Kebanyakan sungai yang tercemar terlekat di
kawasan bandar. Pembinaan taman perumahan yang semakin pesat turut menjadi
penyebab kualiti alam sekitar semakin merosot. Kawasan bukit yang dahulunya subur
menghijau ditarah dan diratakan untuk digantikan dengan bangunan konkrit.
Pembangunan dan proses pembandaran yang tidak terancang ini menyebabkan kejadian
banjir kilat dan tanah runtuh semakin kerap berlaku.

Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab dan berpendidikan serta terdedah


kepada penyebaran maklumat melalui pelbagai media, kita seharusnya sedar bahawa kita
sama-sama menggalas obligasi untuk menjaga kelestarian alam ini. Alam ini perlu
diwariskan kepada generasi akan datang untuk memastikan mereka dapat menikmati
keindahan dan kelebihan yang dianugerahkan Maha Pencipta.

Soalan 2(a) – Petikan Umum

(i)Berikan maksud rangkai kata paras kritikal . [2 markah]

(ii)Pengarang mengemukakan beberapa kesan yang timbul disebabkan oleh kemerosotan


kualiti alam sekitar.Nyatakan kesan-kesan tersebut.
[3 markah]
(iii) Masyarakat terus melakukan pencemaran alam sekitar walaupun pelbagai kempen
kesedaran telah dilaksanakan. Pada pendapat anda, mengapakah berlakunya kegagalan
kempen-kempen tersebut? [ 4 markah]

Latihan 5

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha
melestarikan permainan tradisional dan kekangan-kekangan untuk memajukannya.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.

Permainan tradisional diangap sebagai pelengkap alam kanak-kanak pada masa


silam untuk berkongsi keriangan dan kegembiraan. Permainan tradisional dapat mengisi
masa lapang dan meningkatkan daya kreativiti seseorang .Namun permainan tradisional

101
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
bukan lagi menajdi resam kepada kanak-kanak masa ini yang begitu terdedah kepada
peralatan telekomunikasi yang amat mengasyikkan dan menenggelamkan beberapa jenis
permainan tradisional yang tersohor pada suatu ketika dahulu. Ekoran daripada itu,
permainan tradisional semakin dilupakan.Namun masih terdapat prakarsa untuk terus
melestarikan sekali gus mengembalikan nostalgia warisan budaya ini.

Permainan tradisional sebenarnya dapat memupuk semangat berpasukan dan


melatih kekuatan mental dan fizikal seseorang .Secara tegasnya, permainan tradisional
memang wajar diketengahkan pada peringkat negara dan serantau. Minat yang mendalam
terhadap permainan tradisional seperti wau, layang-layang, sepak raga dan gasing tidak
cukup sekiranya tiada kemudahan untuk permainan ini. Kerajaan haruslah menyediakan
lebih banyak tempat atau gelanggang permainan tradisional. Berkaitan dengan pembinaan
gelanggang, kerajaan boleh memajukan permainan ini dengan menyediakan jurulatih di
setiap gelanggang yang telah disediakan. Pada masa yang sama, masyarakat tempatan
berganding bahu mewujudkan tapak permainan tradisional di kawasan tempat tinggal
mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik perhatian penduduk sekitar untuk
beriadah bagi mengeratkan silaturahim sesama mereka.

Di samping itu, hotel tempatan patut menyediakan ruang dan tapak serta alat
permainan tradisional kepada pelancong asing. Sempena Tahun Melawat Malaysia, setiap
negeri perlu mengetengahkan permainan tradisional dalam acara yang disusun bagi
menyerlahkan warisan seni budaya yang penuh nilai estetika bagi menggamit pelancong.
Sebagai contoh, kerajaan Kedah merancang menganjurkan program sukan, Eagle Cup
Sepak Takraw bersempena Tahun Melawat Kedah 2016. Selain itu, Festival layang-layang
Sedunia Pasir Gudang yang dianjurkan setiap tahun perlu diteruskan untuk menarik lebih
banyak pengunjung dari dalam dan luar negara.

Usaha menghidupkan kembali permainan tradisional boleh dilakukan oleh pihak


sekolah dengan menganjurkan Kelab Permainan Tradisional dalam aktiviti kokurikulum.
Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
turut memperuntukkan bidang seni dan budaya dalam aktiviti kokurikulum. Seni, warisan
dan budaya bangsa Malaysia yang dimaksudkan termasuklah tarian, muzik, kraf, tulisan
jawi ,syair, permainan tradisional dan seni pertahanan diri. Penyebaran maklumat tentang
permainan tradisional kepada masyarakat melalui media massa juga tidak harus
dipandang remeh. Hal ini kerana media merupakan saluran utama dalam pencarian
maklumat terutama dalam kalangan remaja.

Soalan 2(a) – Petikan Umum

(i)Berikan maksud rangkai kata mengembalikan nostalgia. [ 2 markah]

(ii)Permainan tradisional mampu merapatkan hubungan silaturahim antara anggota


masyarakat.Apakah kepentingan-kepentingan lain permainan tradisional dalam
kehidupan?
[3 markah]
(iii) Permainan tradisional mampu merangsang perkembangan minda kanak-kanak.
102
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
Nyatakan peranan ibu bapa bagi menggalakkan anak-anak melibatkan diri dalam
permainan tersebut. [4 markah]

Latihan 6

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang manfaat-
manfaat ekonomi digital dan kekangan-kekangannya. Panjangnya rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 perkataan.

Kerajaan amat menekankan satu lagi cabang ekonomi yang sedang pesat
merangsang pertumbuhan ekonomi seluruh dunia yang dikenali sebagai ekonomi digital.
Ekonomi bentuk baharu ini yang diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri disifatkan
sebagai enjin pertumbuhan baharu ekonomi Malaysia. Pada hari ini, kebanyakan
usahawan telah beralih menjalankan perniagaan daripada berbentuk konvensional kepada
premis perniagaan alam maya. Premis perniagaan alam maya sama ada melalui laman
sesawang, blog mahupun laman sosial yang lain telah menjadi trend baharu perniagaan
yang dapat menjanakan pendapatan tambahan kepada mana-mana pihak termasuklah
suri rumah.

Ledakan teknologi Internet sejak pertengahan tahun 1990-an telah mengubah


tingkah laku manusia termasuklah dalam urusan jual beli. Melalui pendekatan ekonomi
digital, urusan jual beli bukan sahaja menjadi amat mudah malah turut dapat menjimatkan
masa para pembeli. Hal ini dikatakan demikian kerana sesiapa sahaja boleh berurusan
jual beli tanpa perlu pergi premis-premis perniagaan untuk membeli produk yang
dikehendaki. Pengenalan konsep e-dagang turut memudahkan urusan perniagaan pada
skala yang lebih besar, iaitu melibatkan import dan eksport barangan dan produk di
seluruh dunia. Oleh itu, kerajaan telah melancarkan inisiatif ekonomi digital melalui Zon
Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) pada 22 Mac 2017.

Kombinasi antara alam maya dengan alam nyata mampu mencetuskan ledakan
ekonomi yang akhirnya memberikan keuntungan besar kepada negara dan rakyat
Malaysia. Kecekapan perniagaan mampu ditingkatkan lagi melalui pembelian barangan
dari mana-mana negara di dunia tanpa perlu berada di negara tersebut. Oleh itu,
pendekatan baharu seperti ekonomi digital menyerlahkan lagi gaya baharu dalam
kehidupan generasi muda pada masa ini yang lebih cenderung untuk menjalankan
sebarang urusan termasuklah jual beli secara maya. Melalui ekonomi digital juga,
dijangkakan sebanyak 60 000 peluang pekerjaan baharu diwujudkan buat rakyat Malaysia
yang melibatkan pertubuhan eksport barangan sebanyak RM112 bilion menjelang tahun
2025.

Pelbagai masalah telah menyebabkan produk-produk Perusahaan Kecil dan


Sederhana (PKS) sukar memasuki gerbang perniagaan global. Antara masalah yang
sering dihadapi oleh pengusaha PKS ialah masalah pemasaran dan teknologi yang
rendah, Namun begitu, dengan adanya konsep ekonomi digital, KDNK Malaysia melalui
PKS pada masa hadapan boleh ditingkatkan kepada 80 peratus. Selain itu, kekurangan
modal dan pembiayaan serta masalah lokasi juga dikenal pasti sebagai halangan yang
harus dihadapi oleh pengusaha PKS. Kemajuan dalam industri PKS sedikit sebanyak
103
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
dapat menangani migrasi penduduk luar bandar ke bandar apabila mereka turut mampu
menjalankan perniagaan di desa dan kampung .

Soalan 2(a) – Petikan Umum

(i)Berikan maksud rangkai kata menangani migrasi. [ 2 markah]

(ii)Pengarang ada mengemukakan beberapa masalah yang dihadapi oleh pengusaha


Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).Nyatakan masalah-masalah tersebut.
[3 markah]
(iii)Golongan remaja merupakan golongan yang paling ramai melakukan pembelian atas
talian.
Pada pendapat anda, apakah perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum anda
membuat keputusan untuk membeli sesuatu barangan melalui kemudahan ini?
[4 markah]
Latihan 7

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-
langkah memulihara alam sekitar dan kepentingan penjagaannya kepada manusia.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Alam sekitar ialah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan
kehidupan manusia kerana kita banyak bergantung pada sumber semula jadi. Namun
begitu, alam sekitar kini semakin tercemar kerana terdapat pihak yang tidak
bertanggungjawab melakukan pencemaran, termasuklah pembuangan sampah di sungai,
penggunaan baja kimia dan pembuangan sisa toksik.

Pemuliharaan terhadap alam sekitar amat penting untuk mengelakkan kepupusan.


Ekosistem dan ekologi alam semula jadi akan terganggu apabila berlaku kepupusan flora
atau fauna. Cuaca juga akan menjadi panas dan kering jika penebangan hutan dilakukan
secara tidak terancang. Habitat semula jadi turut musnah jika pembakaran hutan dilakukan
secara terbuka. Pelbagai jenis haiwan bergerak ke kawasan baharu untuk mencari tempat
perlindungan. Akhirnya fenomena ini mengakibatkan kepupusan haiwan dan tumbuh-
tumbuhan.

Permasalahan alam sekitar memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua


pihak dan perlu ditangani secara bersama.Setiap lapisan masyarakat seharusnya
menyuburkan amalan gaya hidup yang mengutamakan penggunaan sumber secara
berhemah demi memulihara alam sekitar dan sumber yang semakin berkurang. Hutan
perlu dipulihara dan diurus dengan baik untuk memastikan kelangsungan peranan serta
sumbangannya kepada kesejahteraan manusia sejagat. Bencana banjir dan tanah runtuh
yang kerap berlaku ada kaitan dengan kegiatan pembalakan dan kemusnahan hutan.
Oleh itu, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu menghentikan kegiatan
pembalakan haram untuk mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku.
Pencemaran sungai terus berlaku di mana-mana sahaja sehingga menimbulkan
pelbagai masalah. Pelbagai langkah boleh dilakukan untuk menyelamatkan sungai di
104
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
negara kita, termasuk mengadakan Kempen Cintai Sungai secara bersepadu di seluruh
negara. Dengan berbuat demikian, orang ramai sentiasa diingatkan tentang pentingnya
menjaga sungai.Skop pendidikan di sekolah tentang alam sekitar juga perlu diperluas
dalam usaha mendidik generasi muda agar menyedari kepentingan sungai.
Kerajaan juga telah mewujudkan hutan simpanan kekal yang diurus dan
diklasifikasikan sebagai hutan perlindungan, hutan berhasil, hutan lipur dan hutan
penyelidikan dan pembelajaran. Kawasan hutan ini bukan sahaja menjadi habitat kepada
haiwan, malah berperanan sebagai ‘muzium hidup’ yang memaparkan kehidupan alam
semula jadi yang perlu dipelihara.
Dalam usaha menjaga alam sekitar, bukan kerajaan sahaja yang harus
dipertanggungjawabkan, tetapi semua pihak perlu melibatkan diri secara aktif. Kempen
kesedaran perlu ditingkatkan di peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi dan
masyarakat awam. Pelaksanaan kempen memerlukan kerjasama setiap individu dengan
sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).UMW Toyota telah
menyumbangkan sebanyak RM6 juta bagi mendedahkan golongan pelajar sekolah
terhadap kepentingan memelihara alam sekitar dan menghijaukan bumi.

Soalan 2(a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan


ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata memastikan kelangsungan. [2 markah]

(ii)Pengarang mengatakan bahawa penebangan hutan yang dilakukan secara tidak


terancang akan menimbulkan pelbagai kesan negatif.

Kemukakan kesan-kesan tersebut. [3 markah]

(iii)Tanggungjawab memelihara alam sekitar perlu dipupuk sejak kecil agar masyarakat
sentiasa menjaga dan menghargainya.
Huraikan peranan pihak sekolah untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan
memulihara alam sekitar. [4 markah]

Latihan 8

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat suatu rumusan tentang usaha-
usaha mengekalkan keharmonian antara kaum dan cabaran memperkukuh
perpaduan. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.
Perpaduan dan keharmonian antara kaum adalah penting dalam masyarakat
majmuk seperti negara Malaysia. Sejak negara mencapai kemerdekaan, seluruh rakyat
Malaysia telah menerima Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak semua
kumpulan etnik dan Rukun Negara sebagai panduan dalam pembinaan negara bangsa.
Keharmonian masyarakat dan kestabilan negara menjadi idaman negara lain,
termasuklah negara maju. Ramai tertanya-tanya apakah formula ampuh yang telah
105
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
digunakan oleh pemimpin-pemimpin berwibawa di Malaysia sehingga rakyatnya dapat
hidup bersatu-padu dan aman damai .
Pembinaan negara-bangsa bukanlah suatu proses yang mudah. Pelbagai
cabaran yang berliku perlu ditempuhi. Persefahaman dan toleransi merupakan cabaran
utama dalam mencapai proses pembinaan negara bangsa. Jika kita telusuri sejarah
negara sejak beberapa dekad ini, tidak dinafikan kita telah mencapai kejayaan dari segi
pembangunan ekonomi, pemodenan dan teknologi maklumat. Oleh sebab itu, semangat
muhibah dan persefahaman antara kaum tidak boleh dihancurkan kerana perasaan itu
akan melahirkan nilai persahabatan .Janganlah kita membiarkan fahaman ekstremis
memecahbelahkan negara yang kita cintai ini kerana inilah tanah tempat kita dilahirkan,
tempat membina kehidupan, dan tempat kita mencari rezeki . Oleh itu, komitmen serta
pengorbanan yang tinggi juga dilihat amat penting untuk pembinaan negara bangsa.
Rakyat Malaysia perlu membantu menjalin dan memperkukuh keharmonian hidup
di Malaysia. Hanya keharmonian dan persefahaman antara kaum yang mampu
menggalakkan kepercayaan dan perpaduan antara rakyat. Rakyat Malaysia seharusnya
lebih peka terhadap peranan dan sumbangan mereka kepada perpaduan negara.
Pembangunan ekonomi tidak akan bermakna tanpa persefahaman, keharmonian, dan
kepercayaan antara rakyat.Rakyat Malaysia harus sedar dan perlu mengelakkan
diri daripada mengejar agenda yang bersifat perkauman. Hal ini demikian kerana benih-
benih perbalahan yang wujud akan memudaratkan keharmonian dan perpaduan yang
sudah sekian lama terjalin.

Di samping itu, semangat patriotisme mestilah sentiasa disemai dan dibajai dalam
usaha mengekalkan keharmonian dan perpaduan sosial. Penyelesaian kepada kemelut
yang menimbulkan rasa tidak puas hati antara kaum sewajarnya menggunakan
pendekatan kesederhanaan. Dalam negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia,
tindakan atau tutur kata yang bersifat provokasi hendaklah dielakkan kerana perbuatan ini
sudah pasti akan mengeruhkan hubungan antara kaum.

Kesimpulannya, keharmonian hidup masyarakat antara kaum hendaklah dikekalkan


kerana kita inginkan negara yang aman dan sentosa sepanjang masa. Oleh itu, setiap
masalah perlu ditangani secara penuh berhemah dan teliti ibarat menarik rambut di dalam
tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak agar tidak menyinggung hati dan
perasaan mana-mana pihak yang lain.Perpaduan ialah asas kesejahteraan negara.

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan


ayat anda sendiri.

(i)Apakah maksud rangkai kata benih-benih perbalahan yang terdapat dalam petikan di
atas? [2 markah]

(ii)Mengapakah penulis menganggap bahawa pembinaan negara bangsa sebagai suatu


proses yang sukar? [3 markah]

106
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
(iii)Pada pendapat anda , wajarkah jika kita katakan bahawa negara kita telah berjaya
menjadi sebuah negara yang disegani kerana wujudnya perpaduan dalam kalangan rakyat
berbilang kaum ? Kemukakan alasan anda. [ 4 markah]
Latihan 9

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah- faedah
menderma darah dan langkah-langkah menggalakkan orang ramai menderma darah.
Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebih 120 patah perkataan.
Amalan menderma darah kurang mendapat sambutan terutama daripada golongan
muda. Menyedari kepentingan amalan itu, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk
menggalakkan masyarakat menderma darah bagi memastikan bekalan di bank darah
sentiasa mencukupi. Sebenarnya, amalan menderma bukan hanya dapat memupuk nilai
baik dalam diri dan membantu menyelamatkan nyawa. Namun hakikatnya, kempen
menderma darah masih kurang mendapat sambutan dan tidak memenuhi jumlah
keperluan darah yang diperlukan. Hal ini disebabkan kurangnya kesedaran tentang
kepentingan menderma darah, selain kurang maklumat dan pendedahan tentang
menderma darah. Malah, sambutan Hari Derma Darah Sedunia tidak diwara-warakan
untuk disambut sebagai menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menderma darah.
Antara kelebihan menderma darah ialah penderma dapat melahirkan satu perasaan
yang sangat menggembirakan kerana dapat menyelamatkan nyawa orang lain. Selain
itu, derma darah secara konsisten dapat mengurangkan risiko kanser termasuk kanser
hati, paru-paru, colon, perut dan tekak. Amalan derma darah juga dapat mengurangkan
jumlah zat besi yang berlebihan di dalam badan dan dapat menghindarkan risiko sakit
jantung. Sebelum setiap proses menderma darah bermula, seseorang penderma akan
melalui beberapa pemeriksaan kesihatan percuma. Secara tidak langsung, hal ini dapat
membantu mereka mendiagnosis sebarang penyakit pada peringkat awal sebelum
penyakit tersebut makin teruk. Bersama-sama dengan pemeriksaan kesihatan, para
penderma akan menerima dan mengetahui analisis darah serta jenis darah secara
percuma. Kalau sendiri pergi ke klinik atau hospital untuk mengetahui jenis darah atau
analisis darah, sudah tentu kena bayar.
Setiap kali seseorang menderma darah, sebanyak 640 kilo kalori (Kcal) akan
hilang. Hal ini boleh membantu seseorang dalam proses untuk mengurangkan berat
badan. Di samping itu, perasaan gembira mendapat pek percuma seperti makanan,
minuman, t-shirt dan sijil amat baik untuk sistem imun di dalam badan. Derma darah juga
membolehkan penderma untuk mengisi semula bekalan darah, membantu badan
penderma berfungsi dengan lebih cekap dan dapat bekerja secara produktif. Oleh itu,
usaha orang ramai untuk menderma darah amatlah dihargai. Namun anda layak untuk
menderma darah sekiranya anda seorang penderma yang berisiko rendah, iaitu tidak
memudaratkan diri sendiri dan darah yang anda derma itu tidak tercemar dengan virus
penyakit-penyakit yang boleh berjangkit menerusi pemindahan darah.

Tuntasnya, menderma darah merupakan satu amalan sukarela yang terpuji dan
tidak ternilai sumbangannya. Malah setiap orang haruslah menganggap bahawa
menderma darah adalah satu tanggungjawab diri dan mendermanya tanpa diundang.

107
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim

Soalan 2(a) – Petikan Umum

(i)Berikan maksud rangkai kata secara konsisten. [2 markah]

(ii)Pengarang mengemukakan beberapa punca Kempen Derma Darah tidak mendapat


sambutan masyarakat.
Nyatakan punca-punca tersebut. [3 markah]

(iii) Masyarakat kita terutamanya golongan muda kurang berminat untuk menderma
darah.
Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh media massa
untuk menggalakkan masyarakat kita terutama golongan muda menderma darah?
[4 markah]

Latihan 10

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang ciri-ciri anak autisme
dan usaha ibu bapa untuk membantu perkembangan mereka. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Hari Kesedaran Autisme Sedunia merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan kesedaran
masyarakat dalam memahami penghidap autisme yang disambut pada 2 April setiap tahun.
Autisme ialah sejenis penyakit gangguan pertumbuhan tumbesaran seseorang kanak- kanak yang
mengganggu perkembangan otak dalam jangka masa panjang yang memberikan kesan dalam
pemikirannya. Kadar autisme dalam kalangan kanak-kanak adalah satu atau dua orang dalam
1000 dan empat kali ganda lebih kerap terjadi dalam kalangan kanak-kanak lelaki. Tanda awal
autisme ialah pada usia enam bulan, bayi tersebut tidak mengukir senyuman dan tidak
menunjukkan ekspresi gembira.

Oleh itu, ibu bapa perlu cakna jika mendapati bayi tidak mempunyai hubungan mata atau
hubungan mata yang terhad apabila berlakunya proses interaksi. Walaupun tiada ubat untuk
menyembuhkan anak autisme ini, mereka masih perlu dirawat dengan memfokuskan gejala yang
berkaitan. Tanda lain autisme yang boleh dikenal pasti termasuklah perkembangan pertuturan
yang lambat. Jika didapati anak telah berusia empat tahun tetapi tidak langsung boleh bertutur,
segeralah bertemu doktor. Selain itu, anak istimewa ini juga cepat marah dengan perubahan kecil
dalam rutin atau persekitarannya. Sebagai ibu bapa, janganlah hanya tahu menghukum tetapi
carilah pendekatan yang terbaik.

Penghidap autisme tidak menghiraukan keadaan sekeliling malah tidak merasai kewujudan
orang lain. Sebagai contoh, anak tersebut boleh duduk sendirian di suatu sudut dan kelihatan
bahagia dengan kehidupannya sendiri. Sesetengah daripada mereka boleh mengamuk dan tidak
boleh mengawal tekanan apabila sesuatu keinginannya tidak dipenuhi. Jadi, mereka perlu
diberikan ruang untuk meredakan amuk tersebut kerana jika tidak ditangani dengan profesional
108
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
boleh mengundang mudarat. Sesetengah daripada mereka mempunyai tindak balas luar biasa
atau reaksi keterlaluan terhadap bunyi, cahaya, warna dan rasa. Misalnya mereka menjadi takut
apabila mendengar bunyi yang kuat seperti mercun dan guruh.
Memiliki anak autisme merupakan tanggungjawab yang besar dan anugerah Tuhan yang
tidak wajar dikesali. Tanda lain yang boleh diperhatikan termasuklah sering menunjukkan tingkah
laku yang berulang seperti berpusing atau menggoyangkan badan tanpa sebab yang munasabah.
Penyakit ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira agama, bangsa atau kedudukan
sosial. Punca autisme masih tidak diketahui namun terdapat beberapa sebab seperti usia ibu dan
bapa yang meningkat atau berkahwin pada usia yang lewat. Seterusnya, faktor genetik apabila ibu
atau bapa mempunyai sejarah autisme dalam keluarga. Komplikasi semasa proses kehamilan
boleh mengganggu fungsi otak akibat jangkitan turut dikatakan penyebab kepada permasalahan
ini.

Soalan 2(a) – Petikan Umum

(i) Berikan maksud rangkai kata pendekatan yang terbaik? [2 markah]

(ii) Pengarang mengatakan bahawa terdapat beberapa punca yang dikenal pasti sebagai
penyebab berlakunya autisme.Nyatakan punca-punca tersebut?
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk
membantu kanak-kanak autisme?
[4 markah]

Latihan 11

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang strategi kerajaan
untuk memperkasakan bidang kemahiran dan kepentingannya kepada negara. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Hasrat kerajaan untuk menjadikan negara ini maju dan berpendapatan tinggi menjelang
tahun 2030 sememangnya memerlukan modal insan yang berkemahiran tinggi dalam bidang
kemahiran dan teknologi. Peratusan jumlah tenaga mahir di Malaysia sangat rendah, hanya 28
peratus berbanding Finland yang mempunyai 100 peratus tenaga mahir, manakala Jerman sudah
mencapai 80 peratus.
Kerajaan telah mengorak langkah dengan menaik taraf sekolah menengah vokasional
kepada kolej vokasional. Dengan meningkatkan tahap kelulusan daripada sijil kepada diploma
mampu melonjakkan keyakinan pelajar yang selama ini merasakan bidang ini tiada masa
hadapan. Kita harus sedar bahawa bukan semua pelajar mampu mengikuti aliran akademik, maka
suatu alternatif patut diberikan kepada pelajar yang berminat dengan kemahiran. Di samping itu,
bagi memastikan lulusan kolej vokasional mendapat pekerjaan selepas tamat belajar, jalinan
kerjasama antara kolej vokasional dengan syarikat swasta atau kerajaan amat perlu diadakan.
Sesungguhnya , bidang latihan kemahiran merupakan usaha penting dalam pembangunan
modal insan yang mampu mentransformasikan ekonomi negara. Oleh itu, Sistem Latihan Dual
109
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
Nasional (SLDN) turut memberikan peluang kepada remaja mempelajari bidang kemahiran. Sistem
pendidikan dari Jerman itu merupakan wadah menjana tenaga mahir negara yang
menggabungkan latihan praktikal di industri dan pengetahuan teori di pusat latihan. Tambahan
pula, Kementerian Pendidikan Malaysia memperluas Program Perintis Industri Menengah Atas
(PIMA) di semua sekolah bermula tahun 2018. Program ini menetapkan 70 peratus pembelajaran
di industri dan 30 peratus pengajian akademik.
Sementara itu, pada peringkat pengajian tinggi pula, kerajaan menggalakkan pihak industri
menawarkan biasiswa kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran. Sesungguhnya, langkah
ini berupaya melahirkan lebih banyak pelajar berkemahiran. Tidak dapat dinafikan, di sebalik
usaha proaktif, masih terdapat persepsi negatif seperti masyarakat melabelkan bidang ini sebagai
pilihan kedua. Malah ada yang beranggapan, bidang ini hanya untuk pelajar yang gagal dalam
bidang akademik. Turut terdengar suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa bidang
kemahiran tidak mempunyai kehendak pasaran. Oleh hal yang demikian, kerajaan telah
mewajibkan lepasan SPM untuk menyambung ke institusi pengajian teknikal seandainya mereka
tidak berminat dalam akademik.
Tuntasnya, kerajaan melakukan perubahan dari segi mutu pendidikan dan prasarana agar
mampu menandingi kolej lain dalam usaha memperkasakan bidang ini. Semua inisiatif yang
dirangka oleh kerajaan bertujuan untuk mengangkat kembali bidang kemahiran setanding dengan
pendidikan akademik. Dunia yang semakin mencabar memerlukan tenaga mahir dan memiliki
kemahiran insaniah yang seimbang tanpa meminggirkan bidang akademik.

Soalan 2(a) – Petikan Umum

(i) Berikan maksud rangkai kata melonjakkan keyakinan? [2 markah]

(ii) Pengarang mengatakan bahawa terdapat beberapa pandangan negatif masyarakat


terhadap bidang kemahiran. Nyatakan pandangan-pandangan tersebut?
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan berlaku sekiranya negara kita terlalu
bergantung kepada tenaga mahir dari luar negara?
[4 markah]

Latihan 12

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara
menangani anak nakal dan sebab-sebab anak menjadi nakal. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kanak-kanak lasak, sukar duduk diam dan tidak mengikut arahan ibu bapa
sering dilabelkan sebagai nakal dan suakr dikawal . Melayan anak-anak yang terlalu aktif
ini juga memberikan tekanan kepada ibu bapa. Apatah lagi melihat anak seusia lain duduk
diam, tetapi anak sendiri begitu agresif dan tidak duduk diam walaupun seminit.

