Anda di halaman 1dari 15

PRAKTIS 1

Praktis

1 Sistem Bahasa

BAHAGIAN A Soalan 1

Latihan 1

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan
tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Sarang burung tempua yang bergayutan di ranting pohon itu menarik perhatian kami.


(ii) Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian cikgu hadir ke majlis perkahwinan
kakak saya pada minggu lalu.


(iii) Sejak kempen kitar semula pihak berkuasa tempatan lancarkan, tahap kebersihan di
kawasan kediaman itu kian meningkat.


(iv) “Wahai belia harapan negara, taburlah jasa pada agama, nusa dan bangsa,” kata Menteri
Besar semasa berucap dalam perhimpunan belia, kelmarin.

Latihan 2

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan
tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pihak berkuasa telah berjaya menyelesaikan beberapa kes-kes pecah rumah dan samun
di kawasan perumahan itu.

1 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018


PRAKT I S 1

(ii) Anggota masyarakat Kampung Damai menunjukkan kerjasama yang erat dalam kempen
menghapuskan denggi anjuran Jabatan Kesihatan.

(iii) Kejohanan merentas desa sekolah kami pada tahun ini telah Tuan Pegawai Pendidikan
Daerah rasmikan.

(iv) Rakyat Malaysia sungguh bertuah kerana dapat menikmati berbagai jenis juadah pada
musim perayaan.

Latihan 3

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan
tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Negara kita mempunyai pakar perubatan antara yang terbaik sekali di dunia.

(ii) Kebanyakan pelanggan sangat berpuas hati dengan kelazatan masakan di Tuminah
Restoran.

(iii) Suasana di kawasan kampung sangat menenangkan terutamanya di waktu pagi.

(iv) Kita sepatutnya berasa bangga pada keistimewaan yang terdapat di negara kita ini.

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018 2


PRAKTIS 1

Latihan 4

Dalam petikan di bawah, terdapat empat kesalahan bahasa. Gariskan empat kesalahan bahasa
tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin
petikan itu semula.

Setiap orang memerlukan masa tidur yang berbeza mengikut umur, tahap kesihatan dan
aktiviti hariannya. Misalnya, golongan remaja memerlukan tidur antara enam hingga lapan
jam sehari. Tidur yang paling berkualiti sekali ialah tidur pada waktu malam. Tidur amat
penting bagi melancarkan proses metabolisme karbohidrat dalam badan. Melalui proses
ini, badan seseorang mengeluarkan hormon pertumbuhan yang berfungsi untuk membaiki
sel-sel yang rosak. Kajian mendapatkan bahawa tidur yang cukup mampu meningkatkan
keupayaan untuk belajar dan membantu dalam memelihara daya ingatan seseorang. Selain
daripada itu, proses penyimpanan maklumat di dalam otak juga berlaku semasa tidur.

(i)

(ii)

(iii)

(iv)

Latihan 5

Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut
dan tulis jawapan yang betul pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Masalah petempatan di kawasan bandar berpunca daripada penambahan penduduk yang
terlalu tinggi di kawasan tersebut.

(ii) “Jika sekiranya anda mempunyai apa-apa kemusykilan yang berkaitan dengan masalah
ini, silalah hubungi talian radio kami sekarang,” kata juruhebah stesen radio itu.

(iii) Banyak penonton meminati rancangan televisyen di stesen itu oleh kerana stesen itu sering
menyiarkan berita-berita mutakhir secara langsung.

3 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018


PRAKT I S 1

(iv) Ika Zulaikha telah memperindahkan halaman rumah baharunya dengan menanam pelbagai
jenis bunga.

Latihan 6

Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut
dan tulis jawapan yang betul pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kemarau ialah bencana alam yang berpunca dari cuaca panas dan kurangnya hujan.

(ii) Sebagai sebuah negara berbagai-bagai kaum, Malaysia memerlukan amalan perkongsian
budaya di dalam kalangan rakyat.

(iii) Para pemimpin masyarakat kerap membincangkan tentang masalah gejala sosial dalam
kalangan remaja yang semakin berleluasa.

(iv) Adalah dimaklumkan bahawa Seminar Kecemerlangan PT3 akan bermula pada hari Isnin
minggu hadapan.

