Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH SAINS KUCHING

Latihan Minggu PKP 2020

Set 1

Latihan 1. Betulkan bentuk-bentuk ujaran yang salah dalam ayat-ayat yang berikut.

1. Pengedar dadah itu telah dibicarkan di mahkamah. Beliau dijatuhi hukuman penjara
seumur hidup.
2. “Saya berharap agar rakyat bersatu menentang musuh, “ titah Sultan Mansur Syah
kepada rakyat.
3. Kerbau itu terpaksa disuntik kerana ia diserang penyakit hawar.
4. Nora dan Ruziah sahabat baik. Dia tinggal sekampung.
5. “Jika semuanya sudah hadir, bolehlah aku mulakan mesyuarat ini.” kata pengerusi
majlis.
6. Saya berikrar akan patuh kepada peraturan sekolah,” murid-murid berikrar dalam
perhimpunan.
7. ‘Beta tidak tahu bagaimana hendak membalas jasa tuan hamba,” kata Tun Mamat
kepada Temenggung.
8. Yang di-Pertuan Agong Raja Azlan Shah berkunjung ke pameran itu. Beliau diiringi oleh
Perdana Menteri.
9. Dia mengajak daku datang ke majlis hari jadinya.
10. Azmi, Kim Leong, dan Chandran sekelas. Kami tidak pernah berkelahi.

Latihan 2: Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan
tersebut dan tulis jawapan yang betul.

1. Anak kecil itu masih rindukan ibunya walaupun sudah sebulan ibunya meninggal dunia.
2. Penceramah daripada Kementerian Kesihatan itu diundang khas oleh pihak sekolah
untuk memberi ceramah tentang penyakit demam denggi.
3. Murid sekolah rendah bukan mampu untuk menandingi kepetahan murid sekolah
menengah dalam berpidato.
4. Hadiah ini ialah untuk para peserta yang telah berjaya dalam pertandingan memasak
sempena sambutan Hari Guru.
5. Puan Lim sangat gembira bila anak sulungnya berjaya melanjutkan pelajaran ke luar
negara dalam hidang kedoktoran.
6. Kajian tentang masalah hakisan tanah itu mengambil masa selama satu setengah
tahun.
7. Sudah berbulan lamanya Suhaila tidak pulang ke kampung halaman.
8. Tom Yam Restoran itu menyajikan makanan ala Thailand yang sangat enak.
9. Juruhebah majlis itu meminta semua hadirin mengambil tempat duduk masing-masing
kerana majlis akan bermula sebentar lagi.
10. Raiha bercadang untuk mendapatkan khidmat jurujual yang berpengalaman dan mahir
bersolek semasa majlis persandingannya nanti.

1
SEKOLAH MENENGAH SAINS KUCHING

Latihan 3: Dalam setiap ayat di bawah,terdapat satu kesalahan ejaan. Gariskan kesalahan
tersebut dan tulis jawapan yang betul.

1. Kehidupan Maisarah berubah sejak dirinya disahkan menghidap penyakit leukimia.


2. Swee Lin sudah mula mengumpul stem sejak berusia lima tahun lagi.
3. Setelah mendapat keputusan PT3, Amirul segera memohon untuk melanjutkan
pelajaran ke kolej vokesyonal.
4. Murid-murid diarahkan agar mencatit perkara-perkara penting yang disampaikan oleh
penceramah itu.
5. Warga tua suka menghabiskan masa di warong sambil menghirup secawan kopi atau
teh.
6. Semangat nasionalisma harus dipupuk dalam kalangan rakyat Malaysia semenjak kecil
lagi.
7. Kakak menyapu losyen pelembab itu pada wajahnya sebelum dia keluar dari rumah.
8. Kanak-kanak dilarang bermain di tepi longkang kerana kawasan itu sangat merbahaya.
9. Beruang panda ialah haiwan yang dilindungi kerana spesis haiwan itu semakin
terancam.
10. Ayah meletakkan barang-barang pertukangannya di dalam setor.
11. Ampangan Durian Tunggal menunjukkan paras kritikal selepas hampir sebulan hujan
tidak turun di kawasan itu.
12. Cikgu Hasnah merujuk kamus untuk mencari definasi perkataan yang dikehendakinya.
13. Datuk Lim berkecimpung dalam industri kraftangan sejak berpuluh-puluh tahun lamanya.
14. Pengetua telah mengingatkan murid-murid agar mensiapkan segala tugasan yang
diberikan oleh guru-guru mereka pada masa cuti persekolahan.
15. Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana mempunyai penduduk yang
berbilang kaum dan atnik.

Latihan 4. Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat setiap ayat yang berikut.

1. Baju kurung yang cantik itu dijahit oleh ibu saya


Subjek : .........................................................................................................................
Predikat : .........................................................................................................................

2. Keluarga saya akan sampai tidak lama lagi.


Subjek : .........................................................................................................................
Predikat : .........................................................................................................................

3. Pasangan pengantin itu akan berbulan madu di Pulau Langkawi.


Subjek : .........................................................................................................................
Predikat : .........................................................................................................................

4. Gadis cantik yang berambut panjang itu sedang menjual bunga.


Subjek : .........................................................................................................................
Predikat : .........................................................................................................................

5. Projek pembinaan jalan raya empat lorong dijangka siap sebulan lagi.
Subjek : .........................................................................................................................

2
SEKOLAH MENENGAH SAINS KUCHING

Predikat : .........................................................................................................................

6. Alia merupakan seorang kakak yang penyayang.


Subjek : .........................................................................................................................
Predikat : .........................................................................................................................

7. Hani membaca buku sehingga lewat malam.


Subjek : .........................................................................................................................
Predikat : .........................................................................................................................

8. Encik Haikal mengajar Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang.
Subjek : .........................................................................................................................
Predikat : .........................................................................................................................

Latihan 5: Berikan satu peribahasa bersesuaian dengan maksud peribahasa di bawah.

1. Kita hendaklah sanggup menempuh kesusahan jika hendakkan sesuatu kejayaan.


________________________________________________________________________

2. Seseorang yang suka menonjol-nonjolkan dirinya kepada orang lain sedangkan orang
berkenaan tidak langsung memberikan perhatian kepadanya.
________________________________________________________________________

3. Apabila melakukan sesuatu pekerjaan, biarlah sampai selesai.


________________________________________________________________________

4. Orang lain yang bersusah payah mengeluarkan tenaga dan fikiran, tetapi orang lain pula
yang mendapat keuntungan daripadanya.
________________________________________________________________________

5. Sebelum mengeluarkan perkataan hendaklah berhati-hati, kalau terlanjur tidak dapat


ditarik balik.
________________________________________________________________________

6. Sesudah mendapat kesusahan baru beringat-ingat.


________________________________________________________________________

“DUDUK DI RUMAH DAN JAGA KEBERSIHAN”

Anda mungkin juga menyukai