Anda di halaman 1dari 2

Kuingin Berterima Kasih

Rangkap 1
Sesekali penyajak terasa ingin berterima kasih kepada hujan yang dianggapnya
sebagai tetamu yang menenangkan jiwanya yang sedang marah.
作者想要感谢雨水因为在他生气的时候帮助安抚心灵。

Rangkap 2
Sesekali penyajak teringin untuk berbudi kepada tanah kerana tanah telah banyak
memberikan rezeki kepada para petani.
作者想要感谢大地因为他帮助农民维持生计。

Rangkap 3
Sesekali penyajak teringin untuk berbisik kepada ikan-ikan yang hidup di tengah
lautan. Hal ini dikatakan demikian kerana ikan-ikan itu telah menghilangkan derita
nelayan tua yang tinggal di pondok.
作者想要感谢海中的鱼儿因为他们解决了渔夫的痛苦。

Rangkap 4
Sesekali penyajak ingin merakamkan kekagumannya kepada para pejuang negara
yang setia berjuang demi negara tercinta.
作者想要感谢为祖国奋斗的勇士。

Rangkap 5
Sesekali penyajak terasa ingin menjadi kuntuman bunga untuk menyebarkan
haruman di hati manusia yang resah dan menginsafkan manusia tentang kekejaman
perang.
作者想要成为一朵花朵,为烦恼的人们散播香气。

Rangkap 6
Penyajak mengatakan bahawa dunia ini sungguh indah sekiranya semua manusia
merenung setiap ruang kehidupan.
作者说如果所有人都细心观察这个世界,这个世界其实非常美好。
Tema
Berterima kasih dan mensyukuri kurniaan Tuhan. 感谢和珍惜上帝的恩赐

Persoalan
a. Penghargaan kepada hujan yang menjadikan kehidupan lebih tenang.
b. Ikan merupakan sumber makanan dan rezeki kaum nelayan.
c. Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pejuang bangsa yang setia
berjuang dan berkorban demi negara tercinta.

Nada
a. Melankolik 伤感

Nilai
a. Kesyukuran
b. Mengenang jasa
c. Patriotisme

Pengajaran
a. Kita haruslah menghargai hujan sebagai suatu rahmat yang besar kepada
kehdupan manusia.
b. Perjuangan dan pengorbanan para pejuang tanah air hendaklah kita hargai
supaya nasib pejuang tanah air dapat dibela.
c. Kita perlu mempunyai sikap suka membantu orang yang susah untuk
meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.

Anda mungkin juga menyukai