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018 4


PRAKTIS 1

BAHAGIAN A Soalan 2

Latihan 1

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis
ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kemudahan pengangkutan awam di negara ini sedang dinaiktaraf oleh pihak yang berkenaan.


(ii) Setiap calon Sijil Pelajaran Malaysia mestilah lulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan
Sejarah untuk memperoleh sijil SPM.


(iii) Puan Mariah meminta kontraktor muda itu membina rumah baharunya mengikut plan yang
telah ditetapkan.

Latihan 2

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis
ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Industri pefileman yang semakin pesat dan canggih telah mempengaruhi perkembangan
sahsiah anak-anak.


(ii) Kebanyakkan pelanggan sangat berpuas hati akan kelazatan masakan di Restoran Selera
Timur.


(iii) Datuk saya yang mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi perlu berjumpa
dengan doktor dari semasa ke semasa.

5 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018


PRAKT I S 1

Latihan 3

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis
ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Menurut pihak Jabatan Pendidikan, surat pekeliling itu akan di edarkan ke semua sekolah
di seluruh negeri pada minggu hadapan.


(ii) Pihak Kementerian Pendidikan berhasrat untuk membanyakkan pembinaan makmal
komputer di sekolah-sekolah, kursusnya di luar bandar.


(iii) Encik Fendi terpaksa menjalani pembedahan setelah doktor mengsahkan bahawa penyakit
yang dihidapinya semakin kronik.

Latihan 4

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis
ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Perjanjian kerja sama ekonomi antara dua buah negara yang berjiran itu akan dimeterai
pada minggu hadapan.


(ii) Anak jutawan yang dicolek itu telah dipertemukan oleh polis dengan keluarganya pada
petang semalam.


(iii) Selain pengaroh rakan sebaya, kurangnya didikan agama juga merupakan punca
berlakunya keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada masa ini.

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018 6


PRAKTIS 1

Latihan 5

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis
ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pembangunan rangkaian lebuhraya di seluruh negara membuktikan bahawa Malaysia


telah semakin maju ke arah mewujudkan keselesaan kepada rakyat.


(ii) Penunggang motorsikal yang lalai dikenal pasti sebagai antara punca terjadinya kemalangan
maut.


(iii) Beberapa spesis binatang liar yang mendiami hutan belantara negara ini kini kian pupus
akibat pembangunan.

Latihan 6

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis
ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Beberapa tempat di selatan Semenanjung Malaysia telah mengalami gangguan bekalan
letrik pada pagi tadi.


(ii) Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan telah merasmikan pelancaran
Kanival Jualan Mega di Stadium Paroi baru-baru ini.


(iii) Penurunan kadar jualan kenderaan berpunca daripada kesukaran mendapatkan
kemudahan pinjaman daripada pihak intitusi kewangan.

7 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018


PRAKT I S 1

Latihan 7

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis
ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Encik Salman memegang jawatan sebagai akitek di syarikat itu.

(ii) Puan Rohani menaikan harga barangan di kedainya kerana ingin mengejar keuntungan.

(iii) Meskipun pelbagai usaha telah dilaksanakan, namun masalah tersebut masih beleluasa.

Latihan 8

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis
ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Persembahan nyanyian nasyid daripada peserta dari Sekolah Menengah Tunku Halim
telah mengkagumkan para juri.

(ii) “Saya telah mengemelkan dokumen tersebut kepada Encik Azman pada hari Selasa yang
lalu,” kata Johari kepada Encik Azman.

(iii) Sistem janakuasa di Empangan Kenyir telah beroperasi semula.

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018 8


PRAKTIS 1

BAHAGIAN A Soalan 3

Latihan 1

Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. Tulis jawapan anda pada ruang
jawapan yang disediakan.

(i) Puan Julia bukan peguam tetapi beliau merupakan pensyarah di Fakulti Perundangan.

(ii) Syuhada memandang kami sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

(iii) Ibu membeli telefon pintar itu untuk kakak yang akan melanjutkan pelajarannya ke luar
negara.

(iv) Murid itu mencapai kejayaan cemerlang hasil usaha gigihnya selama ini.