110
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
Ada kalanya ibu bapa menegur anak bukan kerana ingin membetulkan
kesalahannya, tetapi ingin meluahkan amarah dan geram. Sepatutnya, ibu bapa cuba
belajar kaedah terbaik menegur anak kerana jika salah cara dan pendekatan anak akan
menjadi semakin nakal. Jadikanlah marah sebagai senjata terakhir apabila semua usaha
lemah lembut gagal. Marah jika anak benar-benar sudah terbukti bersalah. Ibu bapa
berilah nasihat dengan lembut kerana jiwa anak pasti tersentuh dengan kelembutan.
Anak-anak sangat kuat ingatannya hingga semakin banyak nasihat positif yang diterima,
semakin stabil pertumbuhan jiwanya. Sebaliknya, apabila anak sering menerima kata- kata
kasar, maki atau sumpahan tentunya pertumbuhan jiwanya menjadi keras.
Keadaan menjadi parah sekiranya ibu bapa kurang memberikan masa
berkualiti dan perhatian terhadap anak-anak. Pendidikan di rumah asas terbaik. Ibu bapa
perlu memberikan contoh terbaik yang dianggap sebagai pendidikan tidak formal yang
amat berkesan. Ibu bapa juga harus memastikan sentiasa berkomunikasi dengan anak
pada setiap hari agar mereka tidak menjadikan sahabat sebagai tempat mencurahkan
perasaan.
Kalau boleh dengan senyuman kenapa harus dengan kemarahan? Kalau boleh
dengan usapan kenapa harus dengan pukulan? Menunjukkan wajah manis dan gembira
sewaktu dengan anak-anak akan membangkitkan perasaan kasih sayang dan
kebahagiaan kepada anak-anak. Di samping itu, kesabaran ibu bapa boleh membuatkan
anak-anak mengerti akan perkara yang dilakukannya salah. Sekiranya sudah membuat
anak menyedari kesalahannya, tindakan selanjutnya adalah dengan menyuruh anak
berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi. Hal ini akan membuat anak lebih jujur
dan menepati janjinya.

Ibu bapa seharusnya bijak mengurus rumah tangga, mendekati anak,


berkomunikasi dengan mereka serta meraikan kejayaan sehingga mampu merangsang
anak-anak ke arah kejayaan dan kecemerlangan. Selain itu, perlu diingatkan bahawa
kekerasan atau hukuman fizikal ada kala tidak akan menjamin anak mengubah sikapnya.
Hal ini akan menyebabkan anak-anak akan menjadi taruma dengan dendaan yang
berbentuk fizikal dan kekerasan.

Banyak perkara yang boleh dilakukan ibu bapa bagi mengatasi anak nakal. Perlu
diingat, anak mempunyai dunia berbeza dengan orang dewasa. Sebelum mereka
mengetahui benar atau salah sesuatu perkara, anak hanya bertindak melakukannya tanpa
memikirkan kesan kepada mereka.

Soalan 2(a) – Petikan Umum

(i) Berikan maksud rangkai kata memberikan tekanan? [2 markah]

(ii) Nyatakan tingkah laku anak-anak yang memberikan tekanan kepada ibu bapa.
[3 markah]
(iii) Akhir-akhir ini penderaan ke atas kanak-kanak semakin membimbangkan .Pada
pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kes penderaan
terhadap kanak-kanak di negara ini? [4 markah]
111
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim

Latihan 13

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan
menangis dan faktor-faktor seseorang itu menangis. Panjangnya rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Menangis boleh didefinisikan sebagai keadaan yang berlaku apabila pengecutan


otot-otot muka dan perubahan pada aliran darah serta pernafasan seseorang. Ketika kita
bersedih, aliran darah meluru ke bahagian sekitar mata dan otot-otot yang berhubung
dengan mata akan merangsang penghasilan air mata dan dapat menyejukkan kawasan
persekitaran mata. Terdapat tiga jenis air mata iaitu air mata basal, air mata refleks dan
air mata emosi.
Air mata basal jenis yang biasa terdapat pada mata boleh melembapkan dan
melicinkan pergerakan mata. Sementara, air mata refleks pula terjadi apabila terdapat
sesuatu yang merengsakan pada mata seperti mengupas bawang, menggosok mata atau
dimasuki habuk. Manakala air mata yang keluar disebabkan perasaan dinamakan air
mata emosi. Air mata disebabkan tangisan emosi mampu membawa bersama toksin dari
dalam badan. Kandungan prolaktin dalam air mata terutama perempuan boleh menjadi
hormon semula jadi untuk membantu ibu yang menyusukan bayi merembeskan susu.
Menangis juga berhubung rapat dengan sistem kerisauan dan simpati manusia. Hal ini
juga berkait dengan keupayaan menangis yang membolehkan kita beralih daripada resah
kepada keadaan yang tenang dan selesa. Orang yang banyak menangis bukan sahaja
mengalami perubahan perasaan tetapi juga fizikal mereka. Fakta ini amat disukai oleh
golongan wanita kerana seseorang yang baru lepas menangis nampak lebih menarik dan
berseri.
Dalam masyarakat kita, orang dewasa yang selalu menangis akan dipandang sinis
terutama lelaki dewasa. Walau bagaimanapun, seseorang yang suka menangis secara
positif lebih baik daripada orang yang suka menyembunyikan kesedihan mereka sama
ada lelaki atau perempuan. Mereka yang menangis dapat mengelakkan serangan ulser
dan kolitis. Sebab itulah para pelajar dan profesional tidak menggalakkan pesakit
menggunakan ubat penenang semasa sakit atau tertekan dengan penyakitnya sebaliknya
membiarkan mereka menangis. Hal ini demikian kerana menangis mampu menjadi ubat
semula jadi terbaik bagi memulihkan perasaan sekali gus menghilangkan kesakitan.
Menangis sama seperti bersin, batuk, berpeluh, tersedak dan sebagainya.
Apakah pula akan terjadi jika kita tidak mampu menangis? Saintis menyatakan,
sekiranya seseorang tidak mampu menangis walaupun menghadapi tekanan yang teruk,
digalakkan bertemu dengan pakar terapi menangis. Mereka harus dilatih meluahkan
perasaan dan berhubung dengan perasaan mereka yang sebenar. Manakala seorang
yang mudah menangis harus berbangga kerana dia mampu berhubung dengan
perasaannya sendiri. Mereka tahu menzahirkan perasaan mereka. Namun sekiranya
amat kerap dilakukan atas alasan yang kurang munasabah seperti apabila ditegur atau

112
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
dikritik orang lain mungkin dia akan dipandang negatif oleh orang di sekelilingnya. Hakikat
yang perlu kita ketahui bahawa menangis boleh membuka paru-paru untuk pernafasan
yang lebih baik di samping melembutkan perasaan panas baran seseorang. Air mata
mencerminkan rahsia kemanusiaan sebenar. Menangis tidak boleh dikawal atau ditahan-
tahan. Air mata datang dengan sendirinya dan tidak boleh dipaksa.

Soalan 2(a) : Pemahaman Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menyembunyikan kesedihan dalam petikan. [2 markah]

(ii) Apakah yang perlu dilakukan jika seseorang tidak boleh menangis? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah golongan lelaki sukar menangis di khalayak ramai?
Berikan pendapat anda. [4 markah]

Latihan 14

Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang tanggungjawab
sekolah dalam melahirkan pelajar cemerlang dan kelebihan-kelebihan menjadi
pelajar cemerlang. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Program transformasi pendidikan kini bergerak ke arah landasan yang tepat dan
padu. Namun demikian, untuk memastikannya dapat direalisasikan dengan jayanya, isu
berkaitan dengan permasalahan sosial yang dicetuskan oleh pelajar yang kelihatan
semakin membimbangkan perlu diselesaikan. Di sebalik pergolakan masalah sosial
pelajar banyak faktor yang melatari permasalahan ini. Sebagai agen atau unsur yang
membawa perubahan dalam masyarakat, sekolah dilihat sebagai lokasi tumpuan untuk
mengawal tingkah laku dan membentuk personaliti pelajar.

Pada asasnya, sekolah ditubuhkan dengan tujuan mendidik para pelajar dengan
ilmu pengetahuan yang berlandaskan pelbagai bidang. Untuk itu, sekolah perlulah
menyediakan keperluan dan prasarana yang lengkap seperti pusat sumber, kantin,
padang di samping tenaga pengajar yang terbaik dan mencukupi Hal ini dikatakan
demikian kerana pencapaian sahsiah dan emosi pelajar dapat menentukan pencapaian
akademik pelajar secara langsung. Seterusnya, sekolah merupakan wahana untuk
merealisasikan matlamat pendidikan negara yang berfokuskan pembentukan pelajar yang
berilmu, berbudi pekerti dan berpotensi. Matlamat pendidikan yang lain adalah untuk
menampung tenaga kerja pada masa hadapan dengan kemahiran yang mencukupi dan
mutakhir. Sekolah turut dilihat sebagai institusi pendidikan yang berperanan untuk

113
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
mendidik generasi yang bertamadun tinggi serta memiliki pemikiran yang kreatif, kritis,
analitis dan imaginatif.

Menurut Willard Waller (1932), sekolah menjadi penentu budaya dan pembangunan
sesebuah negara apabila penekanan kepada aspek-aspek kemahiran sosial dapat
membantu pelajar untuk bertindak balas dengan persekitaran dan mengawal diri bagi
menghadapi cabaran. Pihak sekolah juga sebagai agen perubahan sosial melalui
kemajuan dalam bidang pendidikan, sahsiah, disiplin, pergaulan dan interaksi sosial.
Aktiviti yang dilaksanakan dapat mewujudkan perkembangan sosial yang menekankan
kepentingan komunikasi yang berkesan di dalam dan di luar bilik darjah. Selain
menggalakkan pelibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti luar yang sihat dan
mantap.

Penganjuran aktiviti sosial di sekolah dapat mewujudkan semangat perpaduan


dalam kalangan pelajar. Pengagihan kuasa kepada pelajar dengan memberikan tugas
untuk memimpin kelab, persatuan dan badan beruniform di sekolah dapat membantu
aspek kemahiran sosial dan kemahiran komunikasi yang amat penting dalam usaha untuk
membina perpaduan dalam kalangan mereka. Sekolah memainkan peranan untuk
mengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik. Guru bukan hanya
menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata tetapi menanamkan sikap, nilai dan
sahsiah sempurna yang mematuhi peraturan masyarakat.

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan


menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata prasarana yang lengkap.


[ 2 markah ]

(ii) Pengarang ada mengemukakan beberapa matlamat pendidikan negara.


Nyatakan matlamat-matlamat tersebut.
[ 3 markah ]

(iii) Pelajar cemerlang merupakan aset negara untuk mencapai status negara maju pada
masa akan datang.
Pada pendapat anda, selain mempunyai pelajar cemerlang, apakah persediaan-
persediaan lain yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk mencapai sasaran
tersebut?
[ 4 markah ]

Latihan 15

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-
langkah menghadapi tekanan ketika peperiksaan dan peranan ibu bapa untuk
mengurangkan tekanan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
114
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim

Proses penilaian melalui peperiksaan awam yang penting seperti Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dilaksanakan dalam
sistem pendidikan negara masih relevan. Melalui penilaian inilah murid yang cemerlang
dalam bidang akademik dan koakademik atau kokurikulum mempunyai peluang cerah
untuk melanjutkan pengajian di universiti awam. Namun begitu, isu yang paling menarik
untuk diperkatakan ialah situasi yang dihadapi oleh pelajar sebelum menjelangnya kedua-
dua peperiksaan penting itu.

Tekanan ialah perkara yang berkaitan dengan ketegangan yang dialami oleh
mental atau emosi seseorang disebabkan oleh pelbagai faktor. Murid perlu mempunyai
kemahiran untuk mengatasi masalah tekanan perasaan supaya fokus mereka untuk
menghadapi peperiksaan tidak terjejas. Murid biasanya mendapat tekanan daripada ibu
bapa, guru atau rakan untuk meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Dalam
konteks ini, murid seharusnya berasa tenang dan sentiasa fokus tentang peperiksaan
yang akan dihadapi. Ketenangan yang diperlukan tidak akan datang dengan tiba-tiba atau
secara terpaksa tetapi akan terzahir apabila murid bersedia dengan sebaik-baiknya.
Lantaran itu, murid perlu melaksanakan perancangan yang sesuai berdasarkan
kemampuan dan komitmen sebagai persiapan menjelang peperiksaan. Malahan mereka
sepatutnya mengadakan jadual pembelajaran yang sistematik dan boleh diikuti agar tidak
menggelabah atau mengalami kerisauan yang kronik sebelum peperiksaan.

Tekanan perasaan perlu ditangani dengan segera untuk mengelakkan perkara yang
lebih buruk berlaku terutamanya bagi para murid. Oleh itu, mereka seharusnya belajar
dalam persekitaran yang menyeronokkan agar emosi mereka berkembang secara natural
dan memenuhi keperluan mereka sebagai remaja. Murid juga perlu menjauhkan diri
daripada perkara yang mampu merosakkan emosi dan ketenangan. Seelok-eloknya murid
harus mempunyai hala tuju yang konsisten tentang masa depan mereka. Perkara
sampingan yang mampu menjejaskan kestabilan emosi seperti hubungan peribadi dengan
rakan-rakan perlulah dielakkan. Sekiranya murid menghadapi masalah kritikal yang
mampu menjejaskan ketenangan, mereka perlu segera berjumpa dengan guru yang rapat
atau kaunselor di sekolah. Guru atau kaunselor pasti mempunyai kaedah bagi mengatasi
masalah ini.

Masalah keluarga, masalah dengan guru dan masalah kewangan perlu ditangani
dengan bijaksana kerana dikhuatiri mampu menjejaskan kestabilan emosi murid dan
tumpuan pada peperiksaan.Di samping itu, pelajar perlu menjaga kesihatan diri kerana
tanpa kesihatan yang baik sukar bagi murid untuk mengulang kaji pelajaran dan
melakukan latihan intensif dengan baik.

Kesimpulannya, tugasan atau bebanan yang keterlaluan kepada murid semata-


mata mahu menjadikan mereka cemerlang dalam bidang akademik perlu dielakkan demi
melahirkan insan yang cemerlang dari segi ilmu dan akhlaknya.

Soalan 2 (a) - Petikan Umum

115
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
(i) Berikan maksud rangkai kata kerisauan yang kronik. [2 markah]

(i) Dalam petikan terdapat beberapa perkara sampingan yang mampu menjejaskan
kestabilan emosi pelajar.Apakah perkara-perkara sampingan tersebut? [3 markah]

(ii) Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan menyebabkan pelajar


mengalami tekanan yang kronik.Huraikan pendapat anda tentang tindakan
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membendung masalah ini. [ 4 markah]
Teknik Menjawab Soalan Komsas (Soalan 2b, 2c & 2d)
Bentuk Soalan Yang Diuji:
1. Aspek umum
Soalan berdasarkan petikan prosa.
2. Aspek sastera
Tema, persoalan, nilai, pengajaran, latar dan Watak (TePerNiP+LW)
3. Soalan –Soalan KBAT
( Soalan Pendapat/Cadangan )
Aspek Sastera

1.Tema :Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja :Tingkatan 4)


(Persoalan utama dalam sesebuah prosa.)
Contoh : Tema cerpen ini ialah kesungguhan seorang anak muda menceburi bidang
keusahawanan. Sebagai contoh Hakim berusaha bersungguh-sungguh untuk
menjalankan projek ternakan ayam walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.
2.Persoalan : (Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja :Tingkatan 4)
Perkara-perkara penting yang berlaku dalam prosa .
Contoh :Persoalan keberanian menuntut hak. Sebagai contoh Hakim berani menuntut
tanah milik datuknya dengan memfailkan kes di mahkamah melalui sahabatnya, Azam.
3.Nilai ( Perkara baik) : (Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja :Tingkatan 4)
Contoh :Nilai keadilan. Sebagai contoh hakim menuntut keadilan di mahkamah bagi pihak
datuknya yang telah ditipu.
4.Pengajaran : (Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja :Tingkatan 4)
Contoh:Kita hendaklah menuntut hak kita yang dirampas oleh orang lain. Buktinya, Hakim
menuntut hak milik tanah datuknya yang diambil raja di mahkamah.
5.Latar : (Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul :Tingkatan 4)
Latar Tempat (LT) : Hotel Senator .Buktinya, tempat penginapan aku dan rakan-
rakannya ketika melancong di Turki.
Latar Masa (LM) : Malam .Buktinya, Kak Chah teman sebilik Aku tidur awal kerana
kepenatan selepas berjalan mengelilingi kota bersejarah.
Latar Masyarakat(LMa) : Masyarakat yang bekerjaya .Buktinya ,Encik Yuksel bekerja
sebagai pemandu pelancong dan pekedai Turki yang menjual barangan kulit.

116
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
6.Watak Utama (WU) : (Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja (Tingkatan 4)
Aku ( Mas ) : Seorang yag baik hati.Aku begitu bermurah hati dengan memberikan wang
sebanyak lima lira kepada wanita tua yang menjual makanan burung .
7.Watak Sampingan (WS)
Pekedai Turki: Seorang yang fasih berbahasa Inggeris.- Pekedai Turki berbahasa inggeris
apabila berkomunikasi dengan pelanggan yang datang ke kedainya.
Cara Menjawab Soalan KOMSAS( Soalan Tahun 2019)

Soalan 2 (b) –Petikan Prosa Moden


Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Jika semuanya dicampurkan jumlah yang akan dibelanjakan sekitar USD300. Masih
ada baki sebanyak USD100. Sengaja aku ketepikan untuk perkara-perkara yang tidak
dijangkakan. Contohnya, barangkali ada persembahan kebudayaan yang perlu kubayar
sendiri P1 dan tidak termasuk dalam harga pakej lawatan. Rugi berjalan ke tempat orang
kalau tidak sempat melihat kebudayaan dan kesenian mereka. Selain itu, aku mungkin
ditimpa musibah dan perlu mendapatkan rawatan segera P2 dengan menggunakan wang
sendiri. Namun, aku berdoa agar ubat-ubat homeopati seperti Arnica 30c. Arsenic 30c,
Arconite 30c, Rhus Tox 30c dan Nux Vomica 30c yang terdapat di dalam beg dapat
membantuku bertahan daripada serangan alahan seperti cuaca sejuk, perbezaan
makanan serta aktiviti lasak. Aku juga sedar akan keadaan rambang mataku yang satu ini
pantang berjumpa bahan bacaan. Biasanya, aku akan menghabiskan seluruh duitku untuk
membeli buku dan majalah P3 di mana-mana lapangan terbang di luar negara sebelum
pulang ke tanah air.Sesungguhnya, jaket kulit kijang dari Istanbul langsung tidak termasuk
dalam senarai perancangan belanjawanku.
Kisah aku akhirnya ‘terbeli’ jaket kulit kijang dari Istanbul ini bermulapada hari
kelima lawatanku ke Turki. Aku sengaja menggunakan perkataan ‘terbeli’ kerana aku
benar-benar tidak ada niat untuk membelinya.

(Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’ oleh Maskiah Haji Masrom.

(i) Berdasarkan petikan cerpen di atas, penulis sengaja mengetepikan baki wang
sebanyak USD100 untuk perkara-perkara yang tidak dijangkakan.

Nyatakan perkara-perkara tersebut. [2 markah]

Soalan 2b

117
Modul Bahasa Melayu SPM 2019 Mohamad Nasir
Ibrahim
(i) Perkara-perkara tersebut ialah persembahan kebudayaan yang perlu dibiayai
sendiri.Kedua,mungkin ditimpa musibah dan perlu mendapat rawatan
segera.Ketiga, membeli buku/ majalah/ bahan bacaan

(ii)Penulis menyatakan bahawa rugi berjalan ke tempat orang kalau tidak sempat
melihat kebudayaan dan kesenian mereka.

Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah mengetahui kebudayaan dan kesenian


masyarakat lain? [3 markah]

(ii)Pada pendapat saya, faedah-faedah mengetahui kebudayaan dan kesenian masyarakat


lain ialah mudah berkomunikasi denagn masyarakat di situ,Kedua, akan dapat
menambahkan pengetahuan .Ketiga ,mudah untuk menyesuaikan diri di situ.

(iii) Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu nilai lain
daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
(iii) Satu nilai yang terdapat dalam petikan cerpen ialah nilai kebijaksanaan .Buktinya,
penulis bijak mengagih-agihkan duit yang dibawanya ketika melancong. Nilai daripada
keseluruhan cerpen ialah nilai kesopanan.Buktinya, walaupun Mas dimarahi jurujual
jaket, beliau masih menghormatinya dan memberi alasan dengan sopan.

118
Modul Bahasa Melayu SPM 2020 Mohamad Nasir Bin Ibrahim

Soalan 2 (c) –Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hatta, maka orang Siam pun datanglah, lalu perang dengan orang Melaka. Ada beberapa
lamanya berperang, maka banyaklah rakyat Siam yang mati. Melaka tiada alah. Maka rakyat
Siam pun kembalilah, seraya ia pulang segala rotan ikat barang-barangnya semuanya
dicampakkannya di hulu Muar. Maka rotan itu pun tumbuh; itulah dinamai orang Rotan Siam,
manakala pasangan kayu ara itu pun tumbuh juga, datang sekarang di hulu Muar jua, dan
tumang Siam tempat bertanak itu pun tumbuh juga, datang sekarang. Telah rakyat Siam
sudah pulang, maka segala orang teluk rantau pun kembalilah masing-masing ke tempatnya.
Maka Tun Perak tiada diberi baginda pulang lagi ke Kelang;P1 diam di Melaka;P2 dijadikan
baginda bentara.P3

Maka ada seorang orang Kelang mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak
sedikit.P4 Maka ia datang sembah ke bawah duli baginda. Maka baginda memberi titah
kepada bentara Seri Amerta, menyuruh berkata kepada Tun Perak. Maka Tun Perak pun
datang menghadap. Maka Seri Amerta pun berkata kepada Tun Perak, “Orang ini, ya Tuan
Tun Perak, mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan, mengatakan dirinya
teraniaya oleh Tun Perak. Mengapakah maka demikian pekerti tuan hamba?”

(Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada' dalam antologi Sejadah Rindu,

(i) Berikan maksud rangkai kata memberi titah. [2 markah]

Soalan 2c

(i) Maksud rangkai kata memberi titah ialah mengeluarkan arahan.

(ii) Berdasarkan petikan, apakah yang berlaku kepada Tun Perak setelah tentera Siam
kembali ?
[3 markah]
(ii) Yang berlaku kepada Tun Perak setelah tentera Siam kembali ialah Tun Perak tiada
diberi baginda pulang lagi ke Kelang.Kedua Tun Perak diam di Melaka dan dijadikan
baginda bentara.

(iii) Duli Yang Dipertuan menitahkan Tun Perak menghadap kerana seorang orang
Kelang telah mengadu bahawa dia dianiayai oleh Tun Perak.
Sekiranya anda Tun Perak, apakah tindakan-tindakan yang perlu anda lakukan?
[3 markah]

119
Modul Bahasa Melayu SPM 2020 Mohamad Nasir Bin Ibrahim

(iii) Sekiranya saya Tun Perak, tindakan-tindakan yang perlu saya lakukan ialah saya akan
meminta bukti saya dituduh sedemikian.Kedua , saya akan menafikan tuduhan yang
dilemparkan.Ketiga, saya akan melantik penyiasat untuk menyiasat tuduhan tersebut.

Soalan 2 (d) –Puisi Tradisional

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

www.sibermerdeka.com.my

Dalam kebun diriku


aku tanam saujana rancangan
untuk memerdekakan warga susahku
hidup menentang senja dan malam.

Dalam parlimen diriku


aku bahas isu onak dan enak
untukku merdekakan warga fikirku
mengelak hidup dikotak-katikkan.

Dalam laut diriku


ombak gelora menampar pantai aman
untuk menguji amal dan iman.

Dalam gergasi diriku


terpedaya jua oleh permainan si kancil
namun sempat sedar dan bergiat lagi.

Dalam pentas diriku


aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan
menghayati skrip demi skrip
yang tak diduga klimaksnya.

Dalam dewan diriku


aku tak cemas lagi
oleh kata yang mengekang
aku tak lemas lagi
oleh kata yang menyerang.

Apabila sibermerdeka sampai


ke rumag cabaranku
aku panggil diriku bermesyuarah
menyokong, berkecuali atau menentang
aku ambil keputusan
120
Modul Bahasa Melayu SPM 2020 Mohamad Nasir Bin Ibrahim

waktu itu aku kenal batas diri


untuk tidak mengulangi kesilapan.

Kini, kapal diriku telag berlabuh di pangkalan usia


aku turun darinya menghadapi hidup nyata
peristiwa datang peristiwa pergi
bagai siang memanggil malam
dan sibermerdeka terus berkaca
terus mengalirkan arus ingatan
elakkan dirimu menjadi sia-sia
hamparkan dirimu di persada Tuhan.

Dewan Bahasa dan Pustaka, Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul,

(i) Berdasarkan rangkap akhir, nyatakan dua pesanan penyajak.


[2 markah]

Soalan 2d

(i) Pesan penyajak yang pertama ialah mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang
sia-sia.Pesanan kedua ialah berserah diri kepada Tuhan.

(ii) Pada rangkap pertama, penyajak menggambarkan bahawa dia perlu membuat
perancangan untuk mengubah kehidupannya.

Sebagai seorang murid berwawasan, apakah perancangan-perancangan yang perlu anda


lakukan untuk cemerlang dalam pelajaran?
[3 markah]

(ii) Perancangan-perancangan yang perlu saya lakukan untuk cemerlang dalam pelajaran
ialah saya belajar bersungguh-sungguh.Kedua, saya sentiasa menambah ilmu
pengetahuan.Ketiga, saya akan bergaul dengan orang yang lebih berilmu
121
Modul Bahasa Melayu SPM 2020 Mohamad Nasir Bin Ibrahim

(iii) Huraikan tema sajak tersebut.


[4 markah]

(iii) Tema sajak tersebut ialah ketabahan seseorang dalam menghadapi dugaan dalam
kehidupan. Penyajak pernah terpedaya dengan tipu muslihat yang licik namun sabar
menghadapinya.Kedua, cabaran hidup yang sering mengujinya namun penyajak cekal
menghadapinya.

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa (30 markah)

Tuntunan menjawab soalan 3(a)

i. Ayat yang dibina perlu menjelaskan maksud perkataan yang diuji.


ii. Perkataan yang ditulis tidak boleh digunakan sebagai peribahasa dan nama
khas.
iii. Perkataan diuji tidak boleh diubah imbuhan .
iv. Ayat yang dibina tidak boleh terlalu panjang seakan-akan seperti dua ayat .
v. Ayat boleh ditulis menggunakan struktur ayat cakap ajuk(dialog) dengan betul
tanda bacaannya.
Contoh Soalan :(a)Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

122
Modul Bahasa Melayu SPM 2020 Mohamad Nasir Bin Ibrahim

(i) haru-biru
(ii) tunggang-langgang
(iii) kering - kontang
(iv) keluh-kesah
(v) bolak-balik
(vi) saki-baki
[ 6 markah]
Contoh Jawapan :3(a)
(i) Kota itu yang dahulunya sangat tenang telah menjadi haru-biru.
(ii) Perompak itu lari tunggang-langgang apbila dikejar oleh pasukan polis.
(iii) Perigi di belakang rumah Tok Ali kering-kontang kerana tidak hujan sejak
lima bulan yang lalu.
(iv) Keadaan kemarau yg berterusan itu membuat petani di daerah itu berasa
keluh-kesah.
(v) Cikgu Nasir bolak-balik dari Jelebu ke Seremban dengan menunggang
motosikal.
(vi) Saki-baki pengganas itu telah dihapuskan oleh pihak tentera .

