Anda di halaman 1dari 6

Buat Perwira Pertiwi

Pengorbananmu,
Terlalu tinggi buat pertiwi,
Pada setiap sempadan negeri,
Kau kawali setiap waktu,
Tanpa ada rasa letih dan jemu,
Kerana kau tahu itu tugasmu.

Pada setiap tempat yang kau jagai,


Nyawamu belum tentu,
Kerana bila-bila masanya melayang tanpa diundang,
Biar berkorban atau terkorban tiada gentar dalam jiwamu,
Semangat perwira pembela pertiwi,
Kuat, kukuh, teguh dalam semangat juangmu.

Perjuanganmu bukan kerana nama,


Bukan kerana pangkat,
Juga bukan kerana mengejar darjat
Namun, namamu akan tersemat kuat melekat
Pada setiap jiwa umat,
Yang sentiasa menghargai perjuangan dan pengorbanamu.

Kaulah perwira pertiwi selamanya di hati kami.

Masshah 2013
Bilik buku
Meru.
Perjuangan Darah

Malaysia,
Tersaksi tanah penjajah menakluk,
Merobek rakus isi buminya,
Merampas tanah tak tertawan orang,
Mencengkam anak watan penuh seksa.

Merdeka,
Untukmu jiwa dan darah,
Untukmu tenaga dikerah,
Untukmu tergadai maruah.

Bedilan peluru terbang,


Menusuk jasad bernyawa,
Menyiat nyawa jiwa tak berdosa,
Tanpa kenal erti peri sang manusia.

Tanah Melayu berpisah semua,


Direbut kuasa dunia bersengketa seluruhnya,
Cokmar diraja tumbang ke tanah,
Duduk melutut di anjing Eropah,
Berjeriji digari ratusan tahun,
Deritanya hanya Tuhan yang tahu,
Menunggu merdeka tak kunjung tiba.

Hakikat penjajah mukanya seribu,


Menghulur tangan bermakna pastinya,
Tanah negara gantian buat mereka,
Apakan daya,
Sang raja mampu bersemayam cuma.

Keris, senapang, meriam,


Berganti alat menuju mangsanya,
Menentang Jepun, Eropah dan komunis durjana.
31 ogos menjadi takdir-Nya,
Laungan merdeka 7 kedengaran.

Malaysiaku,
Merdekamu bukan sia sia,
Merdekamu benaskan ku,
Merdekamu sedarkan ku.

Nukilan,

Wafa' bt Zainurrashid

Sekolah Menengah Agama Hira' Shah Alam


Untuk Bangsa Malaysia

Untuk bangsa Malaysia,


Janganlah bersikap sombong dan megah,
Berlapang dada tanpa rasa gundah,
Julanglah nama negara merdeka,
Biar gah di mata dunia,
Demi maruah tanah pertiwi.

Untuk bangsa Malaysia,


Berjuanglah wahai anak bangsa,
Santunkan mindamu,
Bangkitkanlah keunggulan warisanmu,
Rasalah keharmonian insan.

Untuk bangsa MalaysiaJadilah pejuang negara,


Melangkah maju tanpa gentar,
Harungi cabaran melintang,
Dengan penuh kasih dan sayang.

Wahai anak muda,


Terus maju jangan berundur,
Pandang ke depan terus berjalan,
Dirikan harapan dan semangat,
Untuk kemajuan rakyat sejagat.
Kemerdekaan Lambang Kebebasan

Tatkala laungan merdeka bergema,


Hati rakyat syukur tidak terkata,
Namun kenangan duka dan lara,
Tidak mungkin akan hilang di jiwa.

Hari ini kita lupa bahawa,


Kita berpijak di tanah yang sama,
Iaitu tanah yang dahulunya,
Dibanjiri darah pahlawan perkasa.

Para perajurit negara,


Berjuang habis-habisan menentang,
Penjajah durjana,
Darah yang mengalir,
Perasaan gentar tanah menjadi pusara,
Tidak mereka hiraukan.

Serikandi negara sanggup berkorban,


Tun Fatimah dan Tun Teja,
Tangkas menghunus senjata menentang penjajah durjana,
Perasaan gentar dilemparkan jauh.

Maka sedarlah,
Sedarlah bahawa ini negara kita,
Bangkitlah !,
Bangkitlah !,
Bangunlah untuk bersama negara tercinta.

Hasil Nukilan : Nurul Fasiha bt Abd Rahim


Pertiwiku Malaysia Kini Merdeka

Terukir nama pahlawan negara,


Tak pernah dilupa jasanya berjuta,
Menabur bakti sentiasa didada,
Dato' maharaja lela sejarah tercipta.

Berakhir sudah hayatnya di dunia,


Meninggalkan jasa meninggalkan nama,
Bapa kemerdekaan gelaran untuknya,
Tunku abdul rahman tetap bersama.

Tak lekang di jiwa semangat merdeka,


Korbankan nyawa demi negara,
Pengorbanan tentera amat terasa,
Disanjung sentiasa satu negara.

Kedengaran letupan di sini sana,


British memberontak malaysia dikata musuhnya,
Kini tiada sebarang kata,
Kerana kita sudah merdeka.

31 Ogos tarikh keramat,


Laungan terdengar di telinga rakyat,
Perjuangan berakhir dengan semangat,
Laungan merdeka tanda selamat.

Hasil nukilan : Nurul Afifa binti Mizan

Anda mungkin juga menyukai