Anda di halaman 1dari 4

PENANDA WACANA UNTUK KARANGAN

BAHASA MELAYU

Penanda wacana 1. Sedarwarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat
untuk manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu....…
memulakan ayat 2. Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba
pendahuluan mencabar akal dan minda kita telah...…
karangan 3. Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin
menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik
permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal
menghambat..…
4. Dasawara ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu
dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin
gahdi persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali
tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal
yang dicetuskan oleh rakyak kita sendiri.
5. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi
ini…
6. Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita
dapat menyaksikan…..
Perenggan Dewasa ini...
Pendahuluan Belakangan...
Kebelakangan ini...
Baru-baru ini...
Mutakhir ini...
Akhir-akhir ini...
Dalam era globalisasi...
Perenggan isi Di samping itu...
Sehubungan dengan itu...
Jika diteliti dengan lebih mendalam...
Sehubungan...
Sebagai lanjutan daripada...
Bersangkutan dengan hal...
Berkaitan...
Bersangkutan...
Disingkapkan...
Diceritakan...
Tindakan yang diketengahkan di atas...
Walau bagaimanapun...
Bertitik tolak daripada kenyataan di atas...
Jika ditinjau daripada aspek ...pula,..
Perenggan Hal ini demikian...
Penutup Akhirnya saya menegaskan bahawa...
Kesimpulannya...
Akhirnya...
Sebagai penutup.. Konklusinya...
Akhirulkalam...
Tegasnya...
Pendek kata...
Daripada penerangan di atas jelaslah bahawa...
Menyedar hakikat di atas...
Di sini saya ingin tegaskan...
Lain-lain Pada hakikatnya / Sesungguhnya,...
Sebenarnya, / Pada hakikatnya,...
Dengan kata lain /Dengan erti kata yang lain...
Maksudnya di sini...
Hal ini bermakna...
Oleh sebab itu/ lantaran itu...
Walhal/Oleh hal yang demikian...
Sedangkan / Pada hal...
Meskipun/Sungguhpun...
Walaupun / sekalipun...
Ekoran daripada / Akibatnya...
Rentetan daripada/ lanjutan itu...
Dalam konteks ini/Dalam hubungan ini...
Hal ini bertepatan /bersesuaian dengan...
Hal ini memang sejajar dengan...
Situasi ini seolah-olah mengambarkan...
Tidak syak lagi/ Tidak dapat tidak...
Namun begitu...
Lebih-lebih lagi...
Tambahan pula...
Justeru...
Oleh hal yang demikian...
Sungguhpun demikian...
Tambahan dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan pula, selanjutnya,
seterusnya, di samping
Urutan pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian
daripada itu, akhirnya
Penyataan iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan
semula
Contoh contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak
kata, sebagai
Rumusan rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata,
sebagai penyimpul kata
Tempat  berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan
Waktu apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-
kelamaan, lambat-laun, akhirnya
Sebab dan kesan oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu
Bandingan seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan
Pertentangan tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun
begitu, bertentangan dengan
Pengesahan  sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah,
sememangnya
Penanda wacana 1. Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus
untuk ayat perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan
terakhir bersama.
pendahuluan 2. Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-
karangan. punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi
kebaikan bersama.
3. Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah
yang efektif dan drastic dilakukan segera untuk mengatasi
masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.
4. Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya
bersetuju dengan pendapat yang menyatakan……
5. Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah
yang konkrit, sistematik dan pragmatic harus dijalankan secara
berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

Penggunaan Peribahasa / Ungkapan / Kosa kataDalam karangan


Dimensi Keluarga

 Sudah tentu sesuatu perkara yang berlaku tentu ada sebab-sebab yang
mendorongnya kerana pepohon pokok tidak akan berliuk-liuk jika tidak ditiup
angin. Hakikatnya, pembentukan keperibadian mulia anak-anak bermula
daripada institusi keluarga.

 Malangnya, kebanyakan ibu bapa kini yang terlalu mementingkan kerjaya


menyebabkan anak-anak mereka di rumah berasa tersisih seperti kata peribahasa;
anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan

 Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak di rumah, justeru mereka


mestilah sentiasa bersikap penyayang dan berbudi pekerti mulia dan jangan
sesekali bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan
diri sendiri berjalan mengiring.

 Anak-anak yang berfikiran kudus akan sentiasa mencontohi kelakuan ibu bapa
mereka persis kata orang tua-tua bapa borek, anak rintik sementelahan ibu bapa
merupakan tempat luahan isi hati dan penyimpan rahsia yang paling dipercayai
anak-anak.

  Lantaran itu, ibu bapa sewajarnya mengindoktrinasikan pucuk-pucuk


hijau dengan nilai-nilai murni ini bagai menatang minyak yang penuh kerana
anak-anak remaja kini sering melibatkan diri dalam kebejatan sosial dan budaya
hedonisme yang begitu cepat merebak bagai virus epidemik

 Melalui nasihat dan ajaran yang baik, sudah tentu anak-anak akan tahu cara-cara
untuk membezakan antara intan dengan kaca kerana mereka tahu  sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Memang tidak dapat disangkal
lagi bahawa Institusi keluarga  merupakan uslub yang represif dalam
membentuk keperibadian anak-anak.

 Ibu bapa mestilah menjalankan obligasi masing-masing dengan tidak bersikap


bagai melepaskan batuk di tangga.

 Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk keperibadian yang mulia, sudah tentu
mereka akan menjadi sandaran negara seperti yang terungkap dalam kata-kata
mutiara  pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara 

 Melihat kepada senario masyarakat kontemporari, ibu bapa lebih cenderung


untuk mengejar materialistik dan menjadikan pejabat sebagai rumah kedua
mereka. Sikap ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ini
perlu dikikis segera bagi memastikan para remaja tidak terlibat dalam kemelut
sosial.

 Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kadar
remaja lari dari rumah  meningkat sebanyak 5.7 peratus dari tahun lepas.
Sebelum nasi sudah menjadi bubur, ibu bapa perlu mengutamakan anak-anak
mereka berbanding dengan hal-hal lain.

 Bagaimana acuan bgitulah kuihnya. Aforisme ini mengingatkan ibu bapa agar
bertindak sebagai agen pencorak utama karakter anak-anak supaya mereka tidak
mencetuskan cangkaliwang pada hari muka. Lantaran itu, penerapan pendidikan
yang sempurna amat didambakan.

 Oleh itu, dalam kita mengharungi arus modenisasi, sudah tentu anak remaja tidak
mahu dihimpit dengan  pemikiran yang jumud seperti katak di bawah
tempurung.

Anda mungkin juga menyukai