Tuntunan menjawab Soalan 3(b)


a. Ada pelbagai bentuk soalan yang diuji pada bahagian ini
i. Gabungkan ayat
ii. Pisahkan ayat
ii. Tukar cakap ajuk kepada cakap indah
iii. Tukar cakap pindah kepada cakap ajuk
iv. Tulis ayat aktif
v. Tulis ayat pasif
vi. Ayat songsang
vii. Tulis jenis-jenis ayat
viii. Pola ayat (subjek dan Predikat)

Contoh Soalan 3(b)

(a) Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi ayat-ayat berikut.
i. Rakyat sebuah negara wajib menjunjung perlembagaan negara.
ii. Pahlawan berlima saudara itu mengawal istana raja.
iii. Baginda menganugerahkan bintang kehormatan kepada tokoh itu.
iv. Kita harus mengekalkan nilai dan norma masyarakat.
v. Istana diraja dikawal ketat oleh hulubalang-hulubalang sultan.
vi. Dayang mengiringi tuan puteri beristirahat di taman. [ 6 markah]

Contoh Jawapan 3(b)


3(b)
i. Subjek : Rakyat sebuah negara
Predikat : wajib menjunjung perlembagaan negara.
123
Modul Bahasa Melayu SPM 2020 Mohamad Nasir Bin Ibrahim

ii. Subjek : Pahlawan berlima saudara itu


Predikat : mengawal istana raja.
iii. Subjek : Baginda
Predikat: menganugerahkan bintang kehormatan kepada tokoh itu.
iv. Subjek : Kita
Predikat : harus mengekalkan nilai dan norma masyarakat.
v. Subjek : Istana diraja
Predikat : dikawal ketat oleh hulubalang-hulubalang sultan.
vi. Subjek : Dayang
Predikat : mengiringi tuan puteri beristirehat di taman.
Contoh Soalan 3(c)

(c)Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
i.Dalam Bajet 2012, pemilik teksi bersendirian di negara ini bakal menerima perbagai
bantuan daripada kerajaan.
ii.Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri membuktikan bahawa kerajaan Malaysia
memperjuang hak asasi manusia tanpa prajudis.

iii.Pelbagai pihak mencadang kempen perpaduan dijalankan secara berkala agar sentemen
perkauman dapat dihapuskan.
[ 6 markah]
Contoh Jawapan Soalan 3(c)
3(c)
i. perbagai = pelbagai
bersendirian = persendirian
ii. prejudis =prejudis,
memperjuang = memperjuangkan
iii. sentemen =sentimen,
mencadang = mencadangkan
Contoh Soalan 3(d)
(d)Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
i.Teknologi penuaian darah pembuluh dapat mengurangkan masa menunggu pesakit yang
memerlukan pembedahan lintasan jantung.
ii.Di antara langkah untuk membasmi rasuah termasuklah rakyat menjalani kehidupan yang
bermaruah dan berintegrasi.
iii.Permukaan lapangan yang basah dan licin dipercayai menjadi punca pesawat berkenaan
sukar dikawal bila mendarat. [ 6 markah]
Contoh Jawapan 3(d)

124
Modul Bahasa Melayu SPM 2020 Mohamad Nasir Bin Ibrahim

3(d)
i. darah pembuluh = pembuluh darah
lintasan jantung = pintasan jantung
ii. di antara = antara,
berintegrasi = berintegriti
iii. lapangan = landasan,
bila =apabila

Contoh Soalan 3(e)


3(e)Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan ayat-ayat tersebut.

(i)Kecantikan anak gadis Pak Leman sentiasa menjadi sebutan para pemuda di Kampung
Nyiur Condong.

(ii)Orang kaya itu kerugian besar kerana batu delima yang disangkanya berharga rupanya
palsu.

(iii) Hafizi sentiasa diingatkan oleh keluarganya supaya pandai memilih pasangan hidup yang
sesuai dengan keadaan keluarga mereka yang miskin.
[ 6 markah]

Contoh Jawapan 3(e)


3(e)

1. Bagai bulan di pagar bintang.

2. Batu kerikil disangka intan.

3. Enggang sama enggang pipit sama pipit.

125
Latihan 1(SPM 2019)

Soalan 3

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) antikarat
(ii) dwitahunan
(iii) jurusolek
(iv) mahasiswa
(v) prasekolah
(vi) tatasusila

[6 markah]
(b)Gabungkan ayat-ayat dalam petikan di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa
mengubah maksud dan struktur asalnya.

Pembelajaran abad ke-21 (PAK21) baru diperkenalkan. PAK21 merupakan satu


daripada elemen penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. PAK21
menekankan pembelajaran berpusatkan murid. PAK21 berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia bertanggungjawab dalam
memberikan pendedahan tentang PAK21 kepada warga pendidik. Warga pendidik lebih
bersedia untuk mengaplikasikan konsep ini di dalam bilik darjah.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)Beberapa orang arkitek termashur telah terlibat dalam mereka bentuk Istana Negara yang
menjadi lambang memegahkan negara.

(ii)Untuk mengatasi masalah banjir yang merosakkan infra struktur pihak berkuasa tempatan
telah dalamkan longkang dan membina tebatan.

(iii)Kementerian Kesihatan Malaysia disyorkan kepada semua pengusaha kefeteria supaya


sentiasa menitikberatkan tahap kebersihan premis masing-masing.

[6 markah]
126
(d)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan
kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.

(i)Busana tradisional yang ditontonkan di galeri tersebut mendapat sambutan dari setiap
lapisan masyarakat.

(ii)Bandar Diraja itu dihiasi lampu neon bersempena dengan istiadat perlantikan Raja Muda
yang akan diadakan di bulan hadapan.

(iii)Lambakan pendatang asing tanpa izin semakin membimbangkan rakyat kerana mereka
membawa berbagai pengaruh negatif yang boleh melunturkan keharmonian masyarakat.

[6 markah]

(e)Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan situasi dalam ayat-ayat tersebut.

(i)Penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir perlu membuat persediaan awal bagi
menghadapi musim tengkujuh.

(ii)Rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara dengan berpendapatan lumayan masih
berhasrat untuk bekerja di negara sendiri.

(iii)Penceramah itu mengingatkan kami supaya jangan sesekali melupakan jasa ibu bapa
setelah mendapat kejayaan dan kesenangan hidup.

[6 markah]

127
Latihan 2

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya Anda tidak boleh menambahkan, menukarkan atau
menggugurkan imbuhan atau menggunakan rangkai kala itu sebagai peribahasa atau nama
khas.

(i) waran (ii) wasiat (iii) waranti


(iv) warisan (v) waswas (vi) waspada [6 markah]

(b) Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama+
Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa
Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).

i. Nasi lemak ibu sangat sedap.


ii. Anjing itu sedang menyalak.
iii. Rumah saya di atas bukit.
iv. Hadiah itu untuk ibu saya.
v. Kedai buku itu kedai datuk saya.
vi. Jalan menuju ke rumah Salmah lurus. [6 markah]

( c ) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari
segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu .

Vitamin membantu tubuh mengurai dan mengguna unsur asas makanan, carbohidrat dan
lemak.Sesetengah vitamin turut membabitkan dalam terhasil sel darah, hormon, bahan
genetik dan kimea dalam sistem sara. Maka pengambilan protin amat penting untuk
kesihatan tubuh badan. [6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau Istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i) Pertandingan akhir bahas peringkat kebangsaan di antara Negeri Pahang dengan Negeri
Sabah ditangguhkan kerana masalah klinikal.
(ii) Mesyuarat agong Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Durian Daun kecoh
ketika pemilihan ahli jawatankuasa sedang berada.
(iii)Dedaun kering yang berguguran di kawasan taman dibersihkan oleh konduktor
pembersihan pada petang semalam. [6 markah]

(e)Berdasarkan maksud peribahasa di bawah nyatakan peribahasa yang sesuai.

(i) Menuruti kehendak nati sendiri


(ii) Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain
(iii) Sekali melakukan pekerjaan, dua tiga maksud tercapai

128
[6 markah]

Latihan 3

(a)Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda
faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) corat-coret
(ii) kusut-masai
(iii) remeh-temeh
(iv) remuk-redam
(v) mundar-mandir
(vi) lentang-lentung
[6 markah]
(b)Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i)Polis telah berjaya memberkas pengedar dadah itu dengan bantuan orang ramai.
(ii) Kerajaan telah melancarkan Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak untuk
membanteras penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak.
(iii)Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu motosikal itu pada awal
bulan lalu.
[6 markah]
(c)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

Amalan rumah terbuka merupakan keunikkan yang hanya ada di Malaysia dan tidak ada di
negara lain. Tradition ini perlu diteruskan dan perlu menjadikan contoh kepada generasi
baharu. Semasa rumah terbuka, pelbagai juadah dihidangkan seperti sate, nasi impit, tosai,
kuih sepit dan sebagainya. Melalui rumah terbuka, masyarakat berbilang bangsa di negara
kita dapat merasakan juadah yang disediakan.
[6 markah]

(d)Dalam setiap ayat terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i)Masalah obesiti di kalangan masyarakat Malaysia semakin memeningkan akhir-akhir ini.


(ii)Walaupun kerja yang saya lakukan agak rumit bahkan saya melaksanakan kerja tersebut
dengan penuh tanggungjawab.
(iii)Pelajar yang ponteng sekolah itu lari lintang pukang apabila disapa oleh guru disiplin.
[6 markah]

129
(e)Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan satu peribahasa lain yang
sama atau hampir sama maksudnya dengan peribahasa yang bercetak tebal.
(i)Penduduk kampung Seronok sentiasa menghadapi susah dan senang bersama-sama
ibarat kata peribahasa hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
(ii)Walaupun Tan Sri Aliff kaya dan berpengaruh dalam masyarakat, namun beliau tetap
merendah diri dan sering bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat bak kata peribahasa
ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk.
(iii)Sikap Marissa yang melupakan jasa ibu angkatnya tidak ubah seperti ulat lupa akan
daun kerana dia sanggup melupakan ibu angkatnya apabila bertemu semula dengan ibu
kandungnya.

Latihan 4
(a)Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda
faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.
(i) memotong
(ii) menahan
(iii) menarik
[6 markah]
(b)Tukarkan ayat yang bersusunan songsang di bawah kepada ayat bersusunan biasa
tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Beberapa hari yang lalu Pak Abu telah menjual sawah di hujung kampung itu kepada
seorang lelaki.
(ii) Walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah, belum pernah terdetik di hati
Linda untuk meninggalkan kerjayanya sekarang
(iii) Bagi memenangi pertandingan badminton yang akan datang, pasangan anak beranak itu
berlatih dengan bersungguh-sungguh.
[6 markah]
(c)Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Orang ramai yang memanfaat kemudahan taman awam mampu meningkatkan tahap
kesihatan melalui pelbagai aktiviti fizikal seperti senaman dan bersukan secara berkumpulau
atau individu. Di samping itu, keindahan persekitaran alam seperti pokok teduhan dan bunga-
bungaan dikawasan itu dapat memberikan ketenangan kepada orang ramai dan kelegaan
daripada stress seharian bekerja. Sesetengah taman awam telah berjaya menarik ribuan
pelancong kerana mempunyai identiti dan keunikkan tersendiri. Hal ini akan membawa

130
peningkatan ekonomi setempat dalam aspek penginapan, perniagaan makanan dan
kraftangan. [6 markah]
(d)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
(i)Kapal terbang itu telah berhenti di Lapangan Terbang Sultan Abdul Hamil selama dua jam
setengah sebab kerosakan enjin.
(ii)Sebagai pengguna, kita haruslah melaporkan kegiatan pencatuan harga kepada phak
berkuasa jika sekiranya peniaga menaikkan harga barang sewenang-wenangnya.
(iii)Pembonceng motosikal perlu mempunyai lesen memandu agar mereka tidak pihak polis
saman.
[6 markah]
(e) Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan peribahasa yang sesuai.
(i)Hubungan mesra Dato’ Amir dengan pelbagai lapisan masyarakat di kampungnya tidak
menjejaskan kedudukannya sebagai ketua pengarah sebuah syarikat kerana
__________________________________________.
(ii)Murid-murid membuat kajian sejarah di Melaka sambil melawat tempat-tempat bersejarah
__________________________________.
(iii) Walaupun keuntungan yang diperoleh syarikat Zahir and Malim pada tahun ini agak
merosot, mereka telah berjanji untuk mengharungi susah dan senang bersama-sama, bak
kata peribahasa Melayu ______________________________________.
[6 markah]

Latihan 5

(a) Tulis satu ayat bagi setiap kata majmuk di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) akar tunjang


(ii) gerak balas
(iii) garam mineral
(iv) isi padu
(v) pusat graviti
(vi) bahan api [6 markah]

(b) Berdasarkan ayat-ayat di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang
betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf
condong dalam ayat ayat yang diberikan.

i. Mereka memancing ikan pagi tadi.


ii. Encik Rosly bendahari PIBG di sekolah itu.
iii. Murid itu dipuji kerana rajin membaca buku.
iv. Pameran robotik itu akan diadakan di Arena Square, Teluk Intan.
131
v. Jentuai digunakan untuk menuai padi.
vi. Rakyat negara kita dapat hidup harmoni melalui perpaduan. [ 6 markah]
(c)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i)Pertubuhan Klinik 1 Malaysia mampu mengurangkan beban pesakit di klinik kesihatan di


kawasan bandar.

(ii)Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan untuk menarik pelancong asing kunjungi ke
negara ini.

(iii)Dalam usaha menempa kejayaan, ibu-bapa sewajarnya bertanggungjawab pembentukan


anak-anak menjadi modal insan berminda kelas pertama.

[6 markah]
(d)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i)Cikgu Nadia meminta semua murid memuat naik nota Sejarah daripada laman sesawang
itu untuk digunakan oleh kami dalam sesi pembelajaran nanti.

(ii)Penceramah itu menerangkan tentang kebaikan aktiviti kitar semula yang dapat mengatasi
masalah kekurangan tapak penghapusan sampah di negara ini.

(iii)Pelbagai resipi yang menaikkan selera pelanggan dipamerkan di hadapan pintu masuk
Kamariah Restoran.
[6 markah ]
(e)Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi yang diberi.

(i)Hadiah kemenangan dalam acara tarik tali itu dibahagi secara adil kepada semua ahli
kumpulan.

(ii)Sekiranya kita ingin mencapai kejayaan dalam hidup, kita perlulah berusaha dengan gigih
tanpa rasa jemu.

(iii)Pasukan penyelamat mengambil langkah berjaga-jaga menyiapkan bantuan kepada


mangsa banjir sebelum musim tengkujuh tiba.
[6 markah]

132
Latihan 6
(a)Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda
faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
nama khas.
(i) menyebar luas
(ii) membaik pulih
(iii) melipat ganda
(iv) sahabat pena
(v) budi bicara
(vi) budi pekerti
[6 markah]
(b)Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang
berikut:
(i)Pekerja-pekerja di kilang itu didedahkan dengan peralatan moden untuk membuat kerja-
kerja di kilang.
Subjek :___________________________________________________________________

Predikat : __________________________________________________________________

(ii)Kelajuan kenderaan yang dibernarkan di lebuh raya 110 kilometer sejar.


Subjek :___________________________________________________________________

Predikat : __________________________________________________________________

(iii)Pada bulan yang lalu, kami sekeluarga bercuti di Pulau Sentosa.


Subjek :___________________________________________________________________

Predikat : __________________________________________________________________
[6 markah]

(c)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
(i)Usaha kerajaan negeri Johor menggalakkan penanam nanas disambut baik oleh para
petani, terutamanya di daerah Pontian.
(ii)Langkah kerajaan menghadkankadar kelajuan kenderaan di jalanraya di seluruh negara
berjaya mengurangkan kejadian kemalangan.
(iii)Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung telah perkenan untuk
mencemar duli merasmikan Festival Makanan Kampung yang akan diadakan di Dataran
Merdeka, Kuala Lumpur.
133
[6 markah]
(d)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i)Perbuatan keracunan makanan di dalam kalangan murid yang berlaku di beberapa sekolah
di negara ini perlu ditangani oleh pihak yang bertanggungjawab dengan segera agar tahap
kesihatan dan keselamatan murid sentiasa terjamin.
(ii)Pemergian kedua orang abangnya ke luar negeri untuk melanjutkan pelajaran telah
menaikkan emosi pelajar yang cacar anggota itu untuk belajar bersungguh-sungguh dan
mengikut jejak mereka.
(iii)Kementerian Pendidikan Malaysia akan memberi inisiatif berupa elaun tambahan di setiap
bulan kepada guru-guru yang bertugas di kawasan pedalaman negara ini.
[6 markah]
(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan situasi balam ayat-ayat tersebut.

(i)Ibu menasihati anak-anaknya supaya rajin menuntut ilmu dalam pelbagai bidang agar
mereka dapat menangani cabaran dalam kehidupan seharian dengan lebih bijak di samping
memperkaya ilmu pengetahuan mereka.

(ii)“Setiap murid haruslah berbelanja secara berhemat dan rajin menabung sejak kecil untuk
masa depan mereka,” pesan guru kepada anak didiknya.

(iii)Tindakan abang yang cuba membantu sahabatnya daripada diganggu ceti haram
akhirnya mengakibatkan dia turut diancam oleh kumpulan tersebut.
[6 markah]

Latihan 7
(a)Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) gemerlap
(ii) gemilang
(iii) gemuruh
(iv) gelisah
(v) gelojoh
(vi) gersang
[6 markah]

134
(b)Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.

(i)Semangat kejiranan amat penting kerana dapat memupuk perpaduan.

(ii)Walaupun Amar hidup dalam kemiskinan tetapi dia sentiasa berpakaian kemas ke
sekolah.
(iii)Sewaktu hari perayaan, rumah terbuka boleh diadakan dan semua kaum boleh
mengujungi jiran mereka.
[6 markah]

(c)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i)Menurut pakar-pakar perubatan, amalan menderma darah secara tekal dapat menangani
ancaman canser dan dikurangkan risiko serangan sakit jantung.

(ii)Tiga orang guru SMK Pulau Damai dipilih menjadi urusetia untuk Pertandingan
Perbahasan Peringkat Negeri Terengganu yang akan melangsungkan pada bulan depan.

(iii)Jawatankuasa mesjid tersebut telah menghadkan pemberian bubur lambuk sebanyak dua
bungkus bagi setiap satu keluarga pada bulan Ramadan yang lepas.
[6 markah]

(d)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i)Telah termaklum dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa bahasa Melayu merupakan


bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa pertuturan dalam semua urusan-urusan rasmi.
(ii)Sejak awal tahun, pekerja-pekerja syarikat itu tidak dibayar gaji kerja lebih masa walaupun
syariakt mengalami masalah kewangan.
(iii)Dalam temasya sukan di peringkat antarabangsa, bila atlet negara berjaya menggondol
pingat emas, lagu Negaraku akan berdendang.
[6 markah ]

(e)Bina satu ayat berdasarkan peribahasa di bawah.

(i)jinak-jinak merpati
(ii)melepaskan anjing tersepit
(iii)hati kuman saman dicecah, hati gajah sama dilapah
[6 markah]
135
Latihan 8

(a)Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) duduk
(ii) penduduk
(iii) terduduk
(iv) kedudukan
(v) pendudukan
(vi) menduduki [6 markah]

(b)Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i)Poster yang telah saya hasilkan dalam pertandingan Hari Kemerdekaan mendapat hadiah
pertama peringkat kebangsaan.
(ii)Pelbagai bantuan makanan dan pakaian telah diterima oleh mangsa-mangsa banjir di
Kuantan, Pahang apabila rumah mereka dilanda banjir.
(iii)Sikap suka menangguh pekerjaan harus diketepikan oleh setiap pelajar ketika membuat
ulang kaji untuk peperiksaannya.
[6 markah]

(c)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan dari segi
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

Gambir sejenis tumbuhan panjat yang tumboh meliar di hutan. Di Malaysia, tumbuhan renik
ini banyak terdapat di hutan tebal Sarawak. Gambir Sarawak dikenali dalam rawatan
tradisional sebagai alternatif kepada rawatan moden yang mahal. Sebagai contoh,
masyarakat Melayu gunakan gambir sebagai losyen untuk merawat kesan melecur.
[6 markah]

(d)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i)Penonton terpegun dengan kepantasan Maria mengemukakan semua hujah-hujahnya


dalam pertandingan bahas itu.
(ii)Strategi baru yang lebih menyeluruh akan kerajaan lancarkan bagi meningkatkan industri
padi dan beras negara.
(iii)Semasa ekspedisi mendaki Gunung Jerai, terdapat peserta-peserta yang cedera dan
mereka tidak dapat meneruskan perjalanan ke puncak gunung.
136
[6 markah]
(e)Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan ayat-ayat tersebut.

(i)Tiap-tiap petang, Kamalia dan rakan-rakannya bersiar-siar di taman bunga itu untuk
menghilangkan penat.
(ii)Janganlah kita boros berbelanja, sebaliknya berbelanjalah mengikut kemampuan atau
bersesuaian dengan pendapatan yang kita peroleh setiap bulan.
(iii)Apabila kita berada di rantau orang, janganlah kita meninggi diri dan patuhilah adat resam
tempat tersebut.
[6 markah]
Latihan 9

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
khas.
(i) Pekat
(ii) pikat
(iii) siram
(iv) suram
(v) indah
(vi) endah
[6 markah]
(b)Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan kata kerja aktif transitif dan objek
dalam petikan ini.

Kini masyarakat kita semakin melupakan permainan tradisional dengan wujudnya


permainan moden. Oleh itu, kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen untuk
mempopularkan permainan tradisional. Kita haruslah menyokong kempen ini agar permainan
tradisional tidak pupus ditelan zaman. Selain itu, pihak sekolah boleh menubuhkan Kelab
Permainan Tradisional. Dengan adanya pendedahan awal sedemikian murid-murid akan
dapat menyemaikan minat mereka terhadap permainan tradisional. Kerajaan perlu
mendirikan sebuah muzium permainan tradisional agar keistimewaan permainan tradisional
dapat ditonjolkan.

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
(i)Sebahagian daripada tanah pesaka kepunyaan Haji Sulaiman di kampung akan diambil
oleh pihak kerajaan negeri untuk menjadikan rizab jalan.
(ii)Projek carigali yang baharu akan dilaksanakan di pengairan Terengganu oleh Kerajaan
Negeri Terengganu pada tahun hadapan.

137
(iii)Rambut bayi itu kerinting dan berwarna perang kerana mengikut genetik daripada
penurunan sebelah datuknya yang berasal dari Pakistan. [6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i)Remaja hari ini merupakan tonggak utama bagi merealisasikan apresiasi negara dalam
masa 30 tahun daripada sekarang.
(ii)Ayam jantan itu berbunyi dengan nyaring pada tiap pagi menandakan hari menjelang
siang.
(iii)Pasukan Bendahara bertempik keriangan apabila diumumkan sebagai juara di dalam
pertandingan hiasan rumah sukan.
[6 markah]
(e) Baca ayat–ayat di bawah dengan teliti dan nyatakan peribahasa yang sesuai dengan
ayat-ayat tersebut.

(i)Mak Mah mendidik dan menjaga anak-anak tirinya dengan penuh kasih sayang.
(ii)Peniaga itu mengambil kesempatan menjual barang-barang runcit di kedainya dengan
harga yang tinggi kepada mangsa banjir.
(iii)Lagu-lagu lama yang bertemakan hari raya masih segar dan diminati sehingga hari ini.
[6 markah]

Latihan 10
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
khas.
(i) merebus
(ii) mereneh
(iii) menanak
(iv) mencelur
(v) mengukus
(vi) menjerang
[6 markah]

(b) Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan menggunakan
kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.
Melaka merupakan destinasi pelancongan. Melaka mempunyai bangunan-bangunan
bersejarah. Melaka mempunyai tempat-tempat menarik. Kerajaan negeri mengadakan
pelbagai usaha mempromosikan Melaka. Kerajaan negeri mengadakan kempen Melawat
Melaka Bererti Melawat Malaysia. Melaka lebih dikenali oleh pelancong-pelancong. Peluang
pekerjaan terbuka luas. Banyak pelancong mengunjungi Melaka. Ekonomi Melaka
meningkat.
138
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i)Pegawai itu mensifatkan tragedi banjir lumpur yang berlaku merupakan kejadian terburuk
dalam tempuh 20 tahun.

(ii)Penceramah itu memberikan definasi yang tepat tentang judul ceramah yang disampaikan
dengan rujukan Kamus Dewan.

(iii)Alat mengimbas suhu atau termografik akan dipasang disetiap pintu masuk utama negara
bagi mengesan tahap kesihatan pelawat atau pelancong.
[6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i)Majlis pemberian anugerah kepada semua pelajar cemerlang di sekolah itu baru sahaja
selesai.

(ii)Pertandingan membacakan sajak yang sepatutnya berlangsung di luar dewan pada pukul
10 pagi telah ditunda oleh sebab hari hujan.

(iii)Aziz tidak pernah berputus asa walaupun telah berapa kali gagal sampai ke puncak
Gunung Kinabalu kerana dia tetap bercita-cita untuk menaik gunung tersebut.
[6 markah]

(e) Lengkapkan peribahasa di bawah dan salin semula keseluruhan peribahasa tersebut.

(i) Di mana bumi dipijak, _____________________________________________.

(ii) Masuk kandang kambing mengembek, _______________________________.

(iii) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, _______________________.

(iv) _____________________________, tak lekang dek panas.

(v) _____________________________, malu bertanya sesat jalan.

(vi) _____________________________, melepaskan pucuk masing-masing.


[6 markah]

139
Latihan 11
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan kata di bawah supaya jelas
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

(i) interaksi - integriti


(ii) liar - liat
(iii) rasmi - resmi
[6 markah]

(b) Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang
berikut.
Subjek: ___________________________________________________________________.
Predikat:__________________________________________________________________

(i) Bapa budak itu telah memukul seorang guru sekolah di Pekan.

(ii) Seramik antik dari China itu untuk dipamerkan di Muzium Negara.

(iii) Sangat besar rumah Datuk Fadilah.

(iv) Telah tumbang semalam pokok yang besar itu.


(v) Merah ialah warna kegemaran Cikgu Halimah.

(vi) Ini gambar Rohayah pada masa kecil.


[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i)Pihak penganjuran tidak menyediakan alatulis yang mencukupi kepada peserta yang
hendak memasuki pertandingan itu.
(ii)Anggota polis dikehendaki memperketatkan kawalan di pusat pengundian dalam pilihan
raya nanti supaya tidak menimbulkan kekecohan.
(iii)Pencapaian kontijen negara dalam acara sukan kali ini agak buruk kerana tidak
memenuhkan sasaran kutipan emas.
[6 markah]

140
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i)Negara China tidak akan menyebelahi kedua belah pihak yang bermusuhan itu demi
menjaga kedaulatan ekonominya di rantau ini.
(ii)Cikgu Suhailah bercerita tentang pengalamannya semasa mengajar di kawasan mundur
Sabah selama tiga puluh tahun agar menjadi teladan kepada murid-muridnya.
(iii)Oleh sebab demam, Kamil tidak datang ke sekolah sepanjang tiga hari.
[6 markah]

(e) Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan maksud ayat tersebut..

(i)Sesuatu benda tidak akan datang atau diperoleh jika kita tidak berusaha.
(ii)Adat persandingan dalam majlis perkahwinan orang Melayu merupakan adat yang masih
utuh dan diamalkan secara besar-besaran pada hari ini.
(iii)Kita hendaklah menurut adat atau peraturan yang telah ditetapkan di tempat kita diami
atau tinggal agar tidak mendatangkan kesusahan nanti.
[6 markah]

Latihan 12

(a)Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan kata di bawah supaya jelas
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

(i) golongan - gulungan


(ii) seloroh - seluruh
(iii) telor - telur
[6 markah]

(b)Tukar ayat aktif yang berikut supaya menjadi ayat pasif tanpa mengubah maksud
asalnya..

(i) Sasterawan itu bakal melancarkan novel terbaharunya.


(ii) Kamu sudah menghubungi pegawai yang bertugas untuk bertanyakan soalan?
(iii) Kita perlu mengamalkan pemakanan seimbang demi menjamin kesihatan tubuh.
[6 markah]

141
(c)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i)Kesesakan lalu-lintas yang berlaku di bandar-bandar besar di negara kita disebabkan oleh
penambahan bilangan kenderaan.

(ii)Sikap ibu bapa yang perihatin terhadap masalah anak-anak dapat kurangkan risiko anak-
anak terjerumus dalam gejala sosial.

(iii)Syarikat minyak utama akan melakukan penurunan kos memandangkan kontraktor


bersetuju untuk penerusan pengurangan harga.
[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i)Semasa serangan dilakukan oleh pihak polis, terdapat beberapa orang remaja di pusat
siber kafe itu sedang leka melayari laman pornografi.
(ii)Walaupun adanya media sosial, akhbar adalah media yang masih memainkan peranan
penting dalam pengembangan berita dan maklumat kepada rakyat.
(iii)Sultan Selangor bersetuju untuk merasmikan pembukaan Persidangan Perniagaan
Antarabangsa yang melibatkan 100 orang perwakilan daripada 23 buah negara Islam.
[6 markah]

(e) Isikan setiap tempat kosong dengan satu peribahasa yang sesuai.

