Anda di halaman 1dari 3

Kuingin Berterima Kasih

Sesekali kuingin berterima kasih


kepadamu hujan bagai tetamu
jiwa pun menjadi dingin
api amarah pun terpadam.
Penyajak merakamkan rasa syukurnya ketika hujan turn. Bagi penyajak, hujan
yang turun itu mampu menyejukkan alam yang kepanasan. Kedingin juga dapat
menenangkan jiwa yang dilanda perasaan marah.
Nilai Murni: Kesyukuran
Kita hendaklah bersyukur dan menghargai setiap sesuatu yang kita miliki.

Sesekali kuingin menyemai budi


kepadamu tanah yang hidup
kerana perutmu setia menghamilkan
rezeki buat petani.
Penyajak meluahkan rasa berterima kasih dan bersykur kepada tanah yang
sentiasa menjadi sumber rezeki buat para petani.

Sesekali kuingin berbisik kepadamu


ikan-ikan yang riang
liar di belantara samudera
kerana sudi membebaskan derita
nelayan tua di pondoknya.
Penyajak juga menyatakan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan Tuhan
melalui hidupan laut menjadi sumber rezeki kepada para nelayan dan dapat
mengurangkan kesempitan hidup mereka.
Sesekali kuingin kalungkan kagum
kepadamu pejuang Negara
kerana tanganmu pernah berdarah
darah kesetiaan seorang warga
kepada watan tercintanya.
Penyajak melahirkan rasa kagum dan menghargai jasa para pejuang Negara
yang sanggup berkorban demi keamanan dan kesejahteraan Negara. Malah
ramai para pejuang yang gugur di medan perang, selain mengalami kedederaan.
Semuanya demi drasa cinta dan taat setia kepada bangsa dan Negara.

Nilai Murni: Patriotisme


Kita hendaklah mencintai bangsa dan Negara dengan setulus hati.

Sesekali kuingin pula menjadi bunga


menebarkan keharuman
di taman-taman keresahan hidup
menyerahkan keinsafan
kepada keangkuhan perang
Penyajak meluahkan hasratnya untuk turut berbakti kepada nusa dan bangsa.
Penyajak mahu memberi kesedaran dan keinsafan kepada dunia tentang
keburkan perang yang hanya membawa kesengsaraan hidup kepada manusia.

Nilai Murni: Kasih sayang


Kita hendaklah saling menyayangi dan mengelakkan peperangan yang hanya
membawa kesengsaraan hidup.
Alangkah indahnya dunia
andai semua merenung
kekosongan hidup ini.
Akhir sekali, penyajak turut menyeru manusia agar merenung diri dan mengisi
kekosongan hidup dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah agar hidup lebih
bermakna dan indah.
Nilai Murni: Rasional
Kita hendaklah merenung dan mengisi kekosongan hidup dengan aktiviti yang
berfaedah.

Anda mungkin juga menyukai