(v) Rumah Cikgu Khairi yang terletak di pinggir bandar itu masih dalam pembinaan.

Latihan 2

Tentukan jenis ayat dalam setiap ayat yang diberikan sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah
atau ayat seruan.

(i) Budak perempuan yang sedang menangis itu ialah adik perempuan saya.

9 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018


PRAKT I S 1

(ii) Encik Lee masih terkenang akan peristiwa yang sangat menyayat hati itu?

(iii) Wah, bertuahnya kamu dapat berjumpa dengan sasterawan itu!

(iv) Apakah yang cuba disampaikan oleh beliau?

(v) Awak perlu menyiapkan kerja yang saya beri itu sekarang juga.

Latihan 3

Tukarkan ayat-ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i) Syarifah menghadiahkan sebuah novel kepada Izzati bersempena dengan ulang tahun
kelahirannya.

(ii) Danial membersihkan bilik tidurnya pada waktu pagi.

(iii) Saya membasuh kereta ayah petang semalam.

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018 10


PRAKTIS 1

(iv) Ibu menghidangkan makan tengah hari agak lewat kerana terpaksa menyelesaikan
beberapa urusan penting di luar.

(v) Abang membaca surat khabar itu di anjung rumah.

Latihan 4

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kenal pasti subjek dan predikat dalam ayat-ayat tersebut.
Kemudian tulis subjek dan predikat pada ruang yang disediakan.

(i) Kakak menggubah sejambak bunga untuk ibu.

SUBJEK

PREDIKAT

(ii) Malaysia telah mengalahkan Indonesia dalam pertandingan akhir Piala Thomas.

SUBJEK

PREDIKAT

(iii) Saya meminjam Kamus Dewan yang tebal itu daripada Cikgu Jamaliah.

SUBJEK

PREDIKAT

(iv) Juara pertandingan memasak itu menerima pelbagai hadiah daripada penganjur.

SUBJEK

PREDIKAT

(v) Cikgu Syed Alwi mengadakan kelas tambahan bagi subjek Bahasa Melayu pada setiap
petang Isnin.

SUBJEK

PREDIKAT

11 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018


PRAKT I S 1

BAHAGIAN A Soalan 4

Latihan 1

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan situasi dalam gambar tersebut, tulis dua
peribahasa yang sesuai.

(i)

(ii)

Latihan 2

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-
ayat tersebut.

(i) Hashir Fikri tercengang-cengang sewaktu mula-mula menjejakkan kakinya di ibu kota
metropolitan itu.

(ii) Amin berasa sungguh terkilan kerana gambaran sebenar yang terdapat di tempat yang
dilawatinya itu berbeza sekali dengan laporan yang disiarkan di akhbar.

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018 12


PRAKTIS 1

Latihan 3

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

Sekolah merupakan institusi formal yang dapat melahirkan murid yang akan memajukan
watan. Untuk merealisasikan matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan
(i)
yang akrab dengan murid-murid di samping bekerjasama . Sebagaimana
yang diketahui, rahsia kecemerlangan seseorang murid ialah permuafakatan antara guru
dengan ibu bapa dalam melaksanakan berbagai-bagai aktiviti untuk memacu prestasi
murid-murid dalam akademik dan kokurikulum. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan
(ii)
mudah diperoleh kerana .

(i)

(ii)

Latihan 4

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud
ayat tersebut.

(i) Perbalahan orang yang sekaum atau bersaudara tidak akan cerai-berai.

(ii) Biar bodoh sekalipun, kalau belajar nescaya akan pandai juga.

Latihan 5

Berikan satu peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa
di bawah.

(i) Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.

(ii) Sokong membawa rebah.


13 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018
PRAKT I S 1

Latihan 6

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan pasangan gambar tersebut, tulis satu peribahasa
yang sesuai.

(i)


(ii)

Latihan 7

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan pasangan gambar tersebut, tulis satu peribahasa
yang sesuai.

(i)


(ii)

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018 14


PRAKTIS 1

Latihan 8

Lihat gambar bersiri di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar tersebut, tulis dua peribahasa yang
sesuai.

(i)

(ii)

15 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018

Anda mungkin juga menyukai