Penghulu Salleh: Masalah kecurian di kampung kita semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir
ini. Oleh itu, kita perlu bersama-sama mengawasi kampung kita kerana
……………………………. (i)………………………………………..

Rustam:Saya yakin, suatu hari nanti pasti pencuri itu dapat ditangkap kerana
…………………………………..(ii)………… …………………………

Penghulu Salleh: Masalah jenayah begini harus diperangi habis-habisan. Sebagai anggota
masyarakat, kita janganlah terlalu bergantung harap kepada rukun tetangga sebaliknya
setiap keluarga perlu mengambil langkah berjaga-jaga seperti mengunci pintu. Sikap ini
dapatlah disamakan dengan peribahasa yang berbunyi ……………………………………(iii)
……………..………..…….. .
[6 markah]

142
Latihan 13

(a)Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) berhemah - berhemat
(ii) rasmi - resmi
(iii) inspirasi - aspirasi
[6 markah]
(b)Tukar ayat bersusunan songsang di bawah ini kepada ayat bersusunan biasa tanpa
mengubah maksud asalnya.

(i)Sudah ditetapkan pada usia 60 tahun persaraan kakitangan kerajaan.

(ii)Terletak di Bukit Perdana banglo mewah berharga RM3 juta itu.

(iii)Sungguh menakjubkan pertunjukan udara yang diadakan bersempena dengan sambutan


ulang tahun hari kemerdekaan negara.
[6 markah]
(c)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i)Walaupun Mariah seorang wanita seorang wanita yang berkerja, namun dia sempat
memasak bihun goreng untuk anak-anaknya bersarapan sebelum pergi ke sekolah.

(ii)Banjir besar itu telah menenggelami semua perabut di rumahnya dan menyebabkan Amir
mengalami kerugian yang besar.

(iii)Sambutan ulang tahun perkahwinannya yang ke 3 telah diada di sebuah hotel terkemuka
di Kuala Lumpur.
[6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i)Seiras dengan pelaksanaan GST, pendapatan Negara telah meningkat dalam kadar yang
paling tinggi sekali sejak 10 tahun yang lalu.
(ii)Yang di-Pertuan Agong menitahkan bahawa beliau amat berbangga dengan pencapaian
negara ini di dalam bidang penerokaan angkasa lepas.
(iii)Kapal terbang itu akan berhenti di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dalam
masa satu setengah jam lagi.
[6 markah]
143
(e)Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan tersebut.

Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa
dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah menceritakan rahsia
peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan
rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita
tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Amirah sudah
berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah
terlambat. Aku tidak mempercayainya lagi.
[6 markah]

Latihan 14

(a)Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan anda faham akan
maksud dan penggunaannya.

(i) lasykar (ii) bahtera


(iii) masyghul (iv) makan
(v) gering (vi) singgahsana

(b) Kenal pasti jenis ayat-ayat di bawah. Tentukan sama ada ayat-ayat tersebut ialah ayat
aktif transitif atau ayat aktif tak transitif.

(i) Haji Ismail berserban setiap kali keluar rumah.


(ii) Siti sarah menjeling manja ke arah kami apabila namanya dipanggil.
(iii) Saya yakin bahawa berita itu sungguh mendebarkan anda.
(iv) Malaysia menghulurkan bantuan kepada mangsa krisis peperangan di Palestin.
(v) Puan Mariam menyiram pokok-pokok bunga di halaman rumahnya pada setiap petang.
(vi) Beberapa orang pengunjung masih bersiar-siar pada waktu senja.

(c)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari
segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i)Pihak pengurusan pasar borong terbesar itu memperkenalkan tiket pra-bayar untuk
kemudahan pengunjung meletakan kenderaan di premis tersebut.
(ii)Langkah kerajaan menurunkan tarif lektrik bagi penggunaan domestik dan komersial akan
mengurangi kos operasi pelbagai sektor industri bagi memperkukuhkan kedudukan ekonomi
negara.
(iii)Hubungan antara bangsa yang dijalin erat membolehkan Malaysia dikenali seluruh dunia
hasil kerjasama antara pemimpin dengan rakyat.

144
(d)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i)Pasukan badminton negara telah berjaya mengekalkan kejuaraan dalam kejohanan


badminton di peringkat dunia selama dua tahun berulang-ulang.

(ii)Kejatuhan harga komuniti getah dan kelapa sawit telah menjejaskan pendapatan golongan
para petani.

(iii)Rambut Malik dikerat oleh guru disiplin kerana teramat panjang sangat walaupun telah
diberi amaran.

(e)Isikan tempat kosong di bawah ini dengan peribahasa yang sesuai.

Sekolah merupakan tempat yang mampu melahirkan modal insan yang akan
membangunkan negara. Oleh itu, para pendidik dan pelajar haruslah menjalinkan hubungan
yang erat dan bekerjasama ____________________________ agar matlamat itu menjadi
realiti. Selain itu, warga sekolah haruslah berusaha dengan gigih untuk menempa kejayaan
yang cemerlang kerana ____________________________. Namun demikian, setelah
menempa kejayaan para pelajar juga janganlah menjadi ________________________
kerana kejayaan itu tidak akan tercapai tanpa jasa dan sumbangan guru. [ 6 markah]

Latihan 15

(a)Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) duduk (ii) duduk-duduk


(iii) terduduk (iv) menduduki
(v) penduduk (vi) kedudukan

(b)Pisahkan ayat-ayat di bawah ini kepada enam ayat tunggal dengan mengekalkan
maksud dan struktur asalnya.

Dua orang nelayan terpaksa berpaut pada tong minyak apabila bot mereka karam dipukul
ombak besar ketika menangkap ikan di perairan Pulau Beras Basah, Langkawi, Kedah.
Setelah hampir sembilan jam terapung-apung di tengah laut, akhirnya mereka diselamatkan
oleh sebuah kapal dagang Indonesia yang melalui perairan itu.

145
(c)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan kesalahan dari segi
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut.

Fenomena ombak besar sunami yang kali pertama berlaku dalam sejarah negara berikutan
bergegar gempa bumi dasar laut yang berpusat di utara Sumatera pada 26 Disember 2004
memberikan pengajaran besar kepada kita yang selama ini teranggap bahawa Malaysia
terselamat daripada mala petaka seumpama itu. Tidak ada sesiapa pun yang wajar
dipersalahkan berikutan trajedi yang telah meragut lebih 60 nyawa dan kemusnahan besar di
negeri sebelah utara Semenanjung Malaysia kerana sememangnya kita belum bersedia
hadapi bencana sedemikian rupa.

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

(i) Salmiza telah menghiris ikan merah untuk dimasak oleh saya bersama-sama rakan tengah
hari ini.

(ii)Setiap pagi Danial Iskandar pergi ke sekolah pada pukul tujuh pagi dengan menumpang
motosikal ayahnya.

(iii)Koperal itu tidak mengindahkan kecederaan yang dialami sebaliknya mengejar terus
peragut itu.

(e)Nyatakan peribahasa yang sama maksudnya dengan peribahasa di bawah.

(i) Genggam bara api biar sampai jadi arang

(ii) Air dicencang tidak akan putus

(iii) Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

146
SISTEM BAHASA
AYAT
1. Ayat yang lengkap mempunyai satu subjek dan satu predikat.
2. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan.
3. Predikat ialah bahagian yang menerangkan subjek.
4. Ayat didahului oleh huruf besar dan diakhiri dengan noktah.
POLA AYAT DASAR BAHASA MELAYU
SUBJEK PREDIKAT
Pola 1 Frasa Nama Frasa Nama
Frasa Nama + Frasa Nama Mohamad Nasir guru bahasa Melayu .
(FN + FN)
Pola 2 Frasa Nama Frasa Kerja
Frasa Nama + Frasa Kerja Guru saya sedang menanda buku.
(FN + FK)
Pola 3 Frasa Nama Frasa Adjektif
Frasa Nama + Frasa Adjektif Buah rambutan ini sangat manis sekali.
(FN + FA)
Pola 4 Frasa Nama Frasa Sendi Nama
Frasa Nama + Frasa Sendi Pokok manggis itu di belakang rumah cikgu
Nama (FN + FS) di,untuk,dari, Nasir.
ke, tentang, daripada, dengan
pada.

Nyatakan pola ayat-ayat berikut.

Bil Ayat Pola


1 Anaknya yang berumur tiga tahun merengek-rengek meminta FN+FK
makan.
2 Usman Awang ialah tokoh Sasterawan Negara. FN+FN
3 Nasir dan Ibrahim di rumah nenek pada cuti persekolahan. FN+FS
4 Buah- buahan ini amat elok untuk kesihatan kanak-kanak. FN+FA
5 Soalan Bahasa Melayu agak mudah untuk dijawab. FN+FA
6 Dewan yang luas itu ialah Dewan Karisma. FN+FN
7 Tolong berikan makanan ini kepada Wan Malini. FN+FS
8 Murid-murid lelaki SMK Undang Jelebu sedang bermain bola. FN+FK
9 Buku cerita itu buku kesayangan adik saya. FN+FN
10 Guru Matematik itu sedang menasihati murid-muridnya. FN+FK
11 Surat yang bersampul putih itu untuk Aminah. FN+FS
12 Murid-murid 5 Jauhari rajin membuat ulang kaji di rumah. FN+FA

Ayat Penyata
1. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan untuk membuat sesuatu kenyataan.
2. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan.
Latihan Membina Ayat
147
1 Seremban ialah ibu negeri Negeri Sembilan yang masyhur . FN+FN

2 FN+FN
3 FN+FK
4 FN+FK
5 FN+FA
6 FN+FA
7 FN+FS
8 FN+FS

Latihan Betul atau Salah

Tandakan ( / ) pada ayat penyata dan ( X ) pada ayat-ayat lain yang diberikan di bawah ini.

1. Siapakah yang belum mandi lagi? ( )


2. Setiap kali musim perayaan , ibu akan memasak rendang. ( )
3. Pertandingan itu akan diadakan bila? ( )
4. Bangunan tertinggi di Malaysia terletak di Kuala Lumpur. ( )
5. Janganlah awak mandi di lombong itu . ( )
6. Silalah baca buku yang baru diedarkan itu. ( )
7. Cis,awak tidak tahu siapa saya lagi! ( )
8. Sekolah Menengah Taman Kempis berjaya dalam pertandingan dikir barat. ( )
9. Siakap sejenis ikan yang hidup di air payau. ( )
10. Tolong ambilkan buku itu kepada saya. ( )

Ayat Tanya

1. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
(i) Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya

1. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang diucapkan dengan meninggikan nada suara
pada akhir ayat penyata.

2. Dalam tulisan, nada tanya ini ditandai dengan tanda soal (?).

1a Encik Nasir pengurus syarikat itu.


148
1b Encik Nasir pengurus syarikat itu?
2a Adik masih menangis.
2b
3a Mereka berada di Pulau Pinang.
3b

(ii) Ayat Tanya Dengan Kata Tanya


1. Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang menggunakan kata tanya seperti apa, siapa,
bila, mana,berapa, kenapa, bagaimana dan sebagainya.

1a Harga barang itu.

1b Harga barang itu berapa?m


ain piano itu siapa?
2a Keadaan ayahnya selepas pembedahan.
2b Keadaan ayahnya selepas pembedahan bagaimana?
3a Hari pertunangannya.

3b Hari pertunangannya bila?


4a Awak datang lewat.

4b Awak datang lewat kenapa?

AYAT PERINTAH
o Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
o Ada 4 jenis ayat perintah

a. Ayat Suruhan
o Memberi perintah atau arahan.

1a Engkau pergi dari kawasan perumahan ini segera.


2 dari bilik ini sekarang jika mahu selamat.
3 Awak dia di sini hingga dia datang.
4 karangan itu dengan cermat hingga selesai.
5 kerja itu dengan segera sebelum saya ambil tindakan.
b. Ayat Larangan

o Menghentikan sesuatu perbuatan atau melarang seseorang melakukan sesuatu.

149
o Menggunakan kata larangan seperti jangan dan usah .
o Boleh guna partikel lah.

1 Jangan buang sampah merata-rata di tempat ini.


2 meniru semasa peperiksaan sedang dijalankan.
3 ambil tahu masalah saya.
4 balik ke sini lagi.
5 Kamu beritahu Cikgu Nasir.

c. Ayat Silaan
o Menjemput atau mempersilakan seseorang. Menggunakan kata silaan seperti sila
atau jemput.
o Boleh guna partikel “lah” sebagai penegas.
1 Sila datang ke kedai kami pada bila-bila masa.
2
3
4
5
6

d. Ayat Permintaan

o Memohon permintaan dan pertolongan.


o Menggunakan kata permintaan seperti minta , tolong , harap.

1 Minta jelaskan yuran kelas tambahan untuk bulan lepas.


2
3
4

Ayat Seruan

1. Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan terkejut, hairan, geram,
seronok, sakit dan sebagainya.
2. Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir ayat seruan.
3. Ayat seruan didahului oleh kata seru seperti amboi, wah, eh, oh, aduh, cis, syabas,dan
sebagainya.

1 Amboi, garangnya awak !

150
3

SUSUNAN AYAT
1. Terdapat dua bentuk susunan ayat dalam bahasa Melayu, iaitu susunan biasa dan
susunan songsang.

2. Dalam susunan biasa, subjek terletak di hadapan ayat manakala predikat pula terletak di
belakang ayat.

3. Ayat songsang ialah ayat yang predikatnya di hadapan dan subjeknya di belakang.
1a Beberapa buah bangunan musnah dalam kebakaran itu.
1b Dalam kebakaran itu beberapa buah bangunan musnah.
2a Perangainya baik sungguh pada hari ini.
2b Baik sungguh perangainya.
3a Murid-murid 5 Gemilang berkejar-kejaran di padang.
3b Berkejar-kejaran murid-murid 5 Teratai di padang.
4a Hati saya berasa sedih tadi kerana cikgu Nasir merajuk.
4b Berasa sedih tadi hati saya.
5a Dia membaca buku di rumah
5b Membaca buku dia di rumah.
6a Tim tersepak akan batu dalam permainan itu.
6b Tersepak batu Tim dalam permainan itu.

7a Budak-budak itu masih bermain di padang.


7b Masih bermain budak-budak itu.
8a Badannya berasa letih sepanjang masa.
8b Letih badannya sepanjang masa.

AYAT TUNGGAL

151
Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat tunggal
terbina dalam berbagai-bagai jenis ayat sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah,
dan ayat seruan. Pembentukan ayat tunggal boleh terbina daripada subjek dan predikat
yang terdiri daripada FN, FK, FA dan FS.
Contoh

Encik Salman berjalan sendirian di bandar.


Subjek : Encik Salman.
Predikat: berjalan sendirian di bandar.

Ayat Majmuk
1. Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat tunggal.
(a) Ayat Majmuk Gabungan

1. Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal.
2. Ayat majmuk gabungan digabungkan dengan menggunakan kata hubung gabungan dan,
serta, atau, tetapi, sambil , malahan,lalu, kemudian dan sebagainya.

Latihan Cerakin (pisahkan ) ayat-ayat majmuk kepada ayat tunggal.

1a Cikgu Nasir ke sekolah atau ke padang bola.


1b Cikgu Nasir ke sekolah.
1c Cikgu Nasir ke padang bola.
2a Cikgu Affendy mengambil beg lalu masuk ke dalam kereta.
2b Cikgu Affendy mengambil beg.

2c Cikgu Affendy masuk ke dalam kereta.


3a Teh Mi Lo sedar bahawa dia telah melakukan kesilapan terhadap ibunya.
3b Teh Mi Lo sedar sesuatu.
3c Teh Mi Lo telah melakukan kesilapan terhadap ibunya.
4a Kumpulan Gagak Hitam ditahan oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dalam kes
jenayah.
4b Kumpulan Gagak Hitam ditahan oleh pihak polis.

4c Kumpulan Gagak Hitam disyaki terlibat dalam kes jenayah.


5a Nyamuk ialah serangga yang dapat mendatangkan bahaya kepada manusia.
5b Nyamuk ialah serangga.
5c Nyamuk dapat mendatangkan bahaya kepada manusia.
6a Kakak Afiq dan Siti Mazni sedang membaca buku manakala Fuad sedang
menonton televisyen di ruang tamu.
6b Kakak Afiq sedang membaca buku di ruang tamu.
6c Siti Mazni sedang membaca buku di ruang tamu.

152
6d Fuad sedang menonton televisyen di ruang tamu.

Gabungkan ayat –ayat tunggal di bawah menjadi ayat majmuk.

1a Tuan Ismail membaca surat khabar.


1b Tuan Ismail menonton televisyen
1c Tuan Ismail membaca surat khabar sambil menonton televisyen.
2a Murid itu melayari Internet.
2b Murid itu mencari maklumat terbaru.
2c Murid itu melayari Internet untuk mencari maklumat terbaru.duaJebu.
3a Kasut itu berwarna biru.
3b Kasut itu sangat mahal.
3c Kasut yang berwarna biru sangat mahal. tetapi bakhil.

(b) Ayat Majmuk Pancangan


1. Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang mengandungi satu ayat induk dan satu atau
beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan ke dalam ayat induk dengan menggunakan kata
hubung pancangan.

(i) Ayat Majmuk Pancangan Relatif


1. Ayat majmuk pancangan relatif ialah ayat majmuk yang menggunakan kata hubung
"yang".
1a Saya membeli kereta yang berwarna biru .
1b Saya membeli kereta .
1c Kereta itu berwarna biru.
2a Kami menonton wayang yang sangat menarik.
2b Kami menonton wayang.
2c Wayang itu sangat menarik.
3a Kerbau yang menanduk kereta saya itu lari ke dalam hutan.
3b Kerbau itu menanduk kereta saya.
3c Kerbau itu lari ke dalam hutan.
4a Bas yang dinaiki adik saya bas ekspres.
4b Bas itu dinaiki adik saya.
4c Bas itu bas ekspres.
5a Burdi yang cepat naik angin menampar budak yang suka mengintai gadis kampung .
5b Burdi cepat naik angin
5c Burdi menampar budak.
5d Budak itu suka mengintai gadis kampung.

ii) Ayat Majmuk Pancangan Komplemen


1. Ayat majmuk pancangan komplemen ialah ayat yang menggunakan kata hubung
"bahawa" dan "untuk".

153
1a Dia mengetahui bahawa Azli telah bersara.

1b Dia mengetahui sesuatu.


1c Azli telah bersara.
2a Bahawa ekonomi negara kita pada masa ini merosot adalah kurang tepat.
2b Sesuatu itu adalah kurang tepat.
2c Ekonomi negara kita pada masa ini merosot.
3a Untuk dia lulus ujian itu amatlah senang.
3b Perkara itu amatlah senang.
3c Dia lulus ujian.
4a Orang itu menafikan bahawa barang-barangnya telah hilang.
4b Orang itu menafikan sesuatu.
4c Barang-brang orang itu telah hilang.

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

AYAT MAJMUK KATA HUBUNG


PANCANGAN
(a) Musabab kerana, lantaran, oleh sebab
(b) Akibat hingga, sehingga
(c) Syarat sekiranya, andai kata, jikalau, jika, kalau
(d) Waktu sejak, semenjak, setelah, sewaktu, sementara, tatkala, ketika
(e) Pertentangan walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, walau
bagaimanapun, namun ,sekalipun, sedangkan.
(f) Harapan supaya, agar, semoga, moga-moga, kalau-kalau.
(g) Cara dengan
(h) Tujuan untuk, demi, bagi
(i) Perbandingan macam, seolah-olah, seakan-akan, ibarat, bagaikan, bak.

Nyatakan jenis ayat majmuk pancangan di bawah

Bil Ayat majmuk Keterangan


1 Sekiranya saya lulus peperiksaan ini, saya akan berpuasa esok. syarat
2 Saya tidak dapat hadir kerana saya kurang sihat. musabab
3 Polis datang segera setelah mendapat maklumat. setelah
4 Siti Amira belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya. akibat
5 Kita mesti bertolak ansur agar mereka berpuas hati. harapan
6 Pelajar itu berjaya lantaran usahanya yang gigih. musabab
7 Mereka berpindah juga ke bandar sedangkan hati mereka masih di pertentangan
kampung.
8 Dollah bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya. akibat
9 Pemuda itu datang dengan menaiki kereta. cara
10 Jika diizinkan Tuhan, kami akaan datang lagi. syarat

154
11 Dia membunuh ular itu dengan menggunakan buluh runcing. cara
12 Sekalipun dia sudah tua, orang itu masih mahu berlawan. pertentangan
13 Tatkala hujan mula turun, mereka masih di kebun. waktu
14 Cuba bertnaya kepada cikgu Asmah kalau-kalau dia mengetahuinya. harapan
15 Mulan kebingungan bagai rusa masuk kampung. perbandingan
16 Para pemimpin menyusun rancangan ekonomi untuk meningkatkan tujuan
tarah hidup rakyat.
17 Hati Siti hancur seperti kaca terhempas ke batu. perbandingan
18 Demi negara kita haruslah berkorban jiwa raga. tujuan

(c) Ayat Majmuk Campuran

1. Ayat majmuk campuran ialah campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau beberapa
ayat majmuk.

1a Ahmad sedang menulis cerita tetapi kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah
lama tidur.
1b Ahmad sedang menulis cerita.
1c Kawan-kawannya sudah letih lesu telah lama tidur.
1d Mereka mendaftarkan kanak-kanak yang lahir dalam tahun 2016, yang telah
menerima suntikan tersebut.
2a Mereka mendaftarkan kanak-kanak.
2b Kanak-kanak itu lahir dalam tahun 2016.
2c Kanak-kanak itu telah menerima suntikan tersebut.
2d Kereta yang sentiasa rosak itu dibaiki lalu dijual olehnya.

3a Kereta itu sentiasa rosak


3b Kereta itu dibaiki olehnya.
3c Kereta itu sentiasa rosak.
3d Bangsa kita memang terkenal di seluruh dunia dengan sifat lemah lembut dan
bertatatertib yang tinggi nilainya.
4a Bangsa kita memang terkenal di seluruh dunia.
4b Sifat bangsa kita lemah lembut.
4c Sifat bangsa kita bertatatertib.
4d Sifat ini tinggi nilainya.
5a Saleh dan Sutan pelajar tingkatan 2 Teratai sedangkan Sani dan Fahmi pelajar
tingkatan 2 Kemboja.
5b Saleh pelajar tingkatan 2 Teratai
5c Sutan pelajar tingkatan 2 Teratai
5d Sani pelajar tingkatan 2 Kemboja
5e Fahmi pelajar tingkatan 2 Kemboja
6a Pembakar ketuhar yang sentiasa rosak itu dibaiki lalu dijual oleh Siti.

155
6b Pembakar ketuhar itu sentiasa rosak.
6c Pembakar ketuhar itu dibaiki oleh Siti.
6d Pembakar ketuhar itu dijual oleh Siti.
7a Safri membuat tugasan kemudian menghantarnya pada petang hari.
7b Safri membuat tugasan.
Safri menghantar tugasan itu pada petang hari.

CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH

Cakap Ajuk Cakap Pindah

o Percakapan yang dilaporkan semula o Percakapan yang dilaporkan semula


sebagaimana yang dituturkan tetapi tidak sebagaimana yang
o Tidak ada sebarang pindaan dituturkan.
o Dimulai tanda pembuka kata dan o Ada perubahan susunan perkataan
diakhiri dengan tanda penutup kata . dalam ayat.
( “...” ) o Tidak ada pembuka dan penutup
kata,tanda soal dan tanda seru.

A. Gunakan ungkapan seperti di bawah untuk cakap ajuk kepada cakap pindah:
1.Ayat penyata : memberitahu, menyatakan, berkata, menerangkan dan menjelaskan .

Cakap ajuk :Nasir berkata, “Saya sudah membuat kerja itu.”


Cakap pindah :Nasir menyatakan bahawa dia sudah membuat kerja itu

2. Ayat tanya: bertanya, menanyakan, ingin tahu, ingin mendapatkan kepastian dan
menyoal.
Cakap ajuk :Apa khabar Nasir?” tanya Aini.
Cakap pindah :Aini bertanya tentang keadaan Nasir atau Aini ingin mengetahui keadaan
diri Nasir.

Bilakah = bertanya tentang masa/ tarikh.


Mengapakah = bertanya tentang sebab/punca/
Bagaimanakah = bertanya tentang cara
Di manakah = bertanya tentang tempat
Siapakah = bertanya tentang orang yang...

3.Ayat suruhan :meminta, menyuruh, mengajak, mempelawa, melarang dan


mengharapkan .
Cakap ajuk : “Berikan bola itu kepada Safawi,” kata Tanabalan
Cakap pindah : Tanabalan menyuruh agar bola itu diberikan kepada Safawi.

4. Ayat seru :terkejut, hairan, kagum, terperanjat, mengeluh, dan mengaduh ,memuji
156
Cakap ajuk : Wah , cantik kamu hari ini,! Tegur Siti kepada Nurhaliza.
Cakap pindah : Siti memuji kecantikan Nurhaliza ketika menegurnya.

B. Pertukaran Ganti Nama dan Kata Sifat

1. Ganti nama tunjuk di sini bertukar menjadi di situ, ini menjadi itu.

2. Ganti nama orang pertama bertukar kepada orang ketiga.


Cakap ajuk :“Saya hendak ke sana.”
Cakap pindah :Dia berkata bahawa dia akan ke situ.

Kecuali apabila penutur sendiri melaporkan ucapannya.


Cakap ajuk : Saya berkata, “Saya kehilangan wang.”
Cakap pindah : Saya memberitahu bahawa saya kehilangan wang.

C .Tukar ganti nama diri , nama masa , nama tunjuk.

(a) Dalam cakap ajuk, ganti nama diri pertama aku, saya, kami, beta, patik menjadi dia,
mereka, baginda dalam cakap pindah.
Cakap ajuk : “Kami membeli buku ini.” kata Abu
Cakap pindah : Abu berkata bahawa merekalah yang membeli buku itu.

(b) Ganti nama diri kedua awak, anda, kau, kamu, awak sekalian menjadi saya, dia, -nya,
kami, mereka.
Cakap ajuk :Kata Encik Nordin, “Kamu semua mesti menyiapkan latihan itu.”
Cakap pindah :Encik Nordin memberitahu bahawa mereka semua perlu menyiapkan
latihan itu.

(c) Ganti nama diri ketiga dia, beliau, mereka menjadi dia, beliau,mereka.
Cakap ajuk :Daud memberitahu , “Saya ingin menjadi jurutera.”
Cakap pindah : Daud memberitahu bahawa dia ingin menjadi jurutera.

(d) Ganti nama tunjuk ini menjadi itu.


Cakap ajuk :“Ini kakak saya,” kata Muaz kepad Hanif.
Cakap pindah :Muaz berkata kepada Hanif itu kakaknya.

(e) Keterangan tentang masa seperti malam itu, semalam, hari ini, esok, sekarang,
tadi menjadi malam yang lepas, hari itu / kelmarin / semalamnya, hari itu,
esoknya, masa itu, ketika itu.

Cakap ajuk :“Adawiah datang malam tadi,” kata Aishah.


Cakap pindah :Aishah memberitahu bahawa Adawiah mengunjunginya malam itu.

(f) Kata keterangan begini menjadi begitu.

157
Cakap ajuk : “Awak perlu buat begini,” suruh bapa Kamal.
Cakap pindah : Bapa Kamal berkata dia perlu melakukannya begitu.

Latihan Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah

1 “Aduh sakitnya badanku!” kata Murad.


Murad mengaduh kerana badannya berasa sakit.
2 “Wah, indahnya pemandangan di Kota Kinabalu!” kata Kumutar.
Kumutar berasa kagum dengan keindahan pemandangan di Kota Kinabalu.
3 “Amboi, cantiknya pakaian awak ya!” kata Jun kepada April.
Jun memuji kecantikan pakaian April.
4 “Syabas atas kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2017,” kata Rahman
kepada Rahim.
Rahman mengucapkan tahniah kepada Rahim yang telah mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam peperiksaan SPM 2017.
5 “Ah, aku tak nak buat kerja yang susah itu,” kata Kumar.
Kumar telah melahirkan perasaan tidak bersetuju untuk melakukan kerja itu kerana
susah.
6 “Hello, boleh saya bercakap dengan Datin Rosminah,” kata Dato’ Malik.
Dato’ Malik menelefon Datin Rosminah lalu meminta kebenaran untuk bercakap
dengan Datin Rosminah.
7 “Apa khabar ibu awak sekarang?” tanya Cikgu Tan kepada Bahar.
Cikgu Tan bertanyakan khabar ibu Bahar pada masa itu.
8 “Ibu saya, sakitnya semakin pulih,” jelas Mokthar.
Mokhtar menjawab bahawa ibunya semakin pulih.
9 “Man!, Man! Marilah ke sini sekejap,” kata Ramlah.
Ramlah memanggil nama Man beberapa kali dan menyuruhnya ke situ sekejap.
10 “Hai nak ke mana awal-awal ni?” tanya Mak Cik Semah kepada suaminya.
Mak Cik Semah menegur suaminya lalu bertanya dia hendak pergi ke mana.
11 “Terima kasih atas pertolongan kamu,” kata Ramli kepada Tong.
Ramli mengucapkan terima kasih atas bantuan Tong.
12 “Boleh awak siapkan tugasan ini?” tanya Farhan kepada Syatih.
Farhan bertanya kepada Syatih sama ada dia boleh menyiapkan tugasan itu.
13 Bagaimana dengan sikap Mat sekarang?” tanya Kassim .
Kassim ingin mengetahui sama ada Mat sudah mengubah sikapnya.
14 “Saya tak boleh datang esok,” jelas Ah Long.
Ah Long menjelaskan bahawa dia tidak boleh datang pada hari esoknya.
15 “Kaki aku sakitlah,” kata Hulaimah.

158
Hulaimah menyatakan bahawa kakinya berasa sakit.

Ragam Ayat

1.Ayat Aktif Transitif (AAT)


o Ayat yang mengandungi kata kerja yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau
penyambut.
o Boleh dipasifkan.

Contoh
i.(AAT) Pelancong itu hendak makan nasi goreng kampung.

Ayat Pasif
Nasi goreng kampung hendak dimakan oleh pelancong itu.

ii.(AAT)Semua tetamu itu memakai baju kurung dalam majlis itu.

Ayat Pasif
Baju kurung dipakai oleh semua tetamu dalam majlis itu.

iii.(AAT) Pekerja asing itu melebarkan jalan ke Taman Bukit Kempas.

Ayat Pasif
Jalan ke Taman Bukit Kempas dilebarkan oleh pekerja asing itu.

1. Ayat Aktif Tak Transitif (AATT)

o Ayat yang mengandungi kata kerja yang tidak diikuti oleh objek sebagai
penyambutnya.
o Tidak boleh dipasifkan.
o Maksud ayat sudah ada.

Contoh

1. Tuan Puteri sedang bersiram di dalam kolam air.


Sedang disiram oleh Tuan Puteri di dalam kolam air. X
Tuan Puteri sedang bersiram.

2. Luka dihatinya sukar untuk sembuh sejak perpisahan itu.


Untuk disembuh luka dihatinya sukar sejak perpisahan itu. X
Luka dihatinya sukar untuk sembuh.
159
Latihan Jenis Ayat Aktif Transitif (AAT) dan Ayat Aktif Tak Transitif (AATT)

1 Nazri mengemop lantai dapur beberapa kali hingga bersih. AAT


2 Pihak musuh menyerah kalah semalam. AATT
3 Sazali berasa geli apabila tapak kakinya digaru. AATT
4. Cikgu Nasir membaca majalah Dewan Bahasa dan Pustaka. AAT
5. Baju buruk itu berbau hapak dan kelihatan amat lusuh. AATT
6. Basikal Man rosak lagi kerana dilanggar oleh kereta. AATT
7. Anjing Mutu menggonggong sepotong daging. AAT
8. Kami menonton wayang kulit di Dewan Bestari semalaman suntuk. AAT
9. Ketumbuhan pada mukanya membengkak perlahan-lahan. AATT
10. Sayur yang ditanam oleh Rosli tumbuh dengan subur. AATT
11. Budak muda itu menemukan benda aneh itu ketika pulang. AAT
12 Guru itu sedang menyampaikan ceramah di hadapan murid-murid. AAT
13 Kemala tinggal di Pulau Pinag sejak 10 tahun yang lalu. AATT
14 Petani sedang menuai padi pada bulan Julai setiap tahun. AAT
15 Anggota polis itu sedang berkawal di setiap laluan masuk. AATT

Ayat Aktif dan Ayat Pasif

Ayat pasif terdiri daripada:


(a) Ayat pasif diri pertama, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men-
dan didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya.
(b) Ayat pasif diri kedua, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men-
dan didahului kata ganti diri kedua seperti awak, anda, kamu, engkau, dan sebagainya.
(c)  Ayat pasif diri ketiga, iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di-, diikuti kata sendi oleh
serta kata ganti diri ketiga seperti ia, dia, beliau, baginda, dan sebagainya.
Kedua-dua ayat aktif dan pasif membawa maksud yang sama walaupun bentuknya
berbeza.

160
Latihan Tukar Ayat Aktif Kepada Ayat Pasif

Bil Ayat
1 Saya menulis karangan itu dengan baik.
Karangan itu saya tulis dengan baik.
2 Patik akan mengaturkan majlis santapan diraja seperti ini lagi.
Majlis santapan diraja seperti ini akan patik aturkan lagi.
3 Kita akan menanggung sebarang kemungkinan yang terjadi bersama-sama.
Sebarang kemungkinan yang terjadi akan kita tanggung bersama-sama.
4 Engkau telah mengunjungi rumah nenek di Tanjung Bidari pada hujung minggu ini.
Rumah nenek di Tanjung Bidara telah engkau kunjungi pada hujung minggu ini.
5 Encik Najib telah menggilap kasutnya hingga berkilat.
Kasutnya telah digilap oleh Encik Najib hingga berkilat.
6 Mereka menulis cerpen itu dengan dibantu oleh Usman Salleh.
Cerpen itu ditulis oelh mereka dengan dibantu oleh Usman Salleh.
7 Saya sudah membuang daun-daun mati ke dalam tong sampah.
Daun-daun mati sudah saya buang ke dalam tong sampah.
8 Dia telah menambah ilmu pengetahuan dengan membaca buku-buku ilmiah.
Ilmu pengetahuan telah ditambah olehnya dengan membaca buku-buku ilmiah.

Latihan Tukar Ayat Pasif Kepada Ayat Aktif

Bil Ayat
1 Beberapa rumpun serai wangi kutanam di kebun.
Aku menanam beberapa rumpun serai wangi di kebun.
2 Nenek kami tuntun untuk menaiki jejantas di bandar itu.
Kami menuntun nenek untuk menaiki jejantas di bandar itu.
3 Sedikit jem dan keju akan sapukan pada sekeping roti jagung.
Aku menyapu sedikit jem dan keju pada sekeping roti jagung.
4 Kawasan itu disuluh oleh alur cahaya daripada lampu limpah.
Alur cahaya daripada lampu limpah menyuluh kawasan itu.
5 Segugus anak kunci aku sangkutkan pada paku dinding.
Aku menyangkutkan segugus anak kunci pada paku dinding.
6 Jerangkap di sekitar laluan musuh dipasang oleh tentera kerajaan.
Tentera kerajaan memasang jerangkap di sekitar laluan musuh.
7 Perayaan Tahun Baharu Cina disambut oleh masyarkat Cina setiap tahun.
Masyarakat Cina menyambut perayaan Tahun Baharu Cina setiap tahun.
8 Kain pelikat yang kusam ini tidak mahu saya pakai lagi.
Saya tidak mahu memakai kain pelikat yang kusam ini lagi.

TUNTUNAN MENJAWAB SOALAN NOVEL


Soalan 4 :Novel (15 markah)
Novel Leftenan Adnan dan Novel Tirani

161
o Ada dua soalan dikemukakan
o Pastikan anda menguasai kedua-dua buah novel
o Penguasaan kepada jalan cerita bagi kedua-dua novel amat penting.
o Gunakan kaedah I+W+P (Isi +Watak+ Peristiwa) untuk menulis jawapan.
o Nama watak dan peristiwa akan digunakan untuk memberikan bukti dan contoh .
o Anda juga perlu memahami aspek-aspek penting dalam sastera iaitu :
Tema, Persoalan, Nilai, Pengajaran, Latar ,Watak (TePerNiP+LW)
Soalan 4 (a)

(a) Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan persoalan kasih sayang.
Persoalan kasih sayang dalam novel Leftenan Adnan ialah persoalan kasih sayang
seorang ibu kepada anak. Buktinya, Sophia sanggup menyara anak-anaknya sendiri setelah
kematian suaminya . Sophia bekerja sebagai penoreh getah dan guru sekolah.
Kedua, persoalan kasih sayang seorang isteri kepada suami. Buktinya, Sophia sangat
menyayangi suaminya sehingga mengalami tekanan emosi setelah mengetahui kematian
Adnan.

Soalan 4 (b)

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan persamaan watak utama .

Novel yang saya pelajari ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, dan novel
Tirani.Watak utama dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah Adnan Bin Saidi
manakala novel Tirani ialah Waheeda Nurlyana.
Kedua-dua watak ini seorang yang tabah. Misalnya Leftenan Adnan tabah
menghadapi perpisahan dengan isterinya, Sophia Haji Pakih dan anak-anaknya kerana
terpaksa menghantar mereka ke Tanah Melayu apabila mendapat tahu Jepun akan
menyerang Tanah Melayu. Manakala Waheeda tabah menghadapi kegoyahan rumah
tangganya dengan Zahid yang menuduhnya mempunyai teman lelaki yang ramai dan
menjaga kecantikan untuk memikat lelaki lain.

Selain itu, kedua-dua watak ini seorang yang bijak. Misalnya Leftenan Adnan
bijak menghidu penyamaran askar Jepun yang memakai serban dan menyerupai tentera
Sikh. Manakala Waheeda pula bijak merebut peluang dengan membeli chalet Iwana-Iwani
yang mempunyai potensi untuk dimajukan.

BIL BETULKAN YANG BIASA , BIASAKAN YANG BETUL


1 Mohd Azeem berjaya menamatkan larian ditempat yang pertama.
  Mohd Azeem berjaya menamatkan larian di tempat yang pertama.
2 Motivasi yang disampaikan itu telah menjadi galakkan kejayaan Afiq.

162
  Motivasi yang disampaikan itu telah menjadi galakan kejayaan Afiq.
3 Pengetua mengesyorkan semua guru supaya menyelesai tugasan itu segera.
  Pengetua mengesyorkan semua guru supaya menyelesaikan tugasan itu segera.
4 Jual-beli barang itu hendaklah dijalankan dengan nilai mata wang negara.
  Jual beli barang itu hendaklah dijalankan dengan nilai mata wang negara.
5 Kad telefon pra bayar menjadi pilihan golongan remaja.
  Kad telefon prabayar menjadi pilihan golongan remaja.
6 Dwi budaya Inggeris dan Perancis telah diamalkan di Kanada.
  Dwibudaya Inggeris dan Perancis telah diamalkan di Kanada.
7 Isteri Hambali yang menggaju itu dijemput kembali.
  Isteri Hambali yang mengaju itu dijemput kembali.
8 Guru itu diminta mentaksir ayat-ayat al- Quran yang disebutkannya
  Guru itu diminta mentafsir ayat-ayat al- Quran yang disebutkannya.
9 Pengetua itu mengkhaskan bilik itu untuk mesyuarat rasmi sahaja.
  Pengetua itu mengekhaskan bilik itu untuk mesyuarat rasmi sahaja.
10 Cikgu Nasir telah memperbaharui modul PT 3 dan Modul SPM untuk tahun 2020.
  Cikgu Nasir telah memperbaharui modul PT 3 dan Modul SPM untuk tahun 2020.
11 Bahasa Melayu akan mengantikan bahasa Inggeris dalam bidang keilmuan.
  Bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris dalam bidang keilmuan.
12 Dia mengambili anak-anaknya buah- buahan.
  Dia mengambilkan anak-anaknya buah- buahan.
13 Jari telunjok Ahmad telah patah akibat terjatuh tadi.
  Jari telunjuk Ahmad telah patah akibat terjatuh tadi.
14 Pandangannya menyeluruhkan ruang bilik darjah itu.
  Pandangannya menyeluruhi ruang bilik darjah itu.
15 Kilat sabung menyabung jelas kelihatan petang semalam.
  Kilat sabung- menyabung jelas kelihatan petang semalam.
16 Kapal penyeludup itu tertangkap di pengairan Malaysia.
  Kapal penyeludup itu tertangkap di perairan Malaysia.
17 Dia menerima sepucuk surat dari ayahnya.
  Dia menerima sepucuk surat daripada ayahnya.
18 Resepi penjagaan kecantikan ialah pemakanan yang sihat.
  Resipi penjagaan kecantikan ialah pemakanan yang sihat.
19 Kanak-kanak yang pandai akan berasa suka cita.
Kanak-kanak yang pandai akan berasa sukacita.

20 Syarikat itu telah Kamal ambil alih kerana berlakunya rasuah.


  Syarikat itu telah diambil alih oleh Kamal kerana berlakunya rasuah.
21 Apakah kerja kita berkelahi saudara bersaudara ini?
  Apakah kerja kita berkelahi saudara- bersaudara ini?
22 Nur Imani membacai anaknya cerita-cerita dongeng.

163
  Nur Imani membacakan anaknya cerita-cerita dongeng.
23 Cikgu Nasir membacakan akhbar pada waktu petang.
  Cikgu Nasir membaca akhbar pada waktu petang.
24 Asraf susah untuk mengcam orang yang mencerobohi rumahnya semalam.
  Asraf susah untuk mengecam orang yang mencerobohi rumahnya semalam.
25 Adik mencelor sayur kangkung itu sebelum dimakan.
  Adik mencelur sayur kangkung itu sebelum dimakan.
26 Dia telah ditugasi untuk menterjemahkan buku itu ke dalam bahasa Melayu.
  Dia telah ditugaskan untuk menterjemahkan buku itu ke dalam bahasa Melayu.
27 Ahmad telah menugasi kerja itu kepada Sarman.
  Ahmad telah menugaskan kerja itu kepada Sarman.
28 Masing-masing bangsa mempertunjuk kebudayaan nasionalnya.
  Masing-masing bangsa mempertunjukkan kebudayaan nasionalnya.
29 Petunjuk jangka suhu maksimum atau minimum dibuat daripada kaca.
  Penunjuk jangka suhu maksimum atau minimum dibuat daripada kaca.
30 Cuaca mendung sebagai penunjuk hari hendak hujan.
  Cuaca mendung sebagai petunjuk hari hendak hujan.
31 Perbelanjaan untuk pendidikan meningkatkan dari setahun ke setahun.
  Perbelanjaan untuk pendidikan meningkat dari setahun ke setahun.
32 Peranan mempertingkatkan mutu bahasa Melayu terletak di bahu pengkaji bahasa.
  Peranan mempertingkat mutu bahasa Melayu terletak di bahu pengkaji bahasa.
33 Bulan separuh sudah merendahi di kaki langit.
  Bulan separuh sudah merendah di kaki langit.
34 Dia tidak suka merendahi orang lain.
  Dia tidak suka merendahkan orang lain.
35 Hashim memamahkan kacang goreng sambil memerhatikan anak-anaknya .
  Hashim memamah kacang goreng sambil memerhatikan anak-anaknya .
36 Hanya tiga orang dari sejumlah 40 orang pelajar telah gagal .
  Hanya tiga orang daripada sejumlah 40 orang pelajar telah gagal .
37 Kerajaan memperuntukan lebih banyak wang untuk pertahanan negara.
  Kerajaan memperuntukkan lebih banyak wang untuk pertahanan negara.
38 Mereka sedikit pun tidak gentar menentangkan ancaman tersebut.
  Mereka sedikit pun tidak gentar menentang/i ancaman tersebut.
39 Salmi tidak hadir ke sekolah di atas sebab kesihatan.
  Salmi tidak hadir ke sekolah atas sebab kesihatan.
40 Letakkan bungkusan itu atas meja.
  Letakkan bungkusan itu di atas meja.
41 Angin sekencang itu boleh melonggarkan rumah papan beratap nipah .
  Angin sekencang itu boleh meranapkan rumah papan beratap nipah .
42 Semua bunga-bunga di taman itu berwarna merah.
  Semua bunga di taman itu berwarna merah.

164
43 Pengawas perpustakaan telah mengatalogkan buku di rak dengan kemas.
  Pengawas perpustakaan telah mengkatalogkan buku di rak dengan kemas.
44 Beliau mengsahkan bahawa ia akan berada di Tokyo selama empat hari.
  Beliau mengesahkan bahawa ia akan berada di Tokyo selama empat hari.
45 Kajian dijalankan untuk menjadikan Tasik Bera sebagai pusat eko-pelancongan.
  Kajian dijalankan untuk menjadikan Tasik Bera sebagai pusat ekopelancongan.
46 Binatang yang mula sekali meninggalkan laut untuk hidup di darat ialah cacing.
  Binatang yang mula-mula sekali meninggalkan laut untuk hidup di darat ialah cacing.
47 Banjaran ini memulai dari negara Thailand.
  Banjaran ini bermula dari negara Thailand.
48 Pada peringkat pemulaan inilah, penyakit itu boleh mendatangkan bahaya.
  Pada peringkat permulaan inilah, penyakit itu boleh mendatangkan bahaya.
49 Kerja kursus itu harus diselesaikan oleh kalian dengan segera.
  Kerja kursus itu harus kalian selesaikan dengan segera.
50 Sekali-kalian perompak kembali ke bahteranya.
  Sekalian perompak kembali ke bahteranya.
51 Lalu-lintas di simpang itu menjadi sesak kerana kemalangan tadi.
  Lalu lintas di simpang itu menjadi sesak kerana kemalangan tadi.
52 Kanak-kanak memperolehi kemahiran sedikit demi sedikit.
  Kanak-kanak memperoleh kemahiran sedikit demi sedikit.
53 Oleh kerana tiada cara lain, Siaman telah meragut beg nenek itu.
  Oleh sebab tiada cara lain, Siaman telah meragut beg nenek itu.
54 Perjanjian ini mengehadkan perbuatan kapal perang oleh Jepun.
  Perjanjian ini mengehadkan pembuatan kapal perang oleh Jepun.
55 Cikgu Talim mengucapkan terima kasih banyak kepada semua muridnya.
  Cikgu Talim mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua muridnya.
56 Dia meminta supaya kerajaan membanyakkan lagi bantuan kepada sekolah.
  Dia meminta supaya kerajaan membanyakkan bantuan lagi kepada sekolah.
57 Bunga mawar merupakan bunga yang paling cantik sekali.
  Bunga mawar merupakan bunga yang paling cantik / cantik sekali.
58 Cermin itu suatu benda yang paling sangat ajaib sekali.
  Cermin itu suatu benda yang sangat ajaib sekali.
59 Penyakit ini tersangat mudah berjangkit sekali.
  Penyakit ini tersangat mudah berjangkit.
60 Kerani itu memberikan saya dua helai borang kosong untuk diisi.
  Kerani itu memberi saya dua helai borang kosong untuk diisi.
61 Ada orang yg sudi memberi sesuap nasi kepadanya.
  Ada orang yg sudi memberikan sesuap nasi kepadanya.
62 Dia menolak pemberi majikannya.
  Dia menolak pemberian majikannya.
63 Pengunaan kata itu tidak sesuai dengan ayat ini.

165
  Penggunaan kata itu tidak sesuai dengan ayat ini.
64 Dalam membahagikan itu,Tenggang tidak ketinggalan daripada mendapat habuannya.
  Dalam pembahagian itu,Tenggang tidak ketinggalan daripada mendapat habuannya.
65 Pak Mail mengirimkan surat pada anaknya di Kuala Klawang.
  Pak Mail mengirimkan surat kepada anaknya di Kuala Klawang.
66 Lampu minyak itu menerangkan biliknya.
  Lampu minyak itu menerangi biliknya.
67 Puas sudah ia berubat ke sana ke mari menerangi matanya yang kabur.
  Puas sudah ia berubat ke sana ke mari menerangkan matanya yang kabur.
68 Ketua Menteri itu berkata yang kerjasama amat penting untuk perpaduan.
  Ketua Menteri itu berkata bahawa kerjasama amat penting untuk perpaduan.
69 Yang Berhormat Perdana Menteri Malaysia merasmikan majlis itu.
  Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia merasmikan majlis itu.
70 Dia hendak menyakinkan sendiri apakah adiknya ada terlibat dalam perkara itu.
  Dia hendak meyakinkan sendiri apakah adiknya ada terlibat dalam perkara itu.
71 Budak-budak itu bergayutan pada dahan kayu.
  Budak itu bergayutan pada dahan kayu.
72 Dia tidak pernah datang-datang lagi semenjak daripada lamarannya dahulu ditolak
  Dia tidak pernah datang-datang lagi semenjak lamarannya dahulu ditolak
73 Dia mengsyorkan peguam supaya menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah .
  Dia mengesyorkan peguam supaya menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah
74 Kita perlu mencari peyelesaian secara damai untuk memulihkan keamanan.
  Kita perlu mencari penyelesaian secara damai untuk memulihkan keamanan.
75 Rumah panjang itu beratapkan dengan daun bertam .
  Rumah panjang itu beratapkan daun bertam .
76 Mengapakah ia mesti jadi begitu susah pada hal ayah dan ibunya orang yang berada?
  Mengapakah ia mesti jadi begitu susah padahal ayah dan ibunya orang yang berada?
77 Mohamad Salah menggantungi semua kad Hari Raya pada tali yang direntang.
  Mohamad Salah menggantungkan semua kad Hari Raya pada tali yang direntang.
78 Burung-burung itu terbang di arah kebun Pak Isman.
  Burung-burung itu terbang ke arah kebun Pak Isman.
79 Untuk berjaya kita perlu berusaha dari masa ke semasa.
  Untuk berjaya kita perlu berusaha dari semasa ke semasa.
80 Mak Limah mengelap bilik Asmadi dari penjuru kiri ke kanan.
  Mak Limah mengelap bilik Asmadi dari penjuru kiri ke penjuru kanan.
81 Sejak dari abad kedua puluh lagi Tanah Melayu telah terkenal di dunia.
  Sejak /dari abad kedua puluh lagi Tanah Melayu telah terkenal di dunia.
82 Siti Nordiana sudah lupa janjinya untuk beriadah di Taman Angsana.
  Siti Nordiana sudah lupa akan janjinya untuk beriadah di Taman Angsana.
83 Kumaharan tidak tahu jawapan Matematik itu.
  Kumaharan tidak tahu akan jawapan Matematik itu.

166
Hujan lebat di Kampung Sentosa itu disertai dengan kilat dan petir.

84
  Hujan lebat di Kampung Sentosa itu disertai oleh kilat dan petir.
85 Kepalanya pening akibat daripada minum arak.
  Kepalanya pening akibat minum arak.
86 Mereka sedang membincangkan tentang masalah kewangan persatuan.
  Mereka sedang membincangkan masalah kewangan persatuan.
87 Dalam memilih calon isteri, bakal suami haruslah berpandangan jauh.
  Dalam pemilihan calon isteri, bakal suami haruslah berpandangan jauh.
88 Pokok mangis di kebun Pak Saaman itu telah berbuah .
  Pokok manggis di kebun Pak Saaman itu telah berbuah .
89 Maggi mi telah elok dimakan kerana mendatangkan kesan sampingan.
  Mi Maggi telah elok dimakan kerana mendatangkan kesan sampingan.
90 Tuan Haji Idris Kedai Makan akan mula beroperasi pada esok hari.
  Tuan Haji Idris Kedai Makan akan mula beroperasi pada esok hari.
91 Penambahan jumlah pemain-pemain import tidak akan dibenarkan lagi.
  Penambahan jumlah pemain import tidak akan dibenarkan lagi.
92 Kustan berbuat berbagai ikhtiar supaya terpelihara daripada musuhnya.
  Kustan berbuat berbagai-bagai ikhtiar supaya terpelihara daripada musuhnya.
93 Siti Aminah menggunakan para untuk menyimpan bukunya.
  Siti Aminah menggunakan para-para untuk menyimpan bukunya.
94 Tiap orang yang diambil bekerja akan dilatih terlebih dahulu.
  Tiap-tiap/Setiap orang yang diambil bekerja akan dilatih terlebih dahulu.
95 DBP terlibat langsung dlm usaha memartabat bahasa melalui penerbitan.
  DBP terlibat langsung dlm usaha memartabatkan bahasa melalui penerbitan.
96 Gambar katun itu dilukis dengan menggunakan pensel warna.
  Gambar kartun itu dilukis dengan menggunakan pensel warna.
97 Ketiga anak Pak Jasmin kesemuanya perempuan.
  Ketiga-tiga anak Pak Jasmin kesemuanya perempuan.
98 Cikgu Nasir suka makan kerak goreng ubi yang dibelinya dari warung Pak Ali.
  Cikgu Nasir suka makan kerak ubi goreng yang dibelinya dari warung Pak Ali.
99 Pegawai di pejabat itu tidak membenarkan lain-lain urusan dijalankan.
  Pegawai di pejabat itu tidak membenarkan urusan-urusan lain dijalankan.
100 Dia semakin bimbang bila melihat keadaan ibunya yang semakin tenat.
  Dia semakin bimbang apabila melihat keadaan ibunya yang semakin tenat.
101 Dia sendiri terasa salah kerana marahkan adiknya.
  Dia sendiri terasa salah kerana marah akan adiknya.
102 Barang kali jawapan yang diberikan oleh Cikgu Nasir itu betul.
  Barangkali jawapan yang diberikan oleh Cikgu Nasir itu betul.
103 Kadang-kadang dia pergi berhari lamanya.
  Kadang-kadang dia pergi berhari-hari lamanya.
167
104 Seorang setiausaha harus dilantik untuk mencatit minit mesyuarat.
  Seorang setiausaha harus dilantik untuk mencatat minit mesyuarat.
105 Benggala lada berasa pedas manis dan sesuai dijadikan salad.
  Lada benggala berasa pedas manis dan sesuai dijadikan salad.
106 Ikan panggang yang ibu masak sangat sedap.
  Ikan panggang yang dimasak oleh ibu sangat sedap.
107 Siti Fatimah Roslan membakari anaknya ikan asin.
  Siti Fatimah Roslan membakarkan anaknya ikan asin.
108 Motokar yang mempunyai spring lembut itu mensenget apabila mematah selekoh.
  Motokar yang mempunyai spring lembut itu menyenget apabila mematah selekoh.
109 Ayam goreng yang ranggup itu disukai oleh adik.
  Ayam goreng yang rangup itu disukai oleh adik.
110 Nian cerdik budak itu sehinggakan soalan yang sukar itu dijawabnya dengan mudah.
  Cerdik nian budak itu sehinggakan soalan yang sukar itu dijawabnya dengan mudah.
111 Anak itu tidak bodoh tetapi malas.
  Anak itu bukan bodoh tetapi malas.
112 Kami bukan melanggar disiplin sekolah.
  Kami tidak melanggar disiplin sekolah.
113 Rumah itu sudah besar, janganlah diperbesarkan lagi.
  Rumah itu sudah besar, janganlah diperbesar lagi.
114 Tanahnya boleh digunakan untuk bertani.
  Tanahnya boleh digunakan untuk pertanian.
115 Tuan Man mengajarkan anaknya supaya jangan nakal.
  Tuan Man mengajar anaknya supaya jangan nakal.
116 Cikgu Nasir mengajar subjek Bahasa Melayu untuk Tingkatan 5 Gemilang.
  Cikgu Nasir mengajarkan subjek Bahasa Melayu untuk Tingkatan 5 Gemilang.
117 Cikgu Imani membaca anaknya cerita-cerita dongeng.
  Cikgu Imani membacakan anaknya cerita-cerita dongeng.
118 Harga mini karipap itu sudah naik sejak semalam.
  Harga karipap mini itu sudah naik sejak semalam.
119 Kita tidak harus memperkecilkan usaha murni guru dalam bidang pendidikan.
  Kita tidak harus memperkecil usaha murni guru dalam bidang pendidikan.
120 Kerajaan mengwujudkan bantuan untuk rakyat yang susah.
  Kerajaan menwujudkan bantuan untuk rakyat yang susah.
121 Dia sengaja mengada-ada cerita itu untuk mendapatkan simpati .
  Dia sengaja mengada-adakan cerita itu untuk mendapatkan simpati .
122 Susun-atur di ruang tamu sungguh cantik sekali.
  Susun atur di ruang tamu sungguh cantik sekali.
123 Rombongan diraja akan berlepas ke Pulau Pinang.
  Rombongan diraja akan berangkat ke Pulau Pinang.
124 Sultan memberikan pingat kebesaran kepada Pak Kadu.

168
  Sultan menganugerahkan pingat kebesaran kepada Pak Kadu.
125 Puteri Kayangan baharu sahaja melahirkan anak perempuan yang pertama.
  Puteri Kayangan baharu sahaja melahirkan puteri yang pertama.
126 Di dalam istana itu disediakan banyak bilik untuk tetamunya.
  Di dalam istana itu disediakan kamar bilik untuk tetamunya.
127 Baginda sultan telah menjadi marah atas sikap rakyatnya yang biadap.
  Baginda sultan telah menjadi murka atas sikap rakyatnya yang biadap.
128 Sultan Mahmud tidur sebentar di kamar peraduan.
  Sultan Mahmud beradu sebentar di kamar peraduan.
129 Sesudah belajar di perpustakaan setengah orang berangkat pulang.
  Sesudah belajar di perpustakaan setengah-setengah orang berangkat pulang.
130 Beberapa buku daripada penulis terkenal akan dipamerkan di dewan itu.
  Beberapa buah buku daripada penulis terkenal akan dipamerkan di dewan itu.
131 Baju-baju yang dijual di kedai itu nipis-nipis belaka.
  Baju yang dijual di kedai itu nipis-nipis belaka.
132 Saya dengan Salmi akan ke Penang pada kesesokan hari.
  Saya dan Salmi akan ke Penang pada kesesokan hari.
133 Cikgu Afiqah sedsang duduk membaca buku di perkarangan rumahnya.
  Cikgu Afiqah sedsang duduk membaca buku di pekarangan rumahnya.
134 Kapal itu karam kerana terlanggar pekarangan yang banyak di situ.
  Kapal itu karam kerana terlanggar perkarangan yang banyak di situ.
135 Kereta itu terlibat dalam pelanggaran dengan sebuah lori .
  Kereta itu terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah lori .
136 Perlanggaran disiplin berlaku keraan sikap murid tidak menghormati peraturan.
  Pelanggaran disiplin berlaku keraan sikap murid tidak menghormati peraturan.
137 Chong Lim Peng pergi di sekolah dengan basikal.
  Chong Lim Peng pergi ke sekolah dengan basikal.
138 Pihak polis telah memperhebatkan usaha untuk menghapuskan kongsi-kongsi gelap.
  Pihak polis telah memperhebat usaha untuk menghapuskan kongsi-kongsi gelap.
139 DBP memperakui beberapa buah buku untuk diterjemahkan.
  DBP memperakukan beberapa buah buku untuk diterjemahkan.
140 Dia telah membuat perakuan bahawa dia telah melakukan kesalahan.
  Dia telah membuat pengakuan bahawa dia telah melakukan kesalahan.
141 Siri wacana itu berkaitan ilmu linguistik.
  Siri wacana itu berkaitan dengan ilmu linguistik.
142 Pewakilan rombongan itu mempersembah berita yang menggembirakan sultan.
  Pewakilan rombongan itu mempersembahkan berita yang menggembirakan sultan.
143 Ahli mesyuarat terasa mahu mengenengahkan perkara itu dengan segera.
  Ahli mesyuarat terasa mahu mengetengahkan perkara itu dengan segera.
144 Oleh sebab kesulitan kewangan, maka terpaksalah dia mengenepikan harga dirinya.
  Oleh sebab kesulitan kewangan, maka terpaksalah dia mengetepikan harga dirinya.

169
145 Perlabelan logo halal pada barangan import itu masih diragui.
  Pelabelan logo halal pada barangan import itu masih diragui.
146 Pengwartaan yang disampaikan oleh pembaca berita itu sungguh menyedihkan.
  Pewartaan yang disampaikan oleh pembaca berita itu sungguh menyedihkan.
147 Pemerosesan permohonan untuk mengimport barang itu sukar dilakukan.
  Pemprosesan permohonan untuk mengimport barang itu sukar dilakukan.
148 Kita haruslah menggembelengkan usaha untuk kejayaan bersama-sama.
  Kita haruslah menggemblengkan usaha untuk kejayaan bersama-sama.
149 Murtabak yang dijual di restoran mamak itu sungguh enak.
  Martabak yang dijual di restoran mamak itu sungguh enak.
150 Kita dinasihati agar tidak mudah percaya akan sekim cepat kaya.
  Kita dinasihati agar tidak mudah percaya akan skim cepat kaya.
151 Kamu datang daripada mana?
  Kamu datang dari mana?
152 Dari siapakah agaknya surat ini?
  Daripada siapakah gerangan surat ini?
153 Jangan biarkan air kotor bertakung dalam longkang itu.
  Jangan biarkan air kotor bertakung di dalam longkang itu.
154 Orang tua itu merantau daripada Kedah hingga ke Johor.
  Orang tua itu merantau dari Kedah hingga ke Johor.
155 Di antara wajah ibu dengan adik kembarnya ada persamaan.
  Antara wajah ibu dengan adik kembarnya ada persamaan.
156 Rakyat perlu bekerjasama menangani kekacauan ekonomi.
  Rakyat perlu bekerjasama menangani kegawatan ekonomi.
157 Pekerja di kedai itu cuba melayan semua pelanggan -pelanggan .
  Pekerja di kedai itu cuba melayan semua pelanggan .
158 Kedai haruslah berkawan rapat sejak dari bangku sekolah lagi.
  Kedai haruslah berkawan rapat sejak/ dari bangku sekolah lagi.
159 Pihak kerajaan akan menuruni harga barang yang naik pada musim perayaan.
  Pihak kerajaan akan menurunkan harga barang yang naik pada musim perayaan.
160 Pelajar itu cuba menuruni buku yang berada di atas rak itu.
  Pelajar itu cuba menurunkan buku yang berada di atas rak itu.
161 Sebahagian besar ahli -ahli mesyuarat tidak hadir.
  Sebahagian besar ahli mesyuarat tidak hadir.
162 Kita mestilah berusaha untuk menyelesaikan ketiga tugas yang diberikan.
  Kita mestilah berusaha untuk menyelesaikan ketiga-tiga tugas yang diberikan.
163 Peserta itu terdiri dalam kalangan orang-orang muda sahaja.
  Peserta itu terdiri dalam kalangan orang muda sahaja.
164 Siti Aminah menyusun buku-buku yang bertaburan di atas lantai.
  Siti Aminah menyusun buku yang bertaburan di atas lantai.
165 Abu mendapat ilham dari pemandangan itu.

170
  Abu mendapat ilham daripada pemandangan itu.
166 Acara itu dipertonton kepada orang ramai.
  Acara itu dipertontonkan kepada orang ramai.
167 Ada pekerja yang didapati dilanggar peraturan syarikat.
  Ada pekerja yang didapati melanggar peraturan syarikat.
168 Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa esok cuti sekolah.
  Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa esok cuti sekolah.
169 Adik sedang baca buku di beranda rumah.
  Adik sedang membaca buku di beranda rumah.
170 Adik suka makan kuih muih yang dijual di kedai Siti.
  Adik suka makan kuih -muih yang dijual di kedai Siti.
171 Adunan roti yang sudah digaul harus dibiarkan seketika.
  Adunan roti yang sudah diuli harus dibiarkan seketika.
172 Aduhai kamu yang mencuri barang itu!
  Aduhai ,kamu yang mencuri barang itu!
173 Agar segalanya berjalan lancar, usaha kita akan berjaya .
  Jika segalanya berjalan lancar, usaha kita akan berjaya .
174 Agenda mesyuarat adalah seperti di bawah.
  Agenda mesyuarat adalah seperti yang di bawah.
175 Air akar kayu boleh membaiki penyakit, iaitu darah tinggi .
  Air akar kayu boleh menyembuh penyakit, iaitu darah tinggi .
176 Aktiviti bersukan dapat menjamin kecergasan minda .
  Aktiviti bersukan dapat menjamin kecerdasan minda..
177 Aku tidak peduli ke mana pun kamu pergi.
  Aku tidak peduli ke mana-mana pun kamu pergi.
178 Ali mempunyai saudara mara yang tinggal di Kedah.
  Ali mempunyai saudara- mara yang tinggal di Kedah.
179 Pekerja itu memecahkan tembuk untuk membina bangunan baharu.
  Pekerja itu memecahkan tembok untuk membina bangunan baharu.
180 Pasukan itu melancarkan serangan daripada kawasan pergunungan.
  Pasukan itu melancarkan serangan dari kawasan pergunungan.
181 Antara faktor-faktor kegagalan pelajar ialah sikap malas belajar.
  Antara faktor kegagalan pelajar ialah sikap malas belajar.
182 Lebih baik mati di medan perjuangan daripada hidup tersiksa .
  Lebih baik mati di medan perjuangan daripada hidup terseksa .
183 Saya tidak mampu membeli kereta, apa lagi Ali yang miskin itu.
  Saya tidak mampu membeli kereta, apalagi Ali yang miskin itu.
184 Apa yang dapat kita perhatikan ialah cogan kata patriotik sahaja.
  Yang dapat kita perhatikan ialah cogan kata patriotik sahaja.
185 Banyak orang ingin bersalam dengannya.
  Banyak orang yang ingin bersalam dengannya.

171
186 Batang padi melenggang-lenggang apabila ditiup angin.
  Batang padi meliang-liuk apabila ditiup angin.
187 Orang yang telah membelut akan dipecat daripada jawatannya.
  Orang yang telah membelot akan dipecat daripada jawatannya.
188 Pelajar itu menyatakan yang dia masih belum menyiapkan tugasannya.
  Pelajar itu menyatakan bahawa dia masih belum menyiapkan tugasannya.
189 Segala pernyataan telah menghilangkan segala sangkaan.
  Segala kenyataan telah menghilangkan segala sangkaan.
190 Ayahnya baharu meninggal dunia dengan meninggalkannya pesaka yang banyak.
  Ayahnya baharu meninggal dunia dengan meninggalkannya pusaka yang banyak.
191 Janakuasa ialah alat yang menghasilkan tenaga elektrik.
  Jana kuasa ialah alat yang menghasilkan tenaga elektrik.
192 Anak itu disuruhnya membelikan kopi di kedai.
  Anak itu disuruhnya membeli kopi di kedai.
193 Dia jarang-jarang membeli isterinya barang perhiasan.
  Dia jarang-jarang membelikan isterinya barang perhiasan.
194 Undang-undang itu larang penggunaan kanak-kanak dalam sektor pekerjaan.
  Undang-undang itu melarang penggunaan kanak-kanak dalam sektor pekerjaan.
195 Keluarga Ah Mei pergi beli-belah di Pasar Raya Mydin.
  Keluarga Ah Mei pergi membeli-belah di Pasar Raya Mydin.
196 Bahasa Melayu adalah di antara mata pelajaran yang mudah dipelajari.
  Bahasa Melayu adalah antara mata pelajaran yang mudah dipelajari.
197 Baik yang kaya atau miskin datang ke rumahnya pada hari raya.
  Baik yang kaya atau yang miskin datang ke rumahnya pada hari raya.
198 Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga.
  Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga.
199 Banyak penuntun datang untuk menyaksikan persembahan itu.
  Banyak penonton datang untuk menyaksikan persembahan itu.
200 Bapa dibawa secawan kopi oleh kakak.
  Bapa dibawakan secawan kopi oleh kakak.
201 Bapa dibawakan oleh kakak secawan kopi.
  Bapa dibawakan secawan kopi oleh kakak.
202 Salina membawa anaknya kopi dan roti;
  Salina membawakan anaknya kopi dan roti;
203 Salina membawakan kopi dan roti untuk anaknya.
  Salina membawa kopi dan roti untuk anaknya.
204 Kita mendapat sesuatu yang lebih ,bak kata peribahasa pucuk dicipta ulam mendatang.
  Kita mendapat sesuatu yang lebih ,bak kata peribahasa pucuk dicita ulam mendatang.
205 Orang ramai bertumpu di situ kerana di mana ada semut, di situ ada gula.
  Orang ramai bertumpu di situ kerana di mana ada gula, di situ ada semut.
206 Manusia pasti melakukan kesalahan kerana bumi mana yang tidak ditimpa ribut.

172
  bumi mana yang tidak ditimpa hujan
207 Adik tidak duduk diam dan asyik berlari ke sana sini ibarat itik kena belacan
  Adik tidak duduk diam dan asyik berlari ke sana sini ibarat kera kena belacan
208 Tumpuan boleh dialih pada bidang kraftangan yang sering menarik minat pelancong.
  Tumpuan boleh dialih pada bidang kraf tangan yang sering menarik minat pelancong.
209 Banyak benar karenahnya budak ini.
  Banyak benar kerenahnya budak ini.
210 Sarjit Sing menolong orang itu dengan iklas.
  Sarjit Sing menolong orang itu dengan ikhlas.
211 Kita dituntut untuk beriadah agar dapat menghilangkan stress.
  Kita dituntut untuk beriadah agar dapat menghilangkan stres.
212 Baginda hendak melantik putera baginda sebagai pewaris takhta.
  Baginda hendak menabalkan putera baginda sebagai pewaris takhta.
213 Bidang perubatan merupakan profesyen yang dikagumi oleh masyarakat.
  Bidang perubatan merupakan profesion yang dikagumi oleh masyarakat.
214 Pertubuhan belia seMalaysia telah menjadi asas perpaduan yang kukuh.
  Pertubuhan belia se-Malaysia telah menjadi asas perpaduan yang kukuh.
215 Kempen anti-dadah telah berjaya menyuburkan semangat golongan remaja.
  Kempen antidadah telah berjaya menyuburkan semangat golongan remaja.
216 Tiap-tiap bahagian perkhidmatan itu berkehendakkan kelayakkan yang khas.
  Tiap-tiap bahagian perkhidmatan itu berkehendakkan kelayakan yang khas.
217 Usaha membenteras kegiatan penyeludupan itu dilakukan oleh pihak berkuasa.
  Usaha membanteras kegiatan penyeludupan itu dilakukan oleh pihak berkuasa.
218 Awak tidak berkerja hari ini?
  Awak tidak bekerja hari ini?
219 Kad yang begaris itu mudah untuk penulisan .
  Kad yang bergaris itu mudah untuk penulisan .
220 Kita tidak wajar mengsabotaj Bahasa Kebangsaan.
  Kita tidak wajar mensabotaj Bahasa Kebangsaan.
221 Tidak ada orang yang tidak menyintai duit.
  Tidak ada orang yang tidak mencintai duit.
222 Lembaga Perlesenan itu telah meluluskan permohonan Pak Cik Jawahir.
  Lembaga Pelesenan itu telah meluluskan permohonan Pak Cik Jawahir.
223 Kadang kala kita tidak sedar bahawa kita sendiri yang membuat silap.
  Kadangkala kita tidak sedar bahawa kita sendiri yang membuat silap.
224 Lagenda ialah cerita dongeng yang bersangkutan dengan kisah yang bersejarah.
  Legenda ialah cerita dongeng yang bersangkutan dengan kisah yang bersejarah.
225 Kejelitaannya mempersona setiap lelaki yang melihatnya.
  Kejelitaannya mempesona setiap lelaki yang melihatnya.
226 Air paip itu dibiarkan memenuhkan baldi itu.
  Air paip itu dibiarkan memenuhi baldi itu.

173
227 Siti Aisyah sedang memenuhi baldi itu dengan air.
  Siti Aisyah sedang memenuhkan baldi itu dengan air.
228 Murid-murid haruslah mempastikan waktu belajar yang sesuai.
  Murid-murid haruslah memastikan waktu belajar yang sesuai.
229 Kumutar juga sempat mencucikan bunya ikan pada pagi itu.
  Kumutar juga sempat menyiangkan bunya ikan pada pagi itu.
230 Cubaan besar yang menimpa dirinya, belum sempadan dengan kekuatan jiwanya.
  Cubaan besar yang menimpa dirinya, belum sepadan dengan kekuatan jiwanya.
231 Remaja suka akan gajet yang berbentuk hiburan.
  Remaja suka akan peranti yang berbentuk hiburan.
232 Rashid suka berselfie dengan rakan-rakannya.
  Rashid suka berswafoto dengan rakan-rakannya.
233 Berita itu terus menjadi viral di laman sosial.
  Berita itu terus menjadi tular di laman sosial.
234 Pengguna Twitter menggunakan hashtag untuk mengkategorikan pesanan.
  Pengguna Twitter menggunakan tanda pagar untuk mengkategorikan pesanan.
235 Kanak-kanak amat menggemari finger food yang dicecah dengan sos cili.
  Kanak-kanak amat menggemari makanan cekut yang dicecah dengan sos cili.
236 Satu perlawanan menembak akan diadakan di Jalan Padang Tembak.
  Satu pertandingan menembak akan diadakan di Jalan Padang Tembak.
237 Wan Intan berlari mendapati suaminya yang baru pulang.
  Wan Intan berlari mendapatkan suaminya yang baru pulang.
238 Golonganyang perdapatan rendah haruslah dibantu oleh pihak kerajaan.
  Golonganyang berdapatan rendah haruslah dibantu oleh pihak kerajaan.
239 Ahmad membelah durian dengan menggunakan parang.
  Ahmad membelah durian dengan parang.
240 Dia tersenyum mana kala melihat anaknya sudah terlena.
  Dia tersenyum manakala melihat anaknya sudah terlena.
241 Mereka tidak menyebelahi mana pihak dalam pertikaian itu.
  Mereka tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam pertikaian itu.
242 Bila masa sahaja hari akan hujan kerana kelihatan awan mendung.
  entah
243 Barang kali dia sudah tidak ada lagi di situ.
  Barangkali dia sudah tidak ada lagi di situ.
244 Kita tidak harus memikirkan perkara yang bukan itu.
  Kita tidak harus memikirkan perkara yang bukan-bukan itu.
245 Tiap-tiap petang saya berihat di kebun bunga.
  Tiap-tiap petang saya berehat di kebun bunga.
246 Sim Tong Tong telah mengelapkan wang syarikatnya.
  Sim Tong Tong telah menggelapkan wang syarikatnya.
247 Abu Rashid menglapkan dahinya yang berpeluh itu.

174
  Abu Rashid mengelapkan dahinya yang berpeluh itu.
248 Dewan sekolah itu dijadikan petempatan mangsa banjir.
  Dewan sekolah itu dijadikan penempatan mangsa banjir.
249 Dia menempati kedua-dua tapak tangannya di atas lutut.
  Dia menempatkan kedua-dua tapak tangannya di atas lutut.
250 Hamzah sering diundang untuk mendengar gesekan biolanya.
  Hamzah sering diundang untuk memperdengarkan gesekan biolanya.
251 Berita itu belum mengetahui benar atau salah.
  Berita itu belum diketahui benar atau salah.
252 Kita perlu pengetahuan luas dalam semua bidang ilmu.
  Kita perlu berpengetahuan luas dalam semua bidang ilmu.
253 Wajahnya akan wajah arwah datuk saya.
  Wajahnya akan-akan wajah arwah datuk saya.
254 Rumah Mamat terletak antara Bangunan Mega dengan Bangunan Merak.
  Rumah Mamat terletak di antara Bangunan Mega dengan Bangunan Merak.
255 Penyakit selsema burung boleh membawa maut.
  Penyakit selesema burung boleh membawa maut.
256 Pergaduhan di antara kedua-dua keluarga itu telah dapat diselesaikan .
  Pergaduhan antara kedua-dua keluarga itu telah dapat diselesaikan .
257 Pemanduan yang merbahaya akan mengundang maut.
  Pemanduan yang berbahaya akan mengundang maut.
258 Kejadian itu tidak akan memberikan manafaat kepada sesiapa pun.
  Kejadian itu tidak akan memberikan manfaat kepada sesiapa pun.
259 Warna kerim digunakan untuk mengecat rumah saya.
  Warna krim digunakan untuk mengecat rumah saya.
260 Stokin yang dipakai oleh Mutu telah koyak.
  Stoking yang dipakai oleh Mutu telah koyak.
261 Rancangan televisyen itu menggunakan sarikata bahasa Melayu sepenuhnya.
  Rancangan televisyen itu menggunakan sari kata bahasa Melayu sepenuhnya.
262 Golongan remaja suka melayari internet pada waktu senggang.
  Golongan remaja suka melayari Internet pada waktu senggang.
263 Pekerja yang didapati dilanggar peraturan syarikat akan dikenakan tindakan.
  Pekerja yang didapati melanggar peraturan syarikat akan dikenakan tindakan.
264 Dewan Bahasa Dan Pustaka bertanggungjawab memajukan bahasa Melayu.
  Dewan Bahasa dan Pustaka bertanggungjawab memajukan bahasa Melayu.
265 Kemudahan yang disediakan oleh kami agak terhad.
  Kemudahan yang kami sediakan agak terhad.
266 Ibu menggunakan majerin untuk membuat kek .
  Ibu menggunakan marjerin untuk membuat kek .
267 Jangan ada siapa pun yang mempercayai cakap orang itu.
  Jangan ada sesiapa pun yang mempercayai cakap orang itu.

175
268 “Patik telah berlaku zalim terhadap Bendahara,” titah Sultan kepada Laksamana.
  “Beta telah berlaku zalim terhadap Bendahara,” titah Sultan kepada Laksamana.
269 Sampah-sarap itu masih belum disapu oleh pekerja.
  Sampah sarap itu masih belum disapu oleh pekerja.
270 Baju yang dipakai oleh Saadah itu ialah cantik.
  Baju yang dipakai oleh Saadah itu adalah cantik.
271 Sikap seseorang yang memutar-belitkan berita amat tidak baik.
  Sikap seseorang yang memutarbelitkan berita amat tidak baik.
272 Sikap suka berputar- belit tidak digemari oleh masyarakat.
  Sikap suka berputar belit tidak digemari oleh masyarakat.
273 Banyak orang yang menunjukkan minat untuk turut-serta dalam perbincangan itu.
  Banyak orang yang menunjukkan minat untuk turut serta dalam perbincangan itu.
274 Kerajaan mensasarkan kedatangan pelancong ke negara kita akan meningkat.
  Kerajaan menyasarkan kedatangan pelancong ke negara kita akan meningkat.
275 Pasukan kadet polis itu menggunakan beberapa biji peluru untuk menembak.
  Pasukan kadet polis itu menggunakan beberapa butir peluru untuk menembak.
276 Beberapa bilah kunci tergantung pada dinding almari .
  Beberapa jambak kunci tergantung pada dinding almari .
277 Doktor itu menyuntik dengan sebilah jarum yang kasar.
  Doktor itu menyuntik dengan sebatang jarum yang kasar.
278 Salih memakan dua biji jagung manis sampai habis.
  Salih memakan dua tongkol jagung manis sampai habis.
279 Pak Mail menggunakan sebuah payung ketika hujan lebat.
  Pak Mail menggunakan sekaki payung ketika hujan lebat.
280 Dia jarang balik ke kampung setelah berpindah ke Johor Bahru.
  Dia jarang-jarang balik ke kampung setelah berpindah ke Johor Bahru.
281 Tempat perlupusan sampah semakin terhad di Malaysia.
  Tempat pelupusan sampah semakin terhad di Malaysia.
282 Mereka menahan hingga musuh berundur kembali.
  Mereka bertahan hingga musuh berundur kembali.
283 Pertahanan yang dilakukan kepada mereka adalah tidak sah.
  Penahanan yang dilakukan kepada mereka adalah tidak sah.
284 Sukan boleh dijadikan alat untuk mempereratkan hubungan kekeluargaan.
  Sukan boleh dijadikan alat untuk mempererat hubungan kekeluargaan.
285 Sim Bo Lim memegang erat tangan ibunya.
  Sim Bo Lim memegang tangan ibunya erat.
286 Sejurus kemudian dia merebahkan dirinya di atas katil semula.
  Sejurus kemudian dia merebahkan dirinya semula di atas katil.
287 Penyakit boleh mendatangkan bahaya pada peringkat pemulaan.
  Penyakit boleh mendatangkan bahaya pada peringkat permulaan.
288 Perbuatan awak menggangu budak itu tidak baik.

176
  Perbuatan awak mengganggu budak itu tidak baik.
289 Sikap perihatin haruslah ada dalam masyarakat majmuk di Malaysia.
  Sikap prihatin haruslah ada dalam masyarakat majmuk di Malaysia.
290 Mohd Hafiz telah dipilih untuk menjadi juru acara dalam majlis tersebut.
  Mohd Hafiz telah dipilih untuk menjadi juruacara dalam majlis tersebut.
291 Harimau belang telah menjadi spiesis terancam di Malaysia.
  Harimau belang telah menjadi speisis terancam di Malaysia.
292 Aloe Vera terkenal kerana khasiatnya untuk awit muda.
  Aloe Vera terkenal kerana khasiatnya untuk awet muda.
293 Kampung itu masyhur oleh sebab bukit-bukaunya yang indah.
  Kampung itu masyhur oleh sebab bukit bukaunya yang indah.
294 Pengerusi majlis memperkenal jemputan khas kepada hadirin.
  Pengerusi majlis memperkenalkan jemputan khas kepada hadirin.
295 Adik beradik tidak baik bergaduh meskipun kerana kesalahan kecil.
  Adik -beradik tidak baik bergaduh meskipun kerana kesalahan kecil.
296 Kita tidak boleh menggembargemburkan perbuatan aib seseorang.
  Kita tidak boleh menggembar-gemburkan perbuatan aib seseorang.
297 Mereka sangat taksub dan amat berbangga dengan keturunan dan kaum mereka.
  Mereka sangat taasub dan amat berbangga dengan keturunan dan kaum mereka.
298 Pengantin lelaki itu pun menurunkan tanda tangannya .
  Pengantin lelaki itu pun menurunkan tandatangannya .
299 Mereka mahu membayar baki hutang mereka sekaligus .
  Mereka mahu membayar baki hutang mereka sekali gus .
300 Siew Mei terpaksa memilih samada Lim Tong atau Lim Pun sebagai kekasihnya.
  Siew Mei terpaksa memilih sama ada Lim Tong atau Lim Pun sebagai kekasihnya.
301 Mahal atau pun murah dia tetap akan membelinya.
  Mahal ataupun murah dia tetap akan membelinya.
302 Ada waktu yang lama untuk mereka bersilaturrahim selepas makan.
  Ada waktu yang lama untuk mereka bersilaturahim selepas makan.
303 Bulan puasa tidak selalu 30 hari, kadang kadang hanya 29 hari.
  Bulan puasa tidak selalu 30 hari, kadang- kadang hanya 29 hari.
304 Mutiara kata yang indah mampu mengubah sikap seseorang.
  Kata mutiara yang indah mampu mengubah sikap seseorang.
305 Untuk mendapat sesuatu dengan membunuh orang ialah cara yang sangat dasyat.
  Untuk mendapat sesuatu dengan membunuh orang ialah cara yang sangat dahsyat.
306 Siti Aminah mengiyakan pendapat kawannya tentang isu Palestin kini.
  Siti Aminah mengiakan pendapat kawannya tentang isu Palestin kini.
307 Jumlah kematian yang disahkan adalah 22 orang.
  Jumlah kematian yang disahkan ialah 22 orang.
308 Buku cerita yang tebal itu dihadiahi kepada Ali.
  Buku cerita yang tebal itu dihadiahkan kepada Ali.

177
309 Siti Aminah dihadiahkan sebuah buku harian oleh cikgu Azli.
  Siti Aminah dihadiahi sebuah buku harian oleh cikgu Azli.
310 Penjenayah itu telah dijatuhkan hukuman gantung oleh hakim.
  Penjenayah itu telah dijatuhi hukuman gantung oleh hakim.
311 Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat-Nya ke atas roh ibu bapa kami.
  Semoga Allah sentiasa mencucurkan rahmat-Nya ke atas roh ibu bapa kami.
312 Pokok rambutan di rumah saya sudah membuah dengan lebat.
  Pokok rambutan di rumah saya sudah berbuah dengan lebat.
313 Kereta-kereta yang dimiliki Dr Vida besar-besar .
  Kereta yang dimiliki Dr Vida besar-besar .
314 Sebuah basikal dihadiahi oleh ayah kepada Ramli.
  Sebuah basikal dihadiahkan oleh ayah kepada Ramli.
315 Alat penghawa dingin di bilik adik sudah rosak.
  Alat pendingin hawa di bilik adik sudah rosak.
316 Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong.
  Perdana Menteri menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong.
317 Silalah Tuanku dengan Cik Puan datang ke pantai pasir untuk berehat .
  Silalah Tuanku dengan Cik Puan mencemar duli ke pantai pasir untuk berehat .
318 Tuanku Mizan suka akan buah nangka yang ditanam di luar istana baginda.
  Tuanku Mizan berkenan akan buah nangka yang ditanam di luar istana baginda.
319 Sultan pun duduk di atas kerusi kerajaan di balairung istana.
  Sultan pun duduk di atas singgahsana kerajaan di balairung istana.
320 “Kawan ku ini berasal dari Negeri Sembilan,” kata Samad kepada Seman.
  “Kawanku ini berasal dari Negeri Sembilan,” kata Samad kepada Seman.
321 Ketiga-tiga motosikal itu berjenama Yamaha.
  Ketiga-tiga buah motosikal itu berjenama Yamaha.
322 Dua ratus calon telah menghadiri seminar SPM di SMK Undang Jelebu.
  Dua ratus orang calon telah menghadiri seminar SPM di SMK Undang Jelebu.
323 Afiqah membeli beberapa buku cerita di kedai buku Popular.
  Afiqah membeli beberapa buah buku cerita di kedai buku Popular.
324 Jari Pak Ismail bengkak apabila digigit oleh ikan sembilang.
  Jari Pak Ismail bengkak apabila disengat oleh ikan sembilang.
325 Nora kemukakan kisah dirinya dalam kelima-lima cerpennya itu.
  Nora mengemukakan kisah dirinya dalam kelima-lima cerpennya itu.
326 Maznah terhinggut-hinggut bahunya menahan serak di dada.
  Maznah terhinggut-hinggut bahunya menahan sebak di dada.
327 Suara Jamal Abdil menjadi sebak kerana selesema semalam.
  Suara Jamal Abdil menjadi serak kerana selesema semalam.
328 Dia mendengar suara ayahnya mengeluh kesakitan.
  Dia mendengar suara ayahnya mengerang kesakitan.
329 Ibu sedang melenyek kelapa untuk mendapatkan santannya.

178
  Ibu sedang memerah kelapa untuk mendapatkan santannya.
330 Dengan berhati-hati Pak Abu menyiram air mawar ke tangan pengantin itu.
  Dengan berhati-hati Pak Abu merenjis air mawar ke tangan pengantin itu.
331 Pelantikannya ke jawatan tersebut berdasarkan pada kemampuannya.
  Pelantikannya ke jawatan tersebut berdasarkan kemampuannya.
332 Siti Aisyah memandang kepada saya dengan penuh perasaan.
  Siti Aisyah memandang saya dengan penuh perasaan.
333 Pegenaan cukai yang tinggi pada barang-barang tersebut dianggap tidak wajar.
  Pengenaan cukai yang tinggi pada barang-barang tersebut dianggap tidak wajar.
334 Ahli gusti itu merebahkan lawannya dan menidihinya kuat-kuat.
  Tugas itu kami mesti pikul dengan penuh amanah.
335 Torai Raju sangat suka dengan tingkah laku Letchumi yang lemah lembut.
  Torai Raju sangat suka akan tingkah laku Letchumi yang lemah lembut.
336 Sulaiman kelihatan lemah-lesu setelah bekerja seharian.
  Sulaiman kelihatan lemah lesu setelah bekerja seharian.
337 Penerbitan majalah ilmiah lebih baik dari penerbitan majalah hiburan.
  Penerbitan majalah ilmiah lebih baik daripada penerbitan majalah hiburan.
338 Masalah itu telah dibangkitkan di dalam mesyuarat yang lalu.
  Masalah itu telah dibangkitkan dalam mesyuarat yang lalu.
339 Kos kertas dan pra cetak meningkat berikutan dengan penurunan nilai mata wang.
  Kos kertas dan pracetak meningkat berikutan dengan penurunan nilai mata wang.
340 Adat berinai itu berlangsung pasca majlis pertunangan.
  Adat berinai itu berlangsung pascamajlis pertunangan.
341 Siti Fairus sedang mencanteng batik lukisan naga.
  Siti Fairus sedang mencanting batik lukisan naga.
342 Barang ini lebih bermanfaat dari barang itu.
  Barang ini lebih bermanfaat daripada barang itu.
343 Barang kemas yang hilang itu ditafsir bernilai dua ribu ringgit .
  Barang kemas yang hilang itu ditaksir bernilai dua ribu ringgit .
344 Batu itu tidak terangkat budak itu.
  Batu itu tidak terangkat oleh budak itu.
345 Beberapa borang-borang telah digunakan untuk permohonan tersebut.
  Beberapa keping borang telah digunakan untuk permohonan tersebut.
346 Tolong beli saya sepasang kasut.
  Tolong belikan saya sepasang kasut.
347 Beliau mempunyai banyak pengalaman dalam bidang penulisan.
  Beliau banyak mempunyai pengalaman dalam bidang penulisan.
348 Beliau sering diundang memberikan ceramah .
  Beliau sering diundang menyampaikan ceramah .
349 Beliau turut menyentuhkan tentang perkara itu.
  Beliau turut menyentuh tentang perkara itu.

179
350 Bendera-bendera yang berwarna -warni berkibaran di sepanjang jalan.
  Bendera yang berwarna- warni berkibaran di sepanjang jalan.
351 Berjaya aktiviti perkhemahan itu kerana kerjasama antara semua pihak.
  Kejayaan aktiviti perkhemahan itu kerana kerjasama antara semua pihak.
352 Bersamaan surat ini, saya lampirkan borang kaji selidik.
  Bersama-sama surat ini, saya lampirkan borang kaji selidik.
353 Bila ada masa lapang, dia akan pergi memburu.
  Apabila ada masa lapang, dia akan pergi memburu.
354 Bilakah penceramah itu akan pulang.
  Bilakah penceramah itu akan pulang ?
355 Borang biasiswa itu boleh didapati dari Kementerian Pelajaran.
  Borang biasiswa itu boleh didapati daripada Kementerian Pelajaran.
356 Budak menangis itu sudah diberi makan.
  Budak yang menangis itu sudah diberi makan.
357 Budak itu rupa-rupanya telur apabila bercakap.
  Budak itu rupa-rupanya telor apabila bercakap.
358 Budak itulah yang paling nakal sekali.
  Budak itulah yang paling nakal .
359 Buku itu dia hantar ke perpustakaan.
  Buku itu dihantar olehnya ke perpustakaan.
360 Buku-buku itu telah dibeli oleh kami pada pagi tadi.
  Buku-buku itu telah kami beli pada pagi tadi.
361 Buku-buku itu untuk dihadiahkan ke sekolah .
  Buku-buku itu untuk dihadiahkan kepada sekolah .
362 Dalam gambar itu terdapat pokok-pokok yang berhijau.
  Dalam gambar itu terdapat pokok-pokok yang kehijauan.
363 Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini.
  Dengan kehadiran tuan akan berserilah majlis ini.
364 Dengan pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan.
  Pada pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan.
365 Dia adalah merupakan orang yang terkaya.
  Dia merupakan orang yang terkaya.
366 Dia membisikkan kepada sahabatnya sesuatu.
  Dia membisikkan sesuatu kepada sahabatnya .
367 Dia memperisteri anaknya dengan anak guru besar.
  Dia memperisterikan anaknya dengan anak guru besar.
368 Dia memperisterikan Aminah setelah bercinta lama.
  Dia memperisteri Aminah setelah bercinta lama.
369 Dia menemui sebilah keris lama.
  Dia menemukan sebilah keris lama.
370 Dia mengaku tidak salah.

180
  Dia mengaku tidak bersalah.
371 Encik Kamil berjalan-jalan sambil pimpin anaknya.
  Encik Kamil berjalan-jalan sambil memimpin anaknya.
372 Gejala kejatuhan akhlak dalam kalangan belia semakin serius.
  Gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan belia semakin serius.
373 Gua dan pantai itu sangat digemarkan oleh pelancong.
  Gua dan pantai itu sangat digemari oleh pelancong.
374 Hukuman menyebat pesalah jenayah wajar dilaksanakan.
  Hukuman sebat pesalah jenayah wajar dilaksanakan.
375 Ibu bapa -ibu bapa diminta mengawasi tingkah laku anaknya .
  Para ibu bapa diminta mengawasi tingkah laku anaknya .
376 Jika sekiranya dia pergi, saya akan tinggal di rumah sahaja.
  Sekiranya dia pergi, saya akan tinggal di rumah sahaja.
377 Kain itu sudah jahit dengan kemas.
  Kain itu sudah berjahit dengan kemas.
378 Kain yang basah itu belum bercuci oleh kakak.
  Kain yang basah itu belum dicuci oleh kakak.
379 Kakak menekad kain selimut adik kami yang baru lahir.
  Kakak menekat kain selimut adik kami yang baru lahir.
380 Kalau tidak dirawat mungkin ianya akan lumpuh.
  Kalau tidak dirawat mungkin ia akan lumpuh.
381 Kami berdoa engkau berjaya dalam peperiksaan
  Kami berdoa agar engkau berjaya dalam peperiksaan
382 Kami bersarapan pagi di warung Puan Bainah.
  Kami bersarapan di warung Puan Bainah.
383 Kami bukan membaca buku di perpustakaan.
  Kami tidak membaca buku di perpustakaan.
384 Kami memberi cenderamata kepada pelawat itu.
  Kami memberikan cenderamata kepada pelawat itu.
385 Kami pergi Zoo Negara bersama dengan ibu bapa Razak.
  Kami pergi ke Zoo Negara bersama dengan ibu bapa Razak.
386 Kami sekeluarga akan mengundang kakak di lapangan terbang.
  Kami sekeluarga akan menjemput kakak di lapangan terbang.
387 Kami ternampak Ustaz Fauzi di perhentian bas Pudu Raya.
  Kami ternampak akan Ustaz Fauzi di perhentian bas Pudu Raya.
388 Kami terpaksa memasuki sungai itu kerana titi itu telah reput.
  Kami terpaksa mengharungi sungai itu kerana titi itu telah reput.
389 Kamu mesti ingat janji-janjinya.
  Kamu mesti ingat akan janji-janjinya.
390 Kanak-kanak bergembira di suasana hari raya yang mulia ini.
  Kanak-kanak bergembira pada suasana hari raya yang mulia ini

181
391 Kanak-kanak itu tidak terjaga dengan sempurna.
  Kanak-kanak itu tidak dijaga dengan sempurna.
392 Kanak-kanak memerlukan kesayangan daripada ibu bapa.
  Kanak-kanak memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa.
393 Kapal selam berlanggar batu karang.
  Kapal selam berlanggar dengan batu karang.
394 Kaset itu ada dalam laci meja Sarida.
  Kaset itu ada di dalam laci meja Sarida.
395 Kecekapan menulis surat resmi amat penting dalam peperiksaan .
  Kecekapan menulis surat rasmi amat penting dalam peperiksaan .
396 Kemasukan pendatang luar ke negara kita amat membimbangkan.
  Kemasukan pendatang asing ke negara kita amat membimbangkan.
397 Keempat-empat lelaki yang mencolek anak hartawan itu mati ..
  Keempat-empat lelaki yang menculik anak hartawan itu mati .
398 Kerajaan memberikan intensif kepada para atlet yang berjaya .
  Kerajaan memberikan insensif kepada para atlet yang berjaya .
399 Kerajaan sentiasa menggelakkan permusuhan daripada berlaku.
  Kerajaan sentiasa mengelakkan permusuhan daripada berlaku
400 Kereta itu diperlajukan supaya cepat sampai.
  Kerata itu diperlaju supaya cepat sampai.
401 Kerusi itu dibuat dari kayu getah itu.
  Kerusi yang dibuat daripada kayu getah itu...
402 Kita tidak dapat menduga apa yang akan berlaku .
  Kita tidak dapat menduga apa-apa yang akan berlaku .
403 Komputer dapat digunakan untuk mengemas kinikan sistem fail.
  Komputer dapat digunakan untuk mengemaskinikan sistem fail.
404 Laporan itu anda perlu serahkan kepada guru disiplin.
  Laporan itu perlu anda serahkan kepada guru disiplin.
405 Letupan gunung berapi di Filipina telah berlaku semalam
  Letusan gunung berapi di Filipina telah berlaku semalam
406 Lucy Lim dapat tutur dalam bahasa Melayu dengan baik.
  Lucy Lim dapat bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik.
407 Mak Bedah bekerja keras untuk sekolahkan anaknya .
  Mak Bedah bekerja keras untuk menyekolahkan anaknya .
408 Makanan itu kubelum rasai lagi.
  Makanan itu belum kurasai lagi.
409 Malaysia akan menghantar 12 orang peninju ke sukan SEA.
  Malaysia akan menghantar 12 orang petinju ke sukan SEA.
410 Malik sangat rindu neneknya di kampung.
  Malik sangat akan rindu neneknya di kampung.
411 Masalah percetakkan sebagai punca utama pergaduhan itu.

182
  Masalah percetakan sebagai punca utama pergaduhan itu.
412 Mekanik itu sedang membaikkan kereta yang rosak .
  Mekanik itu sedang membaiki kereta yang rosak .
413 Mengetahui hal itu, saya membatalkan rancangan .
  Setelah mengetahui hal itu, saya membatalkan rancangan .
414 Mereka kena dihasut oleh anasir luar.
  Mereka kena hasut oleh anasir luar.
415 Mereka memberitahu perkara itu kepada saya.
  Mereka memberitahukan perkara itu kepada saya.
416 Mereka memberitahukan Aminah perkara yang berlaku semalam.
  Mereka memberitahu Aminah perkara yang berlaku semalam.
417 Mereka memulakan kerja daripada sudut kanan dewan itu.
  Mereka memulakan kerja dari sudut kanan dewan itu.
418 Mereka mengucapkan tahniah kepada Wati yang kematian ibunya.
  Mereka mengucapkan takziah kepada Wati yang kematian ibunya.
419 Mereka tergulung dalam kalangan orang yang beruntung.
  Mereka tergolong dalam kalangan orang yang beruntung.
420 Minah berbual dengan adiknya semasa menunggu bas di tempat itu.
  Minah berbual-bual dengan adiknya semasa menunggu bas di tempat itu.
421 Nazirul bangun tetapi memberikan jawapan .
  Nazirul bangun lalu memberikan jawapan .
422 Skima pemarkahan itu sangat tepat.
  Skema pemarkahan itu sangat tepat.
423 Ahmad bertungkus lumus menyiapkan tugasan itu.
  Ahmad bertungkus -lumus menyiapkan tugasan itu.
424 Dia memperbaharui lesen motosikalnya.
  Dia memperbaharu lesen motosikalnya.
425 Keadaan di Lubnan pulih seperti sedia kala.
  Keadaan di Lubnan pulih seperti sediakala.
426 Mereka mengadakan temu janji pada esok hari.
  Mereka mengadakan janji temu pada esok hari.
427 Sehubungan itu, kita wajar bertindak dengan segera.
  Sehubungan dengan itu, kita wajar bertindak dengan segera.
428 Orang ramai berpusu-pusu mengunjugi pasaraya.
  Orang ramai berpusu-pusu mengunjugi pasar raya.
429 Kempen cintakan alam sekitar dijalankan
  Kempen cinta akan alam sekitar dijalankan
430 Zulhuzaimi telah menyarungkan seutas cincin pada jari tunangnya.
  Zulhuzaimi telah menyarungkan sebentuk cincin pada jari tunangnya.
431 Zaquan menendang ke arah pintu gol pasukan lawan.
  Zaquan menendang bola ke arah pintu gol pasukan lawan.

183
432 Usaha perlu diperlakukan bagi memartabatkan Bahasa Melayu.
  Usaha perlu dilakukan bagi memartabatkan Bahasa Melayu.
433 Terdapat kawasan kuburan orang-orang Acheh di situ.
  Terdapat kawasan perkuburan orang-orang Acheh di situ.
434 Tentera Israel telah mengbom negara Lubnan.
  Tentera Israel telah mengebom negara Lubnan.
435 Tarikh mesyuarat Ahli Lembaga ke-4 ialah pada 30 Jun 2017.
  Tarikh mesyuarat Ahli Lembaga ke-4 adalah pada 30 Jun 2017.
436 Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-V diadakan dalam adat istiadat di-Raja Melayu.
  Pertabalan Yang di-Pertuan Agong V diadakan dalam adat istiadat di-Raja Melayu.
437 Surat khabar- surat khabar yang tidak digunakan telah disimpan .
  Surat - surat khabar yang tidak digunakan telah disimpan .
438 Suasana sedih diselubungi rumah Encik Ali .
  Suasana sedih menyelubungi rumah Encik Ali .
439 Siti bertanya Datuk L tentang perkahwinan mereka.
  Siti bertanya kepada Datuk L tentang perkahwinan mereka.
440 Siti bermimpi berjumpa tuan puteri pada malam tadi.
  Siti bermimpi berjumpa dengan tuan puteri pada malam tadi.
441 Sikap yang anda ambil kurang secucuk dengan kehendak umum.
  Sikap yang anda ambil kurang secocok dengan kehendak umum.
442 Setiap pemohon jawatan itu pasti lulus Bahasa Melayu .
  Setiap pemohon jawatan itu mesti lulus Bahasa Melayu .
443 Setiap penulis mesti akan diberi cenderamata.
  Setiap penulis pasti akan diberi cenderamata.
444 Setiap orang pelajar mesti yakin kepada diri sendiri.
  Setiap pelajar mesti yakin kepada diri sendiri.
445 Sesetengah orang guru tidak suka akan murid yang terlalu nakal.
  Sesetengah guru tidak suka akan murid yang terlalu nakal.
446 Semua pihak haruslah bekerjasama untuk bendung gejala sosial
  Semua pihak haruslah bekerjasama untuk membendung gejala sosial
447 Semua orang tahu dia anak Pak Hamid .
  Semua orang tahu bahawa dia anak Pak Hamid .
448 Selain daripada mandi, kita dibenarkan tidur di taman rekreasi itu
  Selain mandi, kita dibenarkan tidur di taman rekreasi itu
449 Sebelum berpindah, dia memperjelas hutang-hutangnya.
  Sebelum berpindah, dia menjelaskan hutang-hutangnya.
450 Saya tidak suka makan ikan itu kerana ikan itu ada banyak duri.
  Saya tidak suka makan ikan itu kerana ikan itu ada banyak tulang.
451 Saya tidak menyebelahi kedua belah pihak yang bermusuhan itu.
  Saya tidak menyebelahi kedua-dua belah pihak yang bermusuhan itu.
452 Saya tidak dapat menghadirkan ke majlis itu kerana demam.

184
  Saya tidak dapat hadir ke majlis itu kerana demam.
453 Saya tidak mensiakan peluang ini.
  Saya tidak akan mensia-siakan peluang ini.
454 Saya banyak mempunyai kawan-kawan yang tinggal di taman itu.
  Saya banyak mempunyai kawan yang tinggal di taman itu.
455 Sarung kain yang digayakan oleh Cik Maritza amat sesuai.
  Kain sarung yang digayakan oleh Cik Maritza amat sesuai.
456 Sampah itu ayah bakar pada pagi tadi.
  Sampah itu dibakar oleh ayah pada pagi tadi.
457 Salim memasuki biskut itu ke dalam tin kosong itu.
  Salim memasukkan biskut itu ke dalam tin kosong itu.
458 Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
  Berat sama dipikul ,ringan sama dijinjing,
459 Ravi telah membelit lembunya pada sebatang pokok .
  Ravi telah menambat lembunya pada sebatang pokok .
460 Rancangan pop kuiz dihoskan oleh Nabil Ahmad.
  Rancangan kuiz pop dihoskan oleh Nabil Ahmad.
461 Rambutnya amat kusut-masai kerana dia baru bangun tidur.
  Rambutnya amat kusut kerana dia baru bangun tidur.
462 Pustakawan mengkelaskan buku kepada beberapa kumpulan.
  Pustakawan mengelaskan buku kepada beberapa kumpulan.
463 Pihak syarikat bersetuju meminjamkan daripada pekerja itu wang .
  Pihak syarikat bersetuju meminjamkan pekerja itu wang .
464 Permainan gasing masih kekal hingga kepada zaman sekarang .
  Permainan gasing masih kekal hingga ke zaman sekarang .
465 Perkara-perkara lain yang mana kurang penting perlu diabaikan.
  Perkara-perkara lain yang kurang penting perlu diabaikan.
466 Perkara itu mesti kamu halus hingga selesai.
  Perkara itu mesti kamu halusi hinga selesai.
467 Kakitangan Syarikat Maju Jaya sedia menolong engkau.
  Kakitangan Syarikat Maju Jaya sedia menolong anda.
468 Perkara yang disampaikan oleh Ahmad bukan benar sama sekali.
  Perkara yang disampaikan oleh Ahmad tidak benar sama sekali.
469 Peniaga di gerai itu didakwa atas kesalahan mencatuk pembeli .
  Peniaga di gerai itu didakwa atas kesalahan mencatut pembeli .
470 Raja Sulaiman berkata bahawa beta suka menghulurkan bantuan yang diperlukan .
  Raja Sulaiman bertitah bahawa beta suka menghulurkan bantuan yang diperlukan .
471 Kelendar persekolahan itu digantung pada dinding di dalam biliknya.
  Kalendar persekolahan itu digantung pada dinding di dalam biliknya.
472 Walaupun kedua-duanya kembar tetapi karaktor mereka sungguh berbeza.
  Walaupun kedua-duanya kembar tetapi karakter mereka sungguh berbeza.

185
473 Semua rumah yang terbakar itu habis ditelan api.
  Semua rumah yang terbakar itu habis dijilat api.
474 Sarjan itu tidak mengindahkan kecederaan yang dialaminya.
  Sarjan itu tidak mengendahkan kecederaan yang dialaminya.
475 Pengemis yang berpakaian kusut-masai itu tidur di bawah pokok.
  Pengemis yang berpakaian compang-camping itu tidur di bawah pokok.
476 Institusi perbankan perlu lebih tulus untuk urusan pemberian pinjaman.
  Institusi perbankan perlu lebih telus untuk urusan pemberian pinjaman.
477 Kedudukan ekonomi yang stabil telah menguatkan mata wang negara.
  Kedudukan ekonomi yang stabil telah mengukuhkan mata wang negara.
478 Nenek menarik sehelai uban lalau menggaru-garu kepalanya.
  Nenek mencabut sehelai uban lalau menggaru-garu kepalanya.
479 Pertandingan memancing diadakan bertepatan dengan sambutan Hari Pekerja.
  Pertandingan memancing diadakan bersempena dengan sambutan Hari Pekerja.
480 Muyamin sering bermain bowling dengan rakannya pada cuti sekolah.
  Muyamin sering bermain boling dengan rakannya pada cuti sekolah.
481 Saleh menfailkan saman terhadap syarikat itu.
  Saleh memfailkan saman terhadap syarikat itu.
482 Program itu akan bermula pada pukul 1.30 petang.
  Program itu akan bermula pada pukul 1.30 tengah hari.
483 Restoran yang ekslusif itu didatangi oleh pengunjung antarabangsa.
  Restoran yang eksklusif itu didatangi oleh pengunjung antarabangsa.
484 Ikrar Rukunegara wajib difahami oleh semua rakyat Malaysia.
  Ikrar Rukun Negara wajib difahami oleh semua rakyat Malaysia.
485 Perasaan muhibbah perlu dipupuk dalam diri warga negara Malaysia.
  Perasaan muhibah perlu dipupuk dalam diri warga negara Malaysia.
486 Semangat setiakawan haruslah dipupuk sejak kecil lagi.
  Semangat setia kawan haruslah dipupuk sejak kecil lagi.
487 Ahmad telah memanjangkan laporan kepada Encik Saleh.
  Ahmad telah mengemukakan laporan kepada Encik Saleh.
488 Dalam ucapan beliau,beliau menyebut bahawa kita harus bersatu.
  Dalam ucapannya,beliau menyebut bahawa kita harus bersatu.
489 Alamat yang betul digunakan untuk urusan surat menyurat.
  Alamat yang betul digunakan untuk urusan surat-menyurat.
490 Temu duga itu dijalankan untuk lain-lain pangkat sahaja.
  Temu duga itu dijalankan untuk pangkat -pangkat lain sahaja.
491 Pekan ialah Bandar Di-Raja di negeri Pahang.
  Pekan ialah Bandar Diraja di negeri Pahang.
492 Penguatkuasa itu telah merampas barangan penjual haram .
  Penguat kuasa itu telah merampas barangan penjual haram .
493 Pak Ismail memperkebunkan tanah yang terbiar dengan tanaman pokok jagung.

186
  Pak Ismail memperkebuni tanah yang terbiar dengan tanaman pokok jagung.
494 Penyiasat itu pergi ke tempat di mana berlakunya kemalangan itu.
  Penyiasat itu pergi ke tempat berlakunya kemalangan itu.
495 Siti memasukkan tiga cawan setengah gula ke dalam mangkuk.
  Siti memasukkan tiga setengah cawan gula ke dalam mangkuk.
496 Pengusaha kafetaria itu telah dikenakan tindakan tegas.
  Pengusaha kafeteria itu telah dikenakan tindakan tegas.
497 Draf surat rayuan ini hasil penyetujuan kata sepakat pekerja-pekerja.
  Draf surat rayuan ini hasil persetujuan kata sepakat pekerja-pekerja.
498 Kita wajar mententeramkan anak-anak yang kerunsingan .
  Kita wajar menenteramkan anak-anak yang kerunsingan .

UNGKAPAN MENARIK DALAM PENULISAN

Tema Adab
o Beradab sopan kepada ibu bapa ialah wajib pada hukum agama dan kebudayaan kita.
o Hadis Nabi Muhammad SAW menyebut bahawa syurga di bawah tapak kaki ibunya.
o Hukama , golongan ilmuan Islam pernah berkata bahawa semiskin-miskin orang
ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti.
o "Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika
berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika
kuat.” Khalifah Abdul Malik bin Marwan.
o Hamka ada berkata bahawa kalau anda memberi sesuatu kepada jiranmu, bererti
memberi sesuatu kepada dirimu sendiri.
o Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan
malu akan dirinya terlebih dahulu." Kata Aflatun.
o "Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan
tidak dapat dikembalikan menjadi tanah."Kata Wahab B. Munabin.
o "Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan
pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya." Voltaire.
o "Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika
berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat."
Khalifah Abdul Malik Marwan
Tema Adat
o Pepatah ada menyebut bahawa hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.
o Demi kesejahteraan hidup bermasyarakat, kita diingatkan agar berpandukan kata-kata
peribahasa , di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Tema Anak
o Anak-anak dijaga dengan penuh kasih sayang seperti peribahasa kita, bagai menatang
minyak yang penuh.
o Nabi Muhammad SAW bersabda, periharalah anak-anakmu dan perbaik budi pekerti
mereka. Sesungguhnya, anak-anak itu ialah hadiah Allah kepadamu.

187
o Ibu bapa perlu memelihara dan mendidik anak-anak kerana peribahasa ada menyatakan
bahawa bapa borek anaknya rintik, dan ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
o Sebuah hadis Nabi Muhammad ada menyebut, setiap bayi yang dilahirkan adalah dalam
keadaan suci. Kedua-dua ibu bapalah yang bertanggungjawab menjadikan anaknya
Yahudi, Nasrani atau Majusi.
o Daripada Jabir bin Abdillah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Amanah
membawa rezeki dan khianat membawa kefakiran."
Tema Bahasa

o Kata peribahasa kita ada menyatakan bahawa bahasa menunjukkan bangsa / bahasa
jiwa bangsa; orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa; tiada kata
secantik bahasa.
o Anak-anak dan remaja perlu diperkenalkan dengan keindahan bahasa dan pemikiran
budaya bangsanya , kerana peribahasa kita ada menyebut, tak kenal maka tak cinta.
o Anak-anak harus dididik dengan bahasa yang betul dan baik kerana pepatah ada
menyebut terlajak perahu boleh diundur, terlajak bahasa buruk padahnya.
Tema Guru
o Hadis Nabi Muhammad SAW bermaksud bahawa orang yang berilmu harus
mengajarkan ilmu pengetahuannya kepada orang lain.
o Cicero berkata bahawa pengalaman ialah guru terbaik.
o Tugas guru amat mulia kerana pendeta bahasa ada mengatakan bahawa guru ibarat
lilin, membakar dirinya menerangi orang lain.
o Guru tidak boleh mengamalkan sikap buruk kerana anak murid akan menirunya seperti
peribahasa , guru kencing berdiri, murid kencing berlari.
o Hamka ada berkata bahawa kalau ada di dunia ini suatu pengorbanan dan kejujuran
serta kelapangan hati, satu antaranya ialah pekerjaan guru.
o Hamka pernah berkata bahawa yang ditanamkan oleh guru kepada murid-muridnya
bukanlah ilmu semata-mata, tetapi budi, persaudaraan dan persatuan.

Tema Usaha
o Sesuatu usaha pasti akan berjaya sekiranya kita ada kemahuan yang kuat kerana
peribahasa kita ada menyebut tidak ada gunung tinggi yang yang tidak dapat didaki,
tidak ada lurah dalam yang tidak dapat dituruni atau di mana ada kemahuan di situ ada
jalan.
o Kita mesti ada sikap tekun dan sabar. Mahatma Ghandi ada berkata bahawa kesabaran
dan ketekunan dapat mendaki gunung- ganang.
o Kita perlu berhati-hati meletakkan harapan dan kepercayaan kepada seseorang kerana
peribahasa kita ada menyebut, harapkan pagar, pagar makan padi atau harapkan
sokong, sokong membawa rebah.
o Serangkai kata bertuah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara harus dihayati.
o Khalid Gibran ada berkata bahawa perjalanan yang berbatu-batu jauhnya, dimulai
dengan selangkah.

Tema Kehidupan

188
o Sayidina Ali pernah berkata kemuliaan hidup dicapai dengan akal dan adab, bukan
dengan asal dan bangsa.
o Lidah pendeta ada menyebut rajin dan usaha tangga kejayaan.
o Peribahasa Melayu mengingatkan , buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
o Kita hendaklah hidup dengan mengamalkan sikap seperti peribahasa, hidup sandar
menyandar bagai aur dengan tebing atau bagai telur sesangkak, pecah sebiji pecah
semuanya.
o L. Schefer ada menyatakan bahawa bebas daripada kemalangan ialah keuntungan
besar
Tema llmu
o Sebuah hadis Nabi Muhammad SAW berbunyi, tuntutlah ilmu sekalipun ke negeri China.
o Kalau kita tidak tahu, kita hendaklah bertanya kepada orang lain kerana pepatah Melayu
ada menyebut, malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan.
o Confucius ,ahli fikir China yang terkenal ada mengatakan kepentingan ilmu
pengetahuan, iaitu kekurangan dalam ilmu pengetahuan seperti malam yang gelap gelita
bagi batin kita.
o Sayidina Ali ada menyatakan bahawa harga seseorang itu ialah ilmunya.
o Imam Syafie ada menyatakan bahawa ilmu itu tinggi nilainya. Kita harus mencari ilmu
dan bukan ilmu yang mencari kita.
o Socrates ada berkata bahawa bertambah banyak aku tahu, bertambah sedarlah betapa
tololnya diriku.
o “Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar
daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya". Kata Confucius.
o "Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh." Kata Albert
Einstein.
o Emerson ada menyatakan bahawa dunia menyediakan jalan bagi orang yang
mengetahui apa-apa yang perlu dilakukannya.

Tema Kelakuan Negatif

o Jangan bertindak mengharapkan sesuatu yang belum pasti seperti peribahasa ,


mendengarkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
o Hidup bermasyarakat perlu menjaga diri dan pergaulan serta tidak sombong kerana
peribahasa Melayu ada menyebut ,jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin jegang
(keras/liat).
o Kita perlu mengamalkan sikap suka merendah diri seperti kata peribahasa ikutlah resmi
padi, makin berisi makin tunduk.
o Janganlah kita meniru teladan yang buruk seperti kata peribahasa, jangan bercermin di
air keruh.
o "Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan
satu kesalahan lagi." Kata Confucius.
o "Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah
orang itu." Kata Whittier.
o "Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu."
Pepatah Arab.
189
o "Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya." Kata Khong
Hu Cu.
o "Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya
dengan perkataan yg mudah." Kata T.S Matthews

Tema Kebudayaan dan Seni


o Seorang budayawan ada mengatakan bahawa kebudayaan lama akan hilang dengan
kehilangan tujuan dan praktiknya.
o Kata Hamka, kebudayaan manusia akan selalu mengalir ibarat air sungai, menerima dan
memberi.
o Ahli fikir Barat , L. Kant ada mengatakan bahawa hanya bangsa yang merdeka
mempunyai kebudayaan yang hidup.
o "Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan
pun yang boleh menghentikannya." Kata Voltaire

Tema Masyarakat
o Mahatma Ghandi ada berkata bahawa orang akan sangat dihormati apabila ia
melakukan pekerjaan untuk kesejahteraan masyarakat sekitarnya.
o Hidup bermasyarakat mestilah tolong-menolong seperti aur dengan tebing.
o Hidup bermasyarakat , janganlah bersikap seperti enau di dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing.
o Kita hendaklah mengikut kata pepatah orang tua-tua , masuk kandang kerbau menguak,
masuk kandang kambing mengembek.
o Abraham Lincoln ada menyatakan bahawa jangan bertanya apa sumbangan negara
kepadamu, tetapi tanyalah apa yang boleh kamu sumbangkan untuk negara.
o Janganlah kita tidak bergaul dengan masyarakat dan disebut dengan ungkapan sebagai
kera sumbang.
o Ovidius ada berkata bahawa di mana-mana pun, orang asing dianggap sepi

Tema Remaja
o Kata-kata sanjungan dan harapan terhadap generasi muda ,iaitu pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara.
o Ingatlah pesanan orang tua-tua , ikut rasa binasa, ikut hati mati dan ikut nafsu lesu.
o Imam Al-Ghazali berkata, bagaimana bentuk pemuda masa ini, itulah bentuk masyarakat
akan datang.
o Remaja perlu mempunyai kekuatan peribadi yang unggul , kerana kata orang budiman
asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.
o Ilmu pengetahuan dan pengalaman yang ditempuh memberikan isi pada peribadi ,
seperti kata pepatah sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu, tiga kali jalan mengena.

190
Tema Pendidikan
o Hukuman pukul hanya boleh dilakukan apabila sudah tiada acara lain untuk dilakukan.
Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa , kalau hendak melentur buluh biarlah
daripada rebungnya atau sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-
tinggalkan.
o Umar Al-Khatab berkata, ajarlah anak-anak-anakmu dengan zaman yang akan
dihadapinya.
o Nabi Muhammad SAW mengingatkan ibu bapa supaya menjaga anak-anak dengan
membaiki budi pekerti mereka.
o Ahli fikir Barat ada mengatakan bahawa pendidikan merupakan keperluan utama rakyat
selepas makanan.

Tema Masa
o Peribahasa Inggeris ada menyebut bahawa masa itu emas.
o Pascal berkata bahawa jangan memikirkan masa lampau atau masa akan datang, tetapi
tawanlah saat ini dan ambillah manfaatnya.
o Pepatah Melayu ada menyebut bahawa masa tak dapat diubah, terlepas tak dapat
dikejar.
o Lidah pendeta ada menyatakan bahawa bertangguh itu pencuri masa.
o Peribahasa Arab ada menyebut bahawa masa itu umpama pedang. Jika kamu tidak
memancungnya, pedang itu akan memancung kamu pula.
o Kata Dr. Irfan Khairi merancang masa bermakna, merancang kejayaan.
Tema Membaca
o Edmund Burke ada mengatakan bahawa membaca tanpa berfikir , seperti makan tanpa
dicernakan.
o Menurut Arthur Helps membaca ialah alat sederhana bagi mengubati fikiran.
o Disraeli ada menyatakan bahawa takutilah orang yang hanya membaca satu buku.
o Goethe ada berkata bahawa membaca dapat memperkaya perbendaharaan jiwa. Hal ini
sangat membahagiakan.
Tema Persahabatan
o Lukman Al- Hakim ada berkata bahawa carilah sahabat dalam pergaulan, kerana seribu
sahabat belumlah banyak. Jauhilah seorang musuh kerana yang seorang itu sudah lebih
daripada seribu rakan.
o Byron menyatakan bahawa persahabatan adalah cinta tanpa sayap.
o Katherine B. Hatahaway ada menjelaskan bahwa tidak ada yang lebih baik daripada
dorongan sahabat yang baik.
o John Keats menjelaskan bahawa saya tidak mahu hidup tanpa kasih sahabat

Tema Negara dan Patriotisme


o Umar Al Khattab ada menyatakan bahawa tidak ada satu yang lebih mahal daripada
kemerdekaan dan tidak ada kebahagiaan yang lebih besar daripada menunaikan
kewajipan.
o Tun Dr Mahathir ada mengungkapkan bahawa tidak ada manusia di dunia ini yang tidak
mencintai negaranya sendiri.

191
o Alexander Humboldt ada memberitahu bahawa setiap orang perlu memiliki semangat
patriotisme.
o Gordian ada berkata bahawa orang tertawa dan tersenyum kerana semangat
patriotisme.
o Cirdesada menjelaskan bahawa sesuatu yang besar tidak mungkin tercapai tanpa
semangat patriotisme"Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka.
o Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan." Kata Andre
Colin.
o "Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak
dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka." Kata Soekarno.
o "Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu
buat untuk negara." Kata Abraham Lincoln.
Tema Sejarah
o Tun Dr Mahathir ada berkata bahawa sejarah adalah tetap sejarah. Namun yang lebih
penting adalah daripada sudut manakah kita menterjemahkan sejarah?
o Jose Ortega ada menjelaskan bahawa sejarah ialah pengetahuan berkaitan dengan
manusia.
o Bernard Berenson ada berkata bahawa sejarah ialah seni yang tidak mengabaikan
fakta-fakta yang diketahui.
o Emerson ada berkata bahawa semua sejarah ialah lukisan daripada beberapa catatan
dan memiliki ketelusan yang tinggi.
o Voltaire ada berkata bahawa sejarah manusia tidak lain hanyalah gambaran masa
dahulu sebagai pengajaran masa sekarang.
o "Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya."Kata Albert
Camus.
Tema Sikap dan Perasaan
o Socrates ada berkata bahawa hanya orang yang halus perasaannya, keindahan dan
rahsia alam dibuka oleh Tuhan untuknya.
o Shakespeare ada menjelaskan bahawa jiwa yang sihat tidak punya waktu bagi tubuh
yang sibuk.
o Peribahasa Sepanyol ada berkata bahawa malang sekali orang yang tidak memiliki
sifat sabar.
o Hadis Nabi , iaitu sabar itu separuh daripada iman.
o Peribahasa Sepanyol , iaitu lebih baik lambat daripada terburu-buru.
o Bukhari dan Muslim ada meriwayatan bahawa kalangan kamu yang paling baik, ialah
mereka yang paling baik akhlaknya.
o Tan Sri Hanif Omar ada berkata bahawa disiplin merupakan asas keimanan dan
kemakmuran hidup manusia.
o Erwin H. Schellada menyatakan bahawa apabila sikap kita benar, kemampuan kita
mencapai tingkat paling tinggi semakin cerah.
o Hadis Nabi ada meriwayatkan bahawa sesiapa yang hilang sifat kelembutannya,
hilang pula sifat-sifatnya yang terpuji.
o Schiller ada berkata bahawa keindahan terdapat dalam kejujuran.
o Hukama ada menyatakan bahawa apabila semua manusia insaf, maka beristirahatlah
sang hakim.

192
o Edmund Burke ada menjelaskan bahawa yang salah tidak pernah berubah menjadi
benar.
o Winston Churchill ada berkata bahawa faktor terpenting ialah kenal diri seseorang.
Selepas itu tahu cara dia melaksanakannya, kemudian barulah ikuti apa-apa yang
diperkatakannya.

Tema Kejayaan
o "Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya." Kata Marcus Aurelius.
o Ralph Wald Emersonada berkata bahawa percaya kepada diri sendiri ialah rahsia utama
untuk mencapai kejayaan.
o Thessalanians ada menyatakan bahawa orang yang tidak mahu bekerja, hendaknya
jangan makan.
o "Orang yang berjaya dalam hidup ialah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan
menjurus kepadanya tanpa menyimpang." Kata Cecil B. DeMille.
o "Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia."
Kata Richard Brinsley Sheridan.
o "Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah." Kata Lao Tze.
o "Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya
sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan." Kata Abdullah Mansur M.H.
o "Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang." Samuel Johnson.
o "Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang
tidak dibela." Kata Napoleon Bonaparte.
o Kejayaan akan menjadi milik anda." Kata Ray Kroc (Pengasas McDonalds)

Tema Kewangan
o Samuel Smiles ada berkata bahawa sifat suka menabung ialah puteri daripada sikap
hati-hati, saudara adalah daripada sikap tahu batas dan ibunya ialah kebebasan.
o James Howell ada menjelaskan bahawa lebih baik membeli seliter susu dengan
wang daripada memelihara seekor lembu.
o Victor Hugo ada berkata bahawa orang yang menabung itu bagaikan bintang di langit.
o "Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang."
Kata Anonim

Tema Agama
o "Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi,
runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat.

PENGGUNAAN AYAT PERIBAHASA

1. Perbuatan yang tergesa-gesa akan merugikan diri sendiri kerana “sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”
2. Kita perlu membuat renungan daripada buah fikiran orang berilmu iaitu yang baik jadikan
teladan, yang buruk jadikan sempadan.
193
3. Kita sedar bahawa pemuda harapan bangsa dan pemudi tiang negara.
4. Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa “ jika hendak melentur buluh biarlah
daripada rebungnya.”
5. Pengalaman seseorang dapat diperluas, kerana kata orang tua-tua, “ jauh perjalanan
luas pengalaman , lama hidup banyak dirasa.”
6. Perumpamaan “seperti menatang minyak yang penuh” perlu diamalkan untuk mendidik
anak-anak dengan sempurna.
7. Perumpamaan ada menyatakan bahawa, “jika tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya” (jika tidak berusaha bersungguh, kita tidak akan dapat hasilnya).
8. Kita perlu mengelakkan diri daripada mengamalkan perbuatan seperti perumpamaan,
bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
9. Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa “sehari selembar benang,lama –lama
menjadi kain” ketika kita berusaha melakukan sesuatu pekerjaan.
10. Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa “ tak ada kusut yang tak selesai, tak ada
keruh yang tak jernih” jika kita menghadapi sesuatu masalah.
11. Cogan kata “Badan Sihat, Otak Cerdas” menyarankan supaya kita menjaga kesihatan
kerana badan yang sihat membolehkan kita mempunyai otak yang cerdas.
12. Amalan gaya hidup yang sihat sangat penting kerana kita perlu mematuhi ungkapan
yang berbunyi “mencegah lebih baik daripada mengubati.”
13. Keinsafan dan penyesalan sudah tidak berguna kerana peribahasa Melayu mengatakan
bahawa “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna dan ingat
sementara belum kena, jimat sebelum habis.”
14. Oleh sebab itu, kita perlu mengambil langkah yang pragmatik untuk menjaga kesihatan
sesuai peribahasa mengatakan bahawa “sediakan payung sebelum hujan.”
15. Tuntasnya, usaha-usaha yang diutarakan itu perlu dilaksanakan secara bersungguh-
sungguh dan tidak seperti peribahasa hangat-hangat tahi ayam atau seperti
melepaskan batuk di tangga.
16. Komitmen masyarakat amat penting untuk menjayakannya kerana pepatah mengatakan
bahawa “bulat air kerana pembetung dan bulat manusia kerana muafakat .”
17. Secara konlusinya,peribahasa“sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit”wajar menjadi
pegangan dan panduan semua orang untuk menjamin kecemerlangan hidup.
18. Sesungguhnya,prakarsa untuk membanteras atau menangani gejala ini boleh
direalisasikan sekiranya ada penggemblengan tenaga dalam kalangan ahli masyarakat.
Keadaan ini bertepatan dengan peribahasa “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.”
19. Peribahasa “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat” perlu
dijadikan pedoman dan iktibar oleh seluruh rakyat agar dapat melahirkan masyarakat
yang bersatu padu.
20. Perumpamaan ada menyatakan bahawa “ jika tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya” perlu dijadikan pegangan untuk mencapai kejayaan.
21. Berpeganglah kepada kewarasan akal yang rasional dalam apa-apa jua keadaan, bak
kata peribahasa, “ikut hati mati ,ikut rasa binasa.”
22. Hukuman berat mesti dikenakan terhadap sesiapa yang berani melanggar peraturan
di jalan raya, bak kata peribahasa, "setinggi-tinggi terbangnya bangau, akhirnya
pasti jatuh ke tanah".
23. Kita perlu berani mengambil langkah untuk mencegah kemalangan jalan raya kerana
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
24. Setiap ahli akan bersatu ibarat kata peribahasa Melayu, “serumpun bagai serai,
selubang bagai tebu.”
194
25. Tidak hairanlah jika ungkapan “Membaca Jambatan Ilmu” sering kali kita gunakan
untuk menunjukkan betapa pentingnya amalan membaca dalam mencari ilmu
pengetahuan.
26. Penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum hidup bagai aur
dengan tebing.
27. Mereka dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui perbualan dan berinteraksi
kerana tak kenal maka tak cinta.
28. Oleh sebab itu, saya percaya bahawa jika kita mengamalkan prinsip berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing.
29. Oleh itu, sikap buang yang keruh , ambil yang jernih ternyata mampu menjalin
hubungkan semangat perpaduan yang tersedia utuh.
30. Perpaduan kaum di Malaysia dalam sanubari anak-anak sejak bangku sekolah kerana
melentur buluh biarlah dari rebungnya.
31. Saya yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia mengenali peribahasa , “ke bukit
sama didaki, ke lurah sama dituruni.”
32. Semua masyarakat harus berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah
sama dituruni,
33. Menurut Hadis, anak diibaratkan kain putih yang akan dicorakkan oleh ibu
bapanya.
34. Peribahasa ada menyatakan bahawa “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tidak berguna” dan “jangan terhantuk baru tengadah” harus dijadikan panduan.
35. Amalan membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi, persis peribahasa “melentur buluh
biarlah dari rebung”.
36. Menurut kata-kata mutiara, “Anda memerlukan sebanyak mungkin pengalaman
getir untuk menziarahi keunggulan anda.”
37. Kesimpulan, bak kata peribahasa, “ pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”,
golongan muda perlu dicanai supaya menjadi modal insan yang cemerlang.
38. Sebelum nasi menjadi bubur, seharusnya semua pihak berusaha dalam meningkatkan
penguasaan pelbagai bahasa dalam diri.
39. Sebagai masyarakat yang mempunyai sifat kemanusiaan kerana berat
matamemandang, berat lagi bahu memikul.
40. Kita perlu berpegang pada falsafah hidup sandar-menyandar bagai aur dengan
tebing.
41. Rakyat akur dengan nasihat peribahasa yang berbunyi “kalah menjadi abu, menang
menjadi arang.”
42. Malaysia mempunyai kewibawaan yang tinggi di mata dunia bak kata peribahasa kecil
jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa.
43. Sikap ini samalah seperti kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya dan
ke manakah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
44. Usaha ini harus diperjuangkan agar tak lapuk dek hujan, dan tak lekang dek panas.
45. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu, “Mencegah lebih baik daripada
merawat”.
46. Perkara ini jika dibiasakan akan menjadi amalan, sesuai dengan peribahasa Melayu,
“alah bisa tegal biasa.”
47. “Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.” Berpeganglah kepada peribahasa
tersebut, nescaya kesudahan yang baik akan menjadi milik kita.
48. “Umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak
berselerak”, ibu bapa perlu sebaik-baiknya mengetahui rasa hati anak-anak.
195
49. Sebaliknya dorongan dan nasihat akan mendorong anak-anak untuk berjaya kerana
anak umpama bunga-bunga yang tumbuh di taman, yang menjadi tanah dan baja
ialah ibu bapa.
50. Janganlah terjadi seperti segelintir anak-anak yang lupa diri ibarat buah melayang
jauh, tampuk dilupakan. 
51. Janganlah kita mengamalkan peribahasa “seperti enau di dalam belukar,melepaskan
pucuk masing-masing”.
52. Kurangnya pemantauan ibu bapa yang seperti melepaskan batuk di tangga juga
merupakan salah satu faktor yang menyebabkan anak-anak berani untuk ponteng
sekolah. 
53. Kata orang tua-tua, beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis perlu kita
amalkan.

Contoh Ayat-Ayat menarik

1. Sebagai murid minda kelas pertama, saya berpendapat bahawa..


2. Saya memang optimis bahawa bidang pendidikan negara mampu menjana kemajuan
negara.
3. Saya yakin bahawa pendidikan mampu menjana misi murni ini jika dirancang dengan
sistematik
4. Saya sebagai generasi remaja negara yakin dan percaya bahawa …
5. Pihak sekolah sewajarnya bertindak proaktif bagi membantu untuk mencari jalan
penyelesaian yang terbaik.
6. Orang tua-tua pernah berkata bahawa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya kerana kita perlulah berusaha untuk cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi.
7. Setiap nasihat yang diberikan haruslah diambil kira oleh mereka dan bukannya sekadar
masuk telinga kanan, keluar telinga kiri .
8. Program yang dijalankan mampu menjadi satu wahana yang dapat membantu para murid
untuk memupuk keyakinan diri dalam diri mereka.
9. Begitulah topik-topik hangat yang sentiasa menghiasi rubrik-rubrik akhbar tempatan .
10. Pihak kerajaan juga telah mengambil langkah sederap yang bijak ,seperti kata peribahasa
kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
11. Tuntasnya, bayangan yang samar kini kian jelas apabila usaha yang positif diambil
dengan segera.
12. Rentetan daripada perkara di atas, benih-benih keyakinan dapat disemai dan dipupuk.
13. Dalam zaman yang penuh persaingan ini, para pelajar sentiasa berusaha melengkapkan
diri dengan pelbagai kemahiran demi mencapai kejayaan dalam bidang akademik.
14. Usaha ini boleh dikatakan sebagai batu loncatan ke arah kejayaan yang lebih gemilang.
15. Benarlah kata peribahasa diam-diam ubi berisi, iaitu diam orang yang berilmu itu
sebenarnya dia berfikir.
16. Sikap yang berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing akan dapat membantu pelajar.
17. Sesungguhnya, pelbagai prakarsa menjalani kehidupan yang sihat akan didiskusikan
untuk dijadikan pedoman dan ikutan.
18. Kita sebagai pewaris tampuk kepimpinan negara ini mestilah berganding bahu dan saling
bekerjasama bagai aur dengan tebing.
19. Tun Dr Mahathir bin Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 telah
menggariskan beberapa inisiatif dalam Wawasan 2020.
20. Terdapat isu yang semakin tular di media massa yang harus diberikan perhatian .
196
21. Masyarakat harus sedar akan peri pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu
bersikap seperti kata peribahasa ,sediakan payung sebelum hujan ketika menghadapi
sesuatu masalah.
22. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Arab , iaitu jika kita berkawan dengan penjual
minyak wangi kita akan berbau wangi dan jika berkawan dengan tukang besi kita akan terasa
bahangnya.
23. Hal ini dapat menjana minda murid-murid agar berusaha bersungguh-sungguh.
24. Janganlah kita menunggu sehingga perkara ini mendatangkan musibah seperti kata
peribahasa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
25. Sikap yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing haruslah ada dalam diri setiap
murid dan warga sekolah untuk merealisasikan aspirasi kita.
26. ‘Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Begitulah slogan yang kini menjadi
tunjang utama kepada kemajuan peradaban negara.
27. Kebobrokan akhlak golongan remaja yang kian jelas semakin memuncakkan kerisauan
semua pihak.
28. Inspirasi daripada kata-kata George Washington Carver,iaitu ‘99 peratus kegagalan
datangnya daripada mereka yang suka memberi alasan.’
29. Pada saat getir seperti ini, ahli keluarga tidak wajar bersikap bagai enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing.
30. Filsuf agung yang bernama Aristotle pernah bermadah bahawa kayu ukur kemajuan dan
ketamadunan sesebuah bangsa tidak terletak pada kekayaan dan akal fikiran, tetapi pada
ketinggian akhlak dan budi bahasa.
31. Mahathama Gandhi pernah berkata bahawa seseorang insan yang mempunyai pegangan
hidup yang teguh, nescaya dia tidak akan terurai daripada akar kebenaran.
32. Kita ingin memiliki modal insan minda kelas pertama seterusnya menggembleng usaha
dan tenaga untuk memacakkan jalur gemilang gah di persada dunia.
33. Kewibawaan pemimpin berupaya untuk menterjemah visi dan misinya dalam bentuk
tindakan kepada mereka yang dipimpinnya.
34. Ilmu merupakan satu elemen yang memayungi kemantapan aspek lain.
35. Penguasaan ilmu yang luas dapat memantapkan kekuatan dan membela kemuliaan
maruah diri.
36. Sekiranya teras-teras ini dapat dicapai melalui penggemblengan tenaga oleh semua
pihak, maka pembentukan akhlak murni remaja akan dapat dijana di negara kita.
37. Ilmu pengetahuan ialah satu kuasa yang mampu mengalahkan dua kuasa lain iaitu kuasa
ekonomi dan kuasa ketenteraan.
38. Minda umpama payung terjun yang hanya berfungsi apabila terbuka.
39. Kita sedar bahawa tanpa kewujudan negara bangsa yang utuh, segala yang kita impikan
hanya tinggal kenangan.
40. Masyarakat tanpa mengira warna kulit sama-sama menggembleng usaha dan tenaga
untuk memacakkan jalur gemilang gah di persada dunia.
41. Kita perlu sedar realitinya, tidak akan ada suatu kaum pun di Malaysia yang dapat
membentuk kerajaan yang kukuh tanpa kerjasama daripada kaum yang lain.
42. Pertautan dan kerjasama antara kaum ini menjadikan sesuatu yang banyak bersatu
menjadi satu.
43. Kita berharap agar semuanya akan memastikan bibit-bibit kesedaran baharu dapat
direalisasikan.

197
44. Falsafah ini dipegang sebagai suatu platform untuk memastikan pembangunan dan
penciptaan tamadun bangsa Malaysia yang sepadu dan berdaya saing kekal merentas
cabaran masa.
45. Jika kita menghayati prinsip kesopanan dan kesusilaan maka kita tidak akan mudah
terpengaruh oleh budaya negatif.
46. Kerana penghayatan itulah lahirnya perumpamaan ‘biar putih tulang jangan putih mat’”
dan ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri lagi.’
47. Rakyat akan menjunjung undang-undang negara sebagai teras keamanan dan
keharmonian.
48. Rakyat kita sendiri mempunyai fikiran yang kreatif dan kritis untuk membangunkan negara
sendiri.
49. Kemajuan inilah yang menjadikan rakyat kita hidup dalam kemakmuran. Kalau tidak kita
yang merencanakannya, siapa lagi? Tepuk dada tanya selera.
50. Mengikut pepatah Sanskrit, ‘manjailah anakmu ketika kecilnya, awasi dirinya ketika
berumur sepuluh tahun dan berkawanlah dengannya ketika usia remajanya.’
51. Kita sama-sama berwaspada agar susu sebelanga terus terpelihara dan tidak dirosakkan
oleh setitik nila.
52. Tun Dr Mahathir menyamakan media sosial seperti pisau, boleh diasah, dibiarkan
tumpul, digunakan untuk mengukir arca atau mencederakan orang.
53. Pepatah Jawa kuno ada menyatakan bahawa harga diri seseorang terletak pada
lidahnya, pada kata-katanya.
54. Jangan bergerak seperti gunting yang melangkah tapi memutuskan, tetapi bergeraklah
seperti jarum yang menusuk tapi menyatukan.

“Jika kita ingin berjaya maka kita mesti berusaha dengan gigih
agar hasil yang kita tuai kelak berpadanan dengan yang kita lakukan”

198

Anda mungkin juga